Utama Blog Halaman 819

Samsung Galaxy Note10+ Gaya Hidup Masa Kini Semakin Pintar

Jika dahulu, telefon pintar hanya berfungsi untuk membuat panggilan, menerima atau menghantar mesej selain dijadikan ‘kamera poket’ untuk mengambil gambar, kini fungsinya semakin canggih melebihi ciri sebuah Phablet (telefon dan tablet).

Ciri paling menarik perhatian penulis ialah tulisan tangan menggunakan S Pen pada aplikasi Note boleh ditukar kepada teks digital untuk memudahkan suntingan dan perkongsian serta mengeksport ke format yang berbeza (termasuk Microsoft Word) semudah yang pernah dilakukan.

Ciri ini cukup sesuai kepada mereka yang bekerjaya sebagai wartawan, setiausaha, pereka fesyen atau pereka dalaman, pembantu peribadi ataupun golongan profesional seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang perlu mencatat nota tanpa bergantung sepenuhnya kepada pen dan buku.

Telefon pintar ini boleh diumpamakan sebagai ‘PA’ dalam menempuh jadual harian yang sentiasa padat walau dimana mereka berada.

Bagaimanapun, setiap telefon pintar mempunyai ciri-ciri tersendiri dan bergantung kepada sejauh mana telefon ini benar-benar digunakan untuk urusan harian.

 

Kecanggihan pada peranti ini dapat dirasai apabila Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd memberi peluang kepada Prebiu.com menguji telefon pintar S10+ kali ini.

Jika diikutkan, sebenarnya banyak ciri yang boleh diulas namun hanya beberapa ciri penting yang mahu ditonjolkan di sini kerana peranti ini memang hebat secara keseluruhannya.

S Pen

Galaxy Note tanpa S Pen umpama sebatang pen tanpa dakwat. Justeru ciri pen pintar ini dipertingkatkan keupayaannya sekali gus mampu melaksanakan tugas menerusi pergerakan udara mengikut simbol tertentu menerusi ciri Air Action.

S Pen yang dahulunya sekadar digunakan sebagai stylus kini hadir dengan fungsi baharu yang lebih berguna.

Skrin Galaxy Note10+ ini juga akan bertukar terus menjadi memo pad apabila S Pen dikeluarkan, membolehkan ada membuat catatan terus di saat kecemasan dengan mudah dan lancar pada skrin.

Ciri utama S Pen semakin canggih apabila menerima sokongan bluetooth yang membolehkannya menjadi alat kawalan jauh. Peranti Note 10+ kini dilengkapi sensor accelerometer dan giroskop yang mana mod dan fungsi kamera kini boleh dikawal dengan aksi gesture Air Actions.

Anda hanya perlu menggerakkan S Pen atas ke bawah membolehkan kamera utama diubah ke kamera swafoto. Menekan butang S Pen untuk masa yang lama memberikan arahan kamera mengambil gambar tanpa henti. Untuk mengubah kepada kedudukan mod-mod kamera juga boleh dilakukan dengan kawalan gesture baharu.

Jika sebelum ini, pengguna Note 9 mengeluh kerana fungsi bateri S Pen hanya mampu bertahan 30 minit namun peranti terkini mampu bertahan sehingga 10 jam. Justeru anda tidak perlu risau S Pen kehabisan bateri ketika menggunakannya sebagai alat kawalan aplikasi Powerpoint.

Kamera

Note 10+ dilengkapi sistem tri-kamera yang mana anda boleh mengambil gambar menggunakan lensa sudut ultra-lebar seperti yang ciri pada Galaxy S10.

Gambar yang terhasil cukup jelas dan berkualiti apabila diambil menggunakan kamera yang dipertingkatkan ini. Lihat sahaja contoh gambar dibawah ini.

Sistem kamera utama menggabungkan sensor 12+16+12+ 3D TOF Megapixel. Kamera utama 12-Megapixel dengan lensa lebar mempunyai sistem bukaan boleh ubah f/1.5+ f/2.4.

Lensa sudut ultra lebar f/2.2 dipadankan dengan sensor 16-Megapixel manakala lensa f/2.1 zum optikal 2X dipadankan dengan sensor 12-Megapixel. Sensor terakhir TOF membolehkan imbasan dunia secara 3D seperti yang ditemui pada Galaxy S10 5G. Kamera hadapan pula sebesar 10-Megapixel.

Pada Note 10+, terdapat satu sensor tambahan iaitu kamera 3D TOF. Dengan sensor ini kesan bokeh Live Focus akan kelihatan lebih asli berbanding tahun lalu.

Ia turut membawakan fungsi imbasan objek secara 3D. Objek yang telah diimbas kemudian boleh digunakan di dalam aplikasi kamera sebagai objek realiti terimbuh yang mengikut pergerakan tubuh individu yang dapat dilihat di dalam kamera.

Selain itu, kamera dipertingkatkan dengan kemampuan Live Focus Video. Latar belakang boleh dikaburkan atau dikenakan kesan khas atau bokeh ketika mengambil video secara masa nyata.

Turut diperkenalkan ialah mod rakaman video Super Steady yang menstabilkan video ketika merakam aksi lasak.

Bateri

Bateri peranti sebesar 4300 mAh menyokong pengecasan berwayar sehingga 45W dan nirwayar 20W. Masih terdapat fungsi menyokong pengecasan peranti lain PowerShare sekiranya diperlukan.

Powershare bermaksud, peranti ini boleh digunakan bersama pelbagai peranti berhubung lain, termasuk dari segi peranti boleh-pakai dan juga tablet.

Anda boleh mengecas jam pintar atau Galaxy Buds dengan hanya meletakkannya dibelakang telefon ini.

Selain itu, pengguna juga turut boleh menggunakan Galaxy Note10+ untuk mengawal peralatan elektronik lain di rumah termasuk seperti pendingin hawa, televisyen dan sebagainya.

Pada Note 10+, pengecasan pantas dengan kuasa 25W disokong menerusi pengecas yang disertakan. Dengan ini pengguna Note 10+ tidak perlu lagi menanti lama untuk peranti dicas sepenuhnya.

Kelebihan bagi pengguna Note 10+ ialah terdapat pilihan Super Fast Charging dengan kuasa maksimum 45W menerusi pengecas yang dibeli berasingan.

Sistem pengecasan yang lebih pantas ini amat diperlukan kerana sekali lagi kapasiti bateri dipertingkatkan. Pada Note 10+ bateri kini sebesar 4300 mAh berbanding 4000 mAh pada Note 9. Bateri sebesar 3500 mAh pula digunakan pada Note 10.

DeX Pada PC Dan Mac

Salah satu yang unik bagi pengguna siri Galaxy Note terutama Note10+ ini adalah ciri yang bernama DeX kerana boleh disambungkan terus ke PC atau Mac dengan hanya menggunakan kabel USB yang mudah sekali gus meningkatkan lagi produktiviti.

Galaxy Note10+ juga mengintegrasikan pautan ke Windows terus ke Quick Panel. Dengan hanya satu klik, boleh terus ke Windows untuk melihat pemberitahuan, menghantar dan menerima mesej serta melihat semula foto terkini tanpa melihat telefon.

Apabila kedua-dua peranti disambung pada komputer, DeX Desktop akan dilancarkan pada skrin komputer. Pengguna boleh memindahkan data dari peranti ke komputer dan sebaliknya dengan hanya melakukan aksi drag and drop. Cukup mudah bukan!

Samsung dan Microsoft sebelum ini turut mengumumkan kerjasama bagi menambah meningkatkan integrasi di antara peranti yang lebih mendalam.

Pada masa depan, pengguna Windows 10 boleh mengangkat panggilan telefon pada Note 10 terus pada PC milik mereka. Ini adalah kesinambungan dari fungsi menjawab kesemua mesej pada peranti terus di PC menggunakan aplikasi Your Phone sedia ada.

Daripada segi kelajuan pula, peranti ini menggunakan pemprosesan Exynos 9825 bersama memori (RAM) 8GB sekali gus menjadikan pengalaman kerja lebih lancar berbanding sebelum ini.

Exynos 9825 adalah penambahbaikan berbanding Exynos 9820 yang digunakan pada Galaxy S10 yang dilancarkan pada bulan Februari yang lalu. Aplikasi dapat dilancarkan lebih pantas tetapi pada waktu yang sama memberikan penjimatan penggunaan bateri.

Storan Sehingga 1.5TB

Bagi anda yang gemar mengambil gambar dan video yang banyak atau memiliki kumpulan WhatsApp yang sentiasa menerima gambar-gambar yang beribu-ribu seminggu, peranti ini amat sesuai tanpa perlu bimbang kehabisan ruang dalam peranti atau perlu memadam gambar-gambar sedia ada.

Storan yang besar adalah satu keperluan bagi mereka yang sering ‘update’ status facebook atau instagram. Note 10+ ditawarkan dengan storan sehingga 512GB. Sekiranya storan tambahan diperlukan, pengguna boleh memperingkatkannya dengan kad Miro SD sehingga 1TB.

Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun sebanyak mungkin pelbagai siri TV, muzik dan dokumen kerja.

Memori Sehingga 12GB

Bagi Note 10+, memori sebesar 12GB ditawarkan sebagai standard. Pelbagai aplikasi kini boleh dilancarkan serentak.

Bagi mereka yang gemar melakukan multi-tugas ini memastikan kerja yang telah dilakukan pada aplikasi lain akan kekal terbuka tanpa kerisauan ia dimatikan oleh sistem operasi.

Malahan pada Note 10, memori sebesar 8GB kini ditawarkan sebagai pilihan standard. Ini masih lagi saiz memori besar berbanding majoriti telefon pintar lain di pasaran.

Kesimpulan

Jika digenggam secara kasarnya, peranti Note 10+ dengan skrin 6.8″ mempunyai saiz skrin lebih besar berbanding Note 9, namun selesa dipegang pada sebelah tangan disebabkan saiz lebarnya hanya 7.9mm.

Rekaan badannya lebih mesra, ringan dan material digunakan yang kelihatan lebih premium memberi kelebihan kepada gaya si pemiliknya.

Ini menjadikan Note 10+ peranti ideal untuk mereka yang gemar menonton video, bermain game atau membuat sesuatu lakaran seperti lukisan digital menggunakan telefon pintar.

Selain itu, ia dipadankan dengan penggunaan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, kemampuan kalis air IP68, skrin dengan sokongan paparan HDR10+ dan sistem mengecas peranti lain PowerShare.

Kekuatan pada waktu ini terletak pada rekaan yang menarik, sistem Air Action S Pen, kapasiti bateri yang lebih besar dan sokongan format pengecasan yang lebih pantas. Kelemahan terletak pada kehilangan bicu audio.

Di Malaysia Samsung Galaxy Note 10 dijual pada harga RM3699. Samsung Galaxy Note 10+ pula dijual pada harga RM4199 untuk storan sebesar 256GB dan RM4799 untuk versi 512GB.

Spesifikasi

Samsung Galaxy Note 10+

  • Skrin : 6.8″ Dynamic AMOLED QHD+ HDR10+
  • Cip : Exynos 9825
  • Memori : 12GB RAM
  • Storan : sehingga 512GB
  • Bateri : 4300 mAh
  • Sokongan kad mikro SD : sehingga 1TB
  • Harga: RM4,199 (12/256GB) dan RM4, 799 (12/512GB)

Pos Malaysia Rai Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hari Pos Sedunia

Pelancaran siri setem “Pos Silang” dan Kempen Hari Pos Sedunia

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) memperingati dan meraikan sambutan Jubli Emas Hari Pos Sedunia dalam sambutan penuh meriah di seluruh negara.

Syed Najib dan Eddin meletakkan poskad ke dalam peti surat

Hari Pos Sedunia (WPD) disambut setiap tahun di seluruh dunia sejak tahun 1969, bagi menandakan satu peristiwa penting untuk perkhidmatan pos global. Ditetapkan pada 9 Oktober setiap tahun oleh Kesatuan Pos Sejagat (UPU), WPD menonjolkan kepentingan dan sumbangan perkhidmatan pos kepada masyarakat global serta menghargai tenaga kerja pos di seluruh dunia.

Acara kemuncak perayaan ini diadakan di Ibu Pejabat Pos Malaysia dengan kehadiran tetamu kehormat, Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Md Noor, barisan pengurusan kanan dan lebih daripada 100 orang posmen dan kakitangan Pos Malaysia.

Acara ini turut diserikan dengan pelancaran setem ‘Pos Silang’ WPD khas diikuti dengan majlis memotong kek dan acara pelepasan operasi posmen bagi menandakan perayaan sambutan Hari Sedunia.

Syed Md Najib berkata, “Kami di Pos Malaysia amat teruja untuk meraikan acara penting tahunan global ini dimana ianya menonjolkan aset terbesar kami, warga Pos, yang sentiasa berkhidmat kepada pelanggan dalam menyampaikan perkhidmatan pos di seluruh negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua warga Pos terutamanya kepada lebih dari 8,000 posmen dan kakitangan Pos yang berada di lapangan atas komitmen dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bagi.

“Dengan legasi lebih dari 200 tahun, Pos Malaysia berusaha untuk terus berdaya saing dalam persekitaran pasaran yang berkembang begitu pantas dan pada masa yang sama memenuhi mandat Universal Service Obligation dalam memberikan perkhidmatan pos kepada lebih daripada 9 juta alamat di seluruh negara.

“Dilengkapi dengan aset terbesar kami – warga pos dan rangkaian perkhidmatan serta jangkauan luas kami, Pos Malaysia akan terus komited dalam usahanya untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui pendekatan inovasi dan digitalisasi,” katanya.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ini, Pos Malaysia juga akan menjalankan satu siri kempen media sosial bersempena dengan ulang tahun ke-50 WPD dengan matlamat untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai berhubung industri pos terutamanya di Malaysia.

Ini termasuk peraduan memuatnaik foto Instagram kreatif dengan peti pos bermula pada 2 Oktober 2019, cabaran #TetrisChallenge yang memaparkan bilangan barangan yang dihantar oleh posmen setiap hari, klip pendek berkaitan Pos Malaysia serta fakta-fakta menarik tentang Pos Malaysia dan industri pos di negara ini, dengan memanfaatkan tanda pagar #TQAbangPosmen, #pos4you dan #worldpostday.

Rasa Unik Thai KFC Sawadee Crunch

Kembali untuk menggamit selera rakyat Malaysia, hidangan ini menampilkan keistimewaan dan kesegaran perisa dari Thailand yang terkenal di seluruh pelusuk dunia dengan sentuhan unik KFC, khas buat masa terhad sahaja.

KFC Sawadee Crunch menggabungkan kelazatan resepi KFC Hot & Spicy bersama keunikan rasa dan aroma Thai yang dihasilkan daripada campuran rempah dan cili Thai eksotik – pasti memikat selera sesiapa yang mencubanya.

“KFC sentiasa mencari cara untuk menambat hati para pelanggan menerusi pelbagai pilihan menu menarik dan KFC Sawadee Crunch adalah salah satu ciptaan yang mendapat sambutan baik.

Gabungan rasa manis, masam, dan pedas yang amat sinonim di dalam masakan Thai disatukan dengan keenakkan ayam KFC Hot & Spicy menjadikan hidangan ini tersendiri. Hidangan popular ini telah kembali untuk masa terhad sahaja.

Nikmatilah kehangatan dan kesegaran rasa Thai yang anda gemari sekarang, sebelum terlambat!

KFC Sawadee Crunch boleh didapati di dalam hidangan individu dengan pilihan kombo 2-pc dan 3-pc serta hidangan Box Meal. Juga terdapat di dalam pilihan Bucket untuk hidangan berkumpulan. Terdapat di restoran KFC seluruh negara, sementara stok masih ada.

Pesan daripada atas talian tanpa perlu beratur dengan pilihan penghantaran atau ‘Self-Collect’. Cuma muat turun aplikasi mudah alih KFC atau log masuk ke www.kfc.com.my.

KFC Sawadee Crunch kini boleh didapati buat masa terhad sahaja. Thai Thai Mesti Bantai!

Flux, An All-Inclusive Monthly Car Subscription Service

Have a car without a loan. Switch to another, just because you feel like it. Let someone else handle the paperwork. Never see the inside of a service centre again. Just drive.

WITH Flux, all this is now possible. The future of private mobility has arrived.

HAVE A CAR, NOT A COMMITMENT

Flux is an all-inclusive monthly car subscription service, offering all the benefits of having your dream car without the drawbacks. Members pay a monthly fee to drive a car of their choice without commitment. No downpayment, no debt, no problems.

OUR COLLECTION IS YOUR GARAGE

Flux offers a wide variety of makes and models. Choose the perfect car for your needs, even as they change over time. Switch when you want, switch back when you’re done. You don’t need multiple cars in your garage, just one Flux subscription.

TAKE BACK YOUR SUNDAYS

Flux’s concierge service will help manage all your car-related administrative and maintenance matters. This includes yearly document renewals alongside planning and execution of periodical service and repairs. Own your weekends, not your car errands.

ALWAYS THERE WHEN YOU NEED IT

Flux cars are yours to keep in your driveway or garage. Unlike other new-age mobility solutions where cars have to be returned to a collection point, your Flux car stays with you throughout the duration of your subscription. Flux is the simpler way to ‘own’ your perfect car!

PROTECT YOU AND YOURS

Flux knows there’s nothing more important than the safety and security of you and your loved ones. Should your car be involved in an accident, using our tele-matics device, Flux will send emergency services to your location so that medical attention is received as soon as possible. Subscribe to reassurance and enjoy peace of mind.

HOW FLUX WORKS

Flux connects people who want cars with reputable automotive groups and retailers who have cars. Anyone can browse through the collection of cars on our online platform, www.driveflux.com, conveniently accessible from any device.

 

Flux allows members to subscribe to the specific car showcased on the platform. Once members have selected a car, they then choose a subscription plan which starts at month-to-month for total flexibility or up to three years for best value.

Subscription plans indicate how long members intend to use the Flux service, not a specific car as they have the privilege to switch throughout their subscription.

Members also choose a mileage package between Lite, Standard and Unlimited which offers a monthly maximum of 1,250km, 2,000km and cap-less mileage respectively. The Lite package is offered at no additional charge.

A key benefit of Flux is the freedom to switch cars after a minimum of one month of use with just a standard switching fee. Following a switch, members pay the monthly rate for the newly chosen car.

Flux is the only service able to offer this level of flexibility at our prices, giving you the best value for your membership.

Don’t like a car or perhaps chose the wrong one? No problem. Enjoy 3-day Risk Free Returns and we’ll work with you to find a car that best meets your needs.

Flux allows both Malaysians and non-Malaysians to become Flux members, as long as they have a Malaysian credit card, mobile contact number and are above 25 years of age. International driving licence holders are also accepted.

With all this, Flux o ers unparalleled flexibility and unmatched convenience compared to renting, leasing and buying.

THE FLUX ADVANTAGE

Building upon the core tenets of flexibility and convenience, Flux has created a holistic ecosystem of strategic partnerships to o er consumers a seamless experience.

Our inventory is sourced from reputable automotive groups and retailers, ensuring only the best vehicles are made available to our members.

The Flux collection proudly carries cars as desirable and varied in segment such as the Honda CR-V family SUV, BMW 6 Series GT fastback, Toyota Yaris hatchback, Volvo XC40 premium crossover, Mercedes-AMG CLA 45 performance four-door coupe and Kia Sportage compact crossover.

These cars, new and pre-owned alike, are independently inspected to determine that each and every one is maintained to the highest standards and free of major accidents and flood damage.

On the road, Flux leverages the power of data through vehicular telematics to protect you and yours in the event of an untoward incident or to recover your belongings in the case of theft.

In the event of an accident, we have you covered. Flux has partnered with leading automotive insurers for comprehensive protection and 24/7 nationwide roadside assistance to ensure your safety and assist you in every step of the post-accident process.

These partners share our vision of creating an innovative approach to private mobility, resulting in a seamless service and the absolute best experience for our members.

A NOTE FROM THE FOUNDER

“It’s unbelievable that in 2019, the only financially attractive way a Malaysian can have access to a car 24/7 all year round is through a hire purchase loan.

Aziz Ayman

Because buying a car, a highly depreciating asset, is probably the worst financial decision a household can make.

“From my time in Silicon Valley, I observed first hand how the tech industry was disrupting the mobility space. In essence, consumers are being empowered to make better decisions with less compromise.

“I founded Flux to challenge the status quo and o er a better alternative to the conventional car loan, here at home in Malaysia. At Flux, we are excited to pioneer a new means to access all the benefits of having a car in your driveway, without the costs.

We are proud to challenge the conventions of car ownership, working collaboratively with the leading local automotive groups. Together, we offer you freedom of choice, at unparalleled convenience. In short, Flux is the simpler way to ‘own’ your perfect car,” said Aziz Ayman, Founder & CEO of Flux.

ABOUT FLUX

Flux was founded in 2018 by Aziz Ayman and Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Privately funded, Flux is based in Kuala Lumpur. Flux aims to pioneer a future mobility landscape in Malaysia and the Southeast Asian region, simplifying the relationship between consumers, cars and their dealerships. In short, to make cars only about the drive.

AmBank Group Wins Four Awards At Alpha Southeast Asia Awards 2019

AmBank Group was recognised as the Best FX Bank for Corporates and Financial Institutions for the eighth consecutive time and Best FX Bank for Structured Products: Commodities, Credit, Equity, FX and Multi-Assets for FX & Treasury segment at the Alpha Southeast Asia Awards 2019.

AmInvestment Bank’s fund management arm, AmInvest, was also named Malaysia’s Best Overall Asset & Fund Manager and Malaysia’s Best Asset Manager for Money Market Funds under the Fund Management category.

The awards ceremony was held on Thursday, 26 September 2019 in Kuala Lumpur.

Jamzidi Khalid, Deputy Managing Director, Wholesale Banking and Head, Group Treasury & Markets, AmBank Group said,” This recognition reaffirms our capability to leverage on our position as a leading FX house.

Our inaugural win in the Best FX Bank for Structured Products category demonstrates our commitment to deliver innovative financial solutions for our esteemed clients especially in this exciting and challenging era.”

“It is an honour and privilege to be recognised as Malaysia’s Best Overall Asset & Fund Manager and Malaysia’s Best Asset Manager for Money Market Funds.

AmInvest has been managing funds for the past 38 years and we are grateful for the trust our investors have in our capabilities and expertise,” said Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Group Chief Executive Officer, AmBank Group.

Alpha Southeast Asia is a Hong Kong-based regional institutional investment publication. It has a readership following among pension funds, asset managers as well as institutional investors across Asia, Europe and the United States.

Petronas Launch Solar Rooftop Solution M+ By Petronas

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) launched its first solar rooftop solution in Malaysia, known as M+ by Petronas, a customisable and affordable solar solution designed for both commercial and industrial use.

THE affordability of M+ by Petronas is anchored upon its dynamic customer-centric business model, with zero capital expenditure required from customers, tailored to meet customers’ needs and enables savings.

Petronas provides end-to-end delivery of the solar rooftop solution and hassle-free maintenance to ensures that customers need only pay for the tariff charges of their energy usage and are not exposed to any form of technical and financial risks.

Petronas’ foray into the renewable energy industry builds upon its recent acquisition of Amplus Energy Solutions Pte Ltd (Amplus), a leading distributed solar energy solutions provider and developer across India.

Petronas’ strength in the energy sector for the past 45 years, coupled with Amplus’ expertise in renewable energy, allow M+ by Petronas to effectively provide customer-centric solutions.

Petronas’ Executive Vice President and Chief Executive Officer of Gas & New Energy Business, Adif Zulkifli said: “M+ by Petronas marks our progress in supplying clean energy options and represents our strategic vision to venture into new energy space in addition to oil and gas”.

“The launch of the solar solution is a testimony to our significant growth as a company that provides sustainable energy solutions. Ultimately, we want to become a leading global provider of clean, reliable as well as cost-effective energy solutions and contribute to the well-being of society and the environment,” he added.

Present at the launch were Prime Minister of Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Minister of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change, YB Yeo Bee Yin and President and Group Chief Executive Officer of Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

At the event, Petronas also exchanged Memoranda of Understanding (MoUs) with Universiti Teknologi Petronas and Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd for the installation of solar rooftop solutions at the respective companies’ premises.

Tun Dr Mahathir Launches Carbon Free Pavilion For Malaysia’s At Expo 2020 Dubai

Prime Minister of Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad launches “Malaysia’s Net Zero Carbon Pavilion” for the country’s participation at next year’s Expo 2020 Dubai.

THE carbon emission calculation includes the embodied materials, the construction process and the operation within the Malaysia Pavilion for the 6 months duration of Expo 2020 Dubai which will be held from October 2020 to April 2021; and dismantling of the pavilion according to Expo 2020 Dubai’s requirement.

Earlier this month, the Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) unveiled the ‘Rainforest Canopy’ pavilion concept and design, which is set to be a sustainable architecture with designs including energy efficiency features such as photovoltaic, natural ventilation, LED lightings and water efficiency fittings.

The Malaysia Pavilion touches on the theme of Energising Sustainability, focusing on Malaysia’s efforts and commitment in balancing economic progress with environmental concern. In line with the Paris Agreement (2016) and the Rio Earth Summit (1992), Malaysia aims to play her role in the fight against climate change.

Speaking at the 74th United Nation General Assembly, Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad announced that ‘Malaysia’s current forest cover is at 55.3 percent, or 18.3 million hectares of our total land area, exceeding Malaysia’s initial commitment to the Rio Earth Summit, which was 50%.

This represents the nation’s will and commitment to conserve and sustainably manage our forest. The construction of the Malaysia Pavilion will commence towards the end of 2019. The initiative for offsetting the carbon emission of the Malaysia Pavilion embodied material calculation will be completed by the time we open the Pavilion doors to the public on 20th of October 2020.

This is a national initiative, in line with Malaysia’s efforts to reduce our carbon emission by 45% by 2030, offsetting the carbon for the Malaysia Pavilion is a step in the right direction. Although the Pavilion will be in Dubai, the offsetting is being done in Malaysia.

With the cooperation and collaboration from various government and private agencies, Malaysia is showing the world that she is serious in this matter, and that it is not just a single effort, but the participation of the entire nation, working together to achieve this goal.

The inclusivity of other bodies screams Malaysia’s desire to change, and to build a better future for the country. Hijjas Architects & Planners’ idea of the “Rainforest Canopy” not only depicts Malaysia as housing one of the oldest rainforest in the world, but also through their futuristic design of including heli-fans to enhance the airflow, self-shading and green landscaping, solar panels and grey water harvesting throughout the Pavilion.

The Malaysia Pavilion itself has a reduction of more than 20% of energy use. The materials used will also be reused, once the pavilion is dismantled, according to the World Expo’s regulation for Expo 2020 Dubai.

This is the first time an initiative like this is being proposed and implemented for a pavilion at the World Expo. One of the sub-themes are SUSTAINABILITY: Respecting and living in balance with the world we inhabit to ensure a sustainable future for all.

Staying true to the #MyButterflyEffect campaign, Malaysia does not only want to be the first to initiate this idea, but would like to call for other Pavilions to come forward and also follow through with their plan to uphold their stand on climate change, at the World Expo 2020.

Yeo Bee Yin, Minister of Energy, Science, Technology, Environment & Climate Change said: “We are telling the world that we are here, and we are going to be sustainable. Clearly this initiative will benefit Malaysia in the long run. Malaysia’s Net Zero Carbon Pavilion will highlight Malaysia’s commitment towards reducing our carbon emission, as agreed in the Paris Agreement.

The tree planting initiative will also ensure that the nation will reforest more land areas, apart from the current programmes being conducted by various national agencies, including the ASEAN Framework for Climate Change agenda, to continuously maintain the 55% forest coverage.”

Acting Chief Executive Officer & Chief Operating Officer of GreenTech Malaysia, Syed Ahmad Syed Mustafa said, “GreenTech Malaysia is mandated to expand the adoption of innovation and sustainability across all sectors through high-level strategic initiatives at international platforms and we approach Malaysia’s participation at Expo 2020 Dubai as one such important avenue.”

“We are coordinating and collaborating with several parties to offer Malaysian companies expanded opportunities at an incredible venue globally recognised for thriving trade, technology and tourism. With almost every nation participating at the Expo, we invite Malaysian companies to step forward and maximise their potential for growth globally,” he concluded.

Sebanyak 55 Unit Perodua Aruz Diserahkan Kepada KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) telah membeli 55 unit Perodua Aruz AV, menandakan kemasukan SUV tujuh-tempat duduk tersebut ke sektor kerajaan dan pembelian fleet pertama bagi model tersebut.

Upacara penyerahan diadakan di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya, di mana Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Dato’ Iskandar Halim Sulaiman.

“Kami amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekaligus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia, kerana lebih daripada 90% komponen Aruz adalah daripada sumber tempatan. Begitu juga dengan semua model-model kami yang lain,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Dengan lebih 23,000 unit telah dijual daripada lebih 33,000 tempahan diterima sejak pelancarannya pada Januari lalu, Perodua Aruz merupakan SUV yang menawarkan nilai terbaik di pasaran dan juga SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

“Kami difahamkan tugasan para pegawai penguatkuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Perodua Aruz adalah kenderaan yang lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tidak lupa juga kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

“Dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Perodua Aruz diberi penarafan keselamatan tertinggi lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah,” katanya.

 

“Ditambah dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia, kami yakin KPDNHEP akan menemui Perodua Aruz sebagai kenderaan yang sangat sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka,” katanya.

Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang.

Pada Julai lalu, Perodua telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama KPDNHEP dalam usaha untuk membanteras produk dan alat ganti tiruan berjenama Perodua di pasaran, menjadikannya antara syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sedemikian.

Drive4Paul Malaysia 2019 – Disertai Adik Mendiang Paul Walker, Cody Walker

Retro Havoc secara rasmi mengumumkan acara Drive4Paul Malaysia 2019 akan bermula pada Sabtu ini, 12 Oktober 2019 dengan acara perhimpunan kereta-kereta eksotik, sport dan ubahsuai di lapangan terbang TUDM lama Sungai Besi atau kini dikenali sebagai Bandar Malaysia.

Ini adalah acara Drive4Paul pertama di dunia yang diadakan di rantau Asean, dan seperti juga acara sama yang telah berlangsung di Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Jepun, Drive4Paul Malaysia turut akan disertai oleh adik kepada mendiang Paul Walker sendiri iaitu Cody Walker.

Jika anda peminat watak Brian O’Conner dalam filem aksi hebat Fast and Furious yang dilakonkan oleh Paul Walker, anda mungkin pernah dengar akan NGO Reach Out World Wide (ROWW), diasaskan oleh Paul sendiri dan ditubuhkan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam di seluruh dunia.

Walaupun Paul Walker telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada 20 November 2013, ROWW masih lagi wujud dan meneruskan kerja-kerja amal mereka.

Siri konvoi dan perhimpunan Drive4Paul ini adalah salah satu cara yang dilakukan oleh ROWW bagi mengumpulkan dana untuk mereka beroperasi, dan sudah tentu juga ia adalah acara yang dibuat untuk memperingati pengasasnya itu yang bukan sahaja pelakon dalam siri FnF, malah turut dikenali sebagai ikon dalam budaya ubahsuai kenderaan di seluruh dunia.

Untuk perhimpunan di Bandar Malaysia Sabtu ini, anda hanya perlu membayar tiket masuk yang bernilai RM10 bagi membolehkan anda masuk ke tapak perhimpunan dan melihat sendiri 420 buah kereta yang menyertainya, dan ada diantaranya adalah replika kereta-kereta yang pernah di pandu oleh Brian O’Connner seperti Nissan Skyline R34, Ford Escort Mk1 dan Subaru Impreza WRX STI GRB.

Apa yang menarik lagi, Drive4Paul Malaysia ini juga adalah satu-satunya Drive4Paul yang mendapat kerjasama kerajaan tempatan di mana ia telah disokong oleh berberapa agensi kerajaan Malaysia seperti Institut Automotif, Robotik dan IOT Malaysia (MARii), Tourism Malaysia dan juga Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Bayaran tiket masuk dan juga yuran penyertaan Drive4Paul Malaysia ini akan disumbangkan sepenuhnya kepada ROWW, dan anda juga boleh menambah sumbangan kepada badan amal antarabangsa tersebut dengan membeli barangan-barangan rasmi Drive4Paul ketika acara tersebut berlangsung.

Sean Kingston KL Live Tour On 19 October 2019

“You’re way too beautiful girl” with Sean Kingston and he’s down in Kuala Lumpur

SEAN Kingston, who peaked at the top of Billboard Hot 100 with “Beautiful Girls”, is coming to Kuala Lumpur, Malaysia on 19th October 2019 at Quill City Mall.

The Jamaican-American rapper who discovered from MySpace has worked with high profile popstars such as Justin Bieber, Nicki Minaj, Kanye West, Dr Dre and among others.

Not only does “Beautiful Girls’ the hitmaker, “Fire Burining”, “Eenie Meenie” feat Justin Bieber, “My Love” have been the signature of his, which acquired huge amount of views on YouTube.

In 2017, Sean Kingston set the duet with Malaysian actress cum singer Kilafairy on her new fourth single “Put The Word In” which was composed by Dj Aku Ash.

Before Kilafairy, Sean Kingston has worked with Dato’ Siti Nurhaliza on her very first English album for the song “Remember You”, which then appears on Spotify, Amazon, Deezer and among others.

Since Sean has worked with Malaysian artist, in the coming Sean Kingston Malaysia Live Tour will be featuring more artists.

Sean Kingston is going to work with Malaysia Sing-songwriter cum rapper, Sona One, and Singer cum composer, Alif, DJ Pennie and DJ Jvene to carry out the big show to Malaysian.

Ticket price as RM1,688 per table (VIP Zone), RM238 (Rock Zone) and RM138 (PS1).

How are you not ready for Sean Kingston? Catch up with Sean Kingston with all of his hitmakers at Quill City Mall, on Saturday 19th October 2019.

Check out more information at Ticket Charge’s website (https://premier.ticketcharge.com.my/).

*In conjuction with this concert, Prebiu.com is giving 10 free tickets worth RM138 to our readers in limited time who ever comes first with a creative slogan Why i love to watch Sean Kingston concert live in KL………(not more than 20 words). Please provide your full name, identification number and contact number and emails to [email protected]. Thank you

Post Menarik