Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 14 Mac lalu,  mengadakan Program Jom Bantu Asnaf 2021 COVID-19 seluruh Malaysia membabitkan negeri Selangor.

Program kali ini dianjurkan dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa, Banting, Selangor.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, Baitul Hasan menyumbangkan bantuan dalam bentuk pek makanan asas, beras, minyak masak dan gula kepada penerima bantuan.

“Mereka amat gembira menerima kehadiran kami dan mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang tidak putus-putus memberikan sumbangan kepada Baitul Hasan.

“InsyAllah program amal ini akan diteruskan di seluruh Malaysia sekiranya ada sumbangan yang diterima. Kami sentiasa mendoakan muslimin dan muslimat sekelian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan ganjaran syurga oleh Allah SWT,” katanya.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).