Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara mengumumkan bahawa perkhidmatan pemenuhan bersepadu sepenuhnya, Pos Fulfill, telah menyokong kemasukan syarikat berasaskan makanan dan minuman dari Thailand, Rocks PC Co. Ltd. ke pasaran Malaysia untuk perniagaan runcit Potato Corner mereka.

Rohit Gunavanthe, Ketua Pos Fulfill, Pos Malaysia berkata, “Pos Fulfill dengan sukacitanya
memudahkan kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Malaysia, melalui syarikat
tempatannya, Rocks Foods Sdn. Bhd.

“Kami berada di landasan yang baik dengan perkhidmatan pemenuhan dan penghantaran kami untuk menyokong pelancaran dan strategi pertumbuhan Potato Corner di seluruh negara.

“Kerjasama ini menekankan keupayaan Pos Fulfill dalam menyampaikan penyelesaian penuh rantaian bekalan yang komprehensif kepada perniagaan
yang mencari peluang pertumbuhan di Malaysia,” katanya.

Pos Fulfill ialah perkhidmatan pemenuhan bersepadu yang khusus dalam pergudangan dan
pemenuhan pesanan untuk perniagaan B2B dan B2C, memastikan produk pelanggan disimpan dengan selamat dan teratur, dihantar tepat pada waktunya dan dihantar kepada rakan penghantar yang ditetapkan untuk memenuhi permintaan pasaran melalui kebolehlihatan sistem.

Sebagai penyedia penyelesaian setempat, Pos Fulfill mengaitkan semua perkhidmatan Pos
Malaysia yang lain termasuk kargo batuan terakhir, pos antarabangsa, penghantaran ke kedai, penghantaran lintas sempadan, dan menyediakan penyelesaian holistik untuk perniagaan yang mementingkan kecekapan, kestabilan dan kebolehpercayaan dalam operasi logistik mereka.

Pada masa ini, Pos Fulfill mengendalikan lebih daripada 200,000 kaki persegi ruang gudang di Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, dan Kota Kinabalu.