Dengan latar belakang meluas dalam industri automotif, pembuatan dan pembinaan di seluruh ASEAN, Richard Teoh akan memainkan peranan penting untuk memacu pertumbuhan Treeletrik.

Tree Technologies Sdn Bhd (Treeletrik), pengeluar kenderaan elektrik (EV) buatan tempatan yang sudah bertapak di pasaran ASEAN, telah melantik Richard Teoh sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO). Tree Technologies ialah anak syarikat Ideanomics (NASDAQ: IDEX) (Ideanomics).

Richard Teoh membawakan bersamanya pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kawalan kewangan, perancangan, kepimpinan dan pengurusan.

Sebelum memegang jawatan ini, beliau merupakan Pengarah Kawalan Kewangan Kumpulan di Volkswagen Group Malaysia, yang bertanggungjawab terhadap pengawasan kewangan bagi pengedaran dan pembuatan komersial kenderaan.

Richard Teoh sebelum ini menyandang pelbagai jawatan di peringkat pucuk pimpinan, termasuk Dominick Hunter, sebuah pengeluar produk perindustrian U.K. yang telah diperolehi oleh Parker Hannifin.

Di Dominick Hunter, beliau terlibat dalam penyepaduan dan peralihan sistem dan kawalan Perancangan Sumber Perusahaan (ERP). Richard Teoh adalah seorang Akauntan Bertauliah Berkanun (FCCA) dan Akauntan Berkanun (MIA).

“Kami telah menyusun rapi rancangan untuk mencapai sasaran pertumbuhan Treeletrik, dan kepimpinan kewangan Richard, digabungkan dengan pengalamannya dalam industri
yang berkenaan seperti automotif, pembuatan dan pembinaan, akan membantu syarikat kami memenuhi objektif pertumbuhan masing-masing,” kata Datuk Viswanathan Menon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Treeletrik.

Alf Poor, CEO Ideanomics, berkata, “Kami mengalu-alukan penyertaan Richard Teoh dalam pasukan Treeletrik sebagai CFO. Pengalaman dan kefahaman industrinya akan membantu kami dalam segala aspek strategi pertumbuhan syarikat.

Sebagai pengeluar EV terulung di rantau ASEAN, Richard akan membantu kami dalam seluruh operasi daripada pembangunan rantaian bekalan kepada pelancaran sistem bateri dan pengecasan, selain pembangunan sebidang tanah di kawasan pelabuhan.”