Utama Blog Halaman 769

Ferrari Continues Its Efforts To Fight The Covid-19 Pandemic

Collaboration to produce valves for respirators and fittings for protective masks

Ferrari has started to produce respirator valves and fittings for protective masks at its Maranello plant as one of its initiatives in support of health workers treating coronavirus patients.

Ferrari Valves Respirator

The department where car prototypes are usually built is producing these thermoplastic components using additive manufacturing technology.

Some valves have been developed by Mares, a diving equipment manufacturer, tailor-made to fit their masks so as to create emergency masks to assist patients suffering from respiratory failure.

The logistics of the project were handled by Nuovamacut Gruppo TeamSystem, who also helped with the research of the different companies who contributed to the success of the project.

Other fittings are being supplied to Solid Energy, who will use them to transform Decathlon snorkel masks into aids to protect healthcare workers exposed to infection.

In the next few days, Ferrari plans to manufacture several hundred items of equipment that are already being distributed by some of the companies involved, with the coordination of the Italian Civil Protection, to various Italian hospitals including those in Bergamo, Genoa, Modena, and Sassuolo as well as to health workers in the town of Medicina, near Bologna.

Pusat Servis Modenas Terpilih Dibuka Untuk Perniagaan

Syarikat motosikal nasional, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) mengumumkan bahawa operasi selepas jualan mereka akan kembali beroperasi di beberapa cawangan yang terpilih.

Ini adalah berikutan pernyataan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini yang membenarkan perniagaan tertentu dibawah industri Automotif untuk kembali beroperasi.

D400-Canyon Red

Penyambungan semula operasi selepas jualan MODENAS akan tertakluk kepada prosedur pengendalian standard (“SOP”) pandemic Covid-19 yang telah ditetapkan oleh MITI, termasuk waktu yang lebih singkat, kakitangan yang terhad serta mematuhi langkah-langkah pencegahan seperi penjarakan sosial dan pemantauan amalan kebersihan.

Pusat Servis MODENAS Terpilih Pusat-pusat yang akan dibuka untuk perniagaan adalah seperti berikut:

  • Pusat Servis MODENAS Subang,
  • Selangor Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang

Hari Operasi : Dua kali seminggu (Isnin dan Khamis)

Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang

Permulaan : 20 April 2020, sehingga diberitahu kelak

MODENAS akan membuat pengumuman sekiranya terdapat sebarang perubahan pada jadual yang telah ditetapkan ini. Hanya Dengan Temu Janji Pusat-pusat servis ini akan melayani pelanggan hanya dengan temu janji.

Para pelanggan MODENAS boleh membuat temu janji secara dalam talian melalui http://bit.ly/mcobookaservice atau http://bit.ly/jomservis.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menghantar Mesej WhatsApp ke talian MODENAS Careline di 019-570 8135. Pelanggan kemudiannya akan dihubungi oleh kakitangan cawangan untuk mengesahkan slot tarikh dan masa yang ada.

Pusat-pusat servis ini hanya akan menerima temu janji berdasarkan asas layanan pertama. Pendekatan ini diambil untuk mengehadkan jumlah pelanggan yang memasuki premis serta mempraktikkan jarak sosial yang selamat bagi setiap pelanggan dalam tempoh pandemik ini.

Semua pelanggan akan diminta memakai penutup hidung dan mulut sebelum memasuki premis dan suhu badan mereka juga akan diperiksa.

Revolutionising The Way You Work From Home With DVocTrac

DVocTrac, a remote-working and health-tracking web application for SMEs

ProOffice Solutions Sdn Bhd (ProOffice), a subsidiary of HeiTech Padu Berhad, is set to change the way Malaysians work from home (WFH) via its newly-developed application, DVocTrac.

DVocTrac, a user-friendly remote-working cum health-tracker that is specially designed to help local small and medium enterprises (SMEs) who are facing economic challenges due to the current pandemic and also post COVID-19.

With an investment of more than RM100,000, DVocTrac is the latest product developed by a team led by Joshua Smith, HeiTech’s Vice President of Technology, who was also recently listed in Forbes’ 30 Under 30 Asia 2019 under the category of Finance & Venture Capital.

“Life hasn’t been the same ever since the COVID-19 pandemic,” said Joshua. “Life won’t be the same after this either. Since workers are working away from the watchful eyes of employers, tracking their productivity is essential.”

Working remotely or WFH is expected to become the new working culture with the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, saying that it will be one of the ‘new normal’ during this Movement Control Order (MCO) and afterwards.

“Business has to go on for SMEs. DVocTrac allows companies, especially SMEs, to carry on their businesses with employees working remotely and at the same time able to track the productivity of their workers,” he added.

Joshua Smith

Currently, a total of 98.5% of all business establishments in Malaysia are SMEs and in 2018, these SMEs have contributed RM521.7 billion of the nation’s gross domestic product (GDP).

SMEs currently provides 5.7 million jobs to 70 percent of Malaysia’s workforce.

“Our country’s economic fate does rely on the success of SMEs. Primarily, the target market for DVocTrac are SMEs who have 150 or more employees. However, we do not exclude anyone and if the start-ups have more than five employees, they are most welcomed to use DVocTrac,” said Joshua.

The app also offers a special feature where companies are able to gauge the health status of their workers and advise the employers on the health of their workforce and whether to send them for the COVID-19 test.

This is pursuant to the Ministry of International Trade and Industry’s call for companies to monitor the compliance of the conditions as stipulated by MOH and also to ensure that health screening and preventive measures are implemented for the safety of employees and customers.

“DVocTrac has a feature to store health conditions of employees as stipulated in the requirement and has the function to monitor the health of employees including any symptoms of fever, dry cough, body aches, respiratory illness, headache or sore throat. If none then the employees can select “I Feel Good!”.

In addition, ProOffice offers the ability to customise the app’s features depending on the
requirements of clients.

“In the long run, ProOffice has long term plans to enhance and upgrade the apps and
clients will get to ride on the added benefits,” added Joshua.

In conjunction with the launch of the DVocTrac, ProOffice offers an attractive and affordable package for the companies and those who are interested can enjoy 1-week
free trial.

DvocTrac, Aplikasi Web Terbaharu Khusus Untuk Mereka Yang Bekerja Dari Rumah

Merevolusi cara anda bekerja dari rumah dengan DVocTrac, aplikasi web bekerja dari rumah dan pemantauan tahap kesihatan untuk PKS

ProOffice Solutions Sdn Bhd (ProOffice), anak syarikat HeiTech Padu Berhad, kini bersedia untuk mengubah cara rakyat Malaysia bekerja dari rumah (WFH) melalui aplikasi yang baru dibangunkan iaitu DvocTrac.

Ia adalah aplikasi web untuk bekerja dari rumah atau jarak jauh yang turut digunakan untuk memantau tahap kesihatan pekerja.

DvocTrac adalah aplikasi mesra pengguna yang direka khusus bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang berdepan cabaran ekonomi disebabkan pandemik COVID-19 pada masa sekarang dan juga akan datang.

Dengan pelaburan lebih RM100,000, DVocTrac adalah produk terbaru yang dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh Joshua Smith, Naib Presiden Teknologi HeiTech, yang juga baru-baru ini tersenarai dalam Forbes’ 30 Under 30 Asia 2019 di bawah kategori Kewangan & Modal Usaha Niaga.

Joshua berkata, kehidupan sudah berubah sejak penularan COVID-19 dan pastinya tidak akan sama selepas ini. Oleh kerana pekerja bekerja di luar pengawasan majikan maka pengawasan produktiviti mereka sangat penting.

“Bekerja dari rumah atau WFH diharap akan menjadi budaya kerja baru di mana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan bahawa ia akan menjadi salah satu ‘kebiasaan baru’ atau ‘new normal’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan sesudahnya.

“Perniagaan harus diteruskan untuk PKS. DVocTrac membolehkan syarikat terutama PKS, menjalankan perniagaan mereka seperti biasa walaupun pekerja mereka bekerja dari jarak jauh dan pada masa yang sama dapat memantau produktiviti pekerja mereka,” katanya.

Joshua Smith

Pada masa ini, 98.5% daripada semua perniagaan yang terdapat di Malaysia adalah PKS dan pada tahun 2018, PKS menyumbang sebanyak RM521.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

PKS pada masa ini menyediakan 5.7 juta pekerjaan kepada 70 peratus tenaga kerja Malaysia.

“Pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan bergantung kepada kejayaan PKS. Melalui DvocTrac, kami menyasarkan PKS yang memiliki seramai 150 pekerja atau lebih.

“Namun, kami tidak mengecualikan sesiapa dan jika terdapat syarikat permulaan (start-ups) yang mempunyai lebih dari lima pekerja, mereka sangat dialu-alukan untuk menggunakan DVocTrac,” katanya lagi.

Aplikasi ini juga menawarkan ciri khusus di mana syarikat dapat mengukur tahap kesihatan pekerja mereka dan menasihati majikan mengenai kesihatan pekerja termasuk sama ada menghantar mereka untuk menjalani ujian COVID-19.

Ciri-ciri yang terdapat pada DVocTrac selari dengan saranan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar perusahaan dapat memantau kepatuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga untuk memastikan bahawa pemeriksaan kesihatan dan langkah-langkah pencegahan dilaksanakan untuk keselamatan pekerja dan pelanggan.

“DVocTrac berupaya menyimpan rekod kesihatan pekerja sepertimana saranan kerajaan dan turut dilengkapi fungsi untuk memantau tahap kesihatan pekerja termasuk gejala demam, batuk kering, sakit badan, penyakit berkaitan pernafasan, sakit kepala atau sakit tekak. Sekiranya tiada, pekerja boleh memilih fungsi “Saya Sihat!”.

Selain itu, ProOffice turut menawarkan kemudahan untuk menyesuaikan ciri aplikasi DVocTrac mengikut keperluan pelanggan.

“Untuk tempoh jangka panjang, ProOffice merancang untuk menaik taraf serta meningkatkan keupayaan aplikasi DVocTrac dan pelanggan akan menikmati kelebihan yang akan kami tawarkan,” katanya.

Bersempena pelancaran DVocTrac, ProOffice menawarkan pakej menarik dan berpatutan untuk organisasi dan syarikat dan mereka yang berminat boleh mencuba DVocTrac secara percuma selama 1 minggu.

Hospital Sungai Buloh Covid-19 Superheroes Receive Superfood Surprise From Ayam Brand

Hospital Sungai Buloh COVID-19 front line superheroes received a superfood surprise from Ayam Brand™, in appreciation of their sacrifice and dedication.

Ayam Brand™ delivered 9,600 of its canned superfoods including sardines, mackerel, tuna,
baked beans and coconut milk for distribution among front liners.

The products are ready-to-eat at work or can be prepared into a variety of meals at home.

“In discussion with Hospital Sungai Buloh we found that many front liners did not have time
or energy to get groceries for themselves and their families after work.

We identified this issue, and are honoured to provide our nutrient-dense products to these superheroes to keep their energy levels up at work, or for them to take home a healthy meal that can be prepared quickly for their families,” said Ayam Brand Malaysia’s Marketing Manager, Nathan Deverre.

Through its long-running Corporate Social Responsibility programmes Ayam Brand™ has
contributed more than 2.08 million healthy meals for charity, providing nutritious food to
more than 21,800 people from 524 charity organisations and NGOs over the past 12 years.

6 New Achievements For Realme During Lazada’s Birthday Sale

Realme Malaysia received good news through its e-commerce sales on Lazada 8th Birthday Sale last Friday, 27 March 2020.

It was confirmed by Lazada that realme 6 really made a big deal this round with few astonishing titles – No. 1 Best-Selling 90Hz Ultra Smooth Display Smartphone, No. 1 Top-Selling Helio G90T Processor Smartphone and No. 1 Highest-Selling 30W Flash Charge Smartphone.

As for realme X2, the model remains as the No. 1 Most Sold Snapdragon 855 Plus Smartphone in Malaysia. Overall, realme brand was acknowledged as the ‘Top 4 Best-Selling Smartphone Brand’ in terms of unit sold as well as the ‘Top 5 Best-Selling Smartphone Brand’ in terms of revenue during the 24 hour sale day.

“Due to this Movement Control Order period, we are very thankful to know that realme 6 that we just launched through YouTube and Facebook live streaming really sell well online. Same goes to our realme X2 Pro and other models.

Taking into this opportunity, realme Malaysia with #stayREALathome campaign also spreading awareness that you can just stay at home and get our product online, easily.

For those purchasing our smartphone on Lazada Birthday Sale, they were getting complimentary free shipping for East and West Malaysia” said Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia.

For realme 6, getting hitched with 3 big achievements on its first peek online after the launching is a big surprise to all the team who currently just work from home to advertise and manage the sale strategy.

To find out more about our events and promotions, do follow us on our Facebook page as well as Instagram at @realmemalaysia.

3 Tips To Increase Productivity While Working From Home

Look for right performance laptop based on your work requirements with long battery life so you can work from anywhere you feel comfortable

During this Movement Control Order (MCO), many of us are working from home. As we enter Week 2 of what is now an extended MCO, working from home is the new norm and we need to keep productivity up.

But for many, the home does not have office-like seating with proper tables and chairs for working long periods of time. In fact, perhaps even the power outlets are nowhere near your most comfortable seats to be working from.

Thus, we would like to recommend a few tips on buying a device that will allow you to activate your best performance from anywhere in your house – from the porch to the kitchen table – with few or no constraints at all.

1. Look for long battery life

To keep you in the most comfortable seat that might not be near power outlets, a laptop with longer battery life helps you maintain the productivity without pulling cable from one end to another of your house.

Laptops like the 10th Gen Intel CPU, Acer Aspire 3 comes with up to 7.5 hours battery life from a single full charge. This means you can have a better work from home experience, no more tripping over cables at home!

The fast SSD that it comes with also does not hurt, as it provides quick Windows startup, loading of documents and applications.

At 7.5 hours, it is not longest battery life laptop from Acer. That honour falls to the best-selling Acer Swift 5 offering all the performance you need on-the-go comes with up to 11 hours battery life while weighing only a feathery 0.99kg light.

We were informed that currently there are very limited stocks available to ship to customers’ home during this MCO.

2. Look for right performance that meets your need

You might feel that the laptop you usually use to watch Netflix works perfectly. However, when it comes to executing tasks during the work from home period, it does not cut it. This might be due to it having a normal HDD hard disk, a lower RAM and a processor that is not capable of multitasking.

In order to support your multiple browsing tabs, large spreadsheet and heavy programs that require performance and RAM, we recommend getting a device with at least an Intel® CoreTM i7, dedicated graphics card, 512GB SSD and 8GB RAM to enable uncompromised productivity.

The new 15.6-inch Acer Nitro 5 ticks all boxes mentioned above. With an NVIDIA® GeForce® GTX 1660Ti with IPS display that supports up to 120Hz refresh rate, you even can use it to play some games after your work is done.

In addition, you may upgrade the laptop after this MCO if you require larger storage or bigger RAM. If you seek a bigger screen, the Acer Nitro 5 comes with a 17.3-inch option that supports up to 144Hz refresh rate.

3. Look for bigger or secondary display to maximize productivity and entertainment

Some of you might be used to a bigger monitor in your office, and even a 15.6 inch display simply is not enough for you to work on complicated spreadsheets or refer to multiple sources at the same time.

You may consider adding a secondary display for more real estate for your work. As a reminder, please choose a monitor that can fit on your table as you may not be able to get a new table right now!

Acer Work From Home

Otherwise monitors with VESA mount support may help you solve the issue if you have a bracket.

The 24-inch Acer KG241QA monitor would be just nice to fit on most table, and you can mount it to the wall via VESA mount with VESA bracket (the monitor does not come with bracket though).

With an FHD display that supports up to 144Hz refresh rate and minimum 0.6ms respond time, it is more than adequate as a secondary display when you work, and is perfectly ready for gaming after working hours.

Of course there are more options for the size and usage. Feel free to visit the Acer official online store on Shopee to choose one that meets your needs here https://shopee.com.my/acer.os.fiveg.

Stay at home also means you look for more entertainment (you can’t be working or cooking/eating all the time…). So, if you are looking for a projector for content sharing or video calls from a smartphone with your family members, the Acer C250i multi-angle projector comes with a unique twisted roll design that enables projecting the screen onto a wall, ceiling or any flat surface wirelessly.

Is the world’s 1st auto portrait We were told that only 10 units currently available.

For more information, please visit Acer’s Malaysia Facebook or call Acer’s Product Infoline at 1800-88-1288 (9am – 6pm, Mondays to Fridays), WhatsApp to +6011-1062 8865, or email [email protected].

The devices are available from the Acer official online store with limited stock availability during MCO:

COVID-19, Kempen Renault Relax Tawar Penjimatan Alat Ganti Utama Dan Lanjutan Jaminan

‘Renault Relax’ menawarkan pelanggan penjimatan ke atas alat-alat ganti utama: 10 peratus ke atas bateri dan 25 peratus untuk tayar

Para pelanggan Renault kini boleh memanfaatkan kelebihan kempen ‘Renault Relax’ serta menikmati lebih penjimatan sepanjang tempoh yang mencabar ini semasa dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Renault Relax menawarkan penjimatan kepada para pelanggan Renault ke atas dua komponen penting: tayar dan bateri.

Tawaran tayar Renault sah untuk pemilik Captur dan Fluence. Para pelanggan yang membuat yuran ‘lock-in’ RM100 bermula 15 April hingga 15 Mei 2020 akan dapat menikmati harga promosi RM345 untuk satu unit tayar dengan penjimatan sebanyak 25 peratus.

Pelanggan boleh mendapatkan tawaran tayar ini dari rumah dengan menempah dan membuat bayaran secara dalam talian menerusi Renault E-Store di www.renault.com.my.

Penebusan tawaran itu boleh dibuat pada bila-bila masa dari 15 Mei hingga 31 Ogos 2020. Yuran tempahan itu akan dipotong daripada invois keseluruhan ketika ia ditebus.

Promosi hanya tertakluk kepada tayar ContiEco Contact 5 205/55R17. Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh kempen yang bermula 15 Mei hingga 31 Ogos 2020, semua pelanggan Renault akan menerima servis imbangan untuk dua unit tayar dan ke atas secara percuma.

Sepanjang tempoh PKP, bateri mungkin boleh kekurangan kuasa kerana pelanggan tidak banyak memandu. Jadi, pelanggan Renault dinasihatkan supaya menghidupkan enjin bagi mengelakkan masalah ini berlaku.

Bagi pelanggan yang masih perlu menukar bateri kereta mereka, TC Euro Cars (TCEC)
ada menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus. Tawaran ini hanya sah untuk bateri Atlas BX yang dibeli sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang tempoh PKP, pasukan Rencare juga akan terus memberi sokongan kepada
pelanggan yang memerlukan bantuan kecemasan. Pasukan ini boleh dihubungi di talian 1800-88-8663 (24 jam, 7 hari seminggu).

Bagi memberi ketenangan minda dan kemudahan kepada semua pelanggan yang terpaksa menangguhkan servis kenderaan berikutan pelaksanaan PKP, TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan beberapa langkah penting:

Lanjutan masa servis sehingga 28 Mei 2020 ke atas semua kenderaan Renault yang perlu diservis di antara 18 Mac hingga 28 April 2020. Semua temu janji servis akan dilanjutkan sehingga 30 hari untuk diselarikan dengan selang servis mereka.

Lanjutan 30 hari sehingga 28 Mei 2020 untuk semua jaminan yang tamat sepanjang tempoh PKP

Lanjutan tempoh operasi semua pusat servis Renault adalah seperti berikut:

Pusat Servis Renault Petaling Jaya
 Isnin – Jumaat: 7.30am – 9pm
 Sabtu: 8.30am – 7pm
 Ahad: 10am – 7pm

Pusat Servis Renault yang lain
 Isnin – Jumaat: 8.30 am – 8 pm
 Sabtu: 8:30am – 5pm

*Tempoh operasi mungkin berbeza mengikut lokasi

Senarai penuh pusat servis sah Renault boleh didapati di https://www.renault.com.my/showroom-service-centres.

Perkhidmatan Rencam yang menawarkan pilihan penghantaran dari rumah ke rumah kini boleh didapati di Renault E-Store

Bagi memberi lebih kemudahan, pelanggan boleh memohon perkhidmatan dari pintu ke pintu dalam kawasan Lembah Klang sejauh 30km dari pusat servis. Sebelum ini,
perkhidmatan penghantaran tersebut hanya ditawarkan kepada pelanggan langganan dan baharu sahaja.

Tetapi kini, perkhidmatan hantar dan pulang kereta yang diservis ada ditawarkan sepanjang serta selepas tempoh PKP.

Pelanggan boleh menyusun temu janji servis mereka secara dalam talian dengan
mendaftar satu akaun Renault E-Store di www.renault.com.my.

Pelanggan yang ingin menempah slot servis boleh berbuat demikian menerusi
perkhidmatan rencam Renault E-Store atau hubungi talian 1800-18-8663 (Isnin – Ahad,
8am – 8pm).

AirAsia Tawar Pilihan Lebih Fleksibel Untuk Tempahan Penerbangan Sehingga 30 Jun 2020, COVID-19

Semua penumpang AirAsia dengan tempahan penerbangan sedia ada yang dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac dan 30 Jun 2020 kini mempunyai pilihan lebih fleksibel untuk perjalanan akan datang.

Tetamu yang layak kini boleh membuat pilihan dari senarai berikut yang lebih fleksibel dengan segera melalui AVA di laman support.airasia.com atau airasia.com:

  • Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

  • Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 365 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama kami. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan.

    Tetamu juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Panduan COVID-19 untuk menyemak kelayakan dan maklumat lanjut mengenai permohonan anda.

    Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

    Berikutan keadaan yang tidak dijangka ini, kami mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum pada masa ini. Kami terus berusaha sepanjang masa untuk menawarkan bantuan kepada mana-mana tetamu yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan, dan kami amat menghargai kesabaran anda.

    Kesihatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami terus mengikuti rapat situasi kesihatan awam dan mematuhi sepenuhnya nasihat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan global.

    AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan. AirAsia juga mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.

    Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasia) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.

    Tetamu juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat yang terkini.

AirAsia Sambung Semula Penerbangan Domestik Bermula 29 April 2020

AirAsia akan menyambung semula penerbangan domestik yang dijadualkan, bermula dengan Malaysia pada 29 April 2020, diikuti oleh Thailand (1 Mei 2020), Filipina (1 Mei 2020), India (4 Mei 2020) dan Indonesia (7 Mei 2020), tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Penyambungan semula perkhidmatan ini adalah untuk beberapa laluan domestik terpilih, manakala penerbangan ke destinasi antarabangsa akan disambung semula secara berperingkat, apabila keadaan bertambah baik dan sehingga sekatan perjalanan ditarik balik oleh kerajaan.

A321neo

Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Para tetamu juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini.

Maklumat lanjut mengenai laluan-laluan lain dan jadual penerbangan akan diumumkan dalam beberapa minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Presiden (Syarikat Penerbangan) Kumpulan AirAsia Bo Lingam berkata: “Kami berbesar hati untuk menyambung semula penerbangan dan perkhidmatan kami kepada para tetamu bermula dengan laluan domestik, dan berharap untuk kembali beroperasi sepenuhnya secepat mungkin.

“Kami telah mengemas kini prosedur pengendalian tetamu secara menyeluruh daripada perlepasan sehingga dalam penerbangan berikutan pandemik Covid-19. Kami juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memastikan bahawa semua langkah pencegahan yang disarankan dilakukan untuk memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk semua.

“AirAsia mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami. Justeru, kami bekerjasama secara aktif dengan semua pengawal selia, kerajaan tempatan, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan.

“Kami juga mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memastikan standard tertinggi dalam setiap penerbangan.”

Para tetamu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah perlindungan yang disyorkan secara universal termasuk memakai topeng muka, penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri.

“Semua pesawat yang dilengkapi dengan Penapis Udara Kecekapan Tinggi (HEPA) standard hospital juga akan melalui prosedur pembasmian kuman secara menyeluruh selepas setiap penerbangan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, rujuk Soalan-Soalan Lazim di sini. Para tetamu boleh menghubungi AirAsia Virtual Allstar (AVA) atau berbual secara langsung dengan ejen Khidmat Pelanggan kami di airasia.com atau support.airasia.com untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Para tetamu turut dinasihatkan untuk menyemak Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan oleh AirAsia di airasia.com dan platform media sosial.

Para tetamu juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat terkini secara langsung berikutan keadaan yang sentiasa berubah pada masa ini.

* Tertakluk kepada kelulusan kerajaan ** Penerbangan dengan Kod I5 hanya beroperasi untuk laluan domestik di India *** Penerbangan dengan Kod D7 dan XJ hanya beroperasi untuk laluan antarabangsa

* Tertakluk kepada kelulusan kerajaan
** Penerbangan dengan Kod I5 hanya beroperasi untuk laluan domestik di India
*** Penerbangan dengan Kod D7 dan XJ hanya beroperasi untuk laluan antarabangsa

Post Menarik