Utama Blog Halaman 974

Pengedar Proton Dan Geely Berkongsi Pengalaman

Ketika sedang hangat diperkatakan mengenai rakan niaga PROTON iaitu Geely dan apa akan bakal diperoleh melalui rakan niaga tersebut, pengedar-pengedar PROTON turut berkesempatan untuk bertemu dengan pengedar Geely.

DALAM lawatan kali ini, mereka berpeluang melawat cawangan Jualan dan Servis Shanghai Jinxi Automobile, iaitu pusat pengedar Geely bertaraf 4S.

Jinxi dealer welcomed PROTON dealers

Sudah tentunya hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi lawatan pengedar PROTON ke sana sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ia adalah satu peluang yang berharga dapat berkunjung ke pusat pameran mereka dan merupakan landasan bagi mereka menyaksikan apa yang terbaik dan boleh diambil sebagai contoh bagi memberi sentuhan baharu pada cawangan PROTON pada masa hadapan.

Satu sesi taklimat telah diadakan bagi menyambut kedatangan para pengedar dari PROTON. Xu Zhi Ming, Pengurus Besar dan ketua pengedar, mengalu-alukan lawatan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada para pengedar kerana melawat ke cawangannya dan berniat ingin menjadikan cawangannya sebagai contoh.

lobby area of the Jinxi dealer outlet

Beliau turut berkongsi pendapat dan idea mengenai cawangan pengedar serta pengalamannya sepanjangan berada di dalam industri auto. Beliau turut menyatakan bahawa model Boyue mendapat penerimaan yang baik daripada penguna dengan memperoleh jualan lebih 30,000 unit sebulan, dan bagi mereka yang telah menempah, mereka perlu menunggu selama enam bulan untuk mendapatkan kereta dan mereka sememangnya sanggup untuk menunggu.

Permintaan SUV Boyue di China.

Selain itu, terdapat juga sesi soal jawab dimana pelanggan boleh yakin bahawa Boyue adalah model yang dibangunkan dengan kerjasama Volvo, oleh itu seseorang dapat melihat keistimewaan kereta tersebut dari segi reka bentuknya yang bergaya, bertaraf 5 bintang keselamatan NCAP China serta memenuhi piawaian peraturan yang tinggi, seperti SUV yang bakal dipertingkatkan yang akan menggunakan enjin yang mematuhi Euro-6, menggantikan enjin sedia ada iaitu Euro-5.

car charging area at the Jinxi outlet

Pada masa ini, Boyue telah diterima dengan baik dan jualannya melepasi SUV lain dalam segmennya. Boyue telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, di mana ia telah menjadi salah satu jenama yang paling berkembang pesat di China dan berharap agar rakyat Malaysia dapat merasai keseronokan dan pengalaman sama seperti pengguna di China.

Tidak kira wanita moden mahupun berkeluarga, SUV ini pastinya sesuai untuk pengguna yang ingin menarik perhatian orang melalui rupa dan rasa yang kontemporari, rekaan dalaman yang moden serta dipenuhi dengan ciri keselamatan yang tinggi dan semestinya berciri kecerdasan buatan (“AI”).

 

Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Joins Naza Italia As Chairman

YTM Dato Tunku Shazuddin

Naza Italia Sdn Bhd, a subsidiary of Naza Corporation Holdings, is pleased to announce the appointment of YTM Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin to its Board of Directors as the company’s Chairman.

SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Group Executive Chairman/CEO, Naza Corporation Holdings said, “Tunku Shazuddin brings with him a wealth of knowledge and expertise that we firmly believe will add value, instill good corporate governance practices and provide effective leadership to steer Naza Italia towards achieving long-term success and deliver sustainable value to the Automotive Group.”

“Tunku Shazuddin will be the key advisor on strategic direction to elevate Naza Italia as the official distributor of Ferrari and Maserati in Malaysia and continue to be a top dealer in Southeast Asia. The Naza Group extends its warmest welcome to Tunku Shazuddin to its Board of Directors,” he added.

His career portfolio encompasses valuable experience in the public and private sectors, having worked with local and international companies. It was in 2005 that he formed his own corporate agency which led to his appointment as the major shareholder for both Rethink Sdn Bhd and Reka 3 Sdn Bhd.

He also provides consultancy services to various state and government departments on acquisition of new technologies and funding for agricultural and tourism activities, in addition to providing insights and counsel as a valued Board Member for several companies.

Currently, Tunku Shazuddin serves as Director of Seri Libana Sdn Bhd and Executive Chairman of Berjaya Food Berhad. Tunku Shazuddin graduated from Kansas Wesleyan University with a major in design and marketing.

Additionally, Groupe PSA the joint venture partner of Naza Corporation Holdings also announced Laurence Noël as Chief Executive Officer of the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah.

Apart from Chief Executive Officer of NAM, Laurence Noël was appointed Groupe PSA’s Senior Vice President, ASEAN effective 1st May 2018. She will report to Carlos Gomes, Executive Vice President, China & Southeast Asia.

In her new position based in Kuala Lumpur, she will be tasked primarily with accelerating the Group’s development in Southeast Asia, as announced in the Group’s ‘Push to Pass’ plan in 2016.

Groupe PSA, a global automotive player and the second largest carmaker in Europe and Naza Corporation Holdings signed a share sale agreement and a joint venture agreement in February 2018, officially establishing shared operation of the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah, as the first manufacturing hub in ASEAN for Groupe PSA.

Kapcai SYM Mampu Sengat Geng Kapcai Lain

Buat julung kalinya SYM Malaysia memperkenalkan VF3i baru ke pasaran Malaysia.

SYM VF3i dilengkapi dengan enjin SOHC empat injap 185cc silinder tunggal dan penyejukan cecair yang merupakan kapasiti terbesar dalam kategorinya.

Motosikal ini mematuhi piawaian Euro 3 dan menawarkan kelebihan kuasa 17.7hp pada 8500 rpm, semuanya dihantar ke roda belakang melalui transmisi 6 kelajuan. Casis ini dilengkapi dengan sepasang fork depan teleskopik; penyerap hentakan tunggal dengan gegelung spring teleskopik lembapan minyak di bahagian belakang & brek cakera tunggal 250mm yang besar di cakera depan dan 200mm di bahagian belakang.

Selain itu, kelebihan motosikal kapcai ini juga dilengkapi tangki bahan api 7 liter yang besar, sesuai untuk tunggangan jarak jauh dan mampu bergerak sejauh lebih 100 kilometer dengan satu tangki penuh.

Rekabentuk badan aerodinamik yang direka oleh SYM membantu penunggang mengurangkan rintangan angin semasa menunggang. Di samping itu, SYM VF3i dilengkapi dengan lampu LED DRL yang terang di hadapan yang membolehkan SYM VF3i
mudah dilihat pada hari yang cerah, sepasang lampu isyarat LED sporty dan lampu LED belakang juga disertakan.

Selain itu, speedometer jentera ini dilengkapi dengan reka bentuk yang bergaya hasil gabungan digital dan analog. Harga SYM VF3 yang berpatutan ini berbanding motosikal moped yang lain dari kategori yang sama pasti menarik minat peminat kapcai yang akan kagum dengan apa yang mereka dapat.

SYM VF3i boleh didapati dengan warna Merah, Biru dan Hitam Matte (SE).

Harga Jualan SYM VF3i

Model Standard : RM7,988.00

Model Edisi Khas : RM8,288.00

(Harga tidak termasuk GST dan insurans)

 

Jom Singgah Ke Abang Strawberry Di Cameron Highlands

Setiap kali mengunjungi ke Cameron Highlands, tentu sekali tidak lengkap jika tidak singgah membeli strawberi.

APA yang menarik sangat dengan buah merah kecil dari tanah tinggi Cameron ini? Tentu sekali menarik kerana buah strawberi ini cukup enak jika dimakan terus sama ada dicelup dengan cairan coklat mahupun dimakan bersama hidangan lain.

 

Bagaimanapun, ramai yang mungkin tidak sedar bahawa perniagaan strawberi turut diceburi golongan Bumiputera yang menyediakan makanan yang halal dan dekorasi kedai yang menarik kunjungan orang ramai.

Restoran Nasi Lemak Abang Strawberry misalnya bukan sahaja menawarkan kelainan daripada segi menu makanan dan minuman malah kunjungan ke kedai itu dianggap berbaloi kerana anda juga berpeluang memetik buah strawberi segar dari ladang yang terletak dibelakang restoran berkenaan.

Apa yang menarik di sini

Apa yang menarik perhatian penulis ialah, kadar bayaran untuk memetik buah strawberi  ditawarkan pada harga serendah RM7 untuk 100 gram berbanding kedai lain yang mengenakan bayaran sehingga RM40 bagi 1 kilogram strawberi.

Bagi penulis, bukan kuantiti yang dikejar untuk mengutip buah ini tetapi hanya merasai pengalaman khususnya kepada mereka yang membawa kanak-kanak. Tentu seronok bukan!

Anda tidak perlu berbelanja lebih untuk merasai pengalaman menyeronokkan ini. Layanan mesra kakitangan cukup mengembirakan mereka yang pertama singgah di sini. Secara jujur sebenarnya, penulis berasa kagum sebaik melangkah masuk ke restoran yang dihiasi dekorasi menarik, moden, bersih dan susun atur kerusi cukup padan dengan warna asas buah strawberi. Hiasan bunga tiruan dan lampu diatas siling restoran mengamit dan menarik perhatian pengunjung.

Bagaimana nak ke sana

Bagi mereka yang datang menggunakan laluan dari Tapah, anda hanya perlu mencari papan tanda menuju ke Kampung Taman Sedia yang terletak disebelah kanan jalan manakala jika datang dari arah Simpang Pulai, anda perlu menggunakan melepasi pekan Brinchang dan kira-kira 3 kilometer, anda akan menemui pintu gerbang yang besar di sebelah kiri jalan.

Sebaik melepasi pintu gerbang itu, anda hanya perlu memandu terus dan akan menemui kedai Abang Strawberry yang terletak paling hujung di sepanjang jalan yang turut dipenuhi beberapa kedai yang turut menjalankan perniagaan yang hampir sama.

Apa menu menarik

Tidak sah jika tidak mencuba nasi lemak Abang Strawberry yang menyelerakan. Nasi lemak itu didatangkan dengan dua jenis sambal iaitu sambal cili biasa dan satu lagi sambal yang diperbuat dari strawberi.

Dua jenis nasi ditawarkan iaitu Nasi lemak sambal strawberi ayam berempah atau rendang daging serta Nasi goreng Abang Strawberry ayam goreng berempah atau rendang daging.
Terdapat pelbagai jenis menu lain ditawarkan pada harga yang berpatutan seperti menu sarapan pagi dari jam 8 pagi hingga 11 pagi seperti roti bakar kaya, pan kek, roti bakar nutella strawberi dan English breakfast.

Terdapat juga juadah lain seperti makanan western, pelbagai jenis aiskrim dan minuman berasaskan coklat serta strawberi. Jika tidak puas menikmati sambal strawberi, jangan bimbang kerana anda boleh membawa pulangnya dalam bentuk botol kaca.

Apa yang boleh dibawa balik

Dibelakang restoran ini terdapat sebuah bilik yang menyediakan pelbagai jenis produk yang sudah siap dibotolkan mahupun dibungkus cantik untuk dibawa pulang. Anda boleh membawa pulang jem strawberi yang dihasilkan dari ladang strawberi ini selain produk-produk lain.

Macam biasa tentu sekali buah strawberi yang manis dan segar untuk dibawa pulang atau celupkan dengan cairan coklat sebagai pemanis mulut.

 

Kerjasama Strategik Celcom & Hong Leong Bank

Celcom Axiata Berhad mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Hong Leong Bank. Usaha sama jangka panjang bakal membolehkan pengguna menikmati lebih banyak nilai dan keistimewaan menarik serta faedah yang lebih besar untuk beberapa bulan akan datang.

MULAI hari ini sehingga 31 Julai 2018, semua pelanggan pascabayar Celcom FIRST ™ dan pemilik kad kredit Hong Leong berhak menikmati antara RM300 hingga RM800 dalam bentuk pulangan tunai (cash back) dan simpanan, apabila mereka membeli pakej peranti telefon pintar terkini daripada Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong terpilih.

Jennifer Wong, Chief Financial Officer of Celcom Axiata Berhad (third from left) marking down the collaboration between the two companies by shaking hands with Charles Sik, Managing Director, Personal Financial Services of Hong Leong Bank (fourth from left). Charles and Jennifer are flanked by Srihari Sikhakollu (left), Head of Payments and Partnerships of Hong Leong Bank, Zuwairi Zakaria, Head of Pricing and Retail Marketing of Celcom Axiata Berhad (second from left), Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing and Communications Officer of Hong Leong Bank (fifth from left) and Idayu Daud, Device Marketing Manager of Celcom Axiata Berhad (right).

Rebat pakej peranti eksklusif Celcom merangkumi pembelian telefon pintar berjenama terkini seperti iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, Huawei P20, Samsung Galaxy S9 dan banyak lagi! Pengguna kad kredit Hong Leong juga berpeluang menikmati rebat tunai apabila mereka membeli pakej peranti Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong Sutera, GSC Gold / Platinum dan Infinite.

Di samping itu, pengguna juga akan menikmati rebat untuk Celcom Passport™ bernilai RM138 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya minimum RM2,000 dalam satu transaksi di luar negara dengan kad kredit Hong Leong.

Pelan perayauan 7-day 3-in-1 pass membolehkan para pelancong menggunakan perayauan internet 3GB, Panggilan Tanpa Wayar dan SMS di lebih 30 negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Azwan Khan Osman Khan berkata, kolaborasi Celcom dengan Hong Leong Bank melambangkan kesungguhan dan komitmen syarikat telekomunikasi untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat, dengan penjimatan dan nilai terbaik untuk memiliki telefon pintar terkini.

“Pelanggan-pelanggan Celcom dan Hong Leong Bank bakal menikmati penjimatan tunai yang inovatif, lebih hebat serta ganjaran digital yang direka khusus untuk meningkatkan lagi pengalaman dan gaya hidup digital mereka,” katanya.
Pengarah Urusan, Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Charles Sik berkata, promosi dan memperluaskan tawaran nilai sebegini adalah cara bank tersebut memberikan penghargaan kepada para pengguna atas kepercayaan berterusan dan sokongan setia mereka.

Kerjasama eksklusif bersama Celcom ini merupakan salah satu daripada pelbagai cara bagi bank ini menawarkan program yang relevan, menarik dan sejajar dengan keperluan pengguna. Kami percaya program ini bakal mendapat sambutan di kalangan para pengguna yang mencari penjimatan yang lebih baik dalam menaik taraf peranti mereka,” katanya.

Untuk merebut tawaran ini, sila layari www.celcom.com.my atau berkunjung ke mana-mana bluecube Celcom berdekatan untuk dapatkan peranti pintar terkini. Para pelanggan boleh memohon kad kredit Hong Leong di  www.hlb.com.my/applynow  atau melawat mana-mana cawangan Hong Leong Bank.

Affin Bank Menang Anugerah JomPAY Bank Pemeroleh Utama 2017

Affin Bank Berhad muncul sebagai pemenang Anugerah JomPAY Bank Pemeroleh Utama 2017 di Majlis Anugerah Kecemerlangan e-pembayaran Malaysia (MEAA) 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, “Ini adalah bukti sokongan berterusan kami dalam memacu e-pembayaran bersama para pelanggan kami yang dihargai.

Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad dan Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad (ketiga dan kedua dari kiri) bersama ahli-ahli Pengurusan Kanan dan kakitangan Bank di MEAA 2018

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim dan Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payment Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet).

Pada tahun lalu, Affin Bank menjadi juara bagi Pemerolehan Pengebil Kebangsaan JomPAY (Kategori Pertengahan) di MEAA 2017.

MEAA adalah acara tahunan oleh Paynet untuk memberi pengiktiraf pencapaian cemerlang bank, perniagaan dan agensi kerajaan yang telah menyumbang dengan ketara ke arah kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan dalam e-pembayaran.

Perodua Commited To Continue Parts Supply For Previous Myvi Model

Perodua is giving its commitment to its customers that it will continue to support their motoring needs by opening a new parts production line dedicated to the compact carmaker’s second-generation Myvi.

TO be operated by Perodua vendor IQM Sdn Bhd at its Proton City, Tanjung Malim facility, the line produces body components including hoods, doors, fenders, quarter panels and roofs.

“For our customers’ safety, convenience and peace-of-mind, we are giving our commitment to them that we will continue to produce high-quality and affordable parts for their Perodua vehicles,” Perodua Auto Corporation Sdn Bhd President, Takahashi Masanori said at the Myvi Service Parts Line official opening last Friday.

Takahashi Masanori (3rd from right) and YBhg Dato’ Zainal Abidin Ahmad (2nd from right), respectively President and Vice-President of Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, being taken on a tour of the line.

“We elected to outsource parts production for the second-generation Myvi because our manufacturing plants are already at peak capacity. Being already a manufacturer of Viva parts since production of the model ended in 2014, IQM was a natural choice for this project,” he said.

Besides the second-generation Myvi and the Viva, original parts for the first-generation Myvi, the Kelisa and even the Kancil continue to be produced by vendors in Malaysia to this day.

Second-generation Perodua Myvi

“There remain a great many users of the second-generation Myvi, of which over 519,000 were produced from May 2011 to October 2017. This is an endorsement by Malaysians and we take this trust seriously,” Takahashi said.

For now, the Myvi Service Parts Line at IQM Tanjung Malim produces only body components owing to their high demand. Engine parts for the second-generation Myvi continue to be produced on a one-shot basis at PMSB in Rawang, while other parts are produced by various vendors.

A supplier of metal stamping, body assembly parts and brake tube components to Perodua, IQM began manufacturing service parts for the Perodua Viva in 2014, as production of the model ended. Viva parts are still being produced today at IQM’s Tanjung Malim facility.

“IQM Sdn Bhd has been a vendor of Perodua’s since 2002. Over the years, Perodua and IQM have built a strong relationship based on trust, quality and absolute never-ending loyalty to our customers,” said IQM Executive Director Aidil Azlan Mohd Fitri.

Swarovski Buka Perkhidmatan Perniagaan Global Asia Di Pulau Pinang

Swarovski membuka Perkhidmatan Perniagaan Global peringkat Asia di Pulau Pinang dan mencari bakat jauhari

SWAROVSKI, pengeluar terkemuka kristal berpotongan jitu sejak tahun 1895 membuka perniagaan baharunya di Pulau Pinang, Malaysia.

Ia juga jenama terkenal dunia yang menambahkan kilauan kepada pelbagai barangan kemas, jam tangan, aksesori fesyen hinggalah kepada fesyen busana dan teknologi lampu terkini. Lokasi baharu ini menempatkan Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) di rantau Asia-Pasifik (APAC) dan akan dibina secara berperingkat sejajar dengan nilai-nilai syarikat.

Sebuah pejabat moden berukuran 5,145 kaki persegi telah dibuka secara rasmi akhir bulan Mac. Penubuhan Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski di Pulau Pinang telah diumumkan oleh syarikat itu pada Julai 2017.

“Perkhidmatan Perniagaan Global APAC di Pulau Pinang akan dibina secara secara berperingkat sejajar dengan nilai-nilai syarikat. Organisasi Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski yang baharu diwujudkan ini bermatlamat membangunkan dan menyediakan  perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua bahagian Swarovski.

Pihak berkuasa juga memberikan sokongan profesional dan amat terlibat dengan kami. Ini telah mewujudkan asas yang kukuh untuk komitmen jangka panjang”, ujar Mathias Margreiter, Ahli Lembaga Eksekutif Swarovski.

Pada masa ini, terdapat hampir 40 orang yang bekerja di Perkhidmatan Perniagaan Global Swarovski di Pulau Pinang. Ia akan dikembangkan secara berperingkat pada tahun-tahun akan datang.

Pelaburan Swarovski akan memastikan pelbagai peluang kerjaya baharu. “Aktiviti kami di Pulau Pinang akan termasuk peningkatan perkhidmatan dan pasukan global. Kami mencari jauhari berbakat dengan kemahiran bahasa yang hebat dan berminat bekerja untuk jenama mewah global.

Pada masa ini kami memberi tumpuan kepada profil perkhidmatan bersama Kewangan dan HR di semua peringkat”, kata Gagandeep Singh, Pengarah Urusan Swarovski Pulau Pinang.

2018 Tahun Penting Untuk Proton Menaikkan Nilai Jenamanya

2018 merupakan tahun yang penting untuk PROTON selepas pengambilalihan 49.9% saham oleh Geely.

PROTON sedang giat menjalankan pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa yang singkat. Dengan adanya rakan niaga baharu ini harapan dan usaha diketengahkan dalam menaikkan nilai jenamanya di samping meningkatkan usaha untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai sebahagian daripada pendekatan 180 darjah dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kereta Proton.

Inisiatif ini juga untuk mempersiapkan rangkaian bagi kedatangan SUV pertama PROTON yang memiliki ciri-ciri dari segmen premium dan dilancarkan pada akhir tahun ini.

61% kuota telah dipenuhi bagi naiktaraf rangkaian

Model pertama yang dihasilkan bersama Geely akan dijual melalui pengedar yang mampu memberikan pengalaman premium kepada pelanggan. Dalam tempoh 3 bulan ketika Syarikat mengumumkan satu skim kepada pengedar dan pelabur baharu untuk menaiktaraf atau membina pusat 3S/4S, PROTON telah menerima sebanyak 170 permohonan, dengan 82 daripadanya berpotensi untuk mendapat kelulusan bagi dinaiktaraf.

Dealers group photo

Setakat ini, 66 permohonan telah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan. Justeru itu, PROTON berharap untuk mencapai sasaran bagi menjalankan penaiktarafan rangkaian pengedar pada 2018 tepat pada masanya untuk pelancaran SUV baharu, dan sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam fasa-fasa pelan peningkatan sehingga 2020.

Persediaan lain: Memperkukuh proses-proses dalaman

Berikutan kerjasama antara PROTON dan Geely pada akhir 2017, Syarikat menumpukan untuk mengoptimumkan proses dan produk-produknya sambil mencari tenaga kerja mahir yang baharu. Dengan pelantikan jawatan bagi ahli-ahli industri automotif yang berpengalaman sehinggalah ke pengurusan kanan global yang utama, PROTON melaksanakan inisiatif-inisiatif yang meneliti lapan bidang kritikal untuk memberikan hasil holistik kepada proses pemulihan.

Salah satu inisiatif utama yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti secara keseluruhan pada model-model sedia ada Proton. Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang juga merupakan penyesuaian sistem yang digunapakai Volvo Cars, telah membantu mengenalpasti isu-isu dan telah menghasilkan markah audit yang kukuh pada semua model.

Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini kerana PROTON berfungsi untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium.

PROTON juga terus menghantar tenaga kerja mahirnya untuk belajar dari rakan niaganya di China bagi menjana budaya korporat yang lebih bersepadu dan memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran mereka di dalam bidang masing-masing. Pada masa yang sama, perkembangan ini membolehkan kemajuan yang lebih pantas dibuat dalam mencapai matlamat pemulihan yang telah ditetapkan untuk tahun ini dan sebagai persediaan untuk ketibaan SUV yang berteknologi maju.

Persediaan bagi model yang bakal tiba

Sempena pelancaran SUV pada akhir tahun ini, kerja-kerja pembangunan oleh pasukan pembangunan kenderaan PROTON sedang giat dijalankan. Model tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang paling maju seperti pengiktirafan suara pintar, kamera 3D 360o dan pelbagai ciri keselamatan yang lain seperti kawalan pelayaran adaptif, brek bantuan kecemasan automatik dan sebagainya.

Untuk membina tarikan bagi pra pelancaran dan untuk menggembar-gemburkan ketibaannya, unit pandu uji SUV tersebut telah dibawa ke cawangan-cawangan dan premis pembekal yang terpilih pada setiap minggu untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat model itu dengan lebih dekat.

Selain itu juga terdapat inisiatif lain termasuk kaji selidik dalam talian yang mencari pendapat umum mengenai nama yang sesuai untuk SUV premium pertama yang ditawarkan oleh jenama kereta Malaysia.

Kempen April

Bagi bulan April, PROTON menawarkan pembiayaan 0% untuk tahun pertama kepada pembeli Proton Iriz (varian Executive dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar untuk pinjaman 5 tahun bersama Hong Leong Bank.

Bagi Proton Saga dan Persona (Premium CVT sahaja), tawaran terdiri daripada kit badan percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang bulan ini. Selain itu, rebat-rebat juga boleh didapati untuk model lain termasuk insentif bagi model-model tahun 2017.

Bersempena dengan langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah jualan, usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan jualan dan membina semula kepercayaan antara pembeli kereta dan jenama juga sedang dijalankan. Oleh itu, PROTON yakin bahawa tahun 2018 ini dapat dilalui dengan rasa optimisme yang baru.

New CEO to Head Naza Automotive Manufacturing Plant

Laurence Noël

Groupe PSA and Naza Corporation Holdings jointly announce Laurence Noël as Chief Executive Officer of the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah.

Apart from Chief Executive Officer of NAM, Laurence Noël has also been appointed Groupe
PSA’s Senior Vice President, ASEAN effective 1st May 2018.

She will report to Carlos Gomes, Executive Vice President, China & Southeast Asia.
In 1995, Laurence Noël joined Groupe PSA, holding various positions in Powertrain Projects
and Programmes. She then took charge of the Powertrain, Platform and Module
Programmes in 2014.

In her new position based in Kuala Lumpur, she will be tasked primarily with accelerating the Group’s development in Southeast Asia, as announced in the Group’s ‘Push to Pass’ plan in 2016.

Groupe PSA, a global automotive player and the second largest carmaker in Europe, holds
majority stake in the business operations of Naza Automotive Manufacturing (NAM).

The automotive giant and Naza Corporation Holdings signed a share sale agreement and a joint venture agreement in February 2018, officially establishing shared operation of the Naza Automotive Manufacturing (NAM) plant in Gurun, Kedah, as the first manufacturing hub in ASEAN for Groupe PSA. This opened doors to further development of the state with
increased job opportunities and transfer of technology.

The agreement gives the Naza Group sole responsibility for the distribution of Peugeot,
Citroën and DS Automobiles vehicles in the domestic market and, with Groupe PSA, will
explore distribution prospects in other ASEAN markets to address the potential 680 million
customers in the region, where the automotive equipment rate is growing.

Post Menarik