Utama Blog Halaman 213

HONOR Magic V3, MagicBook Art 14, MagicPad 2 Merevolusikan Kesambungan AI untuk Produkviti dan Kecekapan Lebih Lancar

Jenama teknologi global HONOR telah melancarkan rangkaian peranti flagship yang dikuasakan oleh AI, baru-baru ini. Tiga peranti ini direka dengan keupayaan berkuasa dan ciri-ciri inovatif secara individu.

Rangkaian peranti ini termasuk:

 HONOR Magic V3: Diiktiraf sebagai telefon boleh lipat AI yang paling nipis dan ringan di dunia. HONOR Magic V3 menggabungkan rekaan canggih dengan ciri-ciri AI, menetapkan standard baharu dalam teknologi mudah alih.
 HONOR MagicBook Art 14: Komputer riba HONOR yang paling nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 1cm 1 dan seberat 1kg telah mencetuskan bualan dalam industri teknologi dengan kamera magnetik termaju, direka untuk meningkatkan lagi kemudahan bergerak tanpa menjejaskan privasi pengguna.
 HONOR MagicPad 2: Tablet ini membawakan paparan OLED 3K yang menerajui industri, menjadikannya satu-satunya tablet dalam segmennya yang menawarkan kualiti paparan yang luar biasa, sesuai untuk menonton bahan media dan menjalankan tugasan kreatif.

Teknologi HONOR MagicRing Yang Revolusioner

Bagi meningkatkan lagi keupayaan peranti-peranti pintar ini, sistem pengoperasian MagicOS 8.0.1 yang berkeupayaan AI untuk semua senario menyediakan penyelesaian
yang meluas untuk menembusi sempadan peranti peribadi.

Teknologi HONOR MagicRing memupuk ekosistem bersepadu yang dengan lancarnya membawa dan mengkongsikan perkhidmatan, menyumbang kepada pengalaman kehidupan yang pintar dan cekap.

MagicRing menjamin pengalaman kehidupan pintar untuk silang sistem, silang peranti, silang aplikasi yang berpusatkan pengguna, seterusnya mentransformasikan kehidupan yang berteraskan peranti kepada berteraskan insan.

HONOR Magic Ring yang dibolehkan oleh AI menyokong rangkaian perkhidmatan, menawarkan keupayaan peneraju industri dengan 8 operasi serentak merentasi semua
peranti. Ciri-ciri ini termasuk Connected Call, Connected Notification, Connected Input,
Connected Camera, Connected App, Connected File, Connected Screen dan Network
Tethering.

Connected Calls (Ketersambungan Panggilan)

Walaupun tidak mempunyai kad SIM, HONOR MagicBook Art 14 dan HONOR MagicPad 2 boleh berkongsi keupayaan membuat panggilan melalui HONOR Magic V3. Pengguna boleh menjawab atau membuat panggilan pada tiga peranti tersambung ini untuk berkomunikasi secara bebas dan mudah.

Connected Notification (Ketersambungan Makluman)

Pengguna kini boleh menerima makluman mudah alih seperti makluman penggera atau mesej pada platform media sosial seperti WhatsApp dan Instagram, serta makluman
penggera di semua peranti yang tersambung antara satu sama lain.

Connected Input (Ketersambungan Input)

HONOR Magic V3 dan HONOR MagicPad 2 boleh berkongsi papan kekunci, tetikus, atau pad sesentuh HONOR MagicBook Art 14 untuk mengawal peranti dengan lancar. Pengguna boleh menyeret dan menjatuhkan imej dan fail antara peranti, dengan memanfaatkan kelebihan yang ada pada setiap peranti untuk kemudahan dan kecekapan tugas dan pembelajaran.

Connected Camera (Ketersambungan Kamera)

Melalui perkongsian kamera, kamera hadapan dan belakang HONOR MagicPad 2 dan HONOR Magic V3 boleh dikongsikan dengan HONOR MagicBook Art 14 untuk menangkap atau merakam gambar atau video dalam masa sebenar.

Sebagai contoh, jika pengguna menggunakan komputer riba semasa bermesyuarat, pengguna juga boleh menggunakan kamera pada tablet untuk merakam imej yang fleksibel dan jelas dengan kualiti bertaraf profesional.

Connected Apps (Ketersambungan Aplikasi)

Aplikasi dan tugasan berjalan lancar antara peranti untuk pengalaman bekerja yang tiada gangguan. Sebagai contoh, pengguna boleh memindahkan fail telefon yang sedang disunting terus ke komputer riba untuk meneruskan suntingan.

Connected File (Ketersambungan Fail)

Menerusi HONOR Share, fail-fail boleh diakses di sepanjang peranti yang disambungkan tanpa perlu menyambung wayar fizikal atau perkakasan secara langsung.

Connected Screen (Ketersambungan Skrin)

Skrin boleh dikongsi dengan peranti menggunakan akaun sama yang disambungkan dalam MagicRing, menjadikan kolaborasi multiskrin menjadi lebih bertumpu dan cekap.

Terdapat dua mod iaitu Mirror Mode dan Extend Mode.

Mirror Mode ialah tetapan paparan yang mana konten pada HONOR MagicBook Art 14 pendua pada HONOR MagicPad 2 atau HONOR Magic V3. Kedua-dua skrin memaparkan konten yang sama dalam masa sebenar. Ciri ini ideal untuk pembentangan atau demonstrasi dengan visual yang sama terpampang pada kedua-dua peranti dan skrin yang ditonton oleh orang lain.

Selain itu, ciri ini berguna untuk tugasan yang memerlukan konten yang diselarasakan antara beberapa paparan. Sebagai contoh, semasa mesyuarat pengguna boleh melakar idea pada masa sebenar di HONOR MagicPad 2 dan cermin skrin tersebut kepada paparan lebih besar untuk kolaborasi kumpulan.

Bagi Extend Mode pada HONOR MagicBook Art 14, ia membolehkan pengguna untuk menggunakan HONOR MagicPad 2 atau HONOR Magic V3 sebagai paparan sekunder. Ini membolehkan pemindahan jendela dan aplikasi antara peranti, meluaskan lagi ruang kerja secara lebih cekap.

Ianya sesuai untuk multitugas, kerana pengguna boleh memiliki beberapa aplikasi atau dokumen berbeza dibuka pada setiap skrin untuk tugasan yang lebih efisien. Mod ini amat berguna untuk membuat penyelidikan dan tugasan penulisan.

Pengguna boleh menjalankan analisis data pada komputer riba sambil menggunakan tablet sebagai paparan tambahan bagi tujuan membaca kertas kajian atau mengambil nota.

Network Tethering (Tambatan Rangkaian)

Apabila tiada perkhidmatan Wi-Fi, pengguna boleh berkongsi data mudah alih telefon pintar mereka dengan tablet dan komputer riba dengan hanya satu klik tanpa perlu menetapkan hotspot, agar mereka boleh melayari internet tanpa gangguan.

Tersedia Di Seluruh Negara

HONOR Magic V3 dijual pada harga RM6,999 didatangkan dalam memori RAM 12GB dan storan 512GB. Peranti boleh lipat ini tersedia dalam tiga warna menarik iaitu Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black.

Bagi HONOR MagicBook Art 14 pula, komputer riba ini berharga RM5,999, dilengkapi dengan memori RAM 16GB dan storan 1TB. Ia tersedia dalam warna Emerald Green.

Peranti HONOR MagicPad 2 adalah berharga RM2,799 yang didatangkan dengan HONOR Magic Pencil 3 dan HONOR Magic Keyboard percuma (bernilai RM898). Tablet ini mempunyai memori RAM 12GB + 8GB dengan storan 256GB ROM. Ia didatangkan dalam warna Moonlight White dan Black.

Save More on Your Galaxy S24 FE and Earn Incredible Rewards!

From 11:00pm, 26 September to 3 October, customers who pre-order their Galaxy S24 FE will be able to get a RM300 exclusive rebate automatically applied upon checkout on Samsung’s online store.

Customers will receive an additional RM300 off when you trade in your existing device on as well.

Be a Part of #AITroop today!

And that’s not all! More exciting rewards await everyone who register to be a part of our #AITroop today! Participants who registered for #AITroop will be eligible to receive a RM300 exclusive voucher on the 26 th September to be used to purchase their very own Galaxy S24 FE!

Finally, on top of the RM300 voucher, Samsung Members who register to be a part of #AITroop can receive exclusive rewards in the form of vouchers from your favourite merchants such as llaollao, KFC, and Inside Scoop.

Simply follow these steps to brighten up your days with these rewards:
1. From 20 September 2024 to 3 October 2024, participants welcome to register for #AITroop via the link provided below.
2. Once registered, participants will be eligible to receive the RM300 voucher for the purchase of Galaxy S24 FE.
3. Subsequently, eligible Samsung Members will receive the exclusive merchant voucher
rewards every Monday and Friday until 28 October 2024.
4. To claim these vouchers, simply keep an eye on your inbox for an email from Samsung’s
official channel!

Join us in this exclusive shopping adventure and register at https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-troop/ to be a part of the #AITroop and enjoy these exclusive rewards today!

To order the Galaxy S24 FE, please visit: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s/galaxy-s24-fe-blue-512gb-sm-s721blbhxme

For customers who opt to trade in, please visit https://www.samsung.com/my/trade-in/ to find out how much you can save with your existing devices!

BMW Group Malaysia Rai Generasi Terbaharu BMW 5 Series di SKY5PACE

BMW Group Malaysia mempersembahkan generasi terbaharu BMW 5 Series pada acara SKY5PACE yang diadakan di pusat Kuala Lumpur, sebuah acara yang meraikan teknologi automotif terkini, prestasi, dan legasi berterusan jenama ini dalam segmen sedan perniagaan premium.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW 5 Series telah sekian lama mengungguli portfolio BMW Group, baik di seluruh dunia mahupun di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1972, BMW 5 Series merupakan peneraju dalam segmen eksekutif premium.”

Beliau menambah, “Hari ini, dengan kehadiran BMW 520i M Sport pemasangan tempatan bersama BMW i5 eDrive40 M Sport elektrik, kami berbesar hati untuk berkongsi kisah kejayaan evolusi BMW 5 Series di Malaysia.

Untuk makluman, generasi kelima BMW 5 Series merupakan kenderaan BMW pertama yang dipasang di sini pada tahun 2004, sekaligus menandakan 20 tahun komitmen BMW
Group Malaysia terhadap Malaysia sebagai pusat di Asia Tenggara untuk pemasangan kenderaan premium bagi rantau ini.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia masih merupakan pengeluar dan pengeksport kenderaan premium terbesar di rantau ini dengan lebih 10,000 kenderaan berjaya
dieksport sejak 2018.”

Berlatarbelakangkan pemandangan menakjubkan langit Kuala Lumpur, acara SKY5PACE juga merupakan inisiatif pengeluar kenderaan premium ini dalam memenuhi kehendak rangkaian kuasa yang pelbagai, di samping menonjolkan keterbukaan BMW Group terhadap teknologi menerusi seleksi kenderaan lain, seperti BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW 750e xDrive M Sport, yang turut dipamerkan pada acara tersebut.

IJM Rimbayu Memperkenalkan Pembangunan Terkininya, Anthea

IJM Rimbayu memperkenalkan pembangunan terkininya, Anthea, seni bina luar biasa yang
bakal menakrifkan semula kehidupan kontemporari dan menjadinya antara karya agung
yang penuh teliti.

Terletak di tengah-tengah Bandar Rimbayu yang sedang berkembang
pesat, Anthea menjadi destinasi mekar subur yang menerapkan elemen hijau yang
menenangkan dalam komposisi reka bentuk mewah istimewa.

Pembangunan eksklusif Anthea yang meliputi kawasan seluas 20.85 ekar dengan Nilai
Pembangunan Kasar (GDV) RM 380 juta, menawarkan 180 kediaman yang direka unik
untuk golongan terpilih, termasuk 90 unit Superlink dan 90 unit Semi-D.

Dengan harga bermula dari RM1.5 juta dan RM2.6 juta, Anthea adalah salah satu daripada tiga parcel terakhir bagi pembangunan kediaman mewah di IJM Rimbayu. Ia menawarkan peluang yang sukar didapati untuk pemilik menikmati pengalaman gaya hidup yang menggabungkan elegan, ketelitian, dan keharmonian alam sekitar dalam satu pengalaman yang holistik.

“Anthea diinspirasikan daripada simbol Yunani kuno yang melambangkan keserian,
pertumbuhan, keagungan dan tenaga alam yang penuh semangat. Konsep ini terjalin dalam reka bentuk Anthea, mewujudkan kediaman di mana keselesaan moden tidak menjejaskan keindahan alam semula jadi, tetapi mekar harmoni bersama-sama.

Dari seni bina canggih hinggalah landskap menghijau dan menyamankan, setiap aspek yang ditonjolkan Anthea bagaikan meraikan hubungan harmoni antara kehidupan kontemporari dan alam semula jadi, sekali gus bakal melengkapkan penghuni yang inginkan kehidupan dalam dakapan alam,” kata Datuk Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.

Reka Bentuk Agung

Kediaman di Anthea menawarkan pelbagai reka bentuk yang direka khas untuk memenuhi
selera dan gaya hidup bandar yang berbeza. Bagi unit Superlink, ia ditawarkan dalam dua
varian iaitu Jenis A dan Jenis B di mana kedua-dua pilihan ini direka dengan dimensi 24′ x
80′, memberikan ruang yang luas serta fleksibiliti yang terbaik.

Untuk Jenis A, unit ini mempunyai keluasan antara 2,886 hingga 3,071 kaki persegi, termasuk tiga bilik tidur yang dilengkapi bilik mandi en-suite dan sebuah bilik tetamu
berserta taman persendirian di bahagian belakang.

Unit ini juga dilengkapi dengan panel tingkap kaca elegan dan pintu gelongsor, yang membolehkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi memenuhi ruang kediaman dengan lebih efisien.

Bagi Jenis B pula, unit yang tampil dengan keluasan dari 2,992 hingga 3,237 kaki persegi ini menawarkan konsep dua bilik tidur utama, ruang tamu menghadap taman hijau yang subur, serta sentuhan yang serba mewah.

Kedua-dua varian ini juga dilengkapi dengan kemudahan EV serta kemasan terbaik, menggabungkan unsur kemewahan, kepenggunaan, dan kelestarian dalam satu rekaan yang harmoni.

Bagi unit Semi-D yang berukuran 40′ x 80′ dengan keluasan 3,408 kaki persegi, kediaman
ini menawarkan pengalaman hidup sempurna dengan empat bilik tidur yang luas, masing-
masing dilengkapi dengan bilik mandi en-suite. Suite utama menawarkan suasana seakan
spa dengan tab mandi dan sinki berkembar.

LG Shines At Idea 2024: Two Gold Awards Celebrate Innovative And Inclusive Design

LG Electronics (LG) has solidified its reputation for design excellence, securing 23 awards at this year’s International Design Excellence Awards (IDEA). Among the accolades are two Gold, one Silver, and three Bronze awards, reinforcing LG’s standing as a leader in design innovation.

This year’s awards are particularly notable for highlighting LG’s dedication to creating designs that prioritize social value and sustainability, alongside aesthetic appeal.

The “LG Comfort Kit,” one of the Gold award winners, exemplifies this approach. This inclusive accessory set is designed to enhance the accessibility of LG appliances, making them easier to use for people of all ages, genders and abilities.

The Comfort Kit features seven thoughtfully designed accessories, including the “Easy Handle,” which allows users with limited strength or dexterity to easily open and close appliance doors by hooking their arm through it.

The “Easy Ball” enables the operation of appliance dials with the palm of the hand, while the “Easy Hanger” simplifies the process of hanging clothes on moving hangers inside LG’s Styler, particularly benefiting wheelchair users.

These accessories integrate seamlessly with existing LG products, are easy to attach and detach, and feature rounded edges for added safety. Additionally, the Easy Handle, Easy Ball and Easy Hanger are made from recycled plastic, highlighting LG’s commitment to sustainability and the circular economy.

The second Gold award was awarded to the “LG gram Fold,”* a foldable laptop that combines the ultra-lightweight design and large-screen experience of the LG gram series with the adaptability of a foldable display. Utilizing thin OLED technology, this device can shift between a 12-inch laptop and a 17-inch tablet, with an optimized user interface and experience for each mode.

For instance, when folded like a book, the screen automatically adjusts its aspect ratio and orientation. Users can draw with a touch pen, split the screen for multitasking or activate a virtual keyboard on the lower screen.

Alternatively, the device can function as a traditional laptop with a wireless keyboard. The matte glass finish adds a premium touch, while the magnesium alloy construction ensures durability and portability, weighing in at just 1,250 grams.

LG’s success at IDEA 2024 extends beyond these Gold awards. The LG CineBeam Q portable projector earned a Silver award for its ability to complement any space, offering maximum portability with its compact design and 360-degree rotatable handle.

Bronze awards went to the LG Therma V™ R290 Monobloc heat pump, the LG dehumidifier with dual inverter compressor, and the intuitive user experience of the LG CLOi ServeBot, known as “LG CLOi UX 2.0.”

The “LG CLOi UX 2.0” features an adaptive display that adjusts font size based on the user’s distance from the screen, and its status is clearly communicated through intuitive colors and motions.

Earlier this year, the LG CLOi ServeBot also received top honors at the Red Dot Design Award and the Ergonomics Design Award, further cementing its
design leadership.

In addition to these major accolades, LG received 17 finalist awards for a wide range of products, including monitors, air conditioners, washing machines, dryers, humidifiers, speakers, micro LED signage and software like webOS UX, LG ThinQ UX and Sound UX.

“We remain committed to delivering designs that are not only highly refined but also innovative and sustainable, in line with evolving customer lifestyles,” said Hwang Sung-gul, head of the Design Management Center at LG Electronics.

* The product was launched in South Korea only.

Yayasan Petronas Dan Kementerian Pendidikan Malaysia Tingkatkan Pembelajaran Stem Melalui Hab Stem Program Duta Guru

Yayasan PETRONAS, selaku cabang impak sosial PETRONAS bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, telah melancarkan Hab STEM Program Duta Guru (PDG) untuk meningkatkan pendekatan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta Geografi.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Yayasan PETRONAS diwakili oleh Ketua Pengawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Zainal Abas turut serta melawat Hab STEM PDG Tanjong Karang.

Hab STEM adalah inisiatif di bawah Program Duta Guru untuk menyediakan ruang kepada komuniti guru bekerjasama dengan lebih rapat bagi memastikan pelaksanaan kurikulum STEM yang lebih mantap dan relevan dengan keperluan masa kini.

Dengan pengisian teknologi dan alat bantu mengajar terkini, inisiatif ini turut berperanan untuk menyokong pembelajaran STEM buat jangka masa panjang. Pada tahun ini, Hab STEM sedang dibangunkan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang, Selangor, PKG Bukit Besar, Terengganu dan PKG Miri, Sarawak.

Shariah Nelly berkata, “Hab STEM PDG ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada guru, terutamanya Duta Guru, untuk memenuhi keperluan dalam menyampaikan kurikulum STEM yang berkesan dengan memberi sokongan peralatan bantu mengajar dan program latihan untuk meningkatkan produktiviti mereka”.

“Oleh itu, besar harapan kami agar para guru dapat menggunakan ruang tersebut secara optimum dan berkala agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan memperkasakan pendidikan STEM,” katanya.

Sehingga kini, PDG telah memberikan sokongan kepada 1,394 guru STEM dari 145 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Malaysia. Sejak pelancaran PDG, sebanyak 499 guru dari Kohort 1, Kohort 2, dan Kohort 3 telah berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang dan dianugerahkan gelaran “Duta Guru”.

Tahun ini, PDG telah memasuki Kohort 6, dengan sasaran lebih 1,020 guru baru, di mana pendaftaran masih dibuka sehingga 30 September 2024.

PUMA Celebrates Everyday Runners With First SEA Focused Running Commercial

PUMA SEA is proud to unveil its first-ever running commercial video that shifts the spotlight from elite athletes and podium finishes to the diverse and passionate community of everyday runners.

This Southeast Asia-centric running commercial, aligned with the launch of the new Deviate NITRO™ 3, reflects PUMA’s commitment to empowering runners to define their own journeys, no matter their pace or experience level.

As the popularity of running continues to surge in the post-COVID era, Southeast Asian
runners face unique challenges, from extreme humidity to a lack of established running
culture and community support.

PUMA understands these obstacles and is dedicated to supporting runners across the region by offering innovative products and fostering a sense of community.

The all-new Deviate NITRO™ 3, featured in the commercial, is designed with the needs of
all runners in mind. This cutting-edge shoe combines PUMAGRIP for superior traction,
PWRTAPE for targeted support, and nitrogen-infused NITRO™ foam for exceptional comfort
and explosive propulsion. Beyond the product, PUMA is also launching local initiatives,

including the PUMA NITRO Run Club, across Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand and
Philippines to strengthen community engagement and encourage runners of all levels.

“We created this short video to resonate with everyday runners, not just the elite,” said
Eleanor Wang, Marketing Director at PUMA Southeast Asia.

“At PUMA, we believe running is for everyone, and we’re committed to celebrating and supporting the diverse running community across Southeast Asia. By focusing on real everyday runners and their unique stories, we aim to inspire more people to embrace their own running journey as a joyful, inclusive, and judgment-free experience.”

Through the campaign, titled “See The Run Like We Do,” PUMA invites runners to celebrate
their personal victories – whether it’s overcoming challenges, improving health, or building resilience. This commercial video is a testament to PUMA’s belief that every runner’s journey is worth celebrating.

Padat Dengan Teknologi dan Padat Dengan Keselamatan, Volvo EX30 Kini Di Malaysia 

Volvo EX30 – kereta elektrik terbaru Volvo yang direka untuk setiap detik dalam hidup kini dilancarkan di Malaysia. Padat dengan teknologi dan padat dengan keselamatan, EX30 merupakan ikon terbaharu dalam visi Volvo untuk memberi pelanggan kebebasan bergerak secara peribadi, lestari dan selamat. 

Volvo EX30 mempamerkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini dan juga dilengkapi teknologi terkini termasuk sistem parkir automatik, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.

Tiga varian ditawarkan di Malaysia – dua versi Single Motor Extended Range Plus dan Ultra, serta versi Ultra Twin Performance motor berkembar. 

Volvo EX30 Harga3 Kuasa

(PS)

Tork

(Nm)

0-100 km/h Jarak Pemanduan

(WLTP)

Plus RM188,888 272 343 5.3 sec 476 km
Ultra RM208,888 272 343 5.3 sec 476 km
Ultra Twin

Performance

RM228,888 428 543 3.6 sec 450 km

 

Varian teratas Volvo EX30 Ultra Twin menjana kuasa 428 PS dan tork 543 Nm, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.6 saat. Manakala, varian EX30 Plus dan EX30 Ultra dengan motor magnet kekal tunggal di gandar belakang menawarkan kuasa 272 PS dan tork 343 Nm dengan pecutan dalam 5.3 saat.

Semua model dilengkapi bateri NMC berkapasiti tinggi 69 kWh yang memberikan jarak sehingga 476 km untuk varian motor tunggal dan 450 km untuk EX30 Ultra Twin Performance1. EX30 mampu dicas pantas menggunakan pengecas DC 175 kW dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya 28 minit.

Ciri-ciri standard termasuk lampu depan LED, roda aloi Diamond Cut 19-inci, Pilot Assist, sistem audio premium Harman Kardon, tailgate kuasa, cermin pandang belakang dan cermin sisi anti-silau, lampu ambien dalaman bertema, serta suite penuh sistem bantuan pemandu canggih Volvo. Varian Ultra menambah ciri Park Pilot Assist, kamera 360°, tempat duduk hadapan berkuasa, dan bumbung panoramik.

Pelanggan mempunyai pilihan warna luaran Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, dengan warna unik Moss Yellow – diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden – tersedia secara eksklusif untuk varian Ultra untuk tempoh terhad di Malaysia.

EX30 ialah kenderaan elektrik penuh terbaru Volvo Car Malaysia yang dipasang secara tempatan, dengan harga bermula dari RM188,888 untuk EX30 Plus, RM208,888 untuk EX30 Ultra, dan RM228,888 untuk EX30 Ultra Twin Performance3. Pelanggan di Sabah dan Sarawak boleh mendapatkan varian tersebut pada harga RM188,648, RM208,648 dan RM228,648 untuk setiap varian berbeza. 

Seperti setiap model elektrik penuh Volvo, EX30 datang dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.

Selamat Secara Pintar

Dalam mengkonseptualisasikan kereta, pereka Volvo menitik beratkan kepentingan setiap detik, dari segi idea, reka bentuk, pilihan bahan, pengiraan dan ujian untuk membuat kereta yang dimaksudkan untuk setiap perjalanan dan setiap orang di dalam dan di sekeliling kereta.

EX30 dilengkapi dengan Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih yang dikongsi dengan kereta terulung Volvo – didayakan oleh radar, sensor ultrasonik, dan kamera yang terletak di sekeliling.

Malah, EX30 menambah lebih banyak ciri keselamatan termasuk: 

  • Amaran pembukaan pintu inovatif yang mengesan kenderaan dua roda atau pengguna jalan raya lain dari belakang dan memberi amaran kepada penumpang dengan isyarat visual dan audio apabila cuba membuka pintu. 
  • Pilot Assist yang dinaik taraf yang turut melaraskan jarak optimum dari kenderaan berat di lebuh raya. 
  • Pembrekan automatik untuk trafik lintasan hadapan, pembelokan di persimpangan, dan pengunduran pada kelajuan rendah.
  • Pemanduan pencegah pelanggaran automatik untuk pengguna jalan raya seperti penunggang motorsikal dan basikal yang berada di sebelah ketika di lorong sehala.

Volvo EX30 juga yang pertama menyertakan generasi baharu ciri Park Pilot Assist yang boleh menangani ruang parkir selari, melengkung, tegak, dan serong. Park Pilot Assist boleh mengenal pasti ruang parkir yang tersedia dan mengambil alih kawalan pecutan, brek dan stereng untuk mengendalikan kereta.

New Investigation Reveals Shocking Reality Of Egg Production In Malaysia

Hundreds of hens caged in a barn

Sinergia Animal, an international animal protection NGO, has uncovered distressing conditions within farms in Malaysia, from which major retailer Zenxin sources its eggs. The investigation (www.ZenxinSuffering.org), conducted in recent months, reveals laying hens living in cramped cages and unsanitary environments, contradicting the company’s claims of a 100% organic production chain.

Zenxin is a leading producer, distributor, and retailer. They are a member of the International Federation of Organic Farm Movements (IFOAM) and are certified by the National Association for Sustainable Agriculture Australia (NASAA).

With this evidence, we confirm that Zenxin’s supply chain includes battery cages, a system not allowed by organic standards, one of the cruelest animal farming systems, and unsanitary conditions. This is a tremendous contradiction for the company and represents misleading information for Malaysian consumers,” says Carolina Galvani, Executive Director of Sinergia Animal.

Malaysia’s long road to animal welfare

Hens losing feather

According to the NGO, these investigations expose the hidden reality of the Malaysian egg industry. Throughout their lives, they are confined in small cages, limiting their capacity to exhibit many natural behaviors important to their species.

They suffer from frustration, stress, and lack of exercise and have painful bone diseases.  Barns have no proper ventilation, and the animals are forced to live in cages with heaps of feces accumulating beneath the cages.

With the increasing scientific evidence about battery cage welfare concerns, several countries worldwide, including the European Union and some US states, have banned or started to phase out conventional battery cages.

Hens in cages

According to the Asia Cage-Free Benchmark, a report assessing governments’ progress in cage-free transitions across the region, Malaysia scored the lowest of 17 countries on this matter, with 4 out of 140 points.

Companies as drivers of change

“This level of animal suffering is unacceptable, and Zenxin must take immediate action to address it,” says Carolina. “As a leading organic retailer, they have the potential to lead this change in the Malaysian egg industry and demonstrate transparency for consumers concerned about the negative effects of animal agriculture.”

To learn more about Sinergia Animal’s investigation, visit www.ZenxinSuffering.org 

Celebrate Malaysian Heritage with the New Touch ‘n Go x Mister Potato Limited-Edition Card

Touch ‘n Go Sdn Bhd (”Touch ‘n Go”) partners with local snack favourite Mister Potato to launch the Touch ‘n Go x Mister Potato Limited Edition Card, This collaboration continues Touch ‘n Go’s support for local homegrown brands, The limited-edition card blends Malaysian pride with everyday convenience, featuring a design inspired by Malaysian national landmarks and Mister Potato’s beloved mascot. A true celebration of Malaysia!

This partnership of two gempak homegrown brands joining forces highlights the importance of local businesses supporting each other. The card seamlessly integrates travel and the joy of snacking, offering a convenient payment solution and a tasty snack for every journey.

The Touch ‘n Go x Mister Potato limited-edition card allows users to effortlessly reload their balance through the Touch ‘n Go eWallet using any NFC-enabled mobile phone, anytime and anywhere.

Beyond toll and transit payments, this versatile card can be used for cashless transactions at more than 1,800 Touch ‘n Go-enabled parking sites nationwide. Priced at RM25.00 each, the Touch ‘n Go x Mister Potato collectible card is now available for online from Touch ‘n Go Official Shopee Mall.

This collaboration between Touch ‘n Go and Mister Potato aims to engage and connect the
community while celebrating shared experiences, bringing Malaysians closer together while adding simple pleasures to everyday life.

For Malaysians who have been collecting Touch ‘n Go cards over the years, this card represents local pride while they enjoy seamless payment convenience for their
travel and mobility needs.

Stand a chance to win this exclusive Touch ‘n Go x Mister Potato Limited Edition Card, pre-loaded with RM50 and Mister Potato goodies worth RM110, by joining the social media contest, from now till 30 September 2024. Don’t miss the fun, follow Touch ‘n Go and Mister Potato Instagram now and be one of 67 winners with the most creative entries!

Post Menarik