Siap sedia wahai peminat KFC, kerana salah satu produk KFC yang paling digemari di negara ini sudah kembali.

KFC Malaysia membawakan kembali hidangan ikoniknya, Popcorn Chicken, atas permintaan ramai. Kini bersama kelazatan perisa Hot & Spicy.

Diperbuat daripada 100% ayam empuk, KFC Popcorn Chicken kembali lebih padat dan enak. Setiap suapan menyajikan kerangupan menakjubkan diiringi sentuhan rempah Hot & Spicy, bagi memberi kepuasan yang terjamin.

Bukan sahaja mudah dinikmati di mana sahaja, KFC Popcorn Chicken juga sesuai dipadankan sebagai sampingan bagi melengkapi hidangan-hidangan KFC kegemaran anda yang lain.

“Hilang dari pandangan tidak bermaksud hilang dari hati dan minda penggemar KFC. Kami
tahu ramai di antara anda yang amat menanti-nantikan kemunculan semula ini. Oleh itu
kami amat teruja untuk membawakan kembali Popcorn Chicken ikonik ini, sebuah lagi
hidangan terkenal dari KFC.

Para penggemar kombo Family Feast juga boleh menikmati hidangan ini sebagai pembelian tambahan hanya dengan RM6.00. Dapatkannya sekarang!” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

Nikmati KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken secara À la carte daripada hanya RM8.90. Juga
terdapat di dalam hidangan kombo bersama Crispier Fries dan Pepsi Black serta hidangan
Box yang didatangkan bersama tambahan seketul ayam.

KFC Hot & Spicy Popcorn Chicken boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara
bermula 2 April 2019, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.kfc.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini