BMW Group Malaysia mempersembahkan generasi terbaharu BMW 5 Series pada acara SKY5PACE yang diadakan di pusat Kuala Lumpur, sebuah acara yang meraikan teknologi automotif terkini, prestasi, dan legasi berterusan jenama ini dalam segmen sedan perniagaan premium.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW 5 Series telah sekian lama mengungguli portfolio BMW Group, baik di seluruh dunia mahupun di Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1972, BMW 5 Series merupakan peneraju dalam segmen eksekutif premium.”

Beliau menambah, “Hari ini, dengan kehadiran BMW 520i M Sport pemasangan tempatan bersama BMW i5 eDrive40 M Sport elektrik, kami berbesar hati untuk berkongsi kisah kejayaan evolusi BMW 5 Series di Malaysia.

Untuk makluman, generasi kelima BMW 5 Series merupakan kenderaan BMW pertama yang dipasang di sini pada tahun 2004, sekaligus menandakan 20 tahun komitmen BMW
Group Malaysia terhadap Malaysia sebagai pusat di Asia Tenggara untuk pemasangan kenderaan premium bagi rantau ini.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia masih merupakan pengeluar dan pengeksport kenderaan premium terbesar di rantau ini dengan lebih 10,000 kenderaan berjaya
dieksport sejak 2018.”

Berlatarbelakangkan pemandangan menakjubkan langit Kuala Lumpur, acara SKY5PACE juga merupakan inisiatif pengeluar kenderaan premium ini dalam memenuhi kehendak rangkaian kuasa yang pelbagai, di samping menonjolkan keterbukaan BMW Group terhadap teknologi menerusi seleksi kenderaan lain, seperti BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW 750e xDrive M Sport, yang turut dipamerkan pada acara tersebut.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini