Bagi anda yang sedang tercari-cari kenderaan pikap apa kata anda berkunjung ke Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam hari ini.

BAGI anda yang berminat membeli Mitsubishi Triton baharu, inilah peluang terbaik untuk memandu uji sendiri kehebatan kenderaan pikap itu menerusi program pandu uji “Mitsubishi 4Sure Thrill”.

Apa yang menarik ialah sesi pandu uji ini, anda berpeluang bertemu dengan legenda Rali Dakar dari Jepun, Hiroshi Masuoka, dan gadis drif Malaysia, Leona Chin.

Anda juga berpeluang merasai sendiri pengalaman beraksi rali dalam Mitsubishi Triton baharu dengan dua selebriti terkenal ini.

Acara berlangsung bermula semalam hingga hari ini (Sabtu-Ahad) bertempat di kawasan letak kereta terbuka Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Apa Yang Ditawarkan

  • 1,000 pelanggan pertama yang menempah Triton baharu akan menerima beg Thule Subterra bernilai RM2,000.
  • Baucar kad petrol bernilai RM30 bersama payung Ralliart (untuk 30 orang pertama).
  • Kad kopi Starbucks percuma untuk 100 peserta yang melengkapkan tiga ujian pemanduan (ujian kelajuan tinggi, ujian halangan dan ujian off-road).
  • Pemenang pertandingan foto/video 4Sure Thrill juga akan menerima kad petrol bernilai RM800, Touch n Go RM500 dan baucar Tesci RM300.
  • Cabutan bertuah dengan nilai keseluruhan RM5,000.

Saksikan gambar-gambar menarik sekitar program “Mitsubishi 4Sure Thrill” yang bermula semalam.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini