Aplikasi mudah alih Hotlink telah baru-baru ini memenangi anugerah berprestij antarabangsa iF Design Award 2024 dalam kategori Pengalaman Pengguna (UX).
Maxis merupakan syarikat tunggal di Malaysia dan Asia Tenggara yang telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori tersebut. iF Design Award merupakan pertandingan reka bentuk antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun oleh iF International Forum Design GmbH, sebuah organisasi reka bentuk bebas yang paling lama ditubuhkan pada peringkat global, berasal dari Hannover, Jerman.
Aplikasi mudah alih Hotlink telah dipilih sebagai salah satu pemenang dalam kategori UX daripada 11,000 penyertaan dari lebih 72 negara oleh sebuah panel yang terdiri daripada 132 pakar reka bentuk global yang tersohor.
Aplikasi Hotlink menyediakan antara muka mesra pelanggan yang mentransformasikan
pengalaman telekomunikasi, dengan pelbagai pilihan dan perkhidmatan seperti penukaran
pelan yang tersusun secara intuitif dan jelas.
Ia juga menawarkan ciri nilai tambah seperti tawaran harian dan ganjaran peniaga yang diperibadikan, serta memudahkan fungsi seperti pengendalian kredit, internet mudah alih, pembayaran bil dan program ganjaran melalui antara muka aplikasi tersebut.
Majoriti daripada 7 juta pelanggan Hotlink menggunakan aplikasi tersebut untuk
menguruskan akaun prabayar dan pascabayar mudah alih mereka, turut menikmati ganjaran daripada lebih 100 rakan kongsi di Malaysia.