Utama Blog Halaman 790

Perodua Catat Rekod Jualan Kenderaan Tahun Lalu

Rekod tahunan bagi Perodua dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019 dan penguasaan bahagian pasaran sebanyak 40%.

Perodua telah memecahkan rekod jualan tahunannya, iaitu 227,243 unit pada 2018, dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019, didorong permintaan yang kekal tinggi untuk semua modelnya – mengikut urutan menaik, Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi.

“Pencapaian ini di luar jangkaan kami. Kami berterima kasih kepada semua rakyat
Malaysia atas sokongan padu mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Didorong permintaan yang tinggi, kami menjangkakan prestasi jualan kami tahun ini
setanding dengan tahun lepas. Kami menetapkan sasaran jualan 240,000 unit untuk
2020 dan optimis ia boleh dicapai walaupun persaingan dijangka bertambah sengit
tahun ini,” katanya.

Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (+5.8%) berbanding
2018, dan merupakan angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat
tersebut.

“Berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit, Perodua
menguasai hampir 40% pasaran Malaysia, berbanding 38% tahun lepas,” katanya lagi.

Semua model Perodua menerajui segmen masing-masing pada 2019, termasuk Perodua Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan jualan 30,115 unit.

Setakat ini, lebih 2,000 unit Perodua Bezza 2020, yang dilancarkan dua minggu lalu, telah menemui pemiliknya daripada 15,000 tempahan yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya yang telah ditukar kepada model terkini.

“Kami menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lepas yang belum dipenuhi. Kepada para pelanggan yang dihargai, kami sedang bertungkus-lumus untuk menyerahkan kenderaan kepada anda secepat mungkin. Kami menghargai kesabaran anda serta memohon maaf atas penungguan anda,” katanya.

Perodua menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 4% ke 254,000 unit daripada 244,400 unit pada 2019. Angka ini merangkumi pengeluaran untuk eksport dan penyimpanan stok untuk 2021.

“Kami menjangkakan separuh pertama 2020 yang mencabar – Perodua akan memberi tumpuan kepada memenuhi tempahan yang sedia ada. Kami akan menilai semula keadaan pasaran pada separuh kedua sambil membina inventori kami supaya kami bersedia andai pasaran bertambah baik,” katanya.

Menurutnya, dengan peningkatan pengeluaran, Perodua menjangkakan perbelanjaan RM6 bilion tahun ini untuk membeli komponen tempatan, berbanding RM5.4 bilion tahun lepas.

Dari segi eksport 2019, Bezza menjadi sedan bawah-1.0 liter terlaris di Sri Lanka, manakala Perodua memasuki pasaran baharu, Seychelles.

“Walaupun eksport kami kekal berskala kecil pada kira-kira 2,800 unit tahun lepas, kami akan teruskan usaha membina jenama kami di peringkat antarabangsa ke arah meningkatkan angka tersebut tahun ini,” katanya.

Dari sudut selepas jualan, Perodua menyaksikan 2.35 juta pengambilan servis pada 2019 melalui 186 pusat servisnya di seluruh negara – kenaikan 8.3% berbanding 2.17 juta pengambilan servis pada 2018.

Zainal berkata, Perodua akan terus bekerjasama dengan para pengedarnya, yang kini membentuk 75% daripada rangkaian jualan dan servisnya, untuk menaik taraf dan melabur untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.

“Perodua mempunyai rangkaian jualan dan servis kenderaan yang terluas di Malaysia. Kami berhasrat untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada melalui kerjasama erat dengan para pengedar kami supaya kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami yang dihargai,” katanya.

Maxis Pamer Potensi 5G Dalam Pendidikan

Kes penggunaan 5G reality maya Maxis eKelas berpotensi menjadi pemangkin dalam memajukan pendidikan di Malaysia

Memaparkan potensi 5G dalam pendidikan, Maxis mempamerkan kes penggunaan 5G, pengalaman realiti maya (VR) untuk pembelajaran Sains dalam program eKelas kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Pusat Internet IOCC.

Pengalaman pembelajaran VR oleh Maxis adalah satu-satunya kes penggunaan 5G dalam bidang pendidikan di bawah Projek Demonstrasi 5G di Langkawi.

Dikuasakan oleh 5G, pembelajaran VR merupakan kes penggunaan yang menarik. Kurikulum pembelajaran diserlahkan dengan mengupayakan para pelajar meneroka bahagian-bahagian sel manusia atau haiwan menggunakan tangan mereka, dengan bimbingan guru dari jarak jauh.

Pelajar dilengkapi dengan alat dengar VR yang lengkap dengan antara muka mesra pelajar yang unik, kawalan isyarat, sumber pendidikan termuat turun dan kawalan guru yang mudah digunakan.

Pengalaman realiti maya memberi pelajar keupayaan untuk melihat pelbagai elemen dalam topik, dari yang mudah dan juga kompleks. Memandangkan unsur-unsur pembelajaran VR yang immersive, pelajar dapat belajar berdasarkan pengalaman yang membantu mereka dari segi pemahaman dan ingatan terhadap topik yang dipelajari.

“Kami percaya bahawa 5G mempunyai potensi besar untuk menjadi pemangkin kemajuan pendidikan di Malaysia. Kami sangat gembira dengan prospek untuk meneroka peluang bagi pelajar di Malaysia melalui program eKelas kami.

“Kami mahu memainkan peranan penting dalam menghubungkan lebih banyak sekolah dengan kandungan pembelajaran digital kami melalui portal Maxis eKelas kami yang
mantap.

“Terangkuman digital adalah penting dan Maxis mahu mengambil bahagian dalam
memastikan manfaat teknologi direalisasikan oleh semua,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Selain kes penggunaan eKelas VR, Maxis mempunyai dua lagi kes penggunaan 5G di Langkawi – Fixed Wireless Access (FWA) yang mempamerkan kelajuan 5G dan sambungan ke kawasan tanpa jalur lebar berkelajuan tinggi yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA), dan Pertanian Pintar, dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk membolehkan pertanian ketepatan oleh Maxis NB-IoT untuk tanaman anggur.

Maxis eKelas menerajui pembelajaran digital adalah program komuniti utama Maxis yang memperjuangkan pembelajaran digital untuk pelajar di kawasan luar bandar. Inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah disediakan bagi pelajar dari Tahun 6 hingga Tingkatan 5, yang membawa pengayaan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan bersemangat melalui penyediaan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti, selaras dengan Sukatan Pelajaran Malaysia.

Memberi tumpuan pada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, pelajar terdedah kepada pembelajaran pengalaman melalui gabungan tutorial langsung, pembelajaran kelompok, pertandingan dan kandungan digital.

Maxis eKelas kini disampaikan di 72 Pusat Internet yang terletak di 10 negeri di Malaysia, dengan sasaran untuk mencapai lebih daripada 17,000 pelajar pada tahun 2020. Program ini dilaksanakan dengan perkongsian Maxis bersama MCMC, di Pusat Internet milik mereka yang berperanan sebagai hab digital untuk komuniti di kawasan pedalaman.

Kamera DSLR Terbaharu Canon EOS-1D X Mark III Cukup Luar Biasa

Kamera Canon bingkai penuh pertama yang menampilkan video 4K tanpa potongan, Pengubah Persaingan yang luar biasa dengan pelbagai ciri terkini.

CANON memperkenalkan EOS-1D X Mark III, yang dihasilkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan golongan profesional yang memerlukan hasil terbaik dari alatan mereka.

Dengan pengesan CMOS bingkai penuh 20.1 megapiksel 35mm yang berkuasa dan pemproses imej DIGIC X baharu, EOS-1D X Mark III menyampaikan kualiti imej yang cemerlang dalam pelbagai situasi rakaman.

Dengan kebolehan untuk merakam imej resolusi tinggi pada kadar 20 bingkai sesaat (fps) dan video definisi tinggi sehingga 4K 60P dengan teknologi Auto Fokus (AF) CMOS Piksel Dual unik dari Canon, EOS-1D X Mark III adalah kamera berkuasa tinggi untuk mana-mana pencipta imej profesional.

“Kami amat teruja untuk memperkenalkan EOS-1D X Mark III sebagai DSLR Terunggul di
Malaysia. Model pengubah persaingan yang unik ini adalah kamera bingkai penuh pertama Canon yang menampilkan video 4K tanpa potongan dan bukan sahaja untuk golongan profesional yang berpengalaman tetapi juga untuk peminat fotografi yang berkemahiran tinggi.

“Kami yakin akan dapat memecah halangan dengan model ini dari segi prestasi teknikal, tahap versatil dan kebolehgunaannya yang didatangkan dengan pelbagai ciri baharu,” kata Albert Mah, Ketua Jabatan Produk Komunikasi Pengimejan, Canon Marketing Malaysia.

Antara ciri-ciri EOS-1D X Mark III adalah:
● Pengesan CMOS bingkai penuh 20.1 megapiksel 35mm baharu
● Kelajuan rakaman sehingga 16 fps (rakaman pemidang tilik) dan sehingga 20 fps
(Pandangan Langsung) dengan jejakan AF/AE
● Pemproses imej DIGIC X dengan media CFexpress (dual slot), yang membolehkan
kadar letus kira-kira 1000 rakaman (RAW + JPEG)
● Pengesan AF baharu yang digabungkan dengan AI Servo AF IV [1] yang memberikan
peningkatan tinggi dari segi kelajuan AF dan prestasi jejakan
● Rakaman filem 4K UHD dan 4K DCI pada 60p/50p, dan menyokong rakaman Canon
Log 4:2:2 10-bit dalam-kamera
● Rakaman filem RAW 5.5K dalam-kamera dengan fail MP4 serentak
● Bluetooth, GPS dan Wi-Fi dalaman dengan FTP. Menyokong LAN tanpa wayar 5Ghz
dan boleh disesuaikan dengan MIMO 2×2 apabila digunakan bersama WFT-E9.

Kamera EOS Terunggul: Kelajuan dan Prestasi Tanpa Tandingan

Dengan pengesan AF resolusi tinggi baharu yang mempunyai rekaan piksel segi empat sama, terdapat peningkatan piksel untuk arah melintang dan menegak.

Pengecilan piksel ini meningkatkan ketumpatan piksel sebanyak 28 kali, menghasilkan peningkatan ketara bagi titik AF dari 61 titik (EOS-1D X Mark II) ke 191 titik (untuk rakaman pemidang tilik optik) dalam (EOS-1D X Mark III).

Kelajuan pemprosesan pengesan AF baharu adalah 40x lebih cepat berbanding EOS-1D
X Mark II, memberikan peningkatan ketara dalam pengecaman subjek dan prestasi jejakan.

Dengan jumlah piksel yang lebih tinggi, variasi minit pada jarak ke subjek dalam fokus boleh dikesan dengan tepat. Ini menghasilkan peningkatan dramatik dalam ketepatan AF.

Kesemua 191 titik AF menyokong pendedahan sehingga f/8 bagi keseluruhan kawasan AF, dengan 65 titik AF jenis silang pada f/8. Ini menjadikan EOS-1D X Mark III pilihan terbaik untuk digunakan bersama penjangkau, terutamanya bagi jurugambar hidupan liar atau sukan.

Dengan mengurangkan gangguan dalam pengesan CMOS dan meningkatkan pengurangan
gangguan dengan DIGIC X, had atas bagi kelajuan ISO normal telah ditingkatkan dari satu hentian ke 102,400.

Kualiti imej dalam julat ISO 6400-12800, yang sering digunakan oleh jurugambar sukan dan berita juga dipertingkatkan dengan kawalan gangguan yang lebih baik. Pemproses
khusus DIGIC 8 juga digunakan untuk pengurusan AF dan pengawalan pengesan meter RGB+IR 400,000 piksel.

Penapis laluan rendah 16-titik baharu membantu mengurangkan moire dan herotan warna, serta meningkatkan resolusi imej. Ciri-ciri penapis Gaussian juga telah dimasukkan ke dalam penapis laluan rendah EOS-1D X Mark III agar lebih sesuai dengan lensa resolusi tinggi.

Satu lagi ciri baharu dalam EOS-1D X Mark III adalah HDR PQ HEIF, sebuah standard rakaman 10-bit (untuk imej pegun) yang berbeza daripada standard definisi tinggi biasa, di mana ia menggunakan pendekatan resolusi tinggi dan rendah gangguan.

Fail HEIF boleh ditukar ke format JPEG (kualiti HDR PQ) dengan mudah, sama ada di dalam
kamera itu sendiri atau melalui peranti lain menggunakan Digital Photo Professional. Imej HEIF mempunyai “rupa” yang hampir sama dengan imej yang diambil dengan HDR PQ, dan agak berbeza daripada gambar yang diambil dan disimpan terus sebagai fail JPEG biasa.

Ciri ini membuang keperluan untuk proses perapian penghasilan RAW dan pelarasan gamma, yang perlu dilakukan sebelum ini untuk gambar yang mengandungi kontras tinggi atau tona yang lebih cerah di bahagian yang berwarna neutral.

EOS-1D X Mark III juga menampilkan tetapan “Clarity” (Kejelasan) sebagai salah satu pilihan pelarasan imej. Tetapan ini khas untuk pengguna yang ingin mengekalkan penampilan lembut pada kulit subjek, atau apabila mereka inginkan kejelasan yang lebih tinggi untuk menyerlahkan kualiti seperti kekerasan besi atau perincian dalam pemandangan panorama.

Rakaman letus pada EOS-1D X Mark III telah dinaikkan ke paras maksimum (kira-kira) 16 fps untuk membantu jurugambar merakam saat-saat muktamad. Antara masalah yang dihadapi semasa rakaman tinggi letus adalah “blackout” (putus siar) kerana cermin (yang tertarik semula apabila satu rakaman dibuat) gagal untuk menangkap imej baharu untuk dipaparkan oleh pemidang tilik.

Untuk mengurangkan masalah ini, EOS-1D X Mark III menggunakan sejenis sistem cermin baharu dengan mekanisme kelajuan tinggi untuk menarik dan menetapkan semula cermin,
dengan sistem optik yang memaparkan imej pada masa sebenar. Ini memberi peningkatan tinggi pada kebolehan kamera untuk menjejak subjek yang sedang bergerak melalui pemidang tilik.

Untuk rakaman Paparan Langsung, EOS-1D X Mark III mampu membuat rakaman letus kelajuan tinggi sehingga (kira-kira) 20 fps untuk rakaman RAW dan RAW + JPEG. Fokus dan pendedahan juga boleh ditetapkan melalui jejakan AF/AE. Kawasan AF efektif semasa letus Pandangan Langsung lebih luas daripada yang boleh didapati semasa rakaman pemidang tilik, dengan jejakan sehingga 525 segmen.

Walaupun pengatup elektronik dipilih untuk menangkap gambar, EOS-1D X Mark III boleh menghasilkan rakaman letus kelajuan tinggi sehingga 20 fps. Selain itu, ia juga boleh memberikan fokus yang sangat baik dalam situasi cahaya rendah (serendah EV-6).

Ketepatan dan kestabilan fungsi pengesanan manusia telah dipertingkatkan dan dengan pengurangan pembahagian Kawasan AF (sehingga 525 segmen), kamera ini memberikan prestasi jejakan dan ketepatan fokus yang cemerlang, walaupun untuk subjek yang sedang bergerak dengan laju.

Format Media CFexpress Dual dan Rakaman Video 4K Tanpa Potongan Baharu

EOS-1D X Mark III dilengkapi dengan slot kad CFexpress dual di mana CFexpress merupakan media rakaman baharu yang dijangka akan menjadi format pilihan untuk pemindahan data berkelajuan tinggi.

Kelajuan pemindahan yang sangat pantas oleh media CFexpress yang digabungkan dengan memori penampan tambahan kamera ini membolehkan kamera ini mencapai kadar letus berterusan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 1,000 rakaman (RAW).

Ini bermakna lima kali lebih banyak berbanding EOS-1D X Mark II. Dengan EOS-1D X Mark II, jurugambar boleh membuat rakaman pada kadar 14 fps selama 12 saat sehingga penimbal penuh, namun dengan EOS-1D X Mark III, tempoh ini boleh berlanjutan sehingga satu minit pada 16 fps.

EOS-1D X Mark III juga merupakan kamera bingkai penuh pertama Canon yang menampilkan video 4K tanpa potongan, dengan menyokong rakaman filem dalam standard 4K UHD (3840 x 2160, 16:9) yang ditetapkan oleh ITU dan sesuai untuk penghasilan kandungan penyiaran.

Ia juga menyokong standard 4K DCI (4096 x 2160, 17:9) yang ditetapkan oleh Digital Cinema Initiative (sebuah kumpulan syarikat produksi filem).

EOS-1D X Mark III dilengkapi dengan Canon Log yang telah terbukti prestasinya dalam CINEMA EOS SYSTEM. Canon Log menyokong pengekodan H.265 HEVC yang memastikan gradasi luas, julat warna terang dan saiz fail kecil.

Output HDMI 4K 60p / output 10-bit Canon Log boleh digunakan untuk memancarkan data filem 4K ke peranti lain untuk paparan atau rakaman luaran. EOS-1D X Mark III juga menyokong output video Canon Log YCbCr 4:2:2 10-bit dan output gamut warna ITU-R BT.2020.

Ciri-ciri ini membolehkan imej filem dirakam dengan julat dinamik dan warna terang yang terbaik. Filem RAW 5.5K 60p dalam kamera juga boleh didapati dalam EOS-1D X Mark III.

Fungsi Rangkaian dan Kelajuan Pemindahan Dipertingkatkan

EOS-1D X Mark III juga dilengkapi dengan penerima GPS dalaman dengan fungsi penglogan. Ini lebih memudahkan dan cekap untuk jurugambar berita atau alam semula jadi dan landskap mengekalkan log untuk lokasi rakaman dan menguruskan fail.

EOS-1D X Mark III menyokong kelajuan pemindahan sehingga SuperSpeed Plus USB (USB 3.1 Gen 2). Apabila disambung ke komputer dengan kabel yang sesuai, kelajuan pemindahan data lebih cepat berbanding EOS-1D X Mark II (SuperSpeed USB, USB 3.0).

EOS-1D X Mark III kini didatangkan dengan Wi-Fi dalaman dengan fungsi FTP. Ini memberi
peningkatan tinggi kepada aliran kerja jurugambar di lapangan kerana mereka boleh
memindahkan imej dengan cepat dan mudah tanpa sebarang peranti tambahan.

Sekiranya julat lebih panjang dan kelajuan pemindahan lebih cepat diperlukan, WFT-E9 baharu yang didatangkan dengan antena dual yang sesuai dengan Jalur Dual (2.4GHz/5GHz) dan MIMO boleh didapati sebagai aksesori untuk EOS-1D X Mark III.

Dari segi ketahanan, EOS-1D X Mark III mempunyai jangka hayat pengatup yang dianggarkan sebanyak 500,000 kitaran. Bahagian struktur utama kamera ini diperbuat daripada aloi magnesium supaya lebih ringan dan mempunyai ketegaran yang tinggi.

EOS-1D X Mark III juga kalis air dan debu. Butang AF-ON kini turut berfungsi sebagai alat kawalan bijak yang menggabungkan pengesan optik untuk mengesan pergerakan jari. Ia membolehkan pengguna memilih titik AF dengan mudah tanpa membebaskan butang AF-ON.

Sebuah panel LCD definisi tinggi dengan kira-kira 2.1 juta titik (EOS-1D X Mark II: kira-kira 1.62 juta titik) memberikan paparan yang jelas dan nyata – operasi menu dan main semula boleh dikendalikan melalui skrin sentuh.

Terdapat juga butang yang menyala pada EOS-1D X Mark III untuk memudahkan operasi menu dan main semula dalam keadaan gelap. Pemidang tilik yang diperbaharui dapat memaparkan unsur-unsur utama (selain bingkai AF) dalam warna merah.

Ini memudahkan maklumat dilihat walaupun dalam keadaan yang sangat gelap atau sangat terang. Paparan unsur/maklumat lain pada pemidang tilik juga tidak menjejaskan operasi AF.

Sistem Kamera Robotik

Bersama EOS-1D X Mark III ini, Canon telah melancarkan sebuah sistem kamera Robotik yang memberi penyelesaian untuk menangkap imej pegun menggunakan kamera lensa boleh ubah melalui operasi kawalan jauh intuitif.

Sistem ini terdiri daripada sebuah kepala kamera Robotik untuk operasi Pendar/Condong/Putar/Zum, dan Pengawal Kamera IP (CR-G100) untuk mengawal sambungan berwayar dengan kamera dan komputer, serta operasi kawalan jauhnya.

Dengan menggunakan pilihan Aplikasi Kawalan Jauh Kamera (CR-A100), jurugambar boleh menguruskan Paparan Langsung dan pembebasan kawalan jauh untuk beberapa sistem kamera robotik dan kamera.

Realme 5i Hits Over 4000 Units Sold During First Online Sale

For realme Malaysia, this is a big surprise to have more than 4000 units of realme 5i sold nationwide during its first offline sale that took place last Saturday, 18 January 2020.

It certainly goes beyond the sale expectation as realme 5i is an addition to the realme 5 Series family. This latest realme smartphone in the tech market realme 5i comes in one variation, which is 4GB RAM and 64GB internal storage.

Brand Manager of realme Malaysia, Tiffany Teh commented, “This is a great opening sale in
2020 for realme Malaysia. Seeing the result, I believe that this model is what the majority of Malaysians ever wish for.

Another thing that makes this a very special for us is how we connect this product with the upcoming Chinese New Year celebration through the free gift for every purchase. Thanks to all of the realme fans for the trust in our brand. Let’s Dare to Leap together”.

realme 5i – Quad Camera Battery Hero is powered by an 11nm Qualcomm Snapdragon 665 AIE processor, operating at a clock speed of 2.0GHz along with enhanced gaming performance and 3rd generation Qualcomm AI Engine, providing outstanding performance in their price segments.

It is equipped with a massive 5000 mAh battery providing users best battery life performance and up to 30-day standby in the price segment.

The realme 5i has been equipped with fireproof protective separation and triple precautions
to guarantee battery safety. The device also packs a leading image experience with widely
praised quad camera setup – 119° ultra wide-angle lens (8MP), main camera (12MP),
portrait lens (2MP) and ultra macro lens (2MP). Its main camera also supports better EIS
effect, so users can take more stabilised videos while moving.

Aesthetically, realme 5i features the latest Sunrise Design with grains on the back cover
which is processed by industry-leading German five-axis precision radium carving machine.
realme 5i will be available in Aqua Blue and Forest Green.

You may get the all-new realme 5i with a FREE CNY Gift Box for RM599 online too. The first
online sale starts from 28th January 2020 by 12 AM only on Lazada.

MOX Lancar Ruang Reka Terbesar Untuk Komuniti Kreatif Di Kuala Lumpur

MOX, dengan kerjasama Sunway Putra Mall, memperkasakan dan menyatukan komuniti kreatif tempatan

MOX, jenama di bawah INVADE iaitu syarikat penggunaan ruang secara kreatif dan pengurusan acara berpangkalan di Singapura, telah melancarkan MOX Malaysia dengan kerjasama Sunway Putra Mall.

Berbekalkan kejayaan konsep sedia ada di Singapura, ruang reka bersama baharu tersebut adalah yang terbesar sepertinya di Malaysia, dengan matlamat menghimpunkan dan memperkasakan komuniti kreatif menerusi ruang kerja bersama, peluang menzahirkan idea dan memanfaatkan landasan antarabangsa.

“Walaupun industri kreatif Malaysia terus berkembang maju, insan kreatif berbakat masih
tersebar dan terasing,” kata Kent Teo, Ketua Pegawai Eksekutif INVADE.

“Sebagai penganjur ruang runcit inovatif terulung yang memiliki dan menganjurkan beberapa pasaran pop-up (ruang bukan tetap) terbesar di Singapura dan Malaysia, kami sentiasa berhubung dengan bakat-bakat kreatif ini.

“Selama ini kami sedar akan faktor yang menimbulkan cabaran bagi mereka, seperti
kurangnya ruang kerja kreatif, capaian terhad kepada kelengkapan dan peralatan, dan peluang terhad untuk membina jaringan umum. Kami bertekad untuk menyelesaikan segala cabaran ini menerusi MOX Malaysia.”

Dalam pembentangan Bajet 2020 baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa RM1 bilion akan diperuntukkan untuk mengukuhkan keusahawanan di Malaysia, yang meliputi pelbagai segmen masyarakat.

Oleh yang demikian, MOX Malaysia serta aspirasinya telah dizahirkan tepat pada masanya untuk menyokong karyawan berbakat dan usahawan tempatan.

MOX Malaysia terletak di pusat perniagaan utama Kuala Lumpur, dengan lokasi perdananya di Sunway Putra Mall. Menduduki ruang lantai kasar seluas 21,000 kaki persegi, MOX Malaysia menyediakan ruang kerja bersama, tempat jual beli, kafe dan pelbagai kemudahan khas semuanya di satu tingkat.

Ini termasuk auditorium seluas 2,000 kaki persegi dan bilik penyiaran bagi karyawan untuk mengadakan acara, menayangkan filem, membuat pembentangan dan berhubung secara terbuka dengan khalayak sasaran.

Ruang penganjuran bersama ini juga sedia terhubung ke tempat-tempat lain di sekitar bandar raya, dengan sambungan terus ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pusat Dagangan Dunia Putra.

MOX Malaysia menempatkan kelengkapan serba baharu seperti studio sumber profesional bagi fotografi, videografi dan rakaman audit di samping bengkel am untuk sesi bengkel berasaskan pengalaman dan sesi kraf tangan.

MOX Malaysia bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan bagi perniagaan kreatif, dengan
unsur-unsur runcit seperti Marketplace – zon runcit berbilang label terkhusus, dengan hasil seni rekaan terpilih yang dicipta sendiri oleh ahli masing-masing.

Manakala Waiting Gallery, selain daripada menawarkan kemudahan layanan peribadi dan ruang menunggu untuk bukan ahli, turut menjadi galeri seni bersama untuk mempamerkan hasil karya ahli.

Di samping itu, sebuah kafe sosial disediakan sebagai zon santai untuk ahli dan juga orang awam, dan juga untuk menganjurkan pertemuan segera.

Ahli-ahli juga berpeluang menganjurkan bengkel kreatif di MOX Malaysia dan menyertai pasaran runcit INVADE yang amat popular, termasuk Artbox dan Pasar Malam Shilin.

Win Samsung Smartphones Worth RM1.2 Million To Celebrate Chinese New Year

What better way to celebrate this Chinese New Year than by scooping up an exciting win with a Samsung smartphone?

From now to 16 February 2020, Samsung Malaysia is giving out 1,094 units of Samsung smartphones worth up to RM1.2 million in total value!

The 1,094 prizes up for grabs consist of 18 units of Galaxy Fold, 388 units of Galaxy A50s and 688 units of Galaxy A30s.

Just by following the simple steps below, consumers can enjoy an entry in the contest to stand a chance to win one unit of Galaxy Fold or Galaxy A50s or Galaxy A30s!

How to win the prize:

Step 1: Purchase any participating Flagship model, Galaxy A Series, or Galaxy Tab model

Step 2: Submit details and receipt to https://www.samsung-redemption.com/my/login, with a creative picture representing the Year of Rat

Step 3: Winners will be selected and announced weekly

Below are the participating Samsung devices entitled to join the Chinese New Year contest*:

Flagship Devices A Series Tablets
1.     Galaxy Fold

2.     Galaxy Note10|10+

3.     Samsung Galaxy S10|S10e|S10+

4.     Galaxy Note9

5.     Galaxy S9|S9+

1.     Galaxy A70|80

2.     Galaxy A10s|A20s|A30s|A50s

1.     Galaxy Tab S6

2.     Galaxy Tab S5e

3.     Galaxy Tab A (with S Pen 8.0)

4.     Galaxy Tab A 10.1

5.     Galaxy Tab A 10.1 Wifi

6.     Galaxy Tab A 8.0 2019

Don’t miss out on this fantastic chance to possibly win a Samsung smartphone! For more information, please visit https://www.samsung.com/my/offer/prosperity-starts-with-galaxy/.

Kerjasama U Mobile Dan TM Untuk Sambungan 5G

Usahasama bagi membolehkan kedua-dua pihak menguji perkongsian rangkaian 5G untuk perancangan pelaksanaan 5G menyeluruh

Dalam menyokong seruan Kerajaan ke arah kolaborasi peringkat industri yang lebih meluas, Telekom Malaysia Berhad (TM) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) mengumumkan satu usahasama bagi meneroka peluang-peluang perkongsian rangkaian menggunakan rangkaian Projek Demonstrasi 5G (5GDP) TM di Langkawi sebagai platform.

Di bawah usahasama ini, kedua-dua pihak akan meneroka beberapa model perkongsian infrastruktur rangkaian seperti Multi-Operator Core Node (MOCN) atau Multi-Operator Radio Access Network (MORAN).

Kolaborasi ini menjelaskan lagi komitmen kedua-dua pihak ke arah membolehkan pelaksanaan yang berkesan dan kos efektif untuk liputan 5G meluas sebelum perluasan infrastruktur 5G berskala penuh di negara ini.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara TM dan U Mobile telah ditandatangani oleh Tengku Muneer Tengku Muzani, Ketua Pegawai Strategi, TM manakala U Mobile telah diwakili oleh Woon Ooi Yuen, Ketua Pegawai Teknologi, U Mobile.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, Dato’ Noor Kamarul Annuar Nuruddin berkata syarikat sentiasa menyokong usaha perkongsian infrastruktur yang telahpun menjadi norma di pelbagai negara, termasuklah untuk 5G.

“Dalam industri bersedia untuk gelombang pelaburan infrastruktur berikutnya bagi menyokong kes-kes inovatif 5G dan permintaan pelanggan yang kian meningkat terhadap jalur lebar mudah alih, syarikat-syarikat telekomunikasi sedang mencari cara baharu memacu pelaksanaannya bagi mengelakkan pelaburan yang terlalu besar.

Di sinilah kolaborasi berperanan penting untuk syarikat-syarikat telekomunikasi dalam era perkongsian rangkaian 5G.

Pembinaan bersama (co-building) dan perkongsian bersama (co-sharing) dengan syarikat-syarikat telekomunikasi lain dari segi infrastruktur dan dengan ekosistem baharu serta pemain-pemain digital dan vertikal industri untuk perkhidmatan digital inovatif akan memberi banyak penjimatan modal dan perbelanjaan operasi, justeru membolehkan para pemain meluaskan liputan pada kos lebih rendah dan melaksanakan dengan lebih pantas, serta mengoptimumkan penggunaan sumber.

Perkongsian infrastruktur bukan sahaja lebih bermakna dari segi ekonomi, malah turut membantu menangani masalah masyarakat berkenaan impak visual kawasan-kawasan kecil dan peralatan bagi membawakan manfaat-manfaat 5G.”

“Kami mengalu-alukan penyertaan U Mobile dan kami amat terdorong dengan kolaborasi ini dengan hasrat menjayakan harapan insan. Ini akan membolehkan kami terus menguji dan memberikan kami pandangan holistik sejauh mana kita boleh jangkau dan melangkah ke hadapan dengan perkongsian rangkaian dan kebolehoperasian (interoperability) yang kami umumkan baru-baru ini.

Usahasama terbaharu dengan U Mobile ini, selain kolaborasi bersama Digi yang diumumkan minggu lepas, akan memberi semua pihak skala rangkaian bagi memberi khidmat kepada lebih banyak pengguna dan perniagaan – kualiti lebih baik, nilai tiada bandingan serta produk dan perkhidmatan yang inovatif kepada para pelanggan kami.

“U Mobile gembira bekerjasama dengan TM untuk meneroka peluang-peluang perkongsian rangkaian bagi 5G. 5G merupakan keutamaan teras U Mobile kerana kami berkongsi pandangan yang teknologi ini akan menjayakan harapan insan.

“Sepanjang beberapa bulan ini, kami telah melakukan ujian langsung bagi mengetengahkan potensi 5G yang tanpa had untuk pelbagai vertikal seperti penjagaan
kesihatan dan kami bersedia melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan ini sebaik sahaja 5G tersedia secara komersil.

“Sebelum spektrum diperoleh pada penghujung tahun ini, syarikat-syarikat telekomunikasi kini sedang melaksanakan ujian langsung 5G penuh sambil terus menaik taraf rangkaian teras mereka.

“Bagi memberi gambaran meluas bagaimana 5G akan menjayakan harapan insan, TM telahpun melaksanakan 11 kes gunaan daripada 35 kes gunaan di bawah 5GDP kelolaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Langkawi,” katanya.

Gamuda Cove’s Discovery Park Is Now Open

Blastacars

First in South East Asia Cove Aerobar and Insta-worthy Rainbow City @ Gamuda Cove

In the year 2020, Malaysians will have 12 long weekends. Whether travelling abroad or within Malaysia, Gamuda Cove’s Discovery Park is Malaysia’s new tourism hub that is filled with thrilling activities, one-of-a-kind hangout spots and family-friendly facilities.

Aerobar

Featuring first in South East Asia Cove Aerobar, AcrHIVE Food Hall, Blastacars Drift Kart and more, Discovery Park is a new destination that is not to be missed.

Dressed-up in Taiwan’s Rainbow Village-inspired motifs themed Rainbow City, with a Malaysian twist, Discovery Park is set to bring colours and happiness to visitors this Chinese New Year, making it an ideal destination for families and friends.

Located along the Elite Highway with close proximity to KLIA and KLIA2, the 23-acre Discovery Park is the commercial and entertainment segment of Gamuda Cove, Gamuda Land’s latest township with a gross development value of RM20 billion.

Poised to be Malaysia’s first Maxis-enabled 5G township, the 1,530-acre township is bordering the 7,600-acre Kuala Langat Forest Reserve and 1,111-acre Paya Indah Wetlands, truly living up to its name “Nature Sanctuary, Smart City”.

Aerobar

Mindful town-making

“What truly differentiates Gamuda Land’s townships is our mindful planning, and to be able to bring all the components together thoughtfully to make the town works.

“Like how we strategically inject fun and excitement into Discovery Park while being mindful of nature and the environment, the safety and the surrounding community,” said Herbie Tan, Gamuda Land’s Director of Leasing, Retail and Malls.

Home to several unique attractions and many experiential activities, Discovery Park is developed according to Gamuda Land’s long espoused town-making principles that resonates with the United Nations Sustainable Development Goal 11, in building an integrated and sustainable township for its communities.

With the right mix of family friendly entertainment offerings and careful selection of
internationally certified or well qualified providers, the Discovery Park offers two zones, namely the Hangout Village and Adventure Park where visitors can take a deep dive into thrills, fun, spectacular sights, nature and good food.

1. Hangout Village

The Hangout Village offers unique leisure experiences ranging from shopping, dining to relaxation.

Currently, it hosts the Cove Aerobar, ArcHIVE Food Hall and Rainbow City @ Gamuda Cove.

i. Cove Aerobar – first in South East Asia

Designed and made by Aerophile Group from France, this crown jewel of Discovery Park is
a revolutionary way to enjoy the panoramic sight of Gamuda Cove and its neighbouring Paya Indah Wetlands and Kuala Langat Forest Reserve.

Each ride, 16 passengers will be ascended to 35-metre high to chill out, take pictures and experience the remarkable panoramic view from atop.

ii. Rainbow City @ Gamuda Cove

Inspired by one of Taiwan’s must visit destinations, this hangout spot features 14 different
motifs that reflect Malaysia’s Muhibbah culture and Gamuda Cove’s identity, such as Batik,
Kadazan arts, Minangkabau carvings and more. Positioned in front of Cove Aerobar, it will
be a paradise for instagrammers and ideal place to chill out while admiring the engineering
structure of Aerobar.

iii. ArcHIVE Food Hall

Featuring a collection of retail shops, al-fresco cafes and dining options, this social hub for
shoppers and foodies is where families and friends can hangout and catch up with one
another. All the crafty items and food such as satay, laksa johor, mee rebus, kacang putih,
durian puffs found here are carefully handpicked to serve up a truly Malaysian experience.

iv. Barsa Pool Club

Slated for opening in this February, the first-in-Malaysia beach pool club features a 5-metre diving platform and Malaysia’s largest salt water pool, where all ages can enjoy pool-surfing on a daybed, diving and drinking in a suburban setting during day time.

At night, it will be a club for drinking and partying.

2. Adventure Park

The Adventure Park is where visitors can get their blood and excitement pumping with Blastacars Drift Karts that are currently open to public.

A purpose-built ropes course with more than 50 obstacles spread over 2-storey plus an ATV and motocross track is currently being put in place to hype up the Adventure Park. These are targeted to open in March 2020. More adrenaline rush activities are in the pipeline.

i. Blastacars Drift Karts

Originating from New Zealand, Blastacars offer the adrenaline rush of motorsports by
drifting up and down the specially designed race track with an elevation change. To hype
things up for motorsports enthusiasts, the Discovery Park will be a spot for monthly
motorsports club gatherings.

Blastacars

Although the township takes another 18 more years to be fully completed, the developer has already accelerated its placemaking activation to transform the business and tourism landscape in Southern Klang Valley.

“This is what we meant by creating towns that stand the test of time. We carefully plan every detail and deliver for the community in advance to activate the home place, play place, park place, shopping place.

Discovery Park is thus a pivotal catalyst in our placemaking to drive the socio-economic growth and to complement Gamuda Cove,” concluded Herbie, adding that in the pipeline to support tourism activities are Gamuda Cove water theme park, hotels as well as a regional mall, MICE facilities and offices in the commercial business district (CBD), making Gamuda Cove a truly well-thought of and properly implemented masterplan.

Discovery Park is open daily 10am to 10pm and a series of Chinese New Year activities will be hosted every weekend between 18 January and 9 February 2020. For more information, visit Gamuda Cove Experience Gallery or log on to discoverypark.com.my.

70 Years Of Le Mans Triumphs On Display At The Ferrari Museum

The ‘Ferrari at 24 Heures du Mans’ exhibition opened at the Ferrari Museum in Maranello, to celebrate seventy years of Prancing Horse victories in the world’s most famous endurance race.

Visitors can look back over the 36 wins recorded on the French track, with the help of some of the cars that competed in the famous races plus multimedia and interactive contents.

The exhibition opens with the 166 MM Barchetta Touring. With a similar car, Lord Selsdon and Luigi Chinetti triumphed on 26 June 1949, on Ferrari’s debut at Le Mans.

The British aristocrat and the Milanese driver transplanted to America faced a large number of British and French professionals whose cars had twice the engine capacity of the Ferrari.

Nevertheless, they won with an average speed of 132.946 kilometres per hour. Chinetti went down in history by driving for over 23 hours, handing the wheel to Lord Selsdon for just 30 minutes.

The exhibition also includes the 275 P in which Jean Guichet and Nino Vaccarella won the 24 Hours of Le Mans in 1964 with an astonishing average speed of 195.63 km/h, ahead of two Ferrari 330 Ps.

The 275 P is part of the legendary P series, packed with very successful cars: the number refers to the unit displacement, while the letter P stands for prototype.

Then, of course, there is the 488 GTE with which Alessandro Pier Guidi, James Calado and Daniel Serra won the last edition of the French marathon, gifting Ferrari its 27th class victory, seventy years after the first triumph of the 166 MM.

Visitors can relive this achievement through the ‘Le Mans Experience’, an exciting film that combines evocative images of the race with some of the most important messages recorded by the drivers and the team during the 24 Hours.

Visitors will also have the opportunity to test themselves virtually at the wheel of the 488 GTE on the Le Mans circuit, in the simulator set up inside the exhibition area.

Many other historical specimens are on display within the two current exhibitions in progress at the Ferrari Museum in Maranello, ‘Hypercars – The evolution of uniqueness’ and ’90 years – Scuderia Ferrari, the complete story’. They are open every day from 9.30 am to 7 pm.

LG To Join Forces With Cerence On AI-Powered Connected Car Platform

Companies Enter MOU to Develop Solutions Based on webOS Auto and Cerence ARK.

LG Electronics (LG) announced the signing of a memorandum of understanding with Cerence Inc. (Nasdaq: CRNC), which recently spun off from Nuance Communications, Inc. as an independent automotive software company.

This is to develop a new software solution that integrates LG’s webOS Auto In-Vehicle Infotainment (IVI) system with Cerence ARK (AI Reference Kit), a new turnkey voice assistant for the automotive market.

Together, the companies aim to create and advance a more convenient in-car experience through voice commands that allow drivers and passengers to have far more control over car functions, navigation and multimedia content.

The partnership is expected to deliver more efficient management of resources required to integrate Cerence ARK with webOS Auto, aiming to provide OEM and Tier 1 manufacturers with a pre-packaged, full-stack IVI software system that will shorten the time-to-market, bring an immersive voice experience and rich content ecosystem to connected cars and improve the user experience inside the vehicle.

LG’s webOS Auto is a Linux-powered IVI platform for connected cars designed to provide OEM and tier-one manufacturers with productivity and flexibility for the next generation in-vehicle experience.

Cerence ARK is a turnkey automotive product that enables automakers to quickly develop, deploy and manage a fully localized automotive voice assistant.

“We look forward to this collaboration with Cerence to develop a turnkey voice solution for today’s auto and component makers to accelerate the arrival of the connected car,” said Dr. I.P. Park, president and CTO of LG Electronics.

“We will continue to evolve webOS Auto by offering a wider range of AI-powered experiences for both manufacturers and auto customers.

“We are honored and excited to partner with LG Electronics on a solution that harnesses the collective power and promise of webOS Auto and Cerence ARK,” said Sanjay Dhawan, CEO, Cerence.

This new offering will support automakers and tier-one suppliers as they rapidly innovate, speed the time to market, and deliver a state-of-the-art in-car experience unlike any other.

Post Menarik