Perodua secara rasminya melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan canggih yang paling mampu milik di Malaysia.
Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.
Enam varian Perodua Axia 2019 ditawarkan – E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE – dengan harga atas jalan sebelum insurans antara RM24,090 dan RM43,190.
“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Selama 26 tahun, Perodua telah menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
Atas sebab-sebab ini, Perodua Kancil dan Viva telah menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan pertama.
“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik.
Varian teratas Perodua Axia 2019, iaitu AV, dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0, yang terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/h), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.
Semua varian dari GXtra dan ke atas didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik. ISOFIX juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem tingkap keselamatan dan solar.
Tambahan baharu kepada keluarga Axia adalah varian baharu STYLE, yang didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15-inci.
Warna baharu Sunrise Orange yang eksklusif bagi varian ini melengkapkan gaya ala-ala crossover.
“Perodua Axia STYLE baharu mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik; menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita semua, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu,” katanya.
Dengan kecekapan bahan api 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian STYLE baharu, perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia ini masih menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.
“Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk mengunjungi mana-mana cawangan jualan kami yang sah di seluruh negara, di mana anda boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji Perodua Axia 2019.
“Penasihat jualan kami bersedia membantu dan menjawab pertanyaan anda mengenai model baharu ini serta produk dan perkhidmatan kami yang lain,” katanya.
Perodua Axia 2019 | |||||||||
Varian | Trans | Warna | Harga S M’sia | Harga M’sia Timur | |||||
E | MT | Ivory White | RM24,090 | RM26,090 | |||||
G | AT | Ivory White | Glittering Silver | Midnight Blue | RM33,490 | RM35,490 | |||
GXtra | Ivory White | Glittering Silver | Midnight Blue | Lava Red | RM34,990 | RM36,990 | |||
STYLE | Ivory White | Glittering Silver | Midnight Blue | Sunrise Orange | RM38,890 | RM40,890 | |||
SE | Ivory White | Glittering Silver | Midnight Blue | Lava Red | RM38,890 | RM40,890 | |||
AV | Ivory White | Glittering Silver | Midnight Blue | Lava Red | RM43,190 | RM45,190 | |||
Semua harga atas jalan sebelum insurans. Waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu) bagi semua varian. |
Aksesori GearUp bagi Perodua Axia 2019 | Harga S M’sia | Harga M’sia Timur |
Rear spoiler | RM300 | RM305 |
Black B-pillar stickers | RM80 | RM81 |
Seat covers | RM600 | RM610 |
Door visors | RM150 | RM153 |
Anti-theft brackets (5-in-1) | RM175 | RM177 |
Chrome scuff plates | RM140 | RM143 |
Window shades | RM85 | RM87 |
Luggage tray | RM80 | RM82 |
Coil mats | RM140 | RM143 |
Door comfort | RM450 | RM458 |
Hood insulator | RM72 | RM74 |
Lite Package (rear spoiler + side skirts) | RM980 | RM995 |
Utility Package (door visors + coil mats + luggage tray) | RM330 | RM337 |
Semua aksesori GearUp boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian kenderaan baharu Perodua dan didatangkan dengan waranti enam bulan. |
*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.