Naza Kia Malaysia, the Official Distributor of Kia vehicles is Malaysia, is giving tennis fans an opportunity of a lifetime to catch the Australian Open Men’s Singles live from the stands of the Rod Laver Arena, Melbourne, Australia.
THROUGH the ‘Kia Lucky Drive to Australia’ campaign, those who test drive a Kia from now until 30th November 2018 will stand a chance to win a 3-days-2-nights trip to Melbourne, Australia for two, to watch the exciting semi-finals.
Win a trip to watch the Australian Open 2019
This is inclusive of accommodation, flight tickets, and exclusive passes to watch the Australian Open Men’s Singles Semi Finals live.
Kia demonstrates their commitment to sports by supporting international events and tournaments. Kia’s first sponsorship participation of the Australian Open was in 2002 and every year since then, over 100 new Kia vehicles have been supplied to Tennis Australia, organizers of the Australian Open 2019 to ensure an unforgettable and pleasant participation of the world’s top tennis players, VIPs, officials and media and journeying them in comfort and safety around The City of Melbourne.
Don’t miss out on the ‘Kia Lucky Drive to Australia’ campaign. Visit the nearest Kia showroom to test drive your dream car today!
About Naza Kia Malaysia
Naza Kia Malaysia is the official distributor of Kia vehicles in Malaysia. Among the accolades received by Kia globally are:
No 1 in J.D. Power US Initial Quality Study
No 1 in J.D. Power Europe Vehicle Dependability Study
No 1 in J.D. Power Vehicle Dependability Study for quality and reliability 2016 – Kia Sportage
Ranked 69th in the Interbrand’s exclusive list of the 100 “Best Global Brands”
No 4 in J.D. Power Malaysia Customer Service Index
Malaysian service centres achieved the rating of “Among the Best” by J.D. Power
Buat julung kalinya, trak pikap Mitsubishi Triton 2019 membuat kemunculan sulung peringkat globalnya di Bangkok, Thailand menerusi pameran gemilang Bangkok Motorshow 2018.
MODEL generasi kelima serba baharu ini tampil dengan rekaan hadapan yang lebih sporty dan moden berbanding model Pajero Sport.
Cukup ketara dapat dilihat pada garisan bonet depan yang kini lebih tinggi dari model terdahulu, manakala lampu hadapan bi-LED dengan lampu nyalaan siang LED bina dalam pada trak pikap ini direka nipis.
Lampu-lampu berkenaan dihubungkan antara kedua-duanya dengan gril dua bar baharu. Bagi menyerlahkan rupa Dynamic Shield berkenaan, perumah lampu kabus direka lebih menyerlah bersama kemasan krom yang tebal.
Skid plate dengan kemasan perak satin turut diberikan bagi melengkapkan muka trak pikap baharu ini. Tiada perubahan pada bahagian pintu, namun sisi Triton disegarkan dengan pemadanan set rim 16-inci baharu.
Pada bahagian belakang, model ini dipadankan dengan lampu belakang LED manakala ruang dalamannya tampil lebih segar.
Suis kawalan dan corong pendingin hawa turut direka semula dengan menggunakan plastik sentuhan lembut pada perehat tangan, konsol lantai dan juga tuil brek tangan bagi memberikan keselesaan yang lebih baik.
Mitsubishi Triton 2019 masih ditawarkan dengan dua enjin. Model varian rendah dijana enjin turbo diesel 2.5 liter empat-silinder yang ditala bagi menghasilkan dua versi kuasa iaitu 107 hp dan tork maksima 200 Nm, dan juga 134 hp tork maksima 324 Nm.
Model varian tinggi pula menerima enjin 4N15 MIVEC turbo diesel 2.4 liter yang mampu menjana 179 hp pada takat 3,500 rpm dan tork maksima 430 Nm bermula 2,500 rpm.
Bagi mereka yang gemarkan transmisi automatik, Triton 2019 kini ditawarkan dengan kotak gear enam-kelajuan auto bagi menggantikan kotak gear lima-kelajuan INVECS II sebelum ini.
Versi manual masih menerima enam-kelajuan, namun menurut Mitsubishi, kotak gear pada trak pikap baharu ini memberikan penukaran yang lebih lancar dan halus serta memberikan pecutan yang lebih berkuasa.
Model 4WD disertakan dengan sistem Super-Select 4WD dan Easy-Select 4WD. Mitsubishi menyatakan bahawa kedua-dua sistem tersebut menawarkan cengkaman optimum pada semua permukaan jalan raya termasuk ketika dipandu pada laluan off-road.
Model pacuan empat roda juga menerima sistem Kawalan Menurun Bukit secara eksklusif buat pertama kali pada Triton.
Bukan itu sahaja, kini sistem 4WD tersebut turut menawarkan mod pemanduan Gravel, Mud/Snow, Sand dan Rock pada gear 4L. Menerusi sistem ini, kuasa enjin, transmisi dan cengkaman tayar (dikawal menerusi brek oleh komputer) akan ditala semula mengikut mod yang dipilih pemandu bagi mendapatkan prestasi off-road yang optima.
Trak pikap ini juga dibekalkan dengan cakera brek berliang dan angkup yang lebih besar pada bahagian hadapan. Ia juga kini lebih selesa menerusi set penyerap hentak dengan diameter lebih besar, yang mampu menampung lebih banyak cecair penyerap.
Sistem keselamatan juga mendapat perhatian Mitsubishi di mana ia menerima pelbagai kelengkapan termasuk Pengelak Pelanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.
Sistem Pengelak Salah Pecut Ultrasonic turut diberikan di mana sistem ini membantu untuk mengelakkan kemalangan yang berlaku kerana pemandu yang menekan pedal secara tidak betul semasa mula bergerak atau mengundur pada ruang sempit.
Sistem bantuan Parkir hadapan juga dibekalkan bersama Monitor Pemantau Sekeliling yang memberikan paparan 360 darjah dari sudut mata burung kepada pemandu sekiranya diperlukan.
Trak pikap ini juga dibekalkan dengan cakera brek berliang dan angkup yang lebih besar pada bahagian hadapan. Ia juga kini lebih selesa menerusi set penyerap hentak dengan diameter lebih besar, yang mampu menampung lebih banyak cecair penyerap.
Sistem keselamatan juga mendapat perhatian Mitsubishi di mana ia menerima pelbagai kelengkapan termasuk Pengelak Pelanggaran Hadapan, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang. Sistem Pengelak Salah Pecut Ultrasonic turut diberikan di mana sistem ini membantu untuk mengelakkan kemalangan yang berlaku kerana pemandu yang menekan pedal secara tidak betul semasa mula bergerak atau mengundur pada ruang sempit.
Penderia Parkir hadapan juga dibekalkan bersama Monitor Pemantau Sekeliling yang memberikan paparan 360 darjah dari sudut mata burung kepada pemandu sekiranya diperlukan.
Trak pikap Mitsubishi Triton 2019 ini akan dilancarkan di Thailand 17 November ini, kemudian akan diedarkan ke 150 negara seluruh dunia. Malaysia dijangka menerima model ini sekitar suku pertama tahun hadapan.
Bagaimanapun, peminat pikap trak boleh menyaksikan dengan lebih dekat model Triton baharu ini yang akan dipamerkan di booth Mitsubishi pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018, di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 23 November hingga 2 Disember nanti.
Ia bukan sahaja akan diprebiu untuk pasaran Malaysia, malah mereka yang berminat turut boleh terus menempahnya pada acara berkenaan. Namun bagi mereka yang tidak berkesempatan ke KLIMS, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) turut akan membawa model ini ke lokasi sekitar Lembah Klang.
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, model Nissan kedua yang diperkenalkan dengan edisi Siri Hitam.
NISSAN Almera – Siri Hitam baharu ini dilengkapi dengan Gril Depan Hitam, Penutup Cermin Tepi Hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam dan Rim Aloi Hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, bersama dengan Aerokit serba baharu Titanum Gelap yang direka khas oleh TOMEI Powered Inc. Co., Ltd, satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan permotoran.
New Almera Black Series_Group Photo with ETCM Management and TOMEI Executives
Ruang dalaman dipertingkatkan lagi menerusi Tempat Duduk Kulit dengan kemasan Titanum Gelap rekaan terbaru, serta Paparan Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, memastikan sentiasa terhubung sepanjang jalan.
Nissan Almera – Siri Hitam juga dilengkapi dengan filem penghalangan haba Solar Gard dan Perakam Video Pemanduan (DVR) dengan sudut luas 150 darjah yang memberi ketenangan minda dan rasa selamat.
“Nissan Almera adalah salah satu model terlaris Nissan di Malaysia. Dengan memperkenalkan Nissan Almera – Siri Hitam baharu, ia menambah gaya, penampilan dan keperibadian yang tersendiri, menjadi lebih menyerlah dan mengancam.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu mengekalkan enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan Sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan pecutan serta penjimatan bahan api yang mengagumkan sebanyak 14.9km/L.
Almera juga dilengkapi dengan ciri Kekunci Pintar (i-Key) dengan Sistem Kemasukan Tanpa Kunci*, Butang Penghidup Enjin* dan Kawalan Suhu Automatik*.
Sementara ruang kaki seluas 25 inci dan kargo seluas 490 liter menawarkan pemanduan yang selesa tanpa berkompromi dari segi ruang. (*Untuk varian VL)
Selain itu, Nissan Almera – Siri Hitam hadir dalam lima warna iaitu hitam (Diamond Black), putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), emas (Bronze Gold) dan hijau (Titanium Olive) baru, yang eksklusif hanya untuk Almera – Siri Hitam.
Nissan Almera – Siri Hitam baharu dipasang di kilang serta boleh didapati dalam varian E dan VL. Kereta ini hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.
Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana
tiba dahulu).
* Harga termasuk pakej Siri Hitam bernilai RM8,500: Aerokit TOMEI serba baharu (Spoiler
Bampar Hadapan, Skirting Sisi dan Spoiler Bampar Belakang), Gril Depan Hitam, Penutup
Cermin Tepi hitam, Spoiler Trunk Lid Hitam, Rim Aloi hitam berjejari-Y bersaiz 15 inci, Paparan
Skrin Audio Clarion 6.75 inci dengan kamera pandangan belakang, sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™, Tempat Duduk Kulit rekaan terbaru, Perakam Video Pemanduan (DVR), filem penghalangan haba Solar Gard.
Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka
dengan Aerokit TOMEI serba baharu. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau hantar
emel ke [email protected].
Nissan Almera – Siri Hitam baharu akan membuat penampilan dalam acara Karnival
Pandu Uji Nissan Seluruh Negara di bilik-bilik pameran terpilih pada dua hujung
minggu iaitu 9 hingga 11 November dan 17 hingga 18 November 2018, bermula jam
10am hingga 8pm.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival ini dan menjadi yang terawal menguji Nissan Almera – Black Series baharu.
AirAsia kini menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam.
KETIBAAN penerbangan sulung Kuala Lumpur-Phu Quoc di sini terus mengukuhkan hubungan Asean syarikat penerbangan tersebut.
Penerbangan AirAsia AK545, yang dikendalikan dengan pesawat Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 12:50 tengah hari dengan faktor muatan penumpang sebanyak 90 peratus dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phu Quoc pada jam 1:35 petang.
Para tetamu yang menaiki penerbangan sulung tersebut disambut oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Phu Quoc Pham Van Nghiep dan pihak berkuasa tempatan setibanya di destinasi tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, “Kami berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama yang menghubungkan Malaysia dengan Phu Quoc, satu lagi laluan unik yang diterajui oleh AirAsia.
Destinasi ini mempunyai sambutan yang menggalakkan dan kami berharap perkhidmatan terus ini, seiring dengan dasar bebas visa Phu Quoc, akan meningkatkan ketibaan pelancong asing ke pulau itu dan menjana resit pelancongan.”
AirAsia terbang dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc sebanyak empat kali seminggu. Para tetamu yang terbang dari negara lain dalam rangkaian AirAsia seperti China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand dan Singapura juga boleh menghubungkan penerbangan mereka secara lancar ke Phu Quoc dengan perkhidmatan transit Fly-Thru melalui Kuala Lumpur.
Pelancong dari mana-mana negara boleh melawat Phu Quoc tanpa visa sehingga 30 hari.
Phu Quoc adalah laluan kelima AirAsia Malaysia ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam – Ho Chi Minh City, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang.
Realme2 Pro adalah produk paling laris dijual dalam kalangan semua produk pada ‘Shopee 11.11 Big Sale’
SUSULAN kejayaan pelancarannya pada 7 November, Realme, jenama telefon pintar baru yang berkualiti tinggi, telah mencatatkan jualan sebanyak 2,500 unit untuk Realme 2 Pro dalam hanya 3 jam dan merupakan produk terlajak laris pada Shopee 11.11 Big Sale!
Pencapaian mengagumkan ini mencipta satu rekod baru bagi jualan pertama di Shopee dalam kalangan semua jenama telefon pintar.
Selepas hanya empat hari dilancarkan, telefon pintar kelas flagship Realme terbukti menjadi pilihan baru dalam kalangan golongan muda di Malaysia yang menginginkan telefon pintar kelas pertengahan dengan paparan skrin penuh dewdrop, pemproses ultra-responsif, serta rekaan yang anggun – semua ini pada harga berpatutan.
“Kami amat teruja melihatkan Realme 2 Pro mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan di acara jualan dalam talian pertamanya di Malaysia, dengan sebanyak 2,500 unit dijual dalam masa 3 jam di Shopee 11.11 Big Sale! yang terlajak laris.
Permintaan yang begitu tinggi terhadap telefon pintar yang pantas, bergaya dan mampu dimiliki menunjukkan Realme sedang menuju ke arah yang betul. Ia turut merupakan satu pencapaian besar buat kami dalam kerjasama kali pertama ini dengan Shopee. Kami tidak sabar-sabar untuk meneruskan kejayaan ini di Shopee sekali lagi tidak lama kemudian,” kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Realme kerana berjaya melancarkan Realme 2 Pro di Shopee di Malaysia. Penciptaan rekod baru jualan telefon pintar di platform kami, terutamanya bagi jualan Realme secara dalam talian buat kali pertama, merupakan satu prestasi cukup menakjubkan.
Dalam 4 hari selepas pelancarannya di Malaysia, jelasnya terdapat permintaan terhadap jenama ini serta peranti Realme 2 Pro. Sebagai antara platform e-dagang terkemuka di Malaysia, kami sangat teruja untuk berganding tangan dengan jenama muda ini, dan terus berusaha sama untuk membawa produk, inovasi dan jenama baru untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.
Kami tidak sabar menyaksikan Realme 2 Pro menggapai lebih banyak kejayaan bersama Shopee,” kata Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia.
Sehari selepas kejayaan jualan Realme di ‘Shopee’s 11.11 Big Sale’ KC Har, Pengurus Produk, Realme Malaysia dan Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia telah turun padang sendiri untuk menghantar Realme 2 Pro kepada Cik Qi yang tinggal di Kuala Lumpur.
Ia merupakan satu kejutan manis buat pelanggan bertuah ini, kerana beliau tidak menyangka akan menerima unitnya begitu cepat setelah membuat pembelian di Shopee.
“Susah nak percaya! Saya amat gembira dapat menerima Realme 2 Pro dalam masa yang begitu singkat, dan tidak sabar-sabar untuk mencuba semua cirinya yang menarik! Terima kasih Realme Malaysia dan Shopee Malaysia kerana menjadikan permulaan minggu saya begitu mengujakan!” ujar Cik Qi.
Realme 2 Pro mempunyai kapasiti RAM sehingga 8GB dan 128GB memori simpanan dalaman (ROM), dan mampu menerima kad mikroSD sehingga 256GB. Selain itu, pilihan 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 64GB ROM juga boleh didapati pada harga yang lebih mampu dimiliki.
Realme 2 Pro dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 660AIE yang memberikan ciri prestasi yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, serta Adreno 512 GPU yang dilengkapi enjin AI untuk pengalaman AI yang sebenar dan lancar.
Realme 2 Pro menggunakan sistem AI Android 8.1 dengan pelancar Color OS 5.2 yang hadir dengan lebih banyak ciri asas bagi mengoptimumkan keberkesannya untuk penggunaan harian.
Dengan paparan skrin penuh dewdrop seluas 6.3 inci, Realme 2 Pro mempunyai nisbah skrin kepada badan sehingga 90.8%. Badan belakang Realme 2 Pro dilapisi laminasi terdiri daripada 15 lapisan atom, dengan rekaan halus yang memberikan kesan lut cahaya bak titisan embun.
Tawaran Khas di Shopee semasa ‘Shopee 11.11 Big Sale’:
4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga runcit biasa ialah RM 849)
6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga runcit biasa ialah RM 949)
8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga runcit biasa ialah RM 1,099)
Realme juga akan menganjurkan satu lagi acara jualan untuk Realme 2 Pro di Shopee Malaysia pada 15 November, pukul 9 pagi. Maklumat lanjut mengenai pelbagai tawaran tersebut boleh didapati tidak lama lagi. Jangan ke mana-mana.
Untuk maklumat lanjut mengenai Realme 2 Pro di Shopee, sila layari laman sesawang berikut:https://shopee.com.my/realme.
Perodua telah mencapai kejayaan besar dengan lebih setengah juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dihasilkan dan dijual di Malaysia, mengukuhkan statusnya sebagai syarikat EEV No 1 negara.
PERJALANAN EEV Perodua bermula pada 2014 dengan Axia, EEV pertama negara dan juga model Transformasi pertama. Ia diikuti dengan Bezza, sedan EEV pertama dua tahun kemudian, dan seterusnya Myvi baharu pada 2017.
Perodua Axia Advance
“Saya dengan rendah diri ingin mengumumkan bahawa sejak pelancarannya masing-masing, sebanyak 342,600 unit Axia, 130,000 unit Bezza dan lebih 75,000 unit Myvi baharu telah menemui pemiliknya di Malaysia setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.
Sejak kerajaan memperkenalkan klasifikasi EEV dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014), lebih daripada 344,000 unit Axia, 130,800 unit Bezza dan 75,800 unit Myvi baharu telah dikeluarkan oleh Perodua di Sungai Choh.
Untuk diiktiraf sebagai EEV, sesuatu kenderaan harus mencapai atau menjangkaui kecekapan bahan api (diuji mengikut piawaian UNECE R101) yang tertentu berdasarkan beratnya tanpa muatan. Axia, Bezza dan Myvi baharu kesemuanya mampu mencapai kecekapan bahan api melebihi 20 kilometer seliter.
Tidak terhad kepada produk – kilang Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd, yang mengeluarkan Axia dan Bezza, juga merupakan kilang bertaraf EEV pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi cekap tenaga dalam mengurangkan kadar pelepasan pengeluaran serta menetapkan piawaian baru dari segi kualiti, pengurusan kos dan penghantaran.
Perodua Myvi 1.5 AV Grey
“Kecekapan bahan api kenderaan kami menyumbang kepada kos operasi yang sangat rendah, dan juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia lebih bersih dan hijau serta trend global ke arah kenderaan yang lebih cekap bahan api.
“Lebih-lebih lagi, kenderaan kami mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia,” kata Datuk (Dr) Aminar.
“Ini digabungkan dengan ciri-ciri Perodua iaitu berkualiti tinggi, kebolehpercayaan, praktikaliti, kemudahan memandu dan rangkaian perkhidmatan terbesar di negara ini dalam usaha kami untuk menyediakan pakej mobiliti bernilai untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
“Kepada semua rakyat Malaysia, terima kasih kerana menjadikan Perodua jenama pilihan anda. Sokongan padu anda sepanjang 25 tahun ini menggalakkan kami untuk terus berusaha, kerana anda keutamaan kami,” katanya.
From left (centre) Director General Department of Environment, Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Deputy Minister of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change, Isnaraissah Munirah and Senior General Manager, Regulatory & Planning Department , Strategic and Regulatory Divison of TNB, Ismail Abd Rahman
Tenaga Nasional Berhad’s (TNB) commitment in environmental preservation and conservation
as a responsible corporate citizen was recently recognised by the Department of Environment (DOE).
THE company was presented with an appreciation certificate for its contribution towards
environmental sustainability at an event in Putrajaya last week, held in conjunction with the
National Environment Day (Hari Alam Sekitar Kebangsaan) 2018.
From left (centre) Director General Department of Environment, Dato’ Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim, Deputy Minister of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change, Isnaraissah Munirah and Senior General Manager, Regulatory & Planning Department , Strategic and Regulatory Divison of TNB, Ismail Abd Rahman
The certificate was presented by the Deputy Minister of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change, Isnaraissah Munirah to Senior General Manager, Regulatory
& Planning Department, Strategic and Regulatory Division of TNB, Ismail Abd Rahman.
As part of continuous measures to minimise environmental impact and protect the well-being of the community and biodiversity where TNB operates, the national electricity utility has put in place Environmental Policy and Green Policy as a guide to be adhered to by its workforce.
It has also incorporated good environmental management principles by adopting sustainable
practices, efficient operations and adoption of green technologies.
Among TNB’s environment management efforts
Decommissioned inefficient and ageing plants and replaced them with more efficient and
economical plants.
Utilise ultra-super critical (USC) technology (a gold standard in the industry) in its new coal-fired power plants. USC power plants have 40% efficiency compared with 36% efficiency of conventional pulvarised coal firing system.
As a strategic partner of DOE in Guided Self-Regulation for environmental management, TNB proactively ensures compliance to environmental regulations before DOE regulators conduct compliance inspection.
AirAsia mengumumkan kerjasama dengan (RED) dalam usaha menyokong Dana Global membanteras AIDS di rantau Asean.
HASIL yang dijana daripada kerjasama (AirAsia) RED akan disalurkan terus ke Dana Global bagi membantu program HIV/AIDS di rantau Asean, di mana lebih daripada 1.8 juta pesakit yang menghidap HIV, menurut data pada tahun 2017 UNAIDS.
AirAsia akan menyalurkan kutipan daripada jualan promosi Tempat Duduk Percuma yang sedang berlangsung dan pelbagai aktiviti lain yang dirancang bagi tahun 2019.
Bagi setiap tempat duduk yang dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 24-jam bermula dari tengah hari esok hingga waktu tengah hari pada hari Rabu (GMT +8), AirAsia akan menderma sebanyak USD 20 sen yang cukup untuk menangung keperluan rawatan antiretroviral harian yang boleh menyelamatkan nyawa bagi pesakit HIV.
Selain itu, AirAsia dan (RED) akan bekerjasama dengan syarikat label muzik terkemuka Asia di peringkat global 88rising bagi melancarkan sebuah festival muzik dan seni Asean baharu pada tahun 2019 bagi meningkatkan sikap positif dan kesedaran terhadap HIV/AIDS di rantau ini. Tarikh, tempat dan barisan persembahan akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.
Kerjasama ini diumumkan pada majlis pelancaran rekaan pesawat khas (WEAREALLCHAMPIONS)REDdi hangar Sepang Aircraft Engineering (SAE) semalam.
Para tetamu turut dihiburkan secara langsung oleh penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles, Dumbfoundead, yang turut berkolaborasi bersama 88rising di festival Head in the Clouds di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Abdul Rahman, Pengurus Konsortium Bisnes Malaysia untuk HIV/AIDS Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Dr Rethish Raghu, Pengurus Advokasi MAF Dayana Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 88rising Sean Miyashiro, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw, dan lain-lain.
Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan berkata, “Kami sangat teruja dapat kerjasama dengan sebuah jenama yang kreatif dan inovatif seperti AirAsia yang merupakan jenama pilihan ramai dan komited untuk membawa perubahan ketara di Asia Tenggara. Justeru, kami percaya kerjasama (AirAsia)RED ini dapat membawa kesedaran terhadap AIDS ke tahap yang baharu.”
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 88rising Sean Miyashiro berkata, “88rising berbesar hati untuk melancarkan festival muzik dan seni Asean yang dapat mendorong para hadirin untuk turut menyelamatkan nyawa. Kami akan bersama-sama menjana idea yang kreatif untuk menghasilkan pengalaman unik sambil mewujudkan kesedaran dan penglibatan besar-besaran buat penonton para penonton di peringkat global. ”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “AirAsia sentiasa membuat sesuatu yang mustahil menjadi nyata. Kerjasama global pada hari ini adalah untuk meneraju peluang baharu, bagi pesakit HIV/AIDS dan dari segi membawa mesej positif serta membawa arus perubahan di Asean.
“Ini hanya titik permulaan, dan kami mempunyai lebih banyak rancangan bersama (RED) dengan sokongan daripada 88rising, untuk meluaskan rangkaian di rantau ini.”
Pemberian naskah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja adalah sebahagian daripada program yang telah dijalankan oleh NGO Antarabangsa dengan bantuan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.
PENGERUSI dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pihaknya mengembara banyak tempat untuk melihat sendiri pengajian yang diajar di Maahad Tahfiz yang beroperasi di merata tempat di Kemboja.
Mustapha (kiri) menyerahkan al-Quran untuk kegunaan sekolah tahfiz di Kemboja kepada Ketua NGO Muslim Kemboja, Hj Ali Said
Beliau berkata, antara barangan keperluan yang tidak mencukupi ialah buku-buku agama dan al-Quran yang masih diperlukan kerana ramai ustaz yang baru balik dari Malaysia, Thailand dan Timur Tengah mahu menyumbang tenaga sebagai pengajar.
“Rata-rata ustaz ini mengambil pendekatan ingin menyumbang kepada kampung halaman mereka walaupun pendapatan tidak seberapa. Ini satu sikap yang terpuji tetapi dalam masa yang sama kita perlu mereka berhijrah untuk menyumbang bakti di tempat yang memerlukan mereka.
“Antara sumbangan ini khususnya kepada kampung-kampung yang baru dibuka dan di kawasan yang ramai penduduk Islam terutamanya golongan mualaf,” katanya ketika menyampaikan sumbangan al- Quran kepada Maahad Tahfiz Saad Mohd Al Kalfi di Kg Sempadan, Kemboja baru-baru ini.
Naskah al-Quran hasil sumbangan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk edaran masyarakat Islam Kemboja
Turut hadir Ustaz Ramli Yusof dan Ketua NGO Muslim Ali Said serta 110 pelajar lelaki dan perempuan.
Mustapha berharap maahad tahfiz yang ada di Kemboja dapat melahirkan ustaz yang berjaya dan dapat penyambung pengajian di luar negara.
“Saya juga berharap ustaz ini kelak boleh menyumbang bakti kepada agama, masyarakat dan negara,” katanya sambil menambah sumbangan al-Quran ini adalah mengikut jumlah pelajar maahad tahfiz berkenaan yang berusia dari 7 tahun hingga 15 tahun.
Mustapha ketika menerima Al Quran dari Sheikh Abd Rahman M Al-Herfi, Penasihat Islam di Kedutaan Arab Saudi di Malaysia untuk diagihkan ke sekolah tahfiz di Kemboja
Mustapha berkata, al-Quran ini diterima daripada Sheikh Abd Rahman M Al-Herfi, Penasihat Islam di Kedutaan Arab Saudi untuk diagihkan kepada sekolah tahfiz di Kemboja.
Untuk rekod, ketika ini tidak ada Kedutaan Arab Saudi di Kemboja dan kesemua al-Quran itu dihantar kepada sekolah tahfiz Kemboja dengan kerjasama NGO tempatan. Dalam pada itu terdapat juga al-Quran mengikut bahasa Kemboja.
Sempena kunjungan beliau ke Kemboja, Dr Mustapha turut singgah melawat Masjid Al- MANSORIAH di Kampung Kabai, yang siap dibina dan diserahkan kepada penduduk kampung berkenaan.
Mustapha meneliti al-Quran dalam bahasa Kemboja untuk dihantar ke masjid-masjid di Kemboja
We are pleased to report that all 11 units of the Special Edition Polo Black & White in conjunction with Lazada’s 11.11 Shopping Festival was booked within one minute after it was launched.
ALL 11 cars were booked by 12:01am on the 11th of November and all purchase transactions were completed 1 hour after. The response for the Polo Black & White exceeded expectations and was sold in an unbelievable record-breaking time.
Polo Black & White
The special edition Polo Black & White is limited to only 11 units and was sold exclusively on Lazada.
Customers only needed to pay a booking fee of RM799 on Lazada to enjoy the retail price of RM68,488* for the Polo Black & White and receive added accessories worth RM7,500.
Only available in Candy White, each unit is fitted with a black rear spoiler, black body side moldings, leather seats, 15” black alloy wheels, black side mirror and authorised VW Tint.