Utama Blog Halaman 929

MaxisONE Prime Tawar Data Tanpa Had Untuk Semua Ahli Keluarga

Pelan baharu ini menawarkan data tanpa had untuk semua ahli keluarga, dan membolehkan gabungan mana-mana Pelan MaxisONE dan pelan fiber kediaman

MAXIS melancarkan MaxisONE Prime yang baharu, yang kini dilengkapi dengan data tanpa had untuk telefon mudah alih dan juga jalur lebar fiber kediaman, dan membolehkan keluarga untuk memilih gabungan mana-mana Pelan MaxisONE (MOP) bermula dari RM98 sebulan, dan mana-mana pelan fiber kediaman pilihan mereka bermula dari hanya RM89 sebulan.

“Realiti gaya hidup digital hari ini, terutamanya di kalangan keluarga, adalah keinginan mereka
untuk mempunyai lebih banyak pilihan dan kebebasan untuk mengakses kandungan melalui
Internet, bila-bila masa mereka inginkan dan di mana sahaja.

MaxisONE Prime terbaharu kami, yang diperkenalkan berikutan kempen Fibrenation kami dengan pelan jalur lebar fiber yang paling berpatutan dan tanpa risau, bermakna Internet tanpa had boleh didapati untuk setiap ahli keluarga pada harga yang berpatutan dan kelajuan yang lebih pantas.

Ini juga menunjukkan kepimpinan kami dalam penawaran menyeluruh (converged offerings), dengan penyelesaian sambungan tetap dan mudah alih yang tersedia kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Dengan MaxisONE Prime baharu, para pelanggan akan menikmati:

1. Pilihan mana-mana Pelan MaxisONE dan pelan fiber – Sebelum ini hanya tersedia untuk MOP 188, MaxisONE Prime yang diperbaharui ini kini membolehkan keluarga memilih dari mana-mana pelan MOP (98 ke atas) atau fiber (RM89 ke atas) bergantung kepada keperluan mereka.
2. Internet tanpa had untuk telefon mudah alih dan kediaman – Tidak kira apa kombinasi pelan yang mereka pilih, ahli keluarga akan mendapat data tanpa had bagi telefon mudah alih dan kediaman mereka. Talian kongsi (Share line) yang kini berharga RM48 untuk setiap talian, juga akan menikmati data tanpa had.
3. Fiber berkelajuan tinggi tanpa gangguan – Para pelanggan boleh yakin mereka akan
sentiasa bersambung kepada Internet kediaman mereka. Sekiranya sambungan fiber
berkelajuan tinggi mereka terganggu, router kediaman mereka secara automatik akan
menyambung ke sokongan wayarles 4G, memastikan sambungan Internet kediaman mereka berterusan.
4. Peranti kediaman dan mudah alih terkini – Pilih dari pelbagai peranti untuk kediaman dengan Zerolution atau untuk telefon mudah alih dengan Zerolution360, yang menawarkan perlindungan peranti penuh dan naiktaraf telefon setiap tahun.
5. FamilyRoam – Data, panggilan dan SMS tanpa had percuma ke mana-mana negara ASEAN, untuk semua talian keluarga, apabila salah seorang dari ahli keluarga mengaktifkan pas MaxisONE World untuk RM38 sehari.
6. Pasukan Maxperts – Pasukan Maxperts ini akan membantu dengan persediaan dan
pengoptimuman WiFi di rumah serta persediaan peranti.

Untuk masa yang terhad, pelanggan MaxisONE Prime juga akan menikmati diskaun sehingga
50% untuk pelbagai peranti mewah dan lebih banyak lagi pada Zerolution360, apabila mereka mendaftar untuk MOP 128 dan ke atas, bersama-sama dengan talian kongsi baharu.

MaxisONE Prime baharu ini diperkenalkan berikutan pelancaran pelan jalur lebar fiber Maxis
yang paling berpatutan yang dilancarkan pada bulan Ogos, yang menawarkan kelajuan
sehingga 100Mbps dan pada harga sehingga 65% lebih rendah berbanding pelan serupa
sebelumnya.

Maxis pada masa ini merupakan satu-satunya pencari akses untuk jalur lebar fiber di negara, dan akan terus melabur dalam mengakses rangkaian fiber yang sedia ada di Malaysia dan membinanya sendiri di mana mungkin.

Maxis menjangka untuk mendapatkan akses kepada kelajuan yang lebih tinggi pada bulan-bulan yang akan datang dan apabila ini sudah tersedia, akan menawarkan pelan baharu kepada para pelanggan.

Untuk mendaftar ke MaxisONE Prime, para pelanggan boleh mengunjungi mana-mana Pusat
Maxis di seluruh negara. Sebagai alternatif, mereka boleh melayari www.maxis.com.my/prime untuk memilih pelan MaxisONE Prime mereka berdasarkan bilangan talian mudah alih dan kelajuan fiber kediaman yang diperlukan, dan hantarkan pendaftaran mereka secara dalam talian.

AirAsia & AirAsia X Dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Pasifik 2019

AirAsia dan AirAsia X Malaysia telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Pasifik 2019 di Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan oleh peneraju industri AirlineRatings.com.

ANUGERAH ini dinilai oleh barisan panel yang terdiri dari pakar industri dengan jumlah pengalaman dalam industri bersama selama 200 tahun.

Anugerah ini membawa empat audit terbesar keselamatan antarabangsa dan kerajaan serta penilaian terhadap kepimpinan dalam inovasi, nilai dan keselesaan penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia  Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Kami berbangga diiktiraf sebagai juara dan teruja melihat rakan industri menghargai usaha-usaha kami terutama dari segi keselamatan operasi dan inovasi.

“Anugerah ini adalah amat bermakna kerana telah mengetengahkan kepentingan peranan AirAsia dalam membolehkan perjalanan penerbangan bagi beratus juta penumpang. Anugerah ini juga mengiktiraf usaha kami dalam menawarkan yang terbaik dari segi keselamatan dan pengalaman penerbangan buat para tetamu kami.”

Penarafan keselamatan AirAsia Malaysia baru-baru ini meningkat dari 4/7 bintang ke 7/7 bintang, berikutan penyempurnaan audit bebas IOSA oleh IATA pada September tahun ini.

Penarafan produk syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X Malaysia pula meningkat satu mata tahun ini ke 4.5/5 bintang, mengiktiraf komitmen syarikat penerbangan tersebut dalam memberi definisi baharu terhadap penerbangan tambang rendah premium menerusi tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata, “Anugerah ini adalah bukti terhadap usaha menakjubkan kakitangan Allstars yang mempraktikan nilai ‘Sentiasa Selamat’ dan ‘Para Penumpang terlebih dahulu’ dalam aktiviti harian mereka.

“Diiktiraf dan dinilai oleh barisan pakar dalam industri mendorong kakitangan kami untuk terus membangun dan memahami faktor yang mempengaruhi kecemerlangan dari segi keselamatan dan khidmat pelanggan kami.”

Sementara itu, Ketua Editor AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas berkata “Kemenangan ini adalah sepatutnya dimenangi Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail telah melakukan yang terbaik dalam memimpin syarikat penerbangan ini ke arah mengukuhkan posisi mereka dalam mendominasi pasaran.

“Syarikat-syarikat penerbangan ini telah membolehkan perjalanan udara yang berpatutan untuk berpuluh juta masyarakat di rantau Asia dengan tawaran nilai dan pengalaman terbaik.”

Senarai penuh anugerah terdapat di laman airlineratings.com.

Yayasan Peneraju Komited Tingkatkan Bilangan Profesional CFM Dan FRM

Malaysia kini mempunyai 800 pemegang CFA® dan 93 pemegang FRM® bertauliah berdaftar

YAYASAN Peneraju komited untuk meningkatkan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di kalangan belia terutamanya Bumiputera melalui usaha berterusan mereka untuk meningkatkan bilangan pemegang pensijilan yang diiktiraf di peringkat global dalam sektor kewangan, perbankan dan pelaburan.

Wan Nadira Hanim Zaiman, one of the Peneraju Profesional CFA® graduate

Kerjaya profesional sebagai Penganalisis Kewangan bertauliah “Certified Financial Analyst”
(CFA®) dan Pengurus Risiko Kewangan “Financial Risk Manager” (FRM®) telah dikenalpasti sebagai kerjaya yang mendapat permintaan tinggi dalam industri dan ia dilihat mampu memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Permintaan terhadap CFA dan FRM semakin meningkat khususnya di sektor perkhidmatan
kewangan dan pelaburan memandangkan kedua-duanya adalah industri yang sedang berkembang dengan pesat.

Kedua-dua profesion ini sangat penting untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi,” kata Raja Azura Raja Mahayuddin, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju dalam ucapannya di Persidangan Peneraju Profesional Kewangan, Perbankan dan Pelaburan 2018.

Persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Matlamat penganjurannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang mendapat kejayaan cemerlang serta mempromosi program CFA® dan FRM® Yayasan
Peneraju. Dianjurkan buat tahun keempat berturut-turut, tema untuk tahun ini adalah ‘Trade
War: Winners and Losers’.

Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Chief Executive Yayasan Peneraju with Peneraju Profesional CFA® and FRM® graduates at the Peneraju FBI Summit 2018

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan bilangan Bumiputera di sektor-sektor berimpak
tinggi yang mampu menawarkan gaji minimum RM5,000 sebulan di usia muda. Dengan cara
ini, mereka berpotensi untuk menikmati pendapatan yang lebih tinggi selepas mempunyai
beberapa tahun pengalaman,” tambah Raja Azura.

Pada masa sekarang, Malaysia mempunyai seramai 800 pemegang CFA® dan 93 pemegang FRM® bertauliah berdaftar berbanding Singapura yang mempunyai 4,000 dan 850 pemegang kelayakan sama.

Penyertaan Bumiputera yang terlibat dalam profesion berimpak tinggi ini juga amat kecil di mana pemegang CFA® dan FRM® bertauliah Bumiputera di Malaysia masing-masing hanya mencatatkan seramai 115 dan 15 orang.

“Malaysia kini menuju ke arah negara maju, namun negara berdepan cabaran kekurangan
bakat untuk menyumbang dalam ekonomi berpendapatan tinggi di mana ia menjadi syarat
utama untuk semua negara maju,” tambah beliau.

Yayasan Peneraju menyeru graduan muda terutamanya mereka dari bidang bukan tradisional seperti matematik, sains aktuari, ekonomi dan statistik untuk merebut peluang menjadi golongan profesional di organisasi seperti bank pelaburan, bank komersil, firma pengurusan aset, firma dana lindung nilai, agensi kredit dan firma insuran.

Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Chief Executive Yayasan Peneraju with Peneraju Profesional CFA® and FRM® graduates and young graduates from UKM, UiTM, USIM dan UniKL at the Peneraju FBI Summit 2018

“Program Yayasan Peneraju CFA® dilancar pada tahun 2013. Kini, kami mempunyai lebih 300 peserta daripada 6 kelompok yang sedang mengikuti kursus untuk mendapatkan pensijilan di pelbagai peringkat.

Setakat ini, seramai 44 peserta telah menamatkan pengajian dari program ini dan 36 daripadanya kini merupakan pemegang CFA®. Melalui Yayasan Peneraju, peserta akan dibantu dari aspek pembiayaan kewangan, kelas persediaan dan mentor yang berkelayakan daripada industri.

Kami menyasarkan 75 peserta untuk menyertai program ini dan 50 peserta lagi untuk program FRM® pada tahun depan,” katanya.

Yayasan Peneraju menjalin kerjasama dengan Efficient Frontier Consulting, Perunding Sumber Manusia dan Penyedia Latihan dalam pembangunan modal insan, Malvern International yang merupakan sebahagian daripada AEC Education Plc United Kingdom yang tersenarai di AIM UK, dan Noesis Exed, penyedia tuisyen dan ahli badan pensijilan profesional antarabangsa berprestij.

Peserta Peneraju Profesional CFA® akan mengikuti latihan termasuk kelas CFA®, sesi mentor oleh kapten industri (pemegang CFA®) dan Program Pemupukan dan Pembangunan yang merangkumi pengucapan awam, teknik pemikiran kritikal dan kepimpinan.

Persidangan Peneraju Profesional Kewangan, Perbankan dan Pelaburan 2018 yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Peneraju dan Fakulti Sains Matematik UKM berjaya menarik penyertaan 700 peserta dari UKM, UiTM, USIM dan UniKL, selain 200 pelajar CFA® dan 100 pelatih profesional perakaunan Yayasan Peneraju dari pelbagai institusi.

Pakar industri dan pelaburan turut mengambil bahagian dalam perbincangan meja bulat di
mana topik perbincangan berkisar tentang tema persidangan ini.

Kalangan pakar dan profesional yang terlibat termasuk Datuk Hisham Hamdan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan dan Ketua Penyelidikan dan Strategi Pelaburan Khazanah, Khazanah
Nasional Berhad, Mohamad Damshal Wang Damit, CFA®, Ketua Cawangan (Ekuiti), Bahagian Pelaburan, SOCSO dan Prof. Dr. Jamal Othman, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM.

Sepanjang 6 tahun lalu, lebih 22,000 rakyat negara ini telah menerima manfaat daripada
Yayasan Peneraju menerusi program pembangunan dan kemudahan pembiayaan merangkumi bidang pendidikan, latihan TVET dan pensijilan profesional di bawah 3 program
teras iaitu Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

Melalui peruntukan bajet sebanyak RM210 juta kepada Yayasan Peneraju yang diumumkan pada sesi pembentangan bajet 2019 baru-baru ini, Yayasan Peneraju merancang untuk menawarkan 7,000 lagi peluang melibatkan program pembiayaan dan pembangunan bakat untuk generasi muda Malaysia.

Meet The Samsung Galaxy Note9 Lavender Purple

Samsung Galaxy Note9 Lavender Purple

Inspired by the familiar sceneries of a cityscape that is filled with human emotions, Samsung Malaysia Electronics introduces its Samsung Galaxy Note9 in Lavender Purple, a creative, one-of-a-kind color, redefined as a mystical shade which gives our users a fascinating aura
and charm.

THE Samsung Galaxy Note9’s Lavender Purple edition (512GB) is now available in Malaysia for a limited time only.

Samsung Galaxy Note9 Lavender Purple

From now till the 30 th November 2018, consumers can purchase a unit at participating Samsung Experience Stores and authorised merchants. Moreover, those who purchase a Lavender Purple Galaxy Note9 unit will be entitled to a free 512GB microSD card worth RM1,199, allowing them to enjoy 1TB of storage!

Built for the new-generation of achievers, the Samsung Galaxy Note9 promises to open up a world of possibilities through its strong features that includes fast processing power, advanced camera system, and long-lasting battery.

For more information about the Galaxy Note9’s Lavender Purple edition (512GB), please visit
https://www.samsung.com/my/offer/mobile/note9-lavender/

TNB Pasang 80,000 Meter Pintar Di Melaka

Hampir 80,000 kediaman di Melaka telah dipasang dengan meter pintar, sekali gus menjadikan kumpulan pertama rakyat di negara ini yang boleh disifatkan sebagai pengguna pintar elektrik.

TENAGA Nasional Berhad (TNB) sedang giat memasang meter pintar di semua 340,000 pelanggan kediamannya di Melaka selepas mendapat maklum balas positif dari projek perintis pemasangan meter berkenaan di negeri itu dan Putrajaya tahun lalu.

Penggunaan meter pintar merupakan sebahagian inisiatif diperkenalkan TNB selaras dengan pelan strategik yang sedang dilaksanakannya sehingga 2025 bagi meningkat kepuasan pelanggan.

Bagi menjayakan pelan strategik itu, TNB sentiasa melakukan inovasi dan memanfaatkan teknologi untuk membentuk masa depannya.

Meter pintar yang telah lama digunakan di negara-negara maju, membuka jalan ke arah masa depan yang lebih pintar, hijau dan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Kelebihan utama adalah dari segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isirumah.

 

 

Naza Quest Will Cease To Distribute New Chevrolet Vehicles In Malaysia

Naza Quest Sdn Bhd will cease to distribute new Chevrolet vehicles but will continue to provide warranty and aftersales service for existing Chevrolet customers, until the appointment of a new Chevrolet distributor under an agreement between Naza Quest and General Motors (GM).

GROUP CEO, Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Dato’ Samson Anand George outlined the Naza Group’s future strategy: “We came to this decision as a result of a brand rationalisation plan under the Naza Group’s overall corporate strategy to create long-term sustainability and profitability.

“We will continue to focus on our other four and two-wheel brands. The Naza Group will maximize its complete automotive line-up and explore other business opportunities to expand its market share in the automotive industry.”

GM and Chevrolet remain committed to Malaysia, with strong growth potential and a loyal fan base in this important regional market. Chevrolet will resume sales of its world-class vehicle portfolio in Malaysia as soon as possible and is in advanced discussions with potential new partners.

A new master distributor partner will be announced in due course. The cessation of Naza Quest’s Chevrolet new car business operations will take effect from 15 November, 2018.

“I would like to thank General Motors (GM) for their unwavering trust in the Naza Group for the past eight years and wish them all the best in their future endeavours,” Dato’ Samson added.

While sales of new Chevrolet vehicles will be temporarily put on hold, the majority of Chevrolet dealerships will remain open during this transition to meet the aftersales needs of Chevrolet customers.

Naza Quest is pleased to confirm it will continue serving Chevrolet customers at selected existing dealer points, offering customers continuity of vehicle service, parts, warranty and aftersales service in Malaysia.

Vanchana Unakul, General Director of GM Southeast Asia, reinstated GM and Chevrolet’s commitment to Malaysia and Chevrolet’s customers: “Chevrolet is here to stay in Malaysia and we will be announcing our new distributor partner as soon as possible.”

“I’d also like to thank Naza Quest for their partnership and dedication to the Chevrolet brand over many years,” said Unakul.

For customer enquiries, kindly email: [email protected] or dial 1-800-2-CHEVY (24389) to get in touch with the Chevrolet customer service hotline team managed by Naza Quest.

AirAsia Rangkul Anugerah Bagi Rokki Di Inflight Asia Pacific Awards 2018

Ketua Pegawai Teknologi ROKKI Edwin Ng (tengah kiri) menerima anugerah dari Editor Majalah Inflight Alexander Preston, diringi kru kabin AirAsia

AirAsia telah merangkul anugerah Pengalaman IFEC Syarikat Penerbangan bagi platform ROKKI di Inflight Asia Pacific Awards 2018.

ANUGERAH itu mengiktiraf pengalaman hiburan dan jaringan hubungan dalam pesawat (IFEC) terbaik yang disediakan oleh syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.

AirAsia dan ROKKI muncul juara kategori ini dan telah mengetepikan pesaing yang terdiri dari syarikat penerbangan perkhidmatan penuh seperti Singapore Airlines, Qatar Airways, Saudia, El Al Israel Airlines dan SriLankan Airlines.

Ketua Pegawai Teknologi ROKKI Edwin Ng (tengah kiri) menerima anugerah dari Editor Majalah Inflight Alexander Preston, diringi kru kabin AirAsia

Anugerah ini diterima oleh Ketua Pegawai Teknologi  ROKKI Edwin Ng di majlis anugerah yang telah dianjurkan di Pusat Ekspo Pameran dan Konvesyen Singapura semalam. Turut hadir bersama adalah Ketua Pemasaran Rokki Joey Lee.

Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI Lalitha Sivanaser berkata, “Pencapaian ini adalah bukti terhadap pengalaman digital lengkap yang ditawarkan oleh ROKKI.

Menerusi perkhidmatan internet, hiburan dan kemudahan membeli-belah, para penumpang boleh menikmati pengalaman penerbangan yang lebih baik dan sentiasa berhubung, membolehkan perjalanan mereka menjadi lebih lancar seperti tidak berada di dalam penerbangan.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “ROKKI adalah unit penting dari ekosistem digital kami.

Platform ini bakal mendorong inisiatif e-dagang AirAsia yang pesat membangun bagi lebih 90 juta tetamu tahunan AirAsia serta membolehkan usaha kami dalam memberi gangguan terhadap model perniagaan runcit perjalanan konvensional dengan membawa pengalaman membeli-belah terus ke tempat duduk penerbangan anda.

Fakta yang kami telah mengalahkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh ternama ini  menunjukkan yang kami berada di landasan yang betul dan kami sangat berbangga dengan pencapaian Lalitha dan rakan sekerjanya.”

Inflight Asia Pacific Awards mengiktiraf produk atau perkidmatan IFEC yang berada di pasaran di seluruh rantau ini. Setiap kategori anugerah diadili oleh panel pakar industri bebas dengan tujuan mengiktiraf kreativiti teknikal hebat yang dihasilkan sektor industri yang sentiasa berkembang pesat ini.

KIP Group Meterai MoU Bersama QSR Brands

Kerjasama strategik dijangka dapat meningkatkan kadar penghunian dan pendapatan KIP REIT

KUMPULAN syarikat Kepong Industrial Park (KIP Group) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) sebagai lanjutan kepada kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak bagi menawarkan kemudahan perkhidmatan restoran KFC pandu-lalu di cawangan pasar raya dan beli–belah KIP Group, yang dijangka mampu meningkatkan kadar penghunian serta pulangan pendapatan di masa hadapan.

Dato’ Eric Ong Kook Liong, Executive Director of KIP Group (second from left); Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands (fourth from left); Valerie Ong, Chief Executive Officer of KIP Group (fifth from left); Dato’ Chew Lak Seong, Managing Director of KIP Group (sixth from left); Merrill Pereyra, CEO – Restaurants Division of QSR Brands (seventh from left); Ling Mee Jiuan, Chief Operating Officer of KFC Malaysia (eighth from left); Chan Heng Wah, Chief Executive Officer of KIP REIT (ninth from left)

Pada Oktober 2018 yang lalu, KIP REIT dan QSR Brands telah menjalin kerjasama strategik
yang pertama menerusi perjanjian sewa bagi menubuhkan restoran KFC di atas kawasan
seluas 2,717 kaki persegi di salah sebuah cawangan pasar raya milikannya iaitu di KIP Mart
Kota Tinggi, Johor.

Kerjasama di antara syarikat pemaju dan pengurusan pusat beli-belah bersama pengendali rangkaian restoran terkemuka ini adalah yang pertama seumpamanya, dan dijangka mampu menyumbang kepada kenaikan kadar penghunian pusat berkenaan sebanyak 4% kepada 95%.

Menerusi MoU di antara kedua-dua pihak, QSR Brands bakal menubuhkan dua cawangan
restoran pandu-lalu baharu di sebuah pusat beli belah milik KIP Group iaitu KIP Mall Desa
Coalfields, Sungai Buloh; dan di sebuah pasar raya milik KIP Real Estate Investment Trust (KIP
REIT).

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Valerie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif KIP Group
dan Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Pengarah Urusan QSR Brands di dalam
sebuah majlis yang diadakan di KIP Hotel, Kuala Lumpur.

Turut hadir Dato’ Chew Lak Seong, Pengarah Urusan KIP Group; Dato’ Eric Ong Kook
Liong, Pengarah Eksekutif KIP Group; Chan Heng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif KIP REIT; serta Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif bahagian restoran, QSR Brands.

Restoran pandu-lalu KFC seluas 4,088 kaki persegi yang bakal dibina di Desa Coalfields ini
merupakan lanjutan kepada pembinaan KIP Mall Desa Coalfields seluas 213,000 kaki persegi
yang dijangka mampu membawa kedudukan QSR Brands dan KIP Group ke peringkat yang
seterusnya.

Ini akan meningkatkan kadar penghunian dan kunjungan kepada kira-kira 1,500 pengunjung sehari apabila ianya mula beroperasi pada suku keempat tahun 2019 manakala, pasar raya satu tingkat KIP Mart Lavendar di Senawang yang telah beroperasi sejak Disember 2012, dijangka dapat meningkatkan kadar penghuniannya sebanyak 4% kepada 85% dengan penambahan restoran KFC pandu-lalu baharu seluas 4,800 kaki persegi itu.

“Kami amat berbesar hati dapat menjalin kerjasama strategik bersama QSR Brands, sebuah
syarikat yang menerajui segmen pasaran restoran makanan segera di Malaysia.

The MoU exchange between Dato’ Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil, Managing Director of QSR Brands and Valerie Ong, Chief Executive Officer of KIP Group

Kehadiran restoran KFC di dalam senarai penyewa sedia ada akan menawarkan lebih pilihan kepada bahagian perkhidmatan makanan dan minuman dan mampu membawa kedudukan QSR Brands dan KIP Group ke peringkat yang seterusnya.

Ini akan meningkatkan kadar purata penghunian KIP REIT serta kunjungan pelanggan ke KIP Mall Desa Coalfields yang bakal dibuka. Kami amat teruja dengan kerjasama ini dan berharap dapat meneruskan kolaborasi sebegini di masa hadapan,” ujar Valerie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif KIP Group.

Menurut Dato’ Seri Mohamed Azahari, KFC berusaha bagi menjalin kerjasama dengan syarikat dari pelbagai industri sebagai sebahagian daripada usaha yang berterusan untuk memperluas kehadiran dan meningkatkan kemudahan perkhidmatannya.

QSR Brands bercadang untuk terus bekerjasama dengan KIP Group bagi meneruskan momentum perluasan perkhidmatannya ke seluruh cawangan pasar raya dan beli-belah milikan pemaju terkemuka berkenaan.

“Kami sedar bahawa satu-satunya cara untuk kami berkembang maju adalah dengan
melangkah kehadapan bagi meneroka pelbagai peluang serta model perniagaan baharu
dengan rakan kerjasama yang mempunyai persamaan hala tuju.

“Kami komited di dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia menerusi sajian enak KFC serta detik-detik kekeluargaan indah yang dicipta bagi menarik kesetiaan pelanggan.

“Majlis pada hari ini merupakan permulaan kepada kemuncak kerjasama di antara dua syarikat terkemuka di dalam industrinya yang tersendiri. Kerjasama sebegini membuka peluang untuk kami berkongsi manfaat menerusi perkongsian kepakaran dan sumber masing-masing.

“Kami percaya bahawa kami mampu menawarkan nilai tambah yang menarik kepada masyarakat sekitar dengan kemudahan perkhidmatan pandu-lalu KFC, sekali gus menjadi pemangkin pertumbuhan kepada pusat beli belah dan pasar raya tersebut dengan kehadiran jenama ikonik KFC.” katanya.

KIP Group, syarikat pemaju pilihan terkemuka serta syarikat pengurusan runcit yang berpusat
di Kuala Lumpur dengan pembangunan terkenal di sekitar Lembah Klang dan Johor,
merupakan pemegang saham KIP REIT yang mempunyai jumlah aset bernilai RM614.93 juta
pada akhir bulan September.

Sementara itu, QSR Brands adalah pengendali rangkaian restoran bersepadu terbesar di rantau ini dengan lebih dari 810 restoran KFC dan 460 restoran Pizza Hut di seluruh Malaysia, Singapura, Kemboja dan Brunei.

Ingress Auto Puchong Anjur Sesi Khas Pandu Uji Model BMW Siri X Ke Sepang

Ingress Auto Puchong, pengedar sah BMW di Malaysia baru-baru ini mengadakan program khas untuk pelanggan berpotensi mereka merasai pengalaman memandu uji barisan model BMW Siri X yang disediakan.

DESTINASI pilihan mereka kali ini ialah ke Avani Sepang Goldcoast Resort, namun sebelum itu konvoi kenderaan membabitkan model BMW X5 dan X3 terlebih dahulu singgah di trek 4×4 Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelanggan mereka mengenai selok belok mengendalikan kereta BMW menerusi tunjuk ajar oleh jurulatih yang berpengalaman.

Sebanyak 11 buah kereta BMW membabitkan 20 peserta menyertai sesi pandu uji berkenaan, terdiri daripada model BMW X5 xDrive40e dan kenderaan sukan utiliti (SUV) terbaru, BMW X3.

Setiap pelanggan diberikan seunit BMW untuk dipandu sendiri. Ada yang datang sendirian, bersama rakan dan ada pula membawa ahli keluarga.

PANDU UJI KE SIC

Selepas mendaftarkan diri jam 2.30 petang, pelanggan dibawa melihat ruang pameran dan servis Ingress Auto Puchong oleh Mr Sim dari Bahagian Selepas Jualan.

Pelanggan kemudian berkumpul untuk mendengar taklimat tentang pemanduan selamat dan etika berkonvoi oleh Pelatih Pemanduan Bertauliah BMW, En Hamdan.

Hamdan turut memberikan beberapa tips mengenai pengendalian kereta BMW kepada peserta sebelum konvoi bergerak dari Ingress Auto Puchong sekitar jam 4 petang dalam keadaan trafik sederhana sesak.

Sesi pertama pandu uji adalah dalam bandar sebelum menuju ke lebuh raya Elite dan masing-masing berkesempatan menguji kuasa pecutan dan tahap kesenyapan dalam kabin ketika memecut dalam kelajuan tinggi.

RASAI PENGALAMAN SEBENAR

Kira-kira jam 4.30 petang, peserta konvoi tiba di trek 4×4, SIC yang sering digunakan oleh peminat motosikal lasak untuk menguji keupayaan jentera BMW X3 dan X5 melepasi laluan lasak serta berbukit.

Peserta menghabiskan masa selama sejam setengah untuk mencuba pelbagai jenis bentuk laluan mencabar seperti mendaki dan menuruni bukit curam, slop sisi bukit dan sebagainya menggunakan mod pemanduan disediakan.

Pengurus Pemasaran dan Korporat Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, sesi pandu uji di laluan lasak ini bertujuan untuk menguji keupayaan sebenar kenderaan SUV BMW yang bukan sahaja terbukti di jalan raya malah mampu melepasi rintangan di laluan lasak.

“Pelanggan kelihatan seronok mencuba pelbagai rintangan yang disediakan dan kami merancang mengadakan beberapa lagi sesi pemanduan sebegini pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata, selesai sesi pemanduan di SIC, peserta kemudian bergerak ke Avani Sepang Goldcoast Resort untuk makan malam.

Katanya, pada mulanya mereka bercadang mengadakan sesi barbeku di tepi pantai tetapi atas nasihat pihak resort disebabkan keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan makan malam diadakan didalam resort.

Konvoi kemudian bergerak pulang ke Ingress Auto Puchong sebaik selesai jamuan makan malam kira-kira jam 8 malam. Maklumat dan gambar sesi pemanduan anjuran Ingress Auto Puchong boleh dilihat dengan melayari laman web www.ingressauto.com.my dan laman sosial fb facebook.com/ingressauto.

Sementara itu, Ingress Auto Puchong sedang mengadakan kempen  menarik bagi bulan November. Pelanggan yang membeli model terpilih BMW layak mendapat telefon pintar terbaru iPhone Xs Max + Apple Watch Series 4 bernilai keseluruhan RM7,148.

*tertakluk kepada terma dan syarat

Hotlink Rewards Baharu Tawar Pelbagai Tawaran Menarik

Tawaran dan diskaun daripada jenama dan peruncit popular selain Hadiah Misteri setiap hari, termasuk penerbangan percuma dan hadiah istimewa lain

Bermula hari ini, pelanggan Hotlink boleh menikmati tawaran dan diskaun menarik dengan Hotlink Rewards baharu – hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED mereka untuk mendapatkan mata, yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran setiap hari.

Selain itu, pelanggan juga akan menerima Hadiah Misteri setiap hari, di mana mereka berpeluang untuk memenangi penerbangan percuma ke destinasi tempatan atau Asia Tenggara, atau mendapat lebih banyak mata ganjaran percuma untuk menebus tawaran pedagang atau pas Internet.

“Di Hotlink, kami sentiasa ingin berinteraksi dengan setiap pelanggan kami melalui cara-cara yang bermakna yang menawarkan nilai, setiap hari. Salah satu daripada ciri utama Hotlink Rewards baharu ini ialah kesenangan – semua yang perlu anda lakukan ialah hanya log masuk masuk ke aplikasi Hotlink RED untuk mendapatkan mata dan tawaran eksklusif – tanpa keperluan minimum atau tempoh pemegangan.

Di samping tawaran hebat ini, pelanggan boleh menikmati Internet amat pantas, bila-bila masa, di mana sahaja, dengan rangkaian 4G terpantas di negara,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Hotlink Rewards

Pelanggan boleh menikmati Hotlink Rewards dengan cara berikut:
1. Log masuk ke aplikasi Hotlink RED (untuk mendapatkan aplikasi ini, muat turun dari Google Play Store atau Apple Store).
2. Buka aplikasi ini setiap hari dan tebus mata ganjaran harian. Pada permulaan setiap bulan, pelanggan akan bermula pada tahap Silver, dan hanya dengan log masuk setiap hari, mereka boleh naik pangkat ke tahap Gold.
3. Apabila mereka mencapai tahap Gold, nilai mata harian mereka akan berganda – ini bermaksud lebih banyak mata untuk menebus lebih banyak tawaran, setiap hari. Di samping itu, mereka berhak untuk memenangi penerbangan percuma di bawah Hadiah Misteri.
4. Dengan mata yang dikumpul, mereka boleh menebus pelbagai hadiah seperti tawaran dan diskaun dari pelbagai jenama dan pedagang yang popular, pas Internet dan banyak lagi

Hotlink bekerjasama dengan pelbagai e-dagang dan jenama runcit yang mempunyai kedai di seluruh negara untuk membolehkan pelanggan menikmati pelbagai ganjaran.

Antara jenama-jenama yang bekerjasama dengan Hotlink untuk program ganjaran ini termasuk McDonald’s, Shopee, Tealive, Expedia, Domino, Watsons, myNEWS.com, Agoda, Marrybrown, Zalora, Traveloka, Kenny Rogers ROASTERS, Klook, Tudung Kini, Easybook, MPH, mySMINK dan Fave.

Post Menarik