Utama Blog Halaman 977

Beli Tong Gas Memasak LPG di Stesen Petron

Syarikat minyak utama Petron menempa satu lagi pencapaian industri pertama yang memperkenalkan penjualan gas memasak jenama Gasul terus kepada pengguna di 5 buah stesen minyak bermula April 2018.

Gas memasak LPG Petron Gasul dijual dalam silinder 12KG dan 14KG. Syarikat akan mula
merintis jualan ini di 5 buah stesen secara berperingkat di Lembah Klang (Persiaran Bandar
Utama, Subang Parade, dan Teluk Panglima Garang) dan Melaka (Cheng dan Ayer Keroh)
untuk memenuhi keperluan pengguna.

Lebih banyak stesen akan ditambah pada masa hadapan untuk menampung permintaan pasaran.

“Pelancaran gas memasak Gasul LPG di stesen Petron menepati janji kami untuk
menyediakan produk dan perkhidmatan yang lebih baik disamping lebih memudahkan.

“Perkhidmatan seumpama ini merubah rentak industri dimana pengguna kini boleh membeli Gasul di stesen- stesen terpilih 7 hari seminggu melalui tunai dan bawa walaupun semasa cuti umum,” kata Ketua Jabatan Dagangan Runcit, Faridah Ali.

Petron Gasul

“Konsep dan bawa bermaksud pelanggan boleh mengambil silinder Gasul yang dibeli
di stesen kami tanpa dikenakan caj tambahan untuk penghantaran. Atendan Perkhidmatan
Pelanggan kami bersedia membantu pelanggan dan pelanggan dijamin akan komitmen
kami terhadap kualiti dan keselamatan,” kata Faridah.

Petron juga mengumumkan bahawa ahli kad Petron Miles boleh menggunakan mata
ganjaran mereka untuk menebus Gasul apabila dibeli di stesen.

Petron Gasul adalah pilihan yang popular di kalangan isi rumah, dengan pembakaran gas
petroleum cecair yang bersih dan efisyen. Syarikat itu juga memperkenalkan semula
silinder 50KG komersil pada 2016 untuk memenuhi permintaan komersil dan perindustrian.

Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang adalah sinonim dengan jenama
Petron. Stesen perkhidmatan kami kini menawarkan produk minyak, pelincir, kedai
serbaneka dan gas memasak – semua di bawah satu bumbung, menjadikan kami pusat
sehenti lengkap, kata Faridah.

Great Eastern Takaful Launches i-Great Jannah & MPOS

Great Eastern Takaful launched its new product, i-GreatJan Jannah at its Premier Business Lounge in Menara Great Eastern a regular contribution term Family Takaful plan that provides the benefits of a family takaful protection.

THE launch was officiated by Shahrul Azlan Shahriman, Chief Executive Officer of Great
Eastern Takaful Berhad and witnessed by the company’s Senior Management Team, key
representatives as well as its top takaful advisors.

With a starting amount of RM250,000 as the sum covered, i-Great Jannah provides  numerous benefits and key features such as flexible payment terms of 5,10 or 20 years or
full term, Flexible Coverage Term, Death or Total Permanent Disability (TPD) benefit,
Accidental Death Benefit (ADB) of up to 300% of the sum covered, to name of a few.

However, the highlight of the product is its Hibah feature, where certificate holders are not
only able to hibah their takaful benefit to their loved ones but also channel a certain portion
to a charitable organisation of their choice.

“We’re very excited about i-Great Jannah as it’s the first product in the takaful industry to
have this Hibah feature. Through this product, you really take control and prepare for your
loved ones when you’re not around. They can use it to pursue their goals and dreams they
might have.

Furthermore, the key feature of the product allows certificate holders to continue their legacy of doing good by allocating a specific amount to their preferred charity organisation.”, said Shahrul.

Great Eastern Takaful also tied up with national songstress, Nora Ariffin as i-Great Jannah’s
product ambassador.

“As a mother of 4 and being in the situation that I’m currently in, i-Great Jannah’s key
offerings really resonated with me and my family. With it, I know that my children’s’ future will be taken care of should the unexpected happen.

Plus, with the hibah feature, I am comforted knowing that I can continue to do good deeds in the afterlife. That is why I decided to give my full support as product ambassador.”, said Nora.

Guests attending the event also witnessed the launch of MPOS (Mobile Point-of- Sales) for
Great Eastern Takaful. MPOS is an innovative platform that promotes process efficiency
through digital document submissions.

Through this mobile platform, agents are able to submit customers’ documents anywhere, anytime and make initial as well as recurring payments for renewal of policies directly through their tablet devices. For more information on i-Great Jannah, please refer to www.greateasterntakaful.com

Peraduan Persona Gold Pos ArRahnu Tawar Hadiah Bernilai RM150,000

GCOO, Dato' Azlan Shahrim (kiri) dan GCCO, Azizan (tengah) bersama seorang model bergambar dengan hadiah utama Peraduan Persona Gold, sebuah Proton Persona baharu

Pos ArRahnu melancarkan “Peraduan Pos ArRahnu Persona Gold Contest” di Ibu Pejabat Pos Malaysia Dayabumi, baru-baru ini.

PERADUAN ini berlangsung dari 5 April 2018 hingga 5 Jun 2018 dan dibuka kepada semua warga Malaysia dan Warga Bukan Malaysia.

Pos ArRahnu merupakan Pusat Emas Sehenti yang patuh Syariah dan unggul selain menawarkan perkhidmatan seperti jual-beli emas, cagaran, simpanan serta cucian emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Al-Ishsal Ishak berkata, peraduan ini bertujuan untuk mendekati, mengekalkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia Pos ArRahnu serta menghargai sokongan yang berterusan yang ditunjukkan terhadap produk dan perkhidmatan Pos ArRahnu.

“Lima tahun yang lalu, kami berhasrat untuk menggunakan jaringan perhubungan dan touchpoint kami di seluruh negara. Kami menyedari terdapat permintaan yang tinggi terhadap khidmat cagaran patuh Syariah yang kami percaya boleh membawa perubahan kepada golongan masyarakat.

“Sejak khidmat cagaran patuh Syariah diperkenalkan, kami terus mengorak langkah ke hadapan dan sehingga kini membantu seramai 150,000 keluarga di seluruh negara dengan pembayaran hampir mencecah RM2 billion”.

“Peraduan ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menggalakkan pelanggan kami untuk menggunakan perkhidmatan cagaran patuh Syariah Pos ArRahnu. Bagi melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menjalankan transaksi cagaran di salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu mencagar emas mereka dengan kadar minimum RM1,000 dan dalam tempoh masa tidak kurang daripada enam bulan, yang merupakan sebahagian daripada terma dan syarat pertandingan tersebut,” tambah beliau.

Terdapat enam (6) kategori hadiah iaitu Hadiah Utama, Hadiah kedua sehingga Hadiah keenam. Hanya satu (1) pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama iaitu Proton Persona 1.6, dua (2) pemenang tempat kedua iaitu Modenas CT 115S, enam (6) pemenang tempat ketiga iaitu 1 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, lima (5) pemenang tempat keempat iaitu 1/2 Dinar Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia, enam (6) pemenang tempat kelima iaitu 1 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia dan enam (6) pemenang tempat keenam iaitu 0.5 gm Jongkong Emas Edisi Terhad Pos Malaysia.

Kunjungi salah satu daripada 80 cawangan Pos ArRahnu di seluruh negara dan anda mungkin pemenang bertuah sebuah kereta menjelang tahun baharu 2019!

Kilang Baharu Duopharma Guna Teknologi Effervescent

CCM Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) menjangkakan kilang Effervescent yang baru siap di Bangi, kemudahan sepertinya yang pertama di negara ini, akan meletakkan syarikat di barisan depan.

PEMBANGUNAN teknologi dalam pengeluaran produk farmaseutikal berkualiti tinggi menggunakan teknologi Effervescent yang menawarkan banyak kelebihan berbanding pengeluaran produk penjagaan kesihatan secara konvensional.

Sejak mula beroperasi pada Oktober 2017, kilang Effervescent bernilai RM7 juta itu
mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 107 juta tablet Flavettes Effervescent Vitamin C
setahun.

Menerusi pelaburan terbaharu ini, Duopharma bersedia untuk memperkenalkan pelbagai
produk Effervescent di bawah rangkaian jenama OTC (tanpa preskripsi) semasa Syarikat
yang telah memenangi anugerah, seperti Flavettes, Champs, Proviton dan Uphamol.

Rangkaian produk Effervescent akan memberi pengguna pilihan bentuk pengambilan
makanan kesihatan tambahan yang baharu, yang didapati sebagai trend semasa di
pasaran.

Pada November 2017, Duopharma melancarkan empat produk Effervescent baharu di
bawah jenama Flavettes, dan rangkaian produk Vitamin C ini diterima baik oleh pasaran,
dengan permintaan yang amat memberangsangkan.

Berucap semasa lawatan berpandu wakil-wakil media ke kilang Effervescent, Leonard Ariff
Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan CCM Duopharma Biotech Berhad, berkata
bahawa kemudahan pengeluaran terbaharu Duopharma adalah sebahagian daripada
Strategi Pengoptimuman Pengeluaran (MOS) Syarikat yang termasuk rasionalisasi dan naik
taraf kemudahannya untuk mempercepatkan pertumbuhan.

“Terdapat permintaan yang tinggi bagi produk farmaseutikal Effervescent, terutama sekali
Flavettes Effervescent Vitamin C, di pasaran kerana banyak kelebihan fungsinya yang
ditawarkan kepada pengguna termasuk sebagai pilihan pengambilan makanan kesihatan
tambahan yang jauh lebih mudah tanpa perlu menelan pil, dan memberikan rasa yang enak berbanding pil biasa.

“Sebagai syarikat farmaseutikal yang terkemuka di Malaysia, Duopharma berusaha untuk
mempelopori teknologi baharu kerana kami sentiasa mencari cara untuk meningkatkan
pengalaman pelanggan kami.

Penghasilan dan pengeluaran produk Effervescent memerlukan pengetahuan khusus dan kemahiran teknologi disertakan dengan infrastruktur persekitaran yang terbaik untuk mengawal suhu dan kelembapan kemudahan pengeluaran bagi memastikan kestabilan produk yang optimum,” kata Leonard Ariff.

Teknologi Effervescent membolehkan tablet atau pil menjadi larutan sebaik sahaja tersentuh air. Ini membolehkan bahan aktif larut dengan sekata dan sepenuhnya untuk diserap dengan lebih cepat ke dalam saluran darah berbanding formula konvensional, lantas membolehkannya bertindak dengan lebih cepat.

Flavettes Effervescent Vitamin C memberikan cara yang cekap dan menyenangkan kepada
pelanggan yang menjalani gaya hidup sibuk untuk mendapatkan keperluan kesihatan harian mereka bagi membantu mereka mengekalkan kesegaran dan kesihatan sepanjang
kesibukan mereka.

Tablet ini mengandungi formula tiga-dalam- satu yang mengandungi Glutathione, Vitamin C dan E untuk membantu menjauhkan radikal bebas dan memastikan kulit kekal sihat, jelita dan remaja.

“Kami beroperasi dalam industri yang sangat kompetitif dan bergerak pantas. Justeru, kami
mengakui keperluan untuk melabur dan mengguna pakai teknologi baharu untuk  mendahului persaingan.

Kami berbangga menjadi syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia yang membawa teknologi Effervescent ke pasaran tempatan dan kami yakin peralatan kilang kami yang serba canggih dan kepakaran kami akan menyumbang kepada usaha mencapai matlamat kami untuk menjadi satu daripada lima syarikat farmaseutikal generik yang terulung di Asia Tenggara menjelang 2022,” tambahnya.

Buat masa ini, Duopharma ialah pengeluar bertauliah dengan pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) – Farmaseutikal yang terbesar di Malaysia dengan kemudahan di Bangi, Klang dan Glenmarie.

Piawaian ini memastikan semua aktiviti pengeluaran adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh GMP Kementerian Kesihatan dan juga piawaian antarabangsa.

Duopharma merupakan syarikat farmaseutikal pertama yang menerima sijil ‘Halal Malaysia & daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan piawaian farmaseutikal
Halal pertama di dunia, MS2424:2012.

Kemudahan GMP dan pematuhan piawaian Halal Syarikat memastikan produk  farmaseutikalnya disediakan, dikeluarkan, dibungkus dan disimpan dengan rapi dalam
keadaan yang bersih dan selamat dalam usahanya untuk terus memberikan pengalaman
terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan.

Naza Corporation Holdings Appoints New Deputy Group CEO, Automotive Group

Naza Corporation Holdings Sdn Bhd is pleased to announce the appointment of Ramasamy Devaraju as its Deputy Group CEO, Automotive Group with immediate effect.

GROUP CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, Dato’ Samson Anand George, said, Devaraju brings extensive knowledge of automotive operations across all segments which will benefit the Group’s wide ranging automotive businesses.

“His knowledge and expertise will be key in bringing improvement to the Automotive Group”.

An Automobile Engineer with over 30 years of experience in the automotive industry, Devaraju has previously worked in India and the Middle East where he handled automobile retail operations at companies such as Hindustan Motors, Tata Motors and Mercedes-Benz India.

He went on to spend nearly 14 years in Malaysia with Cycle & Carriage Bintang Berhad where he last held the position of Director of Operations.

In his capacity as Deputy Group CEO, Devaraju will support Dato’ Samson in managing
automotive operations, focusing on elevating and enhancing Retail Customer Experience.

UMW Toyota Motor Umum Pemenang Toyota Dream Car Art 2018

Category 1 - 1st Place - Liew Wei Jet

Sembilan peserta yang dipilih sebagai pemenang bagi peraduan Toyota Dream Car Art 2018 telah menerima hadiah masing-masing daripada UMW Toyota Motor.

HASIL seni yang dihasilkan mereka dinilai berdasarkan idea inovatif dan rekaan futuristic. Rekaan yang terpilih akan mewakili UMW Toyota Motor bagi mengikuti pertandingan diperingkat dunia yang akan berlangsung pada Ogos 2018 di Jepun.

Peraduan “Toyota Dream Car Art” bermatlamat untuk menggalakkan kanak-kanak dari
serata dunia untuk berkongsi idea mereka tentang mobiliti di masa hadapan dengan cara
melukiskan kereta impian mereka.

Category 3 – 1st Place – Lee Sin Tian

Tujuan program ini adalah untuk memacu inspirasi kreatif di kalangan kanak-kanak. Setiap tahun, ribuan kanak-kanak seluruh dunia berkongsi impian mereka tentang bagaimana kenderaan boleh menjadikan dunia lebih baik, melalui hasil seni yang dihasilkan.

Ia merupakan usaha diperingkat dunia yang diterajui oleh Toyota Motor Corporation dan
sekaligus menjadi acara tahunan yang telah dianjurkan oleh UMW Toyota Motor sejak
lima tahun lalu.

Kanak-kanak dibawah umur 15 tahun layak untuk ikut serta di dalam tiga kategori berbeza
yang dipertandingkan. Sejumlah 1,703 penyertaan telah diterima sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung, dari 1 Disember 2017 hingga 20 Februari 2018.

Dalam kategori umur bawah 8 tahun, tempat pertama menjadi milik Liew Wei Jet, diikuti
oleh Tan Xuan Ni di tempat kedua sementara Nicholas Kheng Yong Xuan ditempat ketiga.

Bagi kategori umur 8-12 tahun pula, Lee Sin Xuan dipilih sebagai juara, sementara tempat
kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Chai Ming Wei dan Ahmadi Fahmie Bin
Azhar. Bagi kategori Umur 12-15 tahun yang lebih kompetitif, Lee Sin Tian merangkul
hadiah utama. Ini diikuti oleh Lim Xiao Yun dan Charmaine Lim yang menduduki tempat
kedua dan ketiga.

Category 3 – 3rd Place – Charmaine Lim

Pemenang hadiah utama menerima sebuah iPad Mini, manakala pemenang tempat kedua
membawa pulang sebuah basikal dan tempat ketiga memperoleh tiket masuk ke
Legoland.

Mereka yang layak akan diterbangkan ke Jepun bersama penjaga bagi majlis
penyampaian hadiah yang akan berlangsung Ogos nanti dimana semua kos perbelanjaan
perjalanan dan tempat tinggal akan disediakan oleh Toyota Motor Corporation.

Toyota Motor Corporation percaya di dalam mempromosikan aktiviti seni dan budaya
dalam kalangan kanak-kanak dan belia di seluruh dunia. Di Malaysia, UMW Toyota Motor
juga mengikuti jejak yang sama, kata Timbalan Pengerusi, Akio Takeyama.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. pula berkata; “Kenderaan melambangkan
perkembangan manusia di dalam mempertingkatkan mobiliti.

“Acara seperti ini dapat menggalakkan kanak-kanak untuk meluahkan kreativiti mereka dalam bentuk kesenian dan kami berharap UMW Toyota Motor, melalui acara ini, dapat memberikan inspirasi kepada golongan kanak-kanak dan remaja untuk membayangkan rekaan kereta yang lebih inovatif.

Huawei Unveils The HUAWEI P20 And HUAWEI P20 Pro

HUAWEI, the second largest smartphone brand in Malaysia, unveiled the much-anticipated HUAWEI P20 and HUAWEI P20 Pro.

HUAWEI P20 Pro features the world’s first Leica triple camera and both devices include unprecedented AI advances, combining technology and art to bring to life a groundbreaking smartphone experience.

HUAWEI set new expectations for smartphone photography with the launch of the HUAWEI P9, the first Leica dual camera. With the debut of the HUAWEI P20 Series, HUAWEI makes
capturing professional quality images a truly effortless experience for everyone.

(From L) Matthew Ng, Deputy Country Director, Bill Liu, Country Director, Luke Au, Product Marketing Director, HUAWEI Malaysia, presenting the world_s best smartphone camera – the HUAWEI P20 Series

“We look for inspiration from artists to continuously evolve our approach to design and
innovation,” said Bill Liu, Country Director, HUAWEI Malaysia. “The HUAWEI P20 Series builds on the legacy of our collaboration with Leica.

With a breakthrough triple camera on the HUAWEI P20 Pro, an advanced dual camera on the HUAWEI P20, and powerful artificial intelligence on both, today’s most vibrant consumers can capture and share the brilliance of the world around them.”

The combined sales for the P10 and P10 Plus have crossed the total of 10.4 million units, while a staggering total of 5.31 million units of Mate 10 Series were sold. Overall, across all divisions, HUAWEI’s global revenue for 2017 grew to an impressive value of USD 1,022 billion, which is a rapid 26% increase from 2016.

HUAWEI P20 Pro Twilight Front and Back

In Malaysia, HUAWEI’s brand awareness stands at 94%, which indicates that 9 out of 10 people have heard of HUAWEI. Apart from that, HUAWEI is also ranked in YouGov ranking,
an international internet-based market research and data analytics firm. HUAWEI ranked 6 th in the top 10 brand advocacy ranking and number one improver from 2016 to 2017.

In 2017, the sale of HUAWEI’s flagship products soared, gaining a 13% year on year growth with the P series. The Mate series, on the other hand, grew by 65% year-on- year in a short 3 months’ time.

Capturing the photography capabilities, an experiential session was conducted to highlight the most light-sensitive mobile camera, lossless zoom and Master AI. Achieving DxOMark’s highest overall scores 1 , the HUAWEI P20 Series includes advanced, intelligent camera systems that bring consumers features that ultimately enhance every part of the smartphone photography experience.

HUAWEI P20 Roadshow

In commemoration of the launch of the HUAWEI P20, HUAWEI will celebrate the power of
intelligent photography with customers along with the HUAWEI P20 Roadshow from 6 till 8 April 2018 at LG Floor, Blue Concourse, Sunway Pyramid.

Customers can return with attractive prizes worth more than RM999 with every purchase of the HUAWEI P20 series*. To be part of the most intelligent camera experience, customers can purchase the new P series to get freebies worth more than RM999, ranging from prizes such as a Canon Pixma E3170 printer, a HUAWEI Sport Bluetooth headphone (AM61) and other exclusive rewards*.

Additionally, customers will stand a chance to be awarded with another HUAWEI P20 Pro
smartphone when they purchase from the HUAWEI P20 Roadshow. On top of that, the HUAWEI P20 Roadshow experience will also be organised in Sunway Carnival Mall, Penang, and customers are encouraged to be a part of this exciting roadshow at the same time.

Key features of the HUAWEI P20 Series include:

 An advanced camera system to capture more light, more details and more beauty,
featuring a revolutionary Leica triple camera and 5x Hybrid Zoom on the HUAWEI P20
Pro, and a Leica dual camera on the HUAWEI P20;
 Innovative photography features, including Master AI with AI-driven professional
photography and HUAWEI AIS (AI Image Stabilization), a powerful AI stabilization
technology;
 A timeless design with barely-there bezels and all-new gradient colors;
 Ultimate performance, featuring the NPU on Kirin 970 and EMUI 8.1 based on Android™
8.1 for a premium and smooth user experience.

An Exquisite Combination of Art and Technology for the Fashion Forward

The HUAWEI P20 Series features a striking, fashion-forward aesthetic. The HUAWEI P20 and HUAWEI P20 Pro are also available in Black and Midnight Blue.

The 5.8-inch screen HUAWEI P20 and 6.1-inch screen HUAWEI P20 Pro feature ultra-thin
bezels and impressive screen-to- body ratios for better viewing experiences with more on-screen information, whether reading or gaming.

The HUAWEI FullView Display seamlessly blends with rounded edges, making the device comfortable to hold. Inspired by Light and Technology, a Stunning Device Designed for Every Photography Fan The HUAWEI P20 Series reflects the art of light, with camera features that enhance the smartphone photography experience.

The HUAWEI P20 Pro features a Leica triple camera with the highest total pixel count on a smartphone available in the market – the camera configuration is comprised of a 40MP RGB sensor, a 20MP monochrome sensor and an 8MP sensor with telephoto lens.

It also features a color temperature sensor for better color reproduction. With f/1.8, f/1.6 and f/2.4 wide aperture to capture crisp, clear details, the HUAWEI P20 Pro also includes a brand new Leica 3x telephoto (VARIO-SUMMILUX- H 1:1.6-2.4/27- 80ASPH) lens for long-range photography of up to 5x Hybrid Zoom.

The HUAWEI P20 Pro’s highly sensitive image sensor captures low light photos with up to ISO 102400. The HUAWEI P20 builds on its predecessor’s foundation with a Leica dual camera featuring a 12MP lens with a pixel size as high as 1.55 μm, and a 20MP monochrome lens, enhancing the HUAWEI P20’s ability to capture photos in low-light settings.

The HUAWEI P20 Series devices support six-axis stabilization and 960fps super slow motion, which is 4x higher than the standard 240fps and captures details that cannot be seen with the naked eye.

With Ultra Snapshot mode, the devices can capture an image in as little as 0.3 seconds by just double clicking the down volume button, even from an off screen.

With the Kirin 970 processor, the HUAWEI P20 Series automatically identifies more than 500 scenarios in 19 categories and selects photography modes and camera settings to deliver incredible, professional-looking images – even for novice photographers.

In addition, HUAWEI AIS steadies handheld night shots for incredible long exposure images without a tripod. Brand new to HUAWEI’s advanced camera system is 4D predictive focus. In this mode, the camera predicts moving objects and focuses on them with extreme efficiency to capture minute details of objects in motion.

In addition, the HUAWEI P20 Series features AI-Assisted Composition, providing intelligent suggestions to frame group shots and landscapes. The HUAWEI P20 and HUAWEI P20 Pro feature a 24MP selfie camera** with AI beautification and 3D portrait lighting – the result is beautiful selfies with healthy-looking skin tone adjustments, delicately outlined facial details and realistic 3D feature enhancements.

Additionally, the HUAWEI HiAI Ecosystem enhances a variety of app experiences. For instance, the HUAWEI P20 Series includes on-device Prisma processing, which supports real-time filter recommendations based on scene and object recognition – the calculation speed is three to four times that of the cloud version.

Pricing and Availability

The HUAWEI P20 Series will be made available on 6 April 2018 locally.

Model Version 

HUAWEI P20 4GB + 128GB RM2,599.00
HUAWEI P20 Pro 6GB + 128GB RM3,299.00

The new HUAWEI P20 Series devices are compatible with two new audio accessories:
HUAWEI FreeBuds and HUAWEI Active Noise Canceling Earphones.

Teka Nama SUV Pertama Proton Dan Menangi Hadiah Lebih RM100,000

PROTON melancarkan undian secara dalam talian pada Isnin, 2 April 2018 bagi menjemput
orang ramai untuk mengundi nama SUV pertama PROTON.

UNDIAN dalam talian ini akan berlangsung selama satu bulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON (www.facebook.com/ProtonCarsOfficial) dan dibuka kepada seluruh rakyat
Malaysia tanpa sebarang pembelian diperlukan.

“Kami ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa yang bermakna ini kerana SUV baharu tersebut juga merupakan simbol pencapaian untuk negara kita.

Oleh itu, kami akan memberi ganjaran kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan seramai lima orang responden yang bertuah akan dipilih sebagai pemenang untuk menerima hadiah-hadiah menarik,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

Baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada para peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang mereka undi.

Pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan ekslusif VIP pada majlis pelancaran serta diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi dan ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV tersebut di trek ujian PROTON di Shah Alam.

Selain itu juga orang ramai turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. Sekiranya nama tersebut dipilih, seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan 2 orang selama 4 hari 3 malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely.

SUV pertama PROTON adalah model pertama yang dibangunkan bersama Geely. Ia merupakan SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan oleh jenama automotif Malaysia dan akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium.

Ia juga merupakan salah satu produk yang bakal menaikkan nilai jenama PROTON pada tahun-tahun yang akan datang. Tarikh tutup undian ini adalah pada 30 April 2018 jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama tersebut.

Varian Baharu Renault Koleos Signature Lebih Bergaya

Koleos Signature ialah satu varian baharu ke atas rangkaian SUV Renault yang kian berkembang

CIRI-CIRI menarik termasuklah aspek kemudahan dan ketersambungan yang telah dipertingkatkan, selain kualiti buatan lebih baik dan bergaya. Renault Koleos Signature ditawarkan pada harga RM198,800

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari mengumumkan bahawa Koleos Signature – varian pacuan dua roda (2WD) SUV segmen D Renault – kini sudah boleh didapati dan dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Renault di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian model premium Renault, Koleos telah difikirkan secara teliti demi memenuhi keperluan pelanggan di setiap benua. Sebagai sebuah SUV segmen D yang sebenar, Koleos mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran teknikal Renault selama 120 tahun.

Ia menawarkan gabungan reka bentuk SUV yang mantap, gayaan tersendiri, kehalusan buatan dan keselesaan yang biasanya dikaitkan dengan kereta saloon bersaiz besar.

Varian baharu Koleos Signature merupakan tawaran langsung dalam rangkaian SUV bersaiz besar Renault di Malaysia yang kini terdiri daripada Koleos 2WD dan 4WD.

Hadir dengan aspek ketersambungan yang telah dipertingkatkan, Koleos Signature dilengkapi ciri replikasi telefon pintar baharu menerusi sistem multimedia R-LINK 2 yang sesuai dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

Fungsi ini diintegrasikan ke dalam paparan skrin sentuh yang membolehkan maklumat dipindahkan dari satu paparan ke paparan lain dengan mudah. Butang kawalan pada stereng memudahkan pemandu untuk memberi arahan suara apabila mengakses pelbagai aplikasi yang sesuai digunakan ketika memandu.

Antaranya membuat panggilan, menghantar mesej dan muzik. Untuk memberi lebih kemudahan, Koleos Signature didatangkan dengan pintu belakang kuasa bebas tangan yang ada ditawarkan pada varian 4WD.

Pintu belakang kuasa itu boleh dikawal dengan mudah melalui butang di dalam kenderaan, pada pintu berkenaan dan kunci pintar Renault Smart Keycard.

Walaupun ketika tangan anda penuh dengan barang dan kad kunci berada di dalam poket atau beg tangan, but masih boleh dibuka. Cuma gerakkan kaki di bawah bampar belakang. Tahap ketinggian juga boleh diprogram mengikut keperluan individu.

Koleos Signature hadir dengan aspek kehalusan buatan dan gayaan tambahan. Bumbung suria panoramik nyata memberi sentuhan lebih premium dan meningkatkan ambien kabin. Manakala upholsteri kulit berwarna coklat yang premium itu membuatkan ruang dalaman semakin elegan.

Koleos Signature dikuasakan oleh enjin petrol bersesaran 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT jelas meningkatkan prestasi, keseronokan memandu dan mengoptimumkan penggunaan bahan api. Enjin yang efisien ini mampu menjana kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm. Ia juga cukup responsif pada kelajuan enjin rendah dan sederhana.

Varian baharu Renault Koleos Signature ditawarkan pada harga RM198,800 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia). Pilihan warna termasuklah: merah (Marron Red), putih (Universal White), biru (Meissen Blue), kelabu metalik (Grey Metallic) dan hitam metalik (Black Metallic).

“Koleos terus berjaya di peringkat global dan diterima baik di Malaysia. Menerusi pengenalan varian baharu Koleos Signature ini, kami percaya dapat menawarkan lebih banyak fungsi dan ciri yang menambah nilai kepada kehidupan pelanggan kami.

Ini termasuklah Bumbung Suria Panoramik Elektrik, Pintu Belakang Kuasa Bebas Tangan, serta aplikasi Android Auto dan Apple Carplay. Di samping rangkaian ciri mengagumkan yang sudah sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

“Kami percaya trend SUV akan terus berkembang pada masa depan. Sebab itulah Koleos menjadi model utama kami dan komponen penting dalam rangkaian model Renault di Malaysia,” katanya lagi.

Koleos Signature

Koleos Signature akan dipamerkan di semua bilik pameran Renault di seluruh negara mulai hari ini. Ia akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran Renault pada acara Malaysia Autoshow 2018 yang berlangsung pada 26 hingga 29 April 2018.

Keupayaan SUV Koleos dibuktikan menerusi garis-garis luarannya yang penuh kuasa dan atletik, rim aloi bersaiz 18 inci serta posisi pemanduan yang dinaikkan sebanyak 150mm berbanding sedan tradisional sememangnya dihargai oleh para pembeli SUV.

Rekaan papan pemuka yang lebar dan tinggi memberikan rasa selamat. Sementara jarak kelegaan tanah yang tinggi, sudut mendekat dan bukaan pintu antara yang paling lebar dalam segmennya (70 darjah di hadapan dan 77 darjah untuk pintu belakang).

Tumpuan teliti diberikan ke atas kualiti material yang dipilih untuk kegunaan kabin. Ia memastikan Renault Koleos dapat menawarkan keselesaan terbaik kepada pemandu dan penumpang. Antaranya termasuklah:

  • Ruang dalaman yang luas dengan jarak roda paling panjang dalam kelasnya
  • Tempat duduk hadapan adalah antara yang paling besar dan selesa dalam segmennya
  • Ruang penumpang belakang antara yang terbaik dalam kelasnya dengan ruang lutut 289mm. Selain ruang kepala, bahu dan siku yang luas
  • But seluas 542 liter menampilkan rekaan lantai boleh alih pintar yang diposisikan sama tinggi untuk membentuk lantai yang rata
  • Sistem Easy Break di mana hendal diletakkan pada but yang membolehkan tempat duduk belakang dilipat pantas dengan konfigurasi 60/40, menawarkan kapasiti mengangkut barang sehingga 1,690 liter
  • Storan tambahan di seluruh kabin Renault Koleos sebanyak 35 liter, termasuklah 11 liter dalam glove box dan tujuh liter tempat meletak minuman di konsol tengah
  • Penggunaan material yang menarik dan kalis calar seperti krom kemasan satin yang bergaya pada bahagian stereng, tuil gear dan corong pendingin hawa
  • Konsol tengah dibalut dengan filem perlindungan yang keras dan sedap dipegang
  • Material lembut yang dipasang pada papan pemuka dan panel pintu juga menyumbang kepada ambien kabin yang menenangkan
  • Keselesaan ketika dalam perjalanan dipertingkatkan lagi dengan lampu kabin LED yang boleh diubah suai, bersama palet warna hijau, biru, kuning, merah atau violet, bergantung kepada mood pemandu serta penumpang

Koleos memanfaatkan pengalaman luas Renault dalam aspek keselamatan pasif. Ia telah lulus protokol ujian Euro NCAP 2016 yang baru dengan skor cemerlang 90 peratus untuk perlindungan penumpang dewasa, 70 peratus untuk kanak-kanak, 62 peratus untuk pejalan kaki dan 75 peratus bagi bantuan keselamatan.

Sama seperti varian 2WD dan 4WD, Koleos Signature dilengkapi pelbagai ciri keselamatan pasif dan aktif seperti:

  • Penggunaan besi dengan had regangan yang sangat tinggi pada kerangka enjin dan besi kukuh untuk sel penumpang bagi melindungi kabin sekiranya berlaku kemalangan yang serius
  • Dua beg udara hadapan adaptif yang berfungsi berdasarkan kepada jenis impak dan posisi penumpang di dalam kenderaan
  • Dua beg udara thoraks/bahu untuk penumpang hadapan
  • Dua beg udara jenis curtain
  • Perehat kepala anti-whiplash
  • Tempat duduk hadapan anti-gelongsor
  • Cagak tempat duduk keselamatan ISOFIX untuk i-Size pada kerusi belakang
  • Semua tali pinggang keledar dilengkapi ciri pra-regangan dan pengehad beban
  • Sistem amaran titik buta
  • Electronic Stability Programme (ESP) dengan Traction Control generasi terkini
  • Emergency Brake Assist (EBA) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Hill Start Assist (HAS)
  • Kamera undur
  • Alat pengesan parkir pada bahagian hadapan, belakang dan sisi

Ketersambungan dan kemudahan yang telah dipertingkatkan

Sebagai tambahan kepada kebolehpadanan dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto, Koleos Signature hadir bersama satu rangkaian peralatan standard yang lengkap untuk aspek ketersambungan serta kemudahan luar biasa menerusi sistem multimedia R-LINK 2.

Tablet ini boleh didapati pada rangkaian model lebih mewah. Ia mengkoordinasikan kebanyakan fungsi kenderaan seperti hiburan, navigasi, telefon bebas tangan, radio dan sistem bantuan pemandu, terima kasih kepada ciri-ciri berikut:

  • Format skrin potret bersaiz 8.7 inci, diintegrasikan dengan kemas ke dalam reka bentuk papan pemuka
  • Fungsi skrin sentuh kapasitif yang sama seperti tablet peribadi (zoom menggunakan dua jari, tatalan halaman, dll)
  • Paparan navigasi yang realistik dengan gambaran bangunan 3D
  • Pilihan ketersambungan dan pengecasan termasuklah Bluetooth® untuk kegunaan telefon bebas tangan serta penstriman audio, satu port USB, satu soket jack 3.5mm, satu port kuasa 12V dan satu slot kad SD
  • Pengecaman suara untuk penggunaan telefon
  • Empat laman yang boleh diubah suai dengan widget untuk akses pantas kepada fungsi paling kerap digunakan

Berfungsi bersama tablet R-LINK 2, data-data penting pemanduan seperti kelajuan, pecutan enjin, penggunaan bahan api dan arahan navigasi dipaparlan pada skrin TFT berwarna bersaiz 7 inci yang diletakkan di belakang stereng, selari dengan pandangan mata pemandu.

Sama seperti semua kenderaan Renault, Koleos didatangkan dengan jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukan oleh mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma dan syarat, serta alat ganti adalah konsisten mulai tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Koleos, varian Koleos Signature dan Renault, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

AirAsia Kini Terbang Terus Dari Pulau Pinang Ke Hanoi Dan Phuket

Tarikan istimewa Asean kini lebih dekat dengan Pulau Pinang, kerana AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia bakal melancarkan penerbangan
terus ke Hanoi, Vietnam dan Phuket, Thailand bermula 1 Julai 2018.

DIKENDALIKAN secara eksklusif oleh AirAsia Berhad (kod penerbangan AK), penerbangan terus ke Hanoi dan Phuket merupakan laluan ke-9 dan ke-10 dari Pulau Mutiara tersebut, mengukuhkan lagi hubungan intra-Asean yang ditawarkan. Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, manakala ke Phuket tujuh kali seminggu.

Ketua Komersial AirAsia Malaysia, Spencer Lee, berkata, “Pulau Pinang sememangnya menjadi kebanggaan Malaysia dengan status Tapak Warisan Dunia, juadah yang dikenali serata dunia, pelbagai budaya dan seni bina yang menarik.

Spencer Lee

Tambahan pula, lokasinya yang strategik di rantau ini telah membantu meningkatkan permintaan perjalanan masuk dan keluar yang mana ia menerima seramai tujuh juta orang pelancong melalui perjalanan udara pada tahun lepas.”

“Sebagai sebuah syarikat Asean yang terbang ke semua 10 negara Asean, kami amat berbesar hati untuk meneruskan usaha kami menghubungkan Asean lebih jauh sebagai sebahagian daripada rangkaian kami yang luas.

Kami positif bahawa laluan baharu ini akan memberi sumbangan besar kepada sektor pelancongan bagi ketiga-tiga buah negara dan menjadi tempat pelancongan utama di
rantau ini oleh para pelancong di seluruh dunia,” tambah beliau.

Untuk meraikan laluan baharu ini, tambang termasuk semua bermula RM99* sehala dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79* sehala dari Pulau Pinang ke Phuket boleh ditempah dari 4 April 2018 sehingga 15 April 2018 untuk tempoh perjalanan di antara 1 Julai 2018 dan 29 Oktober 2018.

Layari airasia.com atau tempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone atau Android untuk menikmati promosi ini.

Para tetamu juga boleh menikmati lebih penjimatan apabila mereka menempah dengan BigPay, aplikasi kewangan Asia. Ia merupakan satu-satunya kad yang memberikan penjimatan besar sehingga RM32** untuk tempahan di airasia.com.

Para tetamu juga boleh menikmati pembayaran menggunakan tukaran mata wang asing sebenar tanpa caj tambahan apabila mereka menggunakannya di luar negara, selain dapat mengumpul mata ganjaran BIG.

Selain daripada dua laluan baharu tersebut, AirAsia juga terbang terus dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur (102 kali seminggu sehala), Johor Bahru (31 kali seminggu sehala), Kota Kinabalu (11 kali seminggu sehala), Kuching, (10 kali seminggu sehala), Langkawi (21 kali seminggu sehala), Bandar Ho Chi Minh (7 kali seminggu sehala), Singapura (28 kali seminggu sehala), Medan (28 kali seminggu sehala), Surabaya (102 kali seminggu sehala) dan Jakarta (14 kali seminggu sehala) melalui AirAsia Indonesia (kod penerbangan QZ) dan Bangkok (14 kali seminggu sehala) melalui AirAsia Thailand (kod penerbangan FD).

Hanoi adalah salah satu pusat kebudayaan utama di negara yang kaya dengan sejarah. Walaupun sibuk, suasana ibu kota Vietnam ini juga santai dan mempunyai tarikan yang mudah dilawati dengan hanya berjalan kaki seperti Tasik Hoan Kiem dengan jambatan merah terkenal yang akan membawa anda ke Ngoc Son atau Kuil Jade Mountain yang terletak di Pulau Jade di utara pantai dari tasik.

Para pelancong juga boleh menikmati kecantikan Teluk Halong yang bewarna hijau yang terdiri daripada lebih 3,000 pulau kapur dan gua, serta kampung-kampung nelayan.
Pekan Sapa yang indah terletak di utara juga menanti para pelancong dengan pemandangan padi yang memukau dan taman hijau yang subur.

Ia juga popular bagi pendaki gunung atau ekspedisi berbasikal untuk bertemu suku kaum Vietnam seperti H’mongs, Daos dan Muong. Selain Sapa, pelancong juga boleh melawat bahagian lain di Vietnam utara seperti Son La dan Bac Ha.

Manakala Phuket pula bukan hanya sekadar pantai Patong dan tarikan di Soi Bangla. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini seperti melawati beberapa pantai yang indah, melihat pemandangan yang menakjubkan, dan menikmati aktiviti santai serta lasak untuk mengisi percutian anda.

Terokailah puncak Nakkerd Hill, di mana terdapat patung marmar Big Buddha bersaiz
45 meter serta pemandangan panorama yang luar biasa. Jangan lepaskan peluang melawat Bandar Lama Phuket yang kini diberi nafas baharu. Rumah-rumah kedai abad ke-19 yang berwarna-warni kini kembali ke bandar bekas kawasan perlombongan biji timah ini yang pernah mejalinkan hubungan perdagangan di pelabuhan British di Pulau Pinang.

Juga, jangan ketinggalan melawati kepulauan Phang Nga Bay. Nikmati aktiviti kayak di lagun dan tebing batu kapur atau lawati pulau James Bond dan kampung di atas air Koh Panyee, untuk pengalaman percutian yang menakjubkan.

Post Menarik