Utama Blog Halaman 926

Seramai 300 Pasukan Berentap Dalam Acara KLFFH 2018

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2018 (KLFFH 2018) yang berlangsung semalam adalah acara yang berkonsepkan pertandingan mencari harta karun menerima penyertaan seramai 1,200 orang.

PESERTA dibahagikan kepada 300 pasukan yang berlumba di sekitar Kuala Lumpur bermula dari Dataran Merdeka KL pada jam 9 pagi menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel, dan MRT.

KLFFH dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Pejabat MOTAC Kuala Lumpur / Putrajaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Acara ini telah dilancarkan oleh Dato Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) bersama-sama dengan Dato Nor Hisham Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

KLFFH 2018 telah menjadi salah satu acara penting dalam memperkukuhkan pelancongan makanan Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini telah menerima penyertaan tertinggi dari luar negara.

Acara menarik ini telah dianjurkan selama lebih dari 7 tahun untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan pelancong mengenai keunikan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia.

Peserta mesti menyiapkan tugasan di semua 8 lokasi untuk mendapatkan setem sebelum menamatkan perlumbaan.

Setiap checkpoint mempunyai cabaran mereka sendiri seperti memakan hidangan popular, menjawab soalan yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur serta mencari lokasi popular dan restoran terpilih dengan masa terpantas.

Mereka juga perlu mempromosikan hashtags acara seperti #SayangiMalaysiaku, #VisitKL, #KLFFH, dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting media sosial mereka sebagai salah satu peraturan dan salah satu usaha untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi melalui media sosial.

Antara peserta antarabangsa yang mendaftar ialah dari United Kingdom, Belanda, Singapura, Sudan, Amerika Syarikat, Syria, Maghribi, Nigeria, Iran, Palestina, Romania, India, Ireland, Mesir, Belgium, Indonesia, Filipina, Kanada, Lubnan, Jerman, Australia, Ukraine dan Rusia.

Tahun ini KLFFH 2018 mempersembahkan Kuala Lumpur sebagai Hot Spot untuk destinasi makanan popular dari restoran terkemuka yang mewakili pelbagai kebudayaan untuk hidangan antarabangsa pilihan makanan di Malaysia.

Semasa menikmati pelbagai makanan Malaysia, para peserta juga akan berpeluang untuk meneroka Kuala Lumpur dan mengenali tempat makan popular dan restoran yang terkenal.

Hadiah menarik dan hadiah cabutan bertuah telah ditawarkan kepada semua kategori: terbuka, khas, wanita dan pasukan antarabangsa / ekspatriat.

45 pasukan pertama dari mana-mana kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai melebihi RM20,000.

Terdapat juga banyak barangan lain yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah seperti peralatan sukan lasak, baucer makanan dan hotel serta banyak lagi.

Semua hadiah telah ditaja oleh rakan rasmi KLFFH. MOTAC juga berharap hubungan strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IPTA / IPTS, sektor swasta, NGO, penaja, pemilik restoran dan rakan media akan terus berkembang pada masa akan datang terutamanya dalam menyasarkan 36 juta pengunjung pada 2020.

Mah Sing Honoured With Two International Awards

Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) was honoured with two international awards at The BrandLaureate Special Edition World Awards 2018, held in Shangri-La Hotel, Singapore.

MAH Sing received Most Visionary Property Developer and The BrandLaureate World Brandpreneur Hall of Fame – Lifetime Achievement Award.

The former signifies the Groups’ unceasing efforts in transforming the property industry while the latter acknowledges the outstanding achievements of the Group’s Founder and Managing Director, Tan Sri Leong Hoy Kum.

“We are honoured to receive these awards as they highlight the hard work and effort team Mah Sing has invested in improving and transforming the industry, which in turn strengthen our brand presence in Malaysia,” said Tan Sri Leong Hoy Kum.

In line with these aspirations, Mah Sing underwent a brand transformation last year, introducing a new corporate logo and tagline ‘Reinvent Spaces, Enhance Life’.

“The new tagline reflects our commitment and positioning in the market by constantly developing and reinventing quality and sustainable products that enhance life,” he said.

“We also believe that the property market and the nation’s economy’s health go hand in hand; thus, we have been developing affordable-priced homes since 2015 as part of our effort to enable everyone to own a home.”

Last year, Mah Sing embarked on its Reinvent Affordability campaign, covering four projects namely M Centura in Sentul, M Vertica in Cheras, M Vista in Penang and Fern phase 2 in Meridin East, Johor.

“Moving forward, we will continue to enhance the lives of our customers by developing accessible and well-planned products. We want to position Mah Sing as a big contributor for the development of affordable homes for the nation.”

“We also recently launched the ‘Desire Refer n Reward’ scheme to reward our customers for advocating our exceptional product quality and services by referring their families and friends to us.”

The BrandLaureate Special Edition World Awards is initiated by the Asia Pacific Brands Foundation (APBF), the world’s only brands and branding foundation. It recognizes and honors brands that have demonstrated superb brand performance in their respective fields from all over the world.

Presiden UMNO Tiba Di Kompleks Mahkamah KL Untuk Pendakwaan Kes

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini untuk proses pendakwaan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

PRESIDEN UMNO itu tiba di mahkamah itu pada jam 8.15 pagi dengan sebuah kenderaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Ahmad Zahid kelihatan tenang ketika berjalan masuk ke bangunan berkenaan dengan tersenyum serta melambai-lambai kepada media dan orang ramai.

Semalam, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu ditahan SPRM Putrajaya pada jam 3.15 petang berhubung siasatan kes berkenaan.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Antara pemimpin tertinggi UMNO yang hadir untuk menunjukkan solidariti dengan Ahmad Zahid adalah Timbalan Presiden UMNO Datuk Mohammad Hassan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah enam kali dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung kes itu dengan kali terakhir memberi keterangan semalam.

Sementara itu, lebih 100 penyokong Ahmad Zahid berkumpul di hadapan perkarangan kompleks mahkamah di sini, untuk menandakan solidariti bersama bekas Menteri Dalam Negeri itu.

Kumpulan yang diketuai Presiden Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam mula berkumpul sejak jam 7 pagi dan ada antara mereka memakai baju merah bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendakwaan Ahmad Zahid oleh SPRM hari ini. – Bernama

TM R&D Menang Anugerah Untuk Inovasi Topi Keselamatan Pintar

TM R&D wins APICTA award

TM Research & Development (TM R&D), anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) baru-baru ini memenangi anugerah bagi Cross Category: Penyelidikan & Pembangunan untuk inovasi Topi Keselamatan Pintar di Anugerah MSC Malaysia Asia Pasifik ICT (APICTA MSC Malaysia) ke-19.

IA dianjurkan oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM). Kemenangan anugerah berprestij ini meletakkan TM R&D sebagai jaguh Penyelidikan & Pembangunan bagi tahun 2018.

TM R&D wins APICTA award

Di samping itu, TM R&D juga terpilih bagi mewakili Malaysia di Cross Category: Penyelidikan & Pembangunan di Anugerah APICTA Antarabangsa 2018 di Guangzhou, China.

Dr Sharlene Thiagarajah, Ketua Pegawai Eksekutif, TM R&D hadir bagi menerima anugerah berkenaan.

Dibangunkan oleh TM R&D, Topi Keselamatan Pintar merupakan topi keselamatan atau topi industri pintar yang berpandukan data, penyelesaian Segalanya Internet (IoT) yang menawarkan pemantauan wayarles secara langsung dan himpunan pengesan (sensor) termasuklah impak kemalangan dan lokasi geografi yang boleh digunakan untuk pelbagai analisis ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat.

Ia menghantar telemetri kepada awan (cloud) dan memproses data tersebut untuk manfaat majikan dan juga para pekerja.

Ia mempunyai segala ciri topi keselamatan, perkhidmatan pengesan lokasi, kehadiran, pengesan kesalahan dan kamera video untuk bimbingan jarak jauh dan pemantauan kecemasan tenaga kerja.

Inovasi Topi Keselamatan Pintar ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan kini sedia untuk dibekalkan kepada pemain industri dari pelbagai sektor antaranya Minyak & Gas, Pembinaan, Industri Kimia dan Pengilangan serta banyak lagi.

Mengulas mengenai pencapaian yang dibanggakan ini, Datuk Bazlan Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM berkata, “Kami amat gembira dan teruja apabila mengetahui TM R&D telah berjaya merangkul anugerah ini.

Sementara itu, Dr Sharlene berkongsi, “Semestinya ini adalah saat yang membanggakan buat kami di TM R&D, juga di Kumpulan TM.

Ramai yang telah menyatakan minat terhadap rekaannya yang canggih dan ciri-ciri utama yang menyokong keselamatan dan kolaborasi ketika berada di lapangan kerja, dalam apa juga industri.

Ciptaan topi keselamatan pintar ini pasti mampu meningkatkan kecekapan operasi di tempat kerja dan meningkatkan produktiviti tenaga kerja.”

Topi Keselamatan Pintar ini bermula sebagai satu cabaran inovasi dan kepantasan, di mana pasukan TM R&D telah bertungkus-lumus untuk mencipta protaip awal dalam tempoh dua minggu.

Ia kemudian menjadi sebahagian daripada lima teras penyelesaian pintar di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara TM dan Petronas untuk meningkatkan kecemerlangan operasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Selepas mendapat minat daripada pelbagai syarikat besar, Topi Keselamatan Pintar ini telah dijemput untuk dipamerkan sebagai antara produk TM di Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) 2018 ke-4 baru-baru ini.

APICTA MSC Malaysia menawarkan pengiktirafan untuk pencapaian luar biasa individu, pelajar, usahawan, PKS dan organisasi yang beroperasi di Malaysia dan telah menyumbang kepada pembangunan inisiatif MSC Malaysia atau membangunkan aplikasi dan perkhidmatan untuk manfaat rakyat Malaysia.

Ia mengiktiraf kreativiti, inovasi dan kecemerlangan dalam arena ICT Malaysia. APICTA MSC Malaysia juga menawarkan peluang dan persekitaran yang ideal kepada individu dan syarikat untuk mendapat pendedahan di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa menerusi aktiviti promosi yang berterusan, dan menerusi penglibatan di Asia Pacific ICT Alliance Awards (APICTA).

Para pemenang Anugerah APICTA MSC Malaysia bakal mewakili Malaysia di anugerah tahunan APICTA Antarabangsa.

Samsung Collaborates With Porsche Asia Pacific To Elevate Consumer Viewing Experience

Samsung Electronics is collaborating with Porsche Asia Pacific in respect of the Porsche Experience this year.

HELD from 7 to 17 October 2018 at the Sepang International Circuit in Malaysia, The Porsche Experience is one of Porsche’s key events where existing customers and potential customers come together for a full-day driving experience with Porsche driving instructors.

Porsche X LED for Home

The event also serves as a platform to showcase the latest products and innovations from both Samsung and Porsche.

“As a forward-thinking industry leader, Porsche is constantly at the forefront of innovation and Samsung is delighted to partner a like-minded brand for the Porsche Experience,” said Steve Lee, President and CEO of Samsung Electronics Southeast Asia & Oceania.

“Samsung is constantly exploring opportunities to elevate the lifestyles of our customers through quality and innovative technology. This collaboration is the ideal platform to reach out to consumers, offering them an unforgettable experience with our premium and revolutionary products.”

At the Porsche Experience, Samsung is showcasing its LED for Home (IF P1.2) display in the briefing area which simulates a luxurious living room environment.

Packed with advanced technologies for enhanced image clarity and performance, the IF Series display is a sophisticated display that brings a brilliant, life-like viewing experience to the guests at the event.

Samsung’s interactive digital display tool Flip is being used to brief the guests on relevant driving instructions and circuit conditions. Samsung’s 65” UHD Smart Signage and a 49″ Curved Monitor are being showcased at the event as well.

While LED displays are often found unfit for home installations, Samsung has changed the rules with the Samsung LED for Home displays, transforming the way consumers enjoy top-of-the-line LED technology by bringing it into their homes.

First introduced at the global smart home industry event CEDIA 2018 in last September, Samsung’s LED for Home displays foster a truly original experience without restrictions in size or form.

The perfectly clear image quality with immense details can be achieved with Samsung LED for Home displays. Samsung was able to do this by reducing the LED pixel spaces with MicroLED display’s ‘fine pixel pitch’ technology.

To help create homes and indoor spaces where the displays are in perfect harmony with the surrounding environment and users’ unique styles, Samsung plans to expand the Samsung LED for Home product lineup and further develop technologies to integrate the displays into the daily lifestyles of consumers.

For more information of Samsung’s LED for Home displays, please visit
https://displaysolutions.samsung.com/led-signage/led-for-home.

Maybank Islamic Named Best Global Islamic Financial Institution

Dato’ Mohamed Rafique, CEO of Maybank Islamic accepting the award from Richard Scholtz, Global Finance Managing Director, Europe and Asia

Maybank Islamic Berhad has emerged as the best recipient of Best Global Islamic Financial Institution award, its second consecutive recognition, at the Global Finance Awards 2018 ceremony, held in Bali, Indonesia.

MAYBANK Islamic was also recognised as the Best Global Sukuk Bank and Best Global Provider of Shariah-Compliant Short-Term Investments – the Bank’s third consecutive wins in both categories.

Dato’ Mohamed Rafique, CEO of Maybank Islamic (right) accepting the award from Richard Scholtz, Global Finance Managing Director, Europe and Asia

The Bank was also named the Best Islamic Financial Institution in Asia Pacific, and it also clinched the country awards for Malaysia and Singapore.

Global Finance said the awards are in recognition of the Bank’s efforts in ramping up its global presence, product development and innovation, as well as a centre of excellence for Islamic finance – all of which are important aims as more Islamic financial institutions are becoming mainstream financial intermediaries in many global markets.

Maybank Islamic Chief Executive Officer, Dato’ Mohamed Rafique Merican who was present at the ceremony to receive the awards, said: “This is another recognition of the commitment and capability demonstrated by the Maybank Group and Maybank Islamic in pursuing its Global Islamic banking leadership aspirations.

This will definitely spur us to improve even further our service delivery to our customers, our contribution to the community and the Islamic banking industry.”

He also expressed his gratitude and appreciation to all our customers and stakeholders for their continuous support in making Maybank Islamic a leading player within the industry.

This is the 7th consecutive year Maybank Islamic has won the Best Islamic Financial Institution Award in Malaysia since 2012, and also the fifth time it has been named best in Singapore from Global Finance magazine.

Malaysia Perlukan Reformasi Berani – Tun Dr Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) (2016-2020), yang disifatkannya sebagai dokumen komprehensif dalam mereformasikan negara dan memastikan agenda pembangunan negara di landasan terbaik.

TUN Dr Mahathir berkata, KSP RMK11 yang juga merupakan dokumen dasar pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memenangi Pilihanraya Umum pada 9 Mei lepas, mampu memastikan Malaysia mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020 – wawasan yang dililhamkannya semasa membentangkan RMK6 pada 1991.

 

“Dokumen ini memperlihatkan anjakan pemikiran berkaitan pembangunan. Kita tidak lagi melihat pembangunan mengikut ukuran pertumbuhan ekonomi atau keluaran dalam negara kasar (KDNK) semata-mata.

“Kita melihat pembangunan dari aspek peningkatan kuasa beli rakyat dan pembangunan perlu dinikmati oleh semua rakyat atau ‘shared prosperity’,” katanya semasa membentangkan usul mengenai KSP RMK11 di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, dasar baharu itu akan memastikan tidak wujud jurang pendapatan yang terlalu lebar antara miskin dan kaya antara kaum dan suku kaum.

“Tidak harus ada golongan yang merasakan mereka terpinggir dari arus perdana pembangunan. Pembangunan juga tidak boleh meninggalkan negeri atau wilayah tertentu di belakang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pembangunan dalam erti kata sebenar perlu menyumbang kepada pembangunan bangsa Malaysia dan pertumbuhan ekonomi berterusan serta bebas dari cengkaman politik.

Beliau berkata, melalui baki pelaksanaan tempoh RMK-11, kerajaan PH menggariskan keutamaan dan penekanan baharu berkaitan falsafah, dasar dan strategi pembangunan negara yang diyakini seiring dengan aspirasi rakyat dan azam kerajaan.

Perdana Menteri berkata, dokumen itu juga membuat anjakan dan penyesuaian ke atas dasar dan strategi jangka sederhana dan menilai pencapaian dalam tempoh 2016-2017 selain menyemak semula sasaran, strategi dan inisiatif bagi baki tempoh 2018-2020.

Beliau berkata, bagi tempoh dua tahun ini, kerajaan akan mempergiatkan usaha untuk meningkatkan daya tahan asas ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat dengan keutamaan dan penekanan baharu berasaskan Enam Tonggak.

Enam tonggak itu adalah mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam; memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat; menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang; memperkasa modal insan; mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau; dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

 

Dr Mahathir berkata, semua strategi yang dibentangkan itu semata-mata untuk memperkukuh ekonomi, institusi awam dan tadbir urus kerajaan dengan harapan dapat menebus maruah negara dan dihormati dunia.

“Apa yang saya bentangkan adalah untuk rakyat. Untuk semua rakyat dari Perlis hingga Sabah. Untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan Orang Asli dan etnik-etnik lain yang semua bernaung di bawah langit Malaysia.

“Kita mahu Malaysia yang bersatu padu. Kita mahu rakyat Malaysia berjaya dan menikmati kekayaan negara. Saya mengajak semua rakyat Malaysia menggalas tanggungjawab ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata, jika semua yang terkandung dalam dokumen itu dilaksanakan, beliau yakin Malaysia “”akan mengaum kembali sebagai Harimau Asia” dan imej negara akan bertukar dari sebuah negara kleptokrat kepada sebuah negara demokrasi tulen dengan kerajaan yang bersih, luhur dan berintegriti.

Katanya, rakyat Malaysia di seluruh pelusuk dunia juga boleh berbangga untuk memperkenalkan diri sebagai rakyat Malaysia.

Dr Mahathir turut menaruh harapan supaya golongan muda yang menjadi warisan negara dapat mempelajari segala ilmu, mendapatkan segala kemahiran, perkukuh jati diri, berpegang teguh kepada agama dan nilai murni dan menolak rasuah sekeras-kerasnya.

“Sebahagian besar generasi saya telah pergi. Kepada siapa akan kami tinggalkan nasib bangsa dan negara ini, kalau tidak kepada generasi muda.

“Ayuh, marilah kita semua berganding bahu dan bersatu untuk mencipta masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” kata Dr Mahathir mengakhiri ucapannya selama satu jam.

Usul itu kemudiannya disokong oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Bernama

Presiden Umno Ditahan Untuk Pendakwaan Oleh SPRM

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan untuk pendakwaan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

DALAM satu kenyataan media oleh pihak Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penahanan dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.

Susulan itu Ahmad Zahid akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahmad Zahid akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2018, jam 8 pagi untuk pertuduhan tersebut.

Petang tadi Ahmad Zahid tiba di SPRM kira-kira jam 3 petang.

Beliau yang memakai baju batik kemudiannya melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu ketibaannya sejak awal petang tadi sebelum memasuki pejabat berkenaan.

Ahmad Zahid Hamidi semalam diminta hadir hari ini di SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

Sementara itu, diluar perkarangan Pejabat SPRM, kelihatan pimpinan UMNO serta rakan-rakan seperjuangan lain berkumpul menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO berkenaan. – MediaUMNO

Ahli Umno Diminta Bertenang, Hormati Proses Undang-Undang

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta ahli UMNO dan semua pihak agar bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan penahanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MOHAMAD berkata, pihaknya pasti ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia mengikut rapat perkembangan berkaitan penahanan Datuk Seri Zahid Hamidi oleh SPRM.

“Saya menyeru agar kita tidak terburu-buru dalam segala kenyataan, tindakan dan perlakuan kita. Kita mesti menghormati pelaksanaan proses undang-undang dan menaruh keyakinan bahawa ia akan dilunaskan dengan cara yang selari dan bersesuaian dengan keluhuran undang-undang dan sifat Malaysia sebagai negara hukum,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, susulan beberapa siri siasatan, wujud spekulasi bahawa Ahmad Zahid akan didakwa tidak lama lagi.

“Sejauh manakah kebenaran dan kesahihan spekulasi tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipastikan pada saat ini.

“Saya dan kepimpinan UMNO percaya perkara ini mesti dilihat secara terbuka dan objektif. Ia tidak seharusnya dispekulasi dan dijadikan modal untuk menabur pelbagai persepsi yang salah dan tidak berasas.

“Apa yang lebih penting, ahli UMNO dan semua pihak mesti bertenang dan mengambil pendekatan rasional dalam berhadapan dengan semua ini,” katanya.

Susulan daripada perkembangan ini juga, katanya, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan mesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam.

“Khususnya bagi memutuskan hala tuju dan tindakan selanjutnya. Apa jua keputusan MKT akan menjadi pendirian dan panduan untuk semua ahli parti.

“Yang pasti, saya dan kepimpinan UMNO memberi jaminan bahawa penahanan ini tidak akan melemahkan atau menjadi halangan kepada UMNO untuk meneruskan agenda pemulihan (reform) yang sedang dilakukan di dalam parti.”

Tegasnya, khidmat bakti UMNO kepada rakyat Malaysia juga tidak akan berhenti dan terganggu.

“Saya dan rakan-rakan dalam UMNO ingin menzahirkan sokongan dan setia kawan yang mendalam terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi dan keluarganya dalam saat yang mencabar seperti sekarang.

“Insya-Allah, saya pasti akan hadir petunjuk dan kebenaran yang selayaknya dari Allah SWT dalam segala hal yang berlaku ini jika kita bersabar dan bijaksana dalam segala tindakan kita,” katanya. – MediaUMNO

Samsung Galaxy A7 Pre Order Units Sold Out

Samsung’s newest triple lens camera, the Galaxy A7, has been making so much buzz.

IN just 3 days, Samsung is proud to announce that all pre-order units of the Galaxy A7 have been sold out since its commencement on 15th October!

For those who missed the pre-order, don’t be disappointed. Kindly visit any Authorized Samsung Store for more exciting offers.

Should you have any further enquiries, please feel free to reach out to us at [email protected] or call 03-7954 5336.

For more information on the Samsung Galaxy A7, please visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a7-a750/SM-A750GZDVXME/

Post Menarik