IJM Rimbayu memperkenalkan pembangunan terkininya, Anthea, seni bina luar biasa yang
bakal menakrifkan semula kehidupan kontemporari dan menjadinya antara karya agung
yang penuh teliti.
Terletak di tengah-tengah Bandar Rimbayu yang sedang berkembang
pesat, Anthea menjadi destinasi mekar subur yang menerapkan elemen hijau yang
menenangkan dalam komposisi reka bentuk mewah istimewa.
Pembangunan eksklusif Anthea yang meliputi kawasan seluas 20.85 ekar dengan Nilai
Pembangunan Kasar (GDV) RM 380 juta, menawarkan 180 kediaman yang direka unik
untuk golongan terpilih, termasuk 90 unit Superlink dan 90 unit Semi-D.
Dengan harga bermula dari RM1.5 juta dan RM2.6 juta, Anthea adalah salah satu daripada tiga parcel terakhir bagi pembangunan kediaman mewah di IJM Rimbayu. Ia menawarkan peluang yang sukar didapati untuk pemilik menikmati pengalaman gaya hidup yang menggabungkan elegan, ketelitian, dan keharmonian alam sekitar dalam satu pengalaman yang holistik.
“Anthea diinspirasikan daripada simbol Yunani kuno yang melambangkan keserian,
pertumbuhan, keagungan dan tenaga alam yang penuh semangat. Konsep ini terjalin dalam reka bentuk Anthea, mewujudkan kediaman di mana keselesaan moden tidak menjejaskan keindahan alam semula jadi, tetapi mekar harmoni bersama-sama.
Dari seni bina canggih hinggalah landskap menghijau dan menyamankan, setiap aspek yang ditonjolkan Anthea bagaikan meraikan hubungan harmoni antara kehidupan kontemporari dan alam semula jadi, sekali gus bakal melengkapkan penghuni yang inginkan kehidupan dalam dakapan alam,” kata Datuk Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land.
Reka Bentuk Agung
Kediaman di Anthea menawarkan pelbagai reka bentuk yang direka khas untuk memenuhi
selera dan gaya hidup bandar yang berbeza. Bagi unit Superlink, ia ditawarkan dalam dua
varian iaitu Jenis A dan Jenis B di mana kedua-dua pilihan ini direka dengan dimensi 24′ x
80′, memberikan ruang yang luas serta fleksibiliti yang terbaik.
Untuk Jenis A, unit ini mempunyai keluasan antara 2,886 hingga 3,071 kaki persegi, termasuk tiga bilik tidur yang dilengkapi bilik mandi en-suite dan sebuah bilik tetamu
berserta taman persendirian di bahagian belakang.
Unit ini juga dilengkapi dengan panel tingkap kaca elegan dan pintu gelongsor, yang membolehkan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi memenuhi ruang kediaman dengan lebih efisien.
Bagi Jenis B pula, unit yang tampil dengan keluasan dari 2,992 hingga 3,237 kaki persegi ini menawarkan konsep dua bilik tidur utama, ruang tamu menghadap taman hijau yang subur, serta sentuhan yang serba mewah.
Kedua-dua varian ini juga dilengkapi dengan kemudahan EV serta kemasan terbaik, menggabungkan unsur kemewahan, kepenggunaan, dan kelestarian dalam satu rekaan yang harmoni.
Bagi unit Semi-D yang berukuran 40′ x 80′ dengan keluasan 3,408 kaki persegi, kediaman
ini menawarkan pengalaman hidup sempurna dengan empat bilik tidur yang luas, masing-
masing dilengkapi dengan bilik mandi en-suite. Suite utama menawarkan suasana seakan
spa dengan tab mandi dan sinki berkembar.