Utama Blog Halaman 945

Mercedes-AMG C 43 Pantang Dicabar Di Jalan Raya-Pandu Uji

Sebaik melangkah masuk ke dalam kereta ini, perkara pertama yang menarik perhatian ialah tali pinggang keselamatan berwarna merah di hadapan dan belakang bukannya hitam. Baca lebih lanjut pandu uji Prebiu.com dengan model Mercedes-AMG C 43 4Matic terbaru ini.

PERKARA kedua yang menjadi tarikan ialah bunyi deruman ekzos sports yang cukup mengagumkan sebaik sahaja butang penghidup enjin ditekan seperti sebuah kereta perlumbaan yang sedia beraksi di litar Formula Satu.

Kehadiran model empat pintu ini dalam keluarga AMG pada mulanya dibawa masuk menerusi model diimport sepenuhnya (CBU) dan pada tahun lalu, model ini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Mercedes-Benz Malaysia (MBM) di Pekan, Pahang.

Meskipun dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini, spesifikasi yang ditawarkan hampir 100% sama, cuma tanda harganya lebih rendah sebanyak RM91,000 berbanding model CBU. Model ini kini dijual pada harga RM408,888 dan sekiranya anda membelinya pada masa sekarang dengan GST pada kadar sifar peratus, dan sebelum SST diperkenalkan kembali pada 1 September ini, kereta ini dijual pada harga atas jalan RM385,883.21 atau potongan harga sehingga RM23,0000.

Melihat kepada rekabentuk luaran, model ini memiliki karektar yang garang atau sekadar gurauan makna AMG (Aku Memang Garang) menerusi padanan kit AMG yang terdiri daripada gril, apron dan lips spoiler hadapan, bampar belakang dengan liang udara sisi, serta set rim asli AMG dua-tona lima jejari berkembar berdiameter 19-inci dibaluti tayar 255/35R19.

Melangkah ke ruang kabin pula, kereta sedan mewah talaan AMG ini adalah sama dengan model C-Class W205 lain tetapi diberikan sentuhan elemen yang lebih sporty dengan kerusi ciri sporty yang boleh dilaras dengan sistem elektronik sepenuhnya.

Dua meter analog utama iaitu takometer dan meter kelajuan diberikan latar belakang dengan elemen bendera perlumbaan, manakala fungsi skrin informasi tengahnya pula diberikan satu lagi fungsi tambahan istimewa dengan logo ‘AMG’.

Apabila memilih ikon AMG, pemandu akan melihat dengan jelas pelbagai maklumat prestasi antaranya meter G-Force, bacaan boost turbo bersama suhu minyak pelincir dan bendalir transmisi, status talaan mod pemanduan serta jam randik untuk merekod masa lap di dalam litar.

Tiada sebarang panel kemasan gentian karbon diberikan, dimana pada konsol tengah ia dipenuhi dengan kemasan plastik dengan warna piano black. Keseluruhan kabin berwarna hitam kereta ini diberikan perincian jahitan berwarna merah, termasuk pada balutan kulit untuk roda stereng tiga jejari dengan suntikan elemen sporty. Butang kawalan audio dan fungsi lain turut dipadankan pada stereng berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua sistem kawalan elektronik kereta ini ataupun tetapan (settings) boleh dikawal di hujung jari pada tombol ditengah kokpit. Paparan skrin memudahkan anda memilih apa saja tetapan yang dikehendaki sama ada menukar warna lampu dalaman atau melaras sistem bunyi audio.

Ciri-ciri ini cukup lengkap dan padan dengan pakej dan talaan AMG sepenuhnya yang ditawarkan selari imej serba mewah serta sporty bagi sedan empat pintu ini.

Model C43 turut hadir dengan set tali pinggang keselamatan dengan warna Designo Red dan tempat duduk sport dengan balutan kulit Black Artico/gentian mikro Dinamica ini dilihat cukup sesuai untuk digunakan setiap hari kerana lebih selesa.

Ciri lain yang ada pada sedan AMG ini adalah bumbung suria panaromik, lampu suasana, karpet kaki AMG, sistem pendingin hawa dua-zon Thermotronic, kamera 360-darjah, Parking Pilot, COMAND Online, skrin infotainmen 8.4-inci, sistem bunyi Burmester dengan 13-pembesar suara, kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin serta sistem keselamatan pemanduan Pre-Safe.

Mercedes-AMG C43 dijana oleh enjin M276 DELA 30 3.0 liter V6 turbo berkembar berkuasa 362 hp dan tork maksima 520 Nm, digabungkan bersama kotak gear sembilan-kelajuan automatik 9G-Tronic. Kuasa kemudiannya dialirkan kesemua roda menerusi sistem AWD 4Matic manakala kadar tork diagihkan lebih ke gandar belakang dengan nisbah 31:69.

Bagi pengendalian pula, sedan C43 ini dibekalkan dengan sistem meliputi penyerap hentak adaptif AMG Ride Control, menawarkan mod Comfort, Sport dan Sport Plus.

Sistem berkenaan turut bersepadu dengan sistem talaan pemanduan AMG Dynamic Select, yang mempunyai lima mod berbeza – Eco, Comfort, Sport, Sport Plus dan Individual – yang akan melaras semula respon enjin, transmisi serta stereng.

Berdasarkan spesifikasi dikatalog, kereta ini didakwa mampu untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.7 saat, sebelum kelajuan maksima dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

Bagi mereka yang mahu menguji keupayaan sebenar C43 AMG ini, sila pilih lima mod pemanduan yang disediakan untuk kereta ini.

Untuk pemanduan dalam bandar dan trafik sesak, mod Eco dan Comfort adalah yang paling sesuai kerana bukan saja menjimatkan minyak malah sistem suspensinya ditala kepada yang paling selesa.

Bagaimanapun, sekiranya menukar mod berkenaan kepada Sport, karektor sebenar ‘aksi garang’ AMG ini terserlah menerusi tukaran gear yang pantas dan responsif meskipun dengan hanya menekan sedikit pedal minyak.

Penggunaan gear pada mod Sport dan Sport Plus cukup sesuai ketika kereta ini dipandu laju dilebuh raya meninggalkan kenderaan lain dibelakang dengan mudah. Ini kerana dengan kuasa enjin V6 dua pengecas turbo bersama kotak gear automatik konvensional, anda dapat mendengar deruman ekzosnya yang cukup ganas seakan sebuah kereta lumba di litar Formula Satu, Sepang.

Daripada aspek pengendalian, stereng kereta ini juga memberikan respon yang cukup baik dan tidak terlalu ringan atau tidak terlalu berat membolehkan anda membaca permukaan jalan dengan baik.

Pedal tukaran manual gear sembilan kelajuan pada stereng kereta ini juga boleh menjadi pilihan kepada anda yang sukakan cabaran atau ‘berangan-angan’ sedang memandu kereta F1.

Kesimpulannya, terlalu banyak hendak diperkatakan mengenai kereta ini. Bagi anda yang mahukan kelainan dalam pemanduan sebuah kereta sedan mewah yang sporty, Mercedes-AMG C43 adalah satu pilihan terbaik daripada jenama kereta Jerman kerana ia memiliki pakej lengkap yang anda mahukan.

Antara ciri-ciri ditawarkan Mercedes-AMG

  • Distance Pilot DISTRONIC
  • LED Intelligent Light System
  • PRE-SAFE® Plus
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Blind Spot Assist
  • Parking Pilot with 360-degree camera
  • Intelligent technologies
  • 9G-Tronic (Talaan AMG)
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Enjin 3.0-liter V6 biturbo
  • Sistem bunyi keliling Burmester
  • Harga jualan diatas jalan raya tanpa insurans RM385,883.21

AI-Powered HUAWEI Nova 3i Improves Smartphone Experience

HUAWEI nova 3i

HUAWEI nova 3i ups the ante with better, safer and more efficient AI-powered battery management; first of its kind quad cameras powered by AI photography; and beautiful design with gradient finishing

AIMED at giving users the best selfie experience and entertainment, HUAWEI nova 3i features four AI cameras on the front and rear that boost photography performance.

The AI quad cameras come out of the box with numerous effects and filters, improved smart beautification as well as scene recognition. The camera system lets anyone capture the truest form of beauty – regardless if a user is capturing a person or simply scenery.

Nova-3i GPU-Turbo

The quad-camera powerhouse has revolutionizes the world of AI photography with capabilities to automatically change the settings of the camera based on the scene.

The nova 3i gives you more than just a selfie experience. The AI selfie feature that is available through the lenses of its four AI cameras not only captures a subject’s face with clarity, but it also comes with the most instinctive photography experience.

Equipped with dual front-facing cameras with a 24MP primary sensor and a 2MP sensor, the dual cameras produce stunning, authentic bokeh effects that gives you the professional photography effects.

In addition, the HUAWEI nova 3i can recognize over 200 scenarios across eight categories, including Blue Sky, Plant and Beach, and apply a unique set of optimizations for each scene, which gives the capability to turn your pictures and video into a masterpiece.

Adding on more fun to the twist, HUAWEI nova 3i allows expression of yourself with the creative filter that is available through the 3D Qmoji where it can digitally transpose the face of a user onto a digital avatar.

It also has the interactive backgrounds, stickers and filters which adds animations to photos to create fun images to share on social media.

The HUAWEI nova 3i is enhanced with smart power-saving technology enabling it to predict its most efficient mode, optimise performance to keep the phone in prime condition and deliver improved use efficiency.

HUAWEI nova 3i

The device also carries the Kirin 710 with large 128GB internal storage space, allowing users to store any data with peace of mind. The quad-core Kirin 710 chip is a new generation of AI processor specifically designed for the nova series that delivers an outstanding performance.

As HUAWEI continuously strives to be at the forefront of trends, HUAWEI nova 3i is available in a special gradient color, Iris Purple, in which the purple slowly transitions to a shade of blue.

This special gradient color of Iris Purple is a combination of 5 colors which makes it such a breathing piece of art that is inspired by the nature.

In addition, HUAWEI nova 3i is also available in black and pearl white where users can express the inner fashionista in them by complementing different outfits for various occasions.

Retailing at only RM1,249, nova 3i can be purchased at all HUAWEI Experience Stores, display zones, authorized dealers and major telco companies. Customers will also be rewarded with a nova Privilege Card worth over RM1,000 for each purchase.

Mercedes-Benz Malaysia And Asbenz Stern Launch Kuantan Autohaus And Service Centre

(From Left): Mercedes-Benz Malaysia, President and CEO, Dr Claus Weidner; Asbenz Stern Sdn Bhd, Managing Director; Goh Chuan Kiong, Mercedes-Benz Malaysia, Network Development, Senior Manager, JC Yap; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Sales and Marketing, Passenger Cars, Mark Raine and; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Customer Services Mercedes-Benz Cars, Heinrich Schromm

Asbenz Stern Kuantan is positioned to bring Mercedes-Benz’ premium standard of Care in products and services, offering Nothing but the Best to customers and fans in Kuantan and along the East Coast.

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) and dealer partner, Asbenz Stern Sdn Bhd (Asbenz Stern), launched the Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus in the heart of Kuantan, Pahang – reestablishing the brand as remaining unrivalled with the largest premium network coverage in Malaysia.

(From Left): Mercedes-Benz Malaysia, Network Development, Senior Manager, JC Yap; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Sales and Marketing, Passenger Cars, Mark Raine; Asbenz Stern Sdn Bhd, Managing Director; Goh Chuan Kiong; Mercedes-Benz Malaysia, President and CEO, Dr Claus Weidner and; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Customer Services Mercedes-Benz Cars, Heinrich Schromm

“Today, together with our dealer partner, Asbenz Stern, we further underline our commitment to the East Coast region.

The Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus demonstrates our commitment to enhancing our customer touchpoints nationwide, delivering to our customers the Best Products and Best Customer Experience,” said Mercedes-Benz Malaysia President and CEO, Dr Claus Weidner.

The Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan offers sales, service and spare parts (3S) in its Autohaus and Service Centre for a comprehensive end-to-end customer experience – staffed by eight sales and 12 Customer Services qualified and trained personnel respectively. The Service Centre is equipped with 10 work bays and an inspection bay.

These give the Autohaus the capability to service up to approximately 250 vehicles per month. With a total display capacity of seven Mercedes-Benz vehicles, customers and fans can enjoy an up-close and personal experience with the brand’s newest and most popular Mercedes-Benz models.

“It gives us great pride to extend our reach and presence to the East Coast, giving us the opportunity to deliver the Asbenz brand of service and hospitality to customers in Kuantan and across the East Coast.

Asbenz now stands proud as a multi-location authorised Mercedes-Benz dealer from our beginnings in Sungai Petani with Asbenz Motors to this milestone now, Asbenz Stern in Kuantan.

We are ready to demonstrate ‘Nothing but the Best’ in our commitment to our customers, in line with the Mercedes-Benz brand promises of Best Products and the Best Customer Experience,” said Asbenz Motors Sdn Bhd Managing Director, Goh Chuan Kiong.

The Asbenz Stern Autohaus and Service Centre, which occupy built-up areas of 3,860 sq ft and 13,496 sq ft respectively, are designed with the distinguished Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II) Autohaus concept and the latest Mercedes-Benz Corporate Identity (CI).

The Autohaus also comes equipped with the interactive I-Showroom feature. With a swipe of a finger, customers have the freedom to explore and learn more about the latest Mercedes-Benz products and promotions at their own pace.

“As a pioneer in automotive technology and innovation, our focus on developing key areas including talent, technology, production and services, is complemented by collaborations with our dealers. This ensures customers receive unparalleled care and customer service experience,” said Dr Weidner.

Through the new establishment, Asbenz Stern aims to develop the untapped market in Kuantan and further establish the Mercedes-Benz brand in the East Coast.

(From Left): Mercedes-Benz Malaysia, President and CEO, Dr Claus Weidner; Asbenz Stern Sdn Bhd, Managing Director; Goh Chuan Kiong, Mercedes-Benz Malaysia, Network Development, Senior Manager, JC Yap; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Sales and Marketing, Passenger Cars, Mark Raine and; Mercedes-Benz Malaysia, Vice President, Customer Services Mercedes-Benz Cars, Heinrich Schromm

This includes providing premium brand experience in retail and customer services to a growing Mercedes-Benz fan base and more job opportunities for the local community to pursue within the Mercedes-Benz network. MBM’s solid processes, coupled with Asbenz Stern’s expertise as a reliable on-ground partner, demonstrate a dynamic partnership crucial in realising the authorised dealer’s vision.

Asbenz Motors Sdn Bhd’s partnership with Mercedes Benz began in May 2004 with its first Mercedes-Benz authorised Autohaus offering Sales and Customer Services in Sungai Petani, Kedah.

Asbenz Stern is a group expansion into the East Coast backed by on-ground experience and understanding of operations in both Kuantan and the East Coast. Todate, approximately RM 5 million has been invested by MBM and Asbenz Stern in the development of this Kuantan Autohaus and Service Centre.

The Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus launch further expand’s the German marque’s presence along the East Coast comprising Kelantan, Terengganu and Pahang.

Overall, Mercedes-Benz Malaysia retains the largest premium network coverage in Malaysia with 34 Autohauses nationwide.

The Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Autohaus Showroom is located at A7 & A9, Ground Floors, Jalan Tun Ismail 1, 25000 Kuantan, Pahang, Tel: 09-516 3355, Fax: 09-517 2255, 24 Hrs Breakdown Service: 017-816 5515.

The Mercedes-Benz Asbenz Stern Kuantan Service Centre is located at Lot 16606, Batu 3 Industrial Area, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang, Tel: 09-517 1155, Fax: 09-517 2255, 24 Hrs Breakdown Service: 017-816 5515.

Merchantrade Kembali Sebagai Rakan Pertukaran Wang Rasmi Matta Fair

Merchantrade – jenama pertukaran mata wang digital dan tunai terbesar kini kembali beraksi di Pameran MATTA

MERCHANTRADE Asia Sdn Bhd (Merchantrade), jenama pertukaran mata wang terbesar di Malaysia yang dipercayai oleh berjuta-juta pelanggan kini kembali untuk kali ke-empat berturut-turut sebagai rakan pertukaran wang rasmi di Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Pameran MATTA) yang akan diadakan dari 7 hingga 9 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran berkata, syarikat itu berbesar hati kerana sekali lagi dapat menjadi sebahagian daripada pameran pelancongan
terbesar di Malaysia, sekaligus mengukuhkan kehadirannya di negara ini sebagai jenama
pertukaran mata wang digital dan tunai pilihan di kalangan pelancong dan pengembara.

“Kami berharap dapat memberi pengalaman menakjubkan dengan memberikan kadar dan tawaran terbaik kepada pelancong dan pengembara semasa Pameran MATTA lebih-lebih lagi apabila mereka mengetahui yang mereka telah mengunci kadar pertukaran terbaik dengan Merchantrade.

Oleh itu, kami mengalu-alukan pengunjung untuk merebut peluang ini dan mendapatkan tawaran terbaik yang disediakan oleh kami. Kami menjadikannya begitu mudah untuk pelanggan dan pengunjung kami,” kata Ramasamy.

Kami telah sejak sekian lama menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang untuk para
pelanggan.

Pameran MATTA adalah cara terbaik untuk memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami serta pengunjung dengan menawarkan perkhidmatan inovatif lagi menarik termasuk kad Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money, pertukaran wang dalam talian eForex dan melalui kaunter untuk kemudahan pengguna menukar mata wang asing mereka dan mendapatkan kadar pertukaran terbaik untuk perjalanan mereka ke luar negara.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk meletakkan nama peribadi pada kad mereka yang akan dicetak serta merta apabila mereka mendaftar untuk kad pelbagai mata wang.

Faedah menarik lain termasuk pemindahan wang dengan lancar untuk anak-anak yang sedang menuntut di luar negara, pembantu rumah boleh menghantar wang dengan mudah kepada orang tersayang dan ekspatriat dapat mengirim pendapatan mereka dengan mudah ke negara asal mereka.

Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pertukaran wang dalam talian eForex, mereka boleh mengambil mata wang mereka kemudian di mana-mana pusat pengambilan pilihan atau menggunakan perkhidmatan penghantaran yang membolehkan mata wang mereka dihantar terus ke rumah.

Sementara itu, perkhidmatan inovatif digital terkini Merchantrade, kad prabayar Visa Pelbagai
Mata Wang Merchantrade Money menawarkan nilai wang kepada pelanggan apabila mereka
boleh mengunci kadar pertukaran pada masa pembelian mata wang asing tanpa terjejas oleh naik turun kadar pertukaran mata wang asing semasa melancong ke luar negara.

“Kami melihat perniagaan kami lebih daripada sekadar menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang. Perancangan percutian boleh menyebabkan tekanan dan disebabkan itu kami ingin menawarkan produk perkhidmatan wang inovatif seperti Merchantrade Money yang menjadikan kehidupan pelanggan lebih mudah dan selesa,” kata Ramasamy.

“Merchantrade terus berkembang pesat dan menjadi peneraju dalam merevolusi industri dengan peningkatan fokus dalam penawaran digital, terutama cara yang lebih mudah dan selamat untuk membawa mata wang asing ketika mengembara ke luar negara.”

Ciri utama kad prabayar Visa Pelbagai Mata Wang Merchantrade Money ialah ia boleh menukar Ringgit Malaysia secara digital ke dalam pelbagai mata wang, pada kadar pertukaran kompetitif yang dikehendaki oleh para pelanggan.

Pengembara kini boleh bercuti dengan senang hati dan tidak perlu bimbang tentang naik turun kadar pertukaran. Wallet pelbagai mata wang ini menawarkan sebelas mata wang termasuk Dolar Amerika, Dolar Singapura, Pound Sterling, Dolar Australia, Rupiah Indonesia, Euro, Baht Thailand, Yen, Saudi Riyal, dan Renminbi China.

Kad prabayar pelbagai mata wang ini boleh digunakan di 44 juta rangkaian peniagaan Visa di seluruh dunia.

Pengembara juga boleh melakukan pemindahan wang, pemindahan kad ke kad, menyemak baki kad dan tambah nilai, isian semula langganan pra-bayar mudah alih (domestik dan antarabangsa), mengunci kad, menukar PIN kad atau menyemak perbelanjaan mereka (melalui e-penyata) hanya dengan menggunakan aplikasi mudah alih.

Gerai pameran Merchantrade akan ditempatkan di F1 hingga F4, Dewan 3 di PWTC.
Merchantrade akan turut menyediakan kemudahan bagi pengunjung yang ingin mendaftar untuk Merchantrade Money di luar Dewan PWTC.

Bagi Pameran MATTA selama tiga hari ini, syarikat tersebut akan menawarkan promosi istimewa berikut:

eForex dan Pertukaran Wang Melalui Kaunter
• Urus niaga RM12,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 20 inci
• Urus niaga RM20,000 dan ke atas dan dapatkan beg bagasi 28 inci

Lucky Guy From Johor Wins Renault Twizy EV

(from right) Kuan Kim Luen, CEO, TC Euro Cars, grand prize winner Lam Wing Wei, Tiffany Tan, General Manager, TC Euro Cars, Tan Wek Kiaw, Johor Bahru Branch Manager, TC Euro Cars

TCEC, the sole franchise holder for Renault vehicles in Malaysia, recently handed over the Renault Twizy 100% electric vehicle to the lucky Grand Prize winner of the Renault ‘Buy & Win’ contest.

AT the prize-giving ceremony held at the Renault Petaling Jaya showroom, Lam Ming Wei, 26, from Johor shared that he will be passing on the Twizy to his mother for her daily commute.

(from right) Wong Hoe Mun, Deputy General Manager of Sales, TC Euro Cars, holiday prize winner Nur Izzati Rozali, Wilson Teoh, PJ Branch Manager, TC Euro Cars

“This is an unexpected win and I feel very fortunate as I thought my chances were slim. The Twizy will be ideal for my mother as her workplace is a short distance from home,” said Lam, who won from his purchase of the Renault Captur.

“I was looking for a quality compact vehicle that is unique and offers good value-for-money. After test-driving several brands and models, the Captur impressed me the most. It packs a punch in performance, is well-equipped with innovative technologies and comprehensive safety features and offers remarkable handling and grip, all at an attractive package,” he added.

Meanwhile, three other winners from the final draw of the Renault ‘Buy & Win’ contest drove away with RM1,500 worth of travel vouchers each. The three winners are Nur Izzati Rozali, 24, from Bangi, Chang Jun Wei, 26, from Ampang and S. Suraindiran a/l Sathiamurthy, 50, from Puchong.

(from left) Wilson Teoh, PJ Branch Manager, TC Euro Cars, TC Euro Cars, holiday prize winner Chang Jun Wei, Wong Hoe Mun, Deputy General Manager of Sales

“Customer satisfaction is a top priority for us and campaigns like the Renault ‘Buy & Win’ contest is one of many ways through which we show our appreciation for their support,” said Kuan Kim Luen, CEO, TC Euro Cars Sdn Bhd.

The Renault ‘Buy & Win’ contest ran from 1 January to 30 June 2018. During the campaign period, customers who purchased any Renault model were automatically in the running for the grand prize and holiday prizes. Winners of the holiday prizes were drawn every two months (three winners respectively from January to February, March to April and May to June ), with the final draw also including the grand prize winner.

(from right) Wong Hoe Mun, Deputy General Manager of Sales, TC Euro Cars, holiday prize winner S. Suraindiran a/l Sathiamurthy, Wilson Teoh, PJ Branch Manager, TC Euro Cars

“Even though the contest has ended, we strongly urge those looking for a stylish vehicle with continental quality and safety standards to take advantage of the zero-rated GST to enjoy additional savings before the tax holiday ends,” added Kuan.

For more information about Renault and the zero-rated GST prices for models available in Malaysia, please visit www.renault.com.my or www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Maxis Dan Perhilitan Sokong Usaha Pemuliharaan Haiwan Terancam

Maxis Dan Perhilitan Sokong Usaha Pemuliharaan Haiwan Terancam

Kerjasama dengan PERHILITAN untuk menyokong pemuliharaan haiwan terancam menggunakan teknologi dan fotografi

BAGI ramai rakyat Malaysia, hidupan liar seperti orang utan, tapir dan harimau (lebih dikenali kepada kami sebagai simbol Kebangsaan, Harimau Malaya) adalah sebahagian besar daripada budaya kita, terutamanya dalam cerita-cerita rakyat tempatan.

Harimau

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, haiwan-haiwan ini semakin berkurangan dan hampir pupus. Ini bermaksud pemuliharaan mereka pada masa ini adalah amat penting.

Sempena bulan kemerdekaan ini, Maxis telah bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk meraikan semua rakyat Malaysia dengan menyokong pemuliharaan haiwan terancam di Malaysia melalui projek Endangered Malaysians.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Maxis telah bekerjasama dengan Huawei dan jurugambar terkemuka Malaysia* untuk mengabadikan dan meraikan haiwan ini sebagai rakyat Malaysia melalui kuasa teknologi dan fotografi.

Foto-foto tersebut akan dikongsi di laman web dan laman Facebook Maxis sebagai sebahagian daripada ikrar #KamiRakyatMalaysia untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memainkan peranan dalam melindungi haiwan-haiwan terancam ini.

Orangutan

Berikut adalah cara untuk berkongsi ikrar anda:
1.    Lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia
2.    Klik pada butang “Make A Pledge” di laman web
3.    Tunggu sehingga munculnya pop-up dengan pilihan untuk berkongsi foto dan ikrar pada profil Facebook anda
4.    Ikrar tersebut akan disertakan dengan hashtag rasmi, #KitaRakyatMalaysia
5.    Untuk setiap ikrar, Maxis akan mendermakan RM1 kepada PERHILITAN ke arah usaha pemuliharaan mereka

“Sempena bulan kemerdekaan ini, kami mendefinisikan semula apa yang dimaksudkan sebagai rakyat Malaysia. Oleh kerana haiwan-haiwan terancam ini juga adalah rakyat Malaysia dan harus dilindungi, kami ingin meraikan mereka menggunakan teknologi dan fotografi dengan cara yang bermakna untuk memberi impak,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama dan Kerjasama Maxis.

“Bilangan haiwan-haiwan ini di hutan semakin berkurangan, oleh itu, ia amat penting untuk kita mengambil tindakan sekarang dan menyokong pemuliharaan mereka. Maxis gembira dapat bekerjasama dengan PERHILITAN dan Huawei untuk mewujudkan kesedaran mengenai isu ini dan melibatkan rakyat Malaysia menerusi projek kami ini,” kata Tai.

Melalui projek ini, Maxis juga mewujudkan kesedaran tentang pemuliharaan haiwan di kalangan generasi muda. Melalui program eKelas, Maxis menganjurkan bengkel seni untuk pelajar eKelas serta menghasilkan kandungan yang berkaitan untuk portal eKelas.

Maxis eKelas adalah program tanggungjawab sosial utama syarikat yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan komuniti luar bandar. eKelas menawarkan gabungan tutorial secara langsung, pembelajaran dalam kumpulan dan kandungan digital secara interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan.

Tapir

Maxis merupakan inovator yang konsisten dalam menggunakan teknologi untuk menyokong usaha-usaha yang bermakna.

Pada tahun 2016, Maxis bekerjasama dengan EPIC Homes dan peruncit-peruncit atas talian terkemuka dalam projek Kongsi Home, untuk mengubah e-dagang kepada e-amal. Sebagai sebahagian daripada projek tersebut, rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli bahagian-bahagian rumah secara atas talian, yang kemudiannya digunakan untuk membina rumah bagi komuniti-komuniti yang kurang bernasib baik.

Pada tahun yang sama, Maxis membantu mangsa banjir untuk terus berhubung melalui penggunaan S.O.S. Power Pot, sebuah alat mudah alih yang menukar tenaga haba kepada elektrik. Ia mengupayakan para pengguna mengecas telefon mereka apabila mendidihkan air dengan hanya menyambungkannya ke kabel USB alat tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai projek Endangered Malaysians, saksikan video ini atau lawati www.maxis.com.my/KitaRakyatMalaysia. Anda juga boleh menyertai kami untuk acara eksklusif di Ikano Power Centre, dari 24 Ogos hingga 2 September, 10 pagi hingga 10 malam.

Maxis akan mengadakan pameran visual mengenai haiwan terancam dan renjer taman dari PERHILITAN juga akan memberikan ceramah kepada para pengunjung.

Malaysia’s Most Fuel-Efficient Truck Driver In The Final Of 2018’s Fuelwatch Challenge

Haree Murughan Muniandy will be representing Malaysia at the Volvo Trucks Driver Challenge Global Finals in Gothenburg Sweden next month.

THE winner of Volvo Trucks’ annual Fuelwatch Challenge for 2018 has finally been announced, with Haree Murughan A/L Muniandy from ASTRO Productions Sdn Bhd earning the title for the first time.

The results were announced during a celebratory dinner at Volvo Trucks’ Port Klang dealer,
where 9 of the best truck drivers from Malaysia had gathered to await the results of the competition.

Mitchell Peden, Managing Director of Volvo Trucks Malaysia hands a RM3,000 Bank Simpanan Negara voucher to the Volvo Trucks Fuelwatch Challenge 2018 1 st runner up Hidayu Sabaran from Nittsu Transport Service (M) Sdn Bhd

Following in second place was Hidayu Sabaran from Nittsu Transport Service (M) Sdn Bhd, and at third place was Mohd Harun Bin Mohd Yusop from Fima Freight Forwarders Sdn Bhd.

The grand prize winner of the Malaysian Fuelwatch Challenge received a RM 5,000 Bank Simpanan Nasional voucher and a trophy commemorating his victory. He will also be representing Malaysia in the Volvo Trucks Driver Challenge Global Final in Gothenburg, Sweden later this year.

“We would like to wholeheartedly congratulate Haree on winning this year’s Fuelwatch challenge. He has succeeded in embodying the core purpose of the Fuelwatch Challenge, which is intended to promote safe and fuel-efficient driving among truck drivers,” said Mitchell Peden, Managing Director of Volvo Trucks Malaysia.

Mitchell Peden, Managing Director of Volvo Trucks Malaysia hands a RM5,000 Bank Simpanan Negara voucher to the Volvo Trucks Fuelwatch Challenge 2018 champion Haree Murughan A/L Muniandy from ASTRO Productions Sdn Bhd

Volvo Trucks’ annual Fuelwatch Challenge is aimed at promoting maximum fuel efficiency and proper driving skills among truck drivers in Malaysia, through a unique and challenging competitive platform.

The competition is open to drivers across Malaysia with two separate categories, the closed category and the open category.

Commenting on his victory, Haree said “I am overjoyed to have won the Fuelwatch Challenge this year. As a professional truck driver, I have always admired the effort Volvo Trucks has put into educating drivers on the importance of fuel efficiency and safety in all aspects of driving.

Mitchell Peden, Managing Director of Volvo Trucks Malaysia hands a RM2,000 Bank Simpanan Negara voucher to the Volvo Trucks Fuelwatch Challenge 2018 2 nd runner up Mohd Harun Mohd Yusop from Fima Freight Forwarders Sdn Bhd

After participating in the Fuelwatch Challenge Finals for the third time, the challenge has not only allowed me to further develop my skills and knowledge, but it also taught me to never give up until I have achieved my goal.”

The winner of the Fuelwatch Challenge is determined by the best combination of Fuel efficiency (measured using Volvo Trucks’ telematics system: Dynafleet 1 ), productivity and safety whilst also demonstrating that they have the ability to handle the different trucks.

This year also marks the first time since the inception of the Fuelwatch Challenge in Malaysia, where a female truck driver (Hidayu) made it into top 3. Hidayu said, “I am truly happy to have exceeded my own expectations in this challenge.

I have received a lot of support from my friends and family, and I hope my achievement will be an encouragement for all the women in Malaysia who want to join the trucking industry.”

Last year’s challenge saw the record being set, when Junaidah Ibrahim made it into the finals, inspiring female participation in this year’s challenge and resulting in 8 female truck drivers taking part in the qualifying stages this year.

“This is indeed a proud moment for female truck drivers in Malaysia. Hidayu and Kamila Mohamad Ribi both demonstrate to us that the skill required to drive a truck efficiently and safely is not gender limited.

It is clear that female truck drivers have the same ability as their male counterparts to drive at a high skill level on a competitive stage,” said Peden.

“We hope that these talented women will serve as examples of how gender is a non-issue when it comes to driving and I hope that in the future, we will see more talented women participating and potentially winning the Fuelwatch Challenge here in Malaysia.”

1,550 drivers had participated in the qualifications held nationwide between June and July earlier this year, with only the top 9 finalists gathered at Shah Alam for the final round of competition.

Also present during the dinner of the Fuelwatch Challenge prize giving ceremony was Dato’ Nazari Akhbar, Executive Director of Taipanco Sdn Bhd, who received 7 units of Volvo FH13 trucks in a vehicle handover ceremony. Till date, Taipanco has received 17 units of trucks from Volvo and this handover marks the first time that the company is adding the FH model into their fleet.

Mercedes-Benz Malaysia Perkenal Koleksi Kereta Idaman

Mercedes-AMG GT C

Koleksi jentera mewah terbaru ini memiliki prestasi, kuasa dan reka bentuk menarik.

MERCEDES-Benz Malaysia Sdn Bhd memperkukuhkan barisan koleksi model Kereta Idaman dengan memperkenalkan Mercedes-AMG GT C, Mercedes-Benz E300 Cabriolet dan Mercedes-AMG CLS.

Ketiga-tiga model yang dilancarkan itu sememangnya menjadi idaman buat mereka yang mahukan jentera mewah dengan memiliki prestasi berkuasa dan reka bentuk menarik.

Mercedes-AMG GT C

Mercedes-AMG GT C

Menerusi model Mercedes-AMG GT C adalah satu daripada barisan produk berprestasi jenama dari Jerman dalam keluarga AMG GT menerusi model AMG GT S dan AMG GT R.

Cuma Mercedes-AMG GT C adalah model coupe yang hadir menerusi bonet panjang dengan jeriji Panamericana serta padanan ambilan Jet Wing.

Rim tayar pula menggunakan saiz 20-inci aloi dengan lima jejari dengan kaliper brek (enam piston) berwarna merah.

Sementara itu, bagi pakej AMG Exterior Night, beberapa bahagian luarannya menerima kemasan krom hitam seperti diffuser belakang, jeriji, kit sisi badan serta hujung ekzos.

Ruang kabinnya pula kelihatan menarik dan sporty dengan padanan stereng AMG Performance material gentian mikro hitam Dinamica yang menjadi sebahagian daripada pakej AMG Dynamic Plus.

Pada masa sama, banyak kemasan pada ruang kabin dibaluti material kulit Nappa yang tampak bergaya dan sporty menerusi sulaman jahitan benang merah dengan padanan tali pinggang keselamatan warna merah dari koleksi Designo.

Mercedes-AMG GT C

Malah, ia turut didatangkan tempat duduk AMG Performance dengan fungsi memori dan dipertingkatkan menerusi suasana lebih menarik apabila dilengkapi bumbung suria  panoramik.

Mengenai rangkaian kuasanya pula, model ini dijana enjin 4.0 liter biturbo V8 yang menjana kuasa sebanyak 549hp pada 5,750 hingga 6,750 rpm dengan tork setinggi 680Nm dari 1,900 hingga 5,500 rpm.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi AMG Speedshift 7G-DCT automatik ke roda belakang yang mana kelajuan maksimum boleh mencapai 317 km/j, sementara pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.7 saat.

Bagi mereka yang tidak berkira dengan wang, anda boleh memilikinya pada harga RM1.4 juta yang mana harga itu tidak termasuk GST.

Mercedes-AMG CLS

Mercedes-AMG CLS

Model CLS ini pula sudah memasuki generasi ketiga yang menawarkan reka bentuk menarik dalam segmen coupe empat pintu.

Apa yang menariknya, Mercedes-AMG CLS 53 ini adalah model paling berkuasa dalam keluarga CLS.

Seperti model siri-53 yang lain, ia turut hadir dengan bentuk yang unik dengan kehadiran jeriji radiator bilah berkembar bersama logo tiga bintang ditengah-tengah.

Mercedes-AMG CLS

Padanan kit bahagian hadapan turut menjadikan model CLS ini kelihatan cukup sporty apatah lagi dipadankan dengan rim bersaiz besar iaitu 20 inci.

Pada bahagian belakang, reka bentuknya tampak klasik dengan kehadiran ekzos berkembar krom, selain padanan spoiler kecil yang menggunakan bahan karbon.

Cukup memukau pandangan ialah ruang kabinnya dilengkapi paparan skrin 12.3 inci pada papan pemukanya serta menggunakan stereng AMG Performance sebagai ciri standard.

Mercedes-AMG CLS

Bagi enjinnya pula, ia menggunakan rangkaian kuasa enam silinder sebaris bersesaran 2,999cc yang menyalurkan 435hp pada 6,100rpm dengan tork setinggi 520Nm antara 1,800 sehingga 5,800rpm.

Kuasa itu disalurkan ke transmisi AMG Speedshift TCT 9G yang memberi tindak balas lebih baik bagi kenderaan pacuan semua roda itu.

Jentera paling berkuasa dalam keluarga CLS itu mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 4.5 saat dengan kelajuan maksimum boleh mencecah 250km/j.

Mercedes-AMG CLS 53 dijual pada harga RM806,638.35 tanpa GST.

Mercedes-Benz E Cabriolet

Mercedes-Benz E Cabriolet

Bagi mereka yang mahukan sebuah kenderaan untuk pemanduan santai, model Mercedes-Benz E Cabriolet dua pintu ini mungkin boleh menjadi pilihan kerana bumbungnya boleh dibuka sepenuhnya.

Bumbungnya kini hadir dengan fabrik lembut premium boleh didapati dalam warna coklat gelap, biru gelap, merah dan hitam.

Ia boleh dibuka dan ditutup dalam tempoh 20 saat ketika kereta bergerak pada kelajuan sehingga 50km/j.

Mercedes-Benz E Cabriolet

Bahagian enjinya, ia menggunakan rangkaian kuasa bersesaran 1,991cc dengan menyalurkan 245hp pada 5,500rpm dan tork setinggi 370Nm antara 1,300 sehingga 5,500rpm.

Ini bermakna jentera serba mewah ini boleh memecut 0-100km/j dalam 6.5 saat dengan kelajuan maksimum 250km/j.

Mercedes-Benz E Cabriolet ditawarkan dengan spesifikasi E 300 dengan kehadiran AMG Line yang mana ia dijual pada harga RM588,888 tanpa GST.

Biasiswa PIDM Bantu 21 Pelajar Lanjut Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Seramai 21 pelajar baru-baru ini menerima biasiswa daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda mereka di universiti tempatan.

LATAR belakang kewangan dan pencapaian akademik merupakan kriteria utama dalam pemilihan penerima biasiswa PIDM. Kebanyakan penerima biasiswa berasal daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 sebulan.

Chong Siew Choo menerima sijil Biasiswa Sarjana Muda PIDM daripada Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff, Pengerusi PIDM. Bersama mereka adalah Rafiz Azuan Abdullah (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif PIDM and Lim Yam Poh (kanan), Ketua Pegawai Operasi and Kaunsel Am PIDM

“Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM menyokong golongan muda yang layak dengan menyediakan bantuan kewangan bagi melanjutkan pengajian di universiti sehingga tamat
pengajian.

Menerusi program ini, kami mengiktiraf dan menyokong potensi mereka sebagai bakal
pemimpin di masa hadapan dan juga sebagai duta PIDM,” kata Rafiz Azuan Abdullah, Ketua
Pegawai Eksekutif PIDM.

Setakat ini, lebih daripada 120 pelajar telah menerima biasiswa PIDM. Penuntut Universiti Sains Malaysia, Chong Siew Choo, berkata dengan biasiswa itu beliau dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajian tanpa perlu bekerja sambilan lagi.

Bapa Chong yang mempunyai masalah kesihatan tidak dapat bekerja sepenuh masa dan mampunyai dua tanggungan lain.

“Mendiang ibu saya menekankan kepentingan mengimbangi pelajaran dengan aktiviti kokurikulum. Dengan adanya biasiswa ini, saya kini berpeluang menyertai aktiviti sukan dan kerja-kerja sukarelawan,” kata Chong, yang melanjutkan pelajaran dalam ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan.

Pelajar ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Ekonomi di Universiti Utara Malaysia, Mohd Azreen Arrifin berkata, biasiswa ini memberi motivasi kepada beliau untuk melakukan yang terbaik dalam pelajarannya.

Azreen bercita-cita untuk menjadi pakar ekonomi suatu hari nanti. “Sebelum ini, saya menghadapai kesukaran untuk menyiapkan tugasan dan mencari maklumat.

Kini, dengan adanya komputer riba saya tidak perlu lagi bergantung kepada perpustakaan universiti dan juga rakan-rakan,” kata Azreen.

Mathana Raj a/l Muniandy menerima sijil Biasiswa Sarjana Muda PIDM daripada Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusoff, Pengerusi PIDM. Bersama mereka adalah Rafiz Azuan Abdullah (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif PIDM and Lim Yam Poh (kanan), Ketua Pegawai Operasi dan Kaunsel Am PIDM

Selain daripada sokongan kewangan, penerima biasiswa akan dibimbing oleh kakitangan
profesional PIDM yang mempunyai pengalaman relevan dengan bidang pengajian mereka.

“Saya berbesar hati kerana bakal mendapat peluang bimbingan dari mentor PIDM yang
berpengalaman dan saya tidak akan mensia-siakan peluang ini,” kata penuntut perakaunan
daripada Universiti Malaya, Mathana Raj a/l Muniandy.

Beliau juga berharap dapat menjalani latihan industri di PIDM.

Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM, yang ditubuhkan pada tahun 2010, adalah biasiswa yang tidak terikat dan merangkumi yuran pengajian, perbelanjaan sara hidup serta bahan berkaitan pengajian.

Pemegang biasiswa dipilih berdasarkan kepada pencapaian akademik dan kokurikulum,
kemahiran komunikasi, kematangan serta kualiti kepimpinan dan kemampuan kewangan.

Rolls-Royce Cullinan Makes American Debut At 2018 Monterey Car Week

Monterey Car Week is one of the world’s premier luxury motor car events, so it is fitting that
we showcase the finest Bespoke motor cars in the world here, and also debut Cullinan, the
Rolls-Royce of SUVs, to the American public.

FROM the primacy of Phantom to the power of Cullinan, the Rolls-Royce presence at 2018 Pebble Beach Concours d’Elegance has never been more compelling, and these Bespoke Rolls-Royces will grace these lawns as classics for generations to come.” Torsten Müller-Ötvös, Chief Executive Officer, Rolls-Royce Motor Cars.

The Rolls-Royce Cullinan makes its American debut to the public at this year’s Monterey Car
Week as the marque showcases a stunning array of Bespoke motor cars, each one a classic
in the making.

In addition to Cullinan, the Rolls-Royce of SUVs, the brand will present a splendid selection of individual creations at events throughout the week and deliver two very high profile commissions to their owners, live at events throughout the week.

Cullinan – the Rolls-Royce of SUVs debuts to its American public The most anticipated motor car of 2018 will adorn the lawns at Monterey Car Week events including Friday’s ‘Quail, A Motorsports Gathering,’ The Concept Lawn of the 2018 Pebble Beach Concours d’ Elegance on Sunday and at Rolls-Royce’s own private collectors events throughout the week.

Unveiled to the world in May of this year, four Cullinans will be positioned around the peninsula in a variety of color and Bespoke configurations for its future customers to discover.

Rolls-Royce will show for the first time in North America a Cullinan with Iguazu Blue exterior.
The stunning Charles Blue interior is offset with Scivaro Grey highlights and open Paldao veneer.

The other Cullinans on display are adorned in Magma Red and Darkest Tungsten and include the Rolls-Royce ‘Viewing Suite’ demonstrating the potential of the unique recreation module.
‘Phantom in Fuxia’ – a tenth Bespoke creation for collector Michael Fux.

This year’s Pebble Beach will play host to the alter ego of Rolls-Royce Bespoke as the marque
demonstrates the breadth of its Black Badge Bespoke offer. Proving that a Black Badge Rolls-
Royce need not only be black in color, four different Collections will move through the Black
Badge color spectrum: The Umbra Collection; The Adamas Collection; The Paradiso Collection and The Nebula Collection.

Fusing the extraordinary competence of the Bespoke craftspeople from the Home of Rolls-
Royce in Goodwood, England, with the rebellious spirit of Black Badge is for the risk-taker who is not afraid to embrace a bold and progressive statement of true and modern luxury, in its darkest form.

Black Badge Umbra, the extreme embodiment of the eponymous darker side of Rolls-Royce,
debuts this week at the Rolls-Royce Villa at Pebble Beach. The Umbra Collection comprises
Dawn, Ghost and Wraith, and features Matte Black exterior finish, fully darkened chrome
including a darkened Spirit of Ecstasy and 21 inch carbon alloy wheels.

The Anthracite interior is starkly offset with Mugello Red and Black highlights. All three commissions feature a stunning technical fiber fascia and interior accents as well as custom Black Badge Bespoke Starlight Headliners and Bespoke ‘Pebble Beach 2018’ treadplates.

Dawn Black Badge Adamas is another creation from the darker side of the Rolls-Royce
Bespoke Collective. Inspired by the ‘untamable’ and ‘invincible’ nature of a diamond, Adamas
celebrates the darker side of contemporary craftsmanship, expertly weaving a dark aesthetic
of unbreakable carbon structures into an extremely limited collection of only 30 Dawn Black
Badge cars.

Dawn Black Badge Adamas is clothed in an enticing two-tone color scheme of hypnotic Aphrodite Red over Black. These are the first two-tone Black Badge cars. These colors, as though touched by darkness, have a deep color transition, providing a mesmerizing iridescent effect.

The Spirit of Ecstasy, previously cast in steel, silver and gold, is for the first time in history
formed in machined carbon fiber. 88 Bespoke laboratory-grown diamonds form the Black
Badge infinity symbol set beneath the Bespoke analogue clock. As a final touch, when one
enters or alights from the atmospheric cabin of Adamas, illuminated tread plates read ‘Black
Badge Dawn Adamas – One of Thirty’, reminding the occupant of the power and rarity of this
Collection.

Turning up the color spectrum, the Rolls-Royce Bespoke Collective has specially created the
boldest Black Badge Collection ever imagined for this year’s Pebble Beach Concours
d’Elegance.

Post Menarik