Ayamas, jenama yang terkenal dengan produk-produk berasaskan ayam sejuk-beku baru-baru ini telah mencipta versi tersendiri makanan tradisional Malaysia iaitu Sate ayam yang lazat.

SATE segera ini amat mudah disediakan dimana pelanggan hanya perlu memanaskan sate sejuk-beku ini dengan cara memanggang, membakar atau menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Sate Ayam Jumbo ini diperbuat dari potongan daging ayam premium Ayamas yang diperap dengan campuran serai, halia, bawang, lengkuas, dan herba serta rempah terpilih.

Ia kemudiannya dicucuk pada lidi dan dibakar secara teliti menggunakan api arang kayu bagi menyerlahkan lagi aroma sate sebenar, sebelum dibekukan dan dibungkus.

“Saya yakin pelanggan setia kami akan menyukai produk terbaru ini kerana ia cepat dan mudah untuk dinikmati. Hanya perlu panaskan sate selama beberapa minit dan anda boleh menikmatinya bersama kuah yang juga tersedia dalam pek Sate Ayam Jumbo jenama Ayamas ini,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Huluan, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Adi Wira turut menyatakan bahawa produk terbaru ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi juga istimewa dari segi keenakan rasa dan penggunaan ramuan yang berkualiti dari Ayamas.

Produk ini juga disasarkan kepada “golongan remaja dan belia bekerjaya yang sentiasa mengikuti arus perkembangan terbaru dan suka mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. Ia juga sesuai kepada mereka yang memiliki gaya hidup yang sentiasa sibuk.”

Sate Ayam Jumbo dengan kuah ini dijual dengan anggaran harga RM18.89 setiap paket (10 cucuk) dan kini boleh didapati di pasar Giant & Cold Storage di seluruh negara. Pengiklanan dan promosi untuk produk ini termasuk pencetakan HTO, pensampelan makanan melalui pameran bergerak, acara dan juga pameran.

Produk ini telah di lancarkan dalam acara Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2019) yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur dari 3 hingga 6 April 2019 bersama dengan produk beku Ayamas yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai produk beku Ayamas, sila layari
www.ayamas.com.my.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini