Xpax oleh Celcom menawarkan pelanggan prabayarnya pengalaman yang mengujakan dengan peluang merebut 1 juta hadiah termasuk peranti PERCUMA, matawang digital, data tanpa had, dan tiket pawagam GSC bermula 14 Februari 2019 sehingga 30 April 2019.

CELCOM membuktikan komitmennya dalam memperkaya gaya hidup dan pengalaman
pelanggan dengan kempen Xpax’s ‘Spin To Win’ yang memberi peluang kepada pelanggan
untuk memiliki telefon Samsung Galaxy Note 9 yang terkini, atau memperolehi tiket pawagam GSC, RM50 melalui aplikasi Boost, baucar 11Street bernilai RM10, internet tanpa had dan banyak lagi, kesemuanya dengan PERCUMA!

Pelanggan Xpax yang baru atau sedia ada boleh ‘Putar dan Menang’ menggunakan aplikasi
Celcom Life dan menikmati pelbagai ganjaran apabila mereka membeli pelan internet mingguan atau bulan dengan minimum RM10.

Pelanggan yang membeli pelan internet mingguan Xpax bernilai RM10 dan RM19 akan memperoleh satu peluang untuk memutar, manakala pelanggan yang membeli pelan internet Bulanan Xpax bernilai RM30, RM50, dan RM79 akan memperoleh empat peluang.

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom terus
komited dan meletakkan keutamaan dalam menyediakan inovasi produk dan pengalaman
terbaik, dan kini Xpax akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan pelbagai ganjaran digital hanya dengan memutar roda yang terdapat dalam aplikasi Celcom Life.

“Kemahiran dan peranti yang lengkap dalam dunia digital kini merupakan suatu keperluan
kepada kebanyakan pelanggan kami. Oleh itu kami ingin memenuhi gaya hidup unik mereka dengan hadiah dalam pelbagai bentuk keperluan digital,” katanya.

Pelanggan akan menerima SMS pengesahan bagi pembelian pelan internet Xpax mereka dan bilangan putaran yang diperolehi. Bagi setiap putaran yang berjaya melalui aplikasi Celcom Life, kesemua hadiah berikut akan dikreditkan dan boleh dituntut untuk masuk ke akaun mereka melalui aplikasi tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Xpax’s ‘Spin to Win’, layari www.celcom.com.my/xpax

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini