Syarikat perniagaan digital AirAsia, RedBeat Ventures, melancarkan dana modal teroka global, RedBeat Capital, dan kerjasama strategik dengan syarikat 500 Startups, yang merupakan peneraju syarikat permulaan dan firma modal teroka yang berpangkalan di San Francisco.

REDBEAT Capital diwujudkan untuk menyokong syarikat permulaan di peringkat awal, melabur dalam  syarikat permulaan berskala yang ingin memasuki atau mengembangkan pasaran mereka di Asia Tenggara, dengan tumpuan khusus dalam:

  • Perjalanan dan gaya hidup
  • Logistik
  • Teknologi kewangan

RedBeat Capital juga akan melabur dalam syarikat digital untuk memberi tumpuan dalam kecerdasan buatan, internet dan keselamatan siber.

(Dua dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, Christine Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama 500 Startups, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Teknologi dan Digital) Aireen Omar

Dengan sokongan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, yang menerbangkan lebih 90 juta orang tetamu pada setiap tahun, RedBeat Capital bakal mempunyai pangkalan di San Francisco, memperoleh akses dalam aliran urusan 500 Startups, dan beberapa program peneraju bagi graduan dan idea terbaik di seluruh dunia.

Portfolio semasa 500 Startups terdiri daripada 2,210 buah syarikat dan lebih 5,000 orang pengasas di 74 buah negara – termasuklah 10 syarikat unik seperti Twilio, SendGrid, Credit Karma, Canva dan Grab, serta 66 buah syarikat lain bernilai lebih daripada AS$100 juta. RedBeat Capital juga akan mencari syarikat untuk melabur bersama dalam portfolio syarikat 500 Startups.

“Bakat adalah universal dan boleh didapati di seluruh penjuru dunia, terutama di Asia Tenggara” kata Christine Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif 500 Startups. “Selain itu, rantau ini mempunyai lebih ramai pengguna internet berbanding Amerika Syarikat, seterusnya membuka peluang besar kepada para usahawan. Dengan sokongan syarikat gergasi seperti AirAsia yang bekerjasama dengan syarikat-syarikat di Lembah Silikon seperti 500 Startups, sememangnya mengujakan kerana kebanyakan syarikat-syarikat tersebut mempunyai cita-cita berskala global.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “AirAsia dan RedBeat Capital kini mencari bakat terbaik di dunia untuk membantu kami membangunkan ekosistem teknologi perjalanan dan kami teruja untuk memulakan pencarian ini di San Francisco.”

“Kami berhasrat untuk memulakan operasi pada tahun ini, bersama-sama Christine dan pasukannya untuk mengenal pasti dan melabur dalam syarikat permulaan yang ingin berkembang dan maju, terutamanya ke Asia Tenggara di mana kami mempunyai rangkaian, data dan kepakaran serantau untuk membantu membangunkan perniagaan mereka.”

Diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif RedBeat Ventures dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Teknologi dan Digital) Aireen Omar, dana modal teroka yang dilancarkan akan melengkapi dan membangunkan transformasi AirAsia untuk menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan.

Aireen Omar berkata, “Bekerjasama dengan syarikat permulaan digital yang berteknologi akan membantu kami untuk berinovasi dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah syarikat teknologi perjalanan terkemuka di pasaran, dan kami berharap untuk meneroka integrasi idea-idea baharu ke dalam portfolio perniagaan digital kami yang semakin berkembang.”

RedBeat Ventures mengendalikan beberapa perniagaan berkaitan digital, termasuklah BIGLIFE (Program Kesetiaan AirAsia BIG, travel360.com dan Vidi), ROKKI, BigPay serta RedCargo Logistics, dan, melalui RedBeat Capital, akan terus mencari peluang pelaburan dalam syarikat berteknologi tinggi di ruang digital merentasi Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.

Mengenai RedBeat Ventures

RedBeat Ventures is the new digital avenger with a vengeance. Since being set up in early 2018, we oversee AirAsia’s digital lifestyle brands: BIGLIFE, AirAsia BIG Loyalty, travel360.com, Vidi, BigPay, RedCargo Logistics, RedBox, ROKKI and OURSHOP. Our mission is to grow the businesses and leverage digital innovations to create even more fantastic lifestyle experiences for our guests, from travelling to dining, shopping, entertainment, adventure, culture and art. For more information, please visit redbeatventures.com

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini