Utama Blog Halaman 267

Samsung Melabur Dalam Tenaga Kerja Masa Depan Malaysia Dengan Perkongsian Pendidikan Baru

Samsung Malaysia Electronics dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meterai kerjasama bagi melancarkan program yang akan mentransformasikan pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran di Malaysia. Inisiatif ini, dengan kerjasama Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, bertujuan untuk menyepadukan kepakaran dan pengetahuan teknikal
termaju Samsung ke dalam sukatan pelajaran pendidikan, menangani keperluan industri yang kritikal dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya.

“Kerjasama antara Samsung, MOHE dan PUO ini adalah bukti komitmen bersama kami untuk memupuk tenaga kerja yang cekap dan mahir yang akan memacu kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi Malaysia,” kata Denny Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Dengan melengkapkan graduan-graduan dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri, kami memastikan mereka bersedia untuk memenuhi permintaan tenaga kerja masa depan.

Program kerjasama didorong oleh empat objektif utama:
• Memupuk Peluang Perniagaan: Untuk mewujudkan sinergi perniagaan yang kukuh antara Samsung dan KPT, membuka jalan untuk kerjasama dan perkongsian masa hadapan.
• Memupuk Graduan Berkemahiran: Untuk menangani permintaan yang semakin meningkat untuk graduan mahir dalam sektor perkhidmatan selepas jualan, melengkapkan mereka dengan kecekapan yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri.
• Meningkatkan Kesedaran Perkhidmatan dan Penjenamaan: Untuk meningkatkan reputasi perkhidmatan selepas jualan Samsung dengan melahirkan graduan terlatih yang boleh
memberikan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

• Menggalakkan Pekerjaan: Untuk menggalakkan graduan mengejar peluang pekerjaan dengan Samsung memperkayakan lagi pengalaman praktikal mereka dan mengembangkan
prospek kerjaya mereka.

Skop produk dan sukatan pelajaran program kerjasama itu akan merangkumi produk elektronik pengguna Samsung – termasuk TV, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk.

Untuk memulakan inisiatif ini, Samsung akan menyediakan PUO dengan unit latihan, membolehkan pembelajaran praktikal dan pembangunan kemahiran praktikal untuk pelajar. Dengan objektif untuk mencapai kecemerlangan, Politeknik telah membangunkan pelan komprehensif menerusi sasaran yang akan dipantau secara berkala sepanjang tempoh tahun 2023 hingga 2030.

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memainkan peranan dalam memastikan keperluan tenaga kerja negara di kalangan separa professional dan eksekutif pertengahan dapat dipenuhi secara bersepadu mengikut kehendak industri.

Kerjasama ini adalah situasi menang-menang untuk semua pihak yang terlibat – Samsung mempunyai akses kepada kumpulan graduan mahir, KPT mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan pendidikan berkualiti, dan graduan PUO memperoleh pengalaman industri yang berharga, selain menyediakan peluang untuk 3,000 pekerja industri untuk mengambil bahagian dalam latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran sebagai titik permulaan untuk mempelajari bidang tertentu melalui kursus yang fleksibel dan mudah alih.

Ini mencerminkan visi bersama untuk membentuk masa depan tenaga kerja Malaysia.

Program latihan ini akan bermula pada Januari 2024, menandakan satu langkah penting ke arah meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan memperkasakan graduan dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri.

AirAsia Sokong FLYsiswa 2024, terbangkan pelajar pulang dengan tambang berpatutan ke 45 laluan

Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, AirAsia berbangga untuk terus menyokong program FLYsiswa yang diteruskan pada tahun depan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memberi peluang kepada pelajar terbang pulang ke kampung halaman dengan tambang berpatutan.

E-baucar AirAsia untuk program FLYsiswa boleh digunakan untuk membuat tempahan penerbangan ke 45 laluan di 10 destinasi antara Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu ke Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan Labuan. Ia juga  tersedia untuk tempahan penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Labuan.

Inisiatif ini bukan sahaja menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu untuk menawarkan tambang berpatutan dan rangkaian luas malah membolehkan para pelajar mendapat manfaat daripada ekosistemnya. Ini termasuk mata ganjaran airasia, tawaran dalam penerbangan dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Kami berbesar hati untuk terus menyokong inisiatif FLYsiswa ini yang dijangka akan memanfaatkan kira-kira 50,069 pelajar layak memohon yang berada di universiti awam di seluruh negara.

“Tahun ini, kami menerima lebih 23,000 pendaftaran daripada pelajar yang sah iaitu kira-kira 66% daripada 35,995 pelajar yang telah mengemukakan permohonan baucar tersebut, dan kami berbangga kerana AirAsia terus menjadi syarikat penerbangan pilihan.

“Pengumuman oleh Kementerian pada hari ini tepat pada masanya selari dengan usaha kami untuk mengaktifkan semula lebih banyak pesawat dalam beberapa bulan akan datang.

“Ini akan membolehkan kami meningkatkan kekerapan dan menawarkan tambang yang lebih rendah, seterusnya memberi manfaat kepada para pelajar. Kami mengalu-alukan lebih ramai pelajar untuk terbang pulang dengan kami dengan tambang berpatutan pada tahun hadapan.”

Kriteria kelayakan bagi program FLYsiswa ini ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Program ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di universiti awam di Malaysia.

Kelayakan termasuk pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan, belajar di Semenanjung Malaysia; pelajar dari Semenanjung Malaysia, belajar di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan; dan pelajar dari Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang belajar di wilayah masing-masing.

Proses permohonan E-baucar AirAsia boleh dibuat dalam beberapa langkah mudah dengan menekan butang ‘Tebus Sekarang’ di airasia.com/aa/flysiswa. Untuk proses penebusan, hanya masukkan nombor baucar pada halaman pembayaran untuk tempahan penerbangan.

Shell Malaysia Lancar Café Shell: Pengalaman Berbaloi untuk Dinikmati

Shell Malaysia dengan bangganya mengumumkan perasmian Shell Café hari ini, menawarkan pengalaman gastronomi unik yang berbaloi untuk para pengguna.

Nikmati kopi istimewa yang dihasilkan segar dengan pelbagai pilihan makanan menarik yang menyelerakan. Ini merupakan satu lagi pencapaian penting untuk Shell dengan komitmen untuk menawarkan pengalaman yang terbaik untuk setiap pelanggan.

Dibancuh segar di lokasi oleh barista kami yang terlatih, setiap tegukan kopi istimewa Shell Café pastinya menceriakan hari anda.

Seow Lee Ming, Pengurus Besar, Mobiliti, Shell Malaysia, menekankan bahawa Shell Café merupakan bukti kepada dedikasi Shell dalam menyesuaikan diri dengan pilihan dinamik para penggunanya.

Menurutnya, kopi signature di Shell Café  mengandungi rasa ‘KAW’ tambahan mengabungkan rasa buah-buahan dengan aroma berempah.  Beliau turut berkongsi mengenai strategi perkembangan Shell dalam memperkenalkan Shell Café kepada khalayak Malaysia secara meluas.

Menjanjikan keutamaan pelanggan dengan pengalaman yang menyeluruh, Shell Café turut menyediakan ruang yang selesa untuk pelanggan beristirehat sebelum meneruskan perjalanan mereka selain daripada menawarkan makanan dan minuman yang segar dan menyelerakan, dalam usaha menjadikan ia sebagai destinasi pilihan ramai.

Tampil dengan keunikannya yang tersendiri, campuran kopi di Shell Cafe terdiri daripada gabungan biji kopi Arabica dan Liberica, yang diperoleh dan dihasilkan di Malaysia. Biji kopi Liberica yang hanya merangkumi kurang daripada 2% dari pengeluaran kopi dunia ini amat jarang dihasilkan. Ini menjadikan kopi ini lebih unik dengan rasa yang tersendiri, memastikan setiap cawan kopi Shell Café berbaloi untuk dinikmati.

Di samping hidangan kopi wajib cuba kegemaran rakyat Malaysia seperti Americano, Latte dan Cappuccino, Shell Café turut menyediakan hidangan kopi istimewa seperti Dirty Latte dan Cokespresso serta frappe ais kisar yang menyegarkan.

Shell Café menyajikan pelbagai jenis makanan termasuklah pasta telur masin, sosej gourmet, wrap yang segar dan segera, serta pilihan lain termasuk pilihan makanan tanpa daging.

Bagi penggemar pastri yang ingin menjamu selera dengan pantas, Shell Café menawarkan pelbagai snek kegemaran ramai seperti firecracker dan Chocolate Roll dan pilihan tambahan baharu termasuklah karipap, croissant badam, scone dan kek.

Forum Badan Berunifrom Penggerak Kesukarelawan Mahasiswa

Unit Integriti Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Forum Sembang Integriti Badan Beruniform Penggerak Kesukarelawan Mahasiswa yang disertai oleh Tokoh NGO Antarabangsa yang juga Profesor Adjung Universiti berkenaan, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican dan Bornuddin mohd Yusof@Mohamad selaku Pengarah Pusat Kokurikulum & Citra Pelajar UMT dan moderator Johari Ab Kadir, pegawai Integriti UMT yang juga penganjur Hari Intergiti UMT.

Mustapha dalam ucapan pembukaan menyatakan penglibatan mahasiswa dalam badan uniform boleh menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan sosial mahasiswa serta dapat mengangkat disiplin dan semangat kebersamaan sebagai warga universiti dan warganegara yang baik.

Johari berkata, objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa betapa pentingnya integriti dalam aktiviti kesukarelawan khususnya badan-badan beruniform ini.

Sementara itu, Bornuddin turut menyentuh aktiviti badan beruniform dapat membentuk sahsiah mahasiswa ke arah lebih berdisplin, berkeyakinan dan berintegrasi dalam memangkin momentum kecemerlangan mahasiswa.

Katanya, keterlibatan mahasiswa-mahasiswi dalam aktiviti kokurikulum universiti amat digalakkan namun harus sentiasa memelihara integriti dan nama baik UMT selain menjaga silaturrahim serta kerjasama erat.

Mustapha berkata, antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang mahasiswa ialah sentiasa berfikiran positif, bersemangat, berkeyakinan serta berani dalam mendepani cabaran.

“Justeru, setiap universiti pasti mempunyai objektif yang sama iaitu melahirkan graduan yang berpotensi tinggi dan serba boleh dengan aktiviti kesukarelawan merupakan salah satu perkara yang memberi impak yang besar terhadap graduan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

“Aktiviti ini akan menjadi sokongan kuat ketika proses mencari pekerjaan kelak dan sedikit sebanyak menunjukkan kebolehan sesorang pelajar. Oleh itu, kesukarelawan berunifrom diperingkat universiti ini boleh membantu membina kerjaya dan menjadikan para mahasiswa seorang yang berkaliber pada masa depan,” katanya.

Program anjuran Unit Intergiti ini dihadiri hampir 350 graduan dari badan beruniform dan jurulatih serta kakitangan dari unit Integriti dan Pusat Kokurikulum & Citra pelajar UMT.

Take a bolder look: The all-new EQE SUV

Mercedes-Benz Malaysia today unveils the multi-purpose variant of the EQE executive saloon, the all-new Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV.

The EQE SUV is the perfect companion for all adventures big and small with its capable driving dynamics and generous sense of interior space.

Amanda Zhang, CEO & President, Mercedes-Benz Malaysia said, “The Mercedes-Benz EQE
500 4MATIC SUV is the perfect electric all-rounder where functionality meets design.

This electric interpretation of our signature driving comfort and contemporary luxury showcases a dynamic silhouette, characterised by sporty definition, muscular shoulders, a commanding stance, and distinct SUV features.

Inside, the digitised controls and innovative materials encapsulate a modernised design language. The introduction of the EQE SUV in Malaysia underscores our unwavering dedication to shaping a future defined by electrification and sophisticated automotive excellence.”

The essential information and innovations

The EQE SUV is based on the EVA2 vehicle architecture. It achieves WLTP ranges of up to 552 kilometres and the maximum capacity output stands at 300 kW. Thanks to the 4MATIC all-wheel drive, the EQE SUV has an electric drivetrain on both the front and rear axle. The vehicle is equipped with AIRMATIC air suspension and a steering angle at the rear axle of up to ten degrees.

The proportions of the EQE SUV combine function and aesthetics with the sporty character of the SUV. The 21-inch AMG multi-spoke light-alloy wheels are mounted flush with the outer edge of the body and lend the vehicle a self-assured stance.

The panoramic sliding sunroof presents a pleasantly bright ambience in the interior. With adaptive software, the MBUX display and operating system makes personalised suggestions for numerous infotainment, comfort and vehicle functions.

The Dolby Atmos sound format® takes the audio experience in the EQE SUV to a new level. The EQE SUV comes with Driving Assistance Plus Package providing drivers a more relaxed way of reaching their destinations.

Step Up Agility+ Plan by Mercedes-Benz Financial

The Step Up Agility+ Plan is designed with your ultimate driving needs in mind. Enjoy your new Mercedes-Benz while we ensure you are being taken care of with unrivalled benefits such as lower monthly instalment, flexible end of agreement options, MobilityPlus* programme and most importantly, we guarantee the future value of your car no matter what happens.

Perfectly tailored for individuals who seeks performance, value, unrivalled benefits and peace of mind at the wheel. The Step Up Agility+ Plan starts from RM 3,988 per month for the Mercedes-Benz EQE 500 4MATIC SUV. Enjoy an additional RM900 charging credit via JomCharge when you sign up with Agility+.

UEM Edgenta Memperluaskan Jejak di Pasaran Hartanah Timur Tengah dengan Pemerolehan KAIZEN Group

Pertukaran Dokumen untuk Pelaksanaan Perjanjian Pembelian Sah dengan KAIZEN Group Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan, Kumpulan UEM (kiri); Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengerusi, Kumpulan UEM (kedua dari kiri); Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad (ketiga dari kiri); YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (keempat dari kiri); Syahrunizam Samsudin, Pengarah & CEO, UEM Edgenta (keempat dari kanan); dan Fadi Marwan Alnwilati Almasri, CEO, KAIZEN Group (ketiga dari kanan).

UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta), syarikat Pengurusan Aset & Penyelesaian Infrastruktur, sedang melaksanakan strategi pengembangan serantaunya dalam pasaran pengurusan kemudahan bersepadu di Timur Tengah.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Syarikat telah merasmikan perjanjian dengan pihak Kumpulan KAIZEN, sekaligus mengukuhkan kehadirannya di rantau ini. Menekankan kepada komitmen inisiatif pertumbuhan strategik, UEM Edgenta turut mengumumkan pertukaran tiga (3) Memorandum Eksplorasi Perniagaan (MOBE) berasingan dengan rakan kongsi mereka; DISRUPT-X DMCC (Disrupt-X), ZAIN TECHNOLOGIES LLC (Zain Tech) dan Tadoom.

Diumumkan semasa Persidangan UNFCCC (“COP28”), pihak Syarikat berbesar hati mengumumkan pemerolehan pegangan sebanyak 60% di dalam sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan hartanah dipacu teknologi terkemuka yang berpusat di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pertukaran Dokumen MOBE dengan Tadoom & Disrupt-X
Baris belakang: Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengerusi, Kumpulan UEM (kiri); Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad (kedua dari kiri); YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ketiga dari kiri); Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan, Kumpulan UEM (kedua dari kanan)
Baris depan: Syahrunizam Samsudin, Pengarah & CEO, UEM Edgenta; Abdullah Al Badi, CEO, Tadoom; Asim Ajwani, CEO, Disrupt-X

Kumpulan KAIZEN mempunyai reputasi yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan menyeluruh di seluruh rantaian nilai hartanah, termasuk Pengurusan Persatuan Pemilik, Pengurusan Komuniti, Pengurusan Projek Pembangunan, Penasihat & Perundingan Pengurusan Hartanah & Sewa, serta Perkhidmatan Penyerahan & Snagging.

Gabungan kekuatan UEM Edgenta dengan Kumpulan KAIZEN, bakal menubuhkan platform perkhidmatan hartanah yang bersepadu. Usaha kerjasama ini tertumpu bagi meningkatkan penyediaan perkhidmatan bersepadu dan mewujudkan pengalaman gaya hidup khusus, yang disokong oleh teknologi canggih dan penyelesaian yang mampan.

Pemerolehan ini juga akan memudahkan integrasi bangunan pintar Edgenta, memanfaatkan platform Asseto SaaS, dan menggabungkan penyelesaian kemampanan seperti Kecekapan Tenaga, Kontrak Prestasi Tenaga dan Inisiatif Bangunan Hijau. Langkah strategik ini menangani permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian-penyelesaian ini di rantau Timur Tengah.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, “Kehadiran Kumpulan KAIZEN sebagai sebahagian daripada UEM Edgenta merupakan satu langkah strategik, memanfaatkan peluang pertumbuhan dalam sektor hartanah.

Ini didorong oleh Dubai Master Urban Plan 2040, yang bertujuan untuk mewujudkan modal kesejahteraan, dengan sasaran bagi meningkatkan reputasi Dubai sebagai bandar terkemuka untuk kehidupan berkualiti.

Pertukaran Dokumen MOBE dengan Zaintech & Disrupt-X
Baris belakang: Datuk Amran Hafiz Affifudin, Pengerusi, Kumpulan UEM (kiri); Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad (kedua dari kiri); YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (ketiga dari kiri); Mohammed Rashdan Mohd Yusof, Pengerusi, Suruhanjaya Tenaga (kedua dari kanan); Dato’ Mohd Izani Ghani, Pengarah Urusan, Kumpulan UEM (kanan)
Baris depan: Syahrunizam Samsudin, Pengarah & CEO, UEM Edgenta; Maatje Maria Rencken, VP Digital Solutions, Zaintech Solutions; Asim Ajwani, CEO, Disrupt-X

Penggabungan ini mengukuhkan kehadiran UEM Edgenta di Timur Tengah, selaras dengan visi ‘Edgenta of the Future 2025’. Ia memperluaskan jejak antarabangsa kami, yang telahpun meliputi Malaysia, Singapura, Taiwan, Indonesia, UAE dan Arab Saudi, sambil meningkatkan penawaran produk dan teknologi kami dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Usaha ini adalah bukti komitmen berterusan kami untuk memperkayakan kehidupan dan memajukan infrastruktur pada skala global, sambil merealisasikan penyelesaian teknologi yang berpandangan ke hadapan dalam pembangunan bandar pintar yang mampan.”

“Inisiatif kami hari ini bukan sekadar aspirasi; kami yakin ini merupakan jalan yang terbaik untuk dunia yang mampan, inklusif dan makmur. Kami percaya bahawa data dan AI, terutamanya dalam konteks bandar pintar merupakan elemen asas dalam perjalanan transformatif ini. Melalui gabungan tersebut, kami bercita-cita untuk memimpin dalam mewujudkan piawaian industri baharu, memupuk kerjasama global, dan menerapkan prinsip ESG ke dalam intipati operasi Bandar Pintar kami,” tambah Syahrunizam.

Sebagai tambahan kepada pemerolehan Kumpulan KAIZEN, UEM Edgenta dengan sukacitanya mengumumkan perasmian MOBE bagi usahama dengan Disrupt-X, Zain Tech dan Tadoom.

Kerjasama strategik ini menandakan permulaan usaha kolektif yang bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran gabungan ketiga-tiga organisasi. Di dalam usahasama dengan Zain Tech dan Tadoom, UEM Edgenta akan memulakan inisiatif khusus di Oman dan rantau Timur Tengah secara amnya.

Disrupt-X memainkan peranan penting dalam perkongsian ini bersama Zain dan Tadoom, memberi tumpuan kepada pembangunan bandar pintar dan kemampanan dalam persekitaran dibina dengan memanfaatkan Internet of Things (IoT) dan penyelesaian pintar pada peringkat aset dan pada skala seluruh bandar.

Usahasama ini mengukuhkan komitmen UEM Edgenta untuk menyampaikan penyelesaian inovatif, berasaskan teknologi dalam sektor hartanah dan pada masa yang sama membentuk masa depan yang mampan dan maju secara teknologi di rantau ini.

Mewakili organisasi masing-masing semasa sesi pertukaran dokumen ialah Fadi Marwan Alnwilati Almasri, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KAIZEN, Hany Hanna, Ketua Pegawai Eksekutif Zain Tech dan Abdullah Al Badi, Ketua Pegawai Eksekutif, Tadoom.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin turut ditemu bual oleh Reuters di sekitar acara COP 28 di Dubai. Selari dengan tema keseluruhan COP28, beliau membincangkan bagaimana teknologi inovatif dan infrastruktur hijau merupakan alat penting bagi entiti pengurusan aset seperti UEM Edgenta dalam menyumbang kepada matlamat iklim.

Spritzer terima anugerah penjenamaan dunia untuk kali kesembilan berturut-turut

Winnie Chin (kanan) menerima anugerah penjenamaan dunia bagi pihak Spritzer daripada Pengerusi The World Branding Forum Richard Rowles di Kensington Palace London malam tadi.

Pengeluar air mineral terkemuka, Spritzer telah memenangi Anugerah Penjenamaan Dunia buat kali kesembilan berturut-turut dalam bahagian minuman kebangsaan, kategori air, di Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2023.

Anugerah berprestij itu, disampaikan di Kensington Palace, London malam tadi, mengiktiraf komitmen Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti dan kelestarian.

Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2023-2024 mempamerkan kecemerlangan lebih 3,500 jenama yang mewakili lebih daripada 45 negara.

Di antaranya, hanya 250 jenama yang diisytiharkan sebagai pemenang, merangkumi pelbagai kategori pada tiga peringkat terkemuka – global, serantau dan, nasional.

Ketua Perhubungan Awam Spritzer Winnie Chin berkata, anugerah ini merupakan bukti kualiti luar biasa air mineral Spritzer yang kaya dengan silika.

“Ia adalah penghormatan yang dimungkinkan oleh sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengguna setia kami, pembekal yang boleh dipercayai dan rakan kongsi perniagaan yang dihargai,” katanya di sini hari ini.

Proses penilaian teliti anugerah itu terdiri daripada penilaian jenama (30 peratus) pengundian dalam talian awam (30 peratus)dan penyelidikan pasaran pengguna (40 peratus)

Satu anugerah kebangsaan diberikan kepada setiap jenama dalam setiap kategori produk atau perkhidmatan, mewakili negara-negara yang mengambil bahagian.

The World Branding Forum adalah sebuah pertubuhan amal yang berdedikasi untuk menghasil, mengurus dan menyokong pelbagai program merangkumi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, rangkaian dan kerjasama projek rintis.

Air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika berasal dari akuifer bawah tanah di tapak yang bersih seluas 400 ekar di Taiping, Perak, Malaysia, bersebelahan dengan hutan hujan tropika.

Syarikat ini berkomitmen untuk menyampaikan kualiti terbaik kepada pengguna dan juga aktif dalam memperjuangkan inisiatif komuniti.

OnePlus Releases the OnePlus 12 in China

OnePlus 12 Lands Early 2024

Global technology brand OnePlus announced today the availability of its latest flagship smartphone, the OnePlus 12, in China. As the culmination of a decade-long masterpiece, the OnePlus 12 showcases a realm of revolutionary technologies, guided by the product philosophy of “prioritizing product competitiveness”.

“All in one, the OnePlus 12 delivers an exceptional fast and smooth experience in all high-frequency usage scenarios,” said Louis Li, President of OnePlus China, “It is OnePlus’ best gift to users for its tenth anniversary.”

Over-the-top Hardware, Advanced Software

The OnePlus 12 is a perfect representation of the synergy between powerful hardware and intelligent software. It takes the fast and smooth performance to the next level with the Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform, offering faster Kryo CPU (30% improvement) and GPU (25% improvement) speeds with improved power efficiency (Overall 10% power saving improvement).

It is equipped with LPDDR5X RAM and UFS 4.0 ROM supported by RAM-Vitalization and ROM-Vitalization to ensure a consistent and prolonged fast and smooth experience in scenarios including heavy-duty, multi-tasking, and long-term usage.

It also comes with a brand-new 120Hz 2K Super Fluid AMOLED display with LTPO that allows you to see the world at its fullest with vibrant colors, with an incredible peak brightness of 4500nits.

A 100W SUPERVOOC fast wired charging, 50W AIRVOOC wireless charging, and a 5400 mAh dual-cell battery system work in tandem to guarantee an extended usage time. Featuring a brand-new Dual Cryo-velocity Cooling System that improves cooling surface area, cooling material, and structure design, the OnePlus 12 provides a comfortable and uninterrupted experience even in performance-demanding scenarios.

Pro-graded Camera, Make the Moment

The OnePlus 12 improves both camera hardware and software, and it is equipped with the latest self-developed HDR algorithm. Supported by the 4th Gen Hasselblad Camera for Mobile, the OnePlus 12 showcases imaging capability that rivals its counterparts, making it the flagship with the best photography capability in OnePlus history.

The OnePlus 12 captures everything in sight with its brand-new triple camera system which delivers a flagship-level photography experience. The new and balanced triple camera system features an industry-first LYT808 50MP main camera co-developed with Sony, OV64B 64MP 3X periscope telephoto camera, and IMX581 48MP ultra-wide camera to create instead of simply capturing the greatest moments for the user.

It is also equipped with the latest self-developed HDR algorithm that helps to capture the subtle intricacies of highlights and shadows as people see in the natural world.

TIME Design, Inspired by Luxurious Timepiece

The design of the OnePlus 12 is a continuity and evolution of the OnePlus 11, under the same design philosophy, inspired by luxury watches with hollow-curved design. The time scales, starry dial, and circular characters on the camera module engrave the passage of time.

The imagination and creative spirit of design are confined by rigid lines and structured cityscapes. Inspiration is sought from the untamed beauty found in nature, where unbounded paths and infinite possibilities reign supreme.

Under this design philosophy, the boundless Flowy Emerald colorway is presented, harmoniously bridging technology and wonders of the natural world. Drawing inspiration from the braided channels of Dart River, the dynamic and ever-changing patterns in the

OnePlus 12’s texture showcase the mesmerizing essence of nature’s beauty. Availability The OnePlus 12 will be available in China on December 11, 2023, followed by a global release alongside other products in early 2024.

Dapatkan HONOR X9b 5G, telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut PERCUMA!

Telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut, HONOR X9b 5G kini boleh didapati menerusi pelan pascabayar menarik di CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan Yes.

Dengan pakej tersebut, telefon pintar lasak dan mampu milik ini pilihan terbaik bagi pengguna yang mahukan peranti boleh dipercayai. Berikut pakej pascabayar dari syarikat telekomunikasi berkenaan:

Dapatkan HONOR X9b 5G percuma dengan Yes Infinite+ Standard

Bawa pulang HONOR X9b 5G percuma dengan pelan pascabayar Yes Infinite+ Standard pada harga RM88 sebulan. Pakej ini menawarkan data dan kelajuan 5G tiada had, panggilan tanpa had dan data Hotspot 50GB. Jangan lepaskan tawaran berbaloi ini untuk memiliki peranti pilihan ramai!

Miliki HONOR X9b 5G dengan penjimatan hebat!

Jimat RM1,400 apabila mendaftar untuk pelan Maxis Postpaid 109. Lebih menarik, HONOR X9b 5G turut didatangi dengan Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari bernilai RM500.

Hadiah percuma diberikan apabila membeli HONOR X9b 5G dengan Maxis. Maklumat lanjut boleh layari https://store.maxis.com.my/productdetails/category/mobiles/honor/x9b-5g

Nikmati rebat tambahan bulanan RM10 dengan Pakej MegaJimat

Pelanggan boleh memiliki HONOR X9b 5G dengan CelcomDigi pada harga RM299 untuk kontrak 24 bulan atau RM599 dengan kontrak 12 bulan. Menerusi pelan CelcomDigi Postpaid 5G 80 di bawah kontrak Pakej MegaJimat, pelanggan boleh menikmati rebat tambahan bulanan RM10 dan bayaran RM70 sebulan.

Maklumat lanjut mengenai tawaran dari CelcomDigi ini boleh layari https://www.celcomdigi.com/devices/pakej-megajimat

HONOR X9b 5G milik anda dengan U Postpaid 98

U Mobile turut menawarkan HONOR X9b 5G secara percuma menerusi pelan pascabayar U
Postpaid 98 pada harga RM98 sebulan dengan kontrak 36 bulan. Pakej eksklusif ini tersedia dari 13 Disember 2023. Pelan ini termasuk data berkelajuan tinggi sebesar 1,000 GB, serta perayauan global dan panggilan masuk luar negara percuma di 63 destinasi.

Adanya pelan pascabayar yang begitu menarik dari syarikat telekomunikasi berkenaan, ini peluang terbaik untuk mendapatkan HONOR X9b 5G dari pembekal perkhidmatan pilihan!

HONOR X9b 5G mengetengahkan rekaan skrin canggih dan rintangan jatuh untuk kekal bertahan apabila terjatuh dari pelbagai sudut, termasuk tembakan peluru paintball. Telefon pintar ini hadir dengan 12GB RAM dan 8GB HONOR RAM Turbo maya tambahan bersama penstoran ROM 265GB untuk menyimpan semua gambar dan fail penting.

Selain itu, HONOR X9b 5G juga telefon pintar mid-range pertama di Malaysia yang dikuasakan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 selain didatangi bateri berkapasiti besar 5800mAh.

Pada harga mampu milik sebanyak RM1,499, HONOR X9b 5G ditawarkan dalam warna Sunrise Orange, Midnight Black dan Titanium Silver. Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G, boleh layari https://bit.ly/HONORX9bPR

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan

sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.

Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih.

Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90.

Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat
Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata di majlis pelancaran, “Memandangkan permintaan bagi penstriman dalam talian yang fleksibel terus meningkat, sooka bertekad untuk menyediakan kandungan yang disesuaikan khusus untuk para penonton, menggabungkan siaran secara langsung dan On Demand yang memenuhi kehendak pengguna di semua pasaran sasaran.

Pengguna bulanan aktif (MAU) sooka telah meningkat 80% setakat tahun ini, dan pelanggan VIP telah meningkat 55% suku tahun ke suku tahun dipacu oleh pertambahan pilihan kandungan dan pemasaran yang lebih bersasar.

Setakat ini terdapat 1.5 juta pengguna berdaftar di sooka, dengan 60% daripada mereka
menonton kandungan sooka menerusi telefon mudah alih. Kami yakin pek dan harga
baharu sooka bakal mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh bagi perkhidmatan ini pada tahun 2024.”

Berpegang kepada janji untuk membekalkan kandungan terbaik, sooka ialah satu-satunya aplikasi penstriman di Malaysia yang menawarkan barisan kandungan sukan SECARA LANGSUNG yang luas termasuk Premier League, Liga Malaysia, Formula 1, NBA, Kejohanan Badminton BWF, Jelajah Tenis ATP, MotoGP, UFC dan banyak lagi.

Para pelanggan boleh menyaksikan Konsert Akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) yang dinanti-nantikan pada 10 Disember dan program pencarian bakat Malaysia menerusi Hero Dewi Remaja 2023.

Satu siri baharu juga akan dilancarkan di sooka, iaitu Syurga Itu Bukan Mudah. Rancangan menarik kanak-kanak seperti Didi & Friends, Hello Pinkfong, dan Super Nabil akan menghimpunkan seisi keluarga manakala filem-filem Cina dan Korea serta rancangan beraneka seperti The Queen’s Ploy dan A Journey to Love dan Night Has Come pasti menarik perhatian penggemar rancangan hiburan Asia.

Post Menarik