Utama Blog Halaman 717

The Galaxy S21 Series Makes Its Debut Exclusively At TV Channels in Malaysia!

Samsung’s latest epic smartphone, the Galaxy S21 series, has been turning heads around the world with many stating they are thrilled about the bold new design, advanced pro-grade camera, seamlessly integrated ecosystem experience and outstanding performance.

Malaysians, are you ready for an epic journey to start the year? Samsung Malaysia, together with two leading TV channels in Malaysia – TV3 and Astro AEC, is proud to kick-start the countdown to the official available date of Galaxy S21 series in Malaysia.

Be captivated with a series of content exclusively highlighting the Galaxy S21’s outstanding features. Samsung aims to reach out to Malaysians across the nation through these fun and engaging shows with a variety of local artist appearances

January 2021 at 9PM, tune in to TV3 to watch our popular local artists such as pop-star Ismail Izzani, together with singers and actresses Nabila Razali, Elly Mazlein and Norman Hakim, who will showcase how a family pursues their dreams and passions from home with the Galaxy S21 series.

Whereas for Astro AEC, on 27th January 2021 at 9:30pm witness how Yoke Chen, Darren Ch’ng, Jie Ying, and many more Astro talents make everyday moments epic by using the Galaxy S21 series.

Additionally, audiences will stand a chance to win attractive Samsung prizes[1] by simply watching the live stream at Astro AEC, MY’s Facebook page, and participating in a Q&A session. It’s that simple and easy!

That’s not all. Get ready to be treated with an exciting offer from Samsung Malaysia. In conjunction with the launch of the Galaxy S21 to Malaysian consumers, our Head of IT & Mobile Business, KM Liew will be joining both shows as a special guest to spice things up.

Be the first in Malaysia to get updates on our launch bundle by tuning in to TV3 and Astro AEC.

To view the accompanying TV teaser advertisements, visit https://tinyurl.com/y2dooatu.

For more information, please visit Samsung Malaysia’s Facebook page.

IKHLAS Bantu Komuniti Mangsa Banjir

IKHLAS terus menghulurkan bantuan kepada komuniti mangsa banjir di kawasan Pantai Timur, melalui perkhidmatan sedekah ‘Derma dengan IKHLAS.’

Untuk misi ini, IKHLAS telah menuju ke Kemaman dan Dungun di Terengganu bagi meringankan beban lebih 200 buah keluarga termasuk sekumpulan penternak tempatan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Group Transformasi Ruminan (GTR) dan rakan komuniti, Zer0Hunger.

Setiap keluarga yang terjejas menerima barangan keperluan seperti produk makanan siap dibungkus, sejadah dan telekung, pakaian untuk kanak-kanak dan dewasa, air minuman, pelitup muka, pembersih tangan, makanan kering, minyak masak dan lain-lain.

Komuniti penternak di kawasan yang terjejas juga menerima lima (5) tan dedak lembu dan tujuh puluh (70) kit perubatan.

Ketua IKHLAS Ikhlas Kamarudin berkata, pihaknya berasa dukacita melihat mereka yang terjejas akibat banjir ini dan berhasrat untuk membantu sebanyak mungkin, terutamanya apabila banjir telah surut dan mereka memerlukan bantuan untuk membina semula kehidupan yang terjejas.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua badan kerajaan dan persatuan bukan kerajaan yang terlibat dan bekerjasama dengan kami untuk melaksanakan misi ini. Kami berdoa agar semua komuniti yang terjejas akan kembali pulih seperti biasa tidak lama lagi.”

IKHLAS memulakan misi bantuan banjir ini pada awal bulan Januari 2021 di Raub, Kuala Lipis, Jerantut dan Chenor, Pahang dengan mengagihkan barangan keperluan kepada lebih 400 buah keluarga termasuk makanan kering, produk makanan siap dibungkus, pakaian, sejadah, produk kebersihan wanita, lampin untuk kanak-kanak dan dewasa, pelitup muka dan pembersih tangan.

Pasukan IKHLAS juga telah membantu membersihkan surau dan sekolah di kawasan yang terjejas.

Walaupun telah banyak bantuan yang dihulurkan kepada komuniti yang terjejas, namun masih banyak lagi bantuan yang diperlukan.

Pasukan IKHLAS akan meneruskan misi bantuan banjir bagi membantu komuniti di Kelantan dan Johor pada minggu akan datang. Orang awam yang ingin membantu dalam misi ini boleh memberi sumbangan melalui ikhlas.com.

Semua sumbangan yang dikumpulkan melalui perkhidmatan sedekah ‘Derma Dengan IKHLAS’ akan digunakan untuk membeli barangan keperluan untuk komuniti yang memerlukan.

Sejak bulan April 2020, perkhidmatan Sedekah oleh IKHLAS telah menerima dana sebanyak RM1.5 juta melalui inisiatif ‘Derma dengan IKHLAS’ dan ‘IKHLAS Untuk Sabah’ yang telah membantu lebih 19,000 buah keluarga di seluruh negara termasuk komuniti yang terjejas akibat pandemik dan banjir ini.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia dengan menyediakan akses untuk pelbagai amalan berasaskan keimanan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom. IKHLAS juga terdapat di dalam aplikasi airasia Asean super app dan boleh dimuat turun melalui aplikasi Apple atau Google Play.

Yamaha YZF-R25 (2021) Tampil Warna Baharu Dan Harga Kekal RM19,998

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan model motosikal YZF-R25 (2021) versi dipertingkat untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan pilihan warna baharu yang lebih garang, iaitu Cyan Metallic (sian).

Warna baharu itu akan ditawarkan bersama warna ikonik jenama itu, Yamaha Blue dengan kombinasi warna badan kekal sama.

Motosikal ini dijana menggunakan enjin 4-lejang 8-injap dwi-silinder 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Rekabentuk rim aloi kekal seperti model 2019, manakala kapasiti tangki 14.3 liter, dan berat basah 166kg.

Bagaimanapun, Yamaha masih mengekalkan rekabentuk dwi-lampu utama LED gaya superbike YZF-R1 dengan corong ambilan udara besar di tengah, dan cermin sisi pada fairing kepala.

Melihat kepada sistem suspensi depannya menggunakan fork terbalik (USD) baharu dengan tetapan redaman dan spring dioptimumkan.

Gaya suspensi depan juga lebih sporty dengan menambah baik rigid fork dan pada masa sama mengekalkan keselesaan tunggangan manakala suspensi belakang jenis monoshock.

Sistem brek motosikal ini menggunakan cakera tunggal hidraulik dengan kaliper brek dwi-piston apung di depan dan cakera tunggal hidraulik dengan piston tunggal di belakang. Saiz tayar pula bersaiz 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang)

Harga YZF-R25 (2021) kekal sama seperti model terdahulu, iaitu RM19,998 dan tidak termasuk cukai jalan serta insurans. Setiap pembelian motosikal ini diberikan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

Tunggu apa lagi, anda peminat tegar Yamaha, boleh datang ke bilik pameran dan jualan Yamaha di seluruh negara.

Maxis Tingkatkan Mutu Rangkaian Kepada Mangsa Banjir

Sebanyak 2,000 SIM pek Hotlink Unlimited akan diagihkan kepada keluarga yang terjejas
oleh banjir untuk terus berhubung

Sebagai usaha untuk menyokong rakyat Malaysia, terutamanya pada masa yang sukar,
pelbagai inisiatif diambil oleh Maxis untuk membantu masyarakat yang terjejas oleh banjir.

Keutamaan diberikan untuk memastikan komuniti yang terjejas mendapat bekalan makanan asas dan tetap bersalinghubung, serta membantu penjual Maxis untuk bangkit semula setelah banjir reda.

“Kami menghulurkan rasa simpati kepada keluarga yang bukan sahaja terjejas dengan banjir, tetapi juga pandemik COVID-19. Sememangnya kita berhadapan masa yang mencabar dan kami ingin meringankan beban mereka sebanyak mungkin.

“Sebagai pemboleh digital, kami memahami bahawa keperluan kesalinghubungan amat kritikal dan baik pulih servis yang pantas dapat membantu individu dan keluarga, serta menyokong pelatih kecemasan.

“Kami akan terus memantau keadaan dan bersedia untuk membaiki kawasan rangkaian yang mengalami gangguan untuk memastikan kawasan terjejas terus bersalinghubung.

“Dalam bulan akan datang, kami juga merancang untuk menyampaikan pertolongan di kawasan terjejas di seluruh negara,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Maxis telahpun melaksanakan inisiatif mitigasi banjir di daerah berisiko tinggi sejak beberapa tahun berdasarkan pengalaman bencana banjir yang lalu. Antaranya, menaikkan platform peralatan dan juga tambahan genset di tapak yang mempunyai potensi untuk mengalami gangguan tenaga.

Di samping itu, Maxis juga melakukan pemeriksaan kesihatan rangkaian secara proactif untuk memastikan tapak dan genset dalam keadaan yang baik dan sentiasa dijaga dengan rapi.

Pegawai bencana banjir yang dilatih juga menggunakan bot Maxis untuk ke kawasan banjir untuk memastikan kerja baik pulih rangkaian dilakukan dengan pantas. Maxis juga berhubung rapat bersama badan-badan kritikal seperti SKMM, Jabatan Meteorologi Malaysia, dan pembekal kuasa utiliti berkenaan status grid kuasa, keadaan cuaca dan paras air di lokasi yang terjejas untuk bertindak bila perlu.

Keluarga yang kehilangan tempat tinggal ketika banjir sangat memerlukan bekalan makanan asas kerana pendapatan mereka terjejas atau mereka berada di kawasan terpencil yang berjauhan dengan kedai.

Maxis dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kini mengagihkan 1,000 kotak makanan dibungkus dan diedarkan oleh wakil YKN dan Maxis secara berperingkat kepada masyarakat di Mentakab, Maran, Indera Mahkota, Temerloh, Pekan, Kuala Lipis, Dungun, dan Gua Musang.

Kerjasama ini sebahagian daripada sumbangan RM500,000 oleh Maxis kepada YKN pada December 2020 untuk komuniti terjejas dengan pandemik dan bencana banjir. Sumbangan kepada YKN adalah sebahagian dari RM1 juta yang dijanjikan oleh Maxis melalui GLC / GLIC Disaster Response Network (GDRN) dalam inisiatif “To Malaysia, With Love” yang baru dilancarkan oleh MCMC.

Maxis akan mengedarkan 2,000 pek SIM Hotlink Unlimited kepada keluarga dari komuniti yang terjejas. Ini akan merangkumi tiket tambah nilai untuk memberikan ketenangan fikiran untuk terus berhubung dengan orang tersayang pada masa sukar ini.

Beberapa penjual Maxis terjejas berikutan banjir yang merosakkan kedai mereka. Untuk
membantu mereka membuka semula kedai, Maxis akan membantu untuk usaha pembersihan, pembaikan kecil dan menyediakan bahan jualan baru.

GLC, MNC, Yayasan, Wakil Rakyat Diminta Berikan Solidariti Bantu Isu PdPR Dan Sistem Komunikasi Internet

Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa Syarikat Milik Kerajaan (GLC), Syarikat Multi Nasional (MNC), badan-badan Yayasan dan seluruh Wakil Rakyat menunjukkan solidariti dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama menyelesaikan isu komunikasi internet serta permasalahan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang terkesan kepada pelajar, ibu bapa, guru dan sekolah di seluruh negara.

Isu PdPR telah mencetuskan satu fenomena nasional hampir seminggu lalu disebabkan ketidaksamarataan akses internet, kekurangan peranti teknologi untuk murid dan guru serta membebankan ibu bapa terutama mereka di bawah kelompok B40 dan M40 yang telah kehilangan pekerjaan dan terjejas punca pendapatan sejak penularan pandemik COVID-19.

Justeru, Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara secara tegas memohon GLC dan MNC berkaitan telekomunikasi menunjukkan sikap solidariti dengan memberi pakej internet dan telefon pintar dengan harga patut serta kepenggunaan yang disesuaikan dengan PdPR dan pemberian data tanpa had bagi sistem capaian internet.

Razali Idris

Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, pada waktu sama, kewujudan lambakan badan-badan Yayasan dalam negara ini serta seluruh Wakil Rakyat perlu berketrampilan membantu kumpulan bersasar ini yang mendepani permasalahan PdPR dan isu yang sangat serius dalam capaian internet.

“Sepatutnya syarikat gergasi dan pertubuhan yang besar seperti GLC, MNC dan badan-badan Yayasan tampil secara lebih proaktif dan bukannya responsif dalam amalan tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

“Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menyegerakan pembinaan Menara Telekomunikasi termasuk melipatgandakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) serta hendaklah memobilasikan logistik dan kenderaan pembekalan internet ke kawasan capaian internet yang ketidaksamarataan ini agar dapat membekalkan akses internet berkelajuan tinggi dan mampu milik dapat dinikmati rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata, Kementerian Pendidikan juga digesa menyegerakan senarai atau data dalam mengenal pasti pelajar yang tiada peranti teknologi menerusi pangkalan data sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 

Katanya, dalam tempoh hampir seminggu ini, sepatutnya Jabatan Pendidikan Daerah dan Pendidikan Negeri sudah mencapai solusi mengatasi permasalahan PdPR dalam kalangan pelajar dan guru.

“Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara juga telah berjumpa dan berbincang dengan beberapa PIBG dan badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan bagi mengenal pasti solusi terbaik dalam isu PdPR, capaian internet dan kepenggunaan peranti teknologi.

“Saya juga difahamkan bahawa menerusi Dapatan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian (Online Learning), Kementerian Pendidikan telah mendapati lebih 30 peratus atau membabitkan kira-kira 280,000 pelajar tidak mempunyai peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian,” katanya lagi.

Dapatan kajian yang merangkumi 670,118 responden terdiri daripada ibu bapa kepada 893,331 pelajar turut menunjukkan enam peratus pelajar memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus pelajar memiliki komputer riba, 5.8 peratus pelajar memiliki tablet dan 46.5 peratus pelajar memiliki telefon pintar.

Ini adalah dapatan kajian pertengahan tahun 2020 yang sepatutnya Kementerian Pendidikan telah bersedia lebih awal dalam mengendalikan krisis komunikasi pendidikan bagi pandemik COVID-19 di negara ini.

Razali berkata, dalam hal ini, Kerajaan harus dipuji kerana telah melaksanakan pelbagai usaha yang hebat menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) serta Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), namun semua pihak perlu menunjukkan solidariti atau kebersamaan dalam membantu memulihkan kesejahteraan rakyat secara tuntas.

Katanya, walaupun Kerajaan telah melanjutkan semula pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2021 serta tempoh capaian internet percuma sebanyak 1 Gigabit untuk melayari laman web termasuk tujuan pendidikan selain pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga hujung April 2021, usaha-usaha murni ini perlu dipuji jua kepada industri telekomunikasi yang akan dapat meringankan beban rakyat.

Secara keseluruhannya, cabaran PdPR dalam pendidikan negara perlu ditangani sebaiknya kerana ia boleh mempengaruhi prospek hidup dan mobiliti sosial jangka masa panjang.

Kehilangan punca pendapatan keluarga boleh meningkatkan kadar keciciran pelajar sekolah. Tekanan ekonomi berpanjangan juga boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental anak sama melalui pengaruh kesihatan mental ibu bapa. Kesan krisis juga boleh dirasai pelajar selepas keadaan kembali pulih. 

Razali yang juga Ahli Parlimen Negara berkata, kajian di beberapa negara mendapati belia memasuki pasaran buruh selepas krisis kewangan global menghadapi kebarangkalian lebih tinggi untuk mendapat pekerjaan bergaji rendah, menganggur lebih lama dan menikmati kemajuan kerjaya lebih perlahan berbanding ketika keadaan ekonomi lebih stabil.

“Walaupun tidak ada kajian serupa di Malaysia, trend mobiliti sosial semasa agak membimbangkan dan menerusi Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati walaupun generasi sekarang umumnya mempunyai taraf hidup lebih tinggi, mobiliti sosial dilihat semakin perlahan lantaran pertumbuhan ekonomi semakin lemah, persaingan lebih tinggi di pasaran buruh dan premium pendidikan, terutama daripada pendidikan tinggi yang semakin menyusut.

“Sehubungan itu, satu usaha melipatgandakan penggunaan teknologi dan merapatkan jurang digital antara segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan dengan segera. Sekiranya tidak, kesan jangka panjang akan meluaskan jurang ketidaksamaan dan menyebabkan lebih ramai anak tercicir.

“Isu serius seperti PdPR, tahap capaian internet dalam negara serta sistem pendidikan negara perlu diperkasakan atau dirombak semula menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menjadikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia,” katanya lagi.

Secrets To An Uninterrupted World With The Galaxy Buds Pro

Music as a whole is a social glue that brings people together, and headphones allow music to be enjoyed individually as a way to appreciate our privacy, in intensified solitude.

That tiny earpiece is technically an invisible fence around our minds — making space and creating separation that helps us listen to ourselves.

Something that we could use more now with the insanity happening around the world and as working from home becomes a norm.

The Galaxy Buds Pro experience is about hearing more of what you love, and less of what you don’t. With the new intelligent Active Noise Canceling (ANC) capabilities, it gives you absolute control over your audio-environment, allowing you to privatize your public spaces without having to miss the important conversations.

When you need to focus on work or tune out from the world around to unwind – the Galaxy Buds Pro filters out background noise by up to 99 percent[1], monitoring noise in real time while tweaking to your preferred level.

Choose to amplify nearby sounds by more than 20 decibels with Ambient Sound, personalizing your experience according to your needs for better concentration and clarity.

Here is what you should not rule out: the enhanced intelligent ANC and Ambient Sound automatically and seamlessly works together, adapting to your surroundings while optimizing your audio experience.

For when you are speaking, it instantly switches between blocking outside noise and amplifying them. The intelligent buds will turn down your music for your conversation, even if you are using Ambient Sound mode or have the ANC turned off.

One way or another, the Galaxy Buds Pro offers you the privacy to relax, pause and reflect whenever and wherever you are but also has the power to put you in extreme focus when you are rushing deadlines. Sounds like your go-to everyday companion!

Toyota Eco Youth 2020/2021 Bermula Dengan Format Baru

Edisi ke-20 TEY bermula secara dalam talian dalam suasana pandemik dan mencatatkan rekod penyertaan tertinggi sejak 2001.

Program Toyota Eco Youth (TEY), yang dianjur serta diuruskan oleh UMW Toyota Motor (UMWT) sejak 20 tahun lalu, telah menjadi sebuah program pelopor untuk menyemai kesedaran terhadap alam sekitar dan inovasi dalam kalangan belia di negara ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, ia telah melibatkan 258 sekolah, 1,910 pelajar sekolah menengah dan 762 guru di seluruh negara.

Pelbagai tema telah diperkenalkan dengan satu matlamat: membangunkan masyarakat masa depan yang ada kesedaran terhadap alam sekitar.

“TEY telah dianjurkan sepanjang 20 tahun dan kami berharap semua yang pernah mengambil bahagian di dalamnya meneruskan percambahan kreativiti mereka untuk membantu menjadikan masa depan yang lebih hijau untuk kita semua,” kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Bagi edisi ke-20 TEY, UMWT sekali lagi akan bekerja sama dengan Kementerian Pendidikan dan meneruskan saingan diperingkat negeri dan kebangsaan. Sebagai tambahan, untuk tahun ini, Komuniti Leadernomics juga akan turut serta sebagai rakan sekerja.

Program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah yang berumur antara 13-16 tahun dan tiada had penyertaan sekolah dan penganjur telah menerima sejumlah 283 pendaftaran pasukan dari 177 sekolah.

Bagaimanapun, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang menyaksikan program ini dijalankan dalam tempoh setahun, konsep TEY kali ini bakal berlangsung selama tiga
tahun.

Bagi TEY edisi ke-20 TEY, pemenang akan kembali sebagai pemudahcara bagi tahun kedua untuk menjadi mentor kepada kumpulan baru dan mewujudkan Kelab Perintis Dalam Talian TEY.

Pemenang kemudiannya akan meneruskan untuk merealisasikan konsep mereka dan mengikuti fasa Pembangunan Prototaip Intensif.

Disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi ketika ini, pelancaran rasminya berlangsung dalam talian semalam, susulan daripada jemputan untuk pendaftaran yang diumumkan pada November 2019 dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian pada 18 Disember 2019.

Maksimum 16 pasukan dari sekolah-sekolah seluruh negara telah ditetapkan. Ketika pelancaran rasmi pertandingan peringkat kebangsaan ini, Pengarah Eksekutif Jualan UMWT, Mohd Shamsor Mohd Zain, mengumumkan nama-nama pasukan berkenaan, seperti berikut:

1. SMK TAMAN RINTING 2, MASAI, JOHOR
2. SMK KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN
3. MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD), KUALA LUMPUR
4. SMK CONVENT BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR
5. SMK MUTIARA, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
6. SMK TINGGI ST. DAVID, BUKIT BARU, MELAKA
7. SMA PERSEKUTUAN LABU, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
8. SMK AIR PUTIH, KUANTAN, PAHANG
9. SMK PAYA BESAR, KUANTAN, PAHANG
10. SMK BERAPIT, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
11. SMK MAJAKIR, PAPAR, SABAH
12. VISION SECONDARY SCHOOL, TAWAU, SABAH
13. SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK
14. SMK ST. ANTHONY, SARIKEI, SARAWAK
15. SMJK KATHOLIK, PETALING JAYA, SELANGOR
16. SMK SAUJANA UTAMA, SG. BULOH, SELANGOR

Beliau juga turut memperkenalkan Agent M (Mobiliti), terdiri daripada 3-4 orang ahli dalam satu pasukan. Setiap Agent M perlu memilih C.A.S.E (Clothing, Apps, Smart Tools or Eco-Friendly Vehicles) dan membangunkan penyelesaian terhadap masalah alam sekitar. Penyelesaian itu akan dipersembahkan dalam bentuk video yang akan dimuat naik untuk tujuan penilaian serta tontonan umum.

Format program ini akan berlangsung secara dalam talian sepenuhnya, dan 16 pasukan TEY akan dilengkapi dan dilatih dengan kemahiran pengurusan projek yang menerapkan Kaedah Penyelesaian Masalah oleh Toyota.

Mereka kemudiannya diperlukan untuk membina prototaip penyelesaian berdasarkan tema “Reimagining Mobility”. Tema ini melambangkan pembangunan penyelesaian mobiliti yang selamat dan mesra alam untuk negara, dengan pendekatan serampang dua mata bagi memastikan ia menyeluruh darisegi teori dan juga praktikal, yang turut akan melibatkan bengkel pembelajaran elektronik yang interaktif.

Fasa penilaian terakhir akan memerlukan pasukan untuk menunjukkan perkembangan semasa mereka menerusi media sosial dan saluran penstriman secara langsung. Nilai hadiah wang tunai telah digandakan kepada keseluruhannya bernilai RM64,000.

“Sejak TEY dimulakan, UMW Toyota Motor telah membelanjakan lebih daripada RM7 juta untuk program ini,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

“Walaupun sedang berdepan dengan pandemik, kami tidak akan menarik sokongan terhadap program seperti ini, memandangkan ia sangat penting dan menjadi teras kepada tanggungjawab sosial korporat kami.”

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terbaru berkaitan program Toyota Eco Youth 2020/2021, sila layari laman sesawang www.toyota.com.my/toyotaecoyouth.

Kenderaan Tempur Robotik Type-X Lulus Ujian Mobiliti

Kenderaan Tempur Robotik Type-X kelas sederhana oleh pembangun sistem robotik dan berautonomi terkemuka di Eropah Milrem Robotics telah lulus ujian mobiliti awal mereka.

Type-X itu akan menjadi sebuah kenderaan sokongan pintar kepada kereta kebal tempur utama dan kenderaan tempur infantri dan akan berupaya untuk memikul tugas dan kedudukan yang paling berbahaya, mengakibatkan di dalam pengurangan risiko kematian.

“Type-X itu akan menyediakan kuasa tembak yang sama atau berlebihan dan penggunaan taktikal kepada sebuah unit yang dilengkapi dengan kenderaan Tempur Infantri.

“Ia menyediakan cara untuk memecahkan kedudukan pertahanan musuh dengan risiko yang minimum untuk askar penggempur sendiri dan menggantikan sebuah RCV yang hilang adalah semata-mata sebuah nuansa logistik,” kata Kuldar Väärsi, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Milrem Robotics.

Type-X itu boleh dilengkapi dengan sebuah meriam sehingga 50 mm. Dengan dilengkapi dengan sebuah meriam 30 mm RCV itu boleh diturunkan melalui udara – C-130J dan KC-390 boleh membawa sebuah, sebuah A400M dengan dua buah dan sebuah C-17 dengan lima buah.

“Kenderaan itu akan dilengkapi dengan fungsi pintar seperti ikut saya, pengemudian titik arah dan pengesanan halangan dengan Kecerdasan Buatan menjadi sebahagian daripada algoritma itu,” kata Väärsi.

“Di samping itu, pembangun perisian kami telah mengambil satu pendekatan yang sama sekali baharu dan berinovatif untuk membolehkan operasi kawalan jauh pada kelajuan yang lebih tinggi.”

Dengan berat sebanyak 12 tan dan pengurusan kuasa yang cekap kenderaan itu mempunyai kemampuan rupa bumi yang unggul. Ketinggiannya sebanyak 2.2 m dan sebuah enjin di bahagian belakang menyediakan tanda visual dan haba yang rendah.

Type-X itu adalah tiga hingga empat kali lebih ringan dan harganya jauh lebih rendah berbanding dengan sebuah IFV konvensional.

Ia telah direka dengan penyelenggaraan ramalan pintar yang digabungkan dengan sebuah Sistem Pemantauan Kesihatan dan Penggunaan dan asas Unit Penggantian Talian untuk memastikan Kos Kitaran Hidup Terus dan jejak logistik yang rendah. Rangkaian kuasa hibrid dan trek getah mereka mengurangkan kos kitaran hidup dengan ketara.

Untuk mencipta Type-X itu Robotik Milrem menggunakan pengetahuan mereka yang diperolehi daripada membangunkan Kenderaan Bumi Tanpa Pemandu THeMIS mereka, yang bertujuan untuk menyokong pasukan tentera darat, yang telah diperolehi oleh 10 buah negara, termasuk tujuh anggota NATO: Perancis, Norway, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Belanda dan Estonia.

Milrem Robotics adalah pembangun sistem robotik dan berautonomi terkemuka di Eropah dengan mempunyai dua buah pejabat di Estonia, satu di Sweden dan Finland dan tidak lama lagi di Belanda.

Syarikat itu mengetuai sebuah konsortium yang telah dianugerahkan 30,6 MEUR daripada Program Pembangunan Industri Pertahanan Eropah (EDIDP) Suruhanjaya Eropah bagi membangunkan sebuah sistem bumi tanpa manusia terpiawai Eropah.

JobStreet Steps In To Provide Outplacement Support For Retrenched Sony Employees

Leading online employment portal JobStreet is stepping in to help retrenched workers affected by the eventual closure of Sony Malaysia’s manufacturing plant in Prai, Penang.

The Sony plant will cease operations by September this year, and be completely shut down by March 2022, affecting some 1,757 local employees.

While some employees would be transferred to Sony’s other Malaysian plant located in Bangi, Selangor, others are set to be retrenched.

Enter JobStreet, which had been appointed as the exclusive appointed party for Sony’s outplacement campaign to help affected employees transition to new jobs.

JobStreet will be executing this complimentary campaign, and involves two main thrusts.

Firstly, it involves a recently concluded workshop to provide insights into the current job market, and how affected employees can maximise their future career opportunities with JobStreet.

The workshop will also teach them on how to build their resumes to get noticed, while maximising opportunities through the JobStreet platform.

JobStreet has also customised a microsite for affected employees to deposit their resumes, so that participating Northern Region hirers could then access them.

Its country manager Simran Kaur expressed empathy for affected Sony employees, more so since the country is undergoing Movement Control Order (MCO).

She advised affected employees to capitalise on this collaboration between JobStreet and Sony, and to showcase their strengths for the jobs that would be placed on the microsite, coupled with various other opportunities in similar sectors.

MR D.I.Y Anjur Kempen ‘You Share, We Donate’ Yang Ke-Dua

Peruncit beri penghargaan kepada petugas barisan hadapan, tanda sokongan kepada Malaysian Relief Agency

Tahun 2020 bukanlah seperti tahun-tahun kebiasaan, setelah pandemik melanda, ia mengubah cara hidup, pekerjaan, dan perayaan.

Ketika musim perayaan, keluarga hanya berkumpul secara maya, manakala petugas barisan hadapan terus berusaha keras untuk melindungi komuniti kita.

Berinspirasikan kisah sebenar, MR D.I.Y. Group (M) Berhad telah menghasilkan sebuah filem web bertajuk ‘Inseparable’ dan menjayakan kembali kempen ‘You Share, We Donate’ sebagai tanda sokongan kepada Malaysian Relief Agency (MRA) dalam usaha memberi penghargaan serta bantuan untuk petugas barisan hadapan.

“Petugas barisan hadapan kita telah bekerja keras sejak bermulanya pandemik ini. Mereka merupakan sumber inspirasi yang mendorong kami untuk berkhidmat lebih baik untuk komuniti.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada penerima sumbangan dari MRA,” kata Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group.

“Pada Tahun Baharu Cina yang lalu, kempen ‘You Share, We Donate’ pertama kami mendapat sambutan yang baik dan kami menyedari keberkesanan inisiatif ini. Menjadi jenama Malaysia untuk rakyat Malaysia, MR D.I.Y. selalu mencari pelbagai kaedah untuk menyampaikan penghargaan kepada wira negara kita dan menjadi sumber kekuatan mereka pada saat getir ini.

“Kami amat menghargai jasa serta sumbangan wira dan wirawati negara dan kami setia bersama anda.”

Filem web 3 minit ini menggambarkan kesukaran barisan hadapan dan orang kesayangan mereka ketika musim perayaan. Peruncit mengajak rakyat untuk mengongsikan filem web yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi mereka @MR DIY.

Peruncit tempatan ini kemudiannya akan menyumbang RM1 dengan setiap perkongsian filem web kepada MRA, sebuah organisasi badan bukan kerajaan.

Hasilnya, filem web MR D.I.Y. meraih 3.9 juta tontonan dan 4,220 perkongsian selepas
kempen selama 3 minggu pada Disember, menghasilkan sumbangan baucar tunai sebanyak RM4,220 kepada MRA.

“Kami menghasilkan filem pendek ini untuk meyakinkan masyarakat, walaupun kita berada jauh di mata orang tersayang, kita masih dekat di hati mereka. Selain sumbangan topeng muka dan kelengkapan perlindungan diri sebelum ini, kempen ‘You Share, We Donate’ merupakan alternatif kami bagi menghargai jasa petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi negara,” kata Chin.

Sejak awal tahun, kita telah menyaksikan peningkatan kes COVID-19 di seluruh Malaysia. Dalam semangat #KitaJagaKita, MR D.I.Y. Grup ingin mengingatkan rakyat supaya ambil langkah berjaga-jaga dan seboleh-bolehnya duduk di rumah.

Dengan ekosistem penjagaan kesihatan negara yang beroperasi dengan kapasiti hampir penuh ketika ini, sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memainkan peranan dan meringankan beban petugas barisan hadapan sebanyak yang.

Post Menarik