Sambutan Tahun Baharu Cina dimeriahkan dengan kod promosi RM8 kepada semua pengguna airasia super app untuk pesanan airasia food, airasia fresh dan airasia shop.

Kod promo terhad ini bermula dari 19 hingga 26 Februari 2021. Untuk menggunakannya, masukkan kod ‘GORED8’ semasa membuat pesanan nikmati diskaun RM8 untuk caj perkhidmatan penghantaran di airasia food (pengguna baharu sahaja) atau diskaun RM8 dengan perbelanjaan minimum RM38 untuk airasia shop.

Kod promosi ini juga digunakan untuk menikmati perkhidmatan penghantaran percuma bagi airasia fresh dengan perbelanjaan minimum RM28.

Ketua Pegawai Komersial airasia super app, Amanda Woo berkata, sejak dua bulan pertama 2021 menjelang Tahun Baharu Cina, airasia super app telah memperluaskan tawarannya di semua platform e-dagang seperti airasia shop, airasia fresh dan airasia food.

Kini, setiap platform ini menawarkan beribu-ribu jenis produk daripada pelbagai kategori, dengan inventori yang terus berkembang. Sama ada anda ingin memesan makanan untuk seisi keluarga, barangan runcit segar mingguan atau hadiah untuk orang tersayang, gunakan kod promosi ‘GORED8’ untuk mendapatkan diskaun tambahan sebanyak RM8 di airasia super app dari 19 hingga 26 Februari.”

Pesanlah juadah sempena Tahun Baharu Cina di airasia food seperti Yee Sang, makanan panas dan pencuci mulut dari River Garden Restaurant, Din Tai Fung, Dao dan banyak lagi.

Bagi mereka yang terlalu sibuk atau tidak dapat keluar membeli barangan runcit, pesanlah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut dan banyak lagi secara dalam talian di airasia fresh. Pilih barangan runcit tersuai dengan Fresh Pack atau buat pesanan untuk didermakan kepada rumah dan organisasi amal terpilih.

Selain itu, manjakan diri di airasia shop dengan membeli produk kecantikan berjenama antarabangsa terkenal seperti Sulwhasoo, Innisfree, Elizabeth Arden, The Ordinary dan banyak lagi.

Muat turun airasia super app dan untuk berita dan aktiviti terkini, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*Perkhidmatan penghantaran airasia food, airasia fresh dan airasia shop hanya tersedia di Lembah Klang sahaja dan akan berkembang ke bandar-bandar lain tidak lama lagi. Kos promosi tertakluk pada terma dan syarat lain.