Utama Blog Halaman 827

Pelanggan Raya Nissan Dihadiahkan Dengan Kerusi Urut Gintell Despace Star

Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang bertuah dengan sebuah kerusi urut GINTELL DéSpace Star bernilai RM13,988 setiap satu untuk kempen ‘Festive Bonanza Hari Raya’.

Para pemenang bertuah itu merupakan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan sepanjang kempen ini berlangsung dari Mei hingga Jun 2019.

Senarai pemenang yang datang dari pelbagai rantau di Malaysia adalah seperti berikut:

NAMA MODEL NISSAN YANG DIBELI
Anis Ismarini Binti Ismail @ Ibrahim X-Trail 2.0L
Muhammad Zaky Bin Ab Alim Serena 2.0L S-Hybrid
Chow Huey Ling X-Trail 2.0L Hybrid
Chee Soon Beng Serena 2.0L S-Hybrid
Cheah Weng Sang X-Trail 2.0L
Syaiful Azlan Bin Shafiee Navara 2.5L
Mahavisnam A/L Rajoo Navara 2.5L
Rosliza Binti Hassan Navara 2.5L
Muhammad Saifuzan Bin Sapili Navara 2.5L
Aniq Irsyaduddin Bin Johari Almera 1.5L

 

Sebagai tambahan, mereka layak untuk menyertai peraduan utama ‘Beli Kereta Menang Rumah’*, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah pangsapuri servis 2+1 bilik baharu bersama dua ruang parkir bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur.

Peraduan ini merupakan satu kerjasama unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad. Peraduan utama ‘Beli Kereta Menang Rumah’* bermula dari 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, dan pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Nissan di antara tempoh ini layak menyertai kemasukan peraduan.

Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ pada dua hujung minggu dari 13 hingga 15 September dan 20 hingga 22 September 2019 masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih di seluruh negara.

Anda boleh merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik Nissan LEAF serba baharu yang paling laris di dunia, memenangi pelbagai hadiah menarik dan menyertai banyak aktiviti menyeronokkan seperti Pengalaman Menikmati Virtual Reality Tech Drive. 

Tarikh dan lokasi Karnival Nissan ‘Electrifying Drive’ adalah seperti berikut:

Tarikh  Wilayah  Lokasi
13 – 14 September Pantai Timur Tesco Kota Bharu**
14 – 15 September Utara ETCM Butterworth
Tengah ETCM Petaling Jaya
Tengah ETCM Pandan Indah
Selatan ETCM Semabok
Selatan ETCM Johor Jaya
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Kota Kinabalu
20 – 21 September  Utara ETCM Langkawi**
21 – 22 September Utara ETCM Ipoh
Utara n ETCM Sitiawan
Tengah ETCM Kepong 
Tengah ETCM Cheras
Selatan ETCM Nilai
Selatan ETCM Muar
Sarawak ETCM Miri**
Sabah ETCM Sandakan**

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.
* Tertakluk kepada terma dan syarat
** Lokasi tanpa Pandu Uji Nissan LEAF

Pusat 3S Proton Di Buka Di Kuantan

Pesat Auto CTM Sdn Bhd bersedia memberikan pelanggan pengalaman pemilikan yang hebat

PESAT Auto CTM Sdn Bhd (Pesat Auto) telah secara rasmi membuka pusat 3S Proton baharu di sini. Cawangan pengedar ini merupakan ketiga yang dibuka di Kuantan yang mempamerkan identiti korporat baharu Proton.

Dilengkapi 6 ruang servis, 4 kemudahan pengangkat dan bangunan seluas 750 meter persegi, cawangan ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.3 juta, terletak di sepanjang jalan utama di bandar itu.

Pesat Auto yakin bahawa cawangan ini akan meningkatkan jualan sebanyak kira-kira 30% dan jumlah servis sebanyak 40%.

“Corak dan cara perniagaan telah berubah dengan keadaan masa. Keperluan dan jangkaan pelanggan juga berubah dengan begitu pantas. Untuk memastikan pelanggan sentiasa berhubung dan kekal bersama kami dalam jangka masa yang panjang, kami perlu terus berkembang untuk memberikan perkhidmatan kepada mereka secara cekap.

Sebuah pusat sehenti akan menjadi platform yang membolehkan kami memenuhi permintaan pelanggan dan pada masa yang sama mengembangkan lagi pasaran pelanggan kami,” kata Tee Keh Hock, Pengarah Pesat Auto CTM Sdn Bhd.

“Apa yang kami cuba lakukan ialah memastikan pelanggan dapat merasai terus pengalaman PROTON sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke cawangan kami. Kami amat menitikberatkan khidmat pelanggan dan yang lebih penting, menangani apa sahaja isu secara profesional.

“Kami faham bahawa memberi perhatian kepada pelanggan bukanlah satu pilihan tetapi ia adalah keutamaan. Semakin banyak kami memenuhi keperluan pelanggan, semakin kami dapat melayani dan menyelesaikan masalah mereka,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Proton kekal momentum jualannya yang kian meningkat. Pada bulan Ogos lalu, sebanyak 9,127 unit dijual di seluruh negara, dan pertumbuhan sebanyak 36% dari tahun ke tahun, menjadikannya tertinggi antara lima jenama terkemuka di negara ini.

Pantai Timur mencatat jualan yang baik dengan pertumbuhan sebanyak 8%, dan di Pahang pula menyaksikan peningkatan sebanyak 10%. Model seperti Saga dan Persona kekal menjadi pilihan pembeli, manakala X70 pula menyumbang sebanyak 30% daripada jualan di negeri itu.

Sehingga kini, PROTON mempunyai 102 cawangan 3S & 4S beroperasi di seluruh negara.

Bata Kids X Sesame Street

Make space in your shoe wardrobe because Bata Kids has just launched this adorable Sesame Workshop collection for your little ones.

Let your kids pick their favourite characters to wear because this globally known & loved brand can never go wrong!

The splashes of colours on fun designs make them a must-have sandal this season. These colourful characters come in closed and open-toe sandals that offer comfort like no other – making them effortless to be worn daily.

The Sesame Workshop collection is now available at all Bata Kids stores.

Kerjasama Maxis Dan Cisco Perkenalkan SD-WAN

Maxis dan Cisco akan menyediakan pelbagai teknologi terbukti untuk pasaran kepada perniagaan di Malaysia

Dalam lonjakan gergasi ke arah matlamatnya untuk menjadi penyedia penyelesaian ICT konvergen yang terkemuka di Malaysia untuk para Perusahaan, Kerajaan dan UKM, Maxis telah menjalin kerjasama strategik dengan peneraju teknologi global, Cisco, untuk menyediakan pelbagai teknologi yang terunggul di pasaran melalui rangkaian No. 1 untuk perniagaan di Malaysia.

Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa tawaran pertama antara banyak lagi tawaran yang telah dirancang bersama daripada perkongsian ini untuk pasaran Malaysia adalah penyelesaian Managed Software-Defined Wide Area Network (SD-WAN) untuk perniagaan.

“Kerjasama ini adalah satu langkah penting ke hadapan dalam rancangan pertumbuhan jangka panjang Maxis. Kredibiliti dan skala kami telah membolehkan kami memberi akses kepada rakan kerjasama global terkemuka dan kekukuhan mereka kepada lebih banyak syarikat-syarikat di Malaysia.

Oleh itu, kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan peneraju teknologi rangkaian global, Cisco, untuk menguasakan syarikat-syarikat dalam merangkul manfaat penting daripada penyelesaian rangkaian digital generasi akan datang.

Penyelesaian rangkaian berasaskan Perisian tersebut memberi fleksibiliti yang menyeluruhkan serta membolehkan perusahaan-perusahaan terus berkembang mengikut keperluan dalam dunia yang didorong digital, awan dan data.

Kerjasama ini membawa keupayaan unik untuk kehidupan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

“Tenaga kerja moden menjadi semakin mobile, dan aplikasi kritikal perniagaan berjalan melalui Internet merentasi pelbagai awan. Dengan kuasa awan, perniagaan boleh menyambung mana-mana pengguna dan aplikasi, di mana-mana sahaja.

“Keupayaan kami dalam seni bina berasaskan awan dan kelebihan rangkaian Maxis menjadi asas kerjasama ini, yang merupakan langkah maju yang penting dalam melonjakkan transformasi digital dan memacu cara-cara baru untuk bekerja untuk perusahaan,” kata Naveen Menon, Presiden, Cisco ASEAN.

SD-WAN adalah teknologi rangkaian generasi akan datang yang memudahkan pengurusan, penyebaran dan pentadbiran dalam keperluan rangkaian organisasi. Ini membolehkan tugasan operasi seperti konfigurasi, pengurusan dan penyelenggaraan dipermudahkan dengan ketara.

Perniagaan boleh menikmati manfaat daripada peningkatan penampilan dan pengurangan kos apabila memilih untuk beroperasi melalui kesalinghubungan yang cekap kos, melalui pelbagai penyelesaian rangkaian Maxis.

Kerjasama Maxis-Cisco telah dirasmikan oleh kedua-dua pihak dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua buah syarikat membuat komitmen untuk bekerjasama dalam melonjakkan manfaat dan membangunkan keupayaan amalan terbaik industri untuk manfaat semua.

Volkswagen Offers Rebates On Golf GTI And Golf R

The Merdeka celebration is not over for Volkswagen fans, as Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) is now giving exclusive RM2,000 rebates on the two hottest performance hatches in town, the Golf GTI and Golf R.

THE iconic Golf GTI features a new 2.0TSI turbocharged engine paired with a 6-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG), with output being an impressive 230PS with 350Nm of torque.

Apart from its unmistakable honeycomb trimmings, the Golf GTI comes with GTI ‘Vienna’ perforated leather seats, 18” Milton Keynes alloy wheels, 12.3” Active Info Display, 8” Discover Media with App-Connect, LED headlights with Dynamic Cornering Lights, LED taillights with Dynamic Indicators.

The driving experience is further enhanced with Adaptive Chassis Control (DCC) and driving mode selection.

A true performance powerhouse, the Golf R impresses with 290PS and 380 Nm of torque of 380Nm, thanks to a 2.0TSI turbocharged engine mated to a 7-speed wet clutch direct shift gearbox (DSG) which gives it the ability to go from 0 to 100km/h in 5.1 seconds.

Its 4MOTION all-wheel drive system delivers a dynamic driving experience incomparable to none. Further marking its identity is its R ‘Vienna’ perforated leather seats and 19” Pretoria alloy wheels.

Feature highlights include 12.3” Active Info Display, 9.2” Discover Pro with App-Connect and Gesture Control, LED headlights with Dynamic Cornering Lights, LED taillights with Dynamic Indicators and progressive steering.

In addition to this, VPCM is also offering rebates on other Volkswagen models, as listed below:

In addition to this, VPCM is also offering rebates on other Volkswagen models, as listed below: 

Model  Savings up to Additional 
Polo  RM4,000
Vento Comfortline RM10,000
Vento Highline RM6,000
Golf R-Line  RM2,000
Beetle Sport  RM5,000
Tiguan Highline  RM2,000 Comes with 5 years free maintenance and low interest rate of 1.88% per annum 
Passat Comfortline  RM15,000
Passat Highline  RM4,000

 

Apart from the Tiguan and the Passat, other Volkswagen models come with 3 years free maintenance, and all models come with 5 years unlimited mileage warranty and 5 years roadside assistance.

Aftersales offerings

Walnut Blasting

Gently remove carbon build up in your engine valves with the new Walnut Blasting Decarbonizer for a smoother drive. Using walnut shells to gently remove carbon debris, the Walnut Blasting Decarbonizer is an economical and non-corrosive method that cleans build ups to prevent engine restrictions, loss of power, overheating and higher fuel consumption.

This service is available at all authorized dealerships from as low as RM515.

VIP

The Volkswagen Insurance Plan (VIP) is an insurance programme offering comprehensive coverage with minimal hassle to Volkswagen owners. Enjoy prioritised claim approval, roadside assistance with 24-hour emergency towing, and assurance that repair work is conducted at authorised Volkswagen body and paint centres, in accordance to Volkswagen repair standards with only genuine parts used. VIP can be purchased at all authorized dealerships.

Ongoing Aftersales promotions

Liquid Power Kit

Always handy to have these items around, for a limited time only purchase the Liquid Power Kit at a special price of RM199 at all authorized dealerships. The kit comprises of a 1-litre bottle engine oil, 1-litre windscreen cleaner and 200ml fuel additive. Offer available while stocks last.

Shock Absorbers

Existing owners can enjoy a complimentary check at Volkswagen service centres, while those who are due for an absorber change will receive additional 20% discount off the retail price. This discount is applicable on genuine Volkswagen shock absorbers and coil springs.

Tyres

As part of the ongoing tyre promotion which has been extended till the end of the year, enjoy low high-quality durable tyres from as low as RM184 and internal benefits such as free installation, alignment and balancing depending on the different tyre packages.

Battery

Those in need of a battery change will receive 20% discount off new batteries starting from RM365 (depending on model), under the ongoing battery promotion, which has also been extended till the end of the year.

For more information, visit a Volkswagen dealership or www.volkswagen.com.my.

Kumpulan Lelaki Thai SBFIVE Buat Penampilan Istimewa Di Malaysia

Kumpulan lelaki Thai SBFIVE yang merupakan duta kepada pengeluar makanan ringan rumpai laut nasional Thailand “Taokaenoi” membuat penampilan istimewa di Central I-City Shah Alam untuk acara promosi.

Pada mulanya kelima-lima ahli kumpulan – Tae, Tee, Bas, Copter dan Kimmon dirancang untuk bertemu dengan peminat mereka di Malaysia tetapi Bas tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Walaubagaimanapun, empat ahli kumpulan yang hadir tidak mengecewakan peminat mereka, dengan mengatakan bahawa mereka telah “membawa bersama semangat Bas” SBFIVE menjadi terkenal selepas kejayaan mereka dalam drama popular LGBT Thai tahun 2017 “2 Moon the Series”.

Tahun lepas, mereka melancarkan single pertama “Whenever” yang menjadi lagu hit di dalam dan luar negara.

Peminat setia Malaysia berpusu-pusu menghadiri program ini untuk bertemu dengan idol mereka dan disambut meriah dengan laungan “Selamat Datang” oleh ahli kumpulan SBFIVE yang comel.

SBFIVE menpersembahkan beberapa lagu dengan tarian, termasuklah Superboy, Spark, Whenever, Fan dan Lerk Kui Tung Am-Peal. Tarian comel dan ekspresi menawan mereka mencairkan hati para peminat yang bersorak kegembiraan di hadapan mereka.

Keempat-empat ahli SBFIVE membawa peminat wanita mereka ke tahap kegilaan apabila mereka menyanyikan lagu “Fan” kerana “Fan” juga bermakna “teman wanita” dalam bahasa Thai.

SBFIVE juga mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan peminat mereka. Peminat bertuah dijemput untuk bertemu dengan mereka secara dekat dan peribadi untuk menerima Hi-Touch dan hadiah. Ramai yang kecewa kerana peminat yang dibenarkan di atas pentas adalah terhad.

Walau bagaimanapun, SBFIVE berjanji akan mengadakan konsert di Thailand menjelang akhir tahun ini dan menyeru peminat Malaysia untuk menyokong mereka di sana.

Alvin Chong turut dijemput menghadiri program ini sebagai tetamu istimewa. Baru-baru ini Alvin amat aktif di industri hiburan tempatan, dan telah menarik minat sekumpulan besar peminat menyokongnya di sana. Alvin mempamerkan bakatnya dalam pelbagai bahasa dengan mendendang lagu Melayu “Tajam”, lagu Cina “Bei Ni Chong Ai” dan lagu Inggeris “You are the Reason”.

SBFIVE juga menjadi panel hakim ‘Cabaran Tarian Seaweed’ Taokaenoi untuk menentukan ‘Raja Tarian Seaweed’. Kimmon, yang merupakan ketua kumpulan, menjadi hakim utama.

Juara untuk pertandingan ini ialah Sung Hara, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Azieyyz A.H dan Shaqirah Shankey Wakey. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM3000, RM2000 dan RM1000. Anugerah bagi Peserta Paling Popular dimenangi oleh Yun Yuline.

Taokaenoi yang diasaskan oleh Itthipat Peeradechapen (Tob) pada tahun 2004, merupakan makanan ringan rumpai laut yang terkenal dalam kalangan warga Thailand dan pelancong asing. Dengan pelbagai jenis perisa, Taokaenoi menjadi salah satu makanan ringan kegemaran semua peringkat umur.

Baru-baru ini Taokaenoi melantik kumpulan lelaki Thai terkenal SBFIVE sebagai duta jenama, bersama-sama membawa imej yang menarik dan menyeronokkan untuk jenamanya. Kunjungi Facebook TaoKaeNoi untuk maklumat lanjut dan jangan ketinggalan peluang untuk makan malam di Thailand dengan SBFIVE.

Honda Odyssey Terbaharu Dilengkapi Ciri Honda Sensing

Dalam diam tak diam, model MPV premium keluaran Honda ini sudah memasuki generasi kelima. Apa yang membezakan Honda Odyssey yang terbaharu ini ialah dilengkapi pelbagai ciri keselamatan termaju termasuk Honda Sensing.

Penulis masih lagi teringat apabila Honda mula-mula memperkenalkan model ini di pasaran tempatan dengan pintu penumpang belakang jenis bukan bercirikan gelungsur sama seperti kereta sedan.

Kini menerusi menerusi versi facelift, Honda sekali lagi mempertaruhkan ciri pintu gelungsur yang lebih praktikal dan nampak premium selain pelbagai ciri MPV moden.

Odyssey facelift 2018 hanya ditawarkan dalam varian tunggal EXV (dua varian sebelum ini), dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM254,800.

Model versi dipertingkatkan ini muncul dengan rekaan sedikit berbeza dari model asal. Paling ketara ialah rekaan gril hadapan bercirikan ‘Honda Wings’ yang lebih tebal, manakala jalur melintang di bawahnya kini lebih nipis dengan empat tingkat berbanding tiga pada model sebelumnya selain kekemasan jalur krom.

Bercerita mengenal jalur krom, hampir disekeliling badan MPV tujuh tempat duduk ini dihiasai dengan jalur krom dan paling ketara jika dilihat daripada pandangan sisi apabila jalur krom dipadankan dari pintu hadapan hingga ke belakang.

Bampar model ini juga menerima sentuhan baharu apabila liang kemasukan udara pada kedua-dua sisi kini lebih kecil dan dipadankan dengan perumah lampu kabus LED yang direka mendatar.

Odyssey facelift 2018 ini juga menerima roda aloi 17-inci pelbagai jejari dengan rekaan baharu.

Melihat kepada rekaan bahagian belakang MPV ini pula, logo ‘Odyssey’ yang sebelum ini terletak pada panel kemasan yang menghubungkan lampu kiri dan kanan kini telah dialihkan pada bahagian bawah kiri pintu tailgate.

Sebahagian besar bahagian kabin masih lagi sama seperti model sebelumnya. Namun pada model facelift ini, Odyssey diberikan kekemasan kerusi boleh laras elektrik 4-tetapan dengan rekaan geometrik unik baharu dan ruang simpanan tambahan.

Meskipun fokus diberikan kepada penumpang, namun rekaan kerusi pemandu dan penumpang hadapan juga tidak diabaikan kerana anda dapat merasai sendiri keselesaan kerusi hadapan yang dipadankan dengan perehat tangan yang lebih besar serta praktikal.

Malah ruang meletak barangan juga lebih banyak dan luas disediakan dihadapan manakala butang kawalan mudah dicapai oleh pemandu. Butang kawalan pelbagai fungsi tetapan untuk MPV ini juga dipadankan pada stereng.

Melihat kepada konfigurasi kedudukan tempat duduk juga tidak berubah di mana barisan kedua menerima dua tempat duduk jenis kapten Ottoman yang boleh digelangsarkan dengan menerima perehat tangan dan perehat kepala yang lebih besar.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah kerusi baris kedua ini boleh dilaras dengan merapatkan kedudukannya atau dipisahkan untuk menyediakan lorong ditengah-tengah.

Keselesaan kerusi penumpang belakang menjadikan ia sebuah MPV yang boleh memuatkan tujuh-orang manakala tempat duduk barisan kedua dan ketiga juga boleh dilipat sekiranya anda memerlukan ruang kargo yang lebih besar.

Dibangunkan berasaskan platform lantai-ultra-rendah menyumbang kepada ruang kabin lebih luas selain posisi pemanduan tinggi dan lantai lebih rendah.

Bagi pengguna tegar gajet, terdapat 4 sambungan USB disediakan sekali gus memberikan keselesaan kepada mereka yang memiliki anak-anak mengecas gajet masing-masing ketika menempuh perjalanan yang jauh.

Namun, disebalik kesemua keselesaan yang ditawarkan, perkara paling utama ialah ciri pakej sistem bantuan pemanduan Honda Sensing yang terdiri daripada tujuh sistem bantuan pemanduan:

  1. Cruise Control Adaptif (ACC) – menetapkan kelajuan dan selang jarak dengan kenderaan di hadapan
  2. Sistem mengekor kelajuan rendah (Low-Speed Follow atau LSF)
  3. Sistem amaran perlanggaran hadapan (Forward Collision Warning System atau FCW) – akan mengeluarkan amaran secara visual dan bunyi kepada pemandu apabila kamera monokular dan radar gelombang millimeter mengesan wujud risiko pelanggaran dengan kenderaan di hadapan
  4. Sistem brek menghindari perlanggaran (Collision Mitigation Braking System atau CMBS) – membantu menekan brek secara progresif apabila ia mengesan risiko berlakunya pelanggaran
  5. Bantuan kekal lorong (Lane Keeping Assist System atau LKAS) – menggunakan kamera untuk membaca garis jalan dan membantu pemandu agar kenderaan sentiasa berada di bahagian tengah laluannya
  6. Sistem amaran pertukaran lorong (Road Depature Mitigation System atau RDM) – memberi amaran, menekan brek dan membantu mengekalkan stereng agar pemandu tidak terbabas keluar dari jalan raya
  7. Amaran keluar lorong (Lane Departure Warning atau LDW) – memantau posisi kenderaan menggunakan kamera dan memberi amaran kepada pemandu jika ia melepasi garisan jalan

Honda Odyssey bagi pasaran Malaysia ditawarkan dengan enjin petrol Earth Dreams 2.4 liter DOHC i-VTEC empat silinder.

Enjin ini mampu menghamburkan kuasa 175 PS pada 6,200 rpm dan tork maksimum 225 Nm pada 4,000 rpm serta dipadankan dengan kotak gear CVT automatik pacuan roda hadapan yang menawarkan penjimatan bahan api terbaik.

Untuk menjimatkan kadar penggunaan bahan api, tekan sahaja butang ECON yang terletak dibahagian sisi kanan pemandu.

Ciri lain yang saling melengkapi sistem keselamatan lain ialah sensor parkir dengan dua dihadapan dan empat dibelakang, sistem penyaman udara dua zon di hadapan bersama sistem zon tunggal untuk kabin belakang, sistem infotaimen dengan skrin sesentuh tujuh-inci, kamera undur serta pintu gelungsur belakang berkuasa elektrik.

Bagi sistem keselamatan pula, Odyssey 2018 dilengkapi enam beg udara iaitu dua di hadapan, sisi dan tirai, sistem pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, Bantuan Parkir Pintar, bantuan mula mendaki, VSA serta sistem brek ABS lengkap dengan EBD dan bantuan brek.

Tiga warna ditawarkan iaitu warna asal Super Platinum Metallic serta dua warna baharu Platinum White Pearl dan Premium Twinkle Black Pearl.

Setiap pembelian model ini ditawarkan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, termasuk tempoh selang servis setiap 10,000km.

Kesimpulan

Memandu model MPV ini bersama seisi keluarga amat menyeronokkan kerana perjalanan jauh tidak dirasakan terlalu penat. Ini kerana kerusi ’empuk’ yang disediakan dalam kenderaan ini cukup selesa.

Saiz badan yang tidak terlalu besar dan rekaan lantai yang rendah memberikan kelebihan daripada segi keluar dan masuk kepada penumpang belakang. Ciri ini dilihat amat praktikal sekiranya anda membawa penumpang yang sudah berusia lanjut.

Selain itu, corong penyaman udara yang tersedia lengkap dengan lampu individu diatas kepala penumpang belakang memberikan keselesaan penuh.

Padanan sistem Honda Sensing juga adalah satu pakej lengkap yang menjadikan Honda Odyssey sebuah MPV yang memiliki sistem keselamatan canggih dan termaju pada masa kini.

Dilengkapi bumbung suria dibahagian pemandu dan penumpang hadapan juga memberikan nilai eksklusif pada MPV yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini.

SPESIFIKASI

Honda Odyssey 2.4L

Enjin: 2,356cc, Earth Dreams Technology™, DOHC i-VTEC
Kuasa maksimum: 129kW pada 6,200rpm
Tork maksimum: 225Nm pada 4,000rpm
Transmisi: CVT tujuh kelajuan
Tangki : 55 liter
Saiz tayar : 215/55R17
Harga: RM258,896 (tidak termasuk insurans dan SST)

 

Pengerusi NGO Antarabangsa Terima Anugerah Khas Kemboja

EPengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menerima beberapa anugerah tahun ini kerana jasa yang disumbangkan melebihi 20 tahun di Kemboja.

Beliau dikenali oleh semua lapisan masyarakat Kemboja dari peringkat pemimpin sehingga ke paling bawah malah beliau boleh menyesuaikan keadaan di mana sahaja berada.

Mustapha berbaju putih menerima penghargaan khas Tokoh NGO dan Tokoh Kebajikan dari Pengerusi Kg PakPhou Hakim Mutalib Isa dan para Ahli jawatankuasa kampung berkenaan

Pengerusi Kampung Pak Phou, Hakim Mutalib Isa berkata, Mustapha adalah tokoh NGO yang berjaya membuat pelbagai kebajikan dan pada masa sama mendidik umat Islam berdikari, bekerjasama dan menjalin perhubungan baik dengan lain-lain kaum di sini.

Kampung Pak Phou ialah kampung terbesar yang mempunyai penduduk Islam di Tbong Khmum Province.

“Hari ini beberapa daerah telah memberi penghargaan khas dengan pelbagai pengiktirafan. Mustapha bukan sahaja sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah tokoh keamanan, perpaduan, kebajikan dan kemanusiaan sejagat.

“Banyak jasa yang disumbangkan untuk kebajikan ummah di kampung ini apabila beliau berjaya membina telaga, sekolah agama, masjid, jalan kampung yang baik dan projek tanah perkuburan yang tersusun serta bantuan fakir miskin,” katanya.

Ini dapat dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dari banyak Province kepada beliau termasuk sebagai Tokoh NGO Antarabangsa malah Kerajaan Kemboja pun memberi pengiktitafan tertinggi Negara melalui Perdana Menteri, Hun Sen.

Hakim Mutalib berkata, Mustapha juga Tokoh Diplomasi yang hebat malah diperakui bagi kes pembebasan dan penyelesaian membabitkan seramai 47 orang tahanan rakyat Malaysia melalui perundingan serta persahabatan.

Mustapha baju putih menerima dua penghargaan dari Ketua Kampung Jamuan / Sempadan , Abd Manap Md Zin.

Sementara itu, Ketua Kampung Jamuan Sempadan Kemboja Vietnam, Abd Manap Mohd Zin berkata, Mustapha layak menerima penghargaan khas ini berdasarkan sumbangan 20 tahun dalam pelbagai bentuk kebajikan malah di kampung itu beliau berjaya membina sekolah tahfiz, masjid, telaga dan bantuan kepada fakir miskin, mualaf serta anak yatim.

“Saya bangga dengan imej negara Malaysia yang dibawa oleh Mustapha malah Kerajaan Malaysia harus bangga dengan tokoh ini yang banyak memberi nasihat, tunjuk ajar supaya umat Islam Kemboja berusaha keras dan mengutamakan pendidikan anak-anak dalam pelajaran.

“Kita memberi penghargaan sebagai Tokoh NGO Antarabangsa, Tokoh Pendidikan dan Tokoh Kebajikan Ummah sejagat,” katanya.

Mustapha menerima penghargaan dari Pengetua Sekolah Agama Ustaz Ramly Yusof sebagai Tokoh Pendidikan, turut diperhati oleh ketua Kampung Abd Manap Md Zin

Sementara itu, Mustapha dalam ucapannya berkata, bukan penghargaan diharapkan tetapi yang penting niat untuk melihat umat Islam di sini berjaya walaupun jumlahnya kecil.

“Itu sebabnya penekanan kepada pendidikan untuk anak-anak amat penting kerana ibu bapa dari golongan yang miskin seperti para petani, nelayan dan kerja-kerja buruh.

“Untuk mengubahkan anak-anak kena ada pelajaran bagi membentuk generasi baru yang berilmu. Saya berasa terharu di atas anugerah dan penghargaan diterima. Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan,” katanya.

The Ferrari F8 Spider – The Evolution Of The Species

The mid-rear-engined drop-top powered by the most successful Ferrari V8 ever

Ferrari has unveiled the F8 Spider, the new generation drop-top sports car equipped with the most successful mid-rear-mounted V8 in history.

The Ferrari F8 Spider was designed in parallel with the F8 Tributo berlinetta and features the Prancing Horse’s compact and efficient RHT (Retractable Hard Top) which influences the lines of a model that leads its category.

The F8 Spider is the latest addition to an exclusive and prestigious bloodline of open-top V8 cars begun with the 308 GTS in 1977. It is less extreme than the 488 Pista Spider, but sportier than the 488 Spider which it replaces in the range.

Consequently, the F8 Spider sets a new benchmark for the “en plein air” sports car in terms of usable performance and exceptional handling, providing an incredibly rewarding driving experience.

The Ferrari spider thus combines the characteristics of the most lauded 8-cylinder engine in history with unparalleled driving pleasure.

The V8 has raised the performance bar to unprecedented new heights, not only for turbo engines but power units of all types. The engine is a development of the V8 that won the “International Engine of the Year Award” for four consecutive years (2016, 2017, 2018 and 2019) and that was also selected as the best engine of the last two decades.

The mission of every new model produced by Maranello is to introduce new design features and outperform its predecessors on all fronts. The challenge the engineers and designers always face is to push their own creative limits and the boundaries of technology by introducing new, leading-edge solutions and setting new levels of excellence. This is something they have done to brilliant effect once again with this new model.

The F8 Spider replaces the 488 Spider and improves on all aspects of its specifications: aside from the fact that its engine delivers an extra 50 cv, the new Ferrari is 20 kg lighter than its predecessor.

It weighs just 20 kg more than the more extreme 488 Pista Spider. The F8 Spider is significantly more aerodynamically efficient, too and features the new 6.1 version of the Side Slip Angle Control system.

ENGINE

In the automotive world, Ferrari’s V8 engine is seen as the very epitome of sportiness and driving pleasure. This is particularly the case when it is mid-rear-mounted in a two-seater.

The V8’s technical specifications are truly exceptional. The 3902 cc unit unleashes 720 cv at 8,000 rpm and also has an impressive specific power output of 185 cv/l. Its maximum torque is now higher at all engine speeds, peaking at 770 Nm at 3,250 rpm.

Instantaneously accessible power is matched by exceptional handling thanks to advanced vehicle dynamics solutions.

These include a new version of the Ferrari Dynamic Enhancer (FDE+) which can now
be activated in the manettino’s RACE position, a move designed to make performance on the limit easier to reach and control.

To achieve the 50 cv increase in power compared to the 488 Spider, the new intake line is derived directly from the 488 Challenge. In the F8 Spider, the air intakes have been moved from the flanks to the rear where they are located on either side of the blown spoiler and are directly connected to the intake plenums.

This drastically reduces losses and ensures greater air flow to the engine, thereby increasing the power. The air flow also benefits from increased dynamic pressure created by the shape of the rear spoiler.

Adaptive Performance Launch analyses grip as the car accelerates and then uses electronic controls to optimise the torque delivered to suit the road’s grip level, reducing wheel slip to a minimum which, in turn, maximises acceleration.

The rev limiter’s “Wall Effect” strategy is another leap forward in terms of extreme engine performance. Rather than gradually limiting the revs towards the limit, it cuts off right at the 8,000 rpm red-line, maximising the amount of power available in power-on dynamic driving situations and consequently improving lap times.

Adopted once again on this model is the hugely successful Ferrari Variable Torque Management strategy for all gears. To adapt it to the car’s extreme sporty spirit, all of the torque curves were redesigned to deliver a feeling of consistently smooth, powerful acceleration all the way to the red line.

Maximum torque is 10 Nm higher than on the 488 Spider and is available even at lower engine speeds. The F8 Spider’s engine also inherits highly efficient weight-reduction solutions from the 488 Pista which have cut the power unit’s weight by 18 kg compared to that of the 488 Spider.

DESIGN

Designed by the Ferrari Styling Centre, the F8 Spider continues the direction embarked upon with the F8 Tributo which acted as a bridge to a new design language that will continue to emphasise Ferrari’s key characteristics of high performance and extreme aerodynamic efficiency.

When designing a spider, the choice of the top will always play a fundamental role in the car’s overall look. For some years now, Ferrari has been adopting a hard top because of the comfort it provides. As a result, the design of the F8 Spider’s lines was crafted around its RHT (Retractable Hard Top).

The key to the whole design was the shifting of the separation line between the car’s body and the roof from its conventional position at the belt-line (occupant shoulder level) to above the B-pillar. The top itself is thus more compact and two-dimensional, with the result that it can be divided into two parts and stowed on top of the engine.

The RHT takes just 14 seconds to deploy or retract and can be closed or opened while the car is on the move up to 45 km/h.

EXTERIOR

The goal the Ferrari Styling Centre set with the F8 Spider was to design a stylistic tribute to the Ferrari V8 engine, by evolving the contents of the F8 Tributo and taking inspiration from the most iconic mid-rear-engined V8 sports cars in Ferrari history.

The result is a car with a strong personality of its own through an even sportier design clearly inspired by the car’s advanced aerodynamics.

The front view of the car is characterised by the S-Duct around which the entire front end has been redesigned to highlight the extensive aerodynamic modifications made to this area of the car.

The clearest example is new, more compact, horizontal LED headlights. The rear spoiler has been entirely redesigned. It is now larger and wraps around the tail lights, visually lowering the car’s centre of gravity and allowing a return to the classic twin light cluster and body-coloured tail, another styling cue from the early 8-cylinder berlinettas like the very first in the legendary series, the 308 GTB.

The treatment of the engine cover is one of the F8 Spider’s most distinctive characteristics. The manta-like look of the cover is created by a central spine that starts from the rear screen and disappears under the wing of the blown spoiler, following the air flows themselves.

The two wings that emerge from the central volume meld harmoniously with the bodywork, lending a sense of visual continuity from all angles. These wing elements are suspended creating an air vent below them which helps improve dissipation of the heat coming off the engine. The three sculpted strakes on the side elements of the engine cover also make their own contribution to this, in addition to referencing the iconic styling of the rear screen of the coupé version.

The strakes are finished in black to reduce weight low and to lend a sense of visual clarity to the design. The crests that emerge from the prominent volumes of the tonneau cover fins flow sinuously rearwards and into the spoiler in an interpretation of the F1 “swan neck”
(the pillars supporting the rear wings) which, in turn, enhances the already-powerfully
sporty personality of the car.

COCKPIT

The F8 Spider’s cockpit retains the classic, driver-oriented look typical of Ferrari’s mid-rear-engined berlinettas. A concept that creates a symbiotic relationship between driver and car, very much as happens in F1, with all controls mounted on the new generation steering wheel. The sporty seats are also new.

The dash incorporates an aluminium sail panel supporting the central satellite and continuing into the dash itself. Also to create a sense of visual lightness, a sliver of
carbon fibre divides the upper and lower parts, streamlining the whole look.

This section also incorporates the optional 7” touchscreen passenger-side display and the
dash is completed by the classic instrument cluster with its central rev-counter.

The tunnel is clearly separated from the dash and set beneath it, once again to enhance the sensation of lightness that the car’s interior exudes. It features a new bridge, a prominent sculptural creation that seems to float and thus further streamlines the cabin.

AERODYNAMICS

The F8 Spider has taken state-of-the-art aerodynamic solutions and innovations from Ferrari’s GT and Challenge racing experience, and moulded them into the production mid-rear-engined drop-top that makes the highest level of performance accessible to drivers of all abilities.

In the F8 Spider, the position of the front radiators – which, unlike the 488 Spider, are
rearward-angled – is beneficial in cooling terms but simultaneously shrinks the underbody surface area that can be used to generate downforce.

Thus the geometry of the channels used to dissipate hot air had to be redesigned to ensure that maximum downforce was generated whilst cutting drag thanks to the positive
interaction between the flows exiting the radiator and the front wheels. The result is a 10% improvement in the car’s overall efficiency compared to the 488 Spider.

VEHICLE DYNAMICS

Overall performance levels are significantly higher than those of the 488 Spider, thanks to the increase in power, weight reduction and improved aerodynamic coefficient.

That performance is also now accessible to a larger number of drivers thanks to vehicle dynamics systems that make driving on the limit an easier and more confidence-inspiring experience. These include a steering wheel with a smaller-diameter rim and the introduction of the new Ferrari Dynamic Enhancer Plus into the integrated SSC concept, now in 6.1 guise.

To achieve their goal of making the car’s impressive performance easy to access and
control, Ferrari’s engineers worked on integrating engine and aerodynamics performance with the latest iteration of the vehicle dynamics control systems.

The Side Slip Control system, which improves drivers’ control on the limit for an even
more engaging behind the wheel, has been further evolved. The transition from version 6.0 to 6.1 reflects the fact that the Ferrari Dynamic Enhancer system (FDE+) now also activates in the Race position of the manettino.

The FDE is a lateral dynamics control system that uses Ferrari software to adjust the brake pressure at the callipers. It debuted on the 488 Pista and was later adopted on the 488 Pista Spider. The F8 Tributo then featured the new FDE+ version with extended functionality which is now also being used on the F8 Spider. The control system, which is operational through and exiting corners (but not under braking), now also extends to low grip conditions and to the Race setting of the manettino.

7 YEARS MAINTENANCE

Ferrari’s unparalleled quality standards and increasing focus on client service underpin the extended seven-year maintenance programme offered with the F8 Spider. Available across the entire Ferrari range, the programme covers all regular maintenance for the first seven years of the car’s life.

This scheduled maintenance is an exclusive service that allows clients the certainty that their car is being kept at peak performance and safety over the years. This very special service is also available to owners buying pre-owned Ferraris.

 

Pos Malaysia Perkenal Koleksi Setem Khas ‘Makanan Kita’ Sempena Hari Malaysia

Makanan sememangnya dapat menyatukan rakyat Malaysia! Dengan kepelbagaian dan keunikan etnik dan budaya, Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pilihan makanan yang memenuhi citarasa dan selera.

SEMPENA sambutan Hari Malaysia tahun ini, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meraikan makanan tempatan yang sering menjadi tarikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang di dalam koleksi setem khas ‘Makanan Kita’ yang bakal dikeluarkan pada 16 September ini.

“Adalah menjadi satu kebiasaan untuk melihat semua lapisan masyarakat berkongsi citarasa yang sama untuk menikmati makanan tempatan di kedai-kedai makan kegemaran masing-masing terutamanya kedai mamak.

“Antara yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik yang dinikmati untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam.

“Bagi saya sendiri, hujung minggu merupakan masa yang amat saya nanti-nantikan kerana ia merupakan hari untuk saya menikmati makanan kegemaran saya iaitu Roti Canai kuah banjir dan Nasi Lemak bungkus daun pisang berserta minuman kegemaran saya Teh Tarik kurang manis seusai senaman pagi,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor.

“Menyedari peri pentingnya fungsi makanan di dalam masyarakat kita, Pos Malaysia telah membuat pemilihan pelbagai makanan tempatan dengan cukup teliti dan berhati-hati untuk koleksi siri setem ini. Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Pos Malaysia ingin mengabadikan makanan-makanan tempatan yang ‘Stamp-Worthy’ di dalam koleksi khas ini. Ini kerana, makanan dengan rakyat Malaysia adalah begitu sinonim sekali,” katanya lagi.

Koleksi siri setem Makanan Kita memaparkan illustrasi makanan tempatan yang menjadi kegemaran semua orang di seluruh Malaysia seperti Nasi Lemak Bungkus, Roti Canai, Mi Kolok, Hinava, Apam Balik, Kuih Cincin, Kuih Ketayap, Kek Lapis, Teh Tarik, Ais Krim Gula Apong, Puding Kelapa dan Bubur Cha-Cha, di dalam 3 lembaran setem dengan nilai muka 60 sen, 80 sen dan RM1.00.

Manakala, pemanis mulut kegemaran rakyat Malaysia iaitu Air Batu Campur (ABC) pula dipaparkan di atas lembaran mini yang sungguh unik dengan bentuk pengisar ais ABC dan mangkuk ABC itu sendiri dilengkapi dengan kesan khas ‘Spot UV’ dan potongan terap ‘die-cut’.

Lembaran mini ini akan dijual pada harga RM5.00 sekeping. Lembaran mini ABC dan setem ‘Makanan Kita’ ini juga didatangkan dengan teks mikro khas, sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Namun, sekiranya menggunakan kanta pembesar yang berkuasa tinggi, pembeli boleh melihat logo Hari Kebangsaan tahun ini – ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ dalam usaha kami untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.

Cop tarikh khas akan memaparkan Nasi Lemak, Kuih Cincin, Kek Lapis dan bendera Malaysia untuk menambah rasa kebanggaan sempena Hari Kebangsaan. Produk Filateli yang lain seperti Sampul Hari Pertama (FDC) dan folder boleh didapati pada 50 sen dan RM6.00 setiap satu.

Edisi khas set folder lengkap Makanan Kita boleh dibeli pada harga RM67.40. Set lengkap folder siri setem ini didatangkan bersama dengan lembaran setem, lembaran mini bentuk khas ABC serta sampul hari pertama turut boleh dibeli menerusi www.eziemall.com atau kunjungi pejabat pos yang terpilih di seluruh negara atau Galeri Setem di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur.

Para pengumpul setem serta orang ramai digalakkan untuk membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) kerana ia memberikan kemudahan kepada pengumpul setem untuk membeli setem keluaran baharu pada hari pertama dan produk filateli tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari jualan.

Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara atau menerusi dalam talian di www.posonline.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk setem dan filateli, sila hubungi Unit Setem dan Filateli di talian 03-2267 2267 (sambungan 2000) atau e-melkan pertanyaan kepada [email protected].

Post Menarik