Atase Agama Kedutaan Arab Saudi Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi baru-baru ini telah menyampaikan Surat Penghargaan Khas dan Anugerah Penghormatan menjadi salah Seorang Tetamu Penjaga Dua Tanah Haram bagi mengerjakan Umrah pada awal April ini.

KETUA NGO Antarabangsa yang juga Pengerusi Yayasan SeaWeed, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican merupakan tokoh yang banyak pengalaman sepanjang berkhidmat dalam tentera, penjawat awam, sektor swasta serta NG0.

Mustapha menerima surat perhargaan dari penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi Sheikh Abd Rahman M Al Herfi

Sheikh Abdul Rahman berkata, Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa khususnya dalam kerja-kerja kebajikan, kemanusiaan dan keamanan untuk kepentingan Ummah dan manusia sejagat.

“Beliau juga membantu masyarakat bukan Islam yang daif, ini sesuatu yang murni dan menunjukkan contoh terbaik serta saya amat kagum dengan kebolehan luarbiasa ini.

“Hari ini saya memberikan Dr Mustapha pengiktirafan kepada kerja-kerja beliau selama 20 tahun di negara-negara Asia Tenggara seperti berjaya membina lima buah Masjid, 10 surau, tiga sekolah Agama dan membina 3,566 buah perigi bagi memdapatkan air bersih serta membantu anak anak yatim dan mualaf,” katanya.

Beliau berkata, kerja-kerja ini bukanlah mudah malah memerlukan kesabaran yang mendalam serta jiwa yang kuat serta keazaman yang tinggi.

“Justeru, hari ini saya menzahirkan perhargaan ini kepada selaku “Tokoh NGO Antarabangsa Cemerlang” kerana secara peribadi saya melihat kebolehan Mustapha amat terserlah apabila berjaya membantu menyelesaikan kes 47 rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Kemboja dan 14 daripadanya adalah beragama Islam.

“Saya mengucapkan tahniah kerana terpilih mendapat jemputan Khas menjadi Tetamu Raja Penjaga Dua Tanah Haram bagi menunaikan ibadah Umrah pada bulan April ini. Oleh itu saya berharap Mustapha dapat teruskan usaha murni secara berterusan dan menjadi contoh teladan terbaik untuk Ummah,” katanya lagi.

Sementara itu, Mustapha berkata, ini adalah kali pertama beliau mendapat pengiktirafan dari pihak Sheikh Abd Rahman selaku Atase Agama dari Kedutaan Arab Saudi.

“Saya akui saya banyak meminta bantuan dari pihak Kedutaan Arab Saudi seperti al Quran, sejadah dan barangan lain kerana di Kemboja tiada Kedutaan Arab Saudi mahupun pengurusan kedutaan di Thailand.

“Selaku rakyat Malaysia saya lebih senang berhubung dengan kedutaan luar di negara kita dan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas pengiktifan serta kepercayaan pihak Arab Saudi dalam menjayakan misi kemanusiaan ini,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini