Utama Blog Halaman 976

Tiga Model Proton Menerima Anugerah Cars Of Malaysia Awards

Ertiga Award

Proton Saga, Iriz dan Ertiga diiktiraf sebagai kereta terbaik dalam kelas masing-masing

PROTON berjaya merangkul kemenangan di anugerah yang julung kalinya diadakan iaitu Cars
of Malaysia Awards di mana tiga model PROTON iaitu Proton Saga, Iriz dan Ertiga, telah diiktiraf sebagai antara tiga kereta terbaik dalam kategori masing-masing.

Proton Saga, model pertama yang diumumkan sebagai pemenang merupakan model yang telah menjadi pilihan utama sejak dahulu lagi di kalangan pembeli kali pertama. Dengan gabungan dari segi keluasan, pengendalian yang stabil dan harga yang berpatutan telah meraih pujian dari para hakim dan mengangkat Saga sebagai salah satu daripada tiga kereta terbaik dalam kategori “City Cars of Malaysia”.

Saga Award

Proton Iriz yang bersaiz kecil dengan keselamatan yang maksimum turut mendapat pengiktirafan dalam kategori kereta “Compact Hatchback”. Model yang telah memenangi pelbagai anugerah sejak dilancarkan pada tahun 2014 ini, mendapat markah yang tinggi untuk ciri-ciri keselamatannya (struktur badan HPF, 6 beg udara, ESC, penarafan 5 bintang ASEAN NCAP), teknologi (bantuan pemanduan ECO, pengenalan suara) dan terbaik di dalam kategori pemanduan (pengendalian lancar dan enjin VVT 1.6L).

Dengan menggabungkan kekuatan tersebut dengan kos pemilikan yang berpatutan, Iriz telah
diberi anugerah meskipun terdapat persaingan sengit daripada pesaing tempatan dan asing.
Proton Ertiga – MPV yang memberi penjimatan dengan pelbagai kelebihan Proton Ertiga, model PROTON yang turut mendapat anugerah, yang bertanding dalam kategori “Compact MPV”.

Iriz Award

Model membanggakan ini yang jimat minyak iaitu penggunaan 6.0L/100km serta ruangan dalaman yang mempamerkan kepelbagaian dan keselesaan tambahan, MPV yang luas dan cekap minyak ini sangat sesuai untuk memuatkan seramai 6 orang yang akan memberikan keselesaan bagi perjalanan yang jauh.

Penumpang mudah untuk berpindah ke barisan terakhir tempat duduk dan lubang penyaman udara di belakang memberikan perjalanan yang nyaman. Bersaing dengan model-model
yang lebih baharu dan mahal, Ertiga dengan mudah meraih mata untuk mendapatkan anugerah ketiga untuk Syarikat.

“PROTON mempunyai pengalaman dalam membuat rekaan dan membina kereta yang berinovatif, praktikal dan menyeronokkan untuk dipandu dan memberikan nilai yang sangat baik untuk pelanggan kami.

Ertiga Award

Pengiktirafan yang dicapai oleh Syarikat di Cars of Malaysia Awards ini membuktikan bahawa usaha yang kami lakukan telah membuatkan pelanggan serta barisan wartawan automotif di Malaysia berasa kagum.

Ini merupakan satu petanda yang baik untuk masa hadapan kami kerana PROTON sedang rancak merancangkan pelancaran SUV pertama dan produk pertama yang dibangunkan
bersama Geely pada hujung tahun ini,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar Sdn Bhd.

Dapatkan tawaran terhebat untuk Saga Raya dan penjimatan tambahan bagi Iriz dan Ertiga
Didatangkan dengan promosi perayaan yang terbaharu dan dengan GST yang berkadar sifar, anda kini boleh memiliki sebuah Proton Saga dari bawah RM30,000* – tawaran harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.

Penjimatan yang lebih baik untuk Proton Iriz dan Proton Ertiga dengan rebat melebihi 6% atau RM4,000. Penjimatan yang ditawarkan adalah tambahan daripada GST berkadar sifar.
*harga di bawah RM30,000 adalah harga bersih, tertakluk pada terma dan syarat

Maxis Lancar ONERetail-Penyelesaian Lengkap Digital Pertama Untuk Industri Runcit

Perniagaan runcit kini mempunyai akses kepada penyelesaian lengkap untuk memodenkan perniagaan mereka sepenuhnya.

MAXIS ONERetail – iaitu penyelesaian digital komprehensif yang merangkumi jualan berasaskan awan, e-dagang dan pemasaran SMS yang melengkapi penyelesaian Internet mudah alih dan tetap yang sedia ada – menghapuskan kerumitan mengguna pakai penyelesaian sedikit demi sedikit dari beberapa pembekal, menggunakan satu pembekal khas.

Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan penyelesaian digital lengkap bagi industri runcit.

“Teknologi kini semakin menjadi pengupaya utama bagi sebarang perniagaan. Walaupun ketersedian yang meluas, hampir 70 peratus daripada PKS masih tidak mempunyai kehadiran dalam talian.

Sementara itu, tinjauan dari kajian dalaman mengenal pasti beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pemilik perniagaan PKS, termasuk menghabiskan terlalu banyak masa bagi jualan secara manual & pemantauan inventori, pengembangan kedai, peningkatan kos operasi dan tenaga kerja serta tidak mengetahui apa yang sebenarnya pelanggan mereka inginkan.

Oleh itu, Maxis ONERetail adalah satu penyelesaian yang ideal untuk pemilik perniagaan kerana ia mengupayakan mereka untuk memaksimumkan potensi teknologi, meningkatkan kecekapan operasi dan kekal relevan dengan pelanggan mereka,” kata Shanti Jusnita Johari, Ketua Perusahaan Maxis.

Antara penyelesaian yang ditawarkan melalui Maxis ONERetail termasuk:

  1. eCommerce: Webstore tersendiri oleh pakar-pakar digital khas, tinjauan dan analisis prestasi jualan dalam bentuk dashboard, dan perkhidmatan pemasaran digital untuk meningkatkan kehadiran dalam talian. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menawarkan penyelesaian eCommerce yang lengkap dan menyeluruh – termasuk pembinaan webstore, pemasaran digital, dashboard dan khidmat nasihat eCommerce.
  2. Cloud POS: Perniagaan dapat mengakses laporan jualan & inventori dalam masa nyata dari satu platform dalam talian, serta membina analisis jualan & pelanggan. Platform berasaskan awan ini mengupayakan mereka untuk mengakses semua data ini pada bila-bila masa dan dari mana sahaja. Naik taraf perisian secara percuma dan tanpa gangguan juga termasuk dalam tawaran ini. Ia adalah satu-satunya Cloud POS di negara yang boleh digunakan dengan perkakasan sedia ada peruncit.
  3. mPOS: Terima pembayaran kad di mana-mana sahaja. mPOS juga membolehkan pelanggan mengakses laporan dalam masa nyata, menerima jumlah bayaran yang besar dengan bayaran urus niaga kad kredit yang rendah.
  4. eSMS: Dekati pelanggan yang relevan dengan memusatkan koleksi data pelanggan dan tingkatkan jumlah pelanggan ke kedai.

Maxis telah mempamerkan dua penyelesaian teras Maxis ONERetail – iaitu Cloud POS dan eCommerce – dengan maklumbalas dari pelanggan yang kini mengamalkannya dalam perniagaan masing-masing. XIXILI, sebuah jenama pakaian dalaman, telah menggunakan penyelesaian e-dagang Maxis, manakala kedai roti tempatan, Haruka Bakery, kini menggunakan penyelesaian Cloud POS Maxis.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis ONERetail, lawati www.maxis.com.my/ONERetail atau hubungi 1700-81-8881.

Exclusive! 10 Units Of 3-Door Volkswagen Golf R Open For Booking

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) announced that a special batch of 3-door Golf R units is now open for booking.

THE very exclusive 3-door Golf R is limited to only 10 units in Malaysia, and is offered in Lapiz Blue. The 3-door Golf R is priced at RM 268,888 (before registration).

Similar to its 5-door sibling, the 3-door Golf R comes with a new 2.0TSI turbocharged engine and a 7-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG), giving an impressive output of 290PS and a torque of 380Nm between 2,000 to 5,400rpm transferred via 4MOTION all-wheel drive system.

The Golf R comes with the R ‘Vienna’ perforated leather seats, 19” Pretoria alloy wheels, 12.3” Active Info Display, 9.2” Discover Pro with App-Connect with Gesture Control, LED headlights with Dynamic Cornering Lights, LED taillights with Dynamic Indicators, and progressive steering.

However, the 3-door Golf R is not offered with KESSY keyless locking and engine starting system, exterior mirror memory function and power-adjustable driver seat.

Erik Winter, Managing Director of VPCM said that the Golf R is one of the most desirable Volkswagen models of all time, and the availability of the 3-door Golf R should have fans excited.

“This truly is an opportunity for enthusiasts to be part of something special, as the 3-door Golf R is a rare beast here in Malaysia. With such a cult following, we are confident that all 10 units will be sold very quickly,“ he said.

The ultimate performance hatch, the Golf R has set and broken numerous track records around the world. On the road and track, its appeal lies in the fact that it is one of the most well-rounded cars available in the market.

Bookings can be made at all authorized Volkswagen dealerships nationwide. For more information, please visit www.volkswagen.com.my

HUAWEI Nova 2 lite – The Exclusive Pink Edition, Priced At RM754 With 0% GST

Following the successful launch of HUAWEI nova 2 lite in March, HUAWEI, the second largest smartphone brand in Malaysia, has unveiled the new colour variant for its HUAWEI nova 2 lite – the exclusive pink edition.

HUAWEI nova 2 lite will be made available on 9 June 2018 onwards across all HUAWEI Experience Stores and authorised resellers nationwide.

“We are excited to launch the limited pink edition for HUAWEI nova 2 lite in Malaysia. Unlike the premium HUAWEI P and Mate series, the HUAWEI nova series targets a young, dynamic group of consumers who leads an energetic, healthy and independent lifestyle.

The introduction of the pink edition is driven by the desire to connect with this group of consumers,” said Bill Liu, Country Director, HUAWEI Malaysia Device Business Department.

“We trust that this limited pink edition will be dedicated to ladies who have been seeking for the ideal device that expresses their personality. Coming with the HUAWEI FullView display, we aim to deliver new smartphone experience to our customers,” he adds.

Born for young users, HUAWEI nova 2 lite features the 5.99” HUAWEI FullView Display as well as stunning and sleek design. The dual rear camera and selfie toning flash allow users to enjoy professional photography experiences.

Equipped with EMUI 8.0 based on Android 8.0, it offers smart, smooth experiences. HUAWEI nova 2 lite delivers much better functions and experiences than most fashionable “photography addicts” have imagined, making it truly stylish with excellent value.

With the insight of young people’s fond of latest technology, HUAWEI nova 2 lite is equipped with high-precision face unlock and fingerprint unlock. It takes just milliseconds to unlock the phone in a flash with face unlock; while the fingerprint sensor 4.0 allows users to unlock the device in less than 0.35 seconds.

HUAWEI nova 2 lite is priced at RM754 with 0% GST. To sweeten the deal, customers who purchase the HUAWEI nova series can also redeem a wooden speaker upon every purchase of the nova series during the HUAWEI Carnival campaign period, as well as a travel bag during the Gaya Raya Bersama HUAWEI campaign period*.

For more information, please visit https://consumer.huawei.com or HUAWEI’s official Facebook page www.facebook.com/HuaweiMobileMY.

*while stocks last

Ferrari’s Turbo-Charged V8 Is Voted The Best Engine Of The Last 20 Years

Ferrari 812 Superfast EOTY-2018

The latest iteration of Ferrari’s turbo-charged V8 that equips, in various forms, all Ferrari’s V8-engined cars, has been nominated the best engine in the world for the third year running in the 2018 International Engine of the Year Awards.

IN this, the award’s 20th anniversary edition, Ferrari took no fewer than six awards, the highest number for any manufacturer in any one year, bringing the total of Ferrari’s trophies up to 27, a record number of wins for any sports car company.

Ferrari 488 Pista EOTY-2018

Along with the overall Engine of the Year honour, the 720-cv 3.9-litre V8 that powers the new 488 Pista also took the 3-litre to 4-litre class, the Performance Engine category and the special nomination for the ‘Best of the Best’, with the 68 international judges asked to vote for the top engine from among all the winners over the last 20 years.

“In the 488 GTB, the 3.9-litre eight-cylinder was a near-perfect example of a high-performance turbocharged engine, setting the bar so high that it swept aside rival powertrains,” said Dean Slavnich, co-chairman of the IEOTY Awards.

“But redeveloped and tweaked for the 488 Pista, the best engine in the world just got better. Without doubt, we’re looking at an engineering masterclass from Ferrari. No turbo lag, beautiful delivery, raw emotion, a furious growl and so much power – this Ferrari V8 is a work of art.”

Crowning Ferrari’s record-breaking year, the naturally-aspirated 800-cv 6.5-litre V12 powering the 812 Superfast also won two awards: the Above 4-litre class and, due to it being comprehensively re-engineered from the 6.3-litre unit that equipped the F12berlinetta with 75% new components, the Best New Engine category.

Sebastian Vettel Secures Victory In Canada, Thanks Shell For The Support

Scuderia Ferrari driver Sebastian Vettel stormed to the top step of the podium in Canada, personally thanking Shell for their support in securing the well-deserved victory this weekend.

SEBASTIAN Vettel said: “We had a new power unit specification for this weekend and the support of Shell for fuel and lubricants is always important.”

Celcom Mengadaptasi Budaya Kerja ‘Agile’ Bagi Memacu Transformasi

Michael Kuehner, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad with Dave Morrow, Chief Digital Officer, Azwan Khan Osman Khan, Deputy Chief Executive Officer, Business Operations, and Jennifer Wong Chui Fen, Chief Financial Officer of Celcom Axiata Berhad

Peningkatan Skor Promoter Purata Transaksi Runcit (tNPS) sebanyak 9 mata menunjukkan pencapaian dalam Pengalaman Pelanggan, dipupuk oleh faktor budaya dan insan

CELCOM Axiata Berhad telah menunjukkan pertumbuhan yang konsisten sejak 2017, dan syarikat tersebut percaya bahawa perkembangan tersebut dipacu oleh gabungan pacuan transformasi budaya kerja dan insan, pengalaman pelanggan serta langkah-langkah optimisasi kos.

(L-R) Jennifer Wong Chui Fen, Chief Financial Officer, with Dave Morrow, Chief Digital
Officer, Azwan Khan Osman Khan, Deputy Chief Executive Officer, Business Operations, and Michael Kuehner, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad.

Melalui adaptasi budaya kerja ‘Agile’, syarikat tersebut dapat menyuntik persekitaran yang lebih kolaboratif di kalangan pekerja serta membentuk kebolehan dalam menjangka, bertindak balas dan memenuhi keperluan pelanggan serta lebih lagi.

#AgileCelcom juga membolehkan tenaga kerja diberi lebih kuasa dan membentuk pasukan yang mampu bertindak sendiri seterusnya membolehkan keputusan dibuat dengan lebih cepat, penyediaan produk dan perkhidmatan yang lebih pantas serta menyelesaikan halangan dalam memberi pengalaman pelanggan yang hebat.

Michael Kuehner, Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad

Dalam sidang media yang diadakan di Menara Celcom, Michael Kuehner, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata,” Kami menyedari bahawa kami perlu mencipta kelebihan dalam daya saing yang lebih mampan untuk Celcom, dan ia perlu bermula daripada tenaga kerja kami sendiri.

Oleh itu kami perkenalkan ‘Agile Celcom’ untuk memastikan pekerja memenuhi fungsi mereka, dan seterusnya menjadi lebih responsif dan inovatif dalam pasaran yang berubah-ubah.”

Transformasi untuk menjadi syarikat yang ‘agile’ serta sentiasa meletakkan keutamaan pelanggan telah memperlihatkan keputusan awal yang memberangsangkan, dengan peningkatan asas suku tahunan (QoQ) bagi Skor Promoter Purata Transaksi Runcit (tNPS) sebanyak 9 mata, daripada 68 dalam suku tahun keempat 2017 kepada 77 bagi suku pertama 2018.

Azwan Khan Osman Khan, Deputy Chief Executive Officer, Business Operations of Celcom Axiata Berhad

Suku pertama tahun ini juga menunjukkan penurunan ketara pada asas tahunan (YoY) dalam aduan pelanggan sebanyak 53% berbanding suku tahun pertama 2017.

Pengalaman Digital Pelanggan

Transformasi digital juga merupakan satu lagi penggerak utama bagi Celcom dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang hebat. Syarikat tersebut terus berkembang dalam mendigitalkan titik sentuhannya, dan mencatatkan pertumbuhan membanggakan bagi penggunaan digital sebanyak 54% daripada suku tahun pertama 2017 kepada suku pertama tahun ini.

Jennifer Wong Chui Fen, Chief Financial Officer, Celcom Axiata Berhad

Antara inisiatif digital terkini daripada syarikat itu adalah Celcom Life – aplikasi mudah alih bagi menguruskan langganan semudah di hujung jari pelanggan sahaja. Celcom turut memperkenalkan laman sesawangnya yang diberi nafas baru, serta lebih selaras, rupa bentuk yang mesra pengguna dan navigasi yang mudah dilayari.

Celcom kini bersedia untuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk membawa pengalaman pelanggan ke peringkat yang lebih tinggi. Aplikasi AI dalam operasinya akan membolehkan Celcom menyediakan perkhidmatan pelanggan dan penyelesaian aduan sepanjang masa, serta interaksi yang lebih peribadi dan mampu dijangka, meningkatkan kecekapan, kebolehpercayaan dan konsisten dalam perkhidmatannya.

Sorotan Kewangan Suku pertama 2018

Suku tahun tersebut memperlihatkan inisiatif pemasaran yang aggresif daripada Celcom, seterusnya melonjakkan hasil seperti berikut :

  • Hasil keseluruhan menunjukkan peningkatan sebanyak 2.3% pada asas tahunan (YoY), dengan rekod RM1.636 billion pada suku pertama 2018 berbanding suku pertama 2017.
  • Hasil perkhidmatan RM1.504 billion dalam suku pertama 2018, iaitu peningkatan 2.0% pada asas tahunan, lebih baik berbanding pertumbuhan industri.
  • Celcom mencatat EBITDA (pendapatan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan) RM518 juta PATAMI (keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti) sebanyak RM187 juta.
  • 47% daripada jumlah hasil dalam suku tersebut disumbangkan oleh hasil data. Prestasi data syarikat tersebut meningkat kukuh daripada RM661 juta dalam suku pertama 2017 kepada RM762 juta dalam suku tahun pertama 2018, menunjukkan peningkatan sebanya 15.4% pada asas tahunan.
  • Penggunaan telefon pintar meningkat daripada 66% dalam suku pertama 2017 kepada 75% dalam suku pertama tahun ini.
  • Peningkatan penggunaan data pada asas tahunan daripada 5.0GB kepada 9.5GB setiap bulan bagi setiap pengguna.
  • Segmen pascabayar memberi Purata Pendapatan Setiap Pengguna (ARPU) yang lebih tinggi, iaitu RM87 pada suku pertama 2018 berbanding RM81 dalam suku pertama 2017
  • Purata Pendapatan Setiap Pengguna (ARPU) segmen prabayar meningkat daripada RM30 kepada RM34 pada suku pertama tahun lepas berbanding tahun ini.

Penambahbaikan rangkaian yang berterusan

Michael Kuehner turut menyatakan penambahbaikan rangkaian Celcom yang berterusan juga menjadi asas penting yang membantu mengekalkan pertumbuhannya dalam pasaran.

Pelaburan yang tinggi disediakan untuk memperkembangkan rangkaian untuk mencapai liputan populasi 4G sebanyak 88% pada suku pertama tahun ini, manakala LTE-A pada kadar 76%.

“Kami telah meletakkan fokus berterusan kepada rangkaian sebagai penyumbang utama, dan ia telah dibuktikan dengan pencapaian terkini kami; Celcom kini dinilai empat bintang bagi pengstriman video YouTube bertaraf HD di 20 bandar utama Malaysia, berbanding 18 bandar utama dalam suku pertama 2017,” tambah beliau.

Perancangan seterusnya

Dalam suku tahun berikut, Celcom akan terus fokus dalam transformasi budaya dan insan ke arah syarikat ‘agile’.

“Kami telah mula mencabar setiap daripada sesuatu gaya kerja yang menjadi ‘amalan biasa’ dan terus membentuk revolusi dalam interaksi dan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. Nantikan perkembangan kami seterusnya!” kata beliau.

Untuk maklumat lanjut, layari : https://www.axiata.com/investor/financial-reports/

Program Keselamatan Jalan Raya Untuk 7,000 Kakitangan Perodua

Perodua telah menganjurkan program keselamatan jalan raya selama sebulan untuk 8,000 kakitangannya, yang mana hampir 7,000 akan pulang ke kampung halaman masing-masing di musim perayaan ini.

INISIATIF selama sebulan ini adalah sebagai peringatan kepada para pengguna jalan raya mengenai peraturan asas serta tip keselamatan berguna yang mampu menjimatkan masa dan wang ketika dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga tersayang.

“Perjalanan pulang semasa musim perayaan adalah lebih mencabar kerana terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. Pada ketika itu, adalah penting untuk kita terus bertenang, berwaspada dan berhemah ketika memandu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Program keselamatan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua yang dilancarkan pada Oktober 2017, sebuah projek selama 5 tahun bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai kepentingan peraturan asas jalanraya bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku.

Intipati utama program ini adalah untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar, menggunakan isyarat membelok, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dan tidak menggunakan telefon mudah alih ketika memandu.

“Kami percaya pendidikan harus bermula daripada rumah dan oleh sebab itu Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua lebih menumpukan kepada mendidik masyarakat kita tentang pentingnya peralatan keselamatan di kenderaan mereka serta memupuk amalan memandu secara selamat dan berhemah.

“Kami percaya melalui contoh yang diteladani dan kami berharap semua pemandu Malaysia juga dapat menerima dan menyambutbaik seruan kami dalam menjadikan Malaysia jalan raya paling selamat di rantau ini,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Program keselamatan dalaman Perodua bermula sebulan yang lalu dengan penganjuran kursus selama dua hari oleh Persatuan Keselamatan Jalan Raya dan Pengangkutan Malaysia pada 15hb dan 16hb Mei. Seramai 69 pekerja telah didedahkan dengan pelbagai topik keselamatan termasuk punca utama kemalangan dan prosedur pra-pemeriksaan kenderaan yang betul.

Selain itu, dalam memastikan motosikal milik kakitangan berada dalam keadaan baik sebelum cuti Raya, pemeriksaan percuma telah dilakukan pada 6hb Jun. Sebanyak 47 buah motosikal telah diperiksa yang mana pemilik akan dimaklumkan mengenai sebarang kerosakan sekiranya ada dan diminta untuk memperbaikinya dengan kadar segera.

Perodua juga turut menjalankan perkhidmatan 50-titik pemeriksaan kereta secara percuma melalui Tweckbot Pre-Raya. Melalui aktiviti ini, Perodua berjaya memeriksa 380 kenderaan Perodua secara keseluruhan di dua lokasi iaitu di Tesco Kota Bharu di stesen Petronas di Kota Kinabalu dari 12-14 Mei.

Tweckbot akan berada di Petronas Sungai Buloh PLUS R&R pada 23 dan 24 Jun untuk pemeriksaan Pasca-Raya dengan menawarkan sebanyak 20% diskaun bagi alat ganti dan aksesori kepada semua kenderaan yang diperiksa yang kembali ke pusat servis sah Perodua di seluruh negara.

“Kepada pelanggan yang dihargai, sila selenggara kenderaan Perodua anda di pusat servis sah Perodua. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin kepada
semua yang beragama Islam. Kepada yang lain, selamat bercuti dan semoga perjalanan anda selamat,” kata Datuk (Dr) Aminar.

Maxis Membawa Piala Dunia FIFA 2018 Kepada Lebih Ramai Rakyat Malaysia

Piala Dunia bukan sekadar satu perlawanan bola sepak – ia adalah acara sukan terbesar di dunia yang diminati semua.

MAXIS tahun ini, dengan bangganya membawa Piala Dunia FIFA 2018 kepada lebih ramai rakyat Malaysia di Astro GO dan RTM, sekali gus menjadikannya lebih mudah bagi semua untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan bola sepak di semua skrin – sama ada di televisyen atau di peranti mudah alih mereka.

Kedua-dua pelanggan Maxis dan Hotlink boleh membeli pas perlawanan World Cup Astro serendah RM1 bagi setiap perlawanan untuk menonton mana-mana atau kesemua 64 perlawanan SECARA LANGSUNG dan dalam HD pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Paling penting sekali, data untuk menyaksikan perlawanan adalah PERCUMA supaya pelanggan Maxis dan Hotlink dapat menikmati Piala Dunia sepenuhnya tanpa sebarang kebimbangan di rangkaian 4G No. 1 Malaysia.

Maxis juga bangga menjadi penaja penyiaran utama untuk liputan Piala Dunia FIFA 2018 di RTM. RTM akan menyiarkan 41 perlawanan, dari mana 28 adalah secara langsung dan 13 ditangguhkan.

“Setiap empat tahun, peminat-peminat bola sepak berkumpul bersama untuk menyokong pasukan kegemaran mereka di acara sukan yang terbesar di dunia.

Maxis teruja untuk membawa Piala Dunia kepada lebih ramai rakyat Malaysia berbanding sebelum ini dengan pas perlawanan World Cup Astro di Maxis serta melalui penajaan penyiaran utama untuk liputan RTM bagi perlawanan Piala Dunia.

Sama ada anda berada di rumah atau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada musim Raya ini, rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyaksikan perlawanan terkini, bersama keluarga dan rakan-rakan,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis.

Untuk mendaftar ke pas perlawanan Piala Dunia Astro GO, pelanggan hanya perlu:

  • Muat turun aplikasi MyMaxis / Hotlink RED / Hotlink Flex dari Google Play Store atau Apple App Store
  • Beli pas perlawanan pilihan mereka dalam aplikasi
  • Terima Kod Kupon melalui SMS & aplikasi MyMaxis
  • Menebus kod pada aplikasi Astro GO dan mula menonton

Bersempena dengan musim Raya dan bola sepak ini, Maxis juga memperkenalkan baju raya pertama yang inovatif yang juga berfungsi sebagai jersi bola sepak dengan menggunakan realiti tambahan (augmented reality – AR).

Sekarang, pelanggan tidak perlu memilih antara memakai baju raya atau jersi bola sepak mereka musim Raya ini – mereka boleh memakai kedua-duanya sekaligus!

Berikut adalah cara untuk ‘memakai’ baju raya AR ini:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua aktiviti Maxis yang berkaitan dengan Piala Dunia, sila klik www.maxis.com.my/bolaraya

 

Perodua Edar 100 Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Percuma Untuk Raya

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato 'Dr Zahari Husin melihat kerusi keselamatan kanak-kanak

Perodua baru-baru ini mengagihkan 100 kerusi keselamatan kanak-kanak GearUp kepada pengguna jalan raya di tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Semenanjung Malaysia, sebagai sebahagian daripada kempen 5-tahun Keselamatan Jalan Raya yang dilancarkan pada Oktober lalu.

KERUSI keselamatan kanak-kanak itu diserahkan kepada pemandu Perodua yang bertuah yang membawa anak-anak berusia kira-kira antara dua dan enam tahun di stesen minyak Petronas di R&R Rawang (Lebuhraya PLUS), R&R Bentong (Lebuhraya Karak) dan R&R Seremban (Lebuhraya KL-Seremban).

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato ‘Dr Zahari Husin menyampaikan kerusi kepada salah seorang pemilik kenderaan Perodua

“Ini adalah kali pertama Perodua menganjurkan acara ini dengan kerjasama rakan niaga kami, Petronas, serta panel insurans kami,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato ‘Dr Zahari Husin.

“Kami mengambil inisiatif khas ini kerana kami prihatin terhadap keselamatan pelanggan kami dan keluarga mereka. Kami berharap rakyat Malaysia sedar kepentingan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam menjamin keselamatan anak-anak mereka ketika kenderaan bergerak,” katanya.

Diperkenalkan bersama dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada bulan Oktober, kerusi keselamatan kanak-kanak GearUp Perodua boleh didapati dalam dua model. Kedua-duanya boleh dipasang pada ISOFIX dan memenuhi piawaian keselamatan ECE R44.

Kerusi keselamatan bayi, yang berharga RM622.50 (RM640 di Malaysia Timur), sesuai untuk bayi yang beratnya sehingga 13 kg, manakala kerusi kanak-kanak yang berharga RM736 (RM754.50 di Malaysia Timur) direka untuk kanak-kanak yang beratnya antara 9-36 kg.

Semua harga di atas merupakan harga pengenalan dengan 0% Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), sah sehingga 30hb Jun.

“Lebih dua juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di musim perayaan ini. Semakin banyak kenderaan, semakin tinggi risiko pelanggaran dan kemalangan berlaku,” kata Dato’ Dr Zahari.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato ‘Dr Zahari Husin melihat kerusi keselamatan kanak-kanak

“Tali pinggang keledar direka untuk menahan orang dewasa dan bukan kanak-kanak. Sila letakkan anak-anak anda di kerusi keselamatan kanak-kanak di tempat duduk belakang, dan jangan letakkannya di ribaan anda apabila kenderaan sedang bergerak.

“Selalu pasangkan tali pinggang keledar depan dan belakang, gunakan isyarat membelok dan jangan gunakan telefon bimbit anda ketika bergerak. Ini adalah untuk memastikan perjalanan anda ke kampung halaman adalah selamat,” katanya.

Post Menarik