edotco Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif COVID Care, iaitu sebuah program sumber manusia yang unik khusus untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah kehilangan punca rezeki, dan untuk graduan baharu yang sukar mendapat pekerjaan akibat penularan COVID-19.
Program ini dilahirkan dari keprihatinan syarikat untuk membantu memulihkan sosio-
ekonomi negara dengan menawarkan pekerjaan kontrak dengan jangka masa sehingga satu tahun.
Calon-calon akan dipadankan dengan bidang pekerjaan, bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman mereka. Calon juga berpeluang untuk ditawarkan jawatan tetap di edotco Malaysia, bergantung kepada prestasi mereka dan juga ketersediaan jawatan yang sesuai.
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di: https://edotcogroup.com/jobs/covid-care-programme/.
Ketua Pegawai Serantau Kumpulan edotco dan Pengarah Urusan edotco Malaysia, Wan
Zainal Adileen berkata, “Walaupun edotco adalah sebuah syarikat infrastruktur telekomunikasi serantau, kami berbangga kerana syarikat ini ditubuhkan di Malaysia.
edotco Malaysia bertuah kerana dapat menjadi salah satu perkhidmatan penting yang
memastikan ketersambungan telekomunikasi dalam keadaan baik dan dipercayai untuk
membantu memudahkan tindak balas ketika krisis COVID-19.
“Kami bekerjasama dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk membolehkan sebahagian besar rakyat Malaysia bekerja di rumah dan memudahkan mereka untuk berhubung dan mendapatkan maklumat terkini.
“Kami sangat berbesar hati dan bersyukur kepada petugas kesihatan yang menjalankan tugas tanpa henti untuk menangani COVID-19. Wabak ini telah menaikkan semangat komuniti untuk bersatu-padu menolong antara satu sama lain dan edotco Malaysia ingin memperluaskan semangat ini dengan membantu mereka yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.
“Kami juga memahami graduan baharu mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan sekarang. Program COVID Care memberi peluang khusus kepada kedua-dua kumpulan ini, terutamanya kepada golongan B40.”
Sebagai majikan yang prihatin, edotco Malaysia juga telah menyokong pekerja yang ahli
keluarganya terjejas oleh COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Syarikat telah menyediakan barang-barang keperluan dan faedah elaun untuk meringankan beban pekerja yang menjadi pencari nafkah tunggal tanpa dijangka untuk keluarga mereka.
Bersama dengan COVID Care, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif besar
edotco Malaysia yang memberi sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk sejak permulaan PKP.
Program-program ini diteruskan dari usaha yang sedia ada termasuklah pemasangan edotco Mobile Solution (eMOS) di sekitar pusat kuarantin Hospital Sungai Buloh yang telah dipilih sebagai pusat khusus untuk merawat pesakit COVID-19.
Penyelesaian ini membolehkan pengendali rangkaian mudah alih meningkatkan liputan
dan kapasiti untuk merapatkan jurang hubungan telekomunikasi yang wujud di sekitar
hospital.
Sepanjang PKP, pejabat-pejabat serantau edotco Malaysia juga telah membantu komuniti
tempatan mereka untuk membekalkan keperluan asas seperti makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik serta peralatan perubatan dan perlindungan diri yang disumbangkan untuk membantu menambah ketersediaannya di beberapa hospital dan barisan hadapan lain.