Utama Blog Halaman 319

Standard Pembuatan Produk Halal Yeo’s Yang Tinggi Tingkatkan Keyakinan Pengguna

Pengeluar F&B yang diperakui halal, Yeo’s Malaysia (Yeo’s), sentiasa memberi keutamaan kepada operasi halalnya yang memainkan peranan penting dalam mengembangkan pasaran dan membina keyakinan pelanggan terhadap rangkaian produknya di Malaysia dan luar negara.

Selain memenuhi kehendak pasaran Malaysia, hari ini Yeo’s juga tampil sebagai pusat pembuatan dan pengedaran global yang penting ke Indonesia, New Zealand, Australia, Eropah, Indochina dan Amerika Syarikat, menjadikan ia syarikat F&B terkemuka yang mempunyai Sijil Halal Malaysia untuk pasaran antarabangsa.

Pensijilan halal Malaysia membabitkan tadbir urus yang terperinci. Semua jenama mesti mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengurus Kanan Pematuhan Halal Yeo’s, Razana Mat Saad berkata, pihaknya mempunyai sistem yang komprehensif dan efektif yang mematuhi keperluan JAKIM sepenuhnya.

“Kami melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan Sistem Jaminan Halal (HAS) kami mematuhi sepenuhnya semua keperluan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) 2020 dan Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS) 2020.

“Peraturan halal yang ketat ini dipatuhi di seluruh premis dan produk kami. Keseluruhan rantaian pengeluaran, daripada sumber bahan kepada pembuatan dan pembungkusan, semuanya mematuhi undang-undang dan peraturan untuk pensijilan halal.

“Ini bermakna bahan mentah, bahan tambahan, bahan bantuan pemprosesan, perkakas dan peralatan kami, malah sistem pengeluaran, pemprosesan produk dan keseluruhan premis kilang kami, semuanya menepati standard ketat yang ditetapkan oleh JAKIM,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Yeo’s turut mempunyai pasukan khusus yang dilatih di bawah Majlis Profesional Halal JAKIM melalui inisitiaf Badan Penyedia Halal Berdaftar dan tenaga Pengajar Halal Berdaftar untuk sentiasa memantau dan memastikan kemampanan sistem halalnya melalui pengauditan dan semakan dalaman secara berkala.

“Kami bekerjasama rapat dengan JAKIM bagi memastikan kami dapat mengekalkan integriti operasi halal kami dan selama ini mereka memberikan sokongan yang sangat baik.  Kami juga terbuka untuk memanjangkan kolaborasi bersama JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk menganjurkan program-program kesedaran halal untuk memperkasa dan memperkukuh pengetahuan pengguna berkaitan halal,” katanya lagi.

Pengiktirafan yang diterima oleh Yeo’s selama ini adalah hasil kesungguhan syarikat berkenaan dalam mematuhi dasar halalnya.

Pada 2009, Yeo’s menerima anugerah ‘Jenama Halal Terbaik’ untuk pengamalan proses halal yang cemerlang, inovatif, konsisten dan kejayaan keseluruhannya. Pada 2018, ia diberikan pengiktirafan yang cukup membanggakan menerusi ‘Anugerah Jenama Halal Terbaik Dunia BrandLaureate’ (‘BrandLaureate World Halal Best Brands Award’) bagi kategori Makanan & Minuman FMCG.

Membina kepercayaan pelanggan

JAKIM merupakan pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia dan agensi bertanggungjawab untuk memberikan pengiktrafan halal kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh industri yang memenuhi keperluan atau syarat yang digariskan dalam keperluan pensijilan halal dan Standard Malaysia yang berkuatkuasa.

“Semua industri termasuk pembuatan makanan yang memohon pensijilan halal daripada JAKIM perlu mematuhi peraturan dan keperluan hukum syarak. Pensijilan halal ini penting untuk membina kepercayaan dan keyakinan pengguna terhadap kualiti dan keselamatan produk yang mereka makan.

“Pengguna juga boleh menyemak dan mengesahkan status halal satu-satu produk melalui platform atas talian yang disediakan oleh JAKIM seperti Portal Rasmi Halal Malaysia atau Aplikasi Mobil seperti Verify Halal dan Smart Halal,” kata Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM, Ustaz Mohamad Zamri Mohamed Shapik.

Beliau berkata, JAKIM menyambut baik komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh syarikat-syarikat pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk sentiasa memastikan tahap pematuhan yang tinggi demi memastikan ekosistem pengawalseliaan halal sentiasa diyakini  dan menjadi rujukan dunia.

Ini selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadi peneraju pasaran halal global menjelang 2025 dengan nilai eksport sebanyak RM63.1 bilion di samping memanfaatkan pasaran halal dunia yang dianggarkan melebihi US$1 trilion (RM4.68 trilion) tahun hadapan.

Keadaan ini dijangka akan meningkatkan lagi kedudukan pensijilan halal Malaysia yang diterima di peringkat antarabangsa dan menggalakkan promosi perdagangan, seterusnya menjadikan negara kita sebagai peneraju pasaran halal global.

Selamat untuk dimakan

Bagi melengkapkan pensijilan Halalnya, produk Yeo’s juga dikilangkan mengikut standard kualiti dan keselamatan makanan antarabangsa yang ketat serta selamat untuk dimakan.

Malah Yeo’s juga memperoleh sijil Hazard Analysis and Critical Control Points (Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal, HACCP) yang diiktiraf dalam industri makanan seluruh dunia bagi pengamalan keselamatan makanan.

Ketiga-tiga kilangnya, yang terletak di Shah Alam, Johor Bahru dan Ipoh, juga diperakui dengan Proses Pengilangan Baik (GMP) yang mengawal semua kemungkinan kemudaratan dalam proses pembuatan makanan, merangkumi proses penapisan dan pensterilan yang ketat serta sistem pengisian tertutup.

Pensijilan lain yang diperolehnya termasuklah MeSTI (kebersihan makanan), Perakuan Kesihatan Veterinar (VHM) untuk kilang di Shah Alam dan pensijilan SIRIM untuk kilang di Ipoh.

Baru-baru ini, syarikat ini turut berjaya memperoleh pensijilan FSSC 22000 untuk kilang di Ipoh, menunjukkan komitmennya yang konsisten menghasilkan produk selamat dan berkualiti tinggi yang bukan sahaja memenuhi bahkan melangkaui standard industri.

Buat masa ini Yeo’s sedang melaksanakan standard Inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

First 360kw High-Performance Charging Hub Powered By Shell Recharge To Be Unveiled In Resorts World Genting

Shell Recharge unveiled its plan to set up an electric vehicle charging hub in Resorts World Genting, which will consist of 10 charging bays outfitting an ultra-fast 360kW high-performance charging (HPC) to enable electric vehicles (EV) accessibility up in Malaysia’s premier integrated resort destination by early next year.

Made possible through the strategic partnership with Porsche Malaysia and Genting Malaysia Berhad, this EV hub will be the latest addition to the Shell Recharge EV network of 136 charging points strategically located in key cities and along highways in Peninsular Malaysia, connecting Singapore, Malaysia to Thailand.

“With the addition of 10 charging bays at the hilltop of Resorts World Genting, we continue to make headway towards a continued commitment of enabling a net-zero transport solution in Malaysia.

“Soon, EV customers from all over the country and beyond will be able to drive their way up to this premier resort without having range anxiety, experiencing a worry-free journey with our Shell Recharge network,” said Seow Lee Ming, General Manager of Shell Mobility, Malaysia.

During the tripartite partnership announcement, Christopher Hunter, Chief Executive Officer of Sime Darby Auto Performance, representing Porsche Malaysia, shared: “Our partnership with Shell Recharge is a testament to our commitment to enabling long-distance, cross-border travel in an EV, connecting three countries – Thailand, Malaysia and Singapore.

We are delighted to further elevate seamless charging experience for our Porsche Taycan owners, as well as other Porsche electric vehicle models on the horizon, with this new high-performance Shell Recharge 360kW DC charging hub in Resorts World Genting, providing ultra-fast charging speeds of just approximately 20 minutes for a complete 5-80% State of Charge (SoC).”

“We are honoured to be able to offer a high-performance EV charging hub to our guests. With the rapid adoption of EV cars in Malaysia and across the region, this will help promote sustainable tourism and provide convenience to our visitors up at Resorts World Genting,” said Gary Chen Wing Kong, Senior Vice President, Real Estate Development and Project of Genting Malaysia Berhad.

The all-in-one charging hub will outfit 10 bays comprising four bays of 360kW high-performance charging and six bays of 22kW AC chargers. All chargers come with CCS Type 2 charging connectors, allowing EV drivers a super-fast speed charging experience at the hilltop.

Shell Recharge is transitioning to the kilowatt-hour (kWh) pricing mechanism. Customers can now charge with the new kWh rates when they charge with AC chargers nationwide effective 1st November while for DC charging stations, beginning 15 th December.

The Shell Recharge model maintains a reservation fee and will implement an idle charge across different charging archetypes to prioritise the smart parking bays for EV owners.
For a seamless and worry-free journey, customers can still reserve parking bay in advance via Shell’s ParkEasy app.

Other features include navigation access for EV customers to assist drivers in locating available bays and a parking barrier to ensure the bay’s availability.

YEG Academy, MAHSA University Overcomes Unemployment Through Nursing

YEG Academy established a collaboration with MAHSA University in overcoming unemployment through the field of nursing.

The Chief Operating Officer of YEG Academy, Mohamad Fikri Hasbi, said that the approach was taken following the high demand for nurses not only in this country but also abroad by guaranteeing income to prospective graduates.

He said, this further avoids the attitude of a few individuals who do not continue their studies after completing the Malaysian Certificate of Education (SPM).

“The issue of unemployed graduates is not 100 percent due to the wrong graduates, rather the chosen program (while studying at university) does not have a job appointment upon graduation.

“After all, nursing is not an ordinary field because it can generate high incomes including working abroad. This indirectly changes the public’s perception of nursing education and careers,” he told reporters today.

Earlier, he signed a memorandum of understanding (MoU) for the MaHSTECH nursing program with MAHSA University which was represented by the Senior Academic Director and Dean of the Faculty of Health Sciences, Nursing and Education, Prof. Dr. Veronica Chua Poh Choo.

Mohamad Fikri added that a total of 400 individuals will be selected to be the pioneers of the program starting this April using only the test results and SPM certificates.

“This program promises employment and whoever is selected will get a scholarship from the four hospitals that have collaborated with MAHSA University, namely Thompson Hospital, ICG Healthcare, Hospital Pakar Regency Johor Baharu and KPJ Healthcare Bhd.

“So, when they leave they will continue to get or be placed in a job at the hospital,” he explained.

Meanwhile, Veronica said, the entry requirements for the nursing diploma level are to pass five credits, namely Bahasa Malaysia, Science, Mathematics, English and History, while for the Bachelor’s degree, you must have two years of experience.

“After the Covid-19 pandemic, many industries have been affected but not in the field of nurses who need energy every year to meet the demands of the hospital sector including in Singapore and Dubai (United Arab Emirates).

“Nurses among men in particular are very high in the market and are very much needed because they have more power considering that the field of nursing requires energy in caring for patients,” he said.

Inisiatif Mydigital Id Naik Taraf Tadbir Urus Kerajaan Digital, Tingkat Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Awam

Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah individu pertama di negara ini yang memiliki ID Digital

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah menjadi individu pertama yang mendaftar untuk Identiti Digital Nasional atau Digital ID. Inisiatif ini merupakan langkah maju dalam pengesahan identiti digital yang akan digunakan oleh sektor awam dan swasta untuk transaksi dalam talian, dengan tujuan mengurangkan penipuan identiti.

Pelaksanaan MyDigital ID adalah satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan landskap digital negara. MyDigital ID dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan pengguna di dalam ekosistem digital.

Dengan penekanan kepada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terkini, MyDigital ID diwujudkan dengan sepenuhnya oleh bakat tempatan dan mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus).

MyDigital ID direka khas untuk memperkukuhkan kepercayaan dan memberikan keselesaan kepada orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian. Melalui pengesahan diri yang tepat, transaksi atas talian yang selamat, dan kemudahan log masuk tunggal, MyDigital ID mampu mengurangkan risiko penipuan dan memudahkan urusan harian berkaitan perkhidmatan dalam talian.

MIMOS ingin menegaskan bahawa MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, iris/mata, atau pengecaman wajah. Justeru, Ia adalah satu langkah maju bagi memastikan keselesaan dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian tanpa mengorbankan privasi.

MyDigital ID merupakan inisiatif yang akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien di Malaysia, seperti pengagihan subsidi bersasar dan peningkatan akses ke sistem perubatan MADANI.

Melalui identifikasi digital, transaksi seperti pembahagian bantuan menjadi lebih mudah dan telus, memastikan hanya individu yang layak dapat menerima manfaat. Ini seterusnya menyokong pembangunan negara ke arah penggunaan teknologi yang inklusif dan berintegriti.

Kerajaan Digital yang berasaskan data merupakan nadi utama untuk sebuah pentadbiran yang lebih cekap dan efisien. Pada masa yang sama, kerajaan turut menitikberatkan soal keselamatan digital bagi menjamin perlindungan data dan privasi individu.

Sehubungan itu, MIMOS berharap program MyDigital ID akan menerima sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat, seterusnya menyokong usaha kerajaan mereformasikan tadbir urus demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

KJTS Tandatangani Perjanjian Tajajamin Dengan HLIB

Dari kiri Sheldon Wee, Lee Jim Leng dan Lee Kok Choon di majlis menandatangani taja jamin IPO KJTS di sini hari ini

KJTS Group Berhad (KJTS) penyedia perkhidmatan sokongan bangunan di Malaysia, Thailand dan Singapura, memeterai perjanjian tajajamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Pelaksanaan IPO, seperti yang diperincikan dalam draf prospektus Syarikat yang terdapat di laman web Bursa Malaysia Berhad, melibatkan penerbitan kira-kira 218.03 juta saham biasa baharu.

Ini mewakili 31.69% daripada jumlah saham terbitan KJTS yang diperbesarkan, yang dibahagikan antara tawaran runcit 49.40 juta saham biasa baharu yang mewakili 7.18% daripada saham terbitan yang diperbesarkan dan penawaran institusi sebanyak 168.63 juta saham biasa baharu kepada pelabur institusi dan terpilih yang mewakili 24.51% daripada saham terbitan yang diperbesarkan.

Hong Leong Investment Bank Berhad, sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Pemilik Buku Tunggal akan menaja jamin keseluruhan 49.40 juta saham biasa baharu di bawah tawaran runcit.

Pengarah Urusan KJTS, Lee Kok Choon dan Pengarah Eksekutif KJTS, Sheldon Wee, berkata, IPO ini menandakan detik penting dalam sejarah KJTS, membuka jalan ke peringkat pertumbuhan strategik kami yang seterusnya.

“Perjalanan kami dengan Hong Leong Investment Bank Berhad dalam usaha ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat pengembangan kami dan mengukuhkan kedudukan pasaran kami.

“Dana yang diperoleh daripada IPO akan digunakan terutamanya untuk mengembangkan segmen tenaga penyejuk kami di Malaysia. Perkhidmatan tenaga penyejuk kami membolehkan kami memanfaatkan peluang daripada kesedaran yang semakin meningkat tentang prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kerana sistem tenaga penyejuk ini membantu pelanggan kami mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui pengurangan penggunaan elektrik.

“Kami juga merancang untuk menggunakan dana ini untuk mengembangkan pejabat kami di Malaysia, Thailand dan Singapura. Rangsangan kewangan ini adalah kunci kepada komitmen kami untuk mengekalkan dan mengembangkan perkhidmatan kami di seluruh negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif HLIB, Lee Jim Leng berkata pihaknya gembira dapat memainkan peranan penting dalam perjalanan IPO KJTS Group Berhad.

“Kami berharap kehadiran pasaran KJTS dan rancangan pertumbuhan masa depan akan memberikan peluang yang menarik untuk pelabur Kami yakin penyenaraian ini akan menjadi satu langkah ke hadapan yang penting untuk syarikat,” katanya.

Penyenaraian KJTS di Bursa Securities ditetapkan untuk menyediakan platform yang teguh bagi syarikat itu untuk memulakan fasa pertumbuhan seterusnya dan menyelaraskan visi jangka panjangnya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor perkhidmatan sokongan bangunan.

Casio bakal Lancar MR-G dengan Bentuk Ikonik dan Tali Jam Dura Soft Selesa

MRG-B5000R

Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan baharu kepada barisan MR-G, kemegahan jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MRG-B5000R baharu ini mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK yang pertama sekali — menonjolkan titik asal jenama ini — dan menampilkan tali jam Dura Soft yang sangat selesa.

Berdasarkan kepada konsep untuk menyampaikan “keunggulan bagi jam tangan yang didorong oleh ketahanan,” barisan MR-G berada di puncak jenama G-SHOCK, menggabungkan teknologi canggih dan teknik-teknik kerja logam yang mahir.

Mewarisi bentuk ikonik G-SHOCK asal, MRG-B5000 asal dilancarkan pada tahun 2022. Menampilkan bezel dengan Struktur Berbilang-Pengawal untuk membolehkan penggilapan yang jitu, jam tangan ini menggunakan bahan-bahan termaju termasuk COBARION®, aloi yang sangat keras, dikemaskan dengan ketukangan penggilapan yang mahir. Dengan ciri-ciri seperti kesemua ini, ia terbukti amat popular sebagai model unggulan daripada jenama G-SHOCK.

MRG-B5000R baharu dibangunkan berasaskan kepada MRG-B5000, menggunakan tali jam Dura Soft yang selesa dan lembut bagi menawarkan ciri kemudahan penggunaan fleksibel yang sesuai dengan barisan unggulan jenama G-SHOCK dan memberi kesesuaian baik untuk majlis rasmi mahupun situasi yang aktif.

Dura Soft band ensuring an extremely comfortable fit

Tali jam Dura Soft menawarkan rintangan yang kuat kepada penyahwarnaan, penstainan dan kemerosotan dari masa ke masa, manakala pengacuan sisipan komponen titanium turut meningkatkan kekuatan sambungan tali jam kepada bekas jam. Tali jam ini membawakan rasa bertekstur yang lembut dan selesa, menawarkan padanan yang selesa apabila terlibat dalam aktiviti lasak.

Reka bentuk jam tangan ini merupakan satu penghormatan kepada skema warna DW-5000C-1B, versi diaksenkan emas bagi G-SHOCK yang pertama sekali. Salutan karbon seperti berlian (DLC) diaplikasikan pada bekas jam dan kemasan IP emas pada butang sisi. Muka jam turut menampilkan aksen emas.

Tali jam menggabungkan corak bertekstur yang mewarisi motif reka bentuk masih lagi dikekalkan sejak G-SHOCK yang pertama sekali, termasuk simbol “SHOCK RESIST” dan corak bata.

COBARION® ialah tanda dagangan berdaftar Iwate Industry Promotion Center dan dikeluarkan secara eksklusif oleh Eiwa Corporation.

Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand Melalui Pos Fulfill

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara mengumumkan bahawa perkhidmatan pemenuhan bersepadu sepenuhnya, Pos Fulfill, telah menyokong kemasukan syarikat berasaskan makanan dan minuman dari Thailand, Rocks PC Co. Ltd. ke pasaran Malaysia untuk perniagaan runcit Potato Corner mereka.

Rohit Gunavanthe, Ketua Pos Fulfill, Pos Malaysia berkata, “Pos Fulfill dengan sukacitanya
memudahkan kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Malaysia, melalui syarikat
tempatannya, Rocks Foods Sdn. Bhd.

“Kami berada di landasan yang baik dengan perkhidmatan pemenuhan dan penghantaran kami untuk menyokong pelancaran dan strategi pertumbuhan Potato Corner di seluruh negara.

“Kerjasama ini menekankan keupayaan Pos Fulfill dalam menyampaikan penyelesaian penuh rantaian bekalan yang komprehensif kepada perniagaan
yang mencari peluang pertumbuhan di Malaysia,” katanya.

Pos Fulfill ialah perkhidmatan pemenuhan bersepadu yang khusus dalam pergudangan dan
pemenuhan pesanan untuk perniagaan B2B dan B2C, memastikan produk pelanggan disimpan dengan selamat dan teratur, dihantar tepat pada waktunya dan dihantar kepada rakan penghantar yang ditetapkan untuk memenuhi permintaan pasaran melalui kebolehlihatan sistem.

Sebagai penyedia penyelesaian setempat, Pos Fulfill mengaitkan semua perkhidmatan Pos
Malaysia yang lain termasuk kargo batuan terakhir, pos antarabangsa, penghantaran ke kedai, penghantaran lintas sempadan, dan menyediakan penyelesaian holistik untuk perniagaan yang mementingkan kecekapan, kestabilan dan kebolehpercayaan dalam operasi logistik mereka.

Pada masa ini, Pos Fulfill mengendalikan lebih daripada 200,000 kaki persegi ruang gudang di Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, dan Kota Kinabalu.

UMW Lubetech Opened New Lubricants Plant

UMW Lubetech Sdn. Bhd. (UMW Lubetech), an indirect wholly owned subsidiary of UMW Holdings Berhad, today officially opened its new and automated lubricants blending plant in Pulau Indah Industrial Park, Klang.

The plant has a capacity to produce 60 million litres of lubricants per annum, replacing the old plant in Shah Alam which had a 35-million litre capacity.

The opening ceremony of the new lubricants plant was officiated by Dato’ Seri Amirudin Shari, the Menteri Besar of Selangor.  Also present were senior Selangor state government officials and the Board of Directors and management of UMW Holdings Berhad.

The plant has a built-up area of 3.2 acres and sits on a piece of land measuring 6.9 acres.  Construction work started in March 2022 with a total investment cost of RM67 million for the land, building and equipment.

The plant is equipped with IR4.0-ready processes to enhance efficiency and competitiveness as well as accredited laboratory facilities.  The warehouse at the plant is also equipped with automated racking system.  The production floor has a total of 14 filling lines and commercial production commenced in April 2023.  The plant has a workforce of more than 200 employees.

In line with the UMW Group’s Sustainability Roadmap, the new UMW Lubetech plant is GreenRe Gold certified.  Solar panels shall be completely installed at the plant by the first quarter of 2024.  It also has facilities for rainwater harvesting, electric vehicle charging, waste composting and energy efficient lighting.

UMW Lubetech produces a variety of products at the plant under its in-house brand GRANTT.   GRANTT’s full range of products include Passenger Car Motor Oil (“PCMO”), Motorcycle Oil (“MCO”), Diesel Engine Oil (“DEO”), Automatic Transmission Fluid (“ATF”), agricultural oil, marine oil, greases, radiator coolant, brake fluids, bio-hydraulic lubricants and food grade grease.

UMW Lubetech also does toll blending for OEM customers including Toyota, Perodua and Modenas.

Spend More to Earn More With the New Samsung Rewards Program!

Love the awesome deals that come with online shopping? Then you’re going to go crazy over the new Samsung Rewards Program on the Samsung Online Store that’s happening now.

Earn points for every purchase you make, which can be redeemed on your next purchase on the Samsung.com shop. The more you spend, the more you’re rewarded!

When you make purchases on the Samsung Online Store, you also earn points based on your tier, which depends on the amount of transactions made in the last 24 months:

Platinum Tier Members will also get a RM400 birthday voucher!

All the points that you’ve earned will be shown in your Samsung Rewards Account. Now the BEST part! You can use these points to redeem items in the Rewards Catalogue on the Samsung Members App or to get discounts on products on the Samsung Malaysia Online Store or EPP website.

So what are you waiting for? Start earning points on the Samsung Rewards Program today by logging in or registering for a Samsung Account ID: https://bit.ly/3R3CHVp

AirAsia ungguli kategori syarikat penerbangan tambang rendah di World Travel Awards 2023

AirAsia melabuhkan tirai pada tahun ini dengan dengan mengungguli kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia di anugerah World Travel Awards (WTA) Grand Final 2023.

AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-11 dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut.

AirAsia X (AAX) juga turut mencatat kejayaan dengan merangkul anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terkemuka Dunia dalam pencalonan pertamanya. Ini sekaligus membuktikan kejayaan pemulihan dan pertumbuhan berterusan oleh AAX selepas menggantung operasinya selama dua tahun dalam tempoh pandemik.

AirAsia diiktiraf sebagai pemenang dalam kategori syarikat penerbangan tambang rendah mengatasi 15 syarikat penerbangan lain selepas memperoleh undian tertinggi daripada pemain industri, pengguna dan pengembara profesional dari seluruh dunia.

Anugerah ini selari dengan kejayaan pada bulan September lalu di mana AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia di majlis anugerah World Travel Awards Asia dan Oceania.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata: “Sempena ulang tahun AirAsia ke-22 pada bulan ini sebagai syarikat penerbangan yang telah mendemokrasikan perjalanan udara di seluruh rantau ini, anugerah-anugerah ini melambangkan dedikasi dan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan untuk menghubungkan para tetamu dengan tambang terbaik.

Pencapaian ini juga adalah bukti usaha Allstars yang sentiasa memastikan para tetamu kami menikmati pengalaman perjalanan lancar bersama-sama AirAsia. Kami memahami tanggungjawab sebagai pemain industri terkemuka adalah lebih besar dan kami berazam untuk terus meningkatkan perkhidmatan, meluaskan rangkaian, dan memacu inovasi supaya kami dapat menyediakan pengalaman perjalanan lebih baik pada tahun 2024 dan seterusnya.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata: “Tahun ini menandakan tempoh yang gemilang bagi AAX dalam tempoh 16 tahun kami beroperasi. Kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan para tetamu setia yang telah memilih untuk terbang bersama-sama AAX ke destinasi jarak sederhana dan jauh mereka.

Anugerah ini adalah adalah bukti kejayaan AAX sejak kami kembali beroperasi pada bulan Mac 2022 selepas pandemik dan merupakan hasil kerja keras dan dedikasi seluruh pasukan AAX. Kami yakin dan berazam untuk terus menghubungkan para tetamu dengan destinasi jarak sederhana dan jauh terkemuka dengan nilai hebat pada tahun-tahun akan datang.”

Post Menarik