Masjid baharu yang dibina oleh NGO Antarabangsa di Kampung Thamer, Kemboja dijangka beroperasi awal tahun depan.

Ketua Kampung Thamer, Scten Meen berkata demikian ketika lawatan tapak projek oleh Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican.

Menurutnya, masjid itu hampir 80 peratus siap cuma keperluan menyiapkan lantai masjid, cat keseluruhan masjid dan pendawaian elektrik yang teratur serta kemas dengan menggunakan kuasa tenaga solar.

“Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 7 bulan dengan keluasan 8.093.71 meter persegi yang boleh menampung sehingga 800 jemaah pada satu masa dan mempunyai kemudahan seperti tandas, tempat wuduk dan lain-lain kemudahan termasuk padang permainan kanak-kanak.

“Pada masa depan, kita rancang membina sekolah tadika Islam namun ini bergantung kepada sumbangan yang kita terima kelak,” katanya.

Sementara itu, Mustapha berkata, pihaknya kagum dengan semangat dan kerjasama penduduk kampung dalam pembinaan masjid itu.

“Semangat ini haruslah dipupuk dan diterap kepada generasi muda agar ianya dapat memperkukuhkan semangat setiakawan serta perpaduan kepada semua kaum di Kemboja.

“Masjid dijangka siap pada awal tahun depan kerana memandangkan musim sekarang hujan di sebelah petang dan kebanyakan penduduk perlu bekerja pada waktu pagi iaitu mengambil upah menoreh getah dan menanam padi….jadi masa terluang pada sebelah petang, mereka bergotong royong membantu membina masjid,” katanya.

Wakil UN di Cambodia turut memberi pengiktirafan antarabangsa dalam kerja-kerja NGO

Masjid yang dibina oleh NGO Antarabangsa itu adalah masjid ke-6 terletak Kg Thmer tidak jauh dari sempadan Kemboja-Vietnam.