Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mengumumkan harga rasmi tentatif untuk Nissan X-Trail Facelift baharu dengan Teknologi Keselamatan terkini.

NISSAN X-Trail baharu dilengkapi dengan lebih banyak spesifikasi tanpa kenaikan harga. Sebagai salah satu SUV Malaysia yang popular, kami menawarkan ciri–ciri Nissan Intelligent Mobility bukan sahaja pada varian paling tinggi (Hybrid), tetapi juga pada 2 varian yang lain (2.5L 4WD dan 2.0L 2WD MID) untuk menawarkan keperluan yang lebih berbagai.

VarianX-Trail LamaX-Trail Facelift Baharu
X-TRAIL 2.0L 2WDRM 133,888RM 133,888*Jaminan Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun (termasuk alat ganti Hibrid dan bateri HEV Lithium-Ion)
X-TRAIL 2.0L 2WD MIDN/ARM 145,888*
X-TRAIL 2.5L 4WDRM 153,888RM 153,888*
X-TRAIL 2.0L HYBRIDN/ARM 159,888*

* Harga rasmi OTR tentatif termasuk 10% Cukai Jualan, tanpa insurans, sah untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia sahaja

“Dengan Nissan Intelligent Mobility, kami boleh memandu dengan penuh kesedaran dan mendapat bantuan di saat memerlukan. Nissan Intelligent Mobility mengubah cara kita memandu dan kini ia disediakan di pasaran.

Bagi mereka yang mengutamakan kecekapan dan prestasi bahan api yang luar biasa, kami menawarkan Hybrid. Kami juga menawarkan 2.5L Intelligent 4×4 yang berkuasa bagi mereka yang mengemari pengembaraan, manakala mereka yang mementingkan nilai bersesuaian dengan harga, kami menawarkan 2.0L MID.

Dengan teknologi yang lebih maju, kami berhasrat untuk menyediakan SUV lebih pintar, selamat dan sensasi yang memberikan nilai maksimum dan kepuasan kepada pelanggan kami.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan

Harga rasmi OTR tentatif *RM 133,888RM 145,888RM 153,888RM 159,888
X-TRAIL FACELIFT BAHARU2.0L 2WD2.0L 2WD MID2.5L 4WD2.0L

HYBRID

Fuel Efficiency

(based on ECE R101 Test Mode)

13.4 km/L12.2 km/L16.1 km/L
Power (PS/rpm)144 / 6,000144 / 6,000171 / 6,000144 / 6,000
Torque (Nm/rpm)200 / 4,400200 / 4,400233 / 4,000200 / 4,400
Electric Motor

(Max Power PS / Max Torque Nm)

41 / 160
Intelligent Forward Collision Warning with Intelligent Forward Emergency Braking
Intelligent Cruise Control
High Beam Assist
Leatherette Dashboard & Knee Pad
Lane Departure Warning
Blind Spot Warning
Motion Activated Power Tailgate
Rear Cross Traffic Alert
Dual Power Leather Seats
LED Headlights
LED Boomerang Daytime Running Lights
Intelligent Around View Monitor with Intelligent Moving Object Detection
Intelligent Ride Control
Intelligent Engine Brake
Intelligent Trace Control
Vehicle Dynamic Control (VDC),

Traction Control System (TCS),

Anti-Lock Braking System (ABS),

Brake Assist (BA),

Electronic Brake Force Distribution (EBD),

Hill Start Assist (HSA)

Electronic Parking Brake with Auto Hold Function
7-inch Infotainment System with Apple Carplay™ and Android Auto ready
Sporty Flat Bottom Leather Steering Wheel with Controls
Dual Zone Auto Climate Control Air Conditioning with Rear Vents
5-inch Advanced Drive Assist Display
Child Seat Retainer with Top Tether (ISOFIX x 2)
3rd Row Seats
SRS Airbags4666

( Spesifikasi baru)

* termasuk 10% Cukai Jualan, tanpa insurans, sah untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia sahaja

5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu).

Servis Penyelenggaran Berkala Selama 2 Tahun atau 40,000km (mana-mana tiba dahulu) ditawarkan bersempena dengan kempen pelancaran. Bukan itu sahaja, 500 kenderaan pertama yang didaftarkan juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai RM488.

Orang ramai dijemput untuk memandu uji X-Trail Facelift baharu di mana-mana bilik pameran Nissan mulai hujung minggu ini (13 April, Sabtu). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800 88 3838.  

Tertakluk kepada terma.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini