FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah menambah sejumlah RM5 juta kepada Dana MOH FWD MY Heroes untuk membantu petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha berterusan mereka memerangi wabak pandemik COVID-19, menjadikan jumlah dana khas secara keseluruhan sebanyak RM10 juta berbanding peruntukan awal sebanyak RM5 juta pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain berkata, petugas barisan hadapan kita menghadapi cabaran yang lebih berat tahun ini dengan peningkatan yang mendadak dalam jumlah kes COVID-19 sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kami ingin lakukan yang termampu dan tampil menghulurkan bantuan yang praktikal demi menyokong petugas barisan hadapan dan keluarga terdekat mereka melalui Dana MOH FWD MY Heroes kami.”

Dilancarkan pada bulan April tahun lalu, FWD Takaful telah menubuhkan dana khas untuk memberikan manfaat perlindungan percuma selama sembilan bulan kepada petugas barisan hadapan KKM sekiranya meninggal dunia dan menerima rawatan di wad hospital dari 1 April 2020 hingga 31 Disember 2020 atau sehingga dana khas habis diguna pakai, yang mana berlaku dahulu.

FWD Takaful kini menyediakan dana tambahan sebanyak RM5 juta dan akan melanjutkan manfaatnya sehingga 31 Disember 2021 atau sehingga dana khas habis diguna pakai, yang mana berlaku dahulu. Dana ini menyediakan perlindungan Takaful seperti berikut:

Petugas barisan hadapan KKM yang layak membuat tuntutan daripada dana merujuk kepada semua kakitangan KKM termasuk doktor, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, pekerja ambulans dan kakitangan pentadbiran hospital yang telah dijangkiti COVID-19 ketika menjalankan tugas rasmi.

Dana ini juga melindungi ahli keluarga terdekat kakitangan KKM iaitu suami atauisteri, ibu bapa dan anak-anak mereka yang berumur 25 tahun ke bawah, termasuk anak angkat yang sah.