Terkenal kerana kecekapannya, Isuzu D-Max telah membuktikan kemampuan penjimatan bahan apinya sekali lagi apabila semua tiga unit model terkininya berjaya mencatatkan perjalanan jarak 2,000 km dengan satu tangki bahan api yang hanya berkapasiti 76 liter!
Ini menambah lagi pencapaian yang pernah diraih oleh trak pikap dengan pelbagai
kemampuan tersebut, yang sebelum ini pernah menamatkan perjalanan dari Bangkok ke
Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809 km hanya dengan satu tangki diesel.
Selain itu, syarikat juga telah berjaya menguji dengan memandu model 1.9 liter Single Cab dengan beban satu tan dan mencapai jarak lebih 1,000 km dengan hanya satu tangki
penuh bahan api, walaupun terpaksa menempuh tiga kawasan pergunungan yang masing-masing mempunyai ketinggian 1,000 meter dari paras laut.
Singyuin Christy, Bernard Chin and Terry Teh ready for the challenge
Dalam pencapaian yang terbaharu, Dura Miles Challenge anjuran Isuzu Malaysia menguji
pula kemampuan tiga unit berbeza Isuzu D-Max — 1.9 liter 4×2 Auto Plus yang paling
cekap, 1.9 liter 4×4 Auto Premium yang paling laris dan 3.0 liter 4×4 X-Terrain yang paling canggih — dengan memandunya dari bandar Phitsanulok di Thailand yang berada kira-kira 300 km di utara Bangkok, menuju Klang, Selangor.
Ini merupakan kali pertama syarikat melakukan ujian sedemikian terhadap Isuzu D-Max
generasi ketiga yang terbaharu ini. Tidak hanya menampilkan gaya dengan rekaan luaran
aerodinamik, Isuzu D-Max 2024 juga menampilkan enjin Euro 4 yang dipertingkat, yang
memberikan janaan kuasa dan kecekapan bahan api sekali gus.
Ujian ini turut disaksikan oleh pegawai teknikal daripada Persatuan Sukan Permotoran
Malaysia (MAM) yang melekatkan pelekat keselamatan tangki minyak dan sekali gus
menjadi pemerhati bagi memastikan tiada isian semula dilakukan sepanjang perjalanan.
Hal ini juga turut menyenaraikan Isuzu D-Max ke dalam Malaysian Book of Records bagi
“Trak Pikap Yang Paling Jauh Dipandu Dengan Satu Tangki Bahan Api”.
Bercakap ketika menyambut ketibaan semua kenderaan terbabit di Pusat 3S Ultra Gallant
Isuzu di Klang, Selangor selepas menyelesaikan perjalanan 2,000 km tersebut, Ketua
Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata yang kejayaan itu
membuktikan kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue
Power yang memberikan prestasi di luar jangkaan kebiasaan penggunaannya.
“Walaupun kami tidak menjangkakan setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu
mereka sejauh 2,000 km bagi setiap isian bahan api, ia jelas menunjukkan tahap
kejuruteraan yang telah diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkannya mencapai keupayaan dalam skala tersebut,” kata Okazoe.
Ketika majlis berkenaan, Okazoe yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo turut diserahkan sijil penyempurnaan cabaran daripada Ketua Setiausaha MAM, S. N. Nanthan dan Pemerhati Muhammad Siraj dan sijil pencapaian daripada wakil Malaysian Book of Records, Edwin Yeoh dan Mohd Nazrul.
Sogo memaklumkan, pencapaian ini juga mewaili kemenangan bagi semua pemilik Isuzu D-Max sedia ada.
Baru baru ini, BOH Plantations Sdn Bhd (BOH) dan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) menganjurkan bengkel, ‘Caring for Our Forest’, sempena Hari Habitat Sedunia tahun ini.
Lebih 50 peserta menghadiri bengkel setengah hari yang diadakan di Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina di mana mereka berpeluang menanam benih harapan untuk masa hadapan yang lebih baik dalam memelihara khazanah negara Malaysia – hutan tropika kita.
Peserta dimaklumkan tentang kerja pemuliharaan utama TRCRC untuk melindungi dan memelihara tumbuhan tempatan serta cara membaik pulih landskap yang mengalami kemerosotan dengan spesies tempatan. Ini merupakan aspek penting dalam menangani kadar kehilangan biodiversiti yang kritikal di Malaysia.
Saiful (dua dari kanan) dan Adawiyah (kiri) bersama anak-anak mereka, Alif (dua dari kiri) dan Adam (kanan) menambah sungkupan pada pokok
Peserta juga dibawa melawat ke Elmina Living Collection Nursery. Di sinilah biji benih daripada tumbuhan yang sangat terancam, terancam dan jarang ditemui akan dikutip, disemai dan ditanam di tapak yang ditetapkan oleh TRCRC untuk menghasilkan anak benih dan bahan penanaman bagi projek pemuliharaan hutan.
Semua usaha ini sejajar dengan misi berganda TRCRC untuk memulihara spesies tumbuhan hutan hujan tropika di samping menerajui projek perlindungan dan pemuliharaan hutan di seluruh landskap. Projek utama TRCRC adalah Tropical Rainforest Living Collections di Merisuli, Sabah dan di Banun, Perak.
Di Elmina, TRCRC bertekad untuk mempertingkatkan biodiversiti bandar melalui pelbagai inisiatif. Mereka memberi tumpuan kepada usaha memulihkan landskap yang mengalami kemerosotan selain kawasan berhampiran tebing sungai di Selangor dan Kuala Lumpur. Usaha mereka ini bertujuan meningkatkan ketahanan ekologi dan habitat yang berfungsi untuk hidupan liar tempatan.
Senyuman gembira selepas berjaya memindahkan anak benih ke dalam polibeg masing-masing
“TRCRC menumpukan usaha untuk mempertingkatkan biodiversiti bandar dengan menghijaukan semula tanah yang mengalami kemerosotan di kawasan-kawasan utama di bandar yang dikenal pasti melalui kajian lapangan yang menyeluruh. Pendekatan kami ini memberi penekanan kepada prinsip ‘spesies yang betul di tempat yang betul’ bagi memastikan kejayaan penanaman dan pemuliharaan,” kata Intan Syafiqah Mohd Hamezan, Eksekutif Projek TRCRC.
Bengkel ‘Menjaga Hutan Kita’ itu membuka peluang untuk menyelami sendiri usaha pemuliharaan biodiversiti bandar di samping membolehkan peserta merasai pengalaman mencampurkan tanah dan mengisinya ke dalam polibeg seterusnya memindahkan anak benih ke dalam polibeg.
Bagi Saiful Naim Abdul Hamin dan Rabiatul Adawiyah Zakaria, meluangkan masa bersama dua anak lelaki mereka, Adam Solihin, 10, dan Alif Daniel, 8, di bengkel berkenaan merupakan detik yang menyeronokkan.
“Ini adalah peluang yang baik untuk mendekatkan anak-anak kami dengan alam semulajadi dan memberi pengalaman supaya mereka tahu bahawa mereka juga boleh memainkan peranan dalam menjaga hutan kita. Mereka begitu seronok dapat memindahkan anak benih dan belajar banyak perkara baharu tentang hutan,” kata Adawiyah.
Satu pokok seorang – hadiah istimewa untuk dibawa pulang.
Bercakap pada acara berkenaan, Chen Chaw Chang, Ketua Pegawai Komersial BOH Plantations, berkata “Usahasama antara BOH dan TRCRC ini adalah kesinambungan daripada inisiatif berterusan untuk meningkatkan lagi biodiversiti bandar dan menyokong usaha-usaha kelestarian, demi mencorakkan masa hadapan yang lebih baik untuk bumi kita.
Usaha ini juga mencerminkan hala tuju jenama BOH di mana kami sentiasa berpandangan jauh, prihatin dalam memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) di samping memupuk hubungan kami dengan komuniti (communiTEA), serta sentiasa meneruskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow)
“Melalui sambutan ulang tahun ke-95 inisiatif ‘BOH Wish Tree’ baru-baru ini, kami telah menyumbang RM20,000 kepada TRCRC bagi membiayai pengumpulan 500 anak benih baharu untuk disemai dan dimanfaatkan dalam aktiviti menanam pokok pada masa hadapan, demi meningkatkan biodiversiti bandar,” tambahnya.
CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) dengan kerjasama Yayasan Belia Malaysia (YBM) mengukuhkan komitmennya dalam memperkasa komuniti asnaf dengan melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan CIMB Islamic.
Inisiatif libat urus komuniti berterusan berkenaan bermatlamat untuk mengurangkan beban kewangan keluarga asnaf menerusi agihan bakul makanan. Sebagai sebahagian daripada usaha ini, CIMB Islamic, melalui Zakat Wakalahnya, mengagihkan barang makanan bernilai RM100,000 kepada 400 keluarga asnaf terpilih di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Jalil.
Hadir di majlis berkenaan, Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bersama Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic dan Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim, Pengerusi YBM, Rozaidi Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Muslim Mustapa, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta sukarelawan daripada CIMB yang telah mengagihkan bakul-bakul makanan yang mengandungi beras, tepung dan minyak masak, termasuk makanan ruji lain kepada penerima manfaat untuk keperluan nutrisi mereka.
Ahmad Shahriman berkata, “Zakat kekal sebagai satu instrumen kewangan sosial asas dalam usaha meluaskan bantuan kami terhadap golongan asnaf dengan fokus untuk menambah baik kualiti hidup mereka dengan mengurangkan bebanan kewangan, membolehkan mereka memperuntukkan pendapatan ke arah keperluan asas dan memperbaiki kehidupan mereka secara menyeluruh.
“Menerusi program ini, matlamat kami adalah bagi memastikan setiap keluarga mempunyai akses makanan berkhasiat di samping meringankan beban mereka sambil memupuk semangat kekitaan dan sokongan terhadap golongan memerlukan.
“Kami komited dalam memainkan peranan sebagai institusi kewangan Islamik bertanggungjawab dalam menyampaikan impak positif dan bermakna kepada komuniti di bawah seliaan kami. Ini dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif yang kami terajui sejak beberapa tahun yang lalu yang merangkumi prinsip perantaraan berasaskan nilai,” katanya.
Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim berkata, pihaknya berbesar hati kerjasama dengan CIMB Islamic diteruskan melalui inisiatif khidmat masyarakat baharu ini yang diyakini boleh membawa kesan positif terhadap kehidupan seharian komuniti asnaf.
Beliau berkata, keluarga asnaf sering berdepan kekangan kewangan dalam mendapatkan keperluan makanan asas. Dengan penyediaan barang makanan keperluan ini, matlamatnya adalah bagi menambah baik kehidupan setiap keluarga secara menyeluruh.
Lima Startup Terbaik MYStartup Pre-Accelerator Kohort 4
MYStartup Pre-Accelerator Cohort 4, sebuah program prapemecut anjuran Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dengan kerjasama WatchTower and Friends, melabuhkan tirai dengan acara kemuncak ‘Demo Day’ pada 4 Oktober 2024 di Grey Box, GMBB, selepas lebih tiga bulan bimbingan intensif, latihan, dan pembangunan perniagaan.
Sebelas (11) finalis startup membentangkan Produk Berdaya Maju Minimum (MVP) mereka kepada panel juri, mempamerkan penyelesaian inovatif merangkumi industri seperti fintech, teknologi kesihatan, dan agritech. Startup ini adalah antara 30 syarikat yang terpilih untuk program ini setelah melalui saringan ketat untuk memperbaiki model perniagaan dan strategi kemasukan pasaran mereka.
Semasa sesi ‘Demo Day’, lima startup telah dinobatkan sebagai pemenang terbaik, masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM35,000 beserta sokongan tambahan dan akses kepada pelbagai faedah daripada MYStartup dan rakan korporat.
Lima startup terbaik adalah seperti berikut:
DashAdd: Papan pemuka berkuasa AI yang membantu perniagaan menjejak prestasi kewangan, meramal aliran tunai, dan mendapatkan pembiayaan untuk pertumbuhan yang lebih bijak.
IOXTECH Global: Merevolusikan pengurusan pembinaan dengan pemantauan masa nyata, laporan kemajuan yang lancar, dan penjejakan tenaga kerja yang cekap untuk menyiapkan projek tepat pada masa dan mengikut bajet.
Faradays Energy: Mencipta generasi baharu teknologi hijau untuk penghasilan hidrogen bersih, lebih banyak, dan kos rendah bagi menamatkan era bahan api fosil.
Nanofertech: Teknologi pelepasan terkawal berkuasa AI untuk pembajaan tepat dalam pertanian.
Vidanex: Merintis diagnosis kanser berasaskan AI dengan keputusan lebih cepat dan rawatan peribadi menggunakan pengimejan digital canggih.
Panel juri menampilkan tokoh-tokoh utama dalam ekosistem startup Malaysia, termasuk Zehan Teoh, Ketua Pembangunan Ekosistem di Cradle; CK Chang, Pengasas OXWHITE®; Audra Pakalnyte, Rakan Kongsi di First Move; Yeoh Chen Chow, penasihat dan pelabur budiman; dan Steven Wong, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) pitchIN. Setiap startup dinilai berdasarkan beberapa kriteria seperti tahap inovasi, potensi pasaran, dan keupayaan pelaksanaan.
Bercakap dalam acara itu, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, memuji kualiti pembentangan, dengan berkata, “Inovasi dan semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh peserta kohort ini mengukuhkan keyakinan kami terhadap bakat yang ada di Malaysia. Startup merupakan perintis yang melihat peluang di mana orang lain melihat halangan, dan di Cradle, kami memahami peranan penting mereka dalam membentuk masa depan ekonomi Malaysia.”
“Kami komited untuk membina ekosistem startup yang berkembang pesat di mana ia mampu melengkapi pengasas dengan sumber penting untuk mengembangkan idea mereka seterusnya menjana impak global. Kejayaan startup ini adalah penting untuk masa depan Malaysia, daripada mencipta pekerjaan, menyelesaikan cabaran mendesak, dan meletakkan negara kita sebagai hab utama teknologi dan keusahawanan. Kami berbangga untuk menyokong pertumbuhan mereka dan tidak sabar untuk melihat apa yang akan mereka capai seterusnya,” tambahnya.
Sam Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama WatchTower and Friends, merenung tentang kepentingan menyokong ekosistem keusahawanan Malaysia, berkata, “WatchTower and Friends telah menjalankan program untuk usahawan sejak 2015, dan jelas bahawa Malaysia tidak kekurangan bakat. Kami berbangga untuk terus memainkan peranan kami dalam memenuhi aspirasi Kerajaan berkaitan ekosistem startup, dan kami sentiasa mengemas kini silibus program kami untuk memastikan startup dilengkapi dengan pengetahuan terbaik.
Sebagai contohnya, kohort ini, turut memperkenalkan modul baharu mengenai alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) untuk startup setelah mengambil kira minat pelabur terhadap kelestarian dalam keputusan mereka. Kami menyedari peranan penting menyesuaikan program kami secara berterusan untuk melengkapkan pengasas dengan alat, pandangan, dan rangka kerja yang diperlukan untuk membina perniagaan yang mampan dan boleh dikembangkan.”
Salah satu startup terbaik, IOXTECH Global, mengimbau kembali perjalanan mereka dalam program ini. Muhd Amin Rafiq, Pengasas Bersama IOXTECH Global, berkongsi, “Ini baru permulaan bagi kami. Masih banyak kerja di hadapan, dan kami bersyukur atas hadiah wang tunai dan sokongan berterusan daripada Cradle dan WatchTower and Friends.
Sebelum program ini, saya berasa tidak pasti tentang di mana untuk bermula, tetapi struktur dan alat yang disediakan sangat bernilai dalam membina MVP kami. Kami telah memperoleh pandangan penting mengenai pembangunan startup, dan maklum balas daripada mentor telah membantu kami memperhalusi model perniagaan kami dan mengesahkan strategi kami untuk pasaran.”
Nisha Govender, Pengasas Bersama Nanofertech dan juga salah satu startup terbaik, berkongsi, “Sepanjang program ini, kami berhubung dengan pengasas yang berjaya yang sudi berkongsi pandangan mereka, terutamanya kesilapan yang pernah dilakukan sepanjang perjalanan mereka.
Melalui pengalaman mereka, kami belajar dan ianya membantu kami mengelakkan kesilapan biasa dan memperoleh pandangan berharga. Peluang ini sangat memberi motivasi dan berkaitan dengan kami sebagai startup muda. Saya sangat mengesyorkan program prapemecut ini kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan atau sedang menjalankan perniagaan, kerana ia menyediakan pengesahan dan bimbingan yang kuat dengan memperhalusi rancangan perniagaan anda untuk memastikan relevan di pasaran.”
Salah seorang hakim, Yeoh Chen Chow, penasihat dan pelabur budiman, turut memberi komen, “Kualiti pembentangan di MYStartup Pre-Accelerator ‘Demo Day’ sangat mengagumkan.
Kebanyakan startup menunjukkan fahaman mendalam tentang pasaran mereka dan mempamerkan penyelesaian inovatif dengan potensi yang besar. Para pengasas membentangkan idea mereka dengan jelas, penuh semangat, dan mempunyai visi strategik yang kukuh, yang menunjukkan persediaan dan bimbingan ampuh yang mereka terima sepanjang program ini. Jelas sekali bahawa landskap startup Malaysia sedang berkembang, dengan individu berbakat yang bersedia untuk memberi impak.”
Sejak sesi onboarding pada Julai 2024 lalu, 30 startup yang terpilih telah mendapat manfaat daripada bimbingan individu dan panduan daripada lebih 20 usahawan dan pemimpin industri yang berpengalaman, serta peluang jaringan eksklusif, jemputan ke hab inovasi, dan akses kepada penyelidikan pasaran.
Program MYStartup Pre-Accelerator, sebuah inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dipacu oleh Cradle, bertujuan untuk mendorong pertumbuhan startup peringkat awal melalui bimbingan berstruktur dan akses kepada sumber. Inisiatif ini selari dengan Pelan Halatuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030, yang bertujuan untuk melahirkan 5,000 startup menjelang 2025.
realme, the world’s fastest-growing smartphone brand, aspires to revolutionise the mid-range smartphone segment with its latest line-up, realme 13 Series 5G, which is set to debut on 17 October 2024.
Dubbed the Gaming Dominator, the realme 13+ 5G and realme 13 5G offer powerful MediaTek Dimensity processors, the segment’s best cooling system, faster charging, and bigger battery. The realme 13+ 5G is also the Official Gaming Phone for the 2024 Honor of Kings Championship.
Boasting an inspiring tagline, “Speed to Victory”, the realme 13+ 5G sports a MediaTek Dimensity 7300 Energy processor, which is seen on smartphones priced above RM2,500.
Featuring 4x 2.5GHz A78 cores, the 4nm chipset achieves a remarkable AnTuTu benchmark score of over 750,000. Meanwhile, the realme 13 5G has a Dimensity 6300 processor for exceptional performance.
Thanks to the superior hardware and optimisation with game developers, realme 13+ 5G can support 90fps mode for five major titles, including Call of Duty: Mobile, Free Fire, Honor of Kings (HOK), Mobile Legends: Bang Bang and PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Notably, HOK players can push the FPS to 120fps while enjoying ultra-graphic quality in the game.
In addition, realme 13+ 5G boasts a stainless steel VC cooling area of 6050mm², offering up to 19°C reduction in temperature in the core areas, while the realme 13 5G has 2249mm², both of which are the largest cooling areas in the segment.
Elevating the gaming experience is a faster-changing capability, with the realme 13+ 5G coming with an 80W ultra charge and the realme 13 5G having a 45W ultra charge.
Speed to Victory with 120FPS on HOK
In conjunction with the launch, realme teams up with Honor of Kings, the world’s most-played mobile MOBA game, for its upcoming 2024 Honor of Kings Championship. realme 13+ 5G will power the prestigious tournament as the Official Gaming Phone, showcasing its extraordinary gaming performance, superior heat dissipation, and faster charging speed.
The alliance cements realme’s position as the frontrunner of the mobile gaming segment while underlining its commitment to offering unmatched gaming experiences to its users.
The 2024 Honor of Kings Championship will take place from 12 October to 27 October, where the top 16 teams from across the globe will be competing for a total prize pool of USD 1 million.
As the Official Gaming Phone for the 2024 Honor of Kings Championship, the realme 13+ 5G amplifies exciting gameplay moments like never before.
For more information, please visit realme’s official website.
Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan ketersediaan fungsi Circle to Search dengan Google pada peranti flagship HONOR Magic V3, telefon boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia, serta pada Siri HONOR 200, bagi memberikan prestasi lebih hebat dan pengalaman fotografi potret bertaraf studio yang tiada tandingan.
Penambahan baharu ini memastikan semua pengguna boleh menikmati faedah daripada kemajuan terkini AI, membawakan pengalaman carian yang lebih lancar dan intuitif kepada pengguna telefon pintar di seluruh dunia.
“Penambahan dalam AI mengubah cara kita bekerja, belajar, membeli-belah, mencipta dan berinteraksi dengan peranti kita. Sama ada anda memerlukan bantuan terjemahan, bantuan tugasan rumah atau hanya mahu mencari maklumat lebih lanjut tentang sesuatu gambar yang menarik perhatian dalam media sosial, telefon pintar kami telah menjadi sumber rujukan untuk mencari maklumat-maklumat ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif HONOR, George Zhao.
“Sebagai jenama teknologi yang berteraskan insan, HONOR amat komited untuk membawakan manfaat AI kepada semua. Melalui kolaborasi industri rapat kami bersama Google serta dengan memperkenalkan ciri ini kepada kedua-dua rangkaian telefon pintar popular kami, kini pengguna boleh menerokai dunia maklumat darti hujung jari, menawarkan kemudahan serba baharu dalam kehidupan harian semua orang,” kata Zhao.
Ciri Circle to Search memperkasakan pengguna untuk membuat carian segera bagi apa saja yang mereka lihat pada telefon dengan Google. Dengan Circle to Search, pengguna hanya perlu membuat bulatan, menanda, menconteng atau menekan di mana saja pada skrin untuk memilih teks, imej atau video yang ingin mereka cari maklumat lebih lanjut tanpa perlu bertukar antara beberapa aplikasi. Ciri ini menjadikan pencarian lebih mudah untuk apa saja yang memberikan inspirasi kepada anda.
Perjalanan AI HONOR: Membina Ekosistem Menyeluruh dan Bertanggungjawab
Mengiktiraf peranan penting AI dalam membentuk gaya hidup masa depan, HONOR telah lama melihat AI sebagai satu keutamaan yang strategik. Melalui penyelidikan dan pembangunan berterusan serta kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan industri, HONOR amat komited untuk memperkayakan ekosistem AI pada perantinya, menyampaikan penyelesaian AI berfikiran hadapan kepada pengguna di seluruh dunia.
Pasa awal tahun ini, HONOR telah melancarkan HONOR AI Architecture empat lapisan, iaitu sebuah rangka tindakan bagi penggunaan seluruh industri yang akan memberi manfaat kepada semua pengguna di mana saja.
Dengan melaksanakan strategi hibrid AI yang menyepadukan AI pada peranti dan keupayaan AI awan secara sepenuhnya, HONOR telah membangunkan seni reka keselamatan multi-tahap, dan HONOR Personal Cloud Compute, untuk melindungi data dan privasi pengguna semasa berinteraksi dengan perkhidmatan AI awan.
Dilancarkan pada IFA 2024, telefon boleh lipat flagship terkini HONOR Magic V3 menampilkan kelompok keupayaan AI perintis. Bersama-sama Google, HONOR Magic V3 dilengkapi dengan AI Eraser, Face to Face Translation dan HONOR Notes Tools, memperkasakan pengguna dengan ciri-ciri produktiviti bertaraf profesional.
Selaras dengan pendekatannya yang berteraskan pengguna, HONOR telah memperkenalkan teknologi AI Defocus Eye Protection Technology dan teknologi AI Deepfake Detection Anti-Fraud Technology yang pertama dalam industri, yang mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan awam yang berkaitan dengan penggunaan telefon pintar.
Ditambah pula dengan pengoperasian dengan perisian MagicOS 8.0.1, peranti-peranti HONOR didatangkan dengan Magic Portal dan Magic Capsule, mentakrif semula interaksi antara manusia dan peranti bagi menawarkan kemudahan yang optimum kepada pengguna.
Under the theme 'Change is Accelerating_ Are You Ready?', experts from six countries gathered to share insights and collaborate on global change management
Malaysia made a significant stride in regional leadership with the inaugural ASEAN Change Management Conference, positioning itself as a hub for advancing organisational transformation in Southeast Asia.
Organised by K-Pintar Sdn Bhd at the Wyndham Grand Bangsar, the landmark event set a new benchmark, drawing global thought leaders and change practitioners under one roof.
Themed ‘Change is accelerating: Are you ready?’, the conference showcased expertise from Poland, Britain, India, Indonesia, Singapore, and Malaysia, providing a high-level platform for international collaboration and knowledge sharing on change management.
Officiated by Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Deputy Minister of the Ministry of Digital, the conference underscored the urgent need for robust change management strategies. In his keynote address, he emphasised.
First ASEAN Change Management Conference organised by K-Pintar took place on 8th and 9th October at Wyndham Grand Bangsar
“Effective change management at an accelerated pace is no longer optional—it is an imperative for Malaysia’s growth. We must guide organisations, governments, and societies through these transitions, seizing the opportunities while minimising disruptions.”
The Deputy Minister further stressed the importance of aligning Malaysia’s digital transformation initiatives with the National Digital Transformation Plan and the MyDigital Blueprint, highlighting the conference as a critical platform for building readiness across various sectors, including businesses, the government, and the public.
K-Pintar Sdn Bhd, a leader in corporate learning solutions for over two decades, spearheaded the event as part of its commitment to “Enhancing capabilities, Enriching lives.” Founder RA Thiagaraja expressed his vision for the conference, stating:
“This event is a game-changer for the ASEAN region, bringing together leaders to exchange insights and collaborate on effective change strategies. As the pace of change accelerates, it is vital for organisations to adapt and thrive, and this conference equips them with the tools and networks needed.”
The conference offered deep dives into global trends, strategies for national competitiveness, and solutions for overcoming common challenges such as resistance and sustainability. Attendees also gained exclusive access to resources like The ADKAR Advantage and e-learning tools designed for ongoing professional development.
Looking ahead, K-Pintar aims to make the ASEAN Change Management Conference an annual event, further enhancing regional collaboration in change management. The success of this inaugural event was made possible through strategic partnerships with Prosci US, PMI Malaysia Chapter, Institut Koperasi Malaysia, and Universiti Koperasi Malaysia, demonstrating a collective commitment to professional growth and digital transformation in Southeast Asia.
Bersama siri penerbitan baharu AKPK 'GROW'. Berdiri dari kiri, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir; Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Gabenor BNM, Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Mohd Zuki Ali
Bulan Literasi Kewangan (FLM) kembali tahun ini dengan mempertengahkan perbincangan bernas untuk mempromosikan literasi kewangan kepada setiap kelompok masyarakat Malaysia.
Untuk FLM tahun ini, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memperkenal empat siri penerbitan dengan objektif utama untuk menambah baik landskap semasa melalui pemerkasaan kewangan individu pada semua peringkat umur.
Siri penerbitan ini akan memberikan panduan kewangan yang sesuai untuk empat (4) peringkat utama kehidupan individu bermula dari pengajian tinggi sehinggalah persaraan.
Diberi nama ‘GROW’, siri ini terdiri daripada empat (4) buku, iaitu Gaining Knowledge, Realising Potential, Optimising Resources dan Wealth Wisdom. Siri pertama memperkasakan pelajar pengajian tinggi dengan pengetahuan tentang simpanan, belanjawan, nilai bersih dan skor kredit yang sihat.
Siri kedua membimbing pekerja muda mengurus pinjaman dan kad kredit, membina dana kecemasan dan mempelajari asas pelaburan. Siri ketiga seterusnya membimbing keluarga untuk memaksimumkan sumber kewangan mereka demi masa depan yang terjamin dan mampan melalui instrumen perlindungan dan pelaburan yang betul, manakala yang keempat memberikan panduan kepada bakal pesara tentang cara merancang persaraan, mengurus harta pusaka dan mengoptimumkan simpanan KWSP.
CEO AKPK, Azaddin Ngah Tasir menerangkan tentang siri penerbitan baharu AKPK ‘GROW’ kepada Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Siri GROW ialah satu sumber rujukan yang berharga dan lengkap untuk perjalanan kewangan individu sepanjang kehidupan, dan dengan aplikasi prinsip dan strategi dalam siri GROW ini secara kolektif melalui promosi sumber rujukan ini secara serius, ia mampu menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat secara seluruhnya.
Bersempena dengan FLM juga, AKPK, bersama Bank Negara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) – sebagai sebahagian dari ahli Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) – telah menganjurkan Simposium Literasi Kewangan Kebangsaan 2024 (NFLS 2024) dari 2 hingga 3 Oktober 2024 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.
Simposium tersebut merupakan acara tahunan yang menyediakan platform untuk wacana penting dalam mempromosikan literasi dan keterangkuman kewangan.
FLM telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Selasa, 1 Oktober 2024, di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia. Inisiatif tersebut mengutamakan literasi kewangan sebagai elemen teras agenda dasarnya di bawah Strategi Kebangsaan untuk Literasi Kewangan 2019-2023.
Strategi ini bertujuan untuk membina tabiat kewangan yang bertanggungjawab, meningkatkan perancangan kewangan dan membina daya tahan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Malaysia, it’s time to treat yourself to some amazing tech! HUAWEI’s 10.10 Super Sale Shopee Live is just around the corner – on 10 October 2024 at 7.00pm, bringing you exclusive offers and irresistible deals on all your favourite devices.
Leading the way is the fashionable and versatile smartwatch, HUAWEI WATCH GT 5 series. The new HUAWEI WATCH GT 5 series is not just for taking care of your physical health, but also your emotional wellbeing. And a fashion accessory that comes in various straps to match with your different outfit for different occasions!
Check out the HUAWEI WATCH GT 5 Series, starting at RM1,099 with up to RM100 off and a free pair of HUAWEI FreeBuds 5i when you buy it during the HUAWEI’s 10.10 Super Sale.
Want to work while on the go? The HUAWEI MatePad Pro 12.2-inch, a tablet that does way more than your usual PC, making it the perfect gadget to keep up with your lifestyle. Plus, don’t miss out on the last chance to pre-order this device before 12 October 2024!
Priced at RM4,599 with up to RM300 off during the 10.10 Super Sale Shopee Live with free gifts worth RM2,546 which includes the upgraded HUAWEI Glide Keyboard, the HUAWEI M-Pencil 3rd Gen and HUAWEI SoundJoy—the HUAWEI MatePad Pro 12.2-inch brings top-notch performance, creativity, and flexibility to your fingertips.
Whether you’re tackling work projects, exploring your creative side, or catching up on the latest series, the MatePad Pro 12.2-inch has you covered. It even comes with PC-level WPS Office apps, so you can work on your presentations, use Pivot Tables, and customize headers anywhere you want.
It’s a total game-changer—giving you that more than PC experience. But the MatePad Pro 12.2-inch isn’t the only star of the show! The 10.10 Sale has something for everyone.
Grab the HUAWEI MatePad 11.5”S from RM1,799, with up to RM300 off and free gifts worth up to RM1,447. And if you’re in the market for something stylish, the HUAWEI Eyewear is a must-grab at just RM99 (down from RM1,099).
It’s the perfect time to upgrade your gadgets and get some serious value. HUAWEI is also spicing things up with a Shopee Exclusive Lucky Draw! Every 10.10 purchase on Shopee
gives you a shot at winning awesome prizes, including three HUAWEI WATCH GT 5 46mm, three HUAWEI WATCH GT 3 SE, and ten Sunshine Gift Packages. Don’t miss this chance to score big!
For the full HUAWEI 10.10 experience, join us on Shopee Super Sale Live at 7.00pm on 10 October 2024 for an exclusive livestream packed with even more deals, giveaways, and surprises. This is the place to be to catch all the excitement and get your hands on amazing offers before they’re gone!
Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ di Moscow berakhir dengan pengumuman penting: peneraju persatuan fesyen dari lebih 50 negara menandatangani memorandum untuk menubuhkan Persekutuan Fesyen Antarabangsa BRICS.
Persekutuan baharu berkenaan bermatlamat untuk mewujudkan pusat pengaruh baharu, mengukuhkan hubungan antarabangsa, meningkatkan kemampanan industri serta menyediakan peluang kepada bakat fesyen New Gen untuk berkembang.
Apatah lagi, Sidang Kemuncak berkenaan dihadiri oleh wakil dari lebih 100 negara yang mengukuhkan kedudukannya sebagai acara fesyen terbesar untuk pasaran baharu dan pasaran sedia ada yang sudah bertapak utuh.
Presiden Persatuan Pereka Fesyen Malaysia, Jay Ishak berkata, penubuhan Persekutuan Fesyen Antarabangsa BRICS termasuk Malaysia, mampu merevolusikan industri fesyen dengan memacu pertumbuhan, inovasi dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.
“Hal ini boleh meningkatkan perdagangan dan pelaburan, menyediakan akses kepada pasaran baharu, serta meningkatkan kelebihan daya saing, memudahkan perkongsian pengetahuan, penyelidikan bersama dan pada masa yang sama menggalakkan pertukaran budaya, kepelbagaian dan keterangkuman.”
Pengerusi Majlis Rekaan Fesyen India, Sunil Sethi pula berkata, “Keperluan untuk mempunyai persekutuan fesyen negara-negara baharu sudah lama tertangguh.
Jenama, pereka fesyen dan pasaran, kesemuanya berhadapan dengan cabaran serupa — daripada gangguan rantaian bekalan kepada isu alam sekitar— yang lebih mudah diselesaikan bersama. Dunia fesyen tertumpu kepada beberapa ratus jenama antarabangsa, justeru pasaran baharu memerlukan platform mereka sendiri supaya suara kita diberi perhatian.”
Memorandum untuk menubuhkan Persekutuan Fesyen Antarabangsa BRICS ditandatangani oleh barisan tokoh berpengaruh termasuk Ketua Pegawai Eksekutif minggu fesyen, peneraju persatuan fesyen dan tekstil, serta pemimpin akademik dari negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Singapura, Vietnam, Afrika Selatan, Russia, Ethiopia, Mesir, Sepanyol, Amerika Syarikat, Ghana, Tanzania, Jordan, Ecuador, Paraguay dan Kenya.
Timbalan Datuk Bandar Moscow, Natalya Sergunina, menekankan kepentingan inisiatif berkenaan: “Penubuhan Persekutuan Antarabangsa ini merupakan suatu hasil utama Sidang Kemuncak Fesyen BRICS+ yang baru-baru ini berlangsung di Moscow. Ia sekali lagi memaparkan matlamat bersama dan potensi besar pertumbuhan yang kami miliki bersama rakan sekerja global kami.”
Deklarasi tersebut menetapkan beberapa objektif teras: menyokong bakat tempatan, mempromosikan fesyen lestari, memupuk pertukaran budaya dan mewujudkan platform gabungan pasaran baharu menerusi projek pendidikan dan maklumat. Ia juga memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi baharu, pemeliharaan identiti budaya serta sokongan seni dan kraf tradisional.
“Kami komited untuk menyediakan platform global dan acara tempatan buat golongan berwawasan ini bagi memastikan hasil kerja kreatif mereka dihargai di peringkat antarabangsa. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan amalan kelestarian dan mesra alam, serta berusaha untuk melaksanakan kaedah telus yang akan mengurangkan kesan karbon industri secara ketara.
“Fesyen sederhana yang bercirikan penggunaan dan pengeluaran yang bijak, bakal menjadi nadi kepada agenda BRICS IFF dalam usaha kita untuk mengurangkan kesan alam sekitar fesyen,” katanya dalam kenyataan.