Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia untuk meningkatkan pengalaman pemilikan para pelanggannya, Volkswagen Tiguan akan
menerima penambahbaikan dari segi Paparan Info Aktif (AID) 2019 dan
lampu belakang LED.

PENAMBAHBAIKAN itu melibatkan semua Tiguan bermula Mac 2019. Paparan Info Aktif baharu itu terdiri daripada paparan warna transistor filem nipis (TFT) beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar.

New Active Info Display

Ia menawarkan fungsi dan ciri dalam bentuk paparan grafik 2D dan 3D bagi tujuan nagivasi serta media. Kini terdapat tiga skrin pandangan yang boleh diubah suai menerusi sistem infohibur bersama lebih 30 kombinasi pilihan.

Dial juga boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk menunjukkan pelbagai maklumat, selain pandangan peta 3D bagi tujuan navigasi yang lebih baik.

Pada bahagian luaran, lampu belakang LED telah dinaik taraf dengan unit baharu bersama grafik lampu yang tersendiri. Bukan sekadar untuk gaya, lampu belakang itu juga mempunyai animasi brek yang meningkatkan lagi tahap pandangan dan keselamatan.

Lampu belakang itu terus menggunakan sistem LED sepenuhnya. Untuk memberi ketenangan minda, penambahbaikan itu tidak melibatkan sebarang kenaikan harga. Jadi, harga Tiguan kekal pada RM165,990 untuk varian Highline dan RM175,990 bagi model JOIN.

New LED Tail lights

Semua kenderaan Volkswagen hadir bersama penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Tiguan menggabungkan penggunaan enjin turbo 1.4 TSI suntikan terus bersama kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan dengan mode sport untuk memberikan kuasa 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm.

Ia menawarkan pecutan mengagumkan dari 0-100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja.
Tiguan didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), brek Multi-pelanggaran, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) dan Hill-Hold Control.

Produksi generasi pertama Tiguan bermula pada 2007 di Wolfsburg. Ia telah menjadi SUV Volkswagen yang paling berjaya dengan lima juta unit dihasilkan di kilang sehingga Januari 2019.

Selain mencatat kejayaan di seluruh dunia, Volkswagen Tiguan juga diterima baik di Malaysia dan dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini