Utama Blog Halaman 865

Mitsubishi Hosting 4Sure Best Raya Contest-Dine With Izzue Islam And Amyra Rosli

4Sure Best Raya

In conjunction with the upcoming Raya festivities, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), the official distributor of Mitsubishi vehicles in Malaysia, will be hosting the 4Sure Best Raya contest.

10 lucky winners to test drive any Mitsubishi car at any authorized Mitsubishi Motors showroom, will stand a chance to dine with Malaysian celebrities Izzue Islam and Amyra Rosli.

4Sure Best Raya

The 4Sure Best Raya contest will run from today until 2 June. To participate, simply fill up an online test drive form in MMM website https://mitsubishi-motors.com.my/events .

Mitsubishi Motors authorized dealers will then schedule a test-drive appointment with the participant. Participants will need to complete the test-drive of any Mitsubishi Motors model in order to win.

Winners will be revealed on 10 June on MMM’s official Facebook page, and winners will also be notified via phone call. The dinner will be held on 22 June, and its venue will be conveyed to the winners accordingly. Kindly visit MMM’s official website for further information, terms and conditions apply.

“We have chosen to work with Izzue Islam and Amyra Rosli for the 4Sure Best Raya campaign because Izzue, a famous Malaysian actor and a Triton owner, leads an adventurous lifestyle, embodies confidence in his career and drives the Triton with pleasure. We want our owners to feel that desire when they commute in a Mitsubishi Motors car daily,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of MMM.

He added, “Amyra on the other hand is a Malaysian actress and a family-oriented person, who evidently makes the safety of her family a priority. That is something in common with the Outlander as safety is the Outlander’s strongest suit, befitting its role as a 7-Seater family vehicle.”

Malaysians may also enjoy the following Mitsubishi Motors Raya promotions, from today until 30 June.

No Model Variant OTR Price without insurance SST inclusive (RM) in Peninsular Malaysia Cash Rebate (RM) Warranty
1 Outlander 2.0L 137, 888.00 6,000 Five years warranty/unlimited mileage
2 Outlander 2.4L 152, 888.00 6,000
3 ASX 4WD 133, 336.08 12,000
4 ASX 2WD 118, 866.00 8,000
5 Triton VGT Adventure X 135,200.00 6,000 All Triton variants comes with five years warranty or 200,000km
6 Triton VGT AT Premium 118,600.00 6,000
7 Triton VGT AT 105,990.00 6,000
8 Triton VGT MT Premium 112,500.00 6,000
9 Triton VGT MT 100,200.00 6,000

 

    • Prices are quoted on-the-road without insurance (10% SST inclusive) for individual private owners only in Peninsular Malaysia and not applicable in duty free zones.
    • Raya promotion is valid until 30 June 2019 only, while stocks last.
    • Promotion may vary according to model variant/year make.
  • Terms and Conditions Apply.

Mengembara Ke Angkasa Lepas Bersama Citroën Grand C4 SpaceTourer? Pandu Uji

Mengapa agak-agaknya kereta ini dikenali sebagai SpaceTourer. Adakah memandu kenderaan ini seumpama meneroka atau menjelajah angkasa lepas? Baca lebih lanjut sesi pandu uji Prebiu.com dengan Citroën Grand C4 SpaceTourer.

JENAMA Citroën sudah tidak asing lagi di negara ini dan kehadiran model kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk terbaharu ini menampilkan reka bentuk yang dipertingkatkan dan menawarkan satu pengalaman unik dengan padanan teknologi automotif terkini.

Rekabentuk luarannya yang lebar dan memanjang kelihatan ketara bahawa MPV ini sebenarnya menawarkan keluasan. Paling ketara ialah cermin hadapannya yang boleh dianggapkan terpanjang dan lebar hingga ke bumbung hadapan berbanding model MPV sedia ada dipasaran sekarang.

Agak-agaknya berapalah kos yang diperlukan untuk memasang cermin lapisan haba (tinted) memandangkan Malaysia adalah negara beriklimkan Tropika.

Sesuai dengan namanya SpaceTourer, memandu MPV ini sebenarnya menawarkan satu keseronokan kerana pemanduannya cukup lancar dan selesa meskipun enjin kereta ini kadang-kala dikerah pada kelajuan tinggi.

Sememangnya, MPV ini direka dengan menekankan kepada aspek ruang, versatiliti dan inovasi selain praktikaliti tanpa meninggalkan aspek prestasi meskipun hanya dipadankan dengan enjin berkuasa 1.6 Liter suntikan Turbo Tekanan Tinggi (THP).

Rekaan lampu utamanya kelihatan tirus daripada jenis Bi-Xenon dengan pelarasan tinggi manual, manakala lampu siang (DRL) menyerlahkan rupa depan yang lebih bergaya.

Bahagian bawah bampar depan pula ialah lampu kabus yang dikelilingi kemasan krom yang memberikan personaliti elegan kepada MPV yang dipasang sepenuhnya (CKD) di Gurun, Kedah ini.

Selari dengan rekaan lampu hadapannya, ciri moden turut ditampilkan pada lampu belakang yang direka unik dengan pencahayaan 3D. Lekuk badan MPV ini diselarikan dengan rekaan cermin yang kemas dan menarik mata memandang.

Walaupun tiada bumbung suria, MPV ini sudah kelihatan cukup mewah dan premium tetapi ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM149,888 tanpa insurans sekali gus mampu menggugat MPV buatan Jepun yang sedia ada dipasaran.

Model yang dipandu uji Prebiu.com, Citroën Grand C4 SpaceTourer ini turut dipadankan dengan rim aloi Boa 17 inci dan dibaluti tayar jenis Michelin Primacy.

Melangkah ke ruang dalaman, MPV ini dihiasi kombinasi kemasan premium dalam ambien Hype Grey. Apa yang menariknya, papan pemukanya cukup lebar dilengkapi dua paparan sentral panoramik warna definisi tinggi (HD) 12 inci, terbesar dalam segmen MPV dan skrin sentuh 7 inci untuk mengawal tetapan pada kenderaan ini.

Sambungan standard terdiri daripada Android Auto, Apple CarPlay, Mirrorlink dan USB. Pengguna turut diberikan ciri brek parkir elektrik (EPB), stereng kuasa elektrik (EPS), soket 12V di storan tengah dan meja kecil gaya pesawat di belakang dengan LED untuk penumpang belakang makan khususnya sesuai kepada kanak-kanak.

Penulis turut perasan bunyi yang dihasilkan pada skrin sentuh 7 inci MPV ini seakan bunyi panel skrin pada kerusi penumpang kapal terbang. Setiap tetapan boleh dilakukan pada skrin ini daripada kawalan pendingin hawa hingga kepada mencari stesen radio.

Ciri lain yang menarik perhatian ialah alas kepala kerusi penumpang dan pemandu hadapan seakan kerusi penumpang dalam pesawat atau lebih dikenali sebagai ‘Pilot Seat’. Kawalan gearnya pula menggunakan konsep unik iaitu gear terletak dibelakang stereng dan tombol gear mudah dikendalikan dengan tangan kanan. Cukup menarik bukan!

Sebagaimana ciri sebuah MPV yang praktikal, ia turut dipadankan cermin kecil kedua bagi memudahkan pemandu melihat penumpang dibelakang khususnya ketika membawa kanak-kanak manakala lebih banyak ruang storan disediakan seperti ruang bawah lantai, kotak storan tengah mudah alih, dan storan di sekeliling kenderaan.

Tempat duduk baris kedua dan ketiga juga boleh lipat dalam keadaan rata sepenuhnya untuk menambah keluasan but mengikut keperluan, daripada 632 liter kepada 2,181 liter.

Ciri keselesaan lain yang diperkenalkan pada Grand C4 SpadeTourer ialah pintu but elektrik bebas tangan dengan memori yang dapat dibuka dan ditutup semudah mengunjurkan kaki di bawah bampar belakang.

Bagi memastikan Grand C4 SpaceTourer mencapai standard kualiti keselesaan ditetapkan program Citroën Advanced Comfort (CAF), model ini dibangunkan berasaskan platform Efficient Modular Platform 2 (EMP2) dengan menggabungkan teknologi yang mensasarkan jaminan keselamatan dan keselesaan tahap tinggi, termasuk menawarkan dinamik pemanduan dan kecekapan terbaik.

Bagi tambahan keselamatan, kenderaan ini dilengkapkan sistem bantuan pemandu inovatif seperti Brek Keselamatan Aktif (ASB), biasanya ada pada varian premium, Pengecaman Had Kelajuan (SLR) dan Amaran Perhatian Pemandu (DAA).

ASB berfungsi dalam kelajuan 30kmj dan berfungsi mengelak perlanggaran, manakala SLR membantu pemandu mematuhi halaju ditetapkan, dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dengan mengecam papan tanda had laju sebelum memberikan maklumat kepada pemandu menerusi panel instrumen.

DAA pula ialah sistem keselamatan yang berfungsi mengesan pemandu yang letih dan bertindak membantu mereka kekal berjaga-jaga sepanjang memandu dengan menggunakan sensor pada roda stereng.

Sebagai tambahan, Grand C4 SpaceTourer memiliki ciri keselamatan standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), brek tangan automatik, dan Bantuan Mula Daki (HSA), Cermin Pantau Kanak-Kanak Dalaman (ICMM), DAA dan 3 poin ISOFIX di tempat duduk baris kedua.

Jimat minyak

Citroën Grand C4 SpaceTourer baharu dikuasakan enjin 1.6L Turbo Tekanan Tinggi (THP) berkuasa 165hp dan tork 240Nm @ 1,400rpm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Tahap kecekapan bahan api ialah 5.8 liter per 100km dan dengan kapasiti penuh, MPV ini boleh dipandu sejauh 600 kilometer.

Warna yang ditawarkan ialah Rouge Rubi (merah), Lazuli Blue (biru), Noir Onyx (hitam) dan Polar White (putih).

Grand C4 SpaceTourer dijual pada harga RM149,888 tanpa insurans, dan kini untuk masa terhad didatangkan dengan servis percuma 3 tahun, termasuk waranti 5 tahun atau 120,000km, Bantuan Jalanan 24 jam dan ruang rehat eksklusif Sky Lounge di Subang Skypark.

Kesimpulan

Memandu MPV ini memberikan pengalaman berbeza kerana ia bukan sahaja selesa dan tahap bunyi dalaman yang senyap malah enjinnya boleh dikerah pada bila-bila masa tanpa menghadapi masalah kerana diberikan suntikan turbo bertekanan tinggi yang bertindak cukup responsif.

Untuk mencapai tahap kelajuan dikehendaki, tekan sahaja pedal minyak dan jika mahukan pemanduan manual gunakan sahaja pedal tukaran gear dibelakang stereng. Padanan gear ini mampu menyediakan ruang lebih luas dibahagian tengah-tengah.

Kerusi barisan kedua yang dibahagikan kepada tiga kerusi individu boleh dilaras mengikut pelbagai posisi dikehendaki malah boleh direbah secara rata sepenuhnya untuk membawa barangan yang lebih besar.

Dua baris kerusi dibahagian belakang juga boleh direbah satu persatu dan turut dilengkapi corong pendingin hawa ditengah-tengah manakala penumpang dibaris ditengah boleh menerima pendingin hawa daripada tengah atau sisi iaitu dibahagian pintu.

Ciri lain ialah bidai tingkap dipintu penumpang belakang manakala alas tangan kerusi hadapan juga menjadi pelengkap. Tidak ketinggalan butang suis kerusi urut dipadankan bagi kerusi hadapan bagi keselesaan pemanduan jauh. Hebat bro!

Jika anda bercadang untuk memiliki MPV buatan Eropah, Citroën Grand C4 SpaceTourer ini mungkin boleh menjadi pilihan kerana ia menawarkan pemanduan gaya Eropah pada tanda harga mampu milik.

SPESIFIKASI

  • Enjin : 1,598cc
  • Kuasa maksimum : 167Ps pada 6,000rpm
  • Tork maksimum : 240Nm dari 1,400rpm
  • Transmisi : 6 kelajuan automatik
  • Harga jualan tanpa insurans : RM149,888

Nikmati RM1 Internet Tanpa Had Setiap Masa Dengan Celcom Xpax

Pelanggan Celcom Xpax kini boleh menikmati apa jua tersedia di internet dengan INTERNET TANPA HAD serendah RM1, dengan ‘Ultra Hour Pass TM’ , terkini daripada Celcom Xpax.

Pelanggan prabayar Celcom Xpax kini boleh menikmati kemudahan akses Internet berkelajuan tinggi tanpa had di mana sahaja dan bila-bila masa, hanya dengan melalui Apilkasi Celcom Life.

Pelanggan Celcom Xpax boleh terus menikmati aktiviti di internet yang mereka gemari kerana ‘Ultra Hour Pass TM ’ Celcom Xpax menawarkan internet berkelajuan tinggi hanya pada RM1 untuk sejam.

Bagi mereke yang mempunyai lebih banyak masa boleh memilih Ultra Hour
Pass™ untuk tiga jam, hanya pada RM2, 12 jam pada RM5 atau 24 jam hanya pada RM8, dan boleh terus menikmati akses internet tanpa untuk keperluan gaya hidup digital mereka seperti permainan mudah alih, penstriman video, melayari laman web, dan banyak lagi yang tersedia sepanjang 24 jam, tujuh hari seminggu.

Bagi memenuhi komitmen Celcom dalam menyediakan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan, Celcom Xpax kini diberikan inovasi dan dipermudahkan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang menginginkan penggunaan internet tanpa gangguan mengikut kemudahan.

Pelanggan Celcom Xpax boleh menikmati “Ultra Hour Pass™” bagi internet berkelajuan tinggi hanya dengan log masuk ke aplikasi Celcom Life mereka dan memilih “Buy More” untuk lebih banyak internet, diikuti dengan pilihan mana-mana pilihan Hourly Unlimited Internet yang mereka ingini.

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad, berkata Celcom Xpax telah ditambah baik dengan ciri terkini “Ultra Hour Pass™”, tawaran inovatif yang memberikan kegembiraan pelayaran Internet dengan fleksibiliti untuk memiliki akses Internet berkelajuan tinggi pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

“Dengan hanya RM1, pelanggan boleh menikmati satu jam Internet tanpa had dan akses kepada informasi dan hiburan digital mengikut kemudahan mereka. Tawaran ini juga sempurna untuk pelanggan yang tidak mahu menggunakan kuota data yang mereka ada ketika menstrim video HD di peranti mereka.

“Contohnya, jika pelanggan Celcom Xpax mempunyai masa terluang selama dua jam, dan ingin menonton filem berkualiti HD selama dua jam di peranti mereka, mereka boleh mengakses dan menikmati internet tanpa had selama tiga jam hanya pada RM2,” katanya.

Pek prabayar Celcom Xpax yang telah ditambah baik ini berharga RM10, dan menawarkan pelanggan dengan 10GB internet berkelajuan tinggi bagi Facebook, Instagram dan Games Walla TM bagi permainan mudah alih.

Untuk lebih banyak internet, pelanggan boleh melanggan pelan Internet ‘Ultra Pass™’ Celcom Xpax, yang turut mengandungi akses Youtube Tanpa Had
Percuma daripada jam 1 pagi ke 7 pagi, dan akses VIP bagi iFlix.

ERAMAN Bekerjasama Dengan Platform E-Dagang OURSHOP

Jenama bebas cukai lapangan terbang terkemuka ERAMAN dan platform e-dagang OURSHOP mengumumkan kerjasama yang membolehkan para tetamu untuk mengambil produk yang ditempah melalui ourshop.com di lokasi khusus di premis bebas cukai ERAMAN di klia2, terminal kedua Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

ERAMAN merupakan jenama peruncit bebas cukai lapangan terbang terbesar di negara ini, yang mengendalikan lebih daripada 50 peruncit dan premis F&B di Kuala Lumpur, Kuching, Kota Kinabalu, Penang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Labuan manakala OURSHOP merupakan platform beli-belah dalam talian AirAsia yang menawarkan pelbagai pilihan produk daripada peruncit bebas cukai dan tempatan dari seluruh dunia.

Melalui kerjasama dengan OURSHOP, ERAMAN akan menerima manfaat tambahan seperti akses kepada trend penumpang dan destinasi berlepas dan ketibaan mereka, yang membolehkan jenama tersebut mensasarkan pemasaran dan pemilihan produk yang lebih tepat.

Para tetamu yang membeli produk di ourshop.com boleh mengumpul mata ganjaran AirAsia BIG yang boleh digunakan untuk menebus penerbangan percuma di airasia.com.

Semakin banyak destinasi yang dikunjungi atau barangan yang dibeli, semakin banyak mata ganjaran yang akan diperolehi, seterusnya mewujudkan nilai kitaran.

Selain menikmati kemudahan membeli menggunakan peranti mudah alih, para tetamu juga boleh menikmati ketenangan fikiran apabila membuat pembelian daripada peruncit atau jenama rasmi, sekaligus mengenepikan keraguan mengenai keaslian produk yang secara tradisinya telah menjejaskan sektor e-dagang.

Pengurus Besar ERAMAN Zulhikam Ahmad, berkata jenama bebas cukai itu teruja untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama dengan syarikat induknya, Malaysia Airports dan OURSHOP untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada tetamu.

Zulhikam berkata, “Inisiatif ini tepat pada masanya kerana kami baru sahaja melalui fasa penjenamaan semula. Kami sedar sektor e-dagang semakin berkembang dengan pesat dalam ekosistem pasaran runcit dan bebas cukai. Justeru, ERAMAN mengambil langkah ini agar kami juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kemudahan dan mengikuti trend terkini.”

Pengurus Besar Kanan Perkidmatan Komersil Malaysia Airports, Mohammad Nazli Abdul Aziz berkata, “Kerjasama antara pemain utama negara dalam industri peruncitan pelancongan akan memupuk keterujaan membeli-belah buat semua pelancong yang melalui pintu keluar/masuk kami.

Ini hanyalah salah satu daripada pelbagai lagi aktiviti menarik dan inisiatif kami lakukan di bawah Strategi Penetapan Semula Komersil Malaysia Airports.

Kami ingin para tetamu gembira ketika berada di lapangan terbang; dan dengan berbuat demikian, kami berharap dapat mengubah persepsi bahawa lapangan terbang bukan sahaja sebuah hab untuk menghubungkan antara destinasi, malah ia juga sebuah tempat untuk menikmati tawaran beli-belah yang pelbagai – sama ada secara fizikal atau digital.

Pengurus besar OURSHOP Hassan Choudhury berkata, bahawa OURSHOP adalah rakan kongsi bagi keseluruhan ekosistem perjalanan udara termasuk lapangan terbang, peruncit, serta syarikat penerbangan, dan platform e-dagang tersebut juga berharap untuk bekerjasama dengan lebih banyak syarikat untuk mengubah pengalaman membeli-belah di lapangan terbang.

“Pengalaman membeli-belah yang kebiasaannya mengambil masa selama 20 minit ketika para tetamu sibuk menuju ke pintu berlepas kini ditawarkan tanpa henti selama 365 hari. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ERAMAN kerana menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian unik ini untuk para tetamu dengan kami. Kami berharap kerjasama ini akan terus berjaya,” katanya.

Mengenai OURSHOP

OURSHOP adalah platform e-dagang yang menawarkan pelbagai pilihan produk dari peruncit bebas cukai dan tempatan dari seluruh dunia. Di sini, tetamu boleh menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, cepat, dan selamat tanpa beratur panjang dan tergesa-gesa di lapangan terbang.

Dengan pelbagai pilihan jenama antarabangsa dan tempatan yang mewah, OURSHOP adalah gedung kepada pelbagai produk yang terdiri daripada fesyen, barangan kemas, kesihatan dan kecantikan, minuman keras, gajet, alat permainan, makanan dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Para tetamu boleh memilih untuk menerima barangan mereka di lapangan terbang (semasa ketibaan atau sebelum berlepas) atau dihantar ke tempat duduk mereka ketika menaiki penerbangan AirAsia.

Beli-belah tanpa kebimbangan kerana OURSHOP menjamin ketulenan 100% produk daripada jenama dan peruncit terkemuka. Di samping itu, tetamu juga boleh menerima mata ganjaran AirAsia BIG dengan setiap pembelian dibuat, dan juga menebus mata ganjaran AirAsia BIG untuk membayar perbelanjaan mereka.

AirAsia Diiktiraf Antara Jenama Majikan Terbaik Malaysia

AirAsia telah diiktiraf sebagai salah satu jenama majikan terbaik dalam negara di Anugerah Jenama Majikan Terbaik Malaysia 2019.

Pemilihan dibuat sebuah panel bebas diketuai oleh Bekas Dekan Institut Pengurusan India (IIM) Ahmedabad Dr Indira Parikh dan AirAsia muncul sebagai jenama majikan terbaik di peringkat rantau ini, dipacu faedah kakitangannya dan inisiatif keseimbangan kerja dan kehidupan yang ditawarkan.

Anugerah tersebut anjuran Institut Penjenamaan Majikan (EBI) – sebuah organisasi yang menghubungkan pemimpin kanan dalam sektor sumber manusia untuk berkongsi amalan terbaik global – Kongres Pembangunan Sumber Manusia Dunia dan Stars of the Industry Group serta disokong oleh Persekutuan Perniagaan Asia.

Ketua Bahagian Culture AirAsia Malaysia Renuka Kunathevan, Pengurus Perkhidmatan People Mandy Pui dan Eksekutif Perkhidmatan People Nur Farhana Ibrahim menerima anugerah berkenaan daripada Pengarah People & Culture – Malaysia Philip Morris International Chinmay Sharma dan Ketua Pegawai Operasi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia Dolly Lim bagi pihak AirAsia di sebuah majlis yang diadakan di Le Meridian Kuala Lumpur Khamis lalu.

Ketua Pegawai People and Culture AirAsia Varun Bhatia berkata, “Di AirAsia, kami meletakkan people terlebih dahulu, bermula dengan Allstars (kakitangan) kami. Kami percaya jika kakitangan kami diberi layanan yang baik, mereka juga akan melayan tetamu dengan baik.

Mewujudkan persekitaran kerja terbuka yang memupuk pertumbuhan secara peribadi dan profesional, memberi ganjaran untuk inovasi serta menggalakkan keseimbangan kerja dan kehidupan menjadi teras kepada budaya guest-obsessed kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Institut Penjenamaan Majikan kerana mengiktiraf AirAsia sebagai salah satu yang terbaik di Malaysia.”

Anugerah Jenama Majikan Terbaik mengiktiraf organisasi yang menggunakan komunikasi pemasaran yang berkesan dalam menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat. Kriterianya termasuk strategi sumber manusia dalam menyokong visi syarikat, inisiatif pengawasan masa depan, budaya kerja dan kepelbagaian, faedah pekerja, penglibatan pekerja dan peluang sama rata.

Pos Malaysia Keluarkan Siri Setem Tempat Ibadat Edisi II

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) akan mengeluarkan siri setem Tempat Ibadat – Siri II; pada Sabtu, 11 Mei 2019 di semua negeri, manakala peminat setem di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor boleh mendapatkan koleksi ini pada Ahad, 12 Mei 2019.

LIMA setem dengan nilai muka 80sen setiap satu dihasilkan bagi siri ini. Antara rumah-rumah ibadat yang diketengahkan untuk siri ini adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Kelantan), Tokong Hong San Si (Sarawak), Sri Karthivel Murugan Maha Parasakthi Patchai Amman (Perak), Gereja St. George (Pulau Pinang) dan Gurdwara Sahib (Wilayah Persekutuan Labuan).

“Rumah ibadat dipilih untuk dipaparkan pada siri setem kali ini untuk mengetengahkan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan kepelbagaian ras, agama serta kebudayaan yang hidup secara harmoni, dan pada masa sama memaparkan keunikan senibina dan sejarah tempat-tempat tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

Sejumlah 1,000,000 keping setem dikeluarkan untuk siri kali ini. Lima helaian setem (200,000 keping setiap reka bentuk) bernilai RM80.00 setiap satu dan setiap helaian mengandungi 20 keping setem.

Untuk melengkapkan lagi siri setem ini, Pos Malaysia turut menghasilkan produk philateli lain seperti 27,000 keping Sampul Hari Pertama (FDC) yang didatangkan bersama brosur percuma bernilai RM4.50 setiap satu, manakala 1,600 keping folder siri ini boleh didapati pada harga RM6.00 setiap satu.

Set folder lengkap dijual pada harga RM90.50 setiap satu dan cap tarikh khas untuk siri ini berupa lima kubah rumah-rumah ibadat. Pos Malaysia pernah mengeluarkan siri setem tema yang sama pada 2016 bertajuk “Tempat Ibadat”; serta “Masjid di Malaysia” pada 2015 sempena memperingati ulang tahun ke-50 Masjid Negara.

Siri lengkap yang didatangkan dalam set folder berserta helaian setem dan Sampul Hari Pertama (FDC) boleh dibeli menerusi www.eziemall.com atau secara terus daripada cawangan-cawangan Pos Malaysia terdekat atau Galeri Setem di tingkat dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Para pengumpul setem serta orang ramai digalakkan untuk membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) kerana ia memberikan kemudahan kepada pengumpul setem untuk membeli setem keluaran baharu pada hari pertama dan produk filateli tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari jualan.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara atau menerusi dalam talian di www.posonline.com.my.

Golongan Fakir Miskin Kemboja Terima Bantuan NGO Antarabangsa Sempena Ramadan

Seramai 100 orang fakir miskin yang terdiri daripada orang tua, golongan kurang upaya dan mualaf diraikan oleh Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam majlis ringkas di sebuah masjid di Kampung Sempadan Kemboja, Vietnam.

PROGRAM kali ini dibuat tidak begitu besar kerana kekurangan sumbangan dana dari pihak penderma dan pihaknya akan cuba membuat yang terbaik pada masa depan.

“Walaupun program ini merupakan kampung terakhir iaitu kampung ke-30 yang menerima bantuan seperti beras dan keperluan lain sempena bulan Ramadan, namun pihaknya terpaksa mengambil langkah jimat cermat kerana banyak barang keperluan mengalami kenaikan harga.

“Justeru, kita perlu membuat perancangan yang baik dan saya menyeru penduduk kampung ini supaya mengambil sikap memperdulikan rakyat yang susah seperti orang-orang tua, golongan kurang upaya, mualaf, ibu tunggal dan anak-anak yatim,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turun membantu golongan ini tetapi dalam masa sama penduduk kampung mempunyai tanggungjawab dengan mengambil berat hal ehwal kampung dengan melantik Ahli Jawatankuasa Masjid, ustaz atau cikgu untuk menjadi pemerhati dan melihat mereka yang tidak bernasib baik supaya dapat dibantu.

Mustapha berkata, bagi mereka yang masih mempunyai tenaga, mereka juga perlu berfikir mencari jalan keluar bagi mendapatkan rezeki agar mereka boleh berdikari.

“Saya sudah membuat program ini sejak 20 tahun lalu di Kemboja dan banyak tempat saya pergi di pedalaman Kemboja.

“Kita harus bekerjasama supaya dapat membantu mereka yang susah sekali gus beban kita dikampung akan berkurangan manakala golongan muda harus dilantik dengan kerja-kerja kebajikan supaya mereka belajar dan menghayati kesusahan setiap orang dapat dikongsi.

Ketua NG0 Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican bertemu Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semasa majlis berbuka puasa di Phnom Penh anjuran kerajaan Kemboja pada 7 Mei lalu

“Menerusi kaedah ini, kita dapat memupuk golongan muda daripada terjebak dengan masalah sosial kerana setiap program dilakukan harus mempunyai pembabitan golongan muda sama ada berbentuk keagamaan, sosial, perniagaan dan akademik,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika menyerahkan bantuan untuk fakir miskin yang daif di Kampung Sempadan. Turut hadir Ketua Kampung, Manap Md Zin, Mudir Sekolah Ustaz Ramli Yusof dan ahli Jawatankuasa penduduk kampung. Seramai 159 penduduk kampung hadir memeriahkan majlis itu.

New Colour For Honda City, Jazz And CR-V

Honda Jazz, City and CR-V debuts a new exterior colour – the young, vibrant and attractive Passion Red Pearl

HONDA Malaysia announced that three of its Completely Knock-Down (CKD) models will be decked in a new young, vibrant and attractive colour, the Passion Red Pearl.

Committed to providing the joy of owning a Honda to customers, the new vibrant colour will be introduced into the Jazz*, City** and CR-V colour line-up, which is set to be an attraction to Malaysians.

The Passion Red Pearl colour option will replace the Carnival Red for Jazz, the Dark
Ruby Red for City; and the Obsidian Blue Pearl for the CR-V.

Based on sales performance, results showed that the Passion Red Pearl received good market response when it was first introduced in the New HR-V in January 2019.

Since then, the Passion Red Pearl has proven to be the top preferred colour among Honda customers, with a total of 30% sales of New HR-V sold in the colour.

Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama
said, “With the new colour introduction, the Jazz will exude a young personality feel while the City with a vibrant outlook and the CR-V appears more stylish.

We believe all three popular models will look well-suited with vibrant colour for the versatile lifestyles of their owners. In terms of sales performance, Jazz, City and CR-V have contributed 62% of total sales for Honda Malaysia between January and April 2019.

City recorded the highest contribution with 34% of the overall sales of Honda Malaysia while the versatile and segment-leading Jazz recorded at 12% sales
contribution.

Meanwhile, sales of the CR-V recorded at 15% of Honda Malaysia’s total sales. Honda Malaysia sold over 28,000*** units between January and April 2019, recording 15%*** market share.

This resulted as of April 2019, Honda Malaysia maintains the No.1 car brand position in the Non-National segment and No.2 position in overall Total Industry Volume (TIV)”.

The 4 th Generation City is the No.1 best-selling model in Honda and the model
continues to lead in the B-segment as of March 2019. The City is powered by
Honda’s 1.5L i-VTEC engine combined with Honda’s Earth Dreams Technology
Continuous Variable Transmission (CVT).

The interior design of the City is developed under Honda’s ‘Man Maximum, Machine Minimum’ concept, designed to maximize the space for driver, passengers and goods.

While providing the ultimate comfort, trunk space in the City remains the biggest in its class at 536L, making it the perfect sedan for working adults and young families, with convenience ideal for road trips.

The City reinforced its safety feature with 6 airbags**** from the dual front, side and side curtain that ensures a safe journey for the driver and passengers.

The standard active safety features made available are Anti-Lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) and Emergency Stop Signal (ESS).

Leading in the Non-National hatchback segment, the best-selling Jazz continues to
bring the ‘Joy of Driving’ to its many owners.

Its flexible cargo space with versatile ULTRA Seats that can be converted into four configurations – Utility, Long, Tall and Refresh – makes the Jazz a very practical car.

Being a nifty car that is fun to drive in the city, the Jazz is suitable for all types of owners, particularly first time buyers, young executives and families.

The Sport Utility Vehicle (SUV), the CR-V offers a comprehensive suite of class-leading features from its exterior and interior to its advanced 1.5L VTEC Turbocharged powertrain, which is mated with Continuous Variable Transmission
(CVT), providing a balance of dynamic performance and fuel efficiency.

Equipped with Next Generation Advanced Safety Technology, the Honda SENSING
consist seven features – Adaptive Cruise Control (ACC), Low-Speed Follow (LSF),
Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS),
Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), and Lane
Departure Warning (LDW) that will provide Driver’s Cruising Aid, Frontal Collision
Deterrence and Side Collision Deterrence.

It is also equipped with Honda Lanewatch***** which was made available since 2015, making it the first model in its segment to be equipped with this feature.

Available in 4 variants, the CR-V appeals to various markets from young urban family to matured family as well as urban premium group.

The Jazz*, City** and CR-V in the new exterior colour Passion Red Pearl are available for viewing and test drive at any of Honda’s 98 authorised dealers
nationwide.

*Only for Petrol Variant
**Only for Petrol Variant. Available in July 2019
***Figures based on internal data
****Available in City V variant only
***** Available for CR-V 1.5 TC-P 2WD variant only

AirAsia Lancar Hab Baharu Di Lombok

AirAsia telah secara rasmi melancarkan hab baharu di Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia.

Hab Lombok baharu AirAsia ini adalah sebahagian daripada  sokongan kepada usaha Kerajaan Indonesia dan Kementerian Pelancongan untuk membangunkan Lombok sebagai salah satu daripada ‘10 Bali baharu’.

Sempena majlis perasmian ini, AirAsia juga telah memperkenalkan rekaan luar pesawat khas bagi menyokong promosi pelancongan Lombok yang memaparkan ikon pelancongan ternama tempatan seperti Gunung Rinjani dan keindahan dasar lautan di kepulauan Gili yang terletak di tenggara Lombok.

Pesawat Airbus A320 dengan kod pendaftaran PK-AXU akan memulakan perkhidmatan ke laluan yang telah diumumkan baru-baru ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Madjid Lombok ke Perth, Australia pada 9 Jun 2019 dan akan menghubungkan destinasi domestik seperti Jakarta, Yogyakarta dan Bali tidak lama lagi.

Menteri Pelancongan Indonesia Arief Yahya berkata, “Terima kasih AirAsia, kerana menjadikan Lombok sebuah hab dan kerana menyokong kempen ‘Wonderful Indonesia’ dengan rekaan pesawat khas ini.

Dalam usaha membangunkan sebuah destinasi pelancongan, saya selalu menggunakan formula: Tarikan, Akses dan Kemudahan. Formula ini juga selari dengan usaha AirAsia, terutama sekali Akses.

“AirAsia telah membuat pilihan yang tepat dengan menjadikan Lombok sebagai habnya, kerana Mandalika telah dipilih sebagai salah satu daripada ‘10 Bali baharu.’ Dengan keindahan semula jadi dan kaya dengan warisan budaya, jumlah pelancong antarabangsa ke Lombok kini berkembang dengan lebih pesat, dan kami amat menghargai kerjasama AirAsia dalam membantu kami mengembangkan sektor pelancongan Indonesia.”

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia Polana B Pramesti berkata, “Pelancaran hab di Lombok oleh AirAsia Indonesia hari ini adalah satu langkah positif, terutamanya dalam meningkatkan kedatangan pelancong antarabangsa.

Dalam pada itu, semua syarikat penerbangan haruslah memastikan bawah aspek keselamatan, sekuriti dan perkhidmatan terus mematuhi peraturan industri penerbangan.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat melancarkan hab baharu ini di Lombok,  destinasi yang kaya dengan tarikan pelancong dan satu destinasi yang dekat di hati rakyat.

Pengumuman ini bukan sahaja mengembangkan jaringan hubungan domestik dan antarabangsa, tetapi juga membuka peluang pekerjaan tempatan, merangsang pertumbuhan sektor pelancongan dan menyumbang kepada kepentingan ekonomi pengunjung untuk Lombok.

AirAsia juga akan melancarkan beberapa inisiatif kelestarian tambahan selain usaha bantuan bencana oleh Yayasan AirAsia, yang turut bekerjasama dengan Yayasan Arkom Indonesia untuk membina tempat perlindungan sementara dan kawasan kediaman di pulau itu susulan siri gempa bumi pada tahun 2018.

Tambah Kurniawan: “Data daripada Kementerian Pelancongan Indonesia menunjukkan bawaha AirAsia kekal sebagai penyumbang terbesar dalam membawa pelancong antarabangsa ke negara ini, kira-kira 3.2 juta kedatangan pelancong asing atau 25 peratus daripada semua pelancong antarabangsa ke Indonesia pada tahun lepas.

Dengan adanya dua pesawat yang berpangkalan di Lombok, pengumuman ini mengukuhkan lagi komitmen AirAsia dalam menyokong sektor pelancongan Indonesia, dan membantu membangunkan Lombok untuk menjadi salah satu daripada ‘10 Bali baharu’. Kami juga berharap untuk menggalakkan kedatangan lebih ramai pelancong dengan slogan ‘I Love Lombok’ ke hab baharu kami ini.”

Lombok adalah hab kelima AirAsia di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Medan dan Bali. Sejak memulakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Lombok pada tahun 2012, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada satu juta pelancong antarabangsa ke pulau tersebut.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan Lombok – Perth
Bermula 9 Jun 2019

LOP-PER BM.jpg

Jadual Penerbangan Lombok – Kuala Lumpur
Bermula 8 Mei 2019

LOP-KUL BM.jpg

MSM Johor Lancar Penghantaran Pukal Cerai Gula Pertama Ke China

MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar gula bertapis terkemuka negara dan juga anak syarikat FGV Holdings Berhad (dahulu dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad), telah melancarkan penghantaran pukal cerai gula bertapis yang pertama melalui MSM Johor, dengan mengeksport sejumlah 7,000 tan gula bertapis ke China.

MSM Johor yang mula beroperasi sepenuhnya sejak November 2018, membuka ruang kepada Kumpulan MSM untuk memenuhi permintaan domestik dan mempertingkatkan jualan eksport pada harga yang kompetitif berdasarkan lokasi strategik yang terletak di Pelabuhan Tanjung Langsat.

Ia dijangka mengurangkan kos bagi keseluruhan rantaian nilai berikutan kemudahan pelabuhan strategik yang menyumbang kepada penjimatan kos di samping mengurangkan tenaga kerja yang intensif melalui penggunaan teknologi yang canggih dan berfungsi secara automatik sepenuhnya.

Penghantaran pukal cerai dapat mengurangkan kos logistik berikutan ia memerlukan kargo untuk diangkut secara terkumpul seperti di dalam kotak, bungkusan atau palet di mana gula bertapis MSM di angkut di dalam beg jumbo seberat 1.5 tan bagi memudahkan proses pemuatan.

Selain itu, penghantaran pukal cerai juga memudahkan kargo untuk memasuki pelabuhan kurang membangun memandangkan kapal kontena yang besar tidak dapat memasuki sesetengah pelabuhan.

Breakbulk Shipping

Operasi pukal cerai melalui jeti Pelabuhan Tanjung Langsat melibatkan kerjasama di antara MSM Johor dan FGV Transport Services Sdn Bhd, yang juga merupakan anak syarikat FGV, bagi menggunakan sumber kumpulan secara efektif.

MSM mensasarkan untuk mengeksport lebih daripada 300,000 tan gula bertapis dan lain-lain produk berkaitan gula ke rantau Asia Pasifik. Ini sejajar dengan Pelan Perniagaan 2019-2021 yang turut merangkumi pengeksportan ke pasaran Asia sebagai salah satu keutamaan dalam mengekalkan kepimpinan dalam pasaran ke arah menjadi antara 10 syarikat gula terbaik di peringkat dunia menjelang 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM yang baru dilantik, Dato’ Khairil Anuar Aziz berkata, penghantaran secara pukal cerai adalah sebahagian daripada model perniagaan baru yang memberikan fokus kepada mengekalkan disiplin kos dan kecekapan operasi dalam aktiviti perniagaan.

Ini merangkumi perolehan gula mentah, gudang luar serta kos bagi pengangkutan, penapisan dan kewangan. Kelebihan kilang penapisan yang strategik di Johor serta inisiatif penghantaran pukal cerai tersebut memberikan peluang buat MSM untuk mengeksport gula bertapis pada harga yang sangat kompetitif.”

“Dengan kilang penapisan kami di Johor, MSM mempunyai keupayaan untuk memenuhi permintaan dalam negeri dan memperluaskan bahagian pasaran kami di peringkat eksport sambil meneroka aliran pendapatan tambahan,” katanya.

Dato’ Khairil, yang mula bekhidmat di MSM sebagai sebagai Pengarah Eksekutif sejak November 2017 telah menggantikan Mohd Shaffie Said yang mengambil tugas sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif sejak Januari 2018.

Mohd Shaffie kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, berkuatkuasa serta-merta. Dato’ Khairil dikenali dengan pegangan nilai yang kukuh telah berkhidmat bersama Kumpulan FGV sejak 2012.

Beliau lahir dan dibesarkan di FELDA Sungai Klah, Sungkai, Perak juga merupakan generasi kedua peneroka FELDA. Beliau juga turut memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi FGV bagi sektor gula.

Dato’ Khairil membawa bersama pengalaman lebih daripada 25 tahun, memiliki rekod kepimpinan dan perniagaan yang mantap serta kefahaman yang mendalam mengenai lanskap perniagaan pengguna di rantau Asia melalui lantikan kanan dalam pelbagai kesatuan industri.

Dato’ Khairil turut memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk beberapa syarikat lain seperti Pelaburan Mara Berhad, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd dan Sinergi Perdana Sdn Bhd.

“Adalah menjadi tanggungjawab yang besar dan perjalanan yang lebih mencabar perlu ditempuhi berikutan industri gula yang dijangka tidak menentu pada tahun 2019, khususnya situasi lambakan gula di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Walaubagaimanapun, MSM kekal optimis dalam prestasinya memandangkan kami sedang merangka semula strategi perniagaan untuk kekal bersaing, memberikan pulangan kewangan dalam perniagaan teras dan merangka pertumbuhan jangka panjang yang menguntungkan.” katanya lagi.

Post Menarik