IJM Land melancarkan projek terbaharunya, Fasa 1 Ridge View @ Puchong, sebuah
pembangunan kediaman utama di puncak bukit yang menawarkan kehidupan mewah dengan daya tarikan persekitaran semula jadi.

Ridge View @ Puchong merupakan pembangunan kediaman perdana merangkumi enam fasa pembinaan dengan menawarkan 110 unit Link Villas Dua Tingkat dan 82 unit Banglo Tiga Tingkat.

Pembangunan kediaman ini terletak secara strategik berhampiran Hutan Simpan Ayer Hitam dan laluan pendakian Wawasan Hill Trail, lokasi sempurna untuk berjoging, mendaki atau hanya bersiar-siar. Pembangunan ini direka untuk menawarkan pengalaman hidup yang harmoni, dikelilingi kehijauan yang penuh subur.

Memulakan gaya hidup yang eksklusif, IJM Land dengan bangganya melancarkan pembangunan Fasa 1 Ridge View @ Puchong yang ditawarkan hanya 35 unit eksklusif Link
Villas Dua Tingkat dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dianggarkan berjumlah RM52,661,000.

Pelancaran pembangunan ini menetapkan penanda aras baharu dalam aspek kehidupan mewah, sekali gus menunjukkan komitmen IJM Land dalam mewujudkan kediaman hijau, sambil menyediakan kemudahan penuh moden. Bermula RM 1,288,800 dan ke atas,
Ridge View @ Puchong menawarkan nilai tinggi serta peluang untuk menikmati kehidupan
mewah di tengah-tengah persekitaran cukup harmoni.

GEMA KEMEWAHAN

Dalam perbandaran Puchong yang penuh kesibukan, Ridge View @ Puchong dilihat berdiri
sebagai mercu pembangunan yang luar biasa di tengah-tengah perbandaran pesat, selain
menawarkan peluang untuk anda lari dari kesibukan di Puchong atau lebih meluaskan lagi di Lembah Klang.

Sebagai salah satu perbandaran paling pesat berkembang dan paling sibuk di Selangor, permintaan bagi kediaman dan ruang komersial di sini melonjak disebabkan pelbagai faktor antaranya akses kepada kemudahan, selain berdekatan dengan kawasan bandar utama.

Terletak pada ketinggian 152 meter di atas paras laut, Ridge View @ Puchong menawarkan
sudut pandang eksklusif dengan pemandangan panoramik daerah Puchong yang lebih luas,
sambil mengekalkan elemennya sebagai ‘syurga’ yang terpencil dan terlindung.

Mendapat inspirasi daripada konsep “Terrace Garden” Ridge View @ Puchong secara visualnya dilihat sebagai sebuah kawasan subur menghijau menarik yang menyediakan pemiliknya ruang kediaman di dataran tinggi, selain menawarkan kehidupan menenangkan yang dikelilingi alamsemula jadi dan pemandangan landskap hijau yang segar.

“Khalayak utama Ridge View @ Puchong termasuk mereka yang dikategorikan sebagai pemilik yang bijak yang ingin meningkatkan gaya hidup mereka dan individu yang meletakkan keutamaan alam semula jadi sebagai elemen penting dalam kehidupan,” kata Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.

“Gabungan estetika, kefungsian dan manfaat alam sekitar meletakkan Ridge View sebagai pilihan yang hebat. Ia memenuhi keperluan mereka yang memiliki matlamat untuk mengoptimumkan ruang dalam persekitaran hidup yang harmoni dan lestari.”

Ridge View @ Puchong diinspirasikan daripada istana bersejarah yang terletak secara strategik di kawasan bertingkat. Tafsiran moden ini memberi gambaran jelas terhadap elemen kepimpinan yang bermatlamat, sekali gus mengingatkan kita tentang lokasi istana purba yang dibina secara strategik di kawasan yang lebih tinggi untuk memberi penekanan kepada aspek pertahanan.

Fasa 1 yang menawarkan tiga jenis unit berbeza (E, F & G), dijadualkan siap menjelang suku kedua 2027. Vila ala resort Jenis E (3,213 – 3,313 kaki persegi) yang luas, Jenis F (2,530– 2,806 kaki persegi) dan Jenis G (2,123 – 2,281 kaki persegi) menawarkan pelbagai pilihan kepada pembeli yang memiliki gaya hidup yang pelbagai.

Perlu diberi perhatian ialah unit Jenis E yang tampil dengan ruang lebih luas dan laluan menuruni bukit yang lebih besar, hasil penggunaan paras pembahagi untuk meningkatkan pemisahan ruang.

Aras bawah tanah yang lebih rendah di bahagian belakang turut menyediakan ruang serba guna dengan pemandangan yang menawan di pinggir Ridge View.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini