Utama Blog Halaman 928

Datuk Dr Mustapha Curah Bakti Kepada Masyarakat Islam Di Luar Negara

Kesungguhan kesabaran dan daya tahan yang tinggi membuatkan seorang Bekas Komander Tentera Laut sanggup menghadapi cabaran menjalankan kerja-kerja kebajikan selama 20 tahun.

MEMILIKI pengalaman luas sebagai bekas Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri luar dan Menteri Dalam Negeri KDN pada waktu itu yang sememangnya sibuk dengan tugas harian tidak langsung mengganggu niatnya untuk berusaha membantu golongan umat Islam yang dilanda konflik Antarabangsa.

Datuk Dr Mustapha ketika perasmian Sekolah Agama Darul Iman di Kg Jamuan Sempadan Kemboja, Vietnam baru-baru ini

Kedudukan beliau di Wisma Putra telah banyak membawa beliau mengembara di negara-negara yang di landa konflik seperti Bosnia, Kosovo, Somalia, Afghanistan, Palestin, Iraq, Iran, Libya, Timur Laste, Korea Utara dan pelbagai negara lagi sama ada sebagai Pegawai Wisma Putra dan NGO diterajuinya.

Pengerusi dan Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengakui pengalaman bertugas di Wisma Putra itu banyak membantu beliau untuk mengerakkan NGO Antarabangsa untuk kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan untuk masyarakat Islam Kemboja.

Beliau berkata, kerja-kerja kebajikan itu membabitkan pembinaan masjid, surau, sekolah Tahfiz dan perigi bagi mendapatkan air bersih.

Penyerahan Masjid Al Mansoriah iaitu masjid ke 5 di Kemboja oleh Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican

Sehingga kini beliau telah berjaya membina 5 buah Masjid, 3 sekolah tahfiz, berpuluh surau dan 3,500 buah perigi di kawasan pedalaman Kemboja.

Datuk Dr Mustapha yang juga lepasan Master MA dari UKM dalam bidang undang-undang perniagaan seterusnya PHD dalam undang-undang Antarabangsa

Mustapha berasal dari Kuala Terengganu dan pernah menjadi Penasihat Ekonomi dan ketua Eksekutif GLC Negeri Terengganu telah banyak membuat perubahan besar kepada GLC Negeri Terengganu dengan lebih terbuka serta fokus kepada pelancongan dan membuka ruang untuk pelabur asing melabur di Terengganu.

Mustapha meraikan pelajar miskin, anak-anak yatim dan anak mualaf di Kg Sempadan, Kemboja baru-baru ini

Fokus kepada membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan berjaya menaikkan jumlah pelabur datang ke Terengganu dan begitu juga dengan sektor pelancongan.

Beliau seterusnya dilantik sebagai pegawai Tugas-Tugas Khas di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan seterusnya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar sehingga September lalu.

Kini beliau berkhidmat sepenuh masa sebagai Pengerusi/Ketua NGO Antarabangsa, Dr Mustapha telah menerima beberapa anugerah dari Kerajaan Kemboja atas jasa dan pengorbanannya.

Mustapha menerima Anugerah Tertinggi Kerajaan Kemboja dari Perdana Menteri Hun Sen baru-baru ini

Kerajaan Kemboja telah memberi Anugerah tertinggi baru-baru ini dari Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Ini merupakan pengiktirafan dan mengharumkan nama Malaysia di persada Antarabangsa.

Mustapha juga terlibat membantu anak-anak yatim Takbai di Thailand dan sekolah tahfiz serta pada masa depan beliau berharap dapat memperluaskan usahanya ke Filipina, Laos,  Burma dan Vietnam.

UMNO Tidak Berkubur, Semangat Perjuangan UMNO Tidak Boleh Dipenjarakan – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan penuh yakin dan percaya kehadiran yang membanggakan ahli dan pimpinan UMNO pelbagai peringkat pada sesi perjumpaan pimpinan parti peringkat pusat dengan UMNO Selangor menunjukkan parti berkenaan tidak akan menuju kehancuran.

MALAH tegasnya tidak nampak gambaran dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO ini akan berkubur dan kehadiran yang melimpah ruah membuktikan semangat yang ada pada ahli parti masih tinggi.

“Macam mana nak katakan berkubur kalau inilah yang datang sampai melimpah ruah saya tidak nampak semangat yang ada ini. Kita bangun dan bangkit kembali.

“Walaupun boleh dipenjarakan UMNO tetapi semangat perjuangan parti tidak boleh dipenjarakan.

“Kami di atas akan mempertahankan UMNO…itu azam dan tekad kita. Jangan risau.Traffic light kita ada…ada merah..ada kuning..ada hijau. Jadi tidak semudah itu untuk menguburkan wadah perjuangan orang Melayu bermula daripada menuntut kemerdekaan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Presiden Bersama UMNO Selangor di sini, baru-baru ini.

Mohamad seterusnya menegaskan UMNO bukan parti sebaliknya sebuah perjuangan orang Melayu.

“Saya selalu cakap UMNO bukannya parti. Ianya adalah pertubuhan kebangsaan perjuangan orang Melayu yang mana bermula daripada banyak persatuan-persatuan orang Melayu yang berpecah belah pada ketika itu.

“Negara ini tidak ada satu negara, negeri- negeri dan disebabkan gagasan Malayan Union telah membuka mata orang Melayu. Itu sebabnya digabungkan maka bersatulah banyak gabungan dan pertubuhan Melayu yang banyak pada ketika itu,” katanya.

Mohamad berkata, dalam pilihan raya umum lalu badai telah memukul kapal parti hingga tersadai.

“Tak apalah tiang layar kita patah..perahu pendayung kita patah…kita punya lantai pun bocor tidak mengapakah…kita berlabuh dahulu kat pengkalan kita.

“Kita baiki tiang kita..kita cari pengayuh baharu…bila dah tenang balik kita belayar untuk menuju kepada matlamat kita, insya Allah. Tetapi jangan ada pula yang tebuk perut kapal kerana kalau tenggelam semua akan tenggelam. Ini perjuangan bersama kita untuk memegang amanah,” katanya.-Media Umno

RHB Partners AirAsia To Offer BIG Loyalty Points

RHB Banking Group (RHB) and AirAsia BIG Loyalty (BIG Loyalty) entered into a strategic partnership to introduce an attractive, value-added proposition offering a comprehensive loyalty programme that enables RHB customers to accumulate AirAsia BIG Points across selected retail banking products.

THE partnership between RHB and AirAsia BIG Loyalty aims to reward Malaysians by making travel and lifestyle aspirations attainable through the loyalty programme, which will enable RHB customers to tap into the BIG Loyalty ecosystem to enjoy BIG Points as the currency for everyday travel and lifestyle products, from flights, hotel, shopping, dining and many other services. The programme is targeted for launch in the first quarter of 2019.

Directors of BIG Loyalty Sdn Bhd Tan Sri Tony Fernandes (Second from left) and Datuk Kamarudin Meranun (centre) sealing the partnership with Group Managing Director of RHB Banking Group Dato’ Khairussaleh Ramli (second from right)

“This partnership introduces an attractive value-added proposition offering a comprehensive loyalty programme that enables RHB customers to accumulate AirAsia BIG Points. It is an opportunity for us to reward our 4 million customers for their loyal support of RHB Banking Group by delivering greater value in their customer journey with RHB offering them greater lifestyle benefit.

At the same time, for every Ringgit spent and for selected banking transactions, our customers will be able to stretch the value with reward points which will further provide them with access to exciting travel opportunities under the AirAsia BIG Loyalty Programme,” said Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director, RHB Banking Group.

“For now, this programme would be applicable to selected transactions done locally but over time, we will extend these to regional and international transactions as well,” he added.

“This partnership with RHB strengthens our lifestyle and financial pillars while fortifying our BIG Points ecosystem.

By transforming daily banking processes into a way to earn BIG Points, we are bringing even more value to our BIG Members as we help make their travel and lifestyle dreams come true, and we also look forward to expanding our Malaysian membership base with this strategic alliance,” said Tan Sri Tony Fernandes, Director, BIG Loyalty Sdn Bhd.

In conjunction with this partnership, RHB credit and debit card customers will be given a 1-week priority access to redeem flights at up to 90% off using BIG Points from as low as 500, before it is opened to the public, by contacting RHB Phone Banking at 03-9206 8118, or by downloading the redemption form at www.rhbgroup.com.

Alternatively, customers can also logon to https://logon.rhb.com.my to redeem BIG Points.  The priority redemption period begins on Monday, 26 November until Sunday, 2 December 2018 on airasiabig.com and AirAsia BIG Loyalty app.

RHB customers can enjoy 500 BIG Points for every 3,000 reward points accumulated through RHB Rewards Points Credit Card. This is subject to the type of cards customers are holding, some of which have multiplier benefits on selected spend categories such overseas spending and insurance, among others.

In addition, customers with RHB rewards points can enjoy a bonus of 50 percent more BIG Points when they make the conversion now until 31 December 2018.

Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten Bandar Mahkota Cheras, Taman Mesra Meriah

Little Caliphs Kindergarten Bandar Mahkota Cheras dan Taman Mesra Kajang, Sabtu lalu mengadakan majlis Grand Ihtifal di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

GRAND Ihtifal adalah majlis graduasi dan acara tahunan meraikan pelajar-pelajar cilik Tadika Little Caliphs khususnya pelajar berusia enam tahun yang bakal melangkah ke Tahun Satu tahun hadapan.

Acara yang diadakan dari jam 8 pagi hingga 5 petang itu terbahagi kepada dua peringkat iaitu kanak-kanak berusia enam tahun pada sesi pagi manakala berusia lima dan empat tahun pada sesi petang bermula jam 2 petang.

Kehadiran ibu bapa bersama keluarga memeriahkan lagi acara pada sesi pagi yang turut menyaksikan persembahan dilakukan kanak-kanak enam tahun dari Little Caliphs Bandar Mahkota Cheras dan Taman Mesra Kajang.

Antara persembahan yang diadakan ialah bacaan surah pendek al-Quran, Coral Speaking, persembahan nyanyian, pemberian bunga ros kepada ibu oleh kanak-kanak dan majlis penyampaian sijil tadika serta sesi bergambar beramai-ramai di atas pentas.

Tidak dilupakan majlis itu turut menghargai guru-guru tadika yang berkhidmat dengan cemerlang dan pelajar terbaik untuk sesi tahun ini daripada dua tadika terbabit.

Pada sesi akhir, pelajar enam tahun dipakaikan dengan jubah dan topi sebagai tanda tamat pembelajaran tadika sebelum melangkah ke alam persekolahan tahun hadapan.

Pelajar-pelajar terbabit turut tidak ketinggalan bergambar kenangan bersama guru-guru tadika masing-masing.

Jom kita lihat gambar-gambar menarik sekitar majlis Grand Ihtifal Little Caliphs Kindergarten Bandar Mahkota Cheras dan Taman Mesra Kajang di bawah ini.

Castrol Lancar Minyak Pelincir Baharu Castrol POWER1

Castrol POWER1 Scooter 4-AT 10W-40 1L

Empat pilihan minyak pelincir terkini daripada Castrol POWER1 dirumus untuk memenuhi keperluan prestasi motosikal dan skuter anda

CASTROL Malaysia melancarkan Castrol POWER1 yang serba baru dengan empat pilihan terkini, kesemuanya diciptakan untuk menepati keperluan khusus motosikal.

Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L

Hasil paduan teknologi yang telah diperbaharui dan spesifikasi produk yang telah dipertingkatkan, formulasi baru ini memperhebatkan lagi prestasi kenderaan.

Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1 Racing 4T 10W-40 1L, Castrol POWER1 Scooter 4-AT 5W-40 1L dan 10W-40 1L.

Selain itu, dua pilihan sedia ada iaitu Castrol POWER1 4T 10W-40 1L dan Castrol POWER1 Racing 4T 10W-50 1L turut diperkenalkan semula dengan formulasi yang dipertingkatkan.

Berbanding dengan produk-produk pesaing, Castrol POWER1 dengan Power Release TechnologyTM mengoptimumkan geseran untuk memberikan peminat motorsikal pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit.

Dalam ujian pecutan 5.2km 3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol POWER 10W-40 baru adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat lebih pantas berbanding formulasi terdahulu.

Castrol POWER1 4T 10W-40 1L

Berucap di majlis pelancaran, Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia berkata, “Kami sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna. Castrol POWER1 baru merupakan hasil daripada inisiatif ini.

“Yang paling utama adalah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik – sama ada rangkaian serba baru atau penambahbaikan formula, ia dijana menerusi bertahun-tahun pengalaman serta penyelidikan yang menyeluruh.”

Jika Castrol POWER1 menawarkan pecutan hebat dalam setiap pulasan pendikit, Castrol POWER1 SCOOTER baru dengan Scootek TechnologyTM pula menawarkan pecutan hebat dengan setiap sentuhan pada pendikit.

Selain itu, Castrol POWER1 CRUISE dengan Power Sustain TechnologyTM berupaya mengendalikan haba dan geseren dalam motorsikal berkuasa tinggi, memberikan tenaga berterusan ketika penunggangan jarak jauh.

Sebagai penaja pasukan Castrol LCR Honda dan bersempena dengan MotoGP, Castrol turut mengumumkan Castrol POWER1 RACING dengan Race Derived TechnologyTM baru yang terbukti mampu mengekalkan kekuatan dan memberikan pecutan dalam keadaan trek perlumbaan.

Dikuasakan oleh Castrol POWER1, Stefan Bradl yang telah menggantikan Cal Crutchlow yang tercedera, berjaya menghangatkan Sepang dalam perlumbaan 20 pusingan yang sangat mendebarkan.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan Berjalan Lancar

Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan, Bandar Mahkota Cheras, Selangor pada Ahad lalu, mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Kali Ke-3 dan Pemilihan AJK Baru Sesi 2019/2020..

MAJLIS yang bermula dengan acara pendaftaran dari jam 9.30 pagi dan berakhir dengan jamuan makan tengahari jam 2 petang itu dihadiri lebih 70 penduduk Jalan Pahlawan 22/3 hingga 46/3, diadakan di hadapan pondok pengawal taman berkenaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan, Bandar Mahkota Cheras, Nik Mohd Shukri Nik Ahmad berkata, tujuan persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan perpaduan diantara penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Beliau berkata, tujuan iain untuk meningkatkan kawalan keselamatan dan mewujudkan satu suara komuniti yang kuat serta sepakat dalam menangani apa jua masalah yang bakal dihadapi.

“Saya mengalu-alukan kehadiran penduduk Jalan Pahlawan ke Mesyuarat Agung Persatuan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir.

“Isu besar yang perlu ditangani segera adalah isu kawalan keselamatan dan kutipan yuran bayaran keselamatan yang perlu disumbangkan oleh semua penduduk dalam usaha kita untuk meningkatkan mutu kawalan keselamatan dalam kawasan perumahan kita.

“Saya memohon kerjasama semua penduduk untuk menjelaskan yuran tersebut yang berjumlah RM50 sebulan,” katanya dalam ucapan aluan sempena mesyuarat agung Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan Bandar Mahkota Cheras, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang telah memberikan kerjasama kepada persatuan dalam usaha untuk memastikan kawasan perumahan berada dalam keadaan selamat tanpa bimbang berlakunya kes jenayah seperti pecah rumah dan kecurian.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan minit mesyuarat agung oleh Setiausaha persatuan, Zakaria Idris dan disusuli dengan pembentangan laporan penyata kewangan berakhir 16 Disember 2017 oleh Bendahari, Azizuddin Abdullah.

Dalam mesyuarat itu juga, pelbagai isu dibincangkan antara penduduk dan pihak persatuan antaranya isu anjing liar yang banyak, kerosakan pagar akibat binatang liar seperti babi hutan dan masalah palang automatik untuk laluan pelawat.

Selain itu, penduduk turut meminta laluan motosikal berhampiran Sungai Langat itu ditutup sepenuhnya bagi tujuan keselamatan penduduk kerana laluan itu sering digunakan oleh pekerja asing.

Dr Mohd Khairuddin Kandar bertindak sebagai Pengerusi Majlis (tengah) sambil ditemani Pengerusi, Nik Mohd Shukri Nik Ahmad (kanan) dan Setiausaha, Zakaria Idris (kiri)

Nik Mohd Shukri berkata, dengan mandat yang diberikan oleh pihak MPKJ, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak MPKJ bagi memohon kelulusan untuk menutup lorong motosikal berkenaan selepas mendapat sokongan penduduk hasil mesyuarat agung yang diadakan ini.

Sementara itu, dalam mesyuarat berkenaan, penduduk sebulat suara mencadangkan perlantikan semula Pengerusi Persatuan, Nik Mohd Shukri Nik Ahmad sebagai Pengerusi bagi sesi 2019/2020 dan Dr Mohd Khairuddin Kandar sebagai Timbalan Pengerusi.

“Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kawasan kejiranan kita dilengkapi kemudahan berpagar dan pondok pengawal yang lengkap dengan sistem kemasukan menggunakan kad akses.

“Justeru saya menyeru semua penduduk agar dapat memberi komitmen kepada tanggungjawab membayar yuran penyelenggaraan setiap bulan,” katanya.

Barisan ahli Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan Bandar Mahkota Cheras Sesi 2019/2020 yang dilantik oleh penduduk

Katanya, tanpa sokongan semua penduduk, usaha untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kejadian pecah rumah tidak dapat dilakukan dengan sempurna sekiranya tiada kawalan oleh pengawal keselamatan dilakukan.

“Akhir sekali, kami berharap penduduk sekitar taman ini dapat bekerjasama dalam menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan persekitaran rumah serta tinggal dalam suasana yang harmoni, aman dan damai,” katanya.

Pada majlis itu, selain tetamu dihidangkan dengan menu utama Nasi Kukus Ayam Dara, tetamu yang hadir juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak persatuan dan hasil sumbangan penduduk.

Penduduk menjamu selera selepas selesai mesyuarat agung diadakan, Ahad lalu

Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan yang ditubuhkan secara rasmi pada 2016, sebelum ini sudah mengadakan pelbagai aktiviti membabitkan penduduk setempat. Ketika ini, Jalan Pahlawan mempunyai 295 unit rumah dengan jumlah peratusan penduduk yang membayar yuran keselamatan ialah kira-kira 80 peratus.

Jom kita lihat gambar-gambar menarik sekitar Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan, Bandar Mahkota Cheras, Seksyen 3, Cheras Selangor dibawah ini.

Haval Malaysia 2018 Year End Sale Promotion!

HAVAL YES PROMO 2018

Rebate worth up to RM6,300 for Haval H2 and worth up to RM4,100 for Haval H1.

GO Auto Sales Sdn Bhd, (Haval Malaysia), exclusive distributor for Haval SUV in Malaysia, is running the HAVAL 2018 Year End Sale Promotion on all Haval models.

The promotion is effective from 15 November until 31 December 2018 offers new and existing HAVAL customers with savings worth up to RM6,300 with additional of HAVAL merchandises giveaways; exclusive for the Haval H2 model.

HAVAL YES PROMO 2018

Aside from the current promotion, the Company will be organising another HAVAL mall roadshow at IOI Citymall, Putrajaya from 29 November – 2 December as part of the ongoing Reimagine Campaign which began earlier this year.

In addition, exclusive for Haval H2 customers who books the model during the roadshow would be entitled to 3 free services (which includes parts and labour) worth RM900.

“With our Year End Sale Promotion, we hope that Malaysians are definitely given the opportunity to be able to own SUVs at competitive prices – HAVAL ensures those demands and opportunities are met,” said Executive Director of Go Auto Group, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal.

“In addition, our final HAVAL mall roadshow this year will be taking place at IOI Citymall end of November and I strongly encourage and invite everyone to see our SUVs and enjoy our current offerings in addition to the fun-filled activities we have prepared.

In addition, we shall be launching our commercial Van – GO AUTO Higer Ace, our very first go auto brand for commercial vehicle on 28 November at the mall, a day before our roadshow begins.

For more information on reimagine campaign visit HAVAL’s microsite https://reimagine.haval.my/. Customers can contact Customer Care at 03-5569 7332 or email us at [email protected]. Customers can also visit www.haval.my or our official Facebook page at www.facebook.com/havalmy or instagram page at www.instagram.com/havalmy.

Pandu Uji Renault Dan Rebut Peluang Menang Apple iPhone XS

Renault Koleos and Captur

TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebuah Apple iPhone XS dan pelbagai hadiah menarik yang lain.

BUKAN itu sahaja, pelanggan yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang hadiah akhir tahun iaitu filem tinted Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Renault Koleos

Pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia itu juga melanjutkan promosi hebat ke atas beberapa unit terhad SUV premium Renault Koleos dan crossover urban Captur.

Melalui kempen ‘Renault Test Drive Challenge’, orang ramai yang memandu uji mana-mana model Renault di bilik pameran layak untuk memenangi salah satu daripada 85 hadiah yang ditawarkan secara automatik.

Sebanyak lima unit Apple iPhones XS, 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu dan pek hadiah eksklusif Renault sedia untuk dimenangi.

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu yang sah. Semua peserta akan menerima satu hadiah istimewa sebaik sahaja selesai sesi pandu uji, sehingga stok masih ada. Mereka juga layak menerima satu penyertaan untuk cabaran tersebut.

Para pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ akan ditentukan dalam satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan bakal diumumkan pada 31 Januari 2019.

“Ketika tahun 2018 semakin hampir ke penghujungnya, sudah tiba masa untuk memulakan tahun baru. Dengan semangat ini, kami mancabar anda untuk keluar dari zon selesa dan lari daripada kebiasaan untuk menyertai ‘Renault Test Drive Challenge’.

Pada masa sama memenangi pelbagai hadiah menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn Bhd, Kuan Kim Luen.

New Renault Captur

TCEC turut menawarkan tawaran luar biasa ke atas beberapa unit terhad model Renault Koleos dan Captur. Unit terhad model pra-facelift Renault Captur tahun 2018 kini ditawarkan pada harga RM89,999[1] manakala model facelift bagi tahun 2018 pula berharga RM98,999(1).

Untuk memberi lebih nilai dan ketenangan minda kepada pelanggan, kedua-model itu didatangkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.

Unit terhad Renault Koleos 2WD bagi model tahun 2018 ditawarkan pada harga promosi RM169,840(1). Sementara model Signature 2WD tahun 2018 dijual pada harga RM184,888(1). Di bawah promosi ini, Koleos hadir bersama pakej servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu), termasuk alat ganti dan kos buruh.

Pelanggan yang membuat tempahan dalam tempoh kempen akan menikmati hadiah tambahan akhir tahun berupa tinted filem Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Kempen akhir tahun ini sah ke atas kenderaan yang didaftarkan mulai 7 November sehingga 31 Disember 2018, sehingga stok masih ada. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan, tidak termasuk insurans untuk Semenanjung Malaysia dan pendaftaran peribadi sahaja.

Semua model utama Renault juga didatangkan dengan jaminan penuh pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Kerjasama di antara TCEC dengan platform perkongsian kereta GoCar Malaysia, ‘Renault Test Drive Challenge’ juga ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang menempah serta memandu Renault Captur daripada GoCar sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Untuk menjadikannya lebih menaik, Renault Captur di bawah GoCar kini boleh didapati pada harga promosi iaitu RM109 sehari (harga biasa RM189 sehari) sepanjang tempoh kempen ini.

(1) Unit terhad ini ditawarkan pada harga tanpa cukai, berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat.

Proton X70 Peroleh Skor Cemerlang Asean NCAP

Proton X70 crash test front ancap

Model SUV Proton bakal buat penampilan umum secara rasmi di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur

MODEL SUV pertama PROTON iaitu Proton X70 telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang selepas diuji melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Rating Plate – Proton X70

Maklumat mengenai ujian ASEAN NCAP terkini telah dikongsikan, menunjukkan model paling baharu PROTON antara model yang menduduki barisan tertinggi dalam segmennya bagi keselamatan penumpang.

Dengan rekod prestasi yang terbukti sebagai pengeluar kereta-kereta yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh ASEAN NCAP – Proton Iriz, Proton Persona, Proton Preve dan Proton Suprima S semuanya dinilai sebagai lima bintang, barisan jurutera serta pereka bentuk

PROTON memberi perhatian kepada setiap butiran untuk memastikan Proton X70 mendapat skor yang tinggi berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020.

Berdasarkan protokol baharu itu, teknologi bantuan keselamatan kini diambil kira dan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan.

PROTON memperkenalkan struktur badan Pembentukan Tekanan Panas atau Hot Press Forming (HPF), yang digunakan untuk membentuk kerangka kereta-kereta penumpangnya sejak tahun 2012.

Dengan penggunaan teknologi yang sama menjadi salah satu sebab mengapa Proton X70 dapat memberikan tahap perlindungan yang tinggi kepada penggunanya.

Dengan kerangka HPF dilengkapi dengan enam beg udara bagi semua varian, titik penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban.

Dengan menggabungkan unsur-unsur ini, Proton X70 telah menerima skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala.

SUV ini juga merupakan model pertama PROTON yang dilengkapi dengan pelbagai ciri bantuan keselamatan. Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) adalah sebahagian daripada sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pada model Proton X70.

Dengan adanya ciri-ciri ini, model SUV telah memperoleh skor yang tinggi untuk teknologi keselamatan.

“Terima kasih kepada usaha tekun pereka dan jurutera PROTON, Syarikat telah berjaya megembangkan reputasinya untuk menghasilkan kereta yang mampu melindungi pengguna sekiranya berlaku kemalangan.

Selain daripada sistem bantuan tambahan pemandu yang diperkenalkan pertama kali pada kereta Proton, Proton X70 turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan seperti arahan suara, Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Kawalan Lampu Tinggi Pintar (IHBC) dan kamera 360 untuk pengendalian pemanduan selamat di kawasan yang sempit,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Selepas siri pratonton tertutup untuk tetamu jemputan dan media, Proton X70 akan membuat penampilan terbuka di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018.

Sebanyak lima unit kereta akan dipamerkan dan pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat SUV premium segmen C yang pertama dari sebuah jenama automotif Malaysia.

Terdapat juga ruangan paparan khas untuk memperlihatkan aspek teknologi, keselamatan dan prestasi model tersebut.

KLIMS akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 23 November sehingga 2 Disember 2018. Proton X70 boleh dilihat di booth PROTON yang terletak di Tingkat 1, Dewan 1 dan di Booth 1007.

AirAsia Wins Asean Business Award For Aviation

AirAsia has won this year’s Asean Business Award (ABA) for Priority Integration Sector (Aviation).

The award recognises the integration and connectivity between Asean businesses owned and operated by AirAsia, as well as its outstanding performance and presence in the region.

AirAsia Chief Global Affairs Officer Juergen Keitel accepted the award on behalf of the airline at a gala dinner held at the Ritz-Carlton Hotel Singapore.

The award was presented by Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad.

AirAsia Group CEO Tony Fernandes said, “We are surprised and deeply honoured to receive this award from Tun Dr Mahathir.

He added: “Our dream is to have a single Asean sky and an Asean single window that will increase economic integration in the region. We are now working towards making AirAsia a single Asean airline which is owned by Asean nationals.

We also hope that travelling within Asean will be made easier in the future with one single visa. Tourists shouldn’t have to apply for 10 different visas to visit this fantastic region.”

The Asean Business Awards were created by the Asean BAC in 2007 to recognise outstanding Asean enterprises, to serve as a platform to spread information on the Asean Economic Community and to spotlight SMEs that have the potential of becoming global economic players in their respective industries.

In addition to tourism, Priority Integration Sector awards were given for achievements in 16 other sub-categories – agri-based, automotive, electronics, energy, finance, fisheries, food and beverage, healthcare, ICT, infrastructure, logistics, retail, rubber-based, textiles, tourism and wood-based.

Also up for grabs were awards for SME excellence, women entrepreneurs, young entrepreneurs, sustainable social enterprises and family businesses, as well as the Friends of Asean award.

Post Menarik