Utama Blog Halaman 852

Tiga Motosikal Kembara Baharu BMW Dilancar

Pengeluar motosikal premium memperkenalkan BMW F 850 GS Adventure, BMW R 1250
GS dan BMW R 1250 GS Adventure di acara BMW Motorrad Night Fuel yang dianjurkan baru-baru ini.

BMW Motorrad Malaysia mempertaruhkan portfolio motosikal premium menerusi BMW F 850 GS Adventure, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, pelancaran siri jentera, BMW Motorrad F Series dan BMW Motorrad R Series telah mencetuskan konsep reka bentuk inovatif yang baharu dan benar-benar Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan (Make Life A Ride).

BMW Motorrad Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 2,000 unit motosikal kepada pemilik-pemilik baharu sepanjang dua tahun lalu, dan hampir 500 daripadanya dibuat dalam pertengahan pertama 2019.

Sementara itu, Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia berkata, “Model GS Adventure dikenali dengan daya pemacuannya yang dipercayai, berkuasa tinggi dan tersendiri dalam aspek tunggangan dinamik, tidak kira apa jua permukaan jalan yang diharungi.

“Hari ini, kami memperkenalkan BMW F 850 GS Adventure, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure, dan kami berbangga untuk mempersembahkan iterasi enjin terbaharu yang canggih serta keupayaan tunggangan luar jalan (off-road) jentera motosikal premium kami dalam segmen kembara kelas pertengahan.”

Dirumus untuk membawakan prestasi yang tertumpu serta kadar efisiensi yang tinggi, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure hadir dengan enjin ‘Boxer’ canggih bersama BMW ShiftCam Technology yang meningkatkan daya penyesaran enjin tersebut untuk menzahirkan tahap prestasi yang lebih baik.

Berasaskan karakter dinamik dan ‘off-road’ yang membentuk BMW F 850 GS, BMW F 850 GS Adventure menyerlah dengan keupayaan penjelajahan serta kelasakan yang bertaraf tinggi, tunggangan dinamik serba ‘sporty’ dan kualiti ‘off-road’ yang lebih mengagumkan.

BMW F 850 GS Adventure Terbaharu

BMW F 850 GS Adventure menampilkan reka bentuk tubuh yang maskulin. Cermin hadapannya lebih besar boleh dilaraskan melalui dua aras, sementara komponen pelindung tangan memberikan tahap perlindungan angin dan cuaca yang lebih tinggi.

Jentera dengan saiz cc sederhana ini juga hadir dengan cabang teleskopik (telescopic fork) bersertakan lengan ayun dwisisi aluminium (aluminium double-sided swinging arm) dengan sangga spring sentral (central spring strut) untuk menawarkan maklum balas yang lebih sensitif di atas jalan.

 

Penambahan lain yang dibuat ke atas motosikal tersebut merangkumi lampu hadapan LED serta ciri keterhubungan yang menyeluruh menerusi kluster instrumen multifungsi yang menampilkan skrin warna TFT bersaiz 6.5 inci.

Aspek ergonomik jentera BMW F 850 GS Adventure juga dioptimumkan, terutamanya untuk tunggangan luar jalan raya. Para pemilik boleh meletakkan kepercayaan ke atas komponen letak kaki enduro yang kini lebih lebar, tuil penukar gear serta brek yang boleh dilaras untuk menjamin tunggangan yang menyelesakan.

Tangki bahan api jentera ini pula diletakkan di posisi klasik di antara tempat duduk dan kepala motosikal berkenaan untuk mewujudkan pusat graviti yang lebih baik.

BMW F 850 GS Adventure dipadankan enjin sebaris dua silinder berkuasa tinggi yang dijuruterai semula untuk menyampaikan peningkatan yang signifikan dari segi kuasa dan tork jentera ini.

Kadar penyesaran enjin tersebut kini berjumlah 853 cm 3, rentetan daripada penggunaan gerek (bore) yang bersaiz 84mm, dan lejang (stroke) bersaiz 77 mm. Jentera baharu ini mampu menjana 95 kk (kuasa kuda) pada tahap 250 rpm, serta puncak tork berjumlah 92 Nm pada tahap 250 rpm dan kelajuan tertinggi mencecah 197 km/j.

Tahap keselamatan yang tinggi pula disumbang oleh mod tunggangan “Rain” (Hujan) dan “Road” (Jalan Raya) sebagai penawaran standard, lengkap dengan Sistem Pembrekan Antikunci (ABS) BMW Motorrad dan Kawalan Stabiliti Dinamik (“Automatic Stability Control” atau “ASC”). Dalam mod “Rain”, maklum balas pendikit (throttle) dikonfigurasikan untuk menjadi lebih halus, manakala dalam mod “Road”, enjin jentera ini membenarkan maklum balas pendikit yang lebih optimum.

BMW F 850 GS Adventure dapat memuatkan kapasiti bahan api berjumlah 23 liter yang boleh digunakan untuk tunggangan dalam jarak melebihi 550 km.

BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure Terbaharu

Keupayaan ‘off-road’ jentera ini melalui elemen tubuh badannya yang direka semula, serta skim-skim warna yang tersendiri. Lampu hadapan LED dan lampu Tunggangan Waktu Siang (Day Time Riding) ditawarkan secara standard buat kedua-dua model ini.

Powertrain motosikal tersebut yang disadur dalam warna matte hitam membuahkan penampilan yang serba sempurna bersama kerangka utama yang hadir dalam warna matte metalik ‘Agate Grey’, serta kerangka belakang dan tiub bar hendal berwarna hitam.

Di samping itu, pemegang trim di seksyen hadapan diwarnakan matte hitam, serta pelindung tangan juga hadir dengan warna hitam. Set roda ‘cross-spoke’ dalam warna hitam yang sama turut menyumbang kepada penampilan maskulinnya. Ia kini didatangkan dengan sistem ekzos dalam bentuk paip ekzos bersadur krom yang menawarkan kadar output dan tork yang optimum dengan BMW ShiftCam Technology.

Pemilik BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure baharu ini juga boleh kekal terhubung sambil menunggang menerusi kluster instrumen multifungsi dengan skrin warna TFT bersaiz 6.5 inci yang ditawarkan sebagai standard.

Bantuan yang lebih canggih juga hadir dalam bentuk tunggangan tanpa kunci menerusi BMW Keyless Ride, beserta Kawalan Luncur (Cruise Control) yang disediakan sebagai standard.

Kedua-dua jentera kembara berkenaan turut menawarkan dua mod tunggangan – “Rain” dan “Road”, ASC dan Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) sebagai standard.

Ia juga lengkap dengan Electronic Suspension Dynamic ESA “Generasi Baharu” dengan kompensasi muatan automatik sepenuhnya (fully automatic load compensation). Sebagai tawaran pilihan, Riding Modes Pro menampilkan mod tunggangan tambahan, Kawalan Cengkaman Dinamik (“Dynamic Traction Control” atau “DTC”), ABS Pro, Hill Start Control Pro dan Bantuan Brek Dinamik (“Dynamic Brake Assistant” atau “DBC”).

Terutamanya ketika membelok, DTC membolehkan pecutan yang lebih efisien dan selamat dibuat, sementara ABS Pro menawarkan tahap keselamatan pembrekan yang tinggi. DBC yang baharu juga menawarkan tahap keselamatan pembrekan yang lebih baik dalam situasi tunggangan mencabar dengan mengelakkan pengaktifan pemecutan yang dibuat tanpa sengaja oleh penunggang.

Enjin ‘boxer’ empat lejang dua silinder dengan penyejukan udara/cecair telah diperkayakan dengan BMW ShiftCam Technology pada kedua-dua jentera BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure yang membolehkan ia mencapai tahap kuasa dan tork yang luar biasa.

Kapasiti BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure turut ditingkatkan kepada 1,254 cc. Kini ia memiliki output berjumlah 136 kk pada tahap 7,750 rpm dan puncak tork mencecah 143 Nm pada tahap 6,250 rpm.

BMW R 1250 GS Adventure dapat dipandu pada tahap kelajuan tertinggi yang berjumlah lebih daripada 200 km/j, manakala pendampingnya, BMW R 1250 GS pula mampu mencecah 200 km/j. Kedua-dua jentera kembara ini hanya menggunakan bahan api berjumlah 4.75 liter bagi setiap 100 km.

Tidak seperti model-model yang terdahulu, BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure memiliki sistem sensor injakan (knock sensor system) yang hadir dengan dua unit sensor. Maka, bahan api dengan rating kurang daripada RON95 boleh digunakan – amat bermanfaat untuk perjalanan jauh di kawasan-kawasan yang terpencil.

Kedua-dua motosikal ini juga dilengkapi dengan kawalan enjin digital baharu yang dinamakan BMW-O. Ciri-ciri utamanya ialah injeksi berturutan penuh (fully sequential injection), tata atur (layout) yang kompak dan beratnya yang rendah.

Proses karburasi pula dilakukan oleh sistem injeksi bahan api elektronik menerusi badan pendikit dengan kelebaran pembukaan bersaiz 52 mm. Injeksi dibuat menerusi injap injeksi dwijet (twin-jet injection valves) baharu yang memberikan kadar emisi yang lebih baik, iaitu sebanyak 110 g/km.

BMW R 1250 GS terbaharu akan tersedia dalam dua varian, HP (Style HP) dan Eksklusif (Style Exclusive), manakala BMW R 1250 GS Adventure terbaharu pula boleh didapati dalam varian ‘Ice Grey’ dan HP (Style HP).

Harga BMW Motorrad terbaharu ialah:

  • BMW F 850 GS Adventure Terbaharu : RM88,500
  • BMW R 1250 GS Terbaharu : RM116,500
  • BMW R 1250 GS Adventure Terbaharu : RM125,500
  • BMW R 1250 GS Adventure HP Terbaharu : RM127,500

Encorp Cahaya Alam Offer New Lakeside Link House

Cahaya Alam has increased its residential property offering over the weekend with the addition of ‘Clover’ homes, a new lakeside luxury enclave featuring 143 units of 2-storey link homes.

MEASURING 22’ by 75’ with built-ups from 2,357 sq ft, the 4-bedroom modern design homes feature dual frontage.

‘Clover’ homes are set around a lake with pocket parks dotting the 11-acre enclave to promote an active lifestyle of its community.

Strategically located in Shah Alam’s Seksyen 7, Encorp Cahaya Alam’s maturing township is adjacent to multiple amenities and facilities, making it a popular choice for families.

Encorp Cahaya Alam is developed by Main Market-listed Encorp Berhad’s property arm.

According to Encorp Berhad’s Group Chief Operating Officer Mohd Ibrahim Masrukin, “We are excited to launch our new exclusive enclave ‘Clover’ phase. Encorp Cahaya Alam’s maturing township coupled with the surrounding facilities and amenities will provide Clover
residents with the best of both worlds – serene living in a private enclave and a vibrant community at your doorstep.”

The Clover show house was well received by the market, with over 400 people attending the event, giving an opportunity to prospective home-owners to appreciate the modern house design featuring an open concept and dual frontage with commanding views of the lake from the living room on the ground floor and master bedroom on the top floor.

The gross development value of Clover is estimated at RM113 million. Construction is expected to begin in August 2019, with completion targeted for July 2021.

Encorp Cahaya Alam is strategically located in the Shah Alam western growth corridor, with
excellent accessibility from Seksyen 7, Bukit Raja and Setia Alam.

Backed by its strategic location in Shah Alam, Encorp Cahaya Alam township benefits from
multiple key connectivity routes.

The growing township is easily accessible via the New Klang Valley Expressway (NKVE), Federal Highway, and is situated near to an upcoming LRT 3 station.

Encorp Cahaya Alam township is in close proximity to numerous amenities and to shopping centres, namely SACC Mall, Central I-City and AEON Mall Shah Alam. It is also near to well-known educational institutions – Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Selangor
(UNISEL), Management & Science University (MSU) and MAZ International School.

Mitsubishi Motors Opens New Showroom In Bintulu, Sarawak

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, together with authorized dealer Auto Pacifica Sdn Bhd celebrated the opening of a new Mitsubishi Motors 3S Centre (Sales, Service & Spare parts) in Bintulu, Sarawak recently.

AUTO Pacifica is the first showroom in Sarawak with Mitsubishi Motors’ new corporate brand; represented by its global tagline ‘Drive Your Ambition’ and the second Mitsubishi Motors 3S showroom in Bintulu, Sarawak.

The 3S Centre is located at Lot No. 31 & 32, Bintulu City Mall Commercial Centre, Jalan Johari Sunam, Bintulu with an investment of RM500,000.

With a built up area of 3,000 square feet, the new 3S Centre houses a customer lounge, and a fully-equipped workshop capable of servicing up to three Mitsubishi cars with parts storage area. The 3S centre comes with fully equipped advance diagnostic tools and Special Set Tools (SST) to serve every Mitsubishi vehicle.

“Mitsubishi Motors was established in January 2005 in Malaysia. Auto Pacifica joined the Mitsubishi Motors family four years later in 2009, so this marks our tenth year as business partners! I would like to thank Auto Pacifica, a member of Samling Strategic Corporation Sdn Bhd, for its continuous support, making Triton the top two pick-up in Sarawak with 20.9% market share,” said Tomoyuki Shinnishi, Chief Executive Officer of Mitsubishi Motors Malaysia.

With the opening of Auto Pacifica, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) is now represented by 54 showrooms (out of which 48 are 3S Centres) and 55 service outlets throughout Malaysia. In East Malaysia, MMM is represented by 15 showrooms (7 in Sarawak and 8 in Sabah).

CEO of MMM, Shinnishi and Director of Auto Pacifica, Yaw exchanging gifts during the opening

The Triton 4×4 pick-up truck are imported as CBU (Completely Built-Up) units from Thailand while the ASX Compact SUV and Outlander are locally assembled (CKD) in Malaysia.

Primavera Launched The Minimalist Collection

PRIMAVERA has launched its Summer ’19 collection and this year PRIMAVERA brings you a perfect blend of simplicity-luxe.

The minimalist collection makes it easy to match the printed and colorful ensemble.

Using the allure of gold accents and embellishment elements on minimalistic cuts, the modern and luxury essence is clearly reflected on the collection. It’s the detailing that gives a sense of confidence and strength to the wearer.

Colours are put together based on trends and are perfect to be match with Summer outfits that surely makes this a head-turning collection. All designed with a well-balanced of must-have footwear – which makes a transition from day-to-evening easily possible.

Play with your style and enjoy this Summer with our kitten heels, pumps shoes, mules, wedges and more. Leave a lasting impression of THE MINIMALIST with these select pieces.

The collection has hit the stores.

About Primavera

PRIMAVERA is a proud local fashion footwear brand that designs and produce footwear for both women and men based on trends and local needs.

The brand focuses on delivering joy, quality and style for over a decade now. We believe everyone deserves to be stylish and confident always. PRIMAVERA also offers a wide variety of shoes and accessories from evening and seasonal items that caters to ages between 25-45 years old.

RHB Shows Appreciation To SME Business Owners

RHB Banking Group (RHB) honoured close to 300 SME business owners at an appreciation dinner held at EQ Kuala Lumpur hotel recently.

Currently, RHB serves more than 200,000 SMEs and targets for SME financing to make up 20% of the Group’s domestic financing by 2022 from 15% in 2017.

Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director of RHB Banking Group (center) with members from Senior Management hosted close to 300 SME and corporate clients at the RHB SME Client Appreciation Dinner 2019 at EQ Kuala Lumpur hotel

In 2018, RHB’s SME and Commercial business financing approval rate stood at 81% against the industry’s 77%, of which RM7.2 billion went towards supporting the growth of more than 4,000 SMEs. As at January 2019, RHB was ranked 4th in the SME segment with market share of 9.06%.

“As a banking Group, we are committed to delivering value and making meaningful contributions to the growth of SMEs.

Our aspiration is to be an SME ecosystem Bank by 2022, shifting from product propositions to a holistic ecosystem approach, which involves strategic partnerships with technology solutions providers,” said Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director, RHB Banking Group.

“In line with this, we have designed a connected ecosystem featuring four integrated solutions that will satisfy our SME customers’ needs in a more holistic manner.

Our SME connected Ecosystem comprises RHB Reflex and RHB Reflex Mobile Cash management, Financial Supply Chain Financing, SME e-Solutions and SME Digital Journey.

This provides SME business owners with greater empowerment by making everyday business simple and convenient to run, thus allowing them to focus on growing their business and boost productivity,” he added.

In the next one year, RHB aims to introduce more business-friendly features on the SME e-Solutions which would enable SME business owners to make direct payments through FPX and DuitNow.

RHB will also be expanding tie-ups with new business solutions partners to include point of sale solutions, e-wallet operators, payroll providers and inventory management solutions.

Over the next three years, RHB targets to grant more than RM31 billion in new and additional financing which is expected to benefit approximately 18,000 SME business owners across Malaysia.

 

Dr Mahathir ‘Bersama’ Pasukan Avengers Di Pavilion, KL

Dalam kesibukan jadual kerja yang padat, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sempat meluangkan masa untuk berhimpun bersama dengan adiwira dunia ciptaan Marvel, pasukan The Avengers, di Pavilion, Kuala Lumpur

PERDANA Menteri berusia 93 tahun bersama isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, disambut oleh hampir keseluruhan anggota pasukan Avengers, antaranya Iron Man, Thanos, Thor dan Captain America.

Namun ia bukan bermakna negara sedang dilanda apa-apa musibah, malah adiwira yang menyambut kehadiran pemimpin nombor satu negara itu pun bukanlah pelakon filem sebenar, hanya kumpulan yang mengenakan kostum adiwira, yang dihimpunkan sempena majlis pelancaran buat julung kalinya pameran ‘Marvel Studios: Ten Years Hero Exhibition’ oleh adiwira negara, Dr Mahathir.

Dr Mahathir yang dibawa meninjau keseluruhan ruang pameran yang akan dibuka kepada orang ramai bermula esok sehingga 17 Oktober itu ketika diminta mengulas mengenainya berkata, kemajuan teknologi pembikinan filem ketika ini memang amat mengagumkan.

“Dulu kalau nak buat filem, kartun kena lukis dengan tangan, sekarang tak payah, boleh pakai animasi,” katanya.

Dr Mahathir yang menamakan Thor sebagai karektor kesukaannya berkata, beliau percaya pameran itu akan menarik kunjungan ramai, antaranya kerana ia menjelmakan karektor adiwira lengkap dengan kostum hebat masing-masing.

Pameran anjuran Walt Disney Company Southeast Asia bersama dengan Crave Alive and Beast Kingdom dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK itu berlangsung di tingkat 10, Pavilion, membawa pengunjung ke dunia pelbagai sensor Marvel Cinematic Universe, meraikan 10 tahun kemunculan filem-filem yang dihasilkan oleh Marvel Studios.

Bermula dengan filem Iron Man (2008), sehingga ke filem yang merekodkan kutipan pecah panggung tertinggi Avengers: Endgame (2019), semuanya yang dipaparkan menerusi 10 galeri di pameran itu, di samping menampilkan peralatan, kostum, serta konsep seni dari filemnya, dan pengalaman interaktif buat pengunjung.

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli pelbagai barangan eksklusif, seperti kemeja-T, beg, serta cendera hati untuk koleksi peribadi, dan juga barang-barang yang dijual buat pertama kalinya di Malaysia.

Bayaran masuk ialah RM48 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak. – Bernama

HeiTech Kekal Berdaya Tahan Mendepani Cabaran 2019

Menyusun semula operasi dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang strategik

HEITECH Padu Berhad (HeiTech) akan meneruskan langkah penyusunan semula operasi tahun ini dengan meningkatkan strategi perniagaan dalam usaha menjadikan syarikat itu lebih kukuh dan berdaya tahan.

Presiden dan Naib Pengerusi Eksekutif HeiTech, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib berkata, HeiTech akan terus maju ke hadapan dengan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama.

Beliau berkata, tiga bidang utama itu merangkumi strategi untuk terus mengukuhkan perniagaan ICT, terus menyokong perniagaan pelanggan melalui produk inovatif dan meneruskan penyediaan perkhidmatan berkualiti.

Strategi kedua adalah untuk memaksimumkan pulangan daripada syarikat-syarikat pelaburan dan strategi berikutnya adalah meneroka peluang perniagaan baru.

Semua strategi ini akan memastikan HeiTech terus mengekalkan momentum kewangannya
yang mencatatkan hasil sebanyak RM379.4 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dan memulihkan kerugian bersih sebanyak RM36.8 juta.

Hilmey berkata, industri ICT masih menjadi penyumbang utama hasil syarikat itu kerana masih banyak peluang yang masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam sektor berkenaan.

Katanya, satu laporan mengatakan perbelanjaan ke atas produk dan perkhidmatan ICT dijangka mencecah RM65.2 bilion pada 2019, peningkatan sebanyak 4.6 peratus daripada 2018 dan HeiTech berharap dapat merebut bahagian pasaran itu.

“Teknologi baru sentiasa tersedia dan mendapat permintaan pengguna di peringkat organisasi dan individu dan kami berusaha untuk mengekalkan kos pada tahap yang optimum dan mengekalkan penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan HeiTech ke-24 di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie hari ini.

Hilmey berkata, HeiTech juga berusaha untuk terus menjadi pemain ICT yang mampan untuk tempoh jangkamasa panjang dan ia mampu dicapai dengan memperhebatkan pembangunan modal insannya, menjalin perkongsian teknologi dan terus berinovasi serta mengekalkan komunikasi dua hala dengan kakitangan.

“HeiTech komited untuk menyediakan teknologi dan penyelesaian terbaik kepada pelanggan melalui pembangunan model perniagaan mampan, sistem, proses dan rantaian pengeluaran untuk mengurus dimensi ekonomi, sosial dan alam sekitar, dan menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab yang akan memastikan kemampanan kami.

“Kita sekarang berada dalam era digital dan matlamat kami adalah untuk menjadikan HeiTech sebagai rakan teknologi yang bertanggungjawab dan relevan dengan menyediakan
teknologi dan penyelesaian terbaik kepada para pelanggan sejajar dengan 17 matlamat
pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”.

Hilmey berkata, dalam era revolusi digital, agensi kerajaan dan organisasi swasta sedang
mencipta semula diri mereka untuk bergerak selari dengan revolusi ini dan HeiTech melihat
perubahan ini sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

“Hasrat kami adalah untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan perniagaan pelanggan
kami. Visi baru kami, “The Trusted Technology Partner to Enable Customers’ Vision”
mengesahkan komitmen kami untuk membantu para pelanggan sepanjang proses
transformasi mereka,” katanya.

Sementara itu, misi baru kami “Touching Lives with Innovative Solutions” menggambarkan usaha berterusan kami untuk menawarkan produk, perkhidmatan dan kepakaran terbaik kepada para pelanggan.

Bagi merealisasi visi dan misi ini, HeiTech disokong oleh warga kerja profesional khususnya
pakar-pakar ICT yang sentiasa bersedia memberikan penyelesaian dan perkhidmatan
berkualiti kepada para pelanggan.

Dalam konteks tanggungjawab sosial, HeiTech akan terus memainkan peranannya dalam mengembangkan dan memupuk bakat-bakat muda khususnya golongan graduan di bidang ICT melalui kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan.

Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) Untuk Pacu Ekonomi Pantai Timur

Sebanyak RM70 bilion pelaburan swasta baharu, menjana 120,000 pekerjaan baharu dan mewujudkan 60,000 peluang keusahawanan diantara 2018 dan 2025

KERAJAAN Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah melancarkan Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025) bagi memacu lonjakan seterusnya pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), yang bertemakan “Lonjakan Seterusnya” menggariskan strategi utama, projek-projek berimpak tinggi dan program-program inklusif berteraskan rakyat yang akan dilaksanakan di ECER bagi mengekalkan transformasinya menjadi rantau yang Distingtif, Dinamik dan Kompetitif menjelang tahun 2025 dan seterusnya.

Antara matlamat utama yang digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 menjelang tahun
2025 termasuk:

  • RM70 bilion pelaburan swasta baharu
  • 120,000 peluang pekerjaan dan
  • 60,000 peluang keusahawanan untuk rakyat

“Pelancaran EMP 2.0 adalah sebuah detik bersejarah. Dengan memanfaatkan asas kukuh yang dibina di atas pembangunan sosioekonomi ECER dalam tempoh sedekad lepas, EMP 2.0 dibangunkan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Melalui penyampaian projek dan program berimpak tinggi, rakyat akan terus menerima manfaat melalui peluang inklusif dan saksama untuk meningkatkan kualiti kehidupan melalui peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan di Wilayah ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat.

Pelan Induk ECER 2.0 telah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Pengerusi ECERDC, di Pejabat Perdana Menteri. Turut hadir ialah
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar
negeri-negeri di ECER, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut dilancarkan ialah Coffee Table Book bertajuk “Menyinari kehidupan, empower ECER untuk kemakmuran komuniti yang diterbitkan untuk memaparkan kejayaan transformasi peserta program empower ECER supaya mereka boleh menjadi contoh kepada rakyat bukan sahaja di ECER tetapi di seluruh negara.

Untuk memacu ECER ke hadapan dalam tempoh tujuh tahun akan datang, penekanan diberikan kepada Enam Inisiatif Strategik iaitu:

  • Meningkatkan produktiviti pekerja
  • Mempelbagaikan asas ekonomi
  • Memudahcara ekonomi skala
  • Menggerakkan tenaga kerja
  • Memanfaatkan kesalinghubungan
  • Menambahbaik pengupaya seperti jalur lebar ICT

Di bawah EMP 2.0, penekanan yang lebih besar akan diberikan untuk mempercepat kesediaan ECER untuk Industri 4.0, memandangkan kepentingan platform digital dalam membentuk ekonomi dan memacu inovasi di seluruh dunia.

ECERDC dengan kerjasama Technische Universitat Munchen (TUM), telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Asia untuk Teknologi Pintar (ACES) di Cybercentre yang terletak di Taman Teknologi Pahang (PTP).

ACES, yang dijangka berkhidmat sebagai hab pembangunan kemahiran untuk rakyat dan perusahaan dari Malaysia dan Asia Tenggara, akan melengkapkan kumpulan bakat tempatan serta perniagaan dengan pengetahuan Industri 4.0 bagi meningkatkan kebolehpasaran dan kecekapan.

Sementara itu, dua projek pencetus perubahan iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek peluasan Pelabuhan Kuantan, di Pahang dijangka memudahcara tarikan pelaburan dan meningkatkan mobiliti barangan dan rakyat.

ECRL akan membuka hab pelancongan baharu dan pembangunan berorientasikan transit di sepanjang jajarannya sementara peluasan Pelabuhan Kuantan di Pahang boleh menampung kemasukan kapal-kapal yang lebih besar sekaligus memperkukuhkan kedudukan ECER sebagai Gerbang ke rantau Asia Pasifik.

ECER kini juga bersedia untuk menyahut gelombang pertumbuhan dalam aktiviti berkaitan
logistik. Dalam hal ini, ECERDC telah mengenal pasti pemacu utama baharu iaitu “Logistik
dan Perkhidmatan” di bawah rangka kerja Pelan Induk ECER 2.0.

Pemacu utama baharu ini akan meningkatkan daya saing keseluruhan Wilayah ECER dengan mengenal pasti dan menangani isu-isu rantaian bekalan untuk pemacu ekonomi ECER yang sedia ada termasuk Sektor Pembuatan; Minyak, Gas dan Petrokimia; Pelancongan dan Perniagaan Tani.

Dalam pembangunan modal insan, ECERDC akan terus membangunkan dan menambahbaik program empower ECER, entrepreneur ECER dan Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) bagi meningkatkan lagi penglibatan belia dan wanita di dalam tenaga kerja, serta meningkatkan produktiviti di Wilayah ini, disamping membangunkan perusahaan mikro dan kecil menjadi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Penekanan juga akan diberikan kepada inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan dan membina kumpulan pekerja mahir. Usaha-usaha ini sangat kritikal bagi ECER untuk berubah kepada ekonomi berasaskan produktiviti dan mengelakkan penghijrahan keluar tenaga kerja.

“Lonjakan Seterusnya pasti membawa cabaran tersendiri tetapi tiada apa yang tidak dapat dicapai sekiranya semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, rakyat,
para pelabur dan pihak berkepentingan bersama-sama berganding bahu dalam fasa seterusnya ini,” kata Baidzawi.

Sepanjang 10 tahun yang lalu, transformasi sosioekonomi ECER dapat disaksikan apabila
sasaran pelaburan pada tahun 2020 sebanyak RM110 bilion berjaya dicapai tiga tahun lebih awal.

Sehingga kini, jumlah pelaburan swasta di ECER berjumlah RM115.6 bilion, sebanyak 164,500 peluang pekerjaan diwujudkan dan kira-kira 38,000 usahawan telah berjaya dibangunkan.

Honda Malaysia Opens Its First 3S Centre In Bintulu, Sarawak

Honda Malaysia registered over 38,800 units and had a total of over 567,200 service intakes for the first five months

HONDA customers in Bintulu are now able to enjoy more convenience and easier accessibility with the opening of the new Honda 3S Centre by Kemena Auto Sdn Bhd (Kemena Auto).

Located in the central region of Sarawak, the opening of this new Honda 3S Centre is in line with one of the key strategies in Honda Malaysia’s business direction this year, which is strengthening dealership network across the nation.

Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Toichi Ishiyama said, “East Malaysia is a region with growing potential and great opportunity, which has made it an important market for Honda Malaysia.

The East Malaysia expansion started four years ago and currently we have 13 dealerships in East Malaysia with seven of them located in Sarawak. As the only dealership in Bintulu, we strongly believe that Kemena Auto will provide outstanding sales and after-sales services to our customers in this area.”

 

Kemena Auto has invested RM11 million in this new Honda 3S Centre which sits on a 43,560 square-foot land and is equipped with the latest facilities adhering to Honda standard. The facility includes a total of 10 bays, comprising 6 Service Bays, 3 General Repair Bays and 1 Tyre Service Bay that can accommodate up to 40 cars per day.

Aligned with Honda’s effort to provide maximum convenience and enjoyable experience, Kemena Auto Honda 3S Centre has made available a variety of amenities including comfortable lounges, complimentary Wi-Fi services, Kid’s Corner, free flow of food and beverage as well as Surau.

Customers can also enjoy car wash service, road tax renewal and insurance coverage renewal services in this new Honda 3S Centre.

“On Honda Malaysia’s sales performance, there were more than 38,800 units registered as of May 2019. With this encouraging overall sales performance, I am pleased to note that Honda Malaysia has maintained its position as the No.1 brand in Non-National segment and No.2 in overall TIV as of May 2019.

From the overall vehicle registrations recorded, the City contributed the highest at 33%, followed by the HR-V at 21% and the CR-V at 14%,” added Ishiyama.

The East Malaysia region has contributed substantially to the Honda Malaysia total sales and registrations by 6% or over 2,300 units as at May 2019. State-wise, Honda Malaysia has sold more than 1,300 units in Sarawak, contributing 60% to the total sales of this region.

The growing sale in East Malaysia is attributed by the advanced model offered by Honda Malaysia. Launched in January 2019, the New HR-V received positive acceptance by the customers in East Malaysia with more than 680 units sold in this region, translated to 30% of the East Malaysia overall sales.

The Honda Malaysia service intakes have risen as well in tandem with the continuous growth in sales. The total service intakes of Honda Malaysia for the first five months this year stood at more than 567,200 units, a 12% increase from the service intakes in the same period last year.

At the same time, East Malaysia region recorded over 33,800 service intakes, or 6% of the total service intakes.

This year, Honda Malaysia aims to offer the ‘Customer Satisfaction and Beyond’ by heightening customer service standard. By working closely with all their dealership partners, Honda Malaysia is confident that all Honda customers will be able to enjoy high-quality service experience in their dealerships that will further elevate customer satisfaction.

Michelin Perkenalkan Tayar Baharu ‘Michelin Energy XM2+

Michelin, syarikat pengeluar tayar terkemuka dunia baru-baru ini memperkenalkan tayar Michelin Energy XM2+ yang hadir dengan slogan: “Your Stopping Superpower”.

PENGENALAN tayar itu menyasarkan golongan belia serta pengguna yang celik dalam aspek kewangan, MICHELIN Energy XM2+ ialah pilihan yang ideal untuk kereta penumpang bersaiz kecil dan sederhana kerana ia didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan dan prestasi luar biasa.

Dirumus untuk menjangkaui keupayaan generasinya yang terdahulu bagi operasi pembrekan dalam keadaan basah, MICHELIN Energy XM2+ menawarkan tahap keselamatan yang terunggul sepanjang kitaran hayatnya.

Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Pascal Nouvellon berkata, tayar itu melihatkan penambahbaikan yang diterapkan dalam produk ini berbanding iterasi yang terdahulu – MICHELIN Energy XM2, yang telah menduduki pasaran di tempat teratas selama 8 tahun secara berturut-turut.

Prestasi yang dibawakan oleh tayar ini dirumus untuk memenuhi keseluruhan kitaran hayatnya serta Kuasa Pemberhentian atau “Stopping Superpower” tayar ini dapat dipelihara di tahap yang tinggi walaupun tayar tersebut digunakan berulang kali untuk jangka masa yang lama.

Ia sejajar dengan slogan kempen MICHELIN Energy XM2+ yang menegaskan bagaimana “Stopping Superpower” tayar ini dapat memelihara tahap keselamatan dan keyakinan pengguna di atas jalan raya sepanjang masa.”

Melalui penggunaan kompaun getah silika 100% yang baharu, MICHELIN Energy XM2+ menawarkan keupayaan jarak pembrekan lebih pendek dalam keadaan basah, iaitu 1.5 meter menerusi penggunaan tayar baharu, dan 2.6 meter dengan tayar terpakai, angka-angka ini dibandingkan dengan bacaan purata yang dicatat oleh pengeluar tayar premium yang lain*.

Tayar ini juga menawarkan jumlah perbatuan (mileage) yang lebih tinggi**, iaitu sebanyak 25% berbanding tayar-tayar yang diperkenalkan oleh pesaing-pesaing premium yang lain.

“Simbol ‘+’ pada permukaan sisi tayar ini menandakan ia dilengkapi dengan kompaun getah yang dinaik taraf, membuktikan daya pembrekan yang lebih hebat dibekalkan oleh MICHELIN Energy XM2+ berbanding generasi tayar yang sebelum ini.

Produk ini juga mengekalkan tanda ‘X’ Hijau yang dibawa daripada iterasi produk terdahulu untuk menandakan penjimatan bahan api yang dapat dikecapi dengan tayar ini secara optimum. Kami berharap kombinasi antara aspek keselamatan yang diperkayakan ini serta nilainya dari segi harga akan menarik perhatian pengguna-pengguna muda,” ujar Nouvellon.

Di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan MICHELIN Energy XM2+ terbaharu di TYREPLUS serta wakil-wakil pengedar bertauliah MICHELIN di seluruh negara menerusi 32 saiz yang berbeza, dari diameter bersaiz 14 hingga 16 inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.michelin.com.my.

Post Menarik