Utama Blog Halaman 281

Penduduk Teruja Sertai Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma

Seramai kira-kira 50 penduduk Jalan Pahlawan 22/4 – 46/3, Seskyen 3, Bandar Mahkota Cheras, Selangor menyertai Program Keselamatan Komuniti Bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diadakan di Jalan 22/4 pada Sabtu, 4 November 2023 lalu.

Program yang julung kali diadakan itu dirasmikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Lim Kim Eng yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong Kian Yong dan mendapat kerjasama baik serta sokongan daripada doktor, jururawat dan kakitangan Pejabat Kesihatan Batu 9, Hulu Langat yang hadir menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk.

Ahli MPKJ, Lim Kim Eng berkata, pihaknya mengucapkan syabas kepada ahli persatuan penduduk yang berjaya menganjurkan program ini kerana ia memberi manfaat kepada penduduk di taman ini untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Semua penduduk harus mengambil peluang menyertai program ini kerana pemeriksaan kesihatan diadakan secara percuma oleh doktor dan jururawat dari KKM.

“Bagaimanapun, saya mencadangkan agar program ini diperluaskan kepada penduduk berhampiran taman lain kerana adalah tidak mudah untuk membawa kakitangan KKM menjalankan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

“Pihak penganjur harus menggunakan pelbagai platform untuk menghebahkan program ini kepada orang ramai agar lebih ramai penduduk dapat menyertainya. Saya juga mencadangkan mungkin boleh diadakan program cabutan bertuah bagi menggalakkan lebih ramai penduduk sekitar menyertainya,” katanya ketika berucap merasmikan program ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Pahlawan, Bandar Mahkota Cheras, Peter Loo Chen; wakil Pejabat Kesihatan Batu 9, Hulu Langat, Doktor Razimah Abdul Razak dan penceramah pemakanan, Acmarina Nur Salwani Muhammad Dalib.

Sementara itu, Kim Eng turut mengumumkan sumbangan oleh ADUN Kajang sebanyak RM2,000 kepada pihak persatuan penduduk bagi melaksanakan program lain pada masa depan.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program bersama KKM termasuk pemeriksaan berat badan, tinggi, ujian kadar gula dalam darah, tekanan darah dan nasihat kesihatan oleh Dr Razimah Abdul Razak.

Selain itu, penduduk yang hadir juga berpeluang mendengar ceramah pemakanan dan nutrisi oleh pakar pemakanan, Acmarina Nur Salwani yang menjelaskan lebih lanjut jenis dan saiz sajian yang disarankan mengikut keperluan kalori seseorang individu.

Beliau turut memberikan contoh-contoh sajian nasi, mi, roti, bijiran dan produk bijiran mengikut kaedah Pinggan Sihat Malaysia iaitu perancangan makan seharian yang seimbang yang mana makanan harus rendah lemak, gula dan garam selaras dengan Panduan Diet Malaysia 2010.

Penduduk yang hadir kemudian turut dijamukan dengan sarapan pagi dan pek makanan tengahari diberikan secara percuma.

Sementara itu, salah seorang penduduk yang ditemui berasa bertuah kerana dapat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mengetahui jenis makanan yang sepatutnya yang diambil setiap hari.

“Selama ini, saya tidak mementingkan jenis makanan yang diambil dan selepas menyertai program ini saya akan cuba mengikuti panduan makanan seharian yang seimbang,” katanya lagi.

MINI Malaysia Pertaruhkan MINI Clubman Final Edition – Terhad 20 Unit Sahaja

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Clubman Final Edition untuk pasaran tempatan.

Dengan hanya 1,969 unit disediakan di seluruh dunia, MINI Clubman Final Edition menyingkap tahun jentera legenda MINI Clubman dilahirkan, menyulam unsur tradisi jenama ini dengan elemen-elemen rekaan eksklusif serta ciri pemanduan yang kukuh.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, ‘Dekad demi dekad, MINI
Clubman terus menjadi simbol kepada seni reka kereta yang bersifat abadi dan juga prestasi pemanduan yang mengagumkan.

Kami berasa amat teruja untuk merungkaikan MINI Clubman Final Edition di Malaysia, kerana ia membolehkan kita untuk bukan sahaja memberi penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman yang begitu kaya, tapi juga kepada komuniti para peminat MINI yang kian berkembang dan terus menjadi tunjang kepada kejayaan jenama ini. Satu
penghormatan yang layak diberikan, kini hadir untuk alaf yang baharu, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol individualiti yang versatil.”

Terhad kepada 20 unit sahaja di Malaysia, MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan reka bentuk yang kemas lagi praktikal, ia meraikan tahun jentera Clubman dibina buat pertama kali pada 1969, dengan bahan-bahan yang diperhalus di samping aneka dekorasi serba eksklusif dalam bentuk aksen Shimmer Copper.

Ruang interior yang luas serta pintu but terbahagi yang unik menggandingkan ciri-ciri kefungsian dengan teknologi automotif yang canggih bagi menaik taraf prestasi kenderaan tersebut, justeru merealisasikan pengalaman pemanduan alaf baharu sambil terus berpegang kepada tarikan yang mendefinisikan jentera Clubman klasik.

MINI Clubman Final Edition didatangkan bersama Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun oleh MINI berserta Servis Berjadual Percuma. Harga runcit yang disyorkan berserta SST (atas jalan, tanpa insurans) ialah:

MINI Clubman Final Edition RM 318,888.00

OCBC BANK DAN IJM LAND METERAI KERJASAMA PROMOSI PEMILIKAN KEDIAMAN HIJAU

OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) dan IJM Land Berhad (IJM Land) menjalin perkongsian strategik bagi menawarkan skim pembiayaan pemilikan kediaman hijau, program ganjaran berorientasikan ESG untuk mempromosikan kehidupan lestari.

Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai telah dihadiri wakil kedua-dua
pihak. Kolaborasi antara OCBC Bank dan IJM Land membuka ruang kepada bakal pembeli
melabur atau membeli hartanah diperakui hijau yang dibangunkan IJM, keputusan yang
mementingkan alam sekitar sambil mengurangkan jejak karbon dan kos pemilikan.

Peranan OCBC Bank sebagai bank asing pertama yang menjalinkan kerjasama dengan IJM Land adalah menawarkan pakej pembiayaan yang memberi ganjaran kepada amalan lestari, satu pendekatan holistiknya ke atas hartanah kediaman hijau.

Skim Pembiayaan Kediaman Hijau OCBC direka dengan unik untuk pembeli rumah mesra
alam IJM Land, selain menawarkan kadar pembiayaan yang kompetitif dan pemprosesan
pantas selepas permohonan diluluskan.

Menurut Datuk Wong Tuck Wai, Ketua Pegawai Eksekutif IJM Land, aspek mesra alam dan
kelestarian dilihat bukan hanya aspirasi masa depan, sebaliknya keperluan masa kini, di
mana ia menjadi tunggak utama dalam pembentukan konsep dan reka bentuk projek
pembangunannya.

“Dalam usaha berterusan kami untuk menggabungkan Semua projek pembangunan kami
dengan reka bentuk mampan, setiap projek kediaman yang dibangunkan IJM Land wajib
mendapat persijilan hijau.

“Komitmen teras kami terhadap kelestarian ialah mencapai sasaran pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, dengan matlamat ini turut dikongsi bersama dengan rakan pembiayaan kediaman kami, OCBC Bank.

“Komitmen ini mendorong kami kepada tindakan konkrit, sokongan kukuh untuk memperkasakan kehidupan penghuni hartanah IJM semasa dan masa hadapan.

“Kerjasama ini menawarkan kadar pembiayaan menggalakkan di mana ia membolehkan
individu atau keluarga memilih aspek kelestarian dalam pemilikan hartanah hijau kami.

Menerusi sinergi ini, OCBC Bank dan IJM Land secara bersama mewujudkan pilihan pemilikan kediaman hijau, sekali gus dapat menjadi contoh dan menerajui perubahan dalam sektor hartanah dan kewangan.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, IJM Land akan bekerjasama rapat dengan OCBC Bank untuk mempergiatkan lagi promosi kehidupan lestari menerusi penawaran hartanah yang diperakui hijau yang dibangunkan kami.

“Matlamat bersama kami menerusi inisiatif hijau yang penting dan berkesan ini adalah untuk mencetuskan inspirasi dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemilik kediaman ke arah hala tuju kelestarian peribadi mereka. Ia memberi tumpuan terhadap maklum balas ekologi pantas yang memberi impak positif kepada penghuni dan alam sekitar,” katanya.

Subang Parade komited pastikan keselamatan pengunjung dan penyewa selepas banjir kilat

Subang Parade kini giat menguruskan kesan banjir kilat yang di luar jangkaan akibat hujan lebat semalam.

Pihak pengurusan pusat membeli-belah itu sedang bekerja keras menjalankan usaha bantuan banjir dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerjanya dalam tempoh yang mencabar ini.

Banjir kilat akibat hujan lebat itu berlaku semalam iaitu kira-kira jam 5 petang dan menjejaskan bahagian tingkat bawah dan tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu.

Walaupun tiada sebarang laporan kecederaan, Subang Parade telah mengalami kerosakan di beberapa bahagian, termasuk stor, kawasan umum dan kemudahan parkirnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Property Services Sdn. Bhd. (Pengurus Harta Hektar REIT), Aldela Puspa Nordin berkata pihaknya komited untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka.

“Pasukan kami giat berusaha mengurangkan sebarang gangguan perniagaan dan mempercepatkan proses membaik pulih pusat beli-belah untuk kemudahan semua.

“Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, untuk siasatan dan langkah mencegah berulangnya peristiwa yang tidak diingini seperti ini di masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah Subang Parade sudah beroperasi kembali seperti biasa pada hari ini.

Subang Parade merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan masyarakat atas sokongan mereka dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat atas tindak balas pantas dan segera.

Aldela berkata, Subang Parade kini beroperasi seperti biasa selepas pekerja dan krew pembersihan membersihkan kawasan yang dilanda banjir manakala tingkat bawah, yang terjejas teruk, akan beroperasi sepenuhnya esok.

“Kami akan terus menyalurkan maklumat terkini mengenai situasi itu melalui platform media sosialnya,” katanya lagi.

Proton Dan Gentari Lancar Pengecas DC Di Proton COE

Roslan Abdullah, Deputy CEO of PROTON (Right) officiates the new DC Charger accompanied by En Haikal Zubir, Chief Operating Officer of Gentari Green Mobility

Pengeluar kereta nasional PROTON, dengan kerjasama syarikat solusi tenaga bersih Gentari Sdn Bhd, memperkenalkan pengecas pantas DC 100 kW di ibu pejabat Centre of Excellence (CoE) mereka di lebuh raya KESAS.

Pengecas dinamik, yang dipasang oleh anak syarikat milik penuh Gentari, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, di tempatkan di kawasan letak kereta pelanggan untuk bilik pameran Proton Crystal, menawarkan akses kepada semua pengguna EV, tanpa mengira jenama.

“Dengan kemasukan kami ke pasaran kenderaan elektrik (EV) melalui smart Malaysia tidak lama lagi, inilah masanya bagi PROTON untuk mengambil langkah seterusnya ke dalam segmen yang berkembang pesat ini.

“Kami bersyukur kerana mempunyai rakan kongsi yang dinamik seperti Gentari, yang telah memasang pengecas DC pertama di tapak ibu pejabat kami dan berharap lebih banyak kerjasama sedemikian pada masa hadapan, dalam rangkaian pengedar kami,” kata Roslan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON .

“Kami sangat teruja untuk mengambil langkah seterusnya dalam perkongsian strategik kami dengan Proton dengan pelancaran rangkaian kemudahan pengecasan untuk menyokong kemasukan mereka ke dalam pasaran EV Malaysia.

“Bersama Proton, pembuat kereta nasional yang berfikiran sama, usaha gabungan kami boleh mempercepatkan lagi pergerakan mobiliti hijau, meletakkan Malaysia di landasan yang betul dalam perjalanan peralihan tenaganya. Nantikan lebih banyak inisiatif yang dihasilkan daripada perkongsian kukuh ini.,” kata Shah Yang Razalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif, Gentari Green Mobility.

Sejak pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Gentari dan anak syarikat tenaga baharu PROTON, PRO-NET pada 12 Oktober 2022, kedua-dua syarikat telah meneroka pelbagai penyelesaian untuk memperkukuhkan rangkaian pengecasan di Malaysia.

Ini termasuk kerjasama antara Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Proton Global Services dan rakan kongsi lain untuk membangunkan bukti konsep bagi penyelesaian pengecasan EV mudah alih menggunakan Proton Exora.

Tiga unit konsep itu sedang diuji, dengan setiap pengecas menawarkan 30 kW kuasa pengecasan. Kajian pengguna yang berterusan sedang dijalankan untuk menilai permintaan untuk konsep inovatif ini.

Cat is the New Charm

The second design in the Touch ‘n Go Furry Series is sure to charm cat lovers

There is a new charm in the Touch ‘n Go Furry Series! The charm is inspired by the orange-coloured tabby cat, whose mischievous character has endeared itself in the hearts of Malaysians, earning it the affectionate “Oyen” nickname.

The charm is equipped with NFC technology, allowing users to reload their balance
easily through their Touch ‘n Go eWallet via an NFC-enabled mobile phone, anytime,
anywhere.

Beyond payments for toll and transit, the charm can be conveniently used for cashless
payments at more than 1,500 Touch ‘n Go-enabled parking sites nationwide.
The cat charm also allows more personalisation for customers as it can be hooked onto
any bag or wallet as a decorative accessory. This limited edition collectible charm is
priced at RM30.00 each and is available for purchase at Touch ‘n Go Service and Sales
Centres in NU Sentral and Bangsar South from 31 st October 2023.

Customers can also purchase the charm online from the Touch ‘n Go Official Shopee Mall.

Beli iPhone 15 dengan pelan Pascabayar Maxis menang penginapan hotel dan jamuan di restoran terkenal

Maxis memberikan ganjaran penginapan hotel eksklusif dan pengalaman menjamu selera di restoran berbintang Michelin kepada pelanggan yang membeli iPhone 15 terbaharu dengan pelan Pascabayar Maxis dengan 5G dari 30 Oktober hingga 30 November 2023.

Sepanjang kempen lima minggu ini, 8 pemenang akan dipilih setiap minggu, dengan jumlah seramai 40 pemenang. Pemenang akan menerima pengalaman yang ditanggung
sepenuhnya oleh Maxis, termasuk penginapan 1 malam di Hotel Stripes Kuala Lumpur dan
makan malam di restoran terkenal berbintang Michelin, Dewakan.

Pelanggan sedia ada dan baharu yang membeli mana-mana model iPhone 15 dengan Pelan Maxis yang layak daripada Maxis semasa tempoh kempen akan secara automatik layak mendapat peluang untuk menang.

“Kami ingin menunjukkan penghargaan kami kepada pelanggan kami dengan memberikan
mereka ganjaran melalui pengalaman staycation yang menyeronokkan dan pengalaman
gastronomi yang tidak dapat dilupakan. Pelan Pascabayar Maxis kini dengan 5G, akan
membolehkan pelanggan kami kekal berhubung sepanjang masa dan menikmati
sambungan yang lancar pada iPhone 15 terkini,” kata Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis.

Untuk memiliki iPhone 15 terbaharu, pelanggan Maxis mempunyai fleksibiliti pelan ansuran
sehingga 36 bulan. Layari laman web Maxis untuk butiran harga dan pelan.

Shamir Kumar Nandy Bestowed With Lifetime Achievement Award – Extraordinary Leadership of the Year

During the 10th Anniversary McMillan Woods Global Awards, held at the Shangri-La Hotel, Executive Chairman of GV Corporate Advisory, Datuk Sri Dr. Shamir Kumar Nandy was bestowed with the Lifetime Achievement Award for Extraordinary Leadership of the Year.

This prestigious accolade is presented to individuals who have made exceptional contributions to their respective industries, leaving a lasting impact on the global economy. It serves as a testament to their unwavering dedication, hard work, and visionary leadership.

Throughout a distinguished career spanning over three decades across diverse industries and business sectors, his vision and extensive experience in structured and alternative finance have played a pivotal role in driving global growth and recognition.

His contributions have led to the establishment of diversified business entities and economic opportunities. Notable recipients of the McMillan Woods Global Awards in previous years include figures such as Georgina Hope Rinehart, Executive Chairman of Hancock Prospecting, and Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin, a renowned singer, actress, and entrepreneur.

International movie stars like Jackie Chan, Ron Ng, and Tavia Yeung have graced the awards ceremony in past editions.

About Datuk Sri Dr. Shamir Kumar Nandy

Datuk Sri Dr. Shamir is a distinguished entrepreneur known for his innovative and disruptive approach to business. His ventures encompass a wide array of sectors, including asset management, property development, legal and financial services, and innovative investment structuring.

He is renowned for his exceptional business acumen, demonstrating unwavering determination and an innate ability to identify opportunities and synergies that drive value creation for his conglomerate and esteemed partners. His expertise in structured and alternative finance has been a key driver behind the global expansion and recognition of his diverse business ventures

He holds full licensure from the Financial Conduct Authority (FCA) of the United Kingdom and previously led Moncial Limited, a UK-based FCA-licensed financial services firm. Datuk Sri Dr. Shamir brings together over a century of collective experience spanning diverse
economic domains. His leadership shines as a beacon, guiding the way toward innovative
growth and enduring success.

Teleport and VietJetAir Cargo inks MoU to strengthen supply chain linkage in Southeast Asia

Middle: Francis Antony, Group Head of Cargo for Teleport & Nelson Wu, Managing Director of VietJetAir Cargo : Teleport and VietJetAir Cargo finalise MoU and exchange aircraft models, marking the start of a collaborative partnership.

Teleport, the leading air logistics player in Southeast Asia, is pleased to announce a new partnership with VietJetAirCargo.

Both companies signed a Memorandum of Understanding (MoU) at the Air Cargo Southeast Asia 2023 event in Singapore today.

This partnership enables Teleport and VietJetAir Cargo to mutually extend its network, combining Teleport’s largest Southeast Asia air cargo network of over 80 destinations with VietJet’s global flight network.

Francis Antony, Cargo Group Head of Teleportsays, “Our partnership with VietJetAir Cargo is timely as Vietnam is clearly growing to be a key market in Southeast Asia, with increasing manufacturing lines shifting to the country in recent years, contributing to more than 20% to the country’s GDP in 2022.

VietJetAIr Cargo will be able to leverage on our freighter capacity and we are able to move goods across key lanes such as Kuala Lumpur to Vietnam. Together, we will bolster economic connectivity between Vietnam and the region, ensuring seamless connectivity and enhanced services for both our customers.”

Nelson Wu, Vietjet Air Cargo Managing Director says, “Our global supply chain capabilities will be extensively bolstered following Teleport’s partnership. We will be able to serve businesses in diversified areas and at quicker speeds, providing comprehensive logistics solutions to our customers worldwide.

This especially empowers our businesses in Southeast Asia to engage in global trade with greater ease and confidence in the coming time.”

HONOR X9b 5G Peranti Tahan Lasak, Jangka Hayat Bateri Lama – Reviu Gajet

HONOR, pengeluar telefon pintar terkemuka dari China memperkenalkan peranti terbaharunya HONOR X9b 5G dengan mempertaruhkan ciri-ciri lasak bertemakan “Tahan Lasak Semua Sudut”.

Sememangnya HONOR benar-benar membuktikan peranti itu cukup tahan lasak apabila dianugerahkan sebagai telefon pintar pertama dunia memperoleh pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai telefon pintar paling tahan lasak sehingga hari ini.

HONOR juga menjadi peranti pertama yang menyediakan perlindungan penggantian skrin 180 hari namun kualiti peranti ini atas kertas menunjukkan tahap penggantian adalah kira-kira 0.64 peratus sekali gus membuktikan produk ini berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, HONOR memberikan jaminan penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari bagi HONOR X9b yang merupakan peranti pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

HONOR berbuat demikian kerana kos pembaikan telefon pintar kini semakin meningkat dan pengguna terpaksa membayar pada harga yang tinggi.

Apa yang menarik dengan model terbaharu ini? Paling jelas ciri kamera utama dengan sensor 108 megapiksel (MP) dan kamera swafoto 16MP serta bateri berkapasiti 5800mAh yang dianggap cukup besar diberikan kepada setiap media yang terpilih menerima peranti ujian ini.

SKRIN

Peranti ini hadir dengan skrin melengkung 6.78-inci AMOLED Curved dengan resolusi 2652×1200 piksel dan 1.07 bilion warna turut menyokong kadar segar semula 120Hz, boleh memainkan kandungan HDR10+ di Netflix dan Prime Video.

Atas kertas, peranti ini juga memiliki ciri untuk keselesaan mata iaitu pengiktirafan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland, menyokong suhu warna dan mod malam Circadian serta ciri Dynamic Dimming.

Melihat kepada paparan warna, skrin HONOR X9b cukup cantik dan jelas dengan tahap kecerahan amat memuaskan sekali gus meletakkan peranti ini sebaris dengan peranti kelas pertengahan lain.

Malah ketika menggunakan peranti ini di bawah cahaya matahari terik juga tidak akan menimbulkan masalah dan kawalan manual tahap kecerahan boleh mencapai sehingga 1200 nits.

REKAAN LUARAN

HONOR X9b hadir dengan rekaan simitrikal yang nipis dengan saiz 163.6 mm (panjang) X 75.5mm (lebar) X 7.98mm (dimensi) dan berat hanya 185gram termasuk bateri.

Peranti ini hadir dengan rekaan skrin melengkung yang tampil lebih eksklusif dan premium manakala butang bezel tidak terlalu tebal dan ringkas. Peranti ini juga cukup selesa digenggam dan disimpan kemas dalam kocek seluar atau dompet wanita.

Melihat kepada rekaan belakang pula, ciri rekaan kameranya agak unik dengan bulatan besar jelas kelihatan dan menerima penarafan IP53 iaitu perlindungan habuk serta air.

Apa yang menarik ialah permukaan badan peranti pada panel belakang itu pula kusam sekali gus mengurangkan kesan cap jari dan habuk namun selesa digengam.

Di atas peranti pula terdapat lubang mikrofon, satu lagi lubang sama di bahagian bawah bersama-sama dengan kekisi speaker, slot kad SIM dan port USB-C. Sisi kanan peranti dilengkapi dengan semua butang kuasa dan butang laras suara sementara tiada apa-apa di sisi kiri.

HONOR X9b menawarkan tiga pilihan warna di Malaysia iaitu Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black.

KAMERA

HONOR X9b dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 108MP Ultra-Jelas kamera, f/1.75, sudut lebar + 5MP, f/2.2, sudut ultra lebar/makro + 2MP, f/2.4, sensor kedalaman dan kamera swafoto 16MP.

Aplikasi kamera turut dilengkapi dengan banyak ciri AI baharu seperti AI Vlog Assistant, AI Video Quality Enhancement, menyokong mod HDR tersendiri, ciri gambar mod resolusi tinggi dan banyak lagi ciri menarik termasuk pengurangan bunyi bising video.

Menggunakan mod malam juga menghasilkan gambar yang cantik dengan tahap kecerahan warna lebih jitu meskipun zum digital digunakan.

Untuk itu, penulis yang kebetulan berada di Langkawi terus menguji peranti ini dengan pelbagai mod dan hasilnya memang menakjubkan. Lihatlah di bawah ini hasil-hasil gambar yang dirakam menggunakan peranti HONOR X9b ini.

BATERi

Peranti ini dibekalkan dengan bateri sebesar 5800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge. Dengan sekali cas, peranti ini boleh bertahan selama tiga hari iaitu 12 jam untuk bermain game atau 22 jam meneroka media sosial.

Pengecasan adalah melalui kabel USB-A ke USB-C yang mana kedua-dua kabel dan palam pengecas disediakan di dalam kotak.

Atas kertas, jangka hayat peranti ini mampu bertahan selama tiga hari sekali gus sesuai untuk apa jua aktiviti dilakukan khususnya mereka yang tegar dengan media sosial. Maka tidak hairanlah peranti ini menerima pengiktirafan label Emas dari DXOMARK.

Selain itu, jangka hayat bateri ini lebih lama apabila mampu bertahan pada tahap 80 peratus kapasiti meskipun sudah dicas selama 1,000 kali.

Tidak ketinggalan, HONOR X9b dipadankan dengan cip prosesor Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm), Adreno GPU yang mana 40 peratus lebih pantas berbanding model setaranya serta pilihan memori pula mencapai 20GB RAM (12+8GB) dan storan dalaman 256GB.

Bagaimanapun, harga bagi peranti ini masih belum diumumkan, namun penuiis menjangkakan ia bakal ditawarkan pada harga sekitar RM2,000.

5 fakta menarik HONOR X9b Tahan Lasak Semua Sudut:

1.) Ketahanan Peranti 360°:
Dengan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR, HONOR X9b mempunyai rintangan jatuh keliling, melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

2.) Perlindungan 3 Peringkat:
HONOR X9b memiliki struktur tiga lapisan pengukuhan separa skrin, perlindungan mampan sekitar disekeliling skrin, dan perlindungan kedap dalam fiuslaj, bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman demi perlindungan yang tiada tandingan.

3.) Bahan Kusyen Canggih:

HONOR X9b tampil dengan bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuh sehingga 1.2 kali, memastikan peranti anda tetap selamat walau ketika situasi mencabar.

4.) Ketahanan Diiktiraf SGS:
HONOR X9b dengan bangganya memegang takhta sebagai yang pertama dunia mendapat pensijilan 5 bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland.

5.) Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari:

HONOR X9b merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

Spesifikasi HONOR X9b 5G:

  • 6.78″ AMOLED Curved Display, 2652×1200, 120Hz
  • Snapdragon 6 Gen 1 (4nm)
  • Magic OS 7.2, Android 13
  • Saiz 163.6mm x 75.5mm x 7.98 mm
  • Memori 20 GB
  • Storan 256GB
  • Bateri 5800mAh Fast Charging 35W
  • CPU Octa-Core 4 x A78 *2.2 GHz + 4xA55* 1.8GHz
  • GPU Qualcomm Adreno
  • Kamera belakang: 108MP Ultra Clear Camera, f/1.75, sudut lebar 5MP, f/2.2, sudut ultra lebar/makro 2MP, f/2.4, sensor kedalaman
  • Kamera depan: 16MP, f/2.4
  • Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
  • Warna: Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black
  • Harga: RM1,499

Post Menarik