Utama Blog Halaman 973

Jualan Kereta Proton Meningkat 50 Peratus Pada Bulan Jun 2018

PROTON mengakhiri separuh tahun pertama 2018 dengan mencatatkan jumlah jualan yang
kukuh bagi bulan Jun.

JUALAN kereta meningkat 50% berbanding bulan lepas dengan sebanyak 6,173 kereta Proton dijual kepada rakyat Malaysia yang telah mengambil kesempatan daripada tawaran GST berkadar sifar serta promosi Duit Raya yang ditawarkan oleh PROTON.

Pegangan pasaran hampir 10% dengan Saga dan Persona yang mendahului jualan seiring dengan kenaikan jualan ini, jumlah pegangan pasaran turut meningkat di mana PROTON berjaya memperoleh lebih kurang 10% daripada Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) bagi Jun berbanding 9.5% pada sebelum ini.

Sama seperti bulan-bulan sebelum ini, Saga dan Persona terus mendahului jualan dengan jumlah pendaftaran hampir 3,000 unit dijual.

Pembeli tertarik dengan kelebihan yang ada pada sedan kompak keluarga PROTON ini kerana ianya yang paling mampu milik, keluasan dan pengendaliannya serta promosi harga Saga Terbaik dalam jangka masa 10 tahun dengan tawaran harga di bawah RM30,000.

Kualiti produk yang telah ditambahbaik untuk semua kereta Proton juga merupakan faktor
penyumbang kerana pelaksanaan sistem Audit Produk Pelanggan Global (GCPA) telah menunjukkan pengurangan yang ketara bagi mata demerit pengeluaran.

“Bulan Jun merupakan bulan terbaik dalam tahun 2018 bagi penjualan PROTON, yang mana membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih terus tertarik dengan kereta-kereta Proton dan ini merupakan hasil daripada pelbagai ciri elah yang direka bentuk untuk setiap model.

Pelbagai promosi menarik yang kami tawarkan, dengan GST yang berkadar sifar dan peningkatank eseluruhan kualiti kereta kami juga membantu meningkatkan jualan, di mana kami harap dapat dikekalkan sehingga ke akhir tahun 2018,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.

Setelah memperoleh skor sebanyak 755 mata pada tahun 2017 dalam Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) oleh J.D Power, PROTON memulakan inisiatif peningkatan kualiti bagi mencapai prestasi yang lebih baik pada 2018.

Skor CSI diukur melalui kaji selidik prestasi pengedar dalam lima perkara (mengikut kepentingan): kualiti servis (32%); inisiasi servis (22%); pengambilan kenderaan (18%); penasihat servis (15%); dan kemudahan servis (13%) dan untuk meningkatkan skornya.

PROTON telah memulakan aktiviti untuk meningkatkan skor di setiap bidang. Skor-skor terdahulu yang menggunakan sistem audit dalaman PROTON yang ketat telah menunjukkan peningkatan dalam skor CSI. Melalui pelaksanaan sistem GCPA, kualiti kereta Proton telah bertambah 3 kali ganda dalam tempoh 8 bulan yang lalu, diukur mengikut standard kualiti oleh VOLVO.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, PROTON akan menyumbang sebanyak RM10 untuk setiap kereta yang dijual bermula 1 Jun sehingga 31 Disember 2018.

Justeru itu, selepas sebulan program ini dilaksanakan, sejumlah RM61,730 telah berjaya diperoleh untuk Tabung Harapan Malaysia. Apabila melihatkan pada peningkatan jualan dan dengan pelancaran SUV pertama Syarikat pada hujung tahun ini, Syarikat optimis mengenai jumlah sumbangan yang lebih banyak.

“PROTON berbangga kerana kami telah berjaya memperuntukkan lebih kurang RM61,000 untuk Tabung Harapan Malaysia hanya dalam masa sebulan inisiatif sumbangan ini diumumkan.

Syarikat memasang niat untuk menjual lebih banyak kereta sepanjang tahun ini agar dapat memberi sumbangan sebanyak mungkin kepada dana ini yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” jelas Rashid.

Meskipun SUV pertama PROTON akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi, gimik pelancaran yang dilakukan untuk produk pertama yang dibangunkan bersama Geely pada baru-baru ini mendapat sambutan yang meriah.

Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam pertemuannya dengan Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, telah memandu uji unit pra-pengeluaran pemanduan sebelah kanan pertama SUV berkenaan.

Merupakan seorang penggemar kereta, Tun menghabiskan hujung minggu berikutnya dengan memandu uji kereta tersebut sekali lagi dan memberitahu pihak media bahawa kereta tersebut adalah baik dan beliau berasa kagum dengan kualitinya.

Beliau turut mengulas bahawa SUV ini akan menjadi produk yang baik untuk pasaran automotif Malaysia dan beliau mahukan lebih banyak syarikat Malaysia terlibat dalam membekalkan komponen automotif.

Setelah memperoleh pandangan positif daripada Perdana Menteri, PROTON kini diperhebatkan lagi usaha publisiti bagi SUV bersempena dengan pelancarannya pada hujung tahun ini.

KFC Malaysia Perkenal Citarasa Mexico Dalam KFC Mad Mex Twister Baharu

Citarasa Mexico memberi keterujaan baharu di dalam hidangan popular KFC Twister. Istimewa untuk jangka masa terhad, KFC Malaysia membawakan kemeriahan citarasa Mexico kepada peminatnya menerusi KFC Mad Mex Twister terbaharu.

Mengekalkan ciri-ciri unik Twister menerusi gabungan bahan segar dan berkualiti di dalam ‘wrap’ enak, Mad Mex Twister membawa dimensi baharu kepada menu berkenaan dengan penampilan bahan-bahan unik berunsur Mexico termasuklah kacang ginjal merah, kacang kuda, dan jagung bersama sos Keju Pedas Mexico istimewa.

KFC Mad Mex Twister features an abundance of uniquely Mexican ingredients in a warm toasted wrap, starting from RM7.50

Lazat diadun bersama kepingan KFC Zinger kegemaran ramai bersama salad segar, Mad Mex Twister menawarkan kenikmatan citarasa Mexico di dalam hidangan ‘wrap’ yang dibakar sempurna.

“KFC Twister merupakan menu popular yang menawarkan kelainan kepada para pelanggan kami di dalam menikmati hidangan KFC. KFC Mad Mex Twister terbaharu ini merupakan hidangan masa terhad yang menampilkan sentuhan citarasa Mexico menerusi Twister kegemaran ramai.

Gabungan lazat berperisa bersama kepelbagaian tekstur dan warna ditambah dengan keenakan kepingan empuk KFC Zinger dan Keju Pedas Mexico menghasilkan rasa Mexico ke tahap maksimum bersama kepuasan yang tidak terhingga,” kata Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan.

KFC Mad Mex Twister boleh didapati bermula daripada RM7.50 secara à la carte. Turut terdapat di dalam kombo serta hidangan box.

Bermula daripada RM10.90, kombo Mad Mex Twister didatangkan bersama Crispier Fries dan secawan minuman ringan manakala Mad Mex Box menawarkan pilihan yang lebih besar bersama tambahan seketul ayam goreng Hot & Spicy atau Original Recipe.

Dapatkannya sebelum promosi tamat. Terdapat di semua restoran KFC seluruh negara bermula 3 Julai 2018 sementara stok masih ada. Ianya betul-betul rasa Mexico ke tahap maksimum! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my

Tempah Kereta Volkswagen Guna E-Platform Yang Pertama Di Malaysia

VW Marketplace - with QR Code

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mencatat sejarah sekali lagi apabila melancarkan “Volkswagen Marketplace”, satu e-platform di mana pelanggan boleh menempah sebuah kenderaan Volkswagen dan menikmati tawaran eksklusif di atas talian.

VOLKSWAGEN Marketplace menjadi platform pertama seumpamanya di Malaysia,  dilancarkan dengan tawaran eksklusif 20 unit Passat 1.8TSI Trendline Cyber di atas talian sahaja.

Unit-unit ini ditawarkan pada harga menarik iaitu RM135,888 dan hadir bersama penyelenggaraan percuma selama 5 tahun dan setahun insurans percuma. Pelanggan juga boleh menikmati kadar faedah rendah 0.88% setahun untuk Passat 1.8TSI Trendline Cyber.

Passat 1.8TSI Trendline Cyber dikuasakan oleh enjin turbocharged 1.8L TSI yang dipadankan dengan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan.

Kombinasi ini menawarkan output 180PS dan tork 250Nm di antara 1,250rpm hingga 5,000rpm. Empat warna ditawarkan untuk Passat – putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Indium Grey) dan perak (Reflex Silver).

Untuk menempah, pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah dengan memilih model, pengedar yang dikehendaki dan hantar butiran peribadi mereka.

Tempahan perlu dibuat menerusi bayaran kad kredit sebanyak RM1,500 (yuran tempahan), jumlah ini kemudian akan ditolak daripada harga keseluruhan kereta yang telah dipilih.

VW Marketplace – with QR Code

Seorang wakil jualan Volkswagen akan berhubung dengan pemilik baharu untuk menamatkan pembelian sehinggalah kereta didaftarkan dan sedia diambil.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa idea untuk menghasilkan e-platform seperti Volkswagen Marketplace sudah ada dalam perancangan. Kejayaan kerjasama VPCM dengan Lazada nyata mempercepatkan idea ini.

“Perkembangan e-dagang telah mengubah cara orang membeli-belah. Kejayaan menjual 12 unit Beetle dalam masa hanya 20 minit di Lazada mengukuhkan kepercayaan kami bahawa rakyat Malaysia sudah bersedia untuk membeli kereta secara dalam talian.

Ini adalah satu pembangunan yang penting buat jenama Volkswagen dan kami sangat teruja untuk membawa Volkswagen Marketplace ke Malaysia.”

“Volkswagen Marketplace merupakan satu platform yang tetap. Kami akan sentiasa mengemas kini dengan tawaran-tawaran baru. Jadi, pelanggan yang berminat patut sentiasa melihatnya,” katanya.

Volkswagen Marketplace cukup mudah untuk digunakan. Ini adalah lima langkah mudah untuk diikuti sebaik sahaja pelanggan log masuk ke dalam Marketplace.

Langkah 1: Pilih model Volkswagen.

Langkah 2: Pilih pengedar yang dikehendaki.

Langkah 3: Masukkan perincian pelanggan untuk meneruskan tempahan.

Langkah 4: Tamatkan tempahan dengan membayar yuran sebanyak RM1,500 (kad kredit sahaja)

Langkah 5: Pengedar yang dipilih akan memberi panduan dan bantuan kepada pelanggan sepanjang proses pembelian, pendaftaran kenderaan sehinggalah kereta dihantar kepada mereka.

Semua model Volkswagen kini hadir dengan jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Maklumat lanjut, sila layari laman web: marketplace.volkswagen.com.my

Celcom Perkenal Peranti Keselamatan SafeMate™ Untuk Mohon Bantuan Kecemasan

Celcom Memperkenalkan Peranti Keselamatan Peribadi Pertama Di Malaysia

CELCOM Axiata Berhad memperkenalkan SafeMate™, sebuah peranti keselamatan peribadi yang membolehkan pengguna memohon bantuan kecemasan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Ia adalah pertama seumpamanya di Malaysia, dan pengguna SafeMate™ boleh mendapatkan bantuan kecemasan dengan hanya satu klik pada peranti pintar mereka dan memberi amaran responden pertama ke lokasi mereka untuk mendapatkan bantuan segera, walaupun telefon mereka dikunci.

Daren Victor (most left), Head of Marketing (Prepaid and Postpaid), Celcom Axiata Berhad, together with a Celcom bluecube staff sharing the benefits of SafeMate™ by Celcom to a customer.

Digabungkan bersama aplikasi ‘React Mobile Mobile App’, pengguna boleh muat turun aplikasi ini di telefon bimbit mereka dan terus berhubung dengan SafeMate ™ sepanjang masa melalui Bluetooth.

Apabila diaktifkan, peranti akan mencetuskan isyarat kecemasan ke pusat panggilan kecemasan yang beroperasi 24/7, diikuti dengan pengesahan pengguna mengenai keadaan kecemasan.

Sekiranya tidak ada tindakbalas pengguna, pusat panggilan kecemasan 24/7 akan memaklumkan kepada kenalan kecemasan yang telah didaftarkan oleh pengguna. Pihak berkuasa tempatan, seperti polis, akan dihubungi jika tiada maklumbalas selepas kenalan kecemasan dihubungi.

SafeMate ™ oleh Celcom juga dilengkapi dengan ciri penjejak GPS masa nyata yang membolehkan ahli keluarga atau kawan terpilih mengesan pengguna dan membolehkan mereka menerima notifikasi segera pada bila-bila masa kecemasan.

Azwan Khan Osman Khan

Untuk masa yang terhad sahaja, semua pengguna pascabayar Celcom boleh mendaftar SafeMate™ oleh Celcom dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM240 dan menikmati tawaran pelanggan terawal pada harga RM9.80 untuk 12 bulan, termasuk jaminan satu tahun bagi peranti.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, SafeMate ™ adalah satu lagi inovasi digital dan perkhidmatan daripada Celcom yang akan mempertingkatkan kehidupan pengguna dari segi keselamatan diri dan kesejahteraan mereka.

“Kami sangat teruja untuk menawarkan penyelesaian keselamatan yang berpatutan untuk semua orang dari segenap lapisan masyarakat, dan menekankan kepada tindak balas pantas bagi individu yang mengalami kesukaran, seperti orang tua, wanita dan kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas atau risiko perubatan.

Tindak balas yang lebih cepat daripada responden pertama akan meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa semasa keadaan kecemasan dan memperkuat langkah pencegahan terhadap jenayah,” katanya.

SafeMate™ oleh Celcom boleh didapati di semua kedai bluecube Celcom di seluruh negara. Untuk mengaktifkan SafeMate™ anda, pelanggan dikehendaki memasang Aplikasi Keselamatan React Mobile yang boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan SafeMate™ oleh Celcom, sila layari www.celcom.com.my

Largest Gathering Of Rolls-Royce In The World

Rolls-Royce Motor Cars celebrated the largest gathering of Rolls-Royces in the world this past weekend at the Rolls-Royce Enthusiasts’ Club Annual Rally and Concours d’Elegance.

THE spectacular setting of Burghley House, one of England’s finest Elizabethan Houses, in Stamford, Lincolnshire, provided the perfect backdrop for over 1,000 heritage and contemporary Rolls-Royces.

Rolls-Royce Motor Cars honoured the occasion with a significant display of Goodwood-built Phantom, Ghost, Wraith and Dawn motor cars.

The collection included Wraith Black Badge and several highly Bespoke models. The motor cars were also hosted by a team from the Home of Rolls-Royce at Goodwood, including craftsmen and women, graduates and apprentices.

This year, like with previous years, the display drew large crowds throughout all three days of the event with evident passion for the marque, particularly the latest models, amongst fans, enthusiasts and owners.

This year’s event also featured a tribute to the 1948 Earl’s Court Motor Show, which celebrates the country’s return to vehicle manufacture after World War II. A contemporary Rolls-Royce Wraith was featured in the exhibition, as a ‘car of the future’, alongside a period Rolls-Royce Silver Wraith.

Andrew Ball, Head of Corporate Relations, Heritage and Philanthropy, Rolls-Royce Motor Cars, said, “We are delighted to support our colleagues at the Rolls-Royce Enthusiasts’ Club and to present our contemporary Rolls-Royce motor cars at this spectacular event.

The Club is a vital custodian of our marque’s remarkable history, and the Annual Rally and Concours d’Elegance provides unique access to some of the most important and rare motor cars in automotive history.”

An increasing number of enthusiasts are choosing to acquire a Rolls-Royce to complement their heritage collections, either commissioning a new motor car or purchasing through the company’s Provenance Programme.

This is reflected by the ‘Goodwood Rolls-Royce Motor Cars Register’, which is now one of the fastest-growing sections of the Club.

The Rolls-Royce Enthusiasts’ Club Annual Rally and Concours d’Elegance took place from Friday 22 June – Sunday 24 June.

The Rolls-Royce Enthusiasts’ Club caters for anyone with an interest in the motor car products of Rolls-Royce. From just 11 people at the inaugural meeting in 1957, membership is now approaching 10,000, making it the largest club of its kind in the world.

Membership is open to owners and non-owners alike and members are drawn from all walks of life and from most countries of the world. Details can be found at www.rrec.org.uk.

Petron Anjur Tayangan Eksklusif Sehari Lebih Awal “Ant Man And The Wasp”

Petron Antman and The Wasp2_Special treats for guests to meet with human-sized Ant Man and The Wasp characters

Petron terus mengujakan peminat filem Marvel dengan sekuel filem Marvel baharu, “Ant-Man and The Wasp”.

PETRON melalui kerjasama dengan Disney Network Malaysia menganjurkan tayangan khas eksklusif  untuk rakan niaga, pelanggan, dan media, sehari lebih awal daripada tayangan umum pada 3 Julai 2018 (Selasa).

Khusus buat peminat filem Marvel “Ant-Man and The Wasp”, Petron menawarkan peluang memenangi pengalaman Marvel VIP selama 5 hari dan 4 malam di London, dan menghadiri konvensyen komik terbesar di UK, iaitu acara “ComicCon London” yang akan diadakan pada Mei 2019.

Petron Antman and The Wasp, a fun night for all guests who were amongst the first to watch Ant-Man and the Wasp in the advanced private screening

“Kami sentiasa berusaha untuk menghargai pelanggan Petron menerusi kempen dan inisiatif ‘Fuel Happy’. Kolaborasi bersama Disney dan Marvel Comics merupakan platform terbaik bagi kami untuk menghargai dan menggembirakan pelanggan setia kami dan seterusnya, turut memenangi percutian ke London.

Kesemua ini adalah sebahagian daripada pengalaman Petron yang kami tawarkan kepada semua pelanggan kami, ” kata Faridah Ali, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron.

Pelanggan dan peminat boleh menyertai Peraduan “ComicCon London” apabila mereka mengisi petrol sekurang-kurangnya RM50 di stesen minyak Petron dan leretkan kad Petron Miles mereka, serta menjawab 2 soalan dengan betul.

Petron Antman and The Wasp, Celebrities and partners had marvelous time at the exclusive screening of Ant Man and The Wasp at TGV 1Utama

Petron juga akan memilih 450 pemenang sagu hati yang akan membawa pulang barangan edisi terhad “Ant Man and The Wasp” yang terdiri daripada termos, t-shirt, hoodies dan beg sandang bernilai RM500. Pemenang akan dipilih setiap minggu dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh peraduan (21 Jun hingga 20 Ogos 2018).

“Buat kali ini, kami ingin memberi ganjaran sebanyak mungkin kepada pelanggan kad PMiles, sebagai tanda penghargaan di atas sokongan setia mereka sepanjang tahun,” kata Faridah semasa tayangan eksklusif  filem Ant Man and The Wasp di TGV 1UTama.

Untuk maklumat lanjut dan berita mengenai Petron, sila layari www.petron.com.my. Ikuti informasi terkini berkaitan promosi dan aktiviti Petron melalui Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia. Ikuti hashtag rasmi Petron #PetronFuelHappy

Tentang Petron di Malaysia

Petron Malaysia merupakan syarikat ternama dalam pasaran minyak hiliran di Malaysia. Kilang Penapisan Petron di Port Dickson yang mengeluarkan 88,000 tong sehari, menghasilkan pelbagai jenis bahan api dan bahan bakar yang berkelas dunia yang diedarkan menerusi tujuh terminal yang terletak di lokasi strategik di seluruh negara.

Menerusi lebih 600 stesen di seluruh negara, Petron Malaysia menjual bahan api premium seperti Blaze 100 Euro 4M, Blaze 97, Blaze 95, Turbo Diesel Euro 5 dan Diesel Max. Petron amat komited dengan visinya untuk muncul sebagai penyedia utama solusi penuh buat pelanggan dalam sektor minyak dan perniagaan berkaitan. Sila layari www.petron.com.my.

Jaguar Land Rover Testing Connected Cars That Can ‘Talk’ To Each Other On UK Roads

Collision avoidance

Jaguar Land Rover is testing smart, connected cars on UK roads to prepare for self-driving cars.

THE tests on public roads are part of £7.1 million project aimed at creating the UK’s first fully connected infrastructure geared towards self-driving cars.

More than 40 miles of the M40, M42, A45 and A46 will benefit from a world-first combination of wireless technologies (DSRC, 3/4G mobile networks, WiFi and fibre optic networks), ensuring vehicles can always be connected to each other and to infrastructure.

  • Jaguar Land Rover is testing a fleet of connected cars that can ‘talk’ to each other on UK roads
  • The trials are part of £7.1 million UK CITE Project creating the UK’s first fully connected road infrastructure to prepare for self-driving cars
  • Road infrastructure and vehicles, including Discovery Sports, Range Rovers and F-PACEs, have been kitted out with a world-first combination of wireless technologies
  • The research fleet of connected cars talk to each other and the surroundings to improve safety, avoid accidents and prepare for self-driving

Connecting cars to each other and their surroundings (known as V2X) is a vital step for safe, large-scale deployment of self-driving cars.

The latest connected technology complements other vehicle sensors and extends a vehicle’s ability to ‘see’ further down the road and ‘speak’ to other vehicles, infrastructure, pedestrians and the network.

For instance, warning that a car too far ahead to see has applied its brakes allows a following driver to avoid a potential accident.  The system will work on both manual and autonomous driving and so will greatly improving road safety across levels of autonomy.

Colin Lee, Jaguar Land Rover Connectivity Manager, said, “To realise the full benefit of self-driving cars, we need to understand the infrastructure that’s required to support them. Connectivity not only takes us a step closer to making self-driving cars a reality but it also creates the platform to bring more connected safety features to our customers within the next few years.

We’re working with some fantastic global experts across industry and academia and we’re eager to take the project into this next phase of testing.”

Jaguar Land Rover will be trialling a range of intelligent connected features such as emergency electronic brake light warning (EEBL), emergency vehicle warning (EVW), and in-vehicle signage (IVS) for roadworks warning (RWW) and traffic condition warning (TCW).

UK CITE is just one of the connected and autonomous projects which is helping Jaguar Land Rover to offer customers an increased choice of features, while maintaining an enjoyable and safe driving experience.

This project forms part of the company’s vision to leverage connectivity as a segue to making the self-driving car viable in the widest range of real-life, on- and off-road driving conditions.

Seremban Victory Credit Sdn Bhd, Pusat 3S Nissan Pertama Di Negeri Sembilan

Launch of Nissan 3S Seremban Victory Credit

Seremban Victory Credit Sdn Bhd, pengedar sah Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan pusat 3S Nissan miliknya di Seremban, sekali gus memberi kemudahan dan perkhidmatan yang efisien kepada komuniti di Negeri Sembilan.

PERASMIAN dilakukan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, yang turut ditemani oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan, dan Pengarah Seremban Victory Credit Sdn Bhd, Trevor Tham.

“Kami ingin menawarkan kepada anda bilik pameran baharu 3S Nissan Seremban Victory yang kini ditambah baik, lebih besar dan mudah diakses demi memenuhi keperluan komuniti di Seremban.

“Justeru, dengan adanya kemudahan ini, kami mampu memberikan perkhidmatan dan pengalaman Nissan yang lebih baik kepada pelanggan kami,” kata Pengarah Seremban Victory Credit Sdn Bhd, Trevor Tham Lin Sing.

Launch of Nissan 3S Seremban Victory Credit

Pusat 3S Nissan Seremban Victory mempunyai kawasan binaan seluas 12,000 kaki persegi. Melibatkan pelaburan sebanyak RM10 juta, pusat 3S Nissan baharu itu membolehkan bilik pamerannya mempamerkan sehingga 8 buah model Nissan serta 13 ruang servis yang mampu menyelenggara 40 buah kereta sehari.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan insurans dan sewa beli, ruang rehat pelanggan yang selesa, Wi-Fi percuma, ruang penyerahan berhawa dingin dan sudut kanak-kanak merupakan sebahagian daripada kemudahan yang boleh pelanggan nikmati di pusat 3S Nissan baharu tersebut.

“Perkembangan ekonomi dan pertumbuhan modal insan di Negeri Sembilan semakin meningkat, maka kehadiran Nissan di Seremban adalah penting untuk memberi kemudahan dan kualiti servis sebuah pusat 3S sepenuhnya, di samping menjaga keperluan para pelanggan kami,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan Kok Leong.

Waktu operasi pusat 3S Nissan Seremban Victory bermula dari jam 9 am hingga 6 pm pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10 am hingga 5 pm pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pusat servis pula dibuka mulai jam 8 am hingga 5 pm pada setiap Isnin hingga Sabtu.

Untuk temu janji, pelanggan boleh menghubungi Seremban Victory Credit Sdn Bhd di talian 06-720 2666 atau 06-720 2888. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Holine Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

BMW Group Financial Services Malaysia Perkenal Kempen Pembiayaan Dinamik

BMW X5 xDrive40e M Sport

Inilah masa terbaik untuk anda memiliki sebuah kenderaan daripada BMW Group Malaysia!

BMW Group Financial Services Malaysia Meningkatkan Kenikmatan Memandu serta Menyemarakkan Keghairahan dengan Program Full Circle.

BMW Group Financial Services Malaysia telah memperkenalkan kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer – iaitu sebuah pembaharuan terhadap Program Full Circle, yang merupakan program pembiayaan dinamik untuk memberi bantuan bagi pembiayaan kenderaan-kenderaan BMW dan MINI di dalam negara.

BMW X3 xDrive

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia yang mengumumkan pengenalan program pembiayaan inovatif ini berkata, “Inovasi yang diterapkan dalam BMW Group berteraskan pelanggan.

Bermula dari kenderaan premium sehinggalah ke servis premium kami, kepakaran kami adalah terhadap mobiliti individual premium. Program pembiayaan baharu ini mendemonstrasikan kenyataan ini dengan tepat.

BMW 330e M Sport

Kami bermatlamat untuk terus menerajui industri automotif premium di Malaysia untuk mencapai taraf mobiliti masa hadapan dengan program pembiayaan dan mobiliti yang revolusioner untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh.”

Tobias Eismann, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services di Malaysia berkata, “Untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi terhadap kenderaan hibrid kami, BMW Group Financial Services Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan pelancaran kempen BMW Full Circle Recharged – iaitu sebuah program pemilikan eksklusif yang dibangunkan secara khusus untuk rangkaian kenderaan model BMW iPerformance yang terdiri daripada BMW 330e M Sport, BMW 530e Sport yang pertama, BMW 740Le xDrive dan BMW X5 xDrive40e M Sport.”

BMW 740Le xDrive

Nikmati kelebihan penawaran kempen BMW Full Circle Recharged terbaharu yang melengkapkan Sheer Driving Pleasure dengan pemilikan BMW 330e M Sport bermula dari RM 2,918.00 sebulan; BMW 530e Sport yang pertama bermula dari RM 3,908.00 sebulan; BMW 740Le xDrive bermula dari RM 6,668.00 sebulan dan BMW X5 xDrive40e M Sport bermula dari RM 4,718.00 sebulan.

Dengan setiap permohonan yang berjaya melalui kempen BMW Full Circle Recharged, pemilik kenderaan baharu juga akan menerima set komplemen pakej BMW Life Recharged yang merangkumi Fitbit Charge 2 dan HoriznStudios edisi terhad bagi BMW Board Case, 33L (bergantung pada terma dan syarat).

Melalui kombinasi kreativiti dan gaya hidup urban yang bertenaga, MINI mewujudkan trend melalui pendekatan yang berbeza dengan penampilan keindividualan dan kebolehubahsuaian bagi pelanggan mereka.

Inisiatif ini juga didemonstrasikan melalui MINI Cooper S Countryman Sports yang diperkenalkan baru-baru ini. Model ini dirumus khas bagi mereka yang menggilakan pengembaraan, bagi mereka yang hidup dari detik ke detik serta bagi mereka yang menjalani hidup tanpa batasan.

MINI Cooper S Countryman Sports

Program MINI Full Circle Urban Explorer menawarkan kenderaan MINI Cooper S Countryman Sports bermula dari RM 2,698.00 sebulan, sekali dengan set MINI Urban Essential yang didatangi dengan Nanopresso yang boleh digunakan untuk membancuh kopi kegemaran dengan segera dan Fitbit Charge 2 juga akan diberikan bagi setiap permohonan yang diluluskan (bergantung pada terma dan syarat).

Diperkenalkan untuk memberikan pelanggan fleksibiliti dan jaminan yang lebih baik apabila ia melibatkan pembiayaan bagi pembelian jentera BMW atau MINI, Program Full Circle menawarkan pelbagai opsyen untuk pemilikan kenderaan yang menyeluruh, menawarkan pengalaman mobiliti yang lancar dan pada masa yang sama menjamin nilai kenderaan yang dibeli sepanjang tempoh pembiayaan yang dipersetujui.

Eismann berkata, “Program Full Circle dicipta untuk memberikan solusi mobiliti yang berfokuskan pelanggan supaya mereka dapat menikmati pengalaman pemilikan premium yang terbaik.

Pelanggan Malaysia kami mempunyai kehendak yang tersendiri apabila ia melibatkan solusi pembiayaan dan kami sedang melihat peralihan gradual terhadap trend pembiayaan yang konvensional melibatkan pembiayaan kenderaan bagi tempoh 5 tahun atau lebih, ke pembiayaan yang berteraskan pengalaman pemanduan moden yang membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka setiap 2 hingga 4 tahun.”

BMW 530e Sport

Tambah beliau, dengan Program Full Circle, pemilik kenderaan boleh menikmati kelebihan solusi inovatif terbaharu ini dengan mudah tanpa perlu berunding harga tukar beli atau harga kereta terpakai bagi kenderaan mereka.

“Sebagai sebuah divisyen kewangan bagi salah satu daripada syarikat premium yang paling inovatif di dunia, kami bermatlamat untuk melancarkan dan mendukung inisiatif mobiliti yang memfokuskan mobiliti dari peringkat individu hingga ke peringkat korporat dengan solusi yang dirumus khas untuk mereka.

Dengan peningkatan permintaan yang semakin pesat bagi jentera BMW dan MINI di Malaysia, nilai masa hadapan yang terjamin bagi kenderaan-kenderaan ini telah meningkat secara mendadak sejak dua suku tahun yang lepas, lantas menjadikan instrumen pembayaran ansuran bulanan semakin menarik,” ujar Eismann.

Kempen Full Circle Recharged kini bemula dan akan berakhir pada 31 Ogos 2018 (bergantung pada terma dan syarat).

Perkembangan pasaran yang terbaharu serta kepercayaan pelanggan terhadap jenama-jenama BMW telah membolehkan BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan BMW 318i Luxury dengan ansuran bulanan yang kompetitif yang bermula dari RM 2,098.00.

BMW 3 Series melambangkan kenderaan sedan sporty dan ia kekal sebagai model yang paling menonjol dalam rangkaian kenderaan BMW, malah ansuran bulanan yang digubah khas bagi kenderaan ini akan memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya bagi pemilik BMW dalam kadar yang lebih cepat berbanding sebelum ini.

Keterujaan yang dirasai melalui pelancaran BMW X3 terbaharu juga didukung oleh penggemar Famili BMW X, di mana Program Full Circle akan menjamin nilai masa hadapan kenderaan ini pada kadar yang hebat, iaitu lebih daripada 50% dalam masa 3 tahun yang akan datang dengan ansuran bulanan sebanyak RM 3,808.00.

Kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer merupakan sebahagian daripada Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

Butiran lanjut mengenai Program Full Circle, serta kempen BMW Full Circle Recharged dan MINI Full Circle Urban Explorer boleh didapati di mana-mana cawangan Pengedar Sah BMW dan/atau MINI, melalui e-mel di [email protected] atau melalui talian 1800-88-3000.

RAYA@BMW

BMW Group Malaysia juga akan menyambut Hari Raya ini dengan rebat menarik dan penyelesaian pembiayaan yang kompetitif bermula dari 1.22% untuk pelbagai model BMW, bersama dengan BMW i Wallbox dan BMW ChargeNow promosi untuk model BMW iPerformance terpilih. RAYA@BMW akan diadakan di semua pengedar yang sah dan pada tarikh di bawah, dengan aktiviti menarik untuk keluarga.

Pengedar Tarikh
Ingress Damansara 30 Jun – 1 Julai
Ingress Puchong 30 Jun – 1 Julai
Wearnes 30 Jun – 1 Julai
AB Glenmarie 30 Jun – 1 Julai
AB Kuala Lumpur 30 Jun – 1 Julai
AB Sungai Besi 30 Jun – 1 Julai
AB Johor 30 Jun – 1 Julai
AB Penang 30 Jun – 1 Julai
AB Balakong 30 Jun – 1 Julai

Untuk maklumat lanjut mengenai RAYA@BMW, sila layari www.bmw.com.my

Bell & Ross Launched BR V2-94 R.S.18 Collections During French Grand Prix

BRV2-94-RS18-macro-cadran

Bell & Ross, the official watch partner of the Renault Sport Formula One™ Team, celebrates reopening the French Grand Prix with its first presentation of a Vintage model from the collections linked to the partnership.

TO mark the return of Formula 1® to France, the BR V2-94 R.S.18 will be featuring a black rubber strap stamped with the French flag during the French Grand Prix.

This new model immerses us into the world of motor racing adoption Formula 1® racing codes; featuring a 41 mm case in satin-finished steel, a carbon fiber dial and black and yellow in reference to the colors of the Renault Sport Formula One™ Team.

Limited to 999 pieces, the Vintage BR V2-94 R.S.18 will captivate sensation seekers and fans of this sporting discipline, and is available with a micro-perforated calfskin strap with carbon fiber effect and a yellow lining, or a bracelet in satin-finished polished steel.

The watch is an invitation to get behind the wheel of a racing car and experience the extreme sensation felt by the driver, for whom a watch is not only a tool, but also an ally at each and
every moment of the race.

This Vintage BR V2-94 R.S.18 model immerses us in the world of motor racing adoption Formula 1® racing codes. It features a 41 mm case in satin-finished steel, a carbon fiber dial (a highly-prized material in the world of highend motoring) and black and yellow in reference to the colors of the Renault Sport Formula One™ Team.

Linked by the values of high precision and excellence, the partnership between Bell & Ross and the Renault Sport Formula One™ Team is a continuous source of inspiration and motivation for the watch brand.

The BR V2-94 R.S.18 has a yellow internal minute track and two counters, one in red for optimal legibility of the chronograph function.

This complication, invented to measure short periods of time, is the king of motor sports functions, since it enables the performance of vehicles on the track to be measured with
great accuracy.

The bezel also features a tachymeter scale which allows a car’s speed to be instantly calculated over a given distance. This chronograph model evokes the sporting world of race tracks and paddocks, with its numerals adopting the typography used for the Renault Sport Formula One™ Team.

It is powered by a Swiss mechanical caliber with automatic winding. The sapphire case-back bears a metallized depiction of the Renault car and its serial number.

BR V2-94 R.S.18

Technical specifications

  • Limited Edition of 999 pieces
  • Movement: calibre BR-CAL.301. Automatic mechanical.
  • Functions: hours, minutes, small seconds at 3 o’clock. Date. Chronograph: 30-min timer at 9 o’clock, central chronograph seconds.
  • Case: 41 mm in diameter. Satin-polished steel. Steel bezel with anodised black aluminium ring and tachymeter scale. Screw-down crown and push-buttons. Sapphire case-back.
  • Dial: Carbon fibre. Applique Superluminova®-filled numerals. Metal skeletonized Superluminova®-filled hour and minute hands
  • Crystal: ultra-curved sapphire with anti-reflective coating.
  • Water-resistance: 100 metres.
  • Strap: carbon-effect calfskin.
  • Buckle: folding. Satin-polished steel.
  • Retail Prices : RM22,700 (calfkin strap)

BR V2-94 R.S.18

Technical specifications

  • Limited Edition of 999 pieces
  • Movement: calibre BR-CAL.301. Automatic mechanical.
  • Functions: hours, minutes, small seconds at 3 o’clock. Date. Chronograph: 30-min timer at 9 o’clock, central chronograph seconds.
  • Case: 41 mm in diameter. Satin-polished steel. Steel bezel with anodised black aluminium ring and tachymeter scale. Screw-down crown and push-buttons. Sapphire case-back.
  • Dial: Carbon fibre. Applique Superluminova®-filled numerals. Metal skeletonized Superluminova®-filled hour and minute hands
  • Crystal: ultra-curved sapphire with anti-reflective coating.
  • Water-resistance: 100 metres.
  • Strap: satin-polished steel.
  • Buckle: folding. Satin-polished steel.
  • Retail prices: RM24,100 (steel bracelet).

Post Menarik