BMW Malaysia memperkenalkan kenderaan elektrik tulen yang pertama di Malaysia.

Malaysia telah mengambil peluang pada hari ini untuk merungkaikan BMW i3s, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) juga dikenali sebagai kenderaan elektrik tulen di Pameran Auto Malaysia 2019.

BMW i3s yang pertama merupakan penambahan kepada portfolio kenderaan Mobiliti Bervisi bagi pengeluar kenderaan premium ini, dan ia memperkukuhkan kedudukan BMW Group Malaysia sebagai pembekal e-mobiliti yang terkemuka di dalam negara.

“BMW i3s yang pertama ini membuktikan komitmen kami untuk membentuk Mobiliti Masa Hadapan di Malaysia. Secara berterusan, kami telah memacu inisiatif untuk inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat tempatan, serta kesedaran terhadap teknologi baharu dan bersih bagi industri automotif, tambahan pula membangunkan infrastruktur untuk kenderaan premium di Malaysia.

Dengan BMW i3s terbaharu ini, kenderaan elektrik tulen yang sulung di Malaysia dalam segmen premium, kami berharap untuk terus memacu Mobiliti Bervisi ke hadapan,” kata . Raymond Tan, Ketua Unit Jualan BMW Malaysia.

Sejajar dengan matlamat BMW Malaysia untuk membawa kelestarian masa hadapan ke
aras yang baharu, pengenalan BMW i3s yang sulung ini menyumbang kepada Polisi
Automotif Nasional 2014 yang mensasarkan Malaysia sebagai hab serantau bagi
kenderaan efisien tenaga (EEV) menjelang tahun 2022.

Dengan penyerahan 120,000 unit kenderaan BMW i3 yang dibuat sebelum ini di peringkat global, BMW i3s yang pertama kini membawakan nuansa penggayaan yang lebih kemas, teknologi bersepadu yang canggih dan reka bentuk ‘hijau’ yang mempertimbangkan kelestarian pada setiap masa. Ia bukan sahaja sebuah kenderaan elektrik yang berkuasa tinggi, ia juga dilengkapi dengan sumber-sumber yang telah dikitar semula sebanyak 80%, termasuk sumber yang boleh digunakan semula – lantas membuktikan komitmen BMW Malaysia terhadap kelestarian automotif.

BMW i3s ini berupaya untuk menjana output maksimum yang mengagumkan, ia berjumlah 135 kW/184 kk, menjadikannya sebuah jentera luar biasa dalam kelas seumpamanya.

BMW i3s yang pertama serta portfolio kenderaan iPerformance daripada BMW didukung oleh platform ChargEV menerusi usaha sama BMW Group Malaysia dengan GreenTech Malaysia. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° ELECTRIC juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, ia membolehkan pengguna menikmati bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan yang terletak dalam rangkaian ChargEV yang kian berkembang di seluruh negara.

BMW i3s ini telah mengarap pelbagai anugerah bagi reka bentuknya, termasuk anugerah emas iF bagi reka bentuk produk, anugerah Reka Bentuk Kereta Terbaik di Dunia (World Car Design of the Year) dan Kereta Hijau Terbaik di Dunia (World Green Car of the Year).

BMW i3s yang pertama ini juga tampil dengan bampar hadapan yang garang dengan
keliling berbentuk U dalam warna hitam, serta penggayaan berglos tinggi dalam warna
hitam bagi gril ‘kidney’ yang berpenutup, memberikannya keterampilan yang tersendiri.

Perapi strip lateral pada seksyen apron hadapan dalam warna, ‘BMW i Blue’ menonjolkan lagi kelebaran jentera urban ini.

Set lampu hadapan dengan LED penuh didatangkan sebagai tawaran standard, berserta dengan lampu indikator yang diintegrasikan secara melintang ke arah apron hadapan, ia menuntaskan kelasakan jentera ini.

Penggayaan berglos tinggi dalam warna hitam pada tiang A serta garisan bumbung memberikan jentera elektrik ini sebuah keterampilan yang lebih rapi. Dari bahagian belakang, BMW i3s yang pertama tampak garang dengan spoiler belakang bervarian spesifik dan keliling lebar berwarna hitam.

BMW i3s yang pertama juga dilengkapi dengan sistem suspensi sport sebagai standard,
ia meliputi penurunan sebanyak 10 mm pada tahap ketinggian jentera ini, serta
kelebaran trek tayar dinaikkan sebanyak 40 mm demi pengendalian yang lebih lasak.

Secara eksklusif, ia juga disertakan dengan roda 20 inci beraloi ringan BMW i menerusi
penggayaan ‘double-spoke’ 431 dengan tayar bercampur.

Jentera bebas emisi ini dikuasakan oleh motor elektrik bersinkronisasi dengan Transmisi Automatik Satu Kelajuan (Single-Speed Automatic Transmission). Dizahirkan untuk prestasi berkuasa tinggi, BMW i3s boleh menjana kelajuan tertinggi mencecah 160 km/j.

Kenderaan elektrik tulen ini dapat menjana output maksimum sebanyak 135 kW/184 kk, dengan puncak tork berjumlah 270 Nm. BMW i3s yang pertama ini juga boleh memecut dari kelajuan 0 sehingga 100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat.

Bateri ion litium bervoltan tinggi yang terletak di paras rendah dalam seksyen lantai
kenderaan ini memberikan BMW i3s julat jarak yang berjumlah 260 km berasaskan julat
Elektrik Orientasi Pengguna (Customer Oriented Electric) untuk kegunaan harian.

Penggunaan kuasa elektrik gabungan bagi BMW i3s terbaharu melalui kitaran NEDC
dibaca pada tahap 14.3 kWj untuk setiap 100 km.

Pemandu juga boleh memilih mod SPORT dengan menggunakan suis Kawalan Pengalaman Pemanduan (Driving Experience Control) untuk mengaktifkan tindak balas pemecutan yang lebih menjurus serta karakter pengendalian yang lebih mantap, lantas menonjolkan kelebihan jentera ini yang serba lasak.

Sistem pemanduan yang dikemas kini juga meliputi kawalan motor diubah suai dan galas guling tirus (taper roller bearing) spesifik untuk mengoptimumkan penyampaian kuasa dan prestasi pada tahap rpm yang lebih tinggi.

Kelincahan pemanduan yang ditambah baik pada BMW i3s terbaharu juga disumbangkan oleh Kawalan Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control).

Kenderaan ini juga turut hadir dengan Kawalan Brek Pembelokan (Cornering Brake Control), Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control) dan Sistem Pembrekan Antikunci (Antilock Braking System) dengan ciri Bantuan Brek (Brake Assist) untuk pemanduan yang lebih selamat tidak kira apa jua situasi trafik yang perlu dihadapi.

 

Antara pelbagai material lestari yang diguna pakai merangkumi plastik dikitar semula, gentian natural, serta kayu eucalyptus berliang terbuka yang tidak dilunturkan. Sel penumpang yang diperbuat daripada polimer bertetulang gentian karbon (CFRP) juga membantu mengecapi keluasan yang diingini, dan pada masa yang sama, mengekalkan tahap keringanan jentera ini, ia merupakan aspek utama yang ditekankan oleh setiap kenderaan elektrik.

Model ini dilengkapi oleh ‘BMW i Interior Design Suite’ yang menampilkan ciri-ciri penuh
sofistikasi seperti panel instrumen dan upholsteri yang elegan menggunakan material kulit (Dark Truffle Leather Vernasca). Jentera BMW i3s yang sulung ini juga hadir dengan material bumbung berwarna kelabu (Carum Spice Grey) dan stereng berkulit premium.

Inovasi terkini dalam dunia mobiliti elektro ialah Servis Pengecasan Digital BMW (BMW
Digital Charging Service), ia memberikan kita sebuah kilasan ke masa hadapan.

Dengan ‘BMW ConnectedDrive’ serta ‘BMW ConnectedDrive Portal’, tugas pengecasan
kenderaan elektrik boleh menjadi sebuah pengalaman digital – dari pengoptimuman kos
pengecasan, sehingga ke penggunaan tenaga solar yang dijana di kediaman pengguna
untuk memaksimumkan manfaat ekologi daripada mobiliti elektro.

Kesemuanya boleh dilakukan melalui telefon pintar dengan BMW ConnectedDrive atau komputer peribadi serta peranti tablet menerusi BMW ConnectedDrive Portal.

‘BMW i Wallbox’ juga memudahkan pengecasan pantas di kediaman pengguna untuk
mengecapi jarak pemanduan elektrik lebih panjang secara signifikan. BMW i Wallbox
membekalkan kuasa pengecasan yang berjumlah 11 kW untuk capaian jarak elektrik
sebanyak 180 km dalam masa kurang daripada tiga jam.

BMW i Wallbox dilengkapi dengan akses WiFi dan boleh dioperasikan dengan mudah menggunakan telefon pintar, jam pintar, komputer atau tablet, serta boleh mengakses semua tawaran BMW Digital Charging Service.

Di samping itu, antara tawaran lain yang melengkapi BMW i3s ialah ‘Driving Assistant
Plus’, sistem bantuan pemandu yang hebat ini dapat menolong pemandu menghadapi
pelbagai situasi trafik.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah kamera pandang belakang, Kawalan Jarak Parkir (Park Distance Control) untuk seksyen hadapan dan belakang, kawalan luncur aktif (active cruise control) dengan fungsi ‘Stop & Go’, Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan Fungsi Pembrekan Bandar (City Braking function) serta Bantuan Kesesakan Trafik (Traffic Jam Assistant).

BMW i3s yang sulung juga didatangkan dengan sistem operasi iDrive yang dikemas kini, ia membolehkan pemandu mengawal pelbagai aspek seperti kefungsian kenderaan, maklumat hibur, komunikasi dan navigasi.

Jentera elektrik ini juga menampilkan ‘BMW Navigation System Professional’ dengan paparan kawalan bersaiz 10.25 inci, serta paparan instrumen TFT 5.7 inci.

Warna bagi BMW i3s yang pertama meliputi warna bukan metalik yang menarik, hitam (Fluid Black) dan putih (Capparis White); serta warna metalik yang anggun, kelabu (Mineral Grey), semua warna digandingkan dengan sorotan warna biru eksklusif, ‘BMW i Blue’.

Pemilik BMW i3s yang pertama ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan
Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta
    Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk
    penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Dalam Talian oleh BMW

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini