Maxis Berhad mengumumkan pelantikan Gökhan Ogut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baru berkuatkuasa 1 Mei 2019.

Gökhan, yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Maxis sejak 1 September 2018, mengambil alih dari Robert Nason, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Interim Maxis.

Gökhan Ogut

“Kami dengan sukacitanya mengalu-alukan Gökhan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

“Kami yakin dengan pengalamannya yang luas dan tumpuan kepada inovasi dan pertumbuhan,” beliau adalah calon yang sesuai untuk memacu strategi baru kami,” kata Raja Tan Sri Arshad, Pengerusi Maxis.

Gökhan membawa bersama pengalaman pengurusannya yang luas dalam industri
telekomunikasi dan barangan pengguna.

Beliau pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone Turki. Sebelum Vodafone, Gökhan pernah memainkan peranan dalam bahagian pemasaran serta pengurusan umum dengan beberapa syarikat besar dan terkenal seperti Danone dan Procter & Gamble, bertanggungjawab dalam pasaran tempatan dan global di Turki, Amerika Syarikat dan Perancis.

Gökhan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Industri dari Boğaziçi University, Istanbul, Turki dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Illinois, Chicago.

Robert akan kekal sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, dan akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Perniagaan dan IT dan ahli Jawatankuasa Audit.

Lembaga Pengarah telah menyediakan tempoh peralihan yang lancar antara Gökhan dan
Robert yang akan tamat pada akhir kontrak Robert sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Interim Maxis pada 30 April 2019.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini