Perodua telah melancarkan Perodua Myvi generasi ketiga di Mauritius yang ditawarkan dalam varian 1.3 G AT dan 1.5 H AT, dengan harga masing-masing 699,000 (RM81,300*) dan 775,000 (RM90,140*) Rupee Mauritius, atas jalan termasuk insurans.
PENGEDAR tempatan, Raouf Dusmohamud & Co Ltd, telah mempamerkan Perodua Myvi di Defi Media Motor Show yang berlangsung di Swami Vivekananda International Conference Centre pada hujung minggu yang lalu.
“Perodua Myvi generasi ketiga ini telah diterima baik di Malaysia dan kami percaya rakyat Mauritius akan tertarik kepada ciri-ciri yang terdapat pada model ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Perodua berhasrat untuk mengeksport 3,270 kenderaan pada 2019 – peningkatan sebanyak 50% berbanding 2,184 unit tahun lepas. Setakat tahun ini, kami telah menjual lebih 1,600 unit di luar Malaysia dan melancarkan Myvi dan Axia masing-masing di Singapura dan Seychelles.
“Penampilan sulung Myvi di Mauritius akan mendekatkan kami kepada sasaran eksport akhir-tahun kami dan secara tidak langsung meningkatkan jenama Perodua di peringkat antarabangsa, memandangkan Mauritius terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular,” katanya.
Perodua Myvi mempunyai kecekapan bahan api melebihi 20 km/l dan memegang penarafan keselamatan penuh ASEAN NCAP lima bintang. Gaya yang unik, ruang dalaman yang menakjubkan serta ciri-ciri pintar dan praktikal digabungkan dengan kualiti tinggi untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pemandu serta penumpang.
“Dilengkapi dengan lampu LED, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, Bluetooth, empat atau enam beg udara, serta kawalan kestabilan yang terdapat pada kedua-dua varian, Myvi baharu merupakan kenderaan canggih yang dinanti-nantikan oleh rakyat Mauritius,” kata Pengarah Urusan Raouf Dusmohamud & Co Ltd, Raouf Dusmohamud.
“Kami menawarkan servis percuma sehingga 30,000 km bagi Myvi, dan kini kami juga memanjangkan tawaran yang sama kepada setiap pembelian model-model Perodua kami yang lain, iaitu Alza, Axia dan Bezza,” katanya.
Mauritius adalah pasaran eksport ketiga bagi Myvi generasi ketiga selepas Indonesia (di mana ia dijual sebagai Daihatsu Sirion) dan Singapura.
Negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi itu merupakan antara pasaran luar negara Perodua yang paling lama. Hampir 2,400 kenderaan Perodua telah dijual di sana sejak 1996, termasuk Kancil, Rusa, Kembara, Kenari, Kelisa, Myvi generasi pertama dan kedua, Viva dan kini Alza, Axia dan Bezza.
* Pertukaran matawang Rupee Mauritius kepada Ringgit Malaysia ketika siaran media dikeluarkan.
Lanjutan usahasama mantapkan lagi komitmen kepada pasaran dan pelanggan Malaysia
MoneyGram (NASDAQ: MGI), penyedia perkhidmatan global bagi pemindahan wang dan pembayaran yang inovatif, telah melanjutkan usahasama dengan EZ Money, rakan ejen terbesarnya di Malaysia, sehingga 2024.
Pembaharuan kontrak itu menjamin kesediaan perkhidmatan MoneyGram di semua cawangan dan lokasi ejen EZ Money.
“Selama 10 tahun, kami telah menjalin hubungan baik dengan EZ Money bagi memudahkan penghantaran dan penerimaan wang dari seluruh pelosok dunia untuk para pelanggan kami di Malaysia,” kata Yogesh Sangle, Ketua Asia Pasifik & Asia Selatan, MoneyGram.
Komitmen untuk rantau ini kekal mantap dan tidak berubah, dan kami berbangga untuk meneruskan usahasama dengan EZ Money sejajar dengan fokus kami terhadap kebolehsampaian, kemudahan dan keterlibatan kewangan bagi masyarakat dalam pasaran penting ini.
Sejumlah besar pelanggan EZ Money yang menggunakan MoneyGram untuk menghantar wang adalah pekerja asing di Malaysia Timur. Dengan pembaharuan kontrak ini, EZ Money akan melancarkan program ejen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) di Malaysia Barat bersama organisasi-organisasi runcit besar dan entiti-entiti lain.
EZ Money akan terus memperluaskan perniagaannya untuk menawarkan penyelesaian mudah kepada para pelanggan di seluruh Malaysia, berikutan pemeteraian perjanjian kerjasama induk baru-baru ini dengan MBE Business Corporation Sdn.Bhd., rangkaian francais terbesar di dunia untuk penghantaran runcit, pos, percetakan dan pusat perkhidmatan perniagaan, bagi menyediakan perkhidmatan kiriman wang di semua lokasi MBE yang turut serta di Malaysia Barat.
“EZ Money amat berbangga menjadi Pemegang Lesen Utama MSB Kelas A yang boleh dipercayai. Kami sentiasa berusaha membantu pelanggan kami yang terdiri daripada pelbagai golongan untuk mengekalkan hubungan kewangan mereka dengan orang tersayang,” kata Lim Ching Seng, Ketua Pegawai Eksekutif EZ Money.
Mengenai MoneyGram International, Inc
MoneyGram adalah peneraju global dalam pemindahan wang dan perkhidmatan pembayaran saluran omni (omnichannel) yang membolehkan rakan dan ahli keluarga mengirim wang secara selamat, dengan bayaran berpatutan, dan mudah bagi memenuhi keperluan harian di lebih 200 buah negara dan wilayah.
Platform MoneyGram yang inovatif memanfaatkan rangkaian digital dan fizikal, enjin penyelesaian kewangan global, infrastruktur berasaskan awan (cloud-based) dengan API bersepadu, dan program pematuhan unggul yang menerajui industri ini dalam melindungi pengguna.
Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meraih tiga pengiktirafan sempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEPA) 2019 atas sumbangannya terhadap pertumbuhan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di Malaysia.
PADA majlis berkenaan, Bank Islam menerima pengiktirafan untuk kategori Best Customer Experience (Direct Debit), Best Direct Debit Bank dan Best FPX Bank.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, pengiktirafan Best Customer Experience (Direct Debit) buat kali kedua, susulan kemenangan pertama pada 2017, adalah bukti usaha berterusan Bank Islam untuk berada di barisan hadapan sektor perbankan digital di Malaysia.
“Bank Islam terus berazam meneruskan perjalanan Tranformasi Digital kami dengan mengambil kira perubahan dan membawa teknologi ke dalam penyelesaian-penyelesaian berasaskan Shariah yang mana merupakan sebahagian daripada aspek penting dalam mencapai pertumbuhan yang mampan.
Memberikan perkhidmatan yang seiring dengan trend digital semasa akan mempertingkatkan pengalaman perbankan pelanggan untuk melaksanakan transaksi perbankan mereka dengan selamat dan lancar. Ia juga merupakan satu keutamaan strategik bagi kami untuk melaksanakan usaha-usaha mewujudkan nilai,” katanya.
Anugerah-anugerah yang diterima Bank Islam telah disampaikan oleh Penolong Gabenor, Adnan Zaylani Mohamad Zahid kepada Mohd Muazzam di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada 31 Julai lalu.
MEPA adalah satu acara tahunan anjuran Payments Network Malaysia (PayNet) yang memberi pengiktirafan terhadap pencapaian terbaik bank, perniagaan dan agensi-agensi kerajaan yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan sektor e-pembayaran di Malaysia.
Baru-baru ini Bank Islam telah berada pada kedudukan teratas senarai liga Sukuk Global Bloomberg buat kali pertama pada separuh pertama tahun ini, melonjak daripada aras ke-27 (setakat akhir 2018). Ia meraih 17.31% bahagian pasaran Sukuk Global, setelah berjaya menguruskan urusniaga-urusniaga utama yang menjana nilai sukuk berjumlah AS$5.15 bilion (RM21.01 bilion).
Buat kali pertama, Bank Islam juga telah mendahului senarai liga Pasaran Modal Malaysia Bloomberg bagi kategori Penerbitan Bon dan Sukuk Islam Ringgit Malaysia, masing-masing menguasai 34.71% dan 38.28% pasaran, setakat 30 Jun 2019.
Muazzam berkata, pihaknya berbesar hati kerana dipilih untuk menerima penghormatan ini. Ia tentunya tidak dapat dicapai tanpa sokongan dan usaha keras warga kerja Bank Islam, serta kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan.
“Kami akan terus berusaha untuk menyampaikan produk-produk kewangan dan perkhidmatan patuh Shariah yang relevan dan inovatif bagi memenuhi keperluan para pelanggan kami,” katanya.
Kenderaan yang meliputi 95% bahan boleh dikitar semula menyerlahkan kelestarian serba mewah bagi mereka yang cakna terhadap alam sekitar.
SEMAKIN ramai pemilik kenderaan warga Malaysia yang memupuk gaya hidup lestari, dan BMW Malaysia sedang memastikan mobiliti sentiasa menjadi sebahagian daripadanya menerusi BMW i.
Tidak asing dengan elemen kelestarian, jenama BMW i menzahirkan kelestarian mewah bagi individu-individu yang semakin cakna terhadap kesihatan alam semula jadi.
Bagi warga Malaysia, ia telah menjurus kepada pengenalan jentera BMW i3s yang sulung ini – sebuah kereta yang dibangunkan daripada usul konsep untuk merangkumkan bahan semula jadi, bahan boleh dikitar semula, serta bahan yang telah dikitar semula.
BMW i3s dirumus khas untuk memastikan kuota konsisten yang merangkumi 95% bahan boleh dikitar semula dikecapi, terutamanya bagi bahan-bahan melibatkan aluminium dan kuprum yang tidak boleh dikitar semula.
Permukaan interior diperbuat daripada 80% bahan boleh dikitar semula, bahan natural, termasuk bahan yang telah dikitar semula. Mengimbas ke seksyen hadapan, panel instrumen yang menawan dapat dilihat oleh pengguna, ia diperbuat daripada kayu eucalyptus berliang terbuka yang dituai dengan kaedah yang tertib.
Permukaannya yang berciri kalis lembapan bermakna ia memerlukan tahap pemprosesan permukaan yang jauh lebih rendah, iaitu sebanyak 90% berbanding material kayu konvensional.
Pada tahun 2013, BMW Group muncul sebagai pengeluar automotif yang pertama mengguna pakai kayu eucalyptus yang didapatkan daripada 100% kayu yang diiktiraf dari pengurusan perhutanan yang bertanggungjawab.
Pelapik pintu (door lining) dan pelitup panel instrumen kenderaan ini, yang biasanya diperbuat daripada bahan plastik berasaskan petroleum sebaliknya digantikan dengan gentian kukuh daripada tumbuhan Kenaf, sejenis tumbuhan berasal daripada keluarga Malvaceae, yang mampu menukar jumlah karbon dioksida yang banyak kepada oksigen ketika fasa pertumbuhannya.
Ia bukan sahaja mengurangkan jumlah berat jentera ini secara signifikan, malah struktur badannya yang mempesonakan juga menyingkirkan keperluan pelekapan, lantas menyumbang kepada elemen kelestarian yang dibawakan oleh reka bentuk BMW i3s.
Bersama sebuah agensi pembangunan – Deutsche Gesellschaft für internationale Zusammernarbeit – BMW Group telah melatih sekitar 1,000 petani kenaf tempatan untuk menjamin aktiviti penuaian yang lestari bagi bahan semula jadi ini.
Kenaf Plant
Tempat duduk jentera BMW i3s yang pertama merungkaikan bahan kulit yang diperangkan secara natural dengan ekstrak daun zaitun. Melalui proses yang tertib, daun-daun ini didapatkan daripada hasil tuaian zaitun di selatan Eropah, ia mengelakkan pembaziran skala besar melibatkan bahan-bahan semula jadi.
Material kulit tersebut yang diperangkan dengan halus juga membentuk sebuah kemasan empuk, ia menzahirkan aroma kesegaran pada tempat duduk jentera ini, meregulasikan kelembapan serta suhu untuk memperkayakan keselesaan yang dapat diamati ketika pemanduan.
Bahan poliester dikitar semula 100% dijadikan sebagai fabrik untuk menghiasi interior BMW i3s. Material ini, yang meliputi 34% bahan yang didapati daripada botol PET, akan melalui proses inovatif melibatkan pencairan pelet PET untuk membuat fabrik yang bukan sahaja sedap untuk disentuh dan dilihat, malah tahan lasak.
Examples of Current and Future Recyclates and Renewable Materials
Bahan ini kemudiannya digunakan untuk membuat pelapik tempat duduk, kemasan lantai dan bumbung serta hamparan kaki, menggantikan sebanyak 25% bahan sintetik termoplastik yang digunakan dalam kenderaan konvensional.
Pada penghujung jangka hayatnya, sebahagian besar BMW i3s dikitar semula untuk meregulasikan penggunaan bahan semula jadinya dengan lebih baik, dan pada masa yang sama, memastikan pembaziran alam sekitar dan ekonomi berada pada paras yang terendah.
Pusat kitar semula syarikat ini, BMW Recycling and Dismantling Centre (RDC) di Munich mengitar semula lebih daripada 7,500 kenderaan setiap tahun, ia mencerminkan sebuah contoh peranan yang dimainkan dengan jelas dalam industri automotif.
Selain daripada tugasan menganalisis konsep kitar semula yang baharu, RDC juga bekerjasama dengan institusi-institusi penyelidikan untuk membangunkan teknologi kitar semula yang lebih baik.
Dengan visi yang berpaksikan mobiliti masa hadapan, BMW i bersedia untuk mengharungi segala cabaran sementara ia mencorakkan laluan ke hadapan dengan membawakan aspek kelestarian dalam kenderaan elektrik bagi segmen premium.
Bermula dari produksi sehingga fasa peleraiannya, jenama BMW i didorong oleh kelestarian dan pendekatan untuk memastikan industri ini mendepani arus kemajuan dengan memastikan kesihatan alam sekitar kita terjamin.
This BMW i3 is Half Covered with Sea-Plastic Granulate
Pemilik BMW i3s yang pertama ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:
Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
Servis Dalam Talian oleh BMW
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW) BMW i3s yang pertama ialah:
August is a special month for all BLINKs! To celebrate the birthday of BlackPink, Samsung Malaysia Electronics has brought in the Galaxy A80 | Watch Active | Buds BlackPink Edition, a special gift thoughtfully prepared for all BlackPink fans!
AS much as BLINKs are obsessed with their idols, they will definitely be obsessed with the BlackPink edition of the Samsung Galaxy A80 and its bundle!
Well known for its rotating camera mechanism, the Galaxy A80 | Watch Active | Buds BlackPink Edition will give BLINKs more reasons to record the dynamic performance of BlackPink.
If you are wondering what is so unique about this limited edition set – as the name suggests, it comes with a special box that resembles a BlackPink album cover. The bundle also contains a series of BlackPink special edition products, in black and pink colour, which include:
BlackPink Samsung Galaxy A80 (with the embedded BlackPink themed stickers)
BlackPink Samsung Galaxy Watch Active
BlackPink Samsung Galaxy Buds
With only a limited 300 bundles available, you will not want to miss this special offer. The pre-order of the Galaxy A80 | Watch Active | Buds BlackPink Edition starts from 1st until 4th August 2019, retailing at only RM3,899!
Hurry, while stocks last! Visit our exclusive online partners Lazada and Shopee (limited stocks available at each site) to grab yourself the Galaxy A80 | Watch Active | Buds BlackPink Edition!
Taman Tema Lost World of Tambun, Ipoh Perak mencatat sejarah tersendiri apabila ukiran bongkah ais sepanjang 60 meter dengan pelbagai elemen tarikan diiktiraf sebagai rekod ukiran ais terpanjang dalam Asia Book of Records.
KESEMUA ukiran yang mengambil masa 26 jam untuk disiapkan itu diberikan pengiktirafan kerana berjaya memenuhi syarat agar bentuk ukiran dikekalkan sekurang-kurangnya selama dua jam selepas kerja-kerja bermula pada jam 7.15 petang sehingga selesai pada 9.15 malam.
Ukiran yang dihasilkan termasuk haiwan seperti kuda dan pelbagai jenis burung yang terdapat dalam ‘petting zoo’, selain kolam air panas dan permainan air serta bentuk tiang taman tema itu.
Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata, impian untuk mengukir nama dalam Asia Book of Records mula timbul kira-kira setahun lalu dengan tujuan memberi latihan kepada pelajar jurusan kulinari menerusi aktiviti ukiran ais.
“Daripada idea tersebut, kita mulakan usaha termasuk kajian dan akhirnya kita berjaya kumpulkan kira-kira 25 pengukir ais senior, 25 pengukir ais amatur dari seluruh negara yang dibantu oleh 67 pelajar dari Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar.
“Ini satu pengalaman yang amat mencabar kerana selain cuaca yang panas di sini juga ada kolam air panas dan kita perlu mengekalkan bentuk ukiran ais itu sekurang-kurangnya dua jam namun dengan bakat yang ada pada pasukan kita berjaya laluinya,” katanya.
Sijil Asia Book of Records disampaikan oleh wakilnya, Evelyn Kuppa dan Grace Kuppa.
Selain Lost World of Tambun dan Nurul Nuzairi, turut mendapat sijil Asia Book of Records adalah tiga cef yang mengetuai pasukan pengukir iaitu cef Sabri Hassan, cef Ahmad Tarmizi Ismail dan cef Harun Jalil.
Sabri ketika ditemui menyifatkan kejayaan memahat nama Lost World of Tambun dalam Asia Book of Records itu merupakan satu kebanggaan.
“Ini adalah pertama kali (ukiran ais terpanjang) dilakukan dan mendapat pengiktirafan Asia Book of Records… ini semua untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 250 bongkah ais digunakan dengan berat setiap satu dianggar 100 kilogram untuk menghasilkan ukiran dengan ketinggian struktur utama kira-kira 3.9 meter. -Bernama
Bold move pays off at Bandar Bukit Raja Semi-detached lakeside homes record good 72% take up on Spotlight 8 campaign’s weekend launch
LAMAN Lakeside, Bandar Bukit Raja’s first semi-detached and lakeside homes, achieved a 72% take up when it was unveiled to the public last weekend.
Laman Lakeside, a low-density development of 24 semi-detached homes, is part of Sime Darby Property’s Spotlight 8 campaign and the second residential product launched within the month of July at this township after Kyra (freehold 20’x 75’ double-storey link homes), which was launched on 13 July 2019.
Kyra achieved an overwhelming take up rate of 86% to date. Spotlight 8 offers customers the opportunity to purchase Sime Darby Property’s wide range of properties via the Weekend Superdeals and New launches across all our townships in Klang Valley, Negeri Sembilan and Johor.
Spotlight 8 runs from 13 July to 29 Sept 2019, with Superdeals and New Launches happening every weekend throughout the campaign period.
The campaign features four new freehold property launches, three landed and one strata development, in strategic locations within the Klang Valley and weekend Superdeals, where special sales package will be offered on a wide range of selected properties in our townships.
The next Superdeals from Spotlight 8 is happening on 3 – 4 August 2019 at KL East, offering freehold residential units at The Ridge, The Véo and Serini Melawati, with additional rebates from RM91,000*. Flexi-office suites are also available at the Melawati Corporate Centre.
Laman Lakeside, located in the award-winning integrated and self-contained township of Bandar Bukit Raja in Klang, comprise 24 units of freehold 40′ x 80′ and 40′ x 90′ double-storey semi-detached homes located along a waterfront with a built up area from 3,106 sq ft.
Designed for space, comfort and flexibility, the homes are equipped with alarm systems, located within an enclave for privacy with a single entrance & exit and located in a secure community. Laman Lakeside homes start from RM1.5 million.
Sime Darby Property General Manager Ir. Mohd Idris Abdullah said, “Launching a property with a price tag starting from RM1.5 million is a bold move, especially for Bandar Bukit Raja which is known for its affordable to mid-range priced products.
“But response we received shows that demand exists for luxury homes at the township. We know that this is due to the exceptional living experience offered by Bandar Bukit Raja and its connectivity to key locations around the Klang Valley.
“The addition of Laman Lakeside is to diversify our offerings at Bandar Bukit Raja, fulfilling the various demands of the property market,” Idris added.
Carrying the hallmarks of quality homes, Laman Lakeside incorporates the BBR Home Design Principles that creates liveable homes with natural ventilation and lighting, in
harmony with nature and a multi-generational living concept.
For the first time in Malaysia, consumers can enjoy a new form of mobility with the introduction of ‘Renault Subscription’.
OFFERING freedom and flexibility, ‘Renault Subscription’ allows customers to break away from long-term loan tenures, rigid lock-ins and concerns about vehicle depreciation costs for as low as RM43 per day.
Switch Plan
Both of the core Renault models are available – the versatile Renault Captur lifestyle crossover and the premium flagship Renault Koleos D-segment SUV.
‘Renault Subscription’ offers customers a choice of two plans – Fixed and Switch. Customers who opt for the more structured Fixed Plan can enjoy the Captur from as low as RM1,299 a month and the Koleos from RM2,299 a month.
Alternatively, customers can choose to go with the highly flexible Switch Plan. A first in Malaysia, the ‘Renault Subscription’ Switch Plan offers ultimate freedom with no lock-in, providing more value-add that consumers are looking for.
Fixed Plan
Under this plan, subscribers can conveniently switch between both Renault models, for as low as RM1,999 per month, depending on their needs.
As a first in the market, the closest comparison for ‘Renault Subscription’ would have to be traditional leasing. However, ‘Renault Subscription’ is different from traditional leasing schemes in offering the following benefits:
No long-term and expensive fixed terms
Highly competitive rates and flexibility to encourage customers to try out different Renault models
Freedom to switch between different Renault models for durations of customer’s choosing, with no lock-ins or penalties (via Switch Plan)
All-inclusive costs and peace-of-mind knowing that road tax, insurance and regular maintenance is covered in the package. Switch subscribers are also covered for wear and tear with unlimited mileage, while an annual mileage cap of 20,000 km will apply to customers under the Fixed Plan
Additional savings with zero down payment and no interest rates commonly associated with hire purchase loans
Depending on the plan selected, there will be a security deposit of RM2,500 or RM3,500, which is refundable. For a limited time only, customers who subscribe will receive a one-month free subscription for the Fixed two-year plan.
In today’s landscape of changing consumer behaviour, many people are not looking for long term commitments. ‘Renault Subscription’ offers customers a unique solution to these concerns while offering them the opportunity to drive a technologically-advanced and stylish Continental model, without high upfront costs of down payments and interest rates.
At just one low monthly fee, the subscription model also reduces the possibility of ‘surprise costs’ that may come about from owning and maintaining a vehicle.
Additionally, consumers are now able to have the freedom of changing to a brand-new model every two to three years, depending on their subscription preference.
For more information about Renault in Malaysia and ‘Renault Subscription’, please visit www.renault.com.my.
In celebration of the country’s 62nd year of independence, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) is offering customers who book a Volkswagen model in the month of August, an additional “Merdeka Voucher” worth RM1,000.
This “Merdeka Voucher” is for all Volkswagen models, in addition of ongoing promotions, and is applicable for all booking made from now till 31 August 2019 (subject to terms and conditions while stocks last).
The list of models and savings are listed below:
Model
Savings up to
Additional
Polo
RM4,000
RM 1,000
Merdeka Voucher
Vento Comfortline
RM10,000
Vento Highline
RM6,000
Golf R-Line
RM2,000
Beetle Sport
RM5,000
Tiguan Highline
RM2,000
Passat Comfortline
RM15,000
Passat Highline
RM4,000
There is also the ongoing promotion on the Tiguan and Passat range, which currently comes with an extension of the three-year free maintenance up to five-year free maintenance with a low interest rate of 1.88% per annum for new car buyers before 31st December 2019.
Savings
Tiguan
Passat
1.88% low interest rate
RM7,700
RM8,600
5 Years Free Maintenance
RM 6,100
RM 6,500
Merdeka Voucher
RM1,000
Total savings
RM 14,800
RM 16,100
All Volkswagen cars come with 3 years free maintenance, 5 years unlimited mileage warranty and 5 years roadside assistance.
Ongoing Aftersales Promotions
Shock Absorbers
Existing owners can enjoy a complimentary check at Volkswagen service centres, while those who are due for an absorber change will receive additional 20% discount off the retail price. This discount is applicable on genuine Volkswagen shock absorbers and coil springs.
Tyres
As part of the ongoing tyre promotion which has been extended till the end of the year, enjoy low high-quality durable tyres from as low as RM184 and get additional benefits such as free installation, alignment and balancing depending on the different tyre packages.
Battery
Those in need of a battery change will receive 20% discount off new batteries starting from RM365 (depending on model), under the ongoing battery promotion, which has also been extended till the end of the year.
Celcom Axiata Berhad mengumumkan perkhidmatan internet gentian optik berkelajuan tinggi, sebagai tambahan kepada perkhidmatan tanpa wayar tetap bagi kediaman di seluruh Malaysia.
CELCOM Home™ menawarkan perkhidmatannya ke seluruh negara dengan menyasarkan penyediaan perkhidmatan hubungan internet berkelajuan tinggi melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar.
Ini seterusnya memperkasa gaya hidup digital bagi komuniti bandar dan luar bandar, sejajar dengan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Nasional (NFCP) yang menyasarkan liputan jalur lebar pada aras minima 98% di kawasan penduduk dengan kelajuan minima 30Mbps menjelang 2023.
Melalui teknologi gentian optik, Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di seluruh negara dengan internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 100Mbps pada harga RM120 sebulan, dan 30Mbps dengan harga RM80, yang semestinya memuaskan bagi penstriman video dengan definisi tinggi ultra, atau kualiti 4K.
Celcom Home Fibre™ boleh dilanggani di mana-mana cawangan bluecube dan Celcom certified partners, dengan perkhidmatan pemasangan yang mudah dan mengikut kesesuaian pelanggan.
Pelanggan juga boleh memilih perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar Celcom, yang dijana oleh rangkaian 4G Celcom, iaitu – Celcom Home Wireless™. Ia dibangunkan secara unik bagi kegunaan di kediaman, dan membolehkan hubungan internet berkelajuan tinggi di kediaman dengan kaedah “plug and play”, tanpa perlu merosakkan dinding.
Celcom Home Wireless™ mampu menghubungkan sehingga 64 peranti dalam satu masa, dengan kelajuan purata 30 Mbps, dan pastinya menjadi pilihan yang sempurna
bagi kediaman yang tidak mempunyai perkhidmatan gentian optik dan juga alternatif terbaik kepada teknologi tembaga.
Pelanggan boleh terus memasang Celcom Home Wireless™ selepas mendaftar dan dapat menstrim filem-filem dengan definisi tinggi ultra melalui saluran seperti Netflix, Astro Go, Tonton dan lain-lain, dengan data Video Walla™ sehingga 1,000GB. Pelanggan juga boleh menikmati muzik terkini dengan data Music Walla™, serta bermain permainan video atau melayari internet dengan keselesaan kediaman masing-masing.
Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom Home™ merupakan perkhidmatan internet kediaman berkelajuan tinggi yang memberi pelanggan pengalaman digital yang optimum di rumah mereka sendiri melalui teknologi gentian optik dan tanpa wayar yang begitu lancar.
“Tawaran kami menyediakan kelajuan yang bersesuaian bagi sebarang tujuan penggunaan digital seperti penstriman video 4K, panggilan video, permainan dan banyak lagi. Kami telah dinobatkan oleh Opensignal sebagai Nombor 1 di Malaysia bagi Ketersediaan Rangkaian 4G dan Pengalaman Kelajuan Muat Naik baru-baru ini.
Oleh itu, liputan LTE kami dengan 9,000 menara pemancar yang menjangkau 94% populasi rangkaian di seluruh negara, dan melebihi 98% di beberapa negeri, akan dapat
melengkapi perkhidmatan gentian optik yang terbaru ini.
Melalui teknologi hujung ke hujung seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain, kami yakin akan dapat menyediakan hubungan internet dan pengalaman digital bagi kediaman di seluruh Malaysia.