Saksikanlah konsert maya secara langsung 360-darjah “ITSU 360 Care U” yang bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, jam 8 malam pada 20 Februari 2021.

Konsert ini dipersembahkan oleh ITSU, diuruskan oleh Amazing Creative Group, disokong oleh Star Planet dan, turut dijayakan oleh HK ATV dan Bigo Live sebagai rakan pengstriman.

Acara gilang-gemilang ini bakal menampilkan artis tempatan terkenal iaitu Ella Aminuddin, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Naim Daniel, Ernie Zakri, Ariff Bahran, Dolla dan Syamel.

dolla

Pengumuman konsert ini telah dilaksanakan secara maya menerusi laman Facebook ITSU
WORLD pada hari Selasa, 9 Februari 2021.

Dihoskan oleh Hazells Tan, majlis sidang media tersebut juga menampilkan artis yang bakal membuat persembahan di konsert “ITSU 360 Care U” kelak. Antara penghibur yang hadir di sidang media adalah Ella, Dolla, Aiman Tino dan Ariff Bahran.

Konsert maya yang menggunakan kamera 360-darjah yang unik dan pertama kali diperkenalkan di Malaysia berbekalkan hasrat untuk menghiburkan orang ramai di kala
pandemik Covid-19.

arif

Orang ramai boleh menonton konsert secara langsung ini menerusi laman YouTube ITSU MY, Facebook ITSU WORLD, Facebook ITSU Indonesia, Facebook Amazing Creative Group, Facebook HK ATV, Facebook Star Planet dan juga Bigo Live App.

Namun begitu, efek kamera 360-darjah hanya boleh dinikmati di laman YouTube ITSU MY
sahaja.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu para pejuang
barisan hadapan yang terkesan teruk dengan situasi pandemik ini. Jumlah yang disasarkan
adalah sebanyak RM500,000.

ernie

Orang ramai boleh menderma dengan mengimbas kod QR Touch n Go ewallet yang akan dipaparkan semasa siaran langsung konsert tersebut. Konsert ini diharap dapat menggalakkan orang ramai kekal tinggal di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Pengarah Jualan Serantau dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ITSU, Deric Mun Hoong Kit berkata, konsert maya secara langsung ITSU 360 Care U adalah kombinasi pelancaran
kempen baharu ITSU 360 dan konsert amal.

Ia boleh disaksikan dengan percuma oleh semua. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan perasaan prihatin dan penyayang di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya untuk pejuang barisan hadapan, di mana “ ITSU 360” melambangkan perasaan prihatin dan penyayang yang menyeluruh dalam 360 darjah.”

Konsert ini akan menampilkan sebuah lagu ikonik dwi-bahasa – Standing In The Eyes Of The World yang bakal didendangkan oleh penyanyi asalnya, ratu rock Malaysia, Ella.

ella

Lagu ini digubah oleh Datuk Wah Idris, graduan Berklee College of Music, Boston, lirik ditulis oleh Datuk Habsah Hassan, dan penyanyi utama kumpulan Bread, David Gates. Ia telah dirakamkan oleh Ella bagi Temasya Sukan Komanwel 1998.

Lagu ini dipilih kerana muzik adalah bahasa universal yang boleh menyatukan kita bersama. Dengan lirik lagu yang bertemakan pengorbanan, kecekalan, ketabahan, harapan dan impian, pihak ITSU berharap dapat menyemarakkan lagi semangat orang ramai dan juga pejuang barisan hadapan agar kekal tabah untuk mengharung tempoh yang mencabar ini.

“Kami merasa bangga kerana dapat menjemput penyanyi asal lagu tersebut, Ella untuk menyanyikan semula lagu di konsert ini bersama tujuh penyanyi muda bagi meniupkan
semangat yang optimistik kepada semua penonton nanti.

sufian

“Dalam masa yang sama, kami ingin menghargai semua pejuang barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus untuk menangani situasi pandamik ini. Kami berharap dapat mengumpulkan dana semasa konsert diadakan dan 100% hasil sumbangan orang ramai bakal didermakan kepada pejuang barisan hadapan,” katanya.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan konsert “ITSU 360 Care U” sambil menyumbang kepada dana bantuan pejuang barisan hadapan. Untuk maklumat lanjut, sila
layari laman-laman Facebook ITSU WORLD, ITSU Indonesia, Amazing Creative Group, Star
Planet dan Bigo Live App.