SACC Walk Fiesta yang berlangsung selama tiga hari bermula 5, 6 dan 7 April ini membawakan pelbagai aktiviti serta hiburan yang menarik khas buat warga Shah Alam meluangkan masa bersama seisi keluarga di hujung minggu.

SACC Walk Fiesta dianjurkan oleh PREC (PKNS Real Estate Sdn Bhd) bersama asetnya iaitu SACC Mall & Kompleks PKNS Shah Alam, dengan usahasama PERDASAMA Negeri Selangor serta TAPAK bertujuan untuk merasmikan SACC Walk Flea Market sekali gus mempromosikan program tersebut.

Mirip dengan pasar karat, SACC Walk Flea Market yang telah mula beroperasi pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sejak awal Februari lalu merupakan tempat tumpuan warga Shah Alam untuk mencari barangan dan pakaian terpakai, barangan unik & klasik, koleksi pengumpulan barang-barang hobi dan menikmati sajian enak oleh food truck TAPAK.

Majlis dirasmikan oleh Rodziah Ismail,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa Dan Kampung Tradisi, Negeri Selangor dan majlis pelancaran SACC Walk Fiesta turut dihangatkan oleh barisan penyanyi terkenal iaitu Syamel AF, Eleena Haris, Aweera dan Mus May.

Menurut Siti Zubaidah, Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah PREC merangkap Ketua Pegawai Korporat PKNS berkata, menerusi acara ini, PREC dalam usaha berterusan memberdayakan usahawan, selain membuka peluang kepada para peniaga barangan antik dan barangan terpakai bagi mempromosikan barangan mereka.

Ini adalah salah satu inisiatif dari PREC bagi memberi ruang dan peluang kepada para usahawan membantu meningkatkan ekonomi di Selangor seterusnya membantu merangsang peningkatan kadar pelaburan yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Para pengunjung yang datang ke SACC Walk dapat mengisi masa lapang dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat lagi menarik, di samping disajikan dengan hiburan percuma dan peluang bersua muka dengan artis yang membuat persembahan. Kehadiran penyanyi-penyanyi terkenal ini memang akan menghangatkan lagi pentas SACC Walk Fiesta”, katanya.

Sementara itu, Rodziah dalam ucapannya berkata, SACC Walk Flea Market dianjurkan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif berteraskan keusahawanan di kalangan warga Shah Alam. Kami berharap program ini akan terus mendapat sokongan dari warga Shah Alam dan limpahannya ke seluruh Negeri Selangor.

Selain persembahan artis, karnival yang bertemakan antik dan klasik ini turut dimeriahkan dengan aktiviti kanak-kanak seperti ‘giant bubble’, ‘inflatable bouncer’, permainan ‘velocifero’, persembahan badut, seni karikatur , ‘fire eater’, ‘mini petting zoo’ dan pertunjukan kereta klasik oleh Kelab Pencinta Kereta Mini Malaysia, khas buat penggemar kereta klasik.

Menariknya, acara ini turut disertai oleh deretan peniaga food trak terkenal iaitu TAPAK. Pengunjung yang datang ke SACC Walk Fiesta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan melalui beberapa pertandingan seperti ‘Beyblade Competition’, makan paling pantas, ‘Bull Ride Competition’, ‘Battle of the Buskers’, Pertandingan Karaoke dan banyak lagi.

Turut diadakan, penyerahan MOU bersama PREC dan  PERDASAMA Selangor dan TAPAK, FAMA Negeri Selangor, dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Selain itu, penghargaan kepada HIJRAH Selangor akan diberikan atas kerjasama startegik dalam melahirkan para usahawan di aset milik PREC.

Pengiktirafan penghargaan akan turut diberikan kepada Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka UITM Shah Alam diatas usaha para pensyarah dan 200 orang pelajar fakulti tersebut yang telah berkarya mencantikkan perkarangan SACC Walk melalui program Seni Tong Kuning.

Artis yang hadir membuat persembahan akan beramah mesra dengan pengunjung melalui sesi kuiz semasa mini konsert dan Mus May turut mengambil peluang di acara tersebut untuk mempromosikan cenderahati kumpulan May seperti t-shirt dan album.

Maklumat lanjut berkenaan SACC Walk Flea Market, sila layari laman sosial kami Facebook (SACC Walk Flea Market) dan Instagram (@saccwalkfleamarket).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini