Utama Blog Halaman 727

The Salvation Army Bakal Menerima Bangunan Baru

New Kuching Facility - Artist Impression

The Salvation Army mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Pusat Perubatan Borneo untuk kediaman baru di Kota Samarahan, Sarawak

The Salvation Army berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memperuntukkan sebidang tanah seluas 7.5 hektar di Kota Samarahan bagi memindahkan rumah kebajikannya yang kini berada di Jalan Ban Hock dan Jalan Uplands.

Hak milik tanah telah diberikan kepada The Salvation Army untuk pajakan selama 60 tahun. Dengan peruntukan tanah tersebut, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Kerajaan Sarawak juga telah memberikan dana bernilai RM4 juta bagi membantu membina fasiliti baru.

Anggaran kos bagi membina fasiliti khas yang baru ini bernilai lebih kurang RM15.5 juta.
Dengan dana RM4 juta daripada Kerajaan Sarawak dan RM9 juta daripada Pusat Perubatan
Borneo, The Salvation Army masih memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta bagi membina fasiliti baru yang amat diperlukan oleh masyarakat.

Pegawai Daerah The Salvation Army Malaysia, Mejar Francis Ng berkata, “Kami ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Pusat Perubatan Borneo
kerana telah memberi peruntukan tanah dan dana bagi membantu kami dalam pembinaan
fasiliti yang baru.

Major Francis Ng the Regional Officer of The Salvation Army Malaysia

Dengan premis baru ini, The Salvation Army dapat memenuhi keperluan masyarakat yang memerlukan bantuan. Sejak tahun 1950-an, kami telah membantu ramai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik atau agama mereka.

Hari ini, kami memperbaharui komitmen kami untuk terus menyediakan perkhidmatan penting kepada mereka yang sangat memerlukannya.

“Pada masa ini, rumah kebajikan The Salvation Army di Kuching sedang menempatkan seramai 72 kanak-kanak. Dengan fasiliti baru, The Salvation Army dapat memperluas jangkauan mereka untuk menjaga seramai 80 kanak-kanak.

“The Salvation Army juga sedang meneliti dan mengkaji kemungkinan untuk menambah fasiliti rumah jagaan untuk orang tua, yang merupakan keperluan yang semakin meningkat dalam masyarakat kita. Fasiliti baru The Salvation Army dijangka siap dibina pada tahun 2022.

Mengenai The Salvation Army

Ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1938, The Salvation Army di Malaysia adalah sebuah badan kebajikan yang menyediakan pusat penjagaan dan perkhidmatan untuk mereka yang terdesak.

Kerja kami merangkumi pusat penjagaan untuk kanak-kanak dan orang tua, program
pendidikan melalui tadika dan pusat jagaan harian, pusat keperluan khas untuk golongan yang kurang upaya dan pelbagai program sosial melalui pusat khidmat masyarakat kami.

Usaha kami juga merangkumi perkhidmatan bantuan kecemasan pada masa krisis.

Pelaburan Mara Aims To Double Stake In AppAsia

Pelaburan Mara Bhd, plans to more than double its stake in AppAsia by as early as this week to more than 12 per cent.

The investment arm of Majlis Amanah Rakyat bought a 6 per cent stake or 4.4 million shares worth more than RM2 million in the company last Friday.

A source said Pelaburan Mara is banking on fintech technology entities such as AppAsia which will benefit from the COVID-19 pandemic, and secure additional contracts that are monopolistic in nature.

“DeVere Group, one of the world’s largest independent financial advisory organisations, said in a report that Corona virus-triggered social distancing, isolation and lockdowns have driven-up the use of financial apps by 72 per cent and this applies to AppAsia as well,” said the source.

AppAsia has a 12 year monopoly as the sole service provider for electronic bank confirmation platform for auditors in collaboration with the Malaysian Institute of Accountants (MIA).

AppAsia recently launched its eConfirm.my, the first and only industry-wide electronic bank confirmation platform providing electronic bank confirmation to all the auditors and banks operating in Malaysia.

The agreement with MIA will last for 12 years until 2030, with a pay-per-transaction revenue model.

The  usage fee is RM15 per successful confirmation, thus generating income on a recurring basis.

Japan’ Rakunten which is the world’s third largest retail broker values the fintech company at 68 sen a share from 47 sen currently on the premise that AppAsia’s 2021 pre tax profit will jump by as much as 400 per cent to RM11.2 million from RM2.7 million.

Siaran Langsung Peringkat Akhir Squad Up! Kejohanan PUBG Mobile Dikuasakan Oleh Samsung

Kesambungan mudah alih dan permainan mudah alih sekarang berada di puncak; dan menjadikan pengalaman permainan mudah alih yang awesome boleh diakses sebagai teras siri Galaxy A.

Oleh dengan itu, dikuasai oleh Samsung Galaxy A51|A71, dan digerakkan oleh McDelivery; IGN Southeast Asia melancarkan kolabrasi pertama dengan YouTube dalam mengaturkan Kejohanan PUBG Mobile, Squad Up pada 10 Julai 2020.

Sebanyak 256 pasukan telah mendaftar dan sekarang kami berada dalam peringkat akhir! Penonton boleh melayari Laman YouTube TV3 pada 8 dan 9 Ogos 2020 untuk siaran langsung dan memberi sorakan kepada pasukan kegemaran yang berentap untuk memenangi kejohanan ini.

Pada 9 Ogos, pastikan anda terus menonton dan bersedia dengan kemunculan artis tempatan yang awesome aka A Squad – Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Nabila Rusli dan Sean Lee semasa mereka berkongsi pengalaman mereka bersama Galaxy A series yang ternyata hadir dengan Skrin Awesome, Kamera Awesome dan Bateri Awesome.

Untuk menambahkan keseronokan, top 8 dari kelayakan terbuka akan bertanding dengan 8 pasukan jemputan (Bapak Ah, Resurgence, Bigetron, GeekFam, Last Survivor R2K, Dingoz, Evos VIP, dan WESTAR XPERT) untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.

Pasukan yang menang akan membawa pulang wang tunai RM8,000 dan dinobatkan sebagai juara sulung Kejohanan E-sukan YouTube & IGN SEA.

Untuk maklumat lanjut Squad Up! PUBG Mobile Tournament, sila layari: https://sea.ign.com 

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A51|A71, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a-series/

Team Secret, Tajaan Maxis Muncul Pasukan Malaysia Teratas Layak Ke PUBG Mobile

Team Secret

Dikuasakan oleh Maxis, Team Secret banggakan negara sebagai pasukan Malaysia teratas layak ke PUBG Mobile World League East 2020 Finals

Pada Ahad lalu, Team Secret PUBG Mobile (PUBGM) Malaysia yang ditaja oleh Maxis telah
menjadi pasukan Malaysia teratas yang layak ke Final PUBG Mobile World League (PWML)
East 2020.

Team Secret

Setelah berjuang selama 3-minggu di pentas popular eSports, pasukan ini membuktikan diri mereka sebagai raja ‘comeback’ dengan melayakkan diri ke acara bertaraf dunia, menentang 19 pasukan lain di seluruh Asia.

Team Secret telah menduduki tempat kelima dalam siri League Play dan dengan bangganya akan mengibarkan bendera Malaysia di East Grand Finals pada 6 – 9 Ogos ini.

Maxis telah menjadi penaja pasukan Team Secret PUBG Mobile Malaysia setelah kerjasama
dimeterai antara kedua-dua pihak pada bulan Julai tahun lalu. Dengan memanfaatkan kelebihan Maxis sebagai Rangkaian No.1 Malaysia dan Team Secret sebagai organisasi
permainan pro terkenal di dunia, kedua-dua pihak telah bekerjasama untuk menghasilkan
kandungan permainan eksklusif dan bertaraf dunia untuk memupuk lebih ramai pemain
Malaysia naik ke pentas dunia.

“Dedikasi dan ketekunan pemain Team Secret untuk terus melangkah maju dan mengangkat Malaysia di arena global eSports amat menginspirasikan.

Kerjasama kami secara kolektif telah mempromosikan pertumbuhan eSports Malaysia, sejajar dengan tujuan jenama kami – menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dunia yang sentiasa berubah.

Kerjasama kami dengan Team Secret memperkuat komitmen kami untuk membantu mengembangkan minat eSports Malaysia dan seterusnya menjadi hab eSports teratas di Asia,” kata Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Pemasaran Maxis.

“Kami terus berusaha untuk memperbaiki diri dan tahu bahawa kelayakan PMCO Global
Prelims di Berlin tahun lalu tidak mencukupi. Kami mengubah taktik kami menjadi lebih serba boleh dengan menambah rakan sepasukan Malaysia, Rex.

“Kami tidak sabar untuk melihat apa yang menanti kami di East Finals dan bersedia untuk membanggakan negara. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Maxis yang telah menyokong kami dalam melengkapkan dan mengaktifkan pasukan sambil terus mengembangkan budaya positif dalam eSports di Malaysia,” kata John Yao, CEO Team Secret.

Sepanjang tahun lalu, Maxis dan Hotlink telah melancarkan penawaran untuk pengalaman
permainan yang unggul, termasuk pengalaman WiFi Rumah yang lebih baik dengan Maxis
Fibre, bundel telefon pintar permainan terbaru dengan Maxis Zerolution, dan pelan prabayar internet dan panggilan yang benar-benar tidak terhad dengan pulangan tunai 10% untuk pembelian dalam permainan melalui Pengendalian Bil untuk pelanggan Hotlink Prepaid Unlimited.

Untuk melancarkan pusingan awal PUBGM baru-baru ini, Hotlink juga menganjurkan sesi live streaming PUBGM Pro Scrim eksklusif di mana Team Secret berlatih menentang 16 pasukan pro PUBGM teratas yang lain di seluruh Asia sebagai sesi ‘latihan’ pra-kejohanan.

Team Secret berusaha untuk mengumpulkan pemain terbaik untuk bersaing di pentas terbesar di dunia, memberikan pengalaman yang paling menghiburkan untuk peminat eSports di seluruh dunia.

Tunjukkan sokongan anda dan ikuti perjalanan mereka untuk menjadi juara dunia pertama Malaysia di PUBGM. Nantikan Halaman Facebook Hotlink dan Halaman Facebook Team Secret untuk kemas kini yang lebih menarik.

Gamer Breaks Doom Eternal Speedrunning World Record With Kaspersky’s Gaming Mode Switched On

Speedrunner Xiae has broken the Doom Eternal world record at Break The Record: LIVE.

The winner finished the game in one hour, eight minutes and 52 seconds, beating the previous record by just 48 seconds.

Xiae chose to compete with Kaspersky Internet Security installed and its Gaming Mode enabled, which is light on PC resources and cuts out pop-ups that may otherwise slow down gameplay.

The open competition, watched by 196,000 unique viewers, was co-developed by ESA and Kaspersky’s creative agency Beta Alliance. The seven best DOOM Eternal speedrunners in the world faced off, competing for an $8,000 prize pool.

As the name implies, speedrunners need to be quick and optimize everything they do during their gameplay. The same is true for the system and the software they use so that nothing – neither the hardware-demanding game, such as DOOM Eternal, nor the installed security solution – slows down the process or gets in the way of the playthrough.

That’s why Kaspersky has developed Gaming Mode, a mode specifically designed for gaming and gamers, which, when enabled, holds off scans and updates, does not display any notifications and therefore, doesn’t disturb the player or consume much CPU resource.

Xiae, who won the competition and decided to enter with Gaming Mode switched on, comments: “I ran with Kaspersky Gaming Mode on and I broke the world record, it was perfect. It was a cool event.

Andrew Winton, Vice President of Marketing, Kaspersky, said: “This is a very strong validation point for our product because Doom Eternal is a demanding game on PC resources, and with the speed that these top speedrunners are playing at, there’s just no room for glitches or slowdowns.

We are honored that Xiae decided to compete with our product’s Gaming Mode enabled and are glad that we justified his trust in us.”

The Gaming Mode feature is available in Kaspersky’s consumer product line, including Kaspersky Anti-Virus, Kaspersky Internet Security, Kaspersky Total Security and Kaspersky Security Cloud.

Hotel Elcient Osaka Kini Dibuka Di Sonezaki, Osaka Jepun

Hotel Elcient Osaka akan dibuka di Sonezaki, Osaka, pada 1 Ogos 2020. Ia boleh diakses secara terus dari Lapangan Terbang KIX ke Stesen JR Osaka, yang berada dalam jarak berjalan kaki.

Di samping itu, ia mempunyai akses yang sangat baik ke Kyoto, Nara, Kobe dan Wakayama, untuk menjadikannya sebuah lokasi yang ideal untuk mengunjungi ke tempat-tempat Warisan Dunia UNESCO dan tempat-tempat tarikan pelancongan.

Kawasan Sonezaki terkenal sebagai sebuah “bandar gourmet” yang bertenaga yang melambangkan Osaka sebagai sebuah tempat di mana penggemar makanan tempatan datang untuk menjamu selera.

Terdapat tempat-tempat melawat dan hiburan yang berbeza untuk menikmati gandingan yang sempurna bagi budaya pop moden dan kerohanian purba. Alami seni persembahan tradisional seperti Ningyo Joruri, Rakugo, Kabuki dan Noh.

Setelah meninggalkan hotel itu, tetamu akan menemui Tsuyu no Tenjinjya atau Ohatsutenjin, sebuah tempat kerohanian yang sangat popular yang mempunyai sejarah lebih dari 1,300 tahun.

Tsuyu no Tenjinjya adalah pentas bagi “Sonezaki Shinju (Pembunuhan Diri Berganda bagi Sonezaki),” sebuah kisah cinta murni representatif (kisah benar), yang telah berlanjutan sejak zaman Edo. Tetamu dapat mencergaskan semula minda dan badan mereka di kuil itu.

Semua pengalaman di sini akan memenuhi pancaindera itu dan menghiburkan tetamu, sekali gus menggalakkan mereka untuk menginginkan lebih banyak.

Kazuya Shintani, Pengurus Besar bagi Hotel Elcient Osaka, berkata: “Kami menghargai pekerja penjagaan kesihatan, komuniti setempat, dan kerajaan di mana sahaja yang menghadapi cabaran sukar untuk bertindak balas terhadap COVID-19, bekerja di barisan hadapan untuk menanganinya.

Kami tidak akan dapat membuka Hotel Elcient Osaka tanpa mereka. Kami akan sentiasa berjaga-jaga terhadap situasi COVID-19 dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Langkah pengawasan telah dibuat untuk memastikan penginapan yang sihat bagi tetamu kami.”

Mengenai Hotel Elcient

Hotel Elcient terletak di Kyoto dan Hotel Elcient Osaka yang dibuka di Sonezaki adalah hotel jenama Elcient yang kedua.

Berdasarkan kepada konsep “Menjelajahi keindahan kawasan tempatan dengan ELCIENT,” Hotel Elcient menawarkan layanan dan perkhidmatan baik untuk membantu tetamu mengalami dan mencintai keindahan “Sonezaki.”

Hotel Elcient Kyoto mempunyai 562 bilik tamu gaya Jepun, sementara Hotel Elcient Osaka mempunyai 253 bilik berwarna tanah yang bergaya. Kedua-duanya mempunyai ruang mandi yang besar dengan sebuah sauna.

Hotel Elcient berada dalam jarak berjalan kaki dari stesen utama, sebuah lokasi yang sangat baik untuk percutian dan perniagaan.

OURSHOP 8.8 Infinite Sale Tawar Jualan Hebat

Berikutan kejayaan jualan 7.7 baru-baru ini, OURSHOP, platform e-dagang oleh syarikat logistik AirAsia, Teleport telah kini menawarkan jualan hebat 8.8 Infinite Sale.

Jualan 8.8 Infinite Sale ini boleh diakses lebih awal untuk Ahli BIG pada 7 Ogos 2020, diikuti oleh jualan rasmi pada 8 Ogos 2020, dan jualan selepas pelancaran untuk 7 hari berikutnya sehingga 16 Ogos 2020.

Nikmati diskaun hingga 80%* untuk pembelian di OURSHOP semasa jualan 8.8 Infinite Sale dan bayaran penghantaran tetap hanya RM10 bagi setiap penjual.

Pelanggan di kawasan Lembah Klang akan menerima penghantaran mereka pada keesokan hari, manakala yang berada di Sabah dan Sarawak akan mengambil masa tiga hari.

“Selepas kempen 7.7, kami melihat jualan semakin meningkat dan kami ingin menyediakan tawaran yang lebih menarik dan lebih banyak diskaun untuk para pelanggan kami.

“Jualan 8.8 Infinite Sale ini juga memberi peluang kepada kami untuk terus membantu perniagaan tempatan dengan memberikan diskaun dan tawaran menarik bagi jenama-jenama tempatan untuk para pelanggan melalui OURSHOP”, kata Grace Chin, Ketua Pemasaran Teleport.

Antara tawaran yang disediakan termasuklah hasil segar atau beku, produk makanan dan minuman oleh peniaga tempatan seperti mentega kacang buatan tempatan, kopi atau mi segera, dan banyak lagi di OURSHOP.

Selain itu, Ahli BIG akan menerima diskaun automatik sebanyak 38% (selepas log masuk) hanya pada 7 Ogos 2020 bermula 8 malam sehingga 11.59 malam.

Bermula 8 Ogos 2020, para pelanggan dapat menikmati:

  • Diskaun RM 8, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 58; kod promosi: OURSHOP8

  • Diskaun RM 18, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 88; kod promosi: OURSHOP18

  • Diskaun RM 28, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 128; kod promosi:OURSHOP28

Nikmati juga Jualan PowerHour oleh OURSHOP pada 8 Ogos 2020 bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan OURSHOP 8.8 Infinite Sale, sila layari www.ourshop.com.

*Tertakluk pada terma dan syarat

The Volvo 2020 Merdeka Campaign With Special Deals

Volvo S60

The Volvo 2020 Merdeka Campaign shines the light on three Volvo sedans, with special deals throughout the months of August and September

Volvo Car Malaysia today announced its Volvo 2020 Merdeka Campaign in conjunction with the upcoming celebrations of National Day and Malaysia Day.

To pay homage to this year’s 63rd National Day, the campaign harnesses on the belief that good things come in three, and so will centre upon three Volvo sedans – Volvo S60 T8 R-Design, Volvo S90 T8 Inscription Plus and Volvo S90 T8 Special Edition – and three special deals – free first-year insurance, free Polestar optimisation package and free 5-year service maintenance (VSA5+) – all of which will be offered on top of the current sales tax relief by the government.

“Coming off the back of our most successful month since the inception of Volvo Car Malaysia in 1999, where 286 units were sold in July, we hope that our Volvo 2020 Merdeka Campaign will spur Malaysians to consider the additional benefits of having a car that is powerful yet safe.

As an automotive brand, we are committed to making the roads safer for both drivers and
passengers through leading safety features and innovation that have been carefully engineered into our cars.

S90 Special Edition Rims

Together with our legacy in Malaysia and our Swedish heritage, we want to continue to provide safer, more sustainable and premium experiences for more generations of Malaysians to come,” said Nalin Jain, Managing Director of Volvo Car Malaysia.

On top of the three special deals of free first-year insurance, free Polestar optimisation package and free 5-year service maintenance (VSA5+), Volvo Car Malaysia is also adding on extra deals for buyers of the Volvo S90 Inscription Plus and Volvo S90 T8 Special Edition, in the form of a RM15,000 voucher to purchase accessories for the former model, and a complimentary exterior styling kit and a 20” rim and tyre package worth RM35,000 for the latter model.

Volvo Car Malaysia has extended its current online booking campaign until the end of August. To recap, the campaign offers a complimentary Polestar optimisation package for all Volvo cars booked online.

Volvo S90

Meanwhile, the three special deals under the Volvo 2020 Merdeka Campaign consisting of free first-year insurance, free Polestar optimisation package and free 5-year service maintenance (VSA5+) is worth RM11,000, RM5,250 and RM9,200 respectively.

In addition, Maybank credit card customers will be entitled to a 0% Ezypay Instalment Plan of up to RM30,000, which includes 10 times Maybank TreatsPoints.

Through this campaign, Volvo Car Malaysia is also offering everyone a chance to own exclusive Volvo merchandise such as watches, sunglasses, electric ride-on cars for children and more, at a special bundle price of RM1,957.

There is a bundle deal for men, women and children, with each category consisting of specific lifestyle items.

Finally, in collaboration with Thule Malaysia, Volvo Car owners who present their car key when purchasing any Thule Crossover 2 luggage bags and backpacks will be given a Thule Subterra PowerShuttle Organiser worth RM119. Volvo car owners will also receive a 15% discount on all Thule items until the end of December 2020.

For more information on the Volvo 2020 Merdeka Campaign, please visit http://bit.ly/VolvoMY-salesoffers or follow Volvo Car Malaysia on Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB and Instagram, http://bit.ly/VolvoMY-IG for more updates.
For online bookings, please visit this link: http://bit.ly/VolvoMY-booking

Bank Muamalat Lancar Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’, Hadiah Wang Tunai RM1 Juta

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melancarkan kempen terbaharunya, ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ untuk mendorong para pelanggannya bagi menyimpan dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik.

Diadakan untuk tahun kedua berturut-turut, kempen ini berlangsung selama setahun bermula 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021 dan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik termasuk hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, kempen ini adalah kesinambungan daripada kempen pertama iaitu ‘Simpan & Menang Kaw Kaw’ yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan.

“Kempen ini sejajar dengan komitmen Bank Muamalat untuk memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan masyarakat, di samping membolehkan pelanggan menikmati ganjaran menarik untuk memenuhi keperluan mereka, terutama ketika ekonomi dijangka bertambah baik dari kesan pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, kempen sebelum ini berjaya menarik pelanggan sedia ada serta pelanggan baharu Bank Muamalat. Oleh yang demikian, kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ ini akan menawarkan lebih banyak ganjaran berbanding dengan kempen sebelumnya.

Lebih daripada 900 hadiah menarik ditawarkan, termasuk hadiah utama iaitu wang tunai bernilai RM1,000,000, empat buah kereta premium popular (2x Honda CRV, Honda Civic dan Proton X70) untuk cabutan suku tahunan.

Selain itu, hadiah wang tunai juga ditawarkan untuk cabutan bulanan peringkat kebangsaan dan cabutan bulanan tempatan.  Untuk kempen kali ini, Bank Muamalat turut memperkenalkan cabutan hadiah wang tunai bulanan khas untuk kategori pesara yang berumur 55 tahun ke atas.

Kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw’ ‘terbuka untuk semua pelanggan sedia ada dan baharu yang mempunyai akaun simpanan, akaun semasa dan akaun gaji di Bank Muamalat.

Pemegang akaun tersebut akan mendapat kelayakan secara automatik dengan menyimpan minimum RM100 dalam akaun Simpanan Bank Muamalat dan RM500 dalam akaun Semasa, sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Terdahulu, Bank Muamalat menyampaikan hadiah kepada empat (4) pemenang dari kempen sebelumnya, iaitu pemenang hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000,000 dan 3 pemenang cabutan suku tahunan yang masing-masing menerima sebuah kereta Proton X70.

Semua hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Perbankan Konsumer, Zury Rahimee Zainal Abiden.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ‘Simpan & Menang Lebih Kaw Kaw, sila layari laman sesawang kami di www.muamalat.com.my.

Segmen Automotif Terajui Prestasi Kewangan UMW Holdings Pada Separuh Tahun Kedua

UMW Toyota Motor mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020 dan jualan Perodua meningkat ke 23,203 unit pada bulan Julai 2020

Diterajui oleh segmen Automotif berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dan 38%-syarikat bersekutu Perodua pada bulan Julai, UMW Holdings Berhad menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2020.

Bahagian pasaran automotif Kumpulan UMW pada bulan Julai dianggarkan pada 52%, lebih tinggi daripada 51.4% yang dicatatkan pada tahun 2019. Peningkatan penjualan pada bulan Julai didorong terutamanya oleh pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun, berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

UMWT mencatatkan penjualan sebanyak 7,509 unit pada bulan Julai 2020, antara yang tertinggi bagi tahun ini, 70.0% lebih tinggi daripada 4,417 unit yang didaftarkan pada bulan Jun.

Toyota Vios terus menjadi model terlaris pada bulan Julai, menyumbang sekitar 34% dari jumlah penjualannya.

UMWT telah memperkenalkan Toyota RAV4 baru generasi yang ke-5 pada awal bulan Jun, sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) yang diimport sepenuhnya dari Jepun.

Bagi Perodua, Julai merupakan bulan penjualan tertinggi pada tahun ini, dengan penjualan berdaftar kenderaan sebanyak 23,203 unit, peningkatan sebanyak 9.2% daripada 21,250 unit yang dijual pada bulan Jun.

Pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangan Perodua juga ditingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Azmin Che Yusoff berkata, “UMWT dan Perodua menunjukkan tahap pemulihan yang kuat berikutan gangguan penjualan pada awal tahun yang disebabkan oleh Covid-19, tambahan pula dengan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan Julai, kami kekal optimis.

Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia.

Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, kami yakin dapat mencapai sasaran penjualan kami bagi tahun ini. ”

Selaras dengan peningkatan jumlah penjualan kenderaan, segmen Pembuatan & Kejuruteraan (M&E) Kumpulan juga menunjukkan peningkatan permintaan bagi komponen automotif dan pelincir kenderaan dari pasaran OEM dan REM.  Perniagaan pelincirnya di China telah kembali ke tahap pra-Covid-19.

Post Menarik