KFC Malaysia diisytihar sebagai pemenang di dalam anugerah Putra Brand, The People Choice Awards 2018, merangkul anugerah Emas buat kali keempat di dalam kategori Restoran dan Makanan Segera sejak 2015, sekali gus dinobatkan sebagai Ikon Jenama Putra (Putra Brand Icon).

SEBANYAK lebih 7,000 temubual telah dilaksanakan di dalam kajian jenama terbesar yang pernah dijalankan di Malaysia bagi menentukan jenama pilihan terbaik di negara ini.

(from left: Ling Mee Jiuan, Chief Operating Officer of KFC Malaysia; Merrill Pereyra, Restaurant CEO of QSR Brands; Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim; Chairman of QSR Brands; and Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands)

KFC Malaysia sekali lagi mempertahankan kedudukan teratas sebagai jenama #1 pilihan ramai, diumumkan di dalam malam berprestij yang berlangsung di Hotel Majestic.

Sebanyak 148 anugerah telah dipersembahkan termasuk tiga anugerah khas Ikon jenama Putra, di dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 1,300 tetamu terdiri daripada barisan kepimpinan syarikat jenama terkemuka, pegawai-pegawai pemasaran serta agensi-agensi.

“Ianya merupakan sebuah detik yang amat membanggakan buat KFC Malaysia apabila dianugerahkan dengan anugerah Emas kali keempat berturut-turut sekali gus dinobatkan sebagai Ikon Jenama Putra.

“Kami telah menghidangkan detik–detik istimewa KFC buat rakyat Malaysia sejak 1973. Segala kerja keras dan minat mendalam yang didukung dengan strategi dan inovasi berterusan serta kecemerlangan perkhidmatan telah membuahkan kami pengiktirafan ini.

“Semua ini merupakan bukti sokongan dan pengiktirafan daripada para pelanggan kami,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands.

“Pencapaian pada malam ini bukanlah sesuatu yang dikecapi secara serta-merta. Hanya dengan kerjasama 18,000 warga kerja restoran kami, dapat kami membekalkan pengalaman pelanggan yang terbaik.

“Saya pasti pasukan restoran dan sokongan akan lebih bersemangat dengan pencapaian cemerlang pada malam ini kerana tiada apa yang lebih membanggakan daripada menerima pengiktirafan daripada para pelanggan kami sendiri,” katanya.

Tahun 2018 merupakan tahun yang cemerlang buat jenama KFC. Proses transformasi digital sedang dijalankan dan KFC bakal terus mengoptimumkan aset digitalnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

Tahun ini menyaksikan pelancaran aplikasi telefon mudah alih KFC Malaysia serta ‘chatbot’ untuk menawarkan lebih kemudahan kepada para pelanggan untuk memesan penghantaran KFC terus ke pintu rumah.

Jenama ini sedang mengukuhkan lagi perkhidmatan penghantaran melalui perjanjian-perjanjian kerjasama strategik bersama penyedia perkhidmatan penghantaran atas talian terkemuka.

KFC Malaysia turut mengekalkan momentum di dalam langkah perluasan jenamanya ke seluruh negara. Baru-baru ini, KFC telah melancarkan restoran ke-700 di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh CEO Yum! Brands Inc., Greg Creed.

Dilancarkan pada tahun 2010, anugerah Putra Brand merupakan sebuah inisiatif oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) bagi mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa yang paling dekat di hati rakyat Malaysia, dengan menilai jenama mengikut pilihan terbaik pelanggan.

Anugerah ini merupakan satu-satunya anugerah yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan berdasarkan pilihan orang ramai.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini