Utama Blog Halaman 996

Wings Air Now Expand Their Flights To Miri, Malaysia

Pontianak – To continue sharping the connectivity also providing air transportation facilities to their loyal customers, one of the airlines under Lion Air Group’s, Wings Air expands their business by opening new international routes.

AFTER successfully flown their fleet from Pontianak to Kuching, Sarawak, Malaysia in January 2018, now the airline that provides flights with low fares is again expanded their wings to one of the cities in Sarawak, Malaysia that is Miri.

Wings air start operating the route on March 15th, 2018 with a regular schedule, one flight per day which will depart from Supadio Airport, Pontianak at 15.30 and arrive at Miri at 18:20 local time. While the reverse flight will be scheduled to depart from Miri Airport at 18:50 and arrive in Pontianak at 19:40 local time.

“With the access from Pontianak to Miri also the reverse route, now the customers can feel the journey with a more efficient time, because the duration of the distance is only about 2 hours when compared with land routes that take about 16 hours. Not only that, the price offered is also quite affordable which for one trip only at the price of about 700 thousand Rupiah,” said Captain Daniel Putut, Managing Directior of Lion Air Group.

Capt Daniel added, The availability Wings Air access from or to the capital of West Kalimantan, Pontianak, will certainly be a convenience for the customers, and certainly contribute more to the growth and economic development of the region by bringing passengers from abroad through Miri, both tourists and businessmen.

Likewise for Miri and surrounding residents who will now have more options to visit Indonesia to various cities through Pontianak that could connect to Jakarta, Batam, Semarang, Surabaya, Balikpapan, Ujung Pandang, Bandung, Ketapang, Sintang, and Putus Sibau.

“Indonesia market is a very important market for Sarawak, both to Kuching and Miri as these two (2) cities can feed the market on their unique products, be it leisure tourism, medical or education purposes.

For this reason, Sarawak Tourism Board is organizing the Rainforest WorldMusic Festival and the Borneo Jazz Festival in Kuching and Miri respectively to attract more Indonesian to visit. And now, we are very fortunate to have Wings Air to provide the direct air access into both Kuching and Miri”  Mary Wan Mering, Acting CEO.

Malaysia Airports Managing Director Datuk Badlisham Ghazali said, “We are very pleased with this new route to Miri by Wings Air. We are continually engaging with various airlines in our route development efforts and the focus is not just on KLIA.

The smaller airports also play an important role acting as feeders to our international airports. This is also in support of the objectives of BIMP EAGA cooperation to increase trade, investments and among member countries. In fact, Miri Airport will also be undergoing expansion to 3 mppa capacity from the current 2 mppa. In 2017, Miri Airport handled 2.1 million passenger traffic movements.”

“We hope this route could have a good passenger number (load factor), and we believe the possibility for future flight frequency per day can be increased so that could accommodate the high interest of passengers, especially on Pontianak route to Miri.

This is also done to continue maintain bilateral relations between Indonesia and Malaysia as one of the developing countries, especially in Southeast Asia so that access can continue to grow so that it can connect well and effectively,” Captain Daniel Putut.

In operation, Wings Air will use their fleet of type ATR 72-600 which could accommodate 72 passengers. At the end of 2017 Wings Air has been certified flight safety management by an international auditor, IOSA, which makes the airline start operated in 2003 ago has been recognized the quality of safety and security of the global aviation.

Currently Wings Air has flown to more than 107 destinations both domestically and internationally with its frequency reaching 300 flights per day with a fleet power of 54 units ATR 72-500 / 600 which this year will increase about 20 fleets.

Tumpuan Proton Kepada Kualiti Dan Inisiatif Jualan

Februari 2018 merupakan bulan yang sibuk bagi PROTON kerana syarikat menumpukan pada
aktiviti untuk hasil yang lebih baik pada tahun ini.

MESKIPUN terdapat cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, inisiatif-inisiatif bagi jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan seperti yang dirancang di samping menjalankan ujian terhadap SUV dan model pertama yang dibangunkan bersama Geely, untuk pelancaran pada suku keempat.

Inisiatif-inisiatif ini diteruskan pada bulan Mac, dengan model-model dan tumpuan tertentu yang telah dirancang untuk penambahbaikan. Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, mengumumkan yang beliau telah memperoleh 9.69% pegangan dalam syarikat Jerman, Daimler, justeru menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler.

PROTON mampu berkongsi kelebihan bersama melalui rakan niaganya, Geely yang kini memiliki 49.9% daripada jumlah saham daripada PROTON.

Apabila kerjasama bersama Geely diumumkan, PROTON telah menjalani program peningkatan kualiti bersama rakan niaganya melalui sistem penilaian yang berdasarkan kriteria pemarkahan global Volvo.

Pada Disember 2017, audit kualiti telah dilakukan oleh Geely dan ianya menunjukkan peningkatan tiga kali ganda, yang merupakan bukti keberkesanan kerjasama yang sedang berjalan di antara kedua-dua syarikat itu.

Penambahbaikan lebih lanjut secara berperingkat akan diperkenalkan dengan audit seterusnya yang dijadualkan pada bulan Mac 2018, PROTON yakin dapat mencapai peningkatan skor auditnya.

Penambahbaikan ini adalah penting sebagai persiapan yang sedang dilakukan bagi pelancaran SUV pertama PROTON, yang dijadualkan pada penghujung 2018.

Bagi Februari 2018, PROTON telah mencapai jualan yang bersamaan 9.6% daripada pegangan keseluruhan pasaran automotif Malaysia. Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya.

Pada Mac 2018, kempen PROTON iaitu ‘My Style, My Drive’ akan bermula dan boleh didapati di cawangan jualan di seluruh negara dan untuk bulan ini, kempen ini akan menumpukan kepada Proton Iriz.

Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang telah memenangi anugerah ini untuk merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan dalam model yang dipertingkat pada 2017.

Pada masa yang sama, kakitangan PROTON juga akan bertemu dengan para pelanggan untuk memberi penerangan mengenai cara terbaik menggunakan pelbagai ciri pintar kereta ini. Berkunjunglah ke bilik-bilik pameran PROTON yang turut dilengkapi sudut keselamatan untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model hatchback ini yang telah mendapat
penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

Bagi mereka yang mencari sebuah kereta yang memudahkan, bersaiz kompak serta mempunyai ruang dalaman yang luas untuk 5 penumpang dewasa dan bagasi, Proton Iriz adalah pilihan yang tepat. Apabila kami melancarkan model yang telah ditambahbaik ini pada 2017, ramai yang memberi komen terhadap tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) yang lebih baik serta penggunaan bahan api yang lebih cekap.

Ruang dalamannya juga telah dinaiktaraf dengan bebenang merah pada stereng yang dibaluti kulit dan tempat duduk menjadikannya kelihatan lebih kemas, anggun dan bergaya.

Sejak model ini mula diperkenalkan pada September 2014, Iriz telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Hatchback Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix
ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Model yang ditambahbaik pula telah menerima anugerah Kompak Terbaik di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017. Kepada para pelanggan yang menempah sebuah Proton Iriz pada bulan Mac ini akan menerima rebat sehingga RM3,800.

Honor 9 Lite Breaks Record Sales On Shopee And vMall

Honor made history in Malaysia with its first honor Lite series introduced locally, the honor 9 Lite – record-breaking sales in the smartphone category on Shopee in terms of daily sales and over 2,500 units sold in just six hours through the Shocking Sale Campaign on Shopee and vMall.

THE outstanding sales performance of the honor 9 Lite also makes it honor’s best-selling online model in Malaysian history since its inception just over four years ago.

“For such a young brand in Malaysia, we are truly honoured and thankful for the tremendous support we have gotten from our fans and customers, this means a lot.

“The historic success of the honor 9 Lite proves that we are going in the right direction and
fulfilling the needs of the local audience,” said Zhao Zhiwei, Head of honor Malaysia.

Zhao continued by saying, “Our success is also based on the strategic partnerships and
collaborations we have formed with local partners of culture, technology and art and we
will continue to do so.”

The honor 9 Lite features a dual-lens 13MP+2MP camera on both the front and rear, the first four camera phone for honor which allows users to capture crystal clear and stunning images anytime, anywhere and anyway. The honor 9 Lite is powered by the Kirin 659 processor and is equipped with 3GB RAM and 32GB storage (expandable up to 256GB).

Starting March 20, honor will continue to create excitement with honor’s Fashion Festival which will take place on both vMall and Shopee when customers purchase the honor 9 Lite. The first 400 customers will receive an honor X T-shirt worth RM159, while the first 150 customers will walk away with Maybelline cosmetics set worth RM58*.

For more information on honor, please visit www.hihonor.com/my/

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Perempuan Pagi Tadi

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 8.17 pagi tadi.

SITI Nurhaliza Tarudin, 39, selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segalanya selamat. Apa yang penting proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat,” katanya

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

“Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

“Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu,” katanya.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. Gambar dari instagram CTDK

Guna Waze Sepanjang Cuti Sekolah Untuk Elak Kesesakan

Hampir kehabisan minyak, mahu ke tandas, ataupun dikelilingi kanak-kanak yang berjerit-jeritan di dalam kereta ketika anda menghadapi kesesakan lalu lintas? Kami semua pernah melalui situasi-situasi tersebut. Alangkah baik jika kami dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas buat sementara waktu.

WAZE dan Petron telah menyediakan penyelesaian untuk membantu para pemandu mengelakkan kesesakan jalan raya, dan tuju ke stesen minyak Petron terdekat untuk mengisi minyak kereta mereka sambil berehat sebentar.

Sebahagian dari usaha untuk menawarkan lebih banyak kandungan berguna kepada para pengguna, Waze memperkenalkan fungsi Jenama Kegemaran agar pengguna dapat mengenal pasti jenama kegemaran mereka terus dari dalam aplikasi tersebut.

Petron merupakan syarikat Malaysia pertama yang menggunakan fungsi Jenama Kegemaran bagi memudahkan para pengguna memilih ‘Petron’ sebagai jenama kegemaran mereka.

“Petron dengan sukacitanya bekerjasama dengan Waze untuk membantu para pelanggan mencari jalan yang tersingkat ke stesen minyak Petron. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, para pelanggan dapat melihat tawaran produk terkini kami agar mereka tidak terlepas kempen dan promosi kami yang penuh keseronokan dan juga ganjaran,” kata Faridah Ali, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Petron Malaysia.

“Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan Petron dan menawarkan para pengguna Waze dengan lebih banyak kemudahan bagi perjalanan harian mereka. Kerjasama ini membolehkan mereka mencari stesen minyak Petron yang berdekatan dalam hanya beberapa saat,” kata Edward Ling, Pengurus Negara Waze Malaysia.

Para pengguna hanya perlu mencari stesen minyak yang berdekatan, ketik ke dalam halaman lokasinya, dan seterusnya ketik pada ikon berbentuk hati di pusat halaman tersebut.

Dengan Waze dan Petron, anda tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas lagi! Muat turun aplikasi Waze sekarang dan cuba sendiri fungsi ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com

Visit Huawei Booth At Mid Valley Megamall To Win Attractive Prizes

Come and be a part of our lucky winners to return home with limited editions of HUAWEI merchandises from 19 – 25 March 2018.

VISIT our HUAWEI booth in East Atrium, Mid Valley Megamall as the second largest smartphone brand in Malaysia will be dishing out special promotions and attractive prizes.

A total of over 700 units of merchandises are available to be won, ranging from HUAWEI umbrellas, glass bottles, phone mounts and U-rings. On top of that, for every purchase of nova 2i and 2 lite smartphones, limited edition goodies of travel bags and 8GB USB will be given away.*

“We are happy to give away. Our customers have been supportive and our sales target for the nova series has always been met. We would like to continue to celebration with our customers and it is a good thing”.

Customers who spend a certain amount will be eligible to participate in the lucky draw to win the merchandises. Fashioned after the lucky spin wheel, customers who spend RM1,399 and below will be able to spin the wheel once to get a HUAWEI merchandise, while customers who spend RM1,400 and above will be able to spin the wheel twice to obtain the merchandises.

For visiting customers to the HUAWEI booth, colourful balloons will be given away to relive your fun moments. Furthermore, customers are welcomed to experience our nova series at the roadshow and return home the print out with a nice photo sleeve.

For more information please visit HUAWEI’s website at https://consumer.huawei.com or HUAWEI’s official Facebook page www.facebook.com/HUAWEIMobileMY.

*terms and conditions apply

Vios Challenge Toyota Gazoo Racing Kini Menghampiri Kemuncak

Penganjuran musim pertama Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival akan sampai ke kemuncaknya dengan kejuaran bagi setiap kategori di dalam Vios Challenge masih lagi terbuka untuk direbut pada perlumbaan terakhir yang akan berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Pusingan penentu yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mac ini bakal menyaksikan perlumbaan bagi ketiga-tiga kategori menjadi lebih sengit dan dramatik memandangkan pencarian juara siri berkenaan masih lagi berterusan.

Shawn dan Shukri (kanan)

“Keunikan perlumbaan yang menggunakan jentera yang sama dalam perlumbaan yang dianjurkan ini sangat jelas terlihat pada keputusan yang dicatatkan setakat ini. Pendatang baru, peserta persendirian dan pemandu profesional semuanya mempunyai peluang yang agak sama rata untuk muncul juara, sekali gus memberikan pengalaman perlumbaan yang berkualiti kepada peminat-peminat sukan permotoran di negara ini,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Persaingan di dalam kategori Sporting dan Super Sporting sangat dinanti, dengan barisan pemandu-pemandu yang mempamerkan kelayakan dan kesungguhan untuk menang. Selain itu, sebuah Toyota Vios yang juga ditawarkan sebagai hadiah bagi setiap kategori turut menjadi pemangkin.

Pemandu muda berusia 19 tahun, Brendan Anthony yang tidak menyertai perlumbaan pertama di Batu Kawan, Pulau Pinang telah dapat mengumpul mata yang konsisten di dalam perlumbaan berikutnya dan kini berada hanya empat mata di belakang pendahulu kategori Sporting, Brendon Lim.

Pemandu rali, Kenneth Koh pula yang memperoleh laluan mudah ketika perlumbaan ketiga di Medini City, Johor pada Januari lalu telah meraih dua kedudukan podium dan mata yang berguna.

Beliau kini hanya kurang 12 mata berbanding pendahulu yang mencatatkan 75 mata. Dengan 20 mata yang boleh diraih sekiranya menang, peluang Koh masih terbuka untuk merampas kemenangan daripada dua pemandu yang mendahului.

Bagi kategori Super Sporting pula, Tengku Djan yang mengalami beberapa insiden di dalam perlumbaan di Medini City, Johor mendahului dengan perbezaan tipis sebanyak empat mata mengatasi pesaing terdekatnya, William Ho.

William juga turut bernasib baik ketika perlumbaan di Johor, yang membolehkannya meraih satu kemenangan dan juga tempat ketiga, kini berada ditempat kedua dengan 72 mata.

Kedudukan ketiga kategori berkenaan kini disandang oleh pelumba dari M7 Racing Team, Syafiq Ali hanya ketinggalan 16 mata di belakang Tengku Djan.

Dalam kategori Promotional, Shawn Lee berjaya mendahului di dalam hampir setiap perlumbaan kecuali di MAEPS. Walaupun beliau sekiranya berada di kedudukan pertama setakat ini, keadaan boleh berubah sekiranya Shukri Yahaya yang hanya ketinggalan 18 mata dapat memintasnya di TPM.

shukri (kanan) dan Takeyama

Walaupun tidak lah begitu tertekan untuk membuktikan keupayaan mereka sebagai pelumba, barisan selebriti seperti Danny Koo, Diana Danielle, Fattah Amin, Geraldine Gan, Janna Nick, Shukri Yahaya dan Venice Min telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi ketika di Johor.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan kedudukan Shawn di tempat pertama masih boleh dicabar oleh mereka.

Masuk adalah percuma ke acara kemuncak Festival Toyota GAZOO Racing ini. Terdapat banyak aktiviti, makanan, permainan dan hadiah disediakan sepanjang hujung minggu ia berlangsung.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut Festival ini serta perlumbaan Vios Challenge, ikuti laman web, Facebook dan Instagram Toyota GAZOO Racing Malaysia dan UMW Toyota Motor.

BMW X2 Serba Baru Bakal Dilancar Di Malaysia Pada 21 Mac 2018

Model BMW X2 yang pertama dijadual akan diperkenalkan kepada umum pada 21 Mac 2018, boleh ditempah dalam talian dan pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif.

BMW Malaysia akan memperkenalkan BMW X2 di Malaysia, iaitu kenderaan Premium Compact Sports Activity Coupe yang pertama dilancarkan oleh pengeluar kenderaan berprestij ini.

BMW juga bakal mengenepikan saingannya dalam segmen ini sambil mewujudkan pengalaman pemanduan dinamik yang akan memberi definisi yang lebih gah dan terbaru kepada segmen kenderaan tersebut.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Kami berharap untuk terus memperkembangkan rangkaian BMW X melalui BMW X2 yang lebih ekstrovert.

Kenderaan Premium Sports Activity Coupe kami yang terbaharu ini lebih menonjol dan akan mewujudkan impresi yang tersendiri di seluruh negara. BMW X2 adalah untuk golongan yang berani dan berbeza, iaitu individu-individu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran.”

Kenderaaan BMW X2 yang pertama boleh ditempah melalui app.bmw.com.my/x2 bermula 16 Mac hingga 20 Mac 2018 dengan yuran tempahan sebanyak RM 3,000.00. Pemohon yang berjaya menempah kenderaan tersebut juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif daripada BMW Malaysia seperti kunjungan ke BMW Alpine xDrive Driving Experience di New Zealand, slot di BMW M Track Day yang terletak di Litar Antarabangsa Sepang, dan slot di Advanced Module Course oleh BMW Driving Experience yang juga terletak di Litar Antarabangsa Sepang.

Hadiah Utama | BMW Alpine xDrive di Southern Hemisphere Proving Grounds.

Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG) merupakan pusat latihan yang telah merangkul beberapa anugerah dan terletak di South Island, New Zealand. Fasiliti ini juga merupakan lokasi dunia yang utama bagi ujian kenderaan ketika musim sejuk.

BMW Malaysia menawarkan pelanggan yang menempah BMW X2 dalam talian dan membiayai pembayaran mereka melalui BMW Group Financial Services Malaysia peluang untuk memenangi kunjungan ke Southern Hemisphere Proving Grounds di New Zealand, dari 26 Jun hingga 28 Jun 2018 untuk BMW Alpine xDrive Experience.

Antara acara yang menarik termasuk peluang untuk menaiki helikopter ke Millbrook Resort di Arrowtown, pemanduan BMW dalam salji yang merangkumi drifting, slalom, penurunan cerun, pemanduan atas ais, perlumbaan drag, dan pusingan kompetitif atas litar bersama jurulatih BMW yang berkelayakan.

Di samping itu, sekiranya pemenang membiayai pembelian BMW X2 melalui BMW Group Financial Services Malaysia, syarikat pembiayaan tersebut juga akan menawarkan Assurance Shield Programme (ASP) kepada pemenang, iaitu insurans hayat yang menyeluruh bagi pemilik kenderaan berserta perlindungan pembiayaan untuk kenderaan tersebut.

Tobias Eismann, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia yang menjelaskan tentang Assurance Shield Programme berkata, “Penawaran insurans tersebut disertakan atas nama pemilik kenderaan, dan ia bukan sahaja meliputi perlindungan hayat, malah perlindungan terhadap pembiayaan kenderaan mereka juga turut disertakan untuk kebaikan pihak keluarga individu tersebut sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.”

Naib johan | BMW M Track Day.

Selain itu, pemenang juga akan berpeluang untuk memandu seleksi kenderaan BMW M di Litar Antarabangsa Sepang sempena program BMW M Track Day yang akan menjelang pada tahun ini.

Pemenang Tempat Ketiga | BMW Driving Experience.

Pengenalan terhadap pemanduan berkemahiran tinggi di Litar Antarabangsa Sepang. Advanced Module yang diwujudkan oleh BMW Driving Experience menggabungkan teknologi dan kemahiran memandu untuk menilai dan mengatasi bahaya melalui program pemanduan yang menarik. Program ini diperkenalkan untuk berkongsi teknik pemanduan selamat dan bertanggungjawab yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Malaysia iaitu Safety 3600 Program.

Pelakon Redza Rosli Luah Isi Hati Sempena Birthday Ayda Jebat

‘Teman tapi mesra’ Ayda, pelakon Redza Rosli meluahkan isi hati di laman Instagram (IG) miliknya sempena sambutan ulang tahun ke-26, pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat,  semalam.

Redza, 26, berkata, Ayda banyak membantu saat dia jatuh dan melalui kesukaran dalam hidup.

“Ayda, saya sangat menghargai bantuan dan sikap ambil berat anda dalam kehidupan saya selama ini. Anda ada bersama saat saya jatuh, membantu saya apabila berada dalam kesukaran, ketawa bersama serta menunjukkan kebaikan dan kasih sayang.

“Saya benar-benar mengagumi kekuatan dan fokus ditunjukkan dalam kerjaya dan peribadi anda. Disebabkan anda juga saya menjadi lebih kuat,” tulisnya.

Menerusi status sama, Redza yang juga pelakon Ku Kirim Cinta akui perkenalan dengan Ayda adalah pengalaman yang cukup berharga.

“Belajar daripada anda adalah pengalaman yang cukup berharga buat selamanya. Tulus dari hati saya, selamat hari lahir.

“Saya doakan anda sentiasa gembira, sihat dan cantik di mata saya. Selamat menikmati hari istimewa anda,” titipnya lagi.

Dalam masa sama, Redza yang turut menyambut hari jadi hari ini menerima kejutan daripada Ayda semalam.

Menerusi IG Story Ayda, Redza diraikan dalam majlis ringkas bersama ahli keluarga yang lain. Gambar dari Instagram Ayda Jebat

Majlis Doa Selamat Oleh Kelab Peminat Sitizone (SZ)

Kelab peminat Sitizone (SZ), mengadakan majlis doa selamat bagi menyambut kelahiran anak penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung, semalam.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, majlis itu dihadiri 100 peminat yang datang dari serata negeri termasuk Singapura dan Indonesia.

“Alhamdulillah, majlis yang dirancang lebih kurang seminggu ini berjalan lancar. Majlis ini terbuka kepada semua SZ yang bekelapangan untuk hadir.

“Majlis dibuat bagi memohon agar Siti selamat dan dipermudahkan proses bersalin. Dalam masa sama, ia juga bagi memohon kesembuhan bagi rakan SZ yang ditimpa penyakit.

“Walaupun ia majlis sederhana dan santai, tetapi ia cukup bermakna untuk SZ. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir malah sanggup datang dari jauh,” katanya.

Rozi berkata, apa yang penting sekarang adalah doa dan sokongan buat Siti agar dipermudahkan segala urusan.

Ditanya tarikh sebenar Siti bakal menjalani pembedahan untuk bersalin, Rozi berkata dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, tidak lama lagi. Dalam sehari dua,” katanya ringkas.

Dalam keadaan sarat mengandung, Siti juga sempat menjalani penggambaran muzik video lagu Comel Pipi Merah, Jumaat lalu.

Sebelumnya, lagu itu sudah dilancarkan di semua platform digital dan mendapat sambutan menggalakkan. Gambar dari Instagram CTDK

Post Menarik