Utama Blog Halaman 777

Epson’s First Desktop Dye-sublimation Digital Textile Printer

First desktop dye-sublimation digital textile printer

High-quality textile printing right out of the box for promotional products, fashion apparel and home décor furnishings

Epson Malaysia introduced its first desktop dye-sublimation printer – the 24-inch SureColor F530.

First desktop dye-sublimation digital textile printer

Delivering fast, reliable dye-sublimation printing right out of the box, the new SureColor F530 is ideal for promotional products and fashion apparel, including personalising mugs, mousepads, and garment embellishments.

The model is currently priced at RM12,996. This printer meets a market need for small businesses wanting to enter the textile industry with a low investment, easy-to-use dye-sublimation printer that will allow them to create personalised promotional products, fashion apparel and home décor furnishings.

The SureColor F530 delivers high image quality in one of the most compact, feature-rich dye-sublimation printers in the market.

The high-performance dye-sublimation printer delivers professional-quality prints using powerful PrecisionCore technology. A true turnkey solution, the SureColor F530 arrives with a host of convenient features to streamline workflow, including specialised transfer paper for both rigid and soft media, a 50-sheet auto-feed tray and built-in cutter, and drivers for both Windows and Mac.

“We are excited to launch this new dye-sublimation printer that will open up many new business opportunities for small businesses. The SureColor F530 delivers high image quality in one of the most compact, feature-rich dye-sublimation printers in the market.

The range of applications that the printer can support is truly impressive and we are confident this will be a game-changer in the industry,” said Daisuke Hori, Managing Director of Epson Malaysia.

Additional features include:

  • Astounding Print Quality – PrecisionCore MicroTFP printhead offers Precision Droplet Control for outstanding clarity, plus commercial-grade reliability with Nozzle Verification Technology.
  • Bright, Brilliant Images – Vibrant ink delivers extraordinary colour saturation and high contrast.
  • Versatile Media Support – Accommodates rolls and sheets up to 24-inches wide; includes a 50-sheet feed tray and built-in cutter for added efficiency.
  • Replace Ink Less Often – High-capacity ink bottles with auto-stop allow for easy, mess-free filling.
  • Tackle a Variety of Print Jobs – General-purpose transfer paper produces amazing images on both soft and rigid materials.
  • Reliable Performance – Backed by Epson world-class service and support
  • Compact, Clean Design – Ultra small, sleek, minimal design easily fits on a desktop or on its own with optional stand (sold separately).
  • Easy Printing Right Out of the Box – Comes equipped with software optimised for dye-sublimation, including specialised drivers for both Mac and Windows.
  • Intuitive Operation – Large 4.3-inch LCD color touchscreen simplifies print tasks
  • Flexible Connectivity – Easily connect to the printer via USB, Ethernet or integrated WiFi.

Panorama Yang Mempersona Melihat Kawanan Burung Di Pulau Bangau, Perak

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan indahnya sewaktu melihat ribuan kawanan burung terbang pulang ke sarang tatkala senja menjengah sebelum hinggap pada pucuk ranting.

Panorama cukup mempersonakan ini bukan di luar negara, sebaliknya di Sungai Perak dekat Teluk Intan yang boleh dilihat dengan menaiki bot menyusuri sungai berkenaan.

Ribuan burung-burung pelbagai spesies termasuk burung hijrah sejak beberapa tahun lalu menjadikan sebidang tanah beting di sini sebagai ‘sarang’ tetapi  dilihat bak syurga bagi pencinta alam.

Ia dikenali penduduk tempatan sebagai Pulau Bangau kerana populasi burung bangau yang banyak di situ serta spesies burung lain seperti helang, enggang,  purple herald, grey herald, little egret dan cattle egret.

Satu lagi santuari burung di negeri Perak ialah di Kuala Gula dekat Kuala Kurau yang merupakan tempat persinggahan bagi burung-burung dari seluruh dunia. Cuma bezanya, di Kuala Gula kawasannya lebih luas dan ‘sukar’ untuk melihat kawanan burung-burung.

Berbanding di Pulau Bangau, lokasinya hanya di kelompok yang sama jadi jumlah kawanan burung yang berkumpul boleh dilihat di depan mata.

Setiap hari tatkala matahari terbenam kira-kira 50,000 ekor burung-burung ini terbang pulang ke sarang berkawanan setelah seharian keluar mencari makan.

Ada juga kawanan burung-burung ini terbang rendah merentang lebar sungai yang seolah-olah kelihatan seperti kapal terbang Jepun hendak melakukan aksi menyerang kapal musuh semasa Perang Dunia Kedua. Sungguh hebat dan mengasyikkan!

Maka tidak hairanlah keindahan melihat panorama memukau ini  mula menjadi percakapan lantas memikat sebagai salah satu destinasi pelancongan baharu di Teluk Intan.

Peluang untuk menyaksikan pemandangan tersebut kini disediakan syarikat pengendali bot bagi membawa pengunjung merasai sendiri pengalaman yang mengasyikan ini.

Antaranya oleh Shahril Pekan Enterprise yang terletak di jeti bot penambamg Teluk Intan.

Menurut pengusahanya, Mohd Shahril Mustafa, masa yang sesuai untuk melihat burung-burung ini ialah ketika petang selain dapat menyaksikan matahari terbenam.

Kebiasaannya burung-burung ini akan keluar pada jam 5.30 pagi untuk mencari makan sehingga ke kawasan bendang di seberang Perak sebelum pulang ke sarang pada jam 6.30 petang.

Lokasi Pulau Bangau seluas 14.3 hektar ini menjadi pilihan burung-burung ini kerana kedudukannya yang strategik iaitu di tengah-tengah sungai disebabkan sukar diceroboh manusia,” ujarnya.

Mohd Shahril berkata, river cruise Sungai Teluk Intan ini mengambil masa antara 45 minit hingga 90 minit dengan kadar tambang serendah RM15 bagi kanak-kanak dan RM25 dewasa mengikut pakej yang disediakan.

Lebih elok jika pengunjung membawa bersama teropong kerana dapat melihat secara lebih dekat ungas-ungas ini yang bersarang pada dahan pokok atau mengepak-ngepakkan sayapnya.

Bagi pencinta foto, rakaman momen-momen indah ini pasti lebih hebat menerusi jika menggunakan kamera lensa tunggal (DSLR), lebih bagus jika bawa bersama lensa zum jauh. Pasti berasa lebih puas hati berbanding merakam gambar menggunakan kamera telefon bimbit.

Selain river cruise ke Pulau Burung, Mohd Shahril juga membawa pengunjung melihat 18 lokasi menarik yang terdapat sepanjang menyusuri sungai di sini antaranya serombong kapal stim tenggelam, kilang kapal kayu nelayan laut, ternakan sangkar ikan, tokong besar Buddha dan feri Pulau Rawa.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Megat Amerudin Megat Danian berkata, keindahan panorama unggas di Pulau Bangau wajar dilawati selain berkunjung ke lokasi-lokasi lain di daerah itu.

Katanya, kunjungan ini melengkapkan kedatangan pengunjung selain ke Menara Jam Condong Teluk Intan yang terletak tidak jauh dari situ.

“Kerajaan negeri ketika ini dalam proses untuk mewartakan Pulau Bangau sebagai salah satu destinasi pelancongan di Teluk Intan berikutan semakin mendapat perhatian pelancong.

“Ini juga dapat mengelak pulau tersebut  diganggu pihak tidak bertanggungjawab  dan perlu dipelihara,” katanya.

Info Shahril Pekan Enterprise
HP: 012-5966375/ 013-5966301
FB: River Cruise Teluk Intan Perak

Laporan rencana dan gambar adalah sumbangan Zaki Salleh bekas wartawan Kosmo

Galaxy S20 Trade In To Trade Up-Valid From Mar 03rd To May 31st 2020

Samsung Malaysia always prioritizes its loyal customers first. To convey our heartfelt gratitude to customers for their continuous support, trust, and confidence; we are pleased to announce a fantastic Trade Up programme* offering a high overtrade value of up to RM2,565 when trading in old Samsung devices.

This programme is ongoing from now till the 31st May 2020, with the rates below:

On top of that, customers can also trade in any old camera to get an additional RM200 rebate off* your Galaxy S20 purchase, while stocks last.

Send your Samsung device or any old camera to a Samsung Experience Store now and let Samsung Malaysia help defray the cost of your new, upgraded Galaxy S20! It’s that easy.

For more information about the Galaxy S20 Trade Up programme and old camera trade in, visit: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/s20-tradeup/.

To know more about the Samsung Galaxy S20, visit www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s20/.

*Terms and conditions apply.

Celcom Terokai Teknologi 5G Dengan MBPJ

Membentuk sebuah bandar yang pintar dan selamat dengan teknologi 5G

Perjalanan 5G Celcom Axiata Berhad diteruskan lagi dengan meneroka penyelesaian 5G yang dijalankan melalui kerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebagai menyokong aspirasi Petaling Jaya untuk menjadi sebuah bandar pintar, Celcom telah mempamerkan sebuah kes kegunaan iaitu penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G.

Percubaan penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom menampilkan platform Kecerdasan Buatan (AI) yang dikuasakan dengan keupayaan analitik, menyambungkan kamera UHD termasuk kamera MBPJ yang sedia ada di kawasan aliran trafik tinggi dan orang ramai.

Video tersebut distrim secara langsung ke ‘Smart Centre’ MBPJ melalui rangkaian 5G Celcom yang menggunakan spektrum mmWave, untuk membolehkan MBPJ mempertingkat pengurusan trafik melalui pemantauan masa sebenar, dan melaksanakan langkah proaktif dalam mengesan dan mencegah jenayah.

Kes kegunaan pengurusan trafik yang dipamerkan oleh Celcom membolehkan pihak berkuasa tempatan menguruskan kesalahan trafik dengan cekap dan mempertingkatkan keberkesanan warden trafik dalam menangani pesalah trafik melalui fungsi berikut :

  • Pengesan Kesalahan Trafik – Sebarang kesalahan trafik boleh dikesan secara automatik dengan parameter yang ditetapkan
  • Analisa Kenderaan – Pengenalan nombor pendaftaran dan pengenalan jenis kenderaan

Celcom turut mempamerkan penyelesaian Pemantauan Mudah Alih sebagai sebahagian daripada kes kegunaan 5G, di mana sebuah kenderaan pemantau disambungkan dengan 5G untuk mengstrim video secara langsung ke ‘Smart Centre’ tersebut.

Penyelesaian ini menguji potensi untuk menyediakan kaedah pantas dalam memantau kawasan terbuka dan juga di mana-mana acara orang awam, yang secara visual mampu untuk menjadi pencegah kepada pesalah yang berpotensi apabila diletakkan di kawasan yang disasarkan.

Pada 10 Mac 2020, penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom telah dipamerkan sempena pelancaran ‘Smart Centre’ MBPJ, serta disaksikan dan dialami sendiri oleh Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan Dato’ Mohd Sayuthi Bakar, Datuk Bandar Petaling Jaya.

Berikutan Projek Demonstrasi 5G Celcom di Langkawi, pelancaran Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung di Petaling Jaya dan juga kejayaan menjadikan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur sebagai kampus 5G pertama, kejayaan ini terus memperlihatkan komitmen Celcom dalam merealisasikan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) melalui teknologi 5G dalam pelbagai sektor dan industri.

Celcom juga menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai rakan industri untuk membina ekosistem yang mampan dan berdaya tahan dengan melibatkan pengguna komersial yang berpotensi dalam memacu pengkomersialan penggunaan kes kegunaan 5G.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom terus komited dalam memacu penggunaan teknologi 5G dengan penyelesaian Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Kecerdasan Buatan (A) bagi mempertingkat operasi harian pihak berkuasa, perniagaan, dan agensi pelbagai industri.

“Berikutan kejayaan kami dalam Ujian Lapangan Berkelompok 5G Secara Langsung yang pertama di negara ini yang dijalankan di Petaling Jaya, kolaborsi kami bersama MBPJ akan membawa revolusi dalam operasi harian melibatkan pengurusan trafik dan keselamatan awam oleh pihak berkuasa tempatan.

Penyelesaian Bandar Pintar dan Keselamatan Awam 5G Celcom juga membantu MBPJ dalam usahanya membentuk sebuah bandar yang pintar, mampan, kondusif dan berdaya tahan untuk komuniti moden.

“Persekitaran yang kolaboratif di antara industri merupakan cara untuk kita bergerak ke hadapan dalam membangunkan ekosistem yang mampan. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan lebih banyak kolaborasi antara industri dalam usaha inovasi operasi harian melalui 5G dan IoT.

“Celcom akan terus berusaha untuk memacu pendigitalan perniagaan dalam membina ekosistem digital yang mampan, dan menyediakan situasi ‘menang bersama’ untuk faedah kepada industri, rakyat, dan seterusnya mencapai aspirasi digital negara,” katanya.

Maxis Tawar Pakej Menarik Menerusi Samsung Galaxy S20

Bermula 6 Mac, Maxis menawarkan Samsung Galaxy S20 Ultra dikuasai 5G yang dinantikan, memaparkan 100x Space Zoom yang mengagumkan dan rakaman video 8K.

Selain itu, Samsung Galaxy S20+ dan Samsung Galaxy S20 4G juga dilancarkan dengan teknologi 30x Space Zoom dan rakaman video 8K. Semua peranti mudah alih ini tersedia dengan Maxis Zerolution tanpa bayaran pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah.

Pengalaman menyeluruh telefon 5G bersama sambungan Maxis 5G boleh didapati di Maxis Centre KLCC dan Sunway Pyramid. Sempena pelancaran telefon baru ini juga, Maxis
mempamerkan 5G Live dengan Galaxy S20 Ultra – sebuah galeri mini yang memaparkan pemandangan Malaysia melalui kepingan diorama, termasuk sebuah Maxis Centre!

Teknologi zum mudah alih paling berkuasa di dunia ini boleh dicuba oleh para pelanggan di KLCC dan Sunway Pyramid dengan cara paling kreatif dengan menikmati keindahan seni sebenar galeri mini secara terperinci melalui kamera S20 Ultra.

Lebih menarik, mereka dapat menyaksikan pameran seni tersebut secara imersif melalui teknologi realiti terimbuh Maxis 5G.

Pameran ini kini berjalan di Maxis Centre KLCC dan akan datang ke Maxis Centre Sunway Pyramid, untuk tempoh sebulan. Pada masa ini, pelanggan boleh melayari video dan permainan, serta memeriksa ujian kelajuan rangkaian Maxis 5G.

“Kami begitu teruja untuk memperkenalkan siri Samsung Galaxy S20 sebagai tambahan kepada himpunan tawaran peranti mudah alih kami, dengan fungsi zum hebat dan fungsi video 8K yang pasti menggembirakan peminat fotografi dan videografi.

“Selain dari peranti dan galeri seni mini kreatif, kami juga ingin membolehkan pelanggan mengalami kemungkinan menarik 5G, yang secara dramatik akan mengubah cara kita berkomunikasi dan menjalani kehidupan.

“Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba kemungkinan masa depan kami,” kata Arjun Varma, Ketua Perniagaan Konsumer Maxis.

Pelanggan boleh mendapatkan Samsung Galaxy S20 Ultra 5G pada hanya RM129 sebulan dengan Maxis Zerolution260, atau dua unit Samsung Galaxy S20+ atau Samsung Galaxy S20 dengan ansuran bulanan menarik, bermula dengan hanya RM189 sebulan dengan Maxis Zerolution.

Di bawah pelan ini, pelanggan boleh menikmati pembayaran tanpa pendahuluan, kad kredit dan kadar faedah, pada rangkaian 5G.

Telefon Pintar Terbaharu Samsung Galaxy A01 Hanya RM449

Inovasi padu yang membolehkan anda berkongsi dengan lebih banyak dan terus kekal berhubung

Samsung Malaysia Elektronik teruja untuk memperkenalkan peranti terbaru keluarga Galaxy A, iaitu Galaxy A01.

Sebuah telefon pintar dengan reka bentuk yang stailo, skrin paparan infiniti yang besar, prestasi yang tahan lama supaya anda kekal berhubung dan dwikamera yang dipertingkatkan untuk pengalaman fotografi yang serba baru; semua ciri-ciri ini boleh didapati pada tanda harga yang sangat mampu milik.

“Peranti Siri Galaxy A direka khas untuk menggalakkan hubungan yang lebih spontan, murni dan bermakna untuk memenuhi keperluan para pengguna – ia membolehkan pengguna untuk berkongsi cerita dan berinteraksi dengan rakan-rakan dan keluarga mereka melalui ciri-ciri penting yang tersedia,” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Ciri Menarik

Galaxy A01 mempunyai skrin 5.7” Infinity-V yang memberi pengalaman tontonan yang
imersif; jadi anda boleh lepak dengan sepenuhnya sambil menikmati muzik video terkini di
laman YouTube ataupun mencuba trend yang epik sekali di TikTok.

Reka bentuk menawan dengan keselesaan pengguna sebagai keutamaan, warna Galaxy A01 diperhebatkan dengan kemasan matte moden dalam tiga pilihan warna yang bold – Biru, Hitam dan Merah, dan didatangkan dalam rekaan badan yang mantap dan kukuh sebesar 8.3mm yang muat dan selesa di dalam genggaman tangan anda.

Kamera

Prestasi kamera tanpa kompromi yang ada pada Galaxy A01 dikuasakan melalui dwikamera terbina; termasuk kamera belakang utama 13MP yang membolehkan anda merakam gambar yang jelas dan hebat tanpa menjejaskan kualiti imej, sepanjang hari.

Terdapat juga kamera kedalaman (Depth) yang membolehkan anda mengambil gambar bokeh yang cantik dan anda juga bebas untuk mengubah tahap kabur pada latar belakang selepas gambar diambil.

Tambahan pula, dengan ciri Selfie Focus, anda boleh merakam gambar selfie dengan latar belakang yang kabur, membuat anda kelihatan ‘cun’ sepanjang hari.

Bateri Tahan Lama

Kekal berhubung dengan lebih lama dan luangkan lebih masa untuk lakukan perkara yang anda gemari dengan Galaxy A01 yang dilengkapi dengan pemproses Octa-Core dan 2GB RAM, storan dalaman sebanyak 16GB dan bateri berkapasiti 3,000mAh yang mampu memberikan anda lebih kebebasan dan kuasa untuk strim, muat turun, dan memuat naik pos.

Galaxy A01 menggunakan platform Samsung One UI Core untuk menggalakkan produktiviti, fokus dan kemudahan. Direka untuk pengalaman penggunaan peranti yang lebih lancar, Mod Malam One UI membantu mengakhiri hari anda untuk tidur malam yang lebih selesa.

Di samping itu, ia dilengkapi dengan ciri Face Unlock yang memberikan akses peranti hanya kepada anda seorang untuk memastikan keselamatan data peribadi anda.

Jadi, tunggu apa lagi? Miliki Galaxy A01 hari ini pada harga runcit serendah RM449
dari Samsung Experience Stores yang terlibat, pengedar-pengedar sah ataupun melalui e-
store.

Modenas Turun Harga Pulsar RS200 Dan Dominar D400

D400-Canyon Red

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengumumkan penurunan harga lebih dari 10% bagi model Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 yang berkuat kuasa pada 8 Mac 2020.

Dengan harga baru ini, model Modenas Pulsar RS200 kini berharga RM9,990, iaitu pengurangan sebanyak 12% atau sebanyak RM1,360. Ini turut diikuti dengan penurunan harga bagi model ‘sport-touring’ Modenas Dominar D400 yang kini berharga pada RM13,788, iaitu penurunan sebanyak RM1,700 atau 11% lebih rendah daripada harga sebelumnya.

Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS menyatakan bahawa pengurangkan
dalam kos pembuatan kedua-dua model tersebut telah membawa kepada penurunan harga ini.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, pihak MODENAS telah berjaya
mengurangkan kos pengeluaran bagi model Modenas Pulsar RS200 dan juga Modenas
Dominar D400, lantas menjadikan kedua-dua model popular ini lebih mampu milik bagi semua peminat jentera dua roda di Malaysia” katanya.

Modenas Pulsar RS200 merupakan motosikal jenis ‘full-fairing streetbike’ dan manakala,
Modenas Dominar D400 pula adalah sebuah ‘sport-tourer’. Kedua-dua model ini dilengkapi
dengan silinder tunggal, sejukkan cecair, 4-lejang SOHC serta sistem DTS-i dengan suntikan bahan api.

Kedua-dua model ini juga dildatangi dengan brek cakera tunggal berjenama ByBre yang turut dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Kedua-dua motosikal Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 turut didatangkan dengan pelbagai perkakasan premium seperti bingkai keluli perimeter serta penempatan ekzos yang amat unik, memberi kestabilan tambahan dan kawalan yang lebih kepada si penunggang.

Selain daripada pengurangan harga, MODENAS merancang untuk meningkatkan prestasi
jualan dengan memperluaskan portfolio produk dan capaiannya serta pembukaan pengedar
sah baru.

MODENAS merancang memperkenalkan lima hingga lapan buah model baharu (motosikal dan variasi) ke pasaran Malaysia dalam tahun ini.

Realme Achieved 865% YoY Growth In Malaysia

realme has entered Malaysia’s smartphone market and was seen disrupting the Android smartphone market with its YoY Growth of 865% from 2018 to 2019.

Not only that, realme Malaysia has also achieved a 7.5% market share in the android
smartphone market, staying true to its identity as the World’s Fastest Growing Smartphone
Brand in 2019 by Counterpoint.

“Here at realme Malaysia, we are constantly pushing the boundaries and breaking new
records with our Dare to Leap spirit. We could not achieve such results without the support
from our team, fans as well as the industry.

Today, we would like to thank everyone for their enthusiasm and love towards realme and will continue our Dare to Leap spirit as we keep innovating and bring more exciting products for our fans in Malaysia,” said Hunter Wang, CEO of realme Malaysia.

realme is the emerging smartphone brand which adheres to the spirit of “Dare to Leap”,
bringing a number of products with surprising experience beyond expectation to young
global consumers.

Recently, realme became the fastest growing smartphone brand worldwide by entering Top 7 in the global smartphone brand rank in 2019.

Samsung S10 Lite, Ciri Kamera Seakan Foto Profesional – Reviu Gajet

Tahun 2020, adalah tahun yang cukup rancak bagi Samsung kerana tidak henti-henti memperkenalkan barisan telefon pintar serba baharunya.

Selepas memperkenalkan Samsung Galaxy S10, Galaxy S10e, dan S10+ pada tahun lalu, Samsung kali ini menampilkan sebuah lagi telefon pintar siri S menerusi S10 Lite menjadikannya peranti pertama dengan label ‘Lite’.

Jika dilihat pada model terdahulu, rekaan kamera belakangnya lebih memanjang dan mendatar, namun kehadiran model S10 Lite, rekaan kamera itu berubah dalam bentuk petak seakan mengikut trend model A51 atau A71 yang diperkenalkan sebelum ini.

Bagaimanapun, spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite dilihat lebih baik berbanding model S10 terdahulu kerana dilengkapi skrin 6.7″ Super AMOLED FHD+, dijana cip Snapragon 855, memori 6/8 GB RAM, storan 128GB, kamera utama 48+12+5 MP.

Kamera swafoto pula 32MP dan paling penting ialah kuasa bateri 4500 mAh cukup besar bagi mereka yang aktif di media sosial.

Kamera utama 48MP, memiliki ciri f/2.0 pada sudut luas 26mm bersama sokongan Super Steady OIS, fungsi baru yang dibawakan oleh Samsung manakala kamera kedua, 12 MP, f/2.2 sudut ultra lebar dan yang ketiga, kamera makro 5 MP, f/2.4.

Peranti ini dilengkapi dengan rekaan badan berupa tiga dimensi (3D) Glasstic, iaitu gabungan antara kaca dan plastik untuk menjadikannya satu bahan baharu yang seakan sebuah peranti premium sekali gus cukup mudah digengam di tangan.

Rekaan Glasstic 3D ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Prism Black, Prism White dan Prism Blue.

Apa yang menarik ialah sistem kamera yang digunakan menggabungkan sensor sudut lebar, ultra sudut lebar dan makro. Turut diperkenalkan ialah sistem kamera Super Steady OIS yang menawarkan rakaman video dan gambar yang stabil.

Kamera hadapan juga diubah ke bahagian tengah seperti siri Note, berbanding di sebelah kanan sebelum ini (S10). Seperti model S10e, walaupun tidak menggunakan skrin melengkung, namun penawaran skrin yang dibekalkan adalah sangat baik dengan julat warna yang luas dan kontras yang tinggi.

Pada bahagian belakang, peranti itu yang dilengkapi tiga kamera sebaris menegak di sebelah kiri menjanjikan imej atau gambar yang dihasilkan cukup jelas dan jitu sekali gus menjadikan peranti ini sebuah kamera kompak serba guna tanpa perlu membeli sebuah kamera digital bercirikan profesional.

Tahap keupayaan sistem peranti ini juga tidak mengecewakan kerana dipadankan dengan cip pemprosesan Snapdragon 855, memudahkan urusan harian seperti melayari laman sesawang, media sosial, penstriman video dan sebagainya adalah cukup mudah.

Malah dengan RAM sebesar 8GB dan simpanan 128GB (boleh ditambah menggunakan MicroSD sehingga 1TB) memberikan kelebihan kepada mereka yang tegar atau memerlukan sebuah peranti untuk sesuatu tugasan yang memerlukan simpanan foto yang besar.

Berdasarkan kepada fakta yang tertera dilaman web Samsung Malaysia, spesifikasi peranti seberat 186gram ini dan bateri sebesar 4,500 mAh, peranti ini mampu bertahan selama 15 jam untuk masa penggunaan Internet (LTE) manakala sehingga 17 jika jika masa penggunaan Internet (WiFi) dan jumlah masa bercakap sehingga 47 jam.

Namun, untuk pengecasan, S10 Lite hanya disokong dengan pengecasan 25W, mengambil masa sekitar 1 jam untuk pengisian penuh dari 0%.

Antara perkara yang paling menarik perhatian adalah animasi baru yang digunapakai pada One UI 2.0 kali ini. Dengan gabungan sistem operasi Android 10, penggunaan nampak lebih lancar dan lebih menarik.

Samsung turut memperbaharui ciri ‘Device Care’ dengan mempamerkan penggunaan bateri yang lebih terperinci dan kawalan sambungan bersama peranti lain yang lebih luas.

Ciri tema gelap juga boleh menjadi pilihan pada tetapan peranti ini dan ciri One UI 2.0 kali ini juga membawakan ciri dimana anda boleh sembunyikan butang ‘back’ dan ‘home’ dengan menggunakan isyarat navigasi.

Bagi tujuan keselamatan, peranti ini dilengkapi dengan ciri pengimbas cap jari dalam skrinnya atau anda boleh menggunakan pangimbasan wajah selain ciri tradisional yang menggunakan kata laluan ‘pattern‘ untuk membuka peranti.

Kesimpulan

Pada tanda harga RM2,699, Galaxy S10 Lite ialah sebuah peranti mampu milik yang memiliki ciri kamera gred pro. Kualiti kameranya cukup baik dan berbaloi bagi mereka yang sememangnya memerlukan sebuah peranti yang mampu memberikan hasil gambar yang dikehendaki.

Dengan pelbagai ciri dan fungsi yang dimiliki pada ciri kameranya, peranti ini pastikan tidak mengecewakan jika dimiliki cuma diharapkan pada masa depan, Samsung mungkin boleh menambahbaikan ciri peranti ini seperti fungsi kalis air dan pengecasan tanpa wayar.

Meskipun hanya dipadankan dengan tiga lensa (triple) apa yang menarik perhatian penulis ialah lensa kamera yang dipadankan memberikan hasil gambar cantik dan warna yang cukup jelas.

Sistem operasinya juga mesra pengguna dan menawarkan pelbagai fungsi mengikut kehendak pengguna.

Isuzu D-Max Lepasi Cabaran 1,000 KM Rentasi Banjaran Titiwangsa

Merentasi laluan Banjaran Titiwangsa dengan beban maksimum

Dengan pencapaian penggunaan bahan api terbaik yang pernah ditunjukkan sebelum ini di dalam Dura Miles Challenge, yang menyaksikan D-Max dipandu dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan hanya satu tangki bahan api.

Kali ini, Isuzu Malaysia kini membuktikan tahap kecekapan trak pikap Isuzu D-Max dengan menguji enjin 1.9 liter Blue Power baharunya melalui satu lagi cabaran ekstrem.

D-Max 1.9 liter Single Cab dimuatkan beban maksimum sehingga satu tan yang boleh ditampungnya sebelum dipandu melalui kawasan tanah tinggi Banjaran Titiwangsa dengan catatan jumlah jarak perjalanan melebihi 1,000 km di dalam cabaran: D-Max 1.9 Blue Power Dura Challenge.

Lebih mengkagumkan semua itu dicapai dengan dua takuk bahan api yang masih berbaki di dalam tangki pada akhir cabaran ini.

“Kemampuan penjimatan Isuzu D-Max terus berada pada tahap membanggakan. Walaupun ia sebuah trak pikap dengan kapasiti enjin yang paling kecil dalam pasaran ketika ini, Isuzu D-Max 1.9 Blue Power menyelesaikan cabaran berkenaan dengan mudah dan meyakinkan.

“Ini secara langsung mencadangkan bahawa ia boleh menggalas apa sahaja tugasan yang diberikan kepadanya,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Sebelum memulakan perjalanannya dari kilang Isuzu-Hicom Malaysia di Pekan, Pahang, pemeriksaan menyeluruh dilakukan terhadap Isuzu D-Max 1.9 liter Single Cab oleh PUSPAKOM bagi mengesahkan bahawa ia unit standard yang sama di bilik pameran serta bagi mendapatkan pengesahan terhadap jumlah beban yang dibawa, melebihi 1,000 kg.

Dengan bahagian muatan, bonet serta tangki minyak ditutup dan disah dilekapkan, Isuzu D-Max 1.9 liter single cab menuju ke Utara untuk cabarannya yang pertama — Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Jeli di Kelantan dengan Grik di Perak dengan laluan mendaki dengan ketinggian 1,052 m sebelum ke Ipoh untuk menamatkan cabaran hari pertamanya.

Keesokan harinya, cabaran yang terpaksa dilalui lebih sukar apabila unit kabin tunggal berkenaan dikehendaki mendaki ketinggian 1,112 m ke Tanah Rata di Cameron Highlands sebelum melanjutkan perjalanan ke Fraser’s Hill (1,222 m) melalui Raub.

Seterusnya, cabaran perjalanannya lebih getir; merentasi laluan mendaki ketinggian 1,604 m menuju Genting Highlands sebelum menamatkan perjalanan di Pusat Servis Isuzu di Shah Alam dan merekodkan jarak perjalanan 1,145 km keseluruhannya.

Dengan purata penggunaan bahan api 7.2l/100 km (13.7 km/l) berdasarkan bacaan pada meter dalamannya, D-Max 1.9 liter Single Cab tiba di lokasi akhirnya dengan bahan api yang masih banyak di dalam kapasiti tangki 76 liter yang ada padanya.

“Melalui teknologi maju, unit enjin 1.9 liter RZ4E-TC yang digunakan ialah yang paling cekap pernah dihasilkan oleh Isuzu Motors. Ini telah dibuktikan dengan jelas di dalam percubaan yang dilakukan ini.

“Memang ada kenderaan lain boleh menjelajah jarak yang jauh dengan hanya satu tangki bahan api, sesetengah yang lain pula boleh membawa beban 1 tan serta melalui jalan mendaki dipergunungan.

“Tetapi, untuk sebuah kenderaan mampu melakukan ketiga-tiganya sekali dengan
cemerlang, ia sesuatu yang menakjubkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura.

Dikuasakan oleh enjin 1.9 liter Blue Power diesel terkini yang menghasilkan lebih kuasa dan tork berbanding model dengan enjin 2.5 liter yang digantikannya, Isuzu D-Max Single Cab memaksimumkan prestasinya melalui inovasi teknologi termasuk pada rekaan kebuk pembakaran dan intake manifold, sistem suntikan minyak baru yang menjadikan bahan api disemburkan dengan lebih tepat dan optimum serta pengecas turbo Variable Geometry (VGS) yang menjadikan enjin lebih responsif dalam julat yang lebih luas.

Dengan gabungan komponen enjin yang kurang geseran serta disaluti Molybdenum dan Graphite, enjin 1.9 liter Blue Power dapat memberikan lebih daya tahan dan pada masa yang sama dapat mengurangkan tekanan pada komponen.

Ini menyumbang kepada pengurangan berat enjin sehingga 56 kg, menjadikan D-Max 1.9 liter Blue Power antara trak pikap yang boleh diharap dan paling mampu milik di dalam pasaran tempatan ketika ini kerana kos selenggara dan cukai jalannya yang rendah.

Semua model Isuzu D-Max termasuk 1.9 liter Single Cab didatangkan dengan tempoh jaminan lima-tahun atau 150,000 km, memberikan ketenangan dan kepastian kepada pemiliknya bahawa enjin 1.9 liter berprestasi tinggi ini dapat mengharungi apa jua halangan dan cabaran harian.

Post Menarik